Isnin, 14 Disember 2009

UMNO TERKANTOI BILA BERHADAPAN NGA KOR MING


Khairy Jamaluddin mahukan PAS mengeluarkan kenyataan berhubung "kontroversi" Nga Kor Ming. Katanya, PAS perlu menyatakan pendirian berkaitan isu tersebut demi kepentingan Islam dan ummah.

Pada aku, kenyataan Khairy Jamaluddin adalah satu kenyataan yang pra matang sifatnya kerana beliau bercakap berdasarkan apa yang didengar dan bukannya berdasarkan apa yang dimaksudkan.

Nga Kor Ming mahu tahu kenapa terdapat perbezaan yang ketara pada angka peruntukan tersebut dan jika boleh beliau mahukan peruntukan kepada rumah ibadat bukan Islam ditambah. Itu sahaja.

Beliau tidak mempertikaikan peruntukan yang telah diberikan kepada masjid. Bukan itu yan beliau maksud. Yang memutarbelitkan fakta adalah media lidah bercabang milik UMNO yang seantero dunia tahu juara temberang.

Menyoal dan mempersoalkan adalah dua perkara yang kontar sama sekali. Menyoal ertinya ingin tahu manakala mempersoal pula membawa erti mempertikaikan. Ini yang mahu dimanipulasi oleh Khairy Jamaluddin dan UMNO.

PAS tidak bersuara tetapi pimpinan PAS ramai yang telah bersuara atas kapasiti peribadi dalam soal "kontroversi" Nga Kor Ming. Majoritinya memahami maksud yang ingin disampaikan oleh Nga Kor Ming kecuali Nasharuddin Mat Isa.

Soal "salah pandang" bukan Islam kepada Islam ini adalah akibat daripada kerja buat UMNO selama 50 tahun yang tidak pernah memberikan kefahaman jelas berkaitan Islam kepada bukan Islam.

Dan, hari ini bukan Islam semakin tahu hak mereka dijamin oleh Islam setelah mereka duduk semeja dengan PAS. Mereka tahu apa yang mereka boleh minta dan apa yang mereka tidak boleh minta.

Cuma, dalam soal ini, semakin jelas jahilnya UMNO sehinggakan DAP mampu memahami hak hak bukan Islam di dalam pentadbiran Islam melebihi UMNO sendiri.

DAP menyoal atas perkara yang membolehkan UMNO dipersoal. Menyoal berkaitan Islam di Malaysia membawa erti mempersoalkan keIslaman UMNO.

Mudah, kan?

Tiada ulasan: