Sabtu, 23 Januari 2010

UMNO dah sengkek (tak ada duit)?


Dah sengkek sangat ka UMNO ni, hinggakan nak buat Program Juara Rakyat pun terpaksa ‘menempek’ di bawah Majlis Penyampaian Hadiah Kecemerlangan Pelajar yang dianjurkan Yayasan Terengganu?

Umno negeri Terengganu tidak boleh mendabik dada kerana jelas kini, ia bukanlah sebuah parti yang hebat dan popular lagi.

Ia adalah kerana, dalam menganjurkan program ‘Juara Rakyat’ yang dianggap hebat, Umno terpaksa ‘menumpang’ kemudahan kerajaan dan ‘menipu’ rakyat.

Program Juara Rakyat bertemakan pendidikan diadakan pada Jumaat, 22 Januari 2010 di Sekolah Menengah Teknik Terengganu di sini membuktikan, Umno terpaksa ‘menempek’ di bawah Majlis Penyampaian Hadiah Kecemerlangan Pelajar yang dianjurkan Yayasan Terengganu.

Dalam masa yang sama, Umno menipu rakyat dengan menghantar surat jemputan kepada ibu bapa dan pelajar melalui Yayasan Terengganu, tanpa memberitahu bahawa program tersebut juga adalah program Juara Rakyat.

Di pihaknya pula, Umno telah menjemput ahli-ahli jawatankuasa bahagian, wanita bahagian, pemuda bahagian, dan jawatankuasa puteri Umno bahagian Kuala Nerus untuk menghadiri program yang sama.

Tindakan Umno tersebut dikesali oleh sebahagian besar ibu bapa pelajar yang hadir.

Mereka tidak tahu-menahu langsung tentang program Juara Rakyat dan terpaksa menunggu selama empat jam untuk menghabiskan agenda program Juara Rakyat.
JANGAN LUPA

INI GAMBAR KHALID SAMAD BUKAN GAMBAR SITI KAVITA KAUR


KHALID DITITAH MENGHADAP SUTAN SELANGOR - melayau

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad dititah menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah esok.

KHALID SAMAD BUAT HAL LAGI -melayau

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad hari ini mencadangkan supaya 25 kalimah yang dilarang penggunaannya oleh bukan Islam termasuk Allah di negeri ini dikaji semula kerana ia sudah ketinggalan zaman.

nota:

jangan lupa bawa numbor
talipon siti kavita kaur



SATU LAGI PERCUBAAN UNTUK MENIPU MELAYU

MAAF - INI BUKAN GAMBAR MESYUARAT IKIM - INI GAMBAR HARI BERTUNANG


GOD BUKAN ALLAH - IKIM - malayau

Muzakarah Pakar anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) hari ini mengambil kata sepakat penggunaan kalimah Allah sebagai terjemahan atau ganti nama kepada 'God' tidak tepat.

Pengerusi IKIM, Abdullah Ahmad Badawi menegaskan, penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam juga menyalahi hakikat sebenar kerana ia bercanggah dengan konsep Tuhan yang dianjur oleh agama Islam atas dasar setempat di Malaysia.

''Hasil keputusan Muzakarah Pakar ini akan diserahkan secepat mungkin kepada kerajaan untuk tindakan lanjut,'' katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri muzakarah tersebut di IKIM di sini hari ini.

Muzakarah yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah IKIM, Nik Mustapha Nik Hassan itu disertai oleh tujuh ahli panel iaitu Prof. Madya Dr. Kamar Ainiah Kamaruzzaman dari Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, DDr. Abdullah Md. Zin,

Panel lain ialah Presiden Pas, Abdul Hadi Awang; Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Mohd. Nur Manuty; bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin; Pengarah Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan IKIM, Dr. Mohd. Sani Badron dan Felo Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik IKIM, Md. Asham Ahmad.

INI KENYAATAN RESMI IKIM.

sila baca bawah ini apa yang sebenarnya berlaku:

USTAZ HADI NAFI LAPORAN GOD BUKAN ALLAH – harakah daily

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang menjelaskan bahawa Muzakarah Pakar anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) semalam sebenarnya tidak membuat apa-apa resolusi.

Penjelasan tersebut sekaligus dilihat berbeza dengan berita 'God bukan Allah -Ikim' seperti yang dilaporkan akhbar harian bahawa ahli muzakarah sebulat suara bersepakat penggunaan kalimah Allah sebagai terjemahan bagi ganti nama 'God' atau 'Tuhan' adalah tidak tepat.

"Ya, muzakarah itu tidak mempunyai apa-apa resolusi, laporan itu tidak betul," jelasnya ketika dihubungi petang ini.

Pun begitu, beliau menegaskan bahawa kalimah Allah tidak boleh disalah guna untuk mengelirukan umat Islam.

"Penggunaan kalimah Allah oleh umat Islam secara dalaman jelas mengEsakan Allah, penggunaan yang boleh mengelirukan orang Islam tidak dibenarkan sama sekali," jelasnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang turut mengulangi ketetapan PAS seperti yang diputuskan oleh Lajnah Politik dan tulisannya sebelum ini.

"Pandangan kita (PAS) seperti yang saya tulis sebelum ini, seperti yang diputuskan (dalam Lajnah Politik) sebelum ini," jelasnya.

"Kita tidak boleh melarang mereka (penganut agama samawi) menggunakan perkataan Allah di kalangan mereka sendiri walaupun salah maksud dan maknanya yang asal mengikut bahasa kita," dipetik dari kenyataan rasmi Ustaz Abdul Hadi pada 7 Januari lalu.

Dua hari sebelum itu, Lajnah Politik PAS Pusat mengingatkan semua pihak supaya tidak menyalahgunakan nama Allah untuk mengelirukan atau meraih sokongan politik murahan daripada rakyat.

Selain Ustaz Abdul Hadi, muzakarah semalam disertai Ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT) PKR, Dr Mohd Nur Manuty, bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin, Pengarah Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan Ikim Dr Mohd Sani Badron dan Felo Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik Ikim, Md Asham Ahmad.

Muzakarah yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Ikim, Nik Mustapha Nik Hassan itu turut disertai oleh Pengerusi Ikim yang juga bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, pensyarah dari Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Kamar Ainiah Kamaruzzaman, Penasihat Agama kepada Perdana Menteri Malaysia, Dr Abdullah Md. Zain.

sila baca lagi bawah ini :

SELAIAN HADI, PKR DAN ASRI NAFI LAPORAN GOD BUKAN ALLAH – malaysian insider

Tiga daripada tujuh peserta muzakarah pakar termasuk dua ahli politik pembangkang dan bekas mufti Perlis menegaskan pertemuan semalam anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) itu sebenarnya tidak membuat apa-apa resolusi sebagaimana dilaporkan media tertentu.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan lewat petang ini, ketiga-tiga mereka — Presiden PAS Abdul Hadi Awang, Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Mohd Nur Manuty dan bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata “apa yang tidak dinyatakan dalam laporan berkenaan (semalam) ialah pendirian konsisten kami” menyentuh tiga perkara.

Salah satu pendirian itu ialah penggunaan kalimah “Allah” untuk tujuan amalan agama sesama penganut agama Kristian dan Yahudi adalah dibenarkan oleh Islam dengan bersumberkan dalil al-Quran dan As-Sunnah serta pandangan ulama muktabar.

“Demi menjaga keharmonian dan kesejahteraan negara, polemik ini hendaklah diselesaikan dengan menyuburkan budaya dialog antara agama secara matang dan bijaksana,” kata mereka dalam kenyataan itu.

Pendirian ketiga ialah berasaskan semangat musyawarah dan saling memahami dalam konteks masyarakat Malaysia, maka suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira dalam menentukan penggunaan kalimah “Allah” itu.

IKIM INI PUN KAKI KELENTONG???.

APA SUDAH JADI ?

ADA TIGA PEKARA DISINI BERLAKU

SATU: MELAYAU NAK TIPU MELAYU.

KEDUA: IKIM NAK TIPU MELAYU.

KETIGA : MAT NGANTUK TIDOOO DALAM MESYUARAT

TAK TAHU APA BERLAKU… BANGUN DARI TIDOO … TERUS MERABAN BERCAKAP
.

nota:
mana satu yang betul
menipu melayu
menipu tidoo
atau tidoo kena tipu kah kah kah




SEMBAB MENYEMBAB LAGI

SIAPA CORENG ARANG DI MUKA SEMBAB? - AIRBRUSHLAA - KALAU NAK LAWAN NAJIB


KERAJAAN TIDAK PERNAH ABAI HAK ASASI MANUSIA - melayau

Muhyiddin Yassin berkata isu hak asasi di Malaysia perlu dinilai secara adil kerana kerajaan tidak pernah mengabaikan isu tersebut seperti didakwa pihak tertentu.

Beliau berkata kerajaan sentiasa melakukan penambahbaikan dalam pelbagai isu hak asasi manusia termasuk membabitkan keagamaan di negara ini.

"Kita telah melakukan yang terbaik,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Masjid Assyakirin di sini hari ini.

Muhyiddin berkata kadang kala penilaian hak asasi di negara ini dinilai melalui persepsi semata-mata dan ini menimbulkan salah tasfiran.

Human Right Watch di dalam laporannya yang dikeluarkan semalam dan disiarkan oleh akhbar The Star mendakwa kerajaan Malaysia pimpinan sekarang telah mungkir janji untuk melindungi kepentingan rakyat dan masih lemah menangani isu hak asasi manusia.

Laporan 612 muka surat tersebut mendakwa kepimpinan sekarang menindas pembangkang, menyekat hak kebebasan bersuara dan memberi layanan buruk kepada pendatang asing.

TEBAL LAPORAN INI…SAMPAI 612 MUKA SURAT


PIHAK PIHAK TERTENTU INI MESTI CEMBURU.

PIHAK PIHAK TERTENTU INI MESTI TAK SUKA NEGARA KITA MAJU

PIHAK PIHAK TERTENTU INI MESTI AJEN ASING


PIHAK PIHAK TERTENTU INI MESTI BUDAYA BARAT

AYAH DINO ENTOT ENTOT KATA PIHAK TERTENTU INI GUNA FACEBOOK DAN TWITTER
.

SIAPA PIHAK PIHAK TERTENTU INI ?.


nota:
rakyat satu malaysia menentang isa
rakyat satu malaysia tak mahu akta cetak
rakyat atu malaysia mahu auku di mansuh
rakyat satu malaysia tak mahu mati dalam penjara
mca tak suka isa
gerakan tak suka isa
mic tak suka isa

adakah rakyat satu malaysia pihak pihak tertentu ajen asing ? kah kah kah




KERJA MENIPU

RAMPAS KEMBALI TANAH KERAJAAN DARI KHIR TOYO - DAN BAGI MALAON INI PENYAPU

URUSUAN PINDAH HAL MILIK TANAH SECARA TIPU TIDAK SAH – berita hairan

Kontroversi berhubung kesahihan urusan pemindahan hak milik tanah secara penipuan yang mencetuskan kebimbangan ramai pihak, semalam berakhir apabila Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan transaksi sedemikian tidak sah.

Keputusan itu, sekali gus mengetepikan keputusan mahkamah sama sembilan tahun lalu yang memberi hak kepada pemilik berdaftar dalam geran tanah, walaupun dokumen dalam proses pemindahan nama hak milik itu dipalsukan.

Berikutan keputusan itu, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi perlu mengguna pakai prinsip undang-undang yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan itu ketika membuat keputusan masing-masing dalam kes yang mempunyai persamaan.

BERAPA BANYAK AGAKNYA TANAH ORANG RAMAI TELAH KENA REMBAT


HAKIM DULU SEMUA DI LANTIK OLEH VK LINGGAM


HASILNYA HABIS TANAH ORANG KAMPONG

nota:
di selangor ada berpuluh puluh kes
geran tipu. bertimbun timbun.
semenjak pakatan mula membuka
fail beratus kes orang kampong hilang
tanah. dari zaman mi no spik inglis
lagi inilah kerja gerombolan. merembat
harta tanah orang kampong.

apa jadi dengan pemandu toyo
yang merembat dua ratus ekar tanah.
tidak dapat tidak kena rampas kembali
dan beri malaon tu sebatang penyapu

Jumaat, 22 Januari 2010

AKHIRNYA

KUALA SEDILI INDAH DAN PERMAI


MENCARI TONGKAT WARAN

Di atas jalan Jamaluang dari Mersing ke Johor Bahru kereta kami menyimpang ke kiri apabila terbaca tanda jalan Kuala Sedili. Di pintu jalan ada kawalan polis – lalu untuk meyakinkan diri bertanya lagi.

Melintasi hutan sawit berbatu batu. Tidak kelihatan orang, rumah atau biawak. Hanya hutan sawit dan sekali sekali di tengah jalan ternampak tangkai sawit yang telah menjadi bulu kerana entah berapa kali telah dilanggar tayar.

Sampai satu daerah pekan kecil – entah apa namanya. Tidak berhenti. Pekan yang tidak berorang.

Hati makin risau apakah ini jalan yang betul. Kemudian ternampak tanda tempat latihan soldadu. Mungkin salah jalan. Kami di yakinkan lagi apabila bertemu satu lagi tim kawalan polis. Lalu bertanya lagi. Tidak. Kami tidak tersalah jalan. Tiba-tiba tanda menunjukkan Sedili Besar. Kami gelabah.

Papan tanda di Malaysia ini tujuannya bukan untuk kita mendapat petunjuk. Tanda tanda jalan ini hanya sebagai ingatan orang tempatan. Tidak lebih dari itu. Tanda jalan ini adalah projek gerombolan untuk JKK.

Awas! Bila melihat tanda jalan. Tanda jalan yang terbaik ialah bertanya.

Bertanya pun satu masalah besar. Aku selalu mendapat jawapan ini bila bertanyakan arah jalan ‘ I ‘m sorry sir… I’am not form here .. I’m from Bangla … kah kah kah.’ Bila terdengar ini - nak menyumpah pun salah nak bagi penampar pun salah. Telan air lior dan teruskan perjalanan.

Habis saja hutan sawit tiba-tiba nampak jambatan besar. Kami sampai ke Kuala Sedili. Dari atas jambatan yang melintasi Sungai Sedili yang luas aku dapat melihat betuk pekan ini. Pekan nelayan. Kapal dan perahu nelayan sedag tidor berjemur di tepi tebing sungai. Dari atas jembatan aku nampak arah yang nak di tuju.

Menyimpang ke kiri lalu menyisir tebing sungai arah ke tempat nelayan menaikkan ikan. Telah lewat petang. Ikan naik waktu pagi ketika aku paling seronok berdengkor. Di tengah jalan ke jetti peniaga pasar tani telah mula memasang warong. Seorang lelaki keluar membawa beberapa paket ikan dalam plastik. Ini memberi gambaran seolah-olah ikan baru naik dari laut.

Aku merapati – ikan kembong – bila di usik terasa ikan ini amat sejuk. Ertinya baru keluar dari peti air batu. Bila aku selidiki maka aku dapat tahu ikan ini mungkin diambail dari gedung Maju Ikan. Nah! Ramai juga Kakah dan Mak Cik yang obese –obese terpengaruh dan membeli ikan ikan ini.

Aku meleser ke tepi jetty. Ternampak satu iklan tertampal ditiang batu. Tanah tanah seluas lebih dari 10 ekar ingin dibeli. Ada beberapa number talipon - pasti warga kota yang menjadi macai cukong Singapura ingin membeli tanah rizab orang Melayu. Inilah caranya tanah tanah orang kampong hilang tergadai.

Tanah tanah landai ditepi pantai semuanya di rampas atas nama pembangunan. Mungkin ramai yang tidak tahu – Hotel Rasa Sayang di Pulau Pinang satu ketika dahulu adalah perkampongan Melayu. Bagitu juga Telok Kemang, Danga dan berpuluh kampong nelayan yang indah dan permai lupus atas nama pembangunan.

Kini iklan ‘rompakan halal’ telah muncul di Kuala Sedili.

Lalu aku terlupa dengan Tongkat Waran.

Lalu mencari makanan laut. Terjumpa sebuah kedai terus memesan udang goreng tepung untuk minuman petang. Tuan empunya kedai seorang lelaki dari Kajang yang merasa agak pelik kerana gaya kami yang bukan orang tempatan. Aku juga hairan kenapa dia datang bagitu jauh membuka kedai makan disini.

‘ Gua sewa orang punya… mahu cari makan maaaa..’

Pasar Tani makin sibuk. Lalu aku terfikir inilah wilayah Tongkat membesar. Kedai kedai papan masih lagi wujud tidak ditinggalkan seperti di Kuala Rompin. Kini jetty kelihatan teguh berdiri – bukan jetty kayu bakau lagi dizaman Tongkat. Bangunan-bangunan batu di tebing. Tidak wujud di zaman Tongkat. Perahu dan kolek tidak wujud lagi – kini kapal dari plastik dan berinjin kuat – ke laut China Selatan mencari ikan.

Apakah disini Tongkat jatuh cinta dan di tolak? Lalu ke Singapura membaawa hati. Akhirnya kesah cinta gagal ini dirakamkan dalam Uda dan Dara? Siapakah agaknya gadis itu?

Kalau cintanya tidak ditolak pastilah tidak muncul Uda dan Dara. Pastilah Tongkat menjadi nelayan atau menjadi JKK mencari projek membuat tanda jalan. AH ! Indahnya cinta yang gagal.

Tidak pula aku tahu – dimana sebenar Kampong Tanjung Lembu – kampong tempat Tongkat dilahirkan. Entah tetiba mungkin kerana udang galah yang bagitu enak aku terlupa untuk mencari terus.

Atau kerana hari telah bagitu lewat dan takut sampai ke JB di waktu malam.

Kami beredar. Apa yang aku ingat hanyalah jalan jalan lurus dihutan sawit.

Hendak ke JB wajib juga melintasi hutan sawit dan kemudiannya berganti dengan rumah rumah kampong yang tidak lagi indah dan permai. Jalan mulai sesak dan berdebu. Semakain rapat ke JB semakin hodoh pemandangan. dan semakian sesak jalan raya.

Aku pernah tinggal di tengah-tengah kota – JB – semalam di Central Polis Station pada September 1974. Kemudian berpindah ke Ayer Molek selama dua minggu. Ketika itu JB adalah kota yang indah. Kali ini aku tidak ingin masuk ke pusat kota – terus menyimpang ke Stulang Laut yang dulunya cantik dan indah tetapi kini dihodohkan oleh ‘nukelar bunker’ pulau Temasik.

Stulang Laut ini samalah seperti Langkawi – satu wilayah ‘ tanpa cukai’. Ada wilayah khas dimana kelab dan bar di buka untuk warga JB yang sering terperangkap dalam kota mereka yang dari hari ke hari semakin hodoh dan merimaskan. Lalu aku terfikir betapa baiknya nasib aku tidak dilahirkan di JB. Jika aku warga JB telah lama aku bunuh diri melihat kehodohan yang maha hodoh.

( semuanya dirakam dengan ingatan – kita sesama kita merakam perjalanan hidup kita. cuma bezanya hari ini kita berkongsi untuk melihat dunia. ada yang lebih ada yang kurang tetapi semuanya merayakan ke hidupan. hidup ini terus bergerak dan berjalan. semalam dan kelmarin tidak akan muncu muncul lagi.)




WAK SEMBAB BERFATWA LAGI

INI BUKAN STADIUM - NAK TAHU APA INI - TANYA LEBAI GOOGLE

MUHYIDDIN BIDAS KERAJAAN PEMBANGKANG TIDAK BAWA KEMAJUAN – melayau

Muhyiddin Yassin membidas kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang selepas pilihan raya umum lalu kerana gagal memajukan negeri yang ditadbir menyebabkan rakyat tidak menikmati kemajuan dalam erti kata sebenar.

Beliau berkata, hasil lawatannya ke beberapa negeri berkenaan baru-baru ini juga mendapati, mereka masih gagal untuk melaksanakan program pembangunan walaupun telah lama diberi mandat oleh rakyat.

Sebaliknya kata beliau, kerajaan negeri pembangkang hanya lebih banyak berpolitik dan tidak mempunyai agenda tertentu terutamanya dalam soal membangunkan negeri mereka.

Menurutnya, kerajaan Barisan Nasional (BN) lebih banyak berusaha untuk membangunkan rakyat dan tidak terlalu memikirkan mengenai soal politik.

BILA SEMBAB BERFATWA… SATU MALAYSIA TERBARAI KETAWA

NAK BUAT PEMBANGUNAN APA KE JADAH

NAIK TANGGA … TERPIJAK TAIK

BUKA PEJABAT… TAIK JATUH

BUKA LACI… TAIK TERKUMPUL

LIMA PULUH TAHUN TAIK KERING GEROMBOLAN BERSEPAH SEPAH

TANAH ORANG KAMPONG KENA REMBAT

DI SELANGOR GERAN TANAH BERTINDEH TINDEH…SATU TANAH SEPULUH TUAN

DI KUALA LUMPUR TANAH OARNG KAMPONG KENA REMBAT.

DI SELABGOR..GEROMBOLAN SUDAH JUAL GERAN ATAS ANGIN…

BUKAN SAHAJA KEEWANGAN NEGERI HILANG… FAIL FAIL PUN HILANG…

MEMANG SAHEH SATU FATWA SEMBAB… GEROMBOLAN TIDAK MEMIKIR SOAL POLITIK

GEROMBOLAN ROMPAK SAJA…ASAL CUKUNG BAGI FULUS…

HABIS SATU GUNUNG DI BAHAM LIM GO TONG

HABIS SATU BUKIT DIBAHAM VINCENT TAN

HABIS SATU SENTUL DI BAHAM…FRANCIS YEOH

HABIS SATU TAMAN BAGI ANANDA.

SATU PELABUHAN BAGI PADA TIONG

HENTIKAN TANAH DI RAMPAS CUKONG

LIMA PULUH TAHUN… MANA DIA BANDAR MELAYU…

LIMA PULUH TAHUN MANA DIA PEKAN MELAYU

CAKAP KETUANAN MELAYU…

LIMA PULUH TAHUN IALAH KETUANAN CUKONG

CUKUPLAA... JANGAN JADI BARUA CUKONG

HENTIKAN LAA MENIPU MELAYU.
nota:
tak payah cakaplaaaa
pakatan baru cuba mentabir dua tahun
itu pun banyak kena sabotage
itu pun banyak kena halang
Human Rights Watch Slams Najib : Talk Is Cheap

In its World Report 2010, Human Rights Watch said that Prime Minister Najib Razak took office in April 2009 promising to respect "the fundamental rights of the people," but his government has failed to undertake the systematic reforms needed to fulfill that pledge.

In Malaysia, the HRW report says, instead of addressing persistent human rights problems, the government harasses the political opposition, improperly restricts the rights to peaceful expression, association, and assembly, and mistreats migrants.

"The Malaysian government appears to be more interested in pursuing short-term political advantage than safeguarding rights," said Phil Robertson, deputy Asia director at Human Rights Watch.

"In the hopes of maintaining control and power, the government has turned its back on its promises to protect people's rights."

The 612-page report is the organization's 20th annual review of human rights practices around the globe, and summarizes major human rights trends in more than 90 nations and territories worldwide.

Repeal ISA, allow freedom of expression


The release of a number of detainees held under the Internal Security Act (ISA) early in Prime Minister Najib's term was a positive development, Human Rights Watch said.

But Parliament should repeal that law and other repressive laws, including the Police Act 1967, which was most recently used to justify a violent crackdown on a citizens' march against the ISA on August 1. Security forces attacked the gathering with tear gas and water laced with chemicals fired from water cannon trucks, and arrested almost 600 people, including 44 children.

Human Rights Watch criticized the government's continuing heavy restrictions on freedom of expression. The Printing Presses and Publications Act 1984 enables government officials to compel censorship of publications through control of printing and distribution licenses.

More recently, internet media and bloggers are coming under closer scrutiny as the government, cognizant of the internet's impact in the last general election, tries to rein in non-traditional media.

Migrants abused in detention camps


Malaysian legislation failed to distinguish refugees and asylum seekers from other undocumented migrants and authorized Ikatan Relawan Rakyat (RELA), an ill-trained, abusive civilian force, to use its authority to enter living quarters and make arrests without search or arrest warrants.

Apprehended undocumented migrants are detained under inhumane conditions in immigration detention centers, where several migrants died during 2009 and dozens were sickened by leptospirosis, a disease spread by animal feces in unclean water.

The US Senate Foreign Relations Committee produced a report alleging ties between Malaysian deportations and human trafficking gangs at the Malaysian-Thai border, where the lives of deportees were at risk if they could not pay ransoms.

"It is beyond understanding why the Malaysian government delays access to basic medical services for the thousands of migrants locked in cramped, dirty, and disease-ridden conditions," Robertson said. "How many more migrants have to die in detention before Malaysian policymakers wake up?"

Picking on Anwar, NGOs, journalists


Human rights defenders - such as lawyers, journalists, and members of nongovernmental organizations - faced continued harassment and the possibility of arrest, especially if the government considered their work to be connected to opposition political parties.

Malaysia also continues to violate human rights norms by criminalizing adult consensual sexual behavior, as evidenced by the ongoing efforts to bring the parliamentary opposition leader, Anwar Ibrahim, to trial for alleged consensual sodomy in a case that many observers believe is politically motivated.

"For a country that is so proud of its post-colonial political development, it is truly bizarre that the government continues to enforce an antiquated British colonial law against ‘sodomy' by consenting adults," said Robertson. "It's about time the government brought its criminal code into the 21st century."

Talk is cheap

Under pressure from the International Coordinating Committee of National Human Rights Institutions (ICC), the government made slight modifications to the law that established Suhakam, Malaysia's Human Rights Commission. However, Suhakam remained hampered by its status as an advisory committee, without adequate independence for its commissioners or power to compel enforcement of its decisions.

The major recommendations to Malaysia's government in the Human Rights Watch report are:

- Revoke the Internal Security Act and other arbitrary and preventive detention measures;
- Rescind the Printing Presses and Publications Act, narrowing the definition of sedition and seditious tendency;
- Amend the Police Act to provide for reasonable and negotiated conditions for assembly;
- Abolish RELA and uphold the rights of migrants, refugees, and asylum seekers.

In addition, Human Rights Watch urges ratification of key international treaties, including the International Covenant on Civil and Political Rights, the International Covenant on Economic, Social and Cultural Rights, and the Convention against Torture and Other Cruel, Inhuman or Degrading Treatment or Punishment.

"During the early days of his government, Prime Minister Najib talked big on protecting human rights - but talk is cheap," Robertson said. "If the government really believes in its 1Malaysia campaign, then it should demonstrate real commitment to improving respect for the human rights of all Malaysians."

Membongkar MIsteri -
"Siapa Pembunuh Altantuya"



Jawapan kepada pembunuhan Altantuya Sharibuu akan diketahui umum pada hujung minggu hadapan apabila buku 'Siapa Bunuh Altantuya' diedarkan kepada umum. Buku ini mampu merungkai misteri dan membuat rakyat berfikir kebenaran disebalik kisah pembunuhan yang menjadi isu panas negara.

Menurut penulisnya, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR, Badrul Hisham Shaharin, sebelum menulis buku ini beliau sudah memikirkan risiko dan kemungkinan yang bakal dihadapi apabila terbitnya buku tersebut.

"Kita mengambil tanggungjawab ini untuk melihat kebenaran dan membawa masyarakat berfikir di landasan yang betul mengenai isu ini," tegas Badrul Hisham ketika dihubungi Era Pakatan.

Beliau berkata, isu Altantuya dibangkitkan bukan sahaja kerana popularitinya, malah kerana isu itu merupakan jenayah yang besar dan melibatkan pembohongan yang terpaksa ditutup oleh pihak yang berkepentingan.

"Kita tiada pilihan selain berdepan dengan negara yang 'dilihat' mengamalkan demokrasi ini. Negara ini dikatakan kelihatan adil dan kerana itu kita akan mengandakan usaha untuk membongkar segalanya.

"Kita jangkakan buku ini akan dihalang penerbitannya. Namun kita akan mengatur pelbagai strategi dan tidak lagi menggunakan cara konvensional untuk mempromosikannya. Kita juga akan mempromosikan isu ini dalam media baru," jelas beliau.
Buku yang bertajuk 'Siapa Bunuh Altantuya' ini dijangkakan akan berada di pasaran pada hujung minggu hadapan dengan 3000 terbitan eksklusif dan akan dijual dipasaran dengan harga RM15.00.
COLA Sudah Pasti Akan Dipotong...
Nasib korang la Cikgu ooiii!



Para guru mungkin akan mengikuti jejak para cendekiawan, turun ke jalan raya bagi menuntut hak, ekoran beberapa keputusan kerajaan Umno dan Barisan Nasional(BN) yang tidak menepati slogan yang digembar-gemburkan.

Slogan yang dipopularkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak, ”Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan” mungkin memakan ‘diri kerajaannya sendiri’ apabila gagal mengotakan kata-kata tersebut.

Menurut sumber sebuah laman forum awam internet 8 Januari lalu, seorang peserta forum itu telah memaklumkan bahawa, semua elaun kakitangan awam seperti elaun tetap khidmat awam, elaun tetap perumahan dan Elaun Sara Hidup (COLA) bermula pada Februari 2010.

Tulisan tersebut turut menambah, bukan sahaja elaun-elaun ini akan dihapuskan tapi semua gaji kakitangan awam dari semua gred akan dipotong sebanyak 35%.

Menurutnya lagi, perkara tersebut telah disahkan oleh seorang kakitangan Perbendaharan yang bertugas di Putrajaya.

Hari ini, 20 Januari, seorang guru dari sebuah sekolah menengah di daerah ini memaklumkan, keputusan kerajaan Umno/ Barisan Nasional(BN) untuk menghimpit lagi ekonomi Negara yang sudah ‘kemek’ akan menjadi realiti.

Menurutnya, bukan sahaja elaun sara hidup (Cost Of Living Allowence - COLA) akan dipotong, malah elaun perumahan para guru akan di kurangkan separuh.

”Saya akan kehilangan RM400 sebulan, elaun COLA akan dipotong sebanyak RM200 dan elaun perumahan dari RM400 sebulan akan menjadi RM200 sahaja,”ujarnya.

Katanya, perkara itu telah disahkan oleh rakan-rakan setugasnya disekolah-sekolah lain yang telah mendapat surat pekeliling dari Jabatan Pendidikan.

Beliau yang tidak mahu dikenali berkata, pihak sekolah juga turut terbeban dengan ‘cakap tak serupa buat’ pemimpin Umno/BN apabila mengarahkan caj penggunaan air dan elektrik, ditanggung sendiri oleh pihak pentadbir sekolah.

Sebelum itu, kata beliau, pengwujudan semula yuran sekolah bagi para pelajar yang telah dihapuskan beberapa tahun lalu, telah cukup memalukan.

”Kini pelbagai beban terpaksa ditanggung oleh pihak sekolah, krana banyak peruntukan yang biasa di berkian kepada pihak sekolah mula dpotong..
Menteri tak faham undang-undang jangan cakap isu royalti!


Rakyat kini seolah-olah dikelirukan oleh ahli-ahli politik yang berfikiran sempit tentang selok-belok perundangan dalam isu tuntutan royalti minyak oleh Kelantan dan Terengganu...

Salleh Abas: Menteri tak faham undang-undang jangan cakap isu royalti

Bekas ketua hakim negara Tun Mohd Salleh Abas berkata, ahli-ahli politik termasuk anggota jemaah menteri dari Umno, yang tidak mahir tentang undang-undang pembangunan petroleum tidak wajar memperkudakan isu pertikaian wang royalti antara kerajaan negeri dan pusat khususnya dalam tuntutan Kelantan sekarang.


Ambiga dan Tun Salleh Abbas

Oleh itu tegas beliau, dari segi undang-undang, rakyat kini seolah-olah dikelirukan oleh ahli-ahli politik yang berfikiran sempit tentang selok-belok perundangan dalam isu tuntutan royalti minyak oleh Kelantan dan Terengganu.

“Persoalan yang ada di hadapan kita semua sekarang ialah berkaitan hak sesebuah negeri dalam menuntut royalti dari Petronas, bukannya dari kerajaan pusat.

“Orang ramai mesti faham perkara ini. Sekali lagi saya tegaskan, bukanya dari kerajaan pusat.

“Kerajaan pusat juga mendapat royalti dari Petronas,” kata beliau ketika ditemui di kediamannya di sini.

Timbulnya penafian hak oleh kerajaan pusat terhadap Terengganu dan Kelantan dalam isu tersebut, beliau berkata adalah kerana terdapat unsur politik, lantaran dendam kesumat pemimpin Umno terhadap PAS.

Salleh merujuk sejarah pembayaran royalti minyak kepada Terengganu sebanyak lima peratus, yang dibayar dua kali setahun semasa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Namun kata beliau, hak itu disekat selepas berlaku peralihan kuasa kerajaan negeri kepada PAS pada 1999. Terengganu dikuasai PAS pada 1999 manakala Kelantan diambil alih oleh PAS sejak 1990.

Salleh antara individu terlibat langsung dengan penubuhan Petroliam Nasional Berhad pada 1974 yang terikat dengan Akta Pembangunan Petroliam 1974 amat memahami matlamat awal penubuhannnya terlalu kecewa terhadap kesulitan yang sedang berlaku sekarang ini. “Ia tidak lain semata-mata kerana hati busuk sesetengah pemimpin Umno. Dulu Terengganu. Sekarang Kelantan pula dinafikan haknya,” katanya.

Mengulas lanjut, isu tuntutan royalti minyak kini dicemari pelbagai tafsiran tidak jelas dari mereka yang tidak mahir dengan undang-undang kerana politik telah mengatasi kepentingan rakyat.

Tegasnya, bab undang-undang perlu ditelaah secara mendalam oleh ahli politik sekiranya perkara itu ingin dicanangkan kepada rakyat bukannya bercakap berdasarkan kepentingan politik peribadi kerana semata-mata ingin menonjolkan diri di mata ketua.

“Saya amat berharap kepada Tengku Razaleigh Hamzah, bekas Pengerusi Petronas akan membuat penjelasan yang sebaik mungkin demi kebaikan rakyat terhadap hak sebenar dalam menuntut royalti minyak ini,” katanya.

Tengku Razaleigh dijadual memberi penerangan berhubung perkara berkaitan itu di Stadium Sultan Mohd IV di Kota Baru pada 28 Jan ini.

Ditanya beberapa kerat pemimpin Umno Kelantan cuba menjadi hero menafikan hak itu, Saleh berkata, “itulah sifat rakyat yang cuba derhaka pada negeri sendiri.”

Menurutnya situasi begitu tidak menjadi satu perkara yang menghairankan jika tentangan itu datangnya daripada rakyat negeri lain.

“Kalau itu boleh dikira sebagai hasad dengki tetapi kalau dari rakyat negeri sendiri, susahlah nak kata apa pada mereka ini,” ujarnya.
Benarkah UMNO ada agenda tersembunyi pasai subsidi Gula..


Skandal Gula

Aku nak buat sorang…tak cukup masa. Tapi kalau lebih ramai blogger-blogger buat penyelidikan…seorang satu artikel…bila dicantumkan boleh menceritakan apa yang berlaku disebalik kenaikan harga gula.

Apa yang aku nampak, gula menjanjikan keuntungan yang telah ditetapkan. Siapa yang buat bisnis gula…gerenti untung sebab keuntungannya sudah dijanjikan.

Robert Kuok merupakan rakyat Malaysia yang terkaya..tapi tak tinggal di Malaysia.

Baru-baru ini, Robert Kuok telah menjual semua aset beliau berjumlah RM1.25 billion dalam perniagaan gula di Malaysia. Semuanya dijual kepada Felda Global Venture. Felda menguasai 100 peratus saham dalam Malayan Sugar Manufacturing yang bernilai RM1.22 bilion, dan Kilang Gula Perlis yang bernilai RM26 juta.

PPB yang dikuasai oleh Robert Kuok juga akan menjual 5,797 hektar tanah miliknya di Perlis bernilai RM45 juta. Hasil jualan ini, PPB akan memperolehi keuntungan sebanyak RM758 juta.

Apa pun yang berlaku, Robert Kuok sudah untung ratusan juta ringgit. Dan perniagaan gula pula sudah beralih tangan kepada Felda Global Ventures.

Sebaik saja perniagaan gula beralih tangan kepada Felda Global Ventures, harga gula terus naik. Pasai apa? Sebab depa pun nak untung juga. Siapa yang terpaksa tanggung? Rakyat jelata.

Hari ini, Timbalan Menteri Dalam Negeri membuat kenyataan mahu mengadakan ‘1 Parlimen 1 Pengedar Gula’. Aku mula mencium sesuatu.

Sapa yang akan dilantik menjadi pengedar gula untuk Felda? Sudah pasti ada Ketua Bahagian Umno yang dah mula lobi untuk menjadi pengedar gula di kawasan Parlimen mereka.

Selepas ini, apabila gula sudah dikawal oleh pemimpin-pemimpin Umno, maka harga gula akan dikeluarkan dari senarai barang kawalan. Dan tidak mustahil, negeri-negeri Pakatan Rakyat akan tumbang kerana gula.

Harga gula di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan akan dinaikkan lebih tinggi dari negeri-negeri yang ditadbir oleh UBN. Dan akhirnya, Pakatan akan dipersalahkan kerana tak tahu memerintah sehinggakan harga gula pun tak tau nak urus.

Fuh…bijak UBN.
Pakar Bakar Jambatan Bersuara Lagi ...


Assalamualaikum wmbk Tuan Webmaster dan sekelian Muslim/Muslimat juga semua warga marhaen Malaysia yang dihormati !

Simangkuk pakar bakar jambatan dan pemadah berhelah pengampu tersohor anak Yatim bersuara lagi, konon BN tidak gentar dengan strategi Pakatan Rakyat.

Jika tidak gentar dan tergugat mengapa keluar cakap membebel pasal strategi PR, jika tidak ada apa-apa tentu mangkuk ni senyap! Ini boleh dibaca sebagai reaksi terdesak BN yang makin tergugat dihimpit masalah dalaman yang berbagai. Mahu menutup satu keluar lagi satu dan begitulah seterusnya mahu tutup pekung lagi keluar berbagai bau yang lagi hangit!

Mangkuk ayun yang suatu masa dulu kutuk ISA 'konon' dalam tesisnya tapi bila dah jadi menteri terus pertahan akta zalim itu. Bikin tak serupa cakap tapi bila cakap berdegar macam ayam mahu berak kapur, lepas tiga hari jalan! Tapi satu Malaysia dia sudah terkenal pakar bahasa pembelit ayat-ayat merapu & ampu.

Katanya lagi pembangkang (baca PR) boleh mimpi apa saja sebesar mana impian tapi rakyat jua yang memilih dan beri kata putus, tapi bukankah di PRU12 lalu rakyat sudah putuskan hingga nasib baik BN tak terputus hayat terus! Terdesak teruk hingga sanggup cara mafia rampas negeri Perak! Adakah negara-negara dunia luar pernah usung & angkut speaker cara paksa keluar dewan? Boleh masuk Guiness World Record ini kes!

Mangkuk-mangkuk mana yang ramai serbu masuk sidang Dewan Undangan Negeri Perak hingga ada laporan senjata api pun turut dibawa masuk ke dewan yang mulia itu. Negara mana agaknya sanggup usung & ceroboh dewan mulia yang sah dengan speakernya melainkan hanya di bawah kerajaan umNOI-BN yang mangkuk menteri ini kuat putar!

Yang wajib menjunjung undang-undang buat kerja haram mengusung speaker tak pasal-pasal, menurut arahan dari kuasa-kuasa dan tangan-tangan ghaib yang disalahgunakan, termasuk mengusung tilam dalam sejarah 'liwat 1' dulu! Kini tiba pula babak kedua dengan skrip agak sama juga, tapi entahlah usung tilam belum tentu lagi!

Hairan juga apakah PDRM pun pakar 'mengusung' selain mencari penjenayah tegar? Agaknya di mana mereka mengambil kursus ini? Sepatutnya pakar bahasa sorang ini yang nampak macam pintar bermadah menegak kebenaran, menentang segala salahguna kuasa dan kebejatan bukan mengampu berterusan. Setiap yang nampak tidak benar dan telus wajib ditegur bukan diam bisu tapi bising hanya pada pembangkang.

Yang haram didiamkan tapi yang halal diharamkan! Pemimpin Malaysia patut malu pada dunia kerana kemaruk kuasa boleh bertindak apa saja, dari usung mengusung,menyekat per kapita pada negeri-negeri bawah 'pembangkang', menyekat royalti minyak yang hak tapi mahu tukar jadi wang 'sedekah' pula!

Lihat contoh negeri Perak yang sebenarnya telah disahkan hakim siapa MB sebenar berhak tapi kerana putarbelit undang-undang, kuasa juga tipudaya licik mengunakan perundangan maka yang haram pun boleh jadi halal!

Mengapa pakar bakar jambatan ini tidak bersuara langsung jika benar, apakah hanya memuji, mengampu dan mengugut saja dia pakar? Mereka boleh kelentong seberapa banyak kelentongan tapi rakyat marhaen bukan setiap masa boleh diperdaya selamanya, mungkin dulu segala apa yang disogok ditelan bulat-bulat rakyat tapi kini zaman IT serba canggih, umNO-BN sukar kelentong dengan senang macam dulu, mungkin dulu sang penerima sehelai kain pelikat, sehelai RM50 atau sekampit beras mudah dibeli tapi kini minda rakyat dah berubah terbuka dari tersumbat dengan berbagai-bagai daki kelentongan yang telah lebih lima puluh tahun lagi.

Retorik juga ugutan secara berselindung tak mudah diterima akal rakyat kini, mereka mahu lihat kebenaran, ketelusan dan amanah tapi hairan juga disebalik segala retorik indah-indah belaka mengapa dalam berbagai kes dan isu seperti kes PKFZ, engin jet hilang, projek sukan negara yang kantoi, seleweng royalti minyak Petronas, laporan pembelian dari audit negara yang tidak masuk akal, tuntutan palsu melebihi hak, penyelewengan kantung kerajaan dalam beberapa bulan saja yang menghanguskan jutaan ringgit, penyalahgunaan harta kerajaan dalam pilihanraya, segala jentera dan alat dari jabatan-jabatan habis digunapakai oleh parti sang 'pemerintah' tapi mangkuk ini langsung tidak sebut atau sentuh!

Dari dulu lagi dapat dilihat tidak ada satu pun kritikan membina dari menteri mangkuk ini melainkan suatu masa dulu menolak akta zalim ISA!

Menang sorak kampung tergadai, itulah terjadi pada mangkuk-mangkuk yang diharap dan diberi kepercayaan tapi lihatlah pulau yang hak pun hilang, sampai kini pasir pun kian hilang, mungkinkah Malaysia pun bakal hilang jika tidak dijaga betul-betul oleh sang pemegang amanah yang diberi mandat!

Jangan sampai jadi macam enjin jet yang hilang baru saling tuduh-menuduh dan menuding, inilah padahnya rakyat Malaysia bila memberi amanah pada yang tidak mengerti apa itu amanah, ibarat kera diberi bunga maka terimalah akibatnya selagi rakyat tidak menukar pilihan mereka kepada yang beramanah, jujur dan telus.

Usahlah bermadah berjela-jela yang memualkan hingga busuk mulut mengampu dan memuji dek kerana termakan budi dengan jawatan tapi serulah pada kebenaran seperti yang diajar nabi junjungan kita Muhammad s.a.w., berkata benarlah walau dipenggal leher didepan seorang raja yang zalim demi kerana kebenaran!

Menjelang tiba PRU ke13 diharap minda yang terbuka oleh semua lapisan rakyat diterjemahkan kepada satu pemerintahan yang betul berani merubah segala kebejatan, rasuah dan salah guna kuasa, juga semua bentuk penyelewengan demi menuju negara Malaysia yang aman, makmur dan sejahtera, wassalam.
MARI BERKENALAN DENGAN PFLP

RADIKAL CHIC - LEILA KHALED


OPULAR FRONT FOR THE LIBERATION OF PALESTINE

PFLP – Barisan Popular untuk Pembebasan Palestine - adalah gerakan garis kiri dalam perjuangan untuk membebaskan Palestine dari Zionis Isreal. PFLP muncul dari ombak nasionalisma Arab yang telah digelodak oleh Gamal Abdel Naseer di Mesir.

Apabila tentera Mesir, Syria dan Jordan kalah dalam perang Arab/Isreal pada tahun 1967 maka muncul generasi baru yang bangun berjuang mengangkat senjata.

Dengan berpandukan garis politik Marxist-Leninist, PFLP telah ditubuhkan dibawah tanah di Tebing Barat Palestine pada 11 Disember 1967 dibawah pimpinan Dr. George bash.

Garis kiri ini mendapat sokong hebat dari anak anak muda , kaum tani, buruh dan warga pelarian Palestine.

PFLP adalah gerakan yang terbesar sesudah Al-Fatah yang pada hari ini telah bersekongkol dengan Zionis Isreal.

Ombak revolusi tahun tahun 70’an yang membuka garis internationalist dunia dimana PFLP telah berkerjasama dengan kumpulan radikal kiri dari Jepun dan Eropah dan dari seluruh dunia.

PFLP juga bertanggung jawab membawa ombak baru – membajak kapal terbang. Operasi pertama dilakukan pada tahun 1967 apabila PFLP membajak El Al kapal terbang Isreal.

Pada tahun 1969 Leila Khaled gadis cun radikal chic yang cool telah membajak TWA 840 dalam perjalanan dari Rome ke Athens. Kapal terbang ini di bawa ke Syria dan diletupkan di padang pasir.


( Kamarade Salah al-Salah bekas pemimpin PFLP akan datang ke Kuala Lumpur. Satu pertemuan dengan anak anak muda dan warga Malaysia yang ingin tahu apa yang sedang berlaku di timur tengah khususnya Palestine sedang di rancang. Sila perhatikan iklan pertemuan ini )




CONTOH TERBAIK AYAT MENIPU

INI BUKAN JUAL PASIR - INI MENCANGKUNG DIATAS PADANG PASIR

KURANG 20 LORI BAWA SALIKA – AHMAD ZAHARI -melayau

Kerajaan negeri Johor menafikan dakwaan Mahathir Mohamad tentang beratus buah lori memasuki Singapura pada setiap hari bagi menghantar pasir silika ke negara jiran itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan negeri, Ahmad Zahri Jamil berkata, statistik Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Johor dari 1 Januari hingga semalam menunjukkan hanya 149 lori membawa pasir silika ke Singapura atau kurang daripada 20 lori pada setiap hari.

Mahahir berkata, Menteri Kerja Raya, Shaziman Abu Mansor menyatakan 500 buah lori dengan muatan pasir memasuki republik itu setiap hari namun rakan bekas Perdana Menteri itu memberitahu, jumlah sebenar adalah 700 buah lori.

Menurut Mahathir, Malaysia sepatutnya berhenti daripada menjual pasir itu ke Singapura yang mahu menggunakan pasir silika bagi membuat mikrocip.

Ahmad Zahri berkata, Johor sentiasa mematuhi ketetapan yang dibuat oleh kerajaan Persekutuan pada 30 Ogos 1997 yang mengenakan larangan eksport pasir.

“Kerajaan negeri melalui mesyuaratnya pada 3 Januari 2000 telah bersetuju untuk menguatkuasakan larangan eksport pasir yang dikuatkuasakan kerajaan Persekutuan.

“Pada 24 April 2002, kerajaan negeri juga telah menguatkuasakan larangan
eksport bahan batuan (batu pejal) berukuran 9 inci ke atas,” katanya.

Beliau berkata, pasir silika ditakrifkan sebagai pasir yang mengandungi 95 peratus minimum silika seperti yang ditentukan secara analisis standard.

Ahmad Zahri berkata, pada masa ini hanya terdapat sembilan syarikat yang diberi permit untuk mengeksport pasir silika ke Singapura dan mereka dibenarkan mengeksport tidak lebih daripada 50 peratus hasil pengeluaran keseluruhan.

“Sekiranya jumlah eksport sesebuah syarikat itu telah mencapai jumlah maksimum bagi satu bulan, mereka tidak akan dibenarkan mengeksport pasir silika itu lagi dan terpaksa menunggu bulan berikutnya,” katanya.

APA BENDANYA YANG CUBA DI TERANGKAN

CAKAP ADA DASAR TAK BOLEH EXPORT

KEMUDIAN KATA ADA SEMBILAN SYARIKAT YANG MENGEKSPOT

MANA DASAR YANG SEBENARNYA

nota:
sila baca betul betul dari perenggan lima hingga ke akhir.
apa malaon ni cakap. berpusing pusing.
ini macam nak menipu mak cik felda taib andak
inilah contoh bagaimana penyokong gerombolan
dijohor sudah jadi bangang.
mulut melopong masuk lalat ke mulut
keluar kat telinga




118.77 HEKTAR TANAH KUALA LUMPUR DIREMBAT CUKONG

SATU GUNUNG CUKONG PUNYA - MELAYU BANGGA DAPAT JADI PAK GARD


AKU JANJI PEMAJU DI TAGIH - melayau

Pemaju projek Sentul Raya, Sentul Raya Sdn. Bhd. diminta menyediakan surat aku janji sebagai jaminan bahawa syarikat itu akan turut membina rumah kos rendah di dalam projek itu.

Surat itu juga sebagai jaminan kepada penduduk Kampung Railway, yang termasuk dalam tapak projek itu, bahawa masalah perumahan mereka akan selesai.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, M. Saravanan berkata, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan berbincang dengan pemaju projek itu supaya membina rumah kos rendah selain kondominium serta pusat komersial.

"Pembinaan rumah kos rendah perlu bagi membolehkan golongan berpendapatan rendah termasuk yang mendiami rumah setinggan untuk memiliki rumah dan tinggal di kawasan itu apabila ia dibangunkan nanti," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat tapak bagi perumahan kos rendah dalam projek Sentul Raya di sini semalam.

Saravanan berkata, walaupun masih tidak ada kata putus, namun melalui perbincangan, pemaju itu memahami Perintah Pembangunan DBKL iaitu tidak boleh membangunkan projek komersial di kawasan yang telah diperuntukkan untuk rumah kos rendah.

"Bagi menentukan projek rumah kos rendah dilaksanakan oleh pemaju, DBKL akan meminda syarat pembangunan kawasan itu dengan memasukkan syarat membina rumah kos rendah," katanya.

Dianggarkan kira-kira 2,400 unit rumah kos rendah akan dibina di situ.

Justeru, beliau berharap penduduk yang terlibat dengan projek Sentul Raya supaya bersabar dan tidak melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang.

Dalam sesi lawatan selama hampir dua jam itu, Saravanan turut mengingatkan pemaju agar segera membersihkan kawasan terlibat kerana ia kini dipenuhi semak-samun dan sisa rumah yang sudah roboh.

"Suasana sebegini tidak seharusnya ada di tengah-tengah bandar raya dan sebagai pihak yang telah mengambil alih kawasan ini, mereka perlu bertanggungjawab,'' ujarnya.

Projek perumahan bercampur serta pusat komersial Sentul Raya yang bernilai RM7 bilion dibangunkan dalam kawasan seluas 118.77 hektar di Sentul.

Masalah mula timbul selepas penduduk Kampung Railway mendakwa pemaju telah tidak dibenarkan oleh DBKL untuk membina rumah kos rendah di tapak berkenaan tetapi dinafikan oleh DBKL sehingga memaksa pihak kementerian campur tangan.

Disember lalu, Persatuan Penduduk Kampung Railway dan sekitar Sentul menghantar memorandum bagi menuntut syarikat pemaju berkenaan membina rumah kos rendah dan sederhana di kawasan projek itu.

Perkampungan berkenaan asalnya adalah penempatan untuk kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang kebanyakannya sudah menetapkan sejak enam dekad lalu dengan membayar sewa dan mereka bukan setinggan.

Sentul Raya Sdn. Bhd., anak syarikat YTL, didakwa telah berjanji pada 1994 untuk membina 3,000 unit rumah kos rendah dan sederhana, dua buah dewan serbaguna serta sebuah padang bola di satu kawasan di Sentul.

Perjanjian itu, kata mereka, termaktub dalam surat dan pelan projek bertarikh 6 Oktober 1994 yang ditandatangani oleh Pengarah Eksekutif Sentul Raya ketika itu, K. Tharmalingam.

Sehingga kini, masih terdapat 200 keluarga belum berpindah manakala 10 keluarga telah berpindah sejak tahun 1992 dan empat lagi telah berpindah ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Puchong.

Sementara itu, seorang penduduk, Letchumi Atlit, 60, berharap jalan penyelesaian dapat dicari demi kepentingan penduduk yang rata-rata berpendapatan rendah dan bekerja di kawasan berhampiran.

Dia yang merupakan generasi keenam menetap di kampung berkenaan mengakui sudah terbayangkan kesukaran yang bakal dihadapi sekiranya terpaksa berpindah ke PPR Puchong.

Bagi R. Nadharajan, 51, yang pernah menetap di kawasan tersebut dan kini berpindah sementara di PPR Puchong mengakui merasa terbeban kerana terpaksa berulang alik ke tempat kerjanya di Sentul.

Katanya, sejak tiga bulan berpindah ke PPR Puchong, pelbagai kesulitan dihadapinya terutama beban kewangan.

nota:
bacalah berita ini dengan betul betul.
lihat dan fahami bagaimana tanah di kuala lumpur ini jatuh ke tangan cukong.
ini aslanya tanah keretaapi tanah melayu.
cukong buat janji di zaman firaun.
tanah telah diambil
sekarang perjanjian tidak di endahkan

kenapa tak ada bulldozer pergi runtuhkan bangunan
kalau rumah orang kampong di berembang atau di kampong chu badak
bukan main cepat datang polis dan bulldozer.

apalah melayu tak sedar sedar
apalah melayu ini jadi bangang
apalah melayu tak faham faham
hari hari kena tipu
balik kampong jual getah buku kah kah kah




MENIPU LAGI

PERGI MEKAH ARAB PULAK TIPU JUAL TOYOL


MEKANISME HARGA BARU PETROL - melayau

Kerajaan akan mengumumkan mekanisme harga petrol yang baru sebelum Mei ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Ismail Sabri Yaakob.

Menurutnya, dalam aspek ini, Majlis Ekonomi Negara akan menentukan sama ada berlaku kenaikan atau penurunan harga petrol tersebut.

"Mekanisme petrol baru belum tahu lagi dan tunggu diumumkan nanti dan tidak akan diumumkan pada Mei tetapi lebih awal lagi

KEPALA BANA APA MEKANISME INI ?.

NAK MENIPU LAGI

CAKAP LAH TERUS TERANG… GAMIN TAK ADA DUIT

DUIT HABIS BELI KAPAL SELAM

SEKARANG GAMIN TAK ADA DUIT… KENA NAIKAN HARGA MINYAK… KENA NAIKKAN CUKAI

CUKUPLAH TIPU MELAYU

DAH LIMA PULUH TAHUN MELAYU KENA TIPU

nota:
semua nak tipu
tak pandai cakap betul betul
pening orang kampong
pagi jkk kelentong
tengah hari pegawai kerajaan kelentong
petang gerombolan kelentong
malam kang kong kelentong
akhirnya duduk tercangkung
korek tahi hidung kah kah kah



PEMECAH BERITA = BREAKING NEWS

KOTAK MAT EZAM TINGGAL KOSONG



MACAI MAT EZAM LARI MENINGGALKAN TUAN

Panas: Malam ini Nazree GERAK Umum Masuk PKR?

Nazree Yunus yang menggantikan Ezam Mohd Noor sebagai Pengerusi Gerak akan umumkan beliau masuk PKR malam ini di program di Puchong.

Pengumuman ini diatur Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Md Akin.

Nazree pada satu ketika dahulu selalu heboh dengan lembu dan tayar kereta.

Dari apa yang difahamkan Nazree juga telah bersedia untuk membocorkan
peranan Ezam dalam beberapa kelentongan yang terdahulu.

nota:
taubat taubat
lari cepat
nanti kena rembat

Khamis, 21 Januari 2010

Program Ceramah Anwar Di Kuantan Pada 18 Jan 10

Aura Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto), ternyata masih berbisa biarpun berbagai tohmahan dan fitnah jahat terus dilemparkan kepadanya selama ini. Rakyat ternyata masih percaya dan menganggap Anwar sebagai pejuang rakyat yang akan membela nasib serta masa depan mereka. Melihat kepada kehadiran orang ramai dalam program lawatan kerja seharinya ke Kuantan semalam, jelas sekali Anwar masih diterima. Hampir 10,000 rakyat membanjiri ceramah umum Anwar di Dataran Rakyat, Pejabat Perhubungan PKR Pahang dekat sini. Kebanyakkan daripada mereka datang sengan rela hati, tanpa sebarang upah yang diberikan. Ia jauh berbeza sama sekali dengan kehadiran pemimpin UMNO selama ini, mereka dipaksa hadir, diberi upah dan elaun kedatangan. Dalam ceramah Anwar malam tadi, beliau lebih banyak mendedahkan tentang kepura-puraan kerajaan UMNO BN dalam menangani sesuatu isu. Anwar berkata isu panas "khalimah Allah" yang dipermainkan sekarang ini jelas sekali menjerat diri mereka akhirnya. Malah kata Anwar, beliau sudah bertemu dengan beberapa tokoh ulamak terkenal semasa kunjungannya ke Beirut, Lubnan baru-baru ini. Malah, ramai dikalangan mereka terkejut dengan isu itu yang dijadikan modal politik parti tertentu di Malaysia sekarang ini. Malah, ulamak tersohor dunia sendiri pun menganggap isu yang dimainkan itu tidak relevan sebenarnya. Menurutnya, penggunaan kalimah Allah sudah diguna beribu tahun lalu oleh penganut Kristian di Mesir malah tiada sebarang masalah timbul berhubung perkara tersebut. “Saya merujuk kenyataan Sheikh Yusuf Al-Qaradawi mengenai perkara tersebut dan beliau sendiri menyatakan bahawa kalimah Allah tidak salah digunakan oleh orang bukan Islam. Saya menganggap ia adalah isu yang sengaja direka oleh UMNO untuk menghangatkan suasana politik negara," katanya.


Larangan Nama Allah Hanya lah Politik UMNO

Orang ramai sudah mulai membanjiri sekitar kawasan ceramah sejak petang lagu, terutamanya mereka yang datang dari jauh. Anwar tiba sekitar jam 9.30 malam, selepas menghadiri dua lagi program berasingan iaitu Majlis Jamuan Makan Malam PKR Pahang di Restoran Tanjung dan Tazkirah Maghrib dan Solat Hajat di Masjid Al-Khairiah, Batu 6, Jalan Gambang dekat sini. Dalam ceramahnya malam tadi Anwar juga berkali-kali mengingatkan rakyat supaya meneruskan perjuangan bagi kemenangan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang. Katanya, UMNO BN kini sudah semakin terdesak dan sanggup menggadaikan agama untuk kepentingan politik semata-mata. Tindakan melarang orang Kristian menggunakan khalimah Allah hanya untuk Semenanjung Malaysia sahaja, sebaliknya ia boleh untuk Sabah dan Sarawak. Kononnya, khalimah Allah telah lama digunakan oleh orang Kristian di sana yang majoritinya lebih ramai dari Semenanjung. Walhal, tindakan itu dilakukan kerana mereka takut kehilangan undi dalam pilihanraya negeri Sarawak yang dijangka akan diumumkan pada bila-bila masa sahaja sekarang ini. "Inilah bukti yang pemimpin UMNO BN hipokrit dan sengaja ingin menipu rakyat. Mereka memperkatakan tentang Islam tetapi jenayah yang berlaku di Malaysia sejak sekian lama mereka yang lakukan. Siapa yang terlibat dengan kes bunuh Altantunya, Noritta, curi enjin jet, ambil komisyen kapal selam dan jet, isu PKFZ dan banyak lagi. Bukankah semua itu dilakukan oleh orang Islam UMNO. Apakah mereka layak untuk berbicara soal Islam sedangkan mereka sendiri terpalit dengan berbagai penyelewengan, rasuah, korupsi serta lain-lain perbuatan yang jelas bertentangan dengan Islam itu sendiri" kata Anwar lagi.


Anwar Seru Rakyat Terus Nyatakan Kebenaran

Anwar turut menyeru hadirin terus berjuang menyampaikan kebenaran kepada seluruh rakyat. Yakin mereka tentang segala isu yang dipermainkan sewenangnya oleh puak-puak UMNO. Rakyat tidak perlu takut untuk berjuang. Tidak mungkin kerajaan akan menangkap sebegitu ramai rakyat, kerana sudah pasti penjara tidak cukup untuk menampung mereka jika mencecah jumlah yang besarnya. kata Anwar. Beliau turut menegaskan bahawa pemerintahan Najib Razak lebih teruk daripada PM terdahulu. Ini kerana Najib banyak terlibat dengan segala macam skandal yang boleh menjejaskan nama baik Malaysia. "Saya yang akan ditangkap, ditahan dan dikenakan tindakan, oleh itu jangan takut untuk berjuang dan menyampaikan kebenaran""Dulu Altantunya diletupkan dan hilang, kemudian Balasubramaniam hilang, lepas tu Raja Petra pula hilang kini mereka mahu hilangkan nama Allah pula dan jadikan hak mereka" tambah beliau lagi. Orang-orang Pahang perlu berubah jika mahu negeri ini diperintah oleh Kerajaan Pakatan Rakyat. Banyak kebajikan rakyat kini terbela di negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat sama-ada PAS, PKR mau pun DAP. Oleh itu Anwar menyeru rakyat supaya tidak sesekali takut untuk menyatakan kebenaran biarpun ia pahit.


Pimpinan PKR Perlu Giatkan Daftar Pemilih

Sementara itu, pimpinan PKR diseru giatkan pendaftaran pemilih jika mahu menang dalam pilihanraya umum akan datang. Anwar berkata, tiada gunanya mempunyai ramai ahli tetapi mereka tidak boleh membuang undi dalam setiap kali pilihanraya yang diadakan. PKR negeri katanya perlu mantapkan pentadbiran di peringkat cabang-cabang. “Kita sedang berusaha untuk menawan Putrajaya, setiap cabang akan melaksanakan tanggungjawab masing-masing untuk mendekati masyarakat termasuk golongan muda dan wanita,” katanya. Anwar menegaskan di Pahang, PKR telah berjaya menawan Parlimen Indera Mahkota yang diwakili oleh YB Azan Ismail dan Parlimen Kuantan oleh YB Fuziah Salleh. Sokongan rakyat dari kalangan bukan Melayu tidak menjadi masalah bari Pakatan Rakyat. Namun, sokongan dari kalangan orang-orang Melayu yang sudah sebati darah dagingnya dengan parti UMNO karat itu yang dibimbangi. Namun Anwar menegaskan harapan besar untuk melihat negeri Pahang jatuh ke tangan Pakatan Rakyat semakin cerah atas hasil usaha berterusan yang dilakukan oleh Pengerusi Pimpinan Negeri, Dato' Fauzi Abd Rahman. Sokongan rakyat pelbagai golongan diperlukan bagi merealisasikan hasrat itu. Tiada gunanya kita dipandang mendapat sokongan padu rakyat tetapi mereka tidak layak mengundi dalam pilihanraya umum akan datang kata Anwar.

[Ceramah Anwar berakhir pada kira-kira jam 11.45 malam. Orang ramai dilihat membanjiri lokasi ceramah biarpun keadaan sesak sudah kelihatan. Pihak polis dilihat menjaga keselamatan lalu lintas dan tiada tindakan provokasi yang dilakukan oleh mereka. Lalulintas turut dibantu oleh Unit Amal PAS dan Skuad AMK bagi melincinkan perjalanan kenderaan. Orang ramai dilihat begitu bersemangat untuk mendengar penjelasan Anwar tentang isu-isu semasa yang membelengu benak fikiran mereka. Turut berceramah pada malam tadi ialah Bekas pemimpin MCA, Datuk Seri Chua Jui Meng, Dr.Hamzah Jaafar dari PAS dan Saudara Nizam Hamid. Sesekali kelihatan runguntan berbunyi tentang penyediaan alat pembesar suara. Ramai yang kecewa kerana sound sistem yang digunakan tidak mengeluarkan bunyi yang memuaskan. Malah, ia turut mengalami masalah ketika Chua Jui Meng menyampaikan ucapannya sebelum itu. Mujurlah ketika Anwar berucap, tidak ada kejadian yang mengecewakan itu berlaku, jika tidak sudah pasti ia lebih memalukan].