Sabtu, 30 Januari 2010

Tulang Besi Tukar Pendirian:
Zul Nordin ALAT UMNO



Benar. Tulang Besi mengubah pendirian dalam isu Zulkifli Nordin. Kalau sebelum ini Tulang Besi mengatakan dia adalah “Barua UMNO”. Sekarang Tulang Besi mengatakan beliau adalah “ALAT UMNO”

Beliau menjadi alat UMNO untuk memecah belahkan PAkatan Rakyat serta memecah-belahkan sesama parti PKR. (Rujuk artikel RPK di bawah)

Sememangnya dalam PAS sendiri cukup ramai orang yang telah memberitahu Tulang Besi betapa mereka tidak mempercayai Zulkifli Nordin.

Malahan, sewaktu kes Liwat Anwar 1, Tulang Besi dapat maklumat dari ahli keluarga Anwar Ibrahim bahawa banyak cerita yang diceritakan oleh Zul Nordin dalam ceramah-ceramah beliau adalah “auta” semata-mata. Antara contohnya kesah Anwar sewaktu terkena racun arsenik. Kononnya Anwar meletakkan kepala beliau di atas bahu Zul Nordin dan menangis. Rupa-rupanya cerita tu cerita auta. Tak caya pergilah tanya adik-beradik Anwar Ibrahim.

Beliau pusing kampung kononnya beliaulah juara dalam “Dream Team” Anwar. Kononnya Anwar Ibrahim begitu bergantung pada beliau. Maklumat yang saya dapat, semuanya auta semata-mata.

Kesah Ustaz Fadzil tak percaya pada Zul Nordin telah pun dikhabarkan oleh Penarik Beca. Dari segi saya pula, saya mendapat maklumat dari seorang pemimpin PAS Kawasan sendiri yang pernah rapat dengan Zul Noordin ini.

Pemimpin PAS Kawasan ini cukup rapat satu masa dahulu dengan Zul Noordin. Dan beliau adalah seorang yang berakhlak mulia serta menjaga solat. Pemimpin PAS KAwasan ini memberitahu saya dengan tiada ragu bahawa Zul Noordin ini adalah agen SB.
Bagaimana dia tahu, saya tak boleh cerita lah tapi cukup setakat itu.

Dan kita semua tahu betapa “desperate” UMNO untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat serta PAS. Isu kalimah Allah ini memang telah dirancang sejak awal 2009 ( rujuk pendedahan email Mahaguru58 yang saya buat). Mereka mahu menggunakan isu ini supaya PAS rasa tidak selesa dan akhirnya keluar Pakatan Rakyat.

Dan Zul Noordin yang tiada asas agama Islam ini cuba menunjukkan beliau lagi pandai dari Qardhawi telah melanggar semua etika dan tatasusila berjemaah dan berkawan. Beliau sanggup buat repot polis pada Khalid Samad di atas kenyataan Khalid yang diputar belit media.

Jelas sekali Zul ni adalah ALAT UMNO dan wajib Anwar Ibrahim menghalau beliau.Benar kata Raja Petra, Anwar Ibrahim takkan tak belajar dari peristiwa Saiful Bukhari. Saiful Bukhari dihantar UMNO semata-mata untuk menjadi agen mereka MEMFITNAH ANWAR.
Mengikut maklumat Raja Petra, Zul Nordin telah di “turn-over” sewaktu beliau ditahan ISA buat kali kedua. Malahan, saya dapat maklumat, Ezam Mat Nor juga telah di’turn-over” pada waktu itu. Sewaktu Ezam meringkuk dalam Penjara Kajang, galang ganti orang UMNO datang berjumpa dengan beliau. Ertinya di waktu dalam penjara Kajang lagi Ezam Mat Nor telah menyertai UMNO.

Hanya kerana seorang pemimpin tu lantang bersuara maki UMNO tidak bermakna mereka itu BUKAN ajen UMNO. Lihatlah betapa lancangnya mulut Ezam memaki UMNO. Tiba-tiba datang jilat balik ludah dia dahulu. Manusia yang tidak bermaruah dan tidak mengenang jasa.

Anwar WAJIB membuang sampah bernama Zulkifli Noordin dari PKR demi perpaduan serta kesatuan Pakatan Rakyat. Belajar lah dari peristiwa Saiful Bukhari.
Pendapat saya pula adalah UMNO telah sampai ke tahap “desperate”. Mereka terpaksa menggunakan KESEMUA agen mereka secara maksima sehingga Zul Noordin terpaksa menunjukkan “wajah” UMNO beliau yang sebenar.

Tulang Besi

ps Ramai tidak sedar bahawa Zulkifli Nordin ini memulakan karier politik beliau dengan menjadi Ahli UMNO Bahagian Bukit Bintang. Sama geng dengan Azalina Othman dan Hamid Albar

Tiada ulasan: