Jumaat, 3 Februari 2012
PENERIMA BR1M RM500 DILAYAN MACAM ANJING KURAP
Khamis, 2 Februari 2012
Gua Kata UMNO parti rasuah.....
Kegagalan BN urus bantuan rakyat
Sama ada rakyat gembira, skeptik, bersyukur atau apa pun, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang memberi RM'500 seorang telah dan sedang diagihkan mengikut beberapa fasa.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melihat bahawa bantuan ini dapat menaikkan moral penyokong dan imej pentadbiran beliau yang semakin buruk dengan pelbagai pembongkaran skandAL
Kita amat mengalu-alukan inisiatif sebegini. Ia duit rakyat dari cukai rakyat dan hasil sumber negara. Ia bukan duit poket mana-mana parti.
Tanda soal besar yang berlegar di fikiran rakyat ialah kenapa pemberian one-off seperti ini merupakan yang pertama kali setelah 54 tahun negara merdeka walhal ekonomi Malaysia tidaklah sestabil seperti dulu.
Apa lagi dengan jumlah defisit negara mencatatkan kenaikan mendadak dari RM217 bilion pada tahun 2004 kepada RM437.2 bilion seperti yang dicatatkan sehingga Jun 2011.
Umpan PRU ke-13
Seperti mana yang rakyat jangkakan, adakah durian runtuh ini ikhlas dari kerajaan atau pun semata-mata umpan untuk PRU ke-13? Apakah dengan bantuan ini juga rakyat boleh berasa lega dengan keadaan perbelanjaan isi rumah yang semakin meningkat? Lagi pun pemberian ini ‘berkala’ dan bukannya setiap bulan.
Mungkin juga pemberian bantuan one-off ini adalah bantuan once in a whole life, sekali seumur hidup.
Kita sendiri boleh menilai sejuh mana keberkesanan pemberian ini dalam menangani masalah ‘duit poket’ rakyat dan kemiskinan bandar yang semakin meruncing.
Banyak lagi isu terdahulu yang harus diselesaikan dengan kadar segera oleh kerajaan. Kajian Perolehan Pendapatan oleh Kementerian Sumber Manusia pada 2009 yang menunjukkan bahawa 34% daripada 1.3 juta pekerja di negara ini menerima pendapatan di bawah garis kemiskinan iaitu dibawah RM720 sebulan.
Kita percaya pada tahun 2012, peratusan pekerja yang berpendapatan di bawah garis kemiskinan akan meningkat selagi kerajaan tidak melaksanakan gaji minimum seperti yang diperjuangkan oleh kesatuan-kesatuan pekerja dan Pakatan Rakyat.
Ini tidak lagi melibatkan masalah pelajar dan kos pendidikan tinggi di Malaysia yang boleh dilihat sebagai sebuah ‘kilang cap duit.’
Tambah lagi masalah…
Sedangkan masalah lama belum mampu diatasi, ia ditambah pula dengan isu bantuan one-off ini yang berbangkit.
Yang pertamanya melibatkan ketelusan dan kaedah penilaian penerima bantuan. Keduanya ialah, bantuan ini seolah-olah menggalakkan lagi budaya konsumerisme melampau yang tidak sihat di kalangan warga.
Budaya konsumerisme bermaksud keasyikan masyarakat membeli-belah. Memang ia hak bebasan individu tetapi apabila yang tidak mampu memaksa diri berbelanja kerana tekanan psikologi persekitaran, ia boleh menimbulkan krisis kemasyarakatan.
Lihat sahaja kedai-kedai buku sekitar pusat membeli-belah utama dan sebagainya yang menerima baucar RM200 pelajar, bukan sahaja digunakan untuk membeli bahan rujukan tetapi juga majalah dan komik-komik kegemaran sekali gus mencipta ‘keperluan-keperluan baru’.
Kita juga digemparkan dengan penjualan baucar buku di internet, malah ada juga yang menggunakan wang bantuan RM500 tersebut untuk menukar telefon bimbit baru dan sebagainya.
Jika kerajaan benar-benar ingin membantu rakyat yang kurang berkemampuan, mengapakah bantuan ini tidak disalurkan melalui agensi-agensi yang berkaitan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Baitulmal, rumah-rumah kebajikan dan sebagainya? Apakah kerajaan sendiri tidak yakin dengan kemampuan agensi-agensi tersebut mengurus dana yang diamanahkan?
Atau, cukuplah dengan menurunkan takrif elektrik dan kadar petrol semasa sen, seluruh negara akan bergembira. Jika kapitalis penjana kuasa bebas (IPP) boleh mendapat subsidi kerajaan, mengapa tidak rakyat jelata?
Dengan kadar rakyat yang muflis dan penggangguran yang semakin meningkat, ditambah lagi dengan kebanjiran pendatang asing, kenaikan harga barang keperluan, kebocoran dana awam, gejala rasuah dan salah guna kuasa, defisit negara yang meningkat lebih 50% dari KDNK; kita hanya mampu menggeleng kepala sebelum merumuskannya di atas kertas undi.
Ternyata, inisiatif bantuan rakyat ini tempang dengan segala masalah ‘lepas pandang’ dan retorik semata-mata untuk meraih sokongan rakyat yang semakin merosot terhadap Barisan Nasional dan kepimpinan Najib. – Roketkini.com
Negara Bankrap Jika PR Tiru BN
PR sama sekali tidak akan meniru cara BN menguruskan negara jika diberi mandat oleh rakyat kerana negara akan bankrap jika PR meniru cara BN. Datuk Seri Najib ketika bercakap di Arau, mempersendakan kemampuan Pakatan Rakyat yang membuat berbagai tawaran yang boleh menghancurkan negara
Tuduhan ini adalah lahir daripada seorang yang resah dengan tawaran demi tawaran yang dikemukakan oleh PR. Pemimpin PR membuat tawaran setelah dikaji daripada mana sumber kewangan yang akan diperolehi bukan bertindak secara membabi butaSetakat hari ini semua negeri PR tidak ada masalah, cuma yang bermasalah ialah negeri di bawah pentadbiran Umno BN. Sabah dan Terengganu walaupun negeri ini memiliki hasil minyak, malangnya rakyat berada di tangga pertama dan kedua dari segi kemiskinan tegar.
Yang mengatakan negara akan bankrap pada tahun 2019 ialah Datuk Seri Idris Jala Menteri Jabatan Perdana Menteri.
Memang negara akan hancur jika pemimpin PR memberi projek lembu RM250 juta kepada suami menteri yang bukan ahlinya. Negara bankrap jika bil letrik rumah Perdana Menteri dan Timbalan Menteri RM160, 000 sebulan dan bil air RM31,000 sebulan. Memang bankrap jika kos penyelenggaraan rumah rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri tahun 2006-2010 sebanyak RM48 juta dan kos menyewa rumah Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri tahun 2006-2010 sebanyak RM33 juta.
Negara bankrap jika PR meneruskan usaha memberi subsidi loji penjana kuasa sebanyak RM19 bilion, sedangkan subsidi minyak untuk rakyat sebanyak RM11 bilion cuba dikurangkan. Negara bankrap jika PR tidak menghentikan amalan rasuah sehingg a negara rugi RM28 bilion setahun.
Negara akan bankrap jika pemimpin PR tidak ambil peduli setiap tahun teguran Ketua Audit Negara. Contohnya Laporan Audit Negara 2006, bagaimana Kementerian Pertahanan boleh membayar kepada kontraktor sebanyak RM943.46 juta (hampir RM1 bilion) walaupun tanpa baucer. Bukan RM100.00 tetapi hampir RM1 bilion. Jika trend ini ditiru memang negara akan bankrap.
Pakatan jangan mengganti perangai buruk pemimpin Umno Bn yang menjahanamkan khazanah negara. Negara yang kaya dengan bahan mentah dan bumi yang subur tidak sepatutnya ada rakyat yang masih tidak bertanah, malahan ada yang tinggal di dalam air seperti Sabah dan Sarawak.
Rabu, 1 Februari 2012
Anwar nasihatkan Mahathir supaya 'duduk diam-diam'
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menasihatkan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed supaya “duduk diam-diam di rumah dan jaga cucu di rumah” serta tidak ‘menyerangnya’ tanpa sebarang asas.
Katanya, beliau sudah lali dengan tohmahan yang dilemparkan kepadanya sejak bertahun-tahun itu.
"Itu orang tua belum habis lagi ka? Sudah la tu. Dia dan keluarga sudah kaya-raya, Mirzan dah berbilion.
"Cukuplah, duduk diam-diam di rumah dan jaga cucu di rumah," katanya kepada lebih 1,000 hadirin di acara rumah terbuka Tahun Baru Cina PKR Batu di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Jinjang Selatan, Kuala Lumpur.
Anwar yang juga ketua umum PKR mengulas serangan bekas ketuanya pada Isnin lalu yang berkata bekas timbalan perdana menteri itu memang mempunyai hubungan rapat dengan Yahudi dan malah berkawan dengan anggota kongres Amerika Syarikat yang berbangsa Yahudi.
Mahathir juga dilaporkan berkata Anwar suka jika dipuji oleh orang Barat.
"Dia kata saya dekat dengan orang Israel. Dulu dia kata saya ikut orang Cina. Kalau jadi PM, saya akan jual negara ini pada orang Cina."
"Dey ane! Mana satu ini.
"Hari itu saya pergi majlis Ponggal, saya pakai topi India. Macam MGR (bintang filem India). Nanti dia kata saya ikut orang India pula!" sindir Anwar.
Ucapannya disambut dengan tepukan gemuruh daripada hadirin yang sebahagian besarnya masyarakat Cina yang telah menyambut beliau dengan paparan tarian singa sebelumnya.
Anwar juga diraikan dengan hidangan ‘yee sang’ dan disertai oleh pemimpin-pemimpin PKR serta komponen Pakatan yang lain.
Turut hadir Naib Presiden PKR yang juga ahli parlimen Batu, Tian Chua dan ahli parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne.
Selain di Jinjang, Anwar turut mengunjungi Tokong Pooling Keong, di Setapak, perumahan rakyat di Wangsa Maju, Bandar Tun Razak, Lembah Pantai dan Little India di Brickfields.
Anwar juga berkata, Pakatan Rakyat mahu mengambil alih Putrajaya dari kerajaan yang mengamalkan rasuah dan dasar memecah belahkan kaum.
“Kita tak mahu kerajaan yang ‘pu hau’ (tidak baik) dan ‘siau ren’ (orang yang bingung)
“Di sini dia (kerajaan) cakap tentang satu Malaysia, tapi di sana ada kes baling kepala babi (di masjid). Di sini dia kata nak jaga rakyat, tapi tanah, balak beri pada anak bini menteri.
“Sampai ‘lembu’ pun dia nak angkat,” katanya merujuk skandal National Feedlot Corporation (NFC), sambil disambut ketawa orang ramai.
Justeru, katanya, rakyat tidak ada pilihan selain menolak kerajaan BN pada pilihan raya umum akan datang.
FLOM - SUDAH JADI FAT LADY OF SHOPPING
Pengerusi Festival Fesyen Islam (IIF) Raja Rezza Shah yang turut bersama dalam rombongan lawatan isteri Najib Abdul Razak ketika membeli-belah di butik pereka Australia berkata kata Rosmah Mansor tidak berbelanja sakan seperti yang didakwa.
Menjawap soalan yang dikemukakan oleh Malaysiakini, Raja Rezza berkata 61 helai pakaian yang dibeli di pusat membeli-belah Carl Kapp di Paddington, Sydney, Australia, baru-baru ini sebenarnya adalah stok atau bekalan untuk sebuah kedainya di London.
NOTA:
dunia sudah berubah
dalam buku sejarah perak
ada di kesahkan bagaimana
dalam satu jamuan bersama tuan residen
sultan perak telah terkentut
dengan serta merta
bedahara di sebelahnya mengaku yang di terkentut
dunia berubah
kali ini mak janda 7 anak yang bershopping sakan
ada raja yang mengaku
dia yang shopping bukan mak janda
kah kah kah
FLOM : FAT LADY OF SHOPPING
MAHATHIR ADA PENJANJIAN SULIT DENGAN AMERIKA
DR MAHATHIR SENGAJA MEMUTARBELIT DAN MELUPAKAN FAKTA
Mahathir Mohammad semalam menyatakan bahawa Anwar Ibrahim merupakan simpatisan Yahudi.
Mahathir sengaja memutarbelitkan kenyataan Anwar dan sengaja melupakan hubungan akrabnya dengan Amerika suatu ketika dahulu.
Anwar telah menjelaskan bahawa kenyataannya di dalam akhbar Wall Street Journal yang dimainkan UMNO dan media mereka hari ini adalah selari dengan penyelesaian dua negara (two-state solution) yang diterima inisiatif keamanan dunia Arab, Malaysia malah Hamas sendiri, pejuang kemerdekaan Palestin.
Mahathir mungkin kelihatan begitu lantang bersuara menentang Zionis dan Barat tetapi sebenarnya mempunyai hubungan yang cukup baik dengan mereka sehingga sanggup menandatangani perjanjian ketenteraan sulit dengan Amerika pada 1984 – Bilateral Training and Consultation Agreement (BITAC) - yang membolehkan Amerika menjalankan latihan ketenteraan mereka di Malaysia.
Selepas imej Malaysia punah teruk di mata masyarakat antarabangsa akibat pemecatan Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri, Mahathir begitu terdesak untuk bertemu dengan Bush sehingga Jack Abramoff, seorang ahli lobi Zionis dibayar sebanyak AS$1.2 juta untuk mengatur pertemuan dengan Bush. Fakta ini diakui oleh Mahathir sendiri.
Abramoff mempunyai hubungan rapat dengan Bush dan juga golongan ekstrem di Israel. Menurut majalah Newsweek ada wang yang dikutip oleh Abramoff di dalam aktiviti melobinya yang disalurkan untuk penduduk Yahudi melawan kebangkitan rakyat Palestin. Abramoff akhirnya mengaku bersalah di atas tuduhan rasuah, penipuan dan lain-lain lagi pada 2006.
Selepas itu, Bush menganggap Malaysia sebagai sekutu di dalam Perang Melawan Keganasan dan Malaysia menggunakan alasan tersebut untuk menangkap sesiapa sahaja yang dikehendaki termasuk anggota pembangkang yang dituduh sebagai pengganas di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.
Nampaknya Mahathir terus menyimpan dendam lamanya terhadap Anwar. Beliau dan pimpinan UMNO nampaknya tidak dapat berhenti menghamburi fitnah semata-mata untuk mengalihkan dari satu demi satu skandal yang membelenggu mereka.
NIK NAZMI NIK AHMAD
PENGARAH KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
Isnin, 30 Januari 2012
'Ah Jib Gor' merayu tetapi tiada yang mendengar
Di mana sahaja Najib pergi, beliau akan menegaskan sesuatu yang sama “sangat penting” untuk Umno dan BN diundi semula dalam pilihanraya akan datang supaya parti itu boleh menunaikan janji transformasi mereka.
“Saya sentiasa mengatakan bahawa bukan tidak penting untuk diundi semula. Ia sangat penting untuk diundi semula. Untuk kami menunaikan janji transformasi, kami perlu diundi semula,” ujarnya dalam pelancaran pada “Politics of economics and Social Transformation in the Era of Global Crisis.
.Tiada kuasa sebenar dari mula
Adakah beliau mengulang-ulang kata atau sebenarnya merayu kepada rakyat supaya memberi peluang sekali lagi kepada pakatan BN? Apa pun jua, rakyat seperti tidak peduli. Seolah-olah tidak mengendahkan beliau.
