Sabtu, 19 Disember 2009

BIAR TAKUT SUAMI DARI TAKUT PBB

PROFESOR BIK MAMA LEBIH HEBAT DARI PROFESOR JOMO

EKOMNOMI TERBUKA NAJIB DI KRITIK JOMO – harakah daily

Ahli ekonomi terkemuka KS jomo secara tidak langsung mengkritik dasar ekonomi terbuka yang mula diperkenalkan kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Najib Razak.

Jomo yang kini bertugas sebagai penolong setiausaha agung bagi pembangunan ekonomi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berkata dasar ekonomi terbuka yang membolehkan liberalisasi kewangan negara tidak menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara kini.

Sebaliknya beliau menjelaskan dasar ekonomi tersebut hanya menyumbang kepada peningkatan harga pasaran saham dan hartanah yang boleh melambung tinggi dan kemudiannya merudum secara tiba-tiba.

INI CAKAP PENASEHAT PPB.

MANA MUNKEE NI NAK DENGAR…

KEPALA BANA APA PBB

KALAU SUAMI MUNKEE INI CAKAP… BARU MUNKEE INI DENGAR.



KELUARKAN DI INTERNET BUKU INI

BUKU MENGENAI MAHATHIR TERSADAI DI PERLABUHAN KLANG – harakah daily

Jabatan Kastam dan Eksais Di Raja telah menahan 800 naskah buku mengenai Mahathir Mohamad, 'Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times' yang dilihat sangat kritikal kepada beliau.

Menurut sumber, sudah tiga minggu buku itu sampai ke Perlabuhan Klang namun sehingga kini ia belum dilepaskan oleh Jabatan Kastam untuk diedarkan di negara ini.

Sebelum ini, Harakahdaily telah menyiarkan kandungan kritikal buku yang ditulis oleh bekas Editor Pengurusan Asian Wall Street Journal, Barry Wain itu.

Buku itu ditulis secara kritikal terhadap Mahathir sepanjang 22 tahun beliau menjadi perdana menteri negara ini.

Ia ditulis oleh Wain berdasarkan kajian yang dibuat beliau dan lain-lain pihak mengenai Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia yang paling lama hingga kini.

Antara yang ditulis Wain adalah Mahathir telah membazirkan RM100 bilion ringgit dalam skandal kewangan yang berlaku di zamannya, menurut sebuah buku baru tentang mantan perdana menteri itu.

Menurut Barry Wain, penulis buku yang akan dilancarkan 'Malaysia Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times', kerugian langsung dalam skandal itu adalah berjumlah sekitar RM50 bilion.

Namun, setiap yang yang dilupuskan, ada dua kali ganda kos yang tidak kelihatan. RM100 bilion jumlah kerugian itu adalah setara dengan US$40 bilion pada kadar pertukaran yang berlaku kemudian.

SERATUS BILLION LESAP

INI BARU WIRA SONGLAP


LEBIH HEBAT DARI MARCOS

LEBIH HEBAT DARI SUHARTO.

TAPI KURENG SIKIT DARI MUGABE.



YANG PANDAI DAN YANG BODOH

ORANG RABUN HANYA NAK BERLUMBA LARI DENGAN ORANG BUTA

KONSEP PERIMBANGAN LEBIH SESUAI DARI KESAKSAMAAN DAN MERITOKRASI - berita hairan

Konsep hubungan di antara kaum di bawah gagasan satu Malaysia khususnya dari segi pendidikan lebih sesuai dilaksanakan menerusi konsep perimbangan berbanding konsep kesaksamaan atau meritokrasi, kata Mohamed Khaled Nordin.

Salah satu contoh hasil konsep perimbangan ialah penubuhan Universiti Teknologi Mara (UiTM) bagi memberi peluang lebih ramai lagi kaum Bumiputera mendapat pengajian tinggi untuk mengubah taraf sosio-ekonomi mereka, kata beliau.

Mohamed Khaled berkata demikian di dalam ucaputamanya di Konvensyen Siswa/Siswi FELDA 2009 sempena Karnival Ikatan Hati Warga Felda (IKTIRAF) 2009 di kampus induk UiTM di sini hari ini.

PERIMBANGAN PULAK

KALAU BELAJAR PANDAI…. PANDAILAAA.

KALAU BANGANG… BANGANG LAAA

SAPA PANDAI DIA BERJAYA.

SAPA BODOH… BODOH LAAA.

INI MERITOKRASI.

NAK IMBANGKAN YANG BODOH DENGAN YANG BANGANG MACAM MANA?.

nota:

apa yang harus diwujudkan ialah fasiliti yang sama
sekolah kampong atau bandar. apa yang wajib diwujudkan
ialah guru terbaik untuk ke kampong dan desa. bukan tekan atau
nafikan mereka yang berjaya. atau tidak diberi tempat untuk sambung
belajar.

sekarang ini universiti dan kolej dan melambak. semua melahirkan
orang bodoh. kebanyakan yang bodoh ini pelajar melayu.

kenapa?

kerana mereka berangan angan bahawa mereka ada hak keistemewaan.
kerana mereka bumiputera – dapat F pun boleh lulus. tak percaya cuba
pergi tanya pelajar melayu di ipta. mereka bertanding sesama
orang-orang kureng cerdik kah kah kah.




HUTANG SUKOM98 BELUM LANGSAI LAGI

MALAYSIA MAHU BIDA PENGANJURAN SUKAN ASIA 2019

Selepas dua kali gagal dalam usaha untuk menjadi tuan rumah temasya sukan terbesar di benua Asia, Malaysia akan kembali membida bagi menganjurkan Sukan Asia edisi ke-18 pada 2019.

Ahmad Shabery Cheek berkata sebelum membida penganjuran Sukan Asia 2019, Malaysia juga cuba membida penganjuran Persidangan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) bagi sesi 2013 di Kuala Lumpur.

"Jika Malaysia dapat menganjurkan persidangan IOC tersebut, ia akan menguatkan lagi bidaan Kuala Lumpur bagi menganjurkan Sukan Asia pada 2019,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Malaysia sebelum ini telah dua kali membida bagi menganjurkan Sukan Asia iaitu bagi edisi ke-15 pada 2006 dan edisi ke-16 pada tahun depan.

HABIS… JAHANAM

INGAT TAK… SUKOM 98…SAMPAI SEKARANG TIDAK ADA LAPPORAN BELANJAWAN… .

INGAT… YANG JADI KEPALA SUKOM98 IALAH BESAN FIRAUN

APA JADI DENGAN KERIS98 YANG BERTABURAN DULU….

BERAPA BANYAK BELANJA STADIUM BOCOR.

NASIB BAIK ADA REFORMASI 98… ENJOY RAKYAT SATU MALAYSIA MENIBAI FIRAUN.

TAPI KALAU TAHUN 2019 INI OK JUGA..

MUNGKIN KITA TIBAI MAT SABU YANG SUDAH JADI MENTERI SUKAN



TERKINI – TERBARU – TER NOW !!! jam 9.49 malam

POLIS ZIONIS ISREAL SEDANG MEMBELASAH RAKYAT PALESTIN

POLIS MASUK KE DALAM DEWAN

Polis telah mengambil alih Dewan MBPJ Taman Sri Manja – Petaling Jaya.

Ketika laporan ini dibuat – jam 9.38 malam Jummat - anggota polis sedang ‘berceramah’ entah tentang apa dalam dewan. Di luar dewan orang ramai masih menunggu untuk masuk ke dewan untuk mendengar penerangan tentang kes pembicaraan Anwar Ibrahim.

Satu sidang akhbar telah diadakan beberapa minit tadi oleh Puan Tan Yee Kew ketua Penerangan PKR Selangor, Latiffah Koya – Penerangan Nasional dan Ketua AMK – Shamsul Iskandar. Mereka menuntut agar pihak polis meninggalkan dewan. Ceramah penerangan ini, menurut pemimpin PKR - adalah didalam kawasan yang selamat dan tidak perlu bantuan polis.

Mengikut mereka : polis yang beratus ratus orang ini adaklah lebih baik pergi menjalankan tugas membentras jenayah dari menebeng tak tentu hala di dalam dan di luar dewan.


JONAH KENA REMAN – MALAM INI TIDUR DENGAN NYAMUK DAN PIJAT

Kahirul Anwar a.k.a Jonah masih ditahan di rumah pasong. Peguam Latiffah Koya telah memberitahu umum bahawa esok Jonah akan di bawa ke mahkamah.

Pihak polis akan meminta reman sebanyak 4 hari ke atas Jonah. Awal tadi Jonah telah mengedarkan risalah tentang kes pembicaraan Anwar Ibrahim

Khamis, 17 Disember 2009





Kerugian RM8 Bilion MAS Harus Disiasat

Belum sampai setahun, Najib mulai tergugat

KOTA BHARU. 16 Dis: Belum pun sampai setahun Datuk Seri Najib Razak berada di puncak kuasa, kini kepemimpinannya mulai kelihatan tergugat.

Detik cemas pengundian untuk meluluskan Bajet 2010 pada 14 Disember lalu dengan hanya kelebihan tiga undi, nyaris membawa kerajaan BN yang diketuai Najib terbubar.

Pada undian tersebut BN hanya mendapat 66 undi berbanding Pakatan Rakyat 63 undi.

Saat cemas itu turut diakui Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia di mana katanya, berdasar kepada konvensyen negara berparlimen, sekiranya bajet tidak diluluskan kerajaan BN terpaksa dibubar dan pilihan raya perlu diadakan.

Selain itu, konsep 1Malaysia dan Salam 1Malaysia yang dicipta perdana menteri juga dipertikaikan banyak pihak.

Difahamkan inisiatif-inisiatif membabitkan konsep 1 Malaysia khususnya berhubung soal perpaduan dan integrasi nasional terpaksa ditangguh berikutan kesukaran mencapai kata sepakat di kalangan menteri Umno.

Keputusan penangguhan itu diputuskan ketika retreat khas yang diadakan di ibu negara Ahad lalu.

Selain itu ramai ulama mempertikai Salam 1Malaysia yang dianggap boleh menjejas aqidah seseorang Muslim kerana cuba merendah-rendahkan salam sedia ada dalam Islam.

Ulama terkenal, Datuk Dr Harun Din menyebut dalam tulisan seperti disiarkan Harakah minggu lalu - Salam 1Malaysia merupakan kerja-kerja sia-sia kerana tidak diberi pahala.

Bekas penyarah Akademik Islam, Universiti Malaya, Mohamad Mustafa (gambar bawah) juga menganggap Salam 1Malaysia seperti syirik nasional yang cuba menyembunyikan keindahan Islam dengan slogan ciptaan manusia.

“Ucapan Salam 1Malaysia adalah perbuatan bidaah kerana tidak ada dalam amalan Islam, yang ada ialah ucapan salam yang sempurna iaitu “assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh”.

“Salam 1Malaysia adalah salam nasionalisme yang berpokok kepada nasionalisme, sedangkan Rasulullah saw sendiri tidak pernah mengajar ‘Salam Satu Madinah’.

“Sekiranya mahu melaksanakan Islam dan bukan menjadi penghancur (kepada amalan Islam), berilah salam yang sempurna,” katanya.

Beliau yang juga bekas Yang Dipertua Abim Kelantan turut mempersoalkan konsep 1Malaysia kerana teras penyatuan yang cuba dibawa perdana menteri tidak mempunyai elemen Islam.

“Amerika juga mengajak rakyatnya bersatu di atas dasar United State - satu Amerika, sementara Russia dengan satu Russia, demikian juga dengan ‘United Malay’.

“Persoalan sekarang, aspek penyatuan itu disuruh Islam, tetapi hendaklah dipastikan sama ada penyatuan tersebut atas dasar tauhid atau syirik.

“Bagi orang Islam, sama ada 1Malaysia atau pun tidak, itu tidak kisah, namun konsep ‘1Malaysia’ yang dicetuskan dipastikan sama ada berlandaskan dasar tauhid atau tidak,” katanya yang juga Adun Demit.

Oleh itu katanya, pendekatan 1Malaysia menggambarkan kemuncak kepada ajaran nasionalisme yang meninggalkan agama dalam gerak kerjanya.

Begitu juga katanya, slogan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ nampak elok, tetapi dalam Islam, Allah swt mestilah didahulukan.

“Allah swt mesti didahulukan. Jangan bertindak seolah-olah hak Allah swt tidak ada dalam senarai urusan negara kita sekarang,” katanya.

Selasa, 15 Disember 2009

MB Ada Hak Tentu Pilihan Raya Negeri

Poket Berlubang Rakyat Berang



Rasuah, penyelewengan kuasa, kronisme, nepotisme dan apa sahaja yang negatif dalam kepimpinan Malaysia akan dipandang hina oleh masyarakat. Namun apa sahaja isu sahaja yang dibangkitkan tanpa mengaitkannya dengan ekonomi, rakyat pasti akan memandang sepi isu tersebut. Penindasan yang kena pada batang tubuh sendiri pasti akan menimbulkan penentangan.

Ketika Mahathir mula memerintah negara apa sahaja perkara yang dibuat walaupun kekayaan negara digadai sehabis - habisnya namun rakyat masih lagi hidup selesa, bagilah 1000 Anwar Ibrahim sekali pun belum tentu dapat menggoyangkan kekuasaan yang ada ditangannya. 1998 merupakan kemarahan rakyat kerana Anwar Ibrahim yang dianggap pembela rakyat miskin dizalimi dan difitnah dengan dahsyat oleh Mahathir. Maka penentangan bermula. Manusia yang dianggap payung oleh rakyat Malaysia apabila ditindas sedemikian, maka penentangan terhadap Mahathir mula tercetus. Kerana apa? Kerana manusia hanya bangun apabila kepentingan diri sendiri itu tergugat. Bunyinya macam merendahkan martabat manusia. Tetapi itulah hakikatnya. Lihat saja gerak kerja manusia agung yakni Nabi Muhammad s.a.w, ketika mendapat perintah dari Allah s.w.t untuk memulakan dakwah agama Islam baginda menumpukan hamba abdi yang ditindas umpama haiwan oleh kaum kafir Quraisy ketika itu. Hasilnya gerak - kerja Muhammad s.a.w mendapat sokongan padu. Puncanya kerana Rasulullah s.a.w cukup bijak dalam menyebarkan dakwah kepada golongan mereka yang memerlukan perhatian akibat penindasan kejam oleh puak Jahiliyah.

Penindasan, merupakan kata kunci untuk menundukkan sesuatu rejim. Penindasan boleh datang dalam pelbagai bentuk. Dari sudut penderaan fizikal sampailah poket kita berlubang (maknanya duit dah tak ada). Sekarang kita bakal melalui penindasan ekonomi. Dahulu Pak Lah punca kepada keegoan BN ditundukkan oleh rakyat akibat daripada kegilaan barangan keperluan naik mendadak. Maka dengan kebijaksanaan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat menggunakan isu tersebut untuk mendapat undi daripada rakyat Malaysia yang berada di atas pagar. Hasilnya? Bn yang selama ini terkenal dengan egonya jatuh terduduk.

Sekarang ini Bn dilihat seolah - olah tidak pandai mentadbir ekonomi negara. Kalau kita ini cerdik sudah pasti kita dapat melihat bagaimana mereka memainkan isu perkauman untuk mengelakkan pandangan rakyat daripada melihat mereka ini tidak pandai mentadbir. Lihat sahaja bagaimana mereka cuba membangkitkan kemarahan rakyat dengan isu dana yang tidak cukup untuk rumah ibadat bukan Islam. Siang malam mereka cetuskan dengan harapan orang Melayu dan bangsa lain sibuk dengan isu yang sepatutnya tidak timbul. Puncanya agar rakyat jangan cuba - cuba mengintai kelemahan mereka mentadbir negara khasnya ekonomi.

Pernahkah kita tahu, bahawa tahun depan dijangka kita akan dipaksa membayar cukai tambahan yang dipanggil GST. GST hanyalah satu istilah untuk membodohkan kita. Tujuannya supaya akta baru ini tidak menjadi punca kejatuhan mereka yang lebih teruk pada PRU yang akan datang. Najib tahu jika kita yakni rakyat mula tahu tembelang jahat dia, maka kuasa yang ada di tangan dia akan hilang. Sebab itulah dia cuba mengalihkan perhatian rakyat dengan isu - isu yang remeh kerana dia yakin rakyat akan terikut sama rentak tari sumbang dia.

Jika tanya kepada aku, aku lebih suka biar akta ini berjalan ikut jadual. Orang pasti kata gila, ya memang gila. Idea ini memang gila. Bila akta ini berjalan dan rakyat mula rasa susahnya lagi mudah kita membelasah rejim Najib-Rosmah. Baru mereka sedar dan faham kenapa kita membantah akta ini dilaksanakan dari mula. Jika tidak sampai ke sudah akta ini tidak akan difahami malah ada yang menyokong akta ini dilaksanakan. Jika disorot kembali kenaikkan harga minyak apabila beberapa pemimpin Pakatan Rakyat dan puluhan ribu rakyat yang membantah kenaikkan harga minyak ini, ada juga yang menyokong kenaikkan tersebut. Namun apabila perkara - perkara yang ditakuti iaitu kenaikkan secara mendadak harga barang barulah mereka sedar bahawa mereka sedang ditindas. Maka hampir tumbanglah kerajaan Bn.

Hari ini, poket rakyat bakal kering, bakal koyak, bakal hidup dalam kesempitan akibat kegilaan pimpinan Barisan Nasional yang mahu membangunkan bangunan bukannya mahu membangunkan ekonomi. Akibat kegilaan Mahathir yang boros membelanja duit Petronas nah sekarang selepas dia berhenti kita pula yang menanggung derita. Wang Petronas tidak disalurkan dengan tepat. Tumpuan kepada pembangunan yang tidak seimbang. Rasuah disana - sini. Pembaziran secara mega dilakukan. Sekarang akibat wang Petronas yang semakin mengecil dan kekurangan wang untuk membangunkan negara maka rakyat yang menjadi mangsa. GST dikenalkan. Semua harga barang akan naik. Kita di mana gaji masih rendah terpaksa menanggung derita. Jika yang tidak cukup imannya jalan pintas dipilih iaitu melakukan jenayah.

Soalan kepada rakyat Malaysia yang masih tidak sedar - sedar, kenapa gusar untuk berubah. Fikirlah masa depan anak - anak muda Malaysia. Fikirkan siapa yang mampu mentadbir negara ini dengan baik bukannya melihat siapa juara isu Ketuanan Melayu yang semakin lapuk. Renung dalam - dalam.

Buat anak muda Malaysia, bersiap - sedia. Jika ada semboyan untuk kita bangun membantah akta ini ayuh kita turun seramai mungkin.

Buat Bn...awas...amarah rakyat akan memuncak jika Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan. Tunggu sahaja hukumannya.

HIDUP RAKYAT!!!

Isnin, 14 Disember 2009

UMNO TERKANTOI BILA BERHADAPAN NGA KOR MING


Khairy Jamaluddin mahukan PAS mengeluarkan kenyataan berhubung "kontroversi" Nga Kor Ming. Katanya, PAS perlu menyatakan pendirian berkaitan isu tersebut demi kepentingan Islam dan ummah.

Pada aku, kenyataan Khairy Jamaluddin adalah satu kenyataan yang pra matang sifatnya kerana beliau bercakap berdasarkan apa yang didengar dan bukannya berdasarkan apa yang dimaksudkan.

Nga Kor Ming mahu tahu kenapa terdapat perbezaan yang ketara pada angka peruntukan tersebut dan jika boleh beliau mahukan peruntukan kepada rumah ibadat bukan Islam ditambah. Itu sahaja.

Beliau tidak mempertikaikan peruntukan yang telah diberikan kepada masjid. Bukan itu yan beliau maksud. Yang memutarbelitkan fakta adalah media lidah bercabang milik UMNO yang seantero dunia tahu juara temberang.

Menyoal dan mempersoalkan adalah dua perkara yang kontar sama sekali. Menyoal ertinya ingin tahu manakala mempersoal pula membawa erti mempertikaikan. Ini yang mahu dimanipulasi oleh Khairy Jamaluddin dan UMNO.

PAS tidak bersuara tetapi pimpinan PAS ramai yang telah bersuara atas kapasiti peribadi dalam soal "kontroversi" Nga Kor Ming. Majoritinya memahami maksud yang ingin disampaikan oleh Nga Kor Ming kecuali Nasharuddin Mat Isa.

Soal "salah pandang" bukan Islam kepada Islam ini adalah akibat daripada kerja buat UMNO selama 50 tahun yang tidak pernah memberikan kefahaman jelas berkaitan Islam kepada bukan Islam.

Dan, hari ini bukan Islam semakin tahu hak mereka dijamin oleh Islam setelah mereka duduk semeja dengan PAS. Mereka tahu apa yang mereka boleh minta dan apa yang mereka tidak boleh minta.

Cuma, dalam soal ini, semakin jelas jahilnya UMNO sehinggakan DAP mampu memahami hak hak bukan Islam di dalam pentadbiran Islam melebihi UMNO sendiri.

DAP menyoal atas perkara yang membolehkan UMNO dipersoal. Menyoal berkaitan Islam di Malaysia membawa erti mempersoalkan keIslaman UMNO.

Mudah, kan?

Rata PenuhApa Ku Li kata pasal Che Det?

Kalu baca artikel di bawah ni lebih kurang beginilah...

Che Det tak tau manage ekonomi...

Kadang2 dok tergelak juga bila ingat2 si beruk tua ni....sibuk dok mengata Anwar ekonomi zero...

Macam berok dapat headset...seronok tak tentu pasal. Habis tonggang langgang hasil mahsul negara...tiba2 dah kering.

Agaknya Malaysia ni kalu tak da minyak....Che Det woudn't last that long kot??

M'sia negara 'sumpahan minyak'

Mantan menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan Malaysia sebagai negara 'sumpahan minyak' di mana kekayaan hasil buminya itu tidak digunakan untuk tujuan asal penubuhan Petronas, tetapi menjadi madat dan simbol kosong seperti Menara Petronas.

"Bila saya mengasaskan Petronas pada 1974, saya tidak menyangka bahawa suatu hari nanti, saya merasakan lebih baik kita tidak menemui kekayaan tersebut," katanya.

Beliau berkata, anugerah minyak itu yang sepatutnya digunakan untuk memacu peralihan negara kepada masyarakat yang lebih terpelajar dan berhati mulia, sebaliknya telah menjadi madat yang memberi kesenangan sementara dan simbol kosong seperti Menara Petronas.

Tengku Razaleigh - bekas naib presiden Umno yang hampir menewaskan Tun Dr Mahathir Mohamad bagi jawatan presiden 20 tahun lalu - merupakan antara pengasas penubuhan Petronas pada tahun 70-an.

Menurutnya, Malaysia kini terjebak dalam perangkap pendapatan pertengahan, "tersangkut dalam pertumbuhan mudah dari pengeluaran tambah nilai yang rendah dan pemasangan komponen dan tidak mampu membuat lonjakan kepada ekonomi berintensifkan pengetahuan.

Katanya, tujuan awal penggunaan simpanan minyak Malaysia ialah untuk membantu negara melonjak daripada ekonomi yang berasaskan komoditi dan pemasangan kos rendah, kepada ekonomi yang lebih dipelbagaikan yang berasaskan kepada pekerjaan berpendapatan tinggi.

"Kita melihat simpanan minyak kita sebagai satu kurniaan kekayaan yang akan menghasilkan wang untuk tujuan pemodenan dan teknologi," katanya ketika berucap di sidang kemuncak ahli korporat muda Malaysia di Menara Integriti, Kuala Lumpur hari ini.

Bagaimanapun, katanya, berbilion-bilion ringgit hasil eksport minyak sejak tiga dekad yang lalu, telah dibazirkan oleh kerajaan.

Menurutnya, hasil minyak negara yang sepatutnya digunakan mengikut yang telah dirancangkan sewaktu penubuhan Petronas, telah menjadi dana yang dibelanjakan sesuka hati oleh sesiapa juga yang mentadbir negara, tanpa sebarang pertanggungjawaban.

Buku bertajuk "Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Time', yang dilancarkan baru-baru ini, menganggarkan kira-kira RM100 bilion telah dibazirkan dalam skandal kewangan sewaktu 22 tahun pentadbiran Dr Mahathir.