Di usia 58, Najib telah menjadi seperti si budak yang melaungkan pertolongan daripada serigala. Beliau sudah menipu dan bercakap kosong terlalu banyak. Mereka yang di kedai kopi sudah memanggil beliau PM yang cakap sampah (ada juga menggunakan perkataan yang lebih teruk).
Mengapa harus rakyat mendengar apa yang beliau cakapkan? Orang ini bukanlah yang mereka pilih sebagai PM tetapi dilantik parti UMNO selepas mereka menyingkirkan Abdullah Ahmad Badawi dalam satu pergolakkan kuasa.
Parti komponen BN sudah berputus asa terhadapnya
Parti komponen BN pun juga tidak lagi mendengar cakap beliau, terutamanya yang dari Sabah dan Sarawak. Mereka mempunyai masalah dalam parti mereka sendiri. Parti komponen dalam BN yang lain juga sedang mengalami pertelingkahan dalaman dengan ahli mereka yang tidak berpuas hati dan kecewa. Seperti tiada harapan untuk mereka.
Nama BN, suatu ketika dahulu adalah wira sekarang sudah busuk dan merupakan yang paling payah untuk dibawa dalam pilihanraya akan datang. Kekalahan hampir pasti namun begitu, Najib hanya mampu bercakap perkara tidak masuk akal.
Di Semenanjung, Gerakan sudah hampir pupus. PPP sama seperti KITA –tidak relevan! MIC tiada perkembangan dan MCA telah jatuh standad di mata masyarakat Cina. Di Sarawak, Ketua Menteri Taib Mahmud masih lagi berkuasa sama ada membenarkan PBS kekal dalam BN atau tidak. Tiada apa-apa yang dapat dilakukan oleh Najib mengenai ini walaupun beliau sering bercakap dengan gahnya.
Di Sabah, LDP masih lagi menghadapi krisis kepimpinan; PBRS dan UPKO tidak mempunyai pengaruh terhadap keputusan PRU 13 kerana sudah ada UMNO di Sabah. UMNO Sabah juga sedang mengahadapi pergolakan dan tikam menikam dari belakang walaupun Najib sedang berhujah mengenai kepentingan kesederhanaan.
Bukan saja Najib sedang hidup dalam alam fantasi, beliau masih lagi mahu parti komponen BN yang lain mengorbankan kerusi boleh menang mereka untuk kepentingan UMNO! Tetapi dengan begitu besar yang telah diperjudikan, mengapa harus mereka berbuat demikian? Banyak yang sudahpun menunding jari kepada UMNO sebab sikap pembuli dan mementingkan diri mereka.
Sebagai contoh, Chua Soi Lek, presiden MCA telah pun merayu ahli parti itu untuk tidak melompat parti kepada pembangkang dan menjanjikan jawatan tinggi dan wang berjuta-juta. Tetapi tidak, kerana Najib sekarang berminat untuk mengumpul segala yang beliau rasakan boleh menang. Jadi, bagaimana untuk menghentikan penghijrahan?
Terpaksa guna semula muka lama dalam politik UMNO
Najib sebenarnya sedang mengaut pulangan daripada politik kotor BN ke atas rakyat. Ini adalah hasil daripada budaya yang telah lama dipupok dalam UMNO dan BN untuk sekian lamanya- budaya rasuah, politik wang, tikam belakang, perebutan jawatan tinggi dan wang. Wang sememangnya segalanya untuk UMNO-BN. Wang bukanlah untuk rakyat dan negara tetapi untuk keluarga mereka dan mereka sendiri. Demokrasi pula adalah perkataan yang tidak wujud dalam kamus hidup mereka.
Jadi inilah sebabnya mengapa tidak ada yang begitu mengendahkan Najib. Si budak yang melaung serigala atau Maharaja yang tidak berpakaian- Najib telah menggunakan taktik licik untuk membersihkan imej dirinya sendiri. Beliau terpaksa menyalahkan orang lain dan mengguna semula ahli politik bereputasi buruk. Pada dasarnya, tiada seorang pun yang mahu mengikut telunjuk beliau lagi.