Pengarangnya, Barry Wain yang juga bekas editor Asian Wall Street Journal, menulis bahawa sebahagian besar skandal itu, termasuk percubaan kerajaan untuk memanipulasi harta timah antarabangsa dan pembabitan Bank Negara dalam pasaran matawang global, pada tahun 1980-an.

Bagaimanapun, ada sesetengah penganalisa yang menyebutkan jumlahnya lebih tinggi daripada itu.

Malahah Time memetik Daniel Lian - seorang pakar ekonomi dari Morgan Stanly di Singapura sebagai berkata, Malaysia mungkin telah kehilangan "sehingga AS$100 bilion" (RM340 juta) sewaktu pentadbiran Dr Mahathir.

Petronas menyumbangkan 40 peratus daripada bajet negara sejak bertahun-tahun lalu tetapi penggantungan terhadap perolehan hasil minyak semakin tidak dapat dipertahankan lagi.

Kerajaan akan memperluaskan lagi asas cukai dengan memperkenalkan cukai perkhidmatan dan barangan (GST) di mana semua rakyat Malaysia dikehendaki membayar cukai tambahan di samping cukai pendapatan.

Tengku Razaleigh berkata, kekayaan minyak negara telah dibazirkan dan digunakan untuk menyelamatkan syarikat-syarikat yang gagal, membeli senjata, membina bandaraya secara besar-besaran di atas tapak ladang kelapa sawit.

Perolehan tersebut, katanya, tidak digunakan untuk membasmi kemiskinan di negeri-negeri yang miskin, tetapi disalurkan untuk tujuan politik dan golongan yang ada kaitan dengan politik.

Katanya, hasil minyak yang sepatutnya menjadi warisan kekayaan untuk semua rakyat Malaysia dan generasi akan datang, telah digunakan untuk menunjangi pemerintahan yang 'authoritarian, menghakis demokrasi berpelembagaan dan korup keseluruhan golongan elit politik dan perniagaan.
I

KOTA BHARU, 14 Dis: Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Nakhaie Ahmad berkata, isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang tidak menutup aurat sebagai berdosa.

“Perbuatan seperti itu satu dosa,” katanya merujuk kepada soalan seorang peserta pada satu wacana yang dianjurkan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri di Kelantan Trade Centre.

Penganjur bersama program itu Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan dan Perbadanan Menteri Besar.

Seorang peserta menanyakan apa hukum isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tidak menutup aurat dijawab bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Nakhaie Ahmad sebagai berdosa.

Katanya, di akhirat kelak wanita yang tidak menutup aurat akan ditanyakan di hadapan Allah Taala mengapa tidak mematuhi suruhan agama.

(Gambar: Nakhaie berkata Rosmah berdosa dan bakal dapat siksa di akhirat)

Dewan konvensyen tempat wacana diadakan penuh sesak sehingga memaksa penganjur memasang dua skrin besar di luar dewan.

Orang ramai melimpah sehingga ke atas jalan raya.

Wacana itu yang panas sepanjang program berlangsung menampilkan tiga lagi anggota panel iaitu anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah, bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Mohd Affendi Yusof.

Pensyarah kanan UKM, Prof Madya Dr Mohd Agus Yusof bertindak sebagai moderator. Hadir sama anggota Exco, Dr Mohamad Fadzli Hassan.

Nakhaie yang juga bekas Naib Presiden PAS memberitahu, beliau meninggalkan parti itu dan menyertai Umno kerana tidak ada program dakwah dalam PAS.

“Sebab itulah sepanjang berada bersama PAS saya gagal mengislamkan seorang pun bukan Islam.

“Sedangkan ketika menerajui Yadim saya berjaya mengislamkan kira-kira 7,000 bukan Islam di Sabah dan Sarawak,” katanya diikuti suara riuh rendah orang ramai.

Penjelasan Nakhaie dari awal sehingga akhir dipertikaikan hadirin sehingga ramai yang menyoraknya.

Kadang kala beliau kelihatan emosi kerana tidak tahan berdepan dengan penonton yang cuba mencemuhnya.

Mohd Afffendi pula tanpa menyembunyikan perasaan menjelaskan mahu hak Kelantan mendapatkan royalti minyak diberi perhatian kerajaan pusat.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, katanya apa pun istilah yang digunakan kerajaan pusat sama ada royalti atau ihsan ia perlu dinikmati rakyat negeri ini.

Kata beliau rakyat Kelantan tidak perlu didiskriminasi bagi mendapatkan hak mereka.

Sedangkan sebelum itu ketika menjawab soalan moderator katanya, royalti hanyalah istilah Inggeris yang digunakan, sehingga disorak orang ramai.

Malah katanya, perjanjian yang ditandatangani di antara Menteri Besar, Datuk Mohamad Nasir dan Petronas pada 1975 seperti tidak sah kerana ada perjanjian baru dibuat kerajaan Malaysia dengan Thailand pada 1990.

“Mengikut perjanjian tersebut cari gali minyak berlaku di kawasan JDA yang melibatkan Malaysia dan Thailand, di mana pembahagian dibuat 50 – 50.

“Jadi perjanjian lama pada 1975 sudah tidak terpakai kerana minyak dicari gali di kawasan JDA,” ujarnya.

Merungkai persoalan itu Mohd Amar menjelaskan kerajaan Thailand membahagikan royalti kepada Songkla memandangkan kedudukan JDA lebih dekat dengan wilayah itu.

Sedangkan katanya Malaysia tidak membahagikan royalti kepada Kelantan biar pun kawasan carigali dekat dengan negeri tersebut.

“Ini bermakna Thailand jauh lebih cerdik berbanding Malaysia kerana cuba menafikan hak royalti minyak,” katanya disambut gelak ketawa orang ramai.

Dr Asri pula tidak mahu ulama masuk campur dalam tuntutan royalti dibuat kerajaan Kelantan kerana silap percaturan ia boleh menghakiskan kepercayaan rakyat kepada golongan berkenaan.

“Saya kata kepada Perdana Menteri bagilah kepada Kelantan kerana itu hak mereka. Pemimpin kena bersikap adil kepada semua pihak seperti dituntut Islam,” katanya.

Ketika menjawab soalan Dr Agus, Mohd Amar berkata, halangan kerajaan pusat terhadap Kanun Jenayah Syariah diluluskan di Kelantan bukan bermakna hukum itu tidak mahu dilaksanakan.

“Samalah seperti lampu trafic light merah, kita berhenti sekejap. Berhenti pun enjin kereta kita masih hidup.

“Dan apabila lampu isyarat sudah bertukar menjadi hijau maka kita jalanlah,” katanya.

Mohd Affendi juga memuji tindakan kerajaan negeri menganjurkan wacana seumpama itu bagi memberi peluang kepada rakyat mendapatkan maklumat dua hala.

Oleh itu katanya, Pemuda Umno sedia menganjurkan program wacana pada masa akan datang dengan menjemput wakil dari PAS.

Mohd Amar pula berkata, beliau sedia hadir pada wacana anjuran Umno jika bersesuaian dengan tajuknya.

MACAM MACAM CARA GILA

MALAYSIA AKAN MENGADAKAN PERLUMBAAN KAPAL SELAM - SATU REKOD DUNIA




NAJIB UMUM PEMANDU 1MF1T-LOTUS DI PARLIMEN HARI INI - melayau

Tiga nama - Jarno Trulli, Heikki Kovalainen dan Fairuz Fauzy - disebut-sebut bakal mengisi kerusi pemandu pasukan Formula Satu 1Malaysia-Lotus (1MF1T-Lotus).

Spekulasi itu diperkuatkan lagi dengan ketibaan Trulli, bekas pemandu Toyota itu di ibu negara pada pukul 8.31 malam ini melalui penerbangan AirAsia D72009 dari London.

Bagaimanapun tanda tanya siapa bakal menjadi pemandu pasukan 1MF1T-Lotus akan diumumkan oleh Najib Razak di Parlimen.

NEGARA SUDAH ABIS DUIT.

RAKYAT AKAN DI CUKAI.

MUNKEE MUNKEE INI MASIH GILA DENGAN PROJEK MEMBASIR.

MACAM MACAM PUNYA GILA

MACAM MACAM PUNYA TIPU.

SEMUA NAK REMBAT DUIT RAKYAT.

nota:
bila agaknya orang melayu akan sedar
bila agaknya orang melayu akan berfikir
bila agaknya orang melayau akan terbangun dari angan angan
bila agaknya orang melayu akan terhantuk kepala
bahawa ketuanan melayu itu hanya kelentong nak bagi depa khayal

NOTA:
jangan lupa ibu tien yang suka 10 persen
jangan lupa ilmelda yag suka kumpul kasut
jangan lupa... jangan lupa siapa hah... yang suka keluar diakhbar



Nuffnang Ads

EEEE BERDEMO TAK ADA SOKONGAN

PRESIDEN KIMMA YANG BERGERAK DI BAWAH TANAH


DEMO BANTAH NGA KOR MENG TIADA SAMBUTAN – harakah daily

BUTTERWORTH, 12 Dis: Kumpulan yang berhimpun membantah pertikaian Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Meng berhubung peruntukan dana pembinaan masjid di sini semalam tidak mendapat sambutan dan hanya dihadiri oleh 26 orang.


Mereka dipercayai mewakili tiga Pertubuhan Bukan Kerajaan dan sebuah parti politik bertindak membuat bantahan di hadapan Masjid Daerah Seberang Perai Utara di Teluk Air Tawar.

Mereka sebelum itu bertindak membut pengumuman dengan pembesar suara kepada jemaah yang hadir menunaikan fardhu Jumaat bagaimanapun ia masih gagal menarik penyertaan jemaah.

Tiga NGO itu ialah Pertubuhan Gabungan Suci Asli Malaysia (GSAM), Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) dan Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) manakala parti politik yang dimasudkan ialah Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tasek Gelugor.

DUA PULUH ENAM ORANG SAHAJA?.

BIAR BETUL… PELANGGAN KEDAI TOTO LEBIH BANYAK DARI INI

KESIAN EEE… SEDIH EEE…. SAYU EEE.

INI LEBIH SELUAR DARI PERUT
.

LEBIH KASUT DARI KAKI
.

LEBIH SAMPAH DARI TONG.

INI LEBIH KOMDOM DARI PUNAI
.

nota:
melayu pun tak ambil port
tinggal eee dan kimma


lihat ini:

TAMBAH DANA UNTUK RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM - malaysiakini

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menggesa kerajaan memberi lebih perhatian kepada bukan Islam, termasuk menambah peruntukan untuk rumah ibadat mereka.

"Kita memahami apa yang disebut (oleh DAP), dan (ia) bukan berhasrat untuk mempertikaikan agama Islam," kata timbalan presidennya Amidi Abd Manan kepada Malaysiakini.

"Jadi kita menggesa kerajaan memberi perhatian yang lebih kepada bukan Islam."

Beliau diminta mengulas kontroversi kenyataan ahli parlimen Taiping, Nga Kor Ming, di Parlimen berhubung peruntukan besar kerajaan dalam membina rumah ibadat Islam dan tetapi kecil sahaja peruntukan untuk bukan Islam.



BERITA BAIK UNTUK YANG BERJALAN KAKI

BERSEDIA DARI SEKARANG - MULA BELAJAR JALAN KAKI


MALAYSIA HABIS DUIT

Najib sees Eurobond issue, fuel subsidy cut next year.

Malaysia will issue a small international bond next year to part fund its budget deficit, although the majority of the expected deficit of 5.6 per cent of gross domestic product will be funded domestically, Najib Razak told Reuters today.

Najib, in a rare interview with the foreign press, said that he would press ahead with economic reforms in a bid to win back foreign investment and said that state investment funds including Khazanah Nasional had been instructed to sell down their holdings of companies listed on Bursa Malaysia.

“It is up to the management of Khazanah or EPF (Employees Provident Fund) to decide the particular companies that they divest their holdings,” he said.

One of the biggest challenges facing the government as it seeks to address the budget deficit is to reduce fuel subsidies. The 2010 budget calls for all subsidies to fall to RM20.9 billion from RM24.5 billion in 2009.

nota:
harga minyak akan naik tahun depan
harga barang akan naik tahun depan
cukai barangan akan diperkenalkan
untuk orang berjalan kaki
harga minyak naik adalah berita gembira
kurang kan kereta di jalan raya
tapi semua harga barang makanan akan naik.

hari ini fulus sudah elek
fulus sudah habis
minyak sudah kering

masa ada minyak buat projek mega
buat putra jaya buat litar sepang
buan banguanan petronas
bila duit habis naikan cuka
i

ada malaon minat f one – tabur duit
ada malaon minat monsson cup – tabur duit
ada malaon minat a formula – tabur duit
ada malaon minat beli senjata – tabur duit

duit habis naikkan cukai
duit habis jual bond
duit habis jual harta negara

habis harta negara
tinggal kerbau saekor




KAMI AKAN SIASAT DAN KAJI DAN AKAN TUBUHKAN SATU JAWATANKUASA

INI BERITA FITNAH - INI GAMBAR PORNO



AHLI PARLIMEN KAPAR BUAT LAPORAN POLIS MENGENAI KONTRAK SPRM – berita hairan

Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam hari ini membuat laporan polis mengenai dakwaan penyalahgunaan kuasa membabitkan seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung pemberian kontrak bernilai RM7.5 juta.

Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) di sini, jam 11.30 pagi tadi.

Dalam aduan itu, Manikavasagam mendakwa satu kontrak membuat pakaian seragam baru SPRM bernilai RM7.5 juta yang diberi kepada satu syarikat tanpa melalui proses tender terbuka.

Manikavasagam mendakwa beliau mempunyai semua dokumen berkaitan kontrak berkenaan yang diberi oleh sumber yang boleh dipercayai.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop mengesah menerima laporan yang dibuat Manikavasagam.

UMANG AAAIII…. INI UNIFORM BUAT BUAT DI PARIS KE?.

SAMPAI TJUH JUTA RINGGIT.


INI UNIFORM REKAAN DONNA KAREN KE? ATAU VIVIEN WESTWOOD.

JAMIN ESOK SPRM AKAN MENGADAKAN SIASATAN.

DENGAN TANGKAS LAGI PANTAS AKAN DI SIASAT

NAK TAHU APA YANG AKAN DI SIASAT ?.

SPRM AKAN SIASAT SIAPA BOCORKAN MAKLUMAT INI KEPADA AHLI PARLIMEN KAPAR.

INI ISU DALAM… INI PEKARA SULIT.

AKTA RASHIA AKAN DIGUNAKAN

nota:
tak percaya - cuba tunggu
tak percaya - mesti ada penafian
tak percaya – mesti ada kenyataan yang mengatakan pekara ini akan disiasat
hingga hari kiamat