Contohnya, Najib telah mengangkat Isa Samad sebagai pengerusi FELDA supaya bekas muridnya dan protégé dari Sekolah Dato Abdul Razak di Seremban yang kini sudah menjadi menteri seperti Shaziman Abu Mansor (Menteri Kewangan II), Ismail Sabri Yaakob (Menteri Perdaganagn Dalam Negeri) danAbdul LAtiff Ahmad (Timbalan Menteri Pertahanan) akan kekal dalam UMNO.
Begitu juga dengan Trio Datuk T yang mendedahkan sex video yang memfitnah Anwar Ibrahim. Ini juga usaha mengguna semula orang lapuk dalam UMNO – Rahim Thamby Chik, bekas Ketua Menteri Melaka. Ini semua menemui kegagalan dan menjahanamkan terus reputasinya yang sudah sedia teruk itu.
Malaysia di zaman paling gelap dan lemah
Tetapi apa yang Najib telah pelajari? Nampaknya tiada apa-apa kerana sekarang beliau sedang mengharapkan Jamaluddin Jarjis, bekas menteri yang menjadi diplomat ke AS. JJ bukan sahaja terkenal dengan rasuah tetapi juga seorang playboy seperti Najib.
Sungguhpun begitu, Najib hanya mahu mereka ini bekerja untuk mengembalikan kuasa beliau. Tidak hairanlah jika tidak lama lagi Najib juga akan memanggil semula Muhammad Muhammad Taib, bekas MB Selangor yang tidak kurang keji masa silamnya.
Untuk semua ini Najib mahu parti komponen BN mengorbankan semua kerusi boleh menang kepadanya pada PRU 13. Mungkin beliau boleh saja buli MCA, MIC,
Gerakan dan semua yang kecil-kecil dalam BN. Namun begitu, pertelingkahan sudah wujud dalam UMNO dengan mereka-mereka yang tidak berpuas hati memikirkan mengapa mereka tidak singkir saja Najib?
Sebenarnya, mereka tidak salah. Yang sepatutnya beliau memulihkan situasi selepas Abdullah Badawi disingkirnya tetapi beliau telah menolak Malaysia untuk jatuh ke zaman paling gelap dan lemah.
Pemimpin UMNO kini begitu juga dengan calon yang dijangka boleh menang sudah tidak lagi mendengar kata Najib kerana tiada sesiapa pun yang dapat menjamin Najib akan kekal berkuasa selepas PRU 13.
Paling memalukan -Ah Jib Gor!
Najib juga berusaha untuk mendekati beliau dengan mengadakan Facebook “fan empire”.Beliau telah mendirikan beberapa buah laman dan anda boleh sahaja keliru dengan ketulenannya. Hasilnya, usaha menaikkan nama sediri beliau itu gagal. Yang melucukan adalah laman “Ah Jib Gor” atau “Abang Najib”.
Beliau sememangnya dicurigai orang Cina. Najib sudah pun dimalukan oleh beliau kaum Cina dan ada yang menulis di laman itu “DIAM LAH”.
Jadi tiada yang mendengar cakap beliau lagi. Bagaimana dengan orang kampung? Adakah mereka mendengar cakap Najib? Ada juga ya dan kebanyakkannya tidak.
Mereka mempunyai anak dan anak mereka menasihatkan agar jangan mendengar atau percaya pada UMNO terutamanya Najib. “ Ada yang tidak kena pada UMNO mungkin kerana Najib atau Mahathir. Tetapi UMNO sudah tidak boleh dipercayai”, inilah yang dikatakan kepada mak dan ayah mereka apabila ditanya mengapa banyak sangat kekacauan kini?
Kepada negara dan dunia luar, Najib adalah pembohong bersiri. Beliau bukanlah seorang lelaki yang mengawal masa depannya sendiri dan tidak juga dapat mengawal isterinya Rosmah dari berbelanja besar. Apa lagi masa depan negara dan kemakmurannya?