Sabtu, 13 Mac 2010

Kongkalikong Telaga Minyak Kelantan

Pelbagai cara dengan berbagai alasan diberikan oleh Kerajaan Malaysia berhubung tuntutan royalti minyak dari kerajaan Kelantan supaya nampak tuntutan itu tidak sah.

Hari ini kita mendengar ulasan dari bekas KM Sarawak Tun Abdul Rahman Yaakub seterusnya diulas pula oleh peguam Datuk Hasfarizam, yang disandarkan kepada pelbagai akta supaya nampak tuntutan adalah tidak sah.

Tun Rahman sendiri bila ditanya kenapa Negeri Terengganu dulunya dapat, terus terdiam!!

Inilah sikap hipokrit kaki ampu. Tidak suka melihat dari sudut kebenaran. Lihatlah Sarawak, Sabah dan Terengganu yang kaya minyak, apakah rakyatnya hidup mewah berbanding lain-lain negeri?? Atau cuma segelintir elit penguasa yang mewah dan kayaraya? Begitulah yang kita nampak. Apalah guna harta anugerah Tuhan yang diberikan cuma bermain di sekeliling kerabat elit.

Terfikir juga kita, apa jadi dengan Brunei Darussalam dan Singapura sekiranya menjadi antara negeri-negeri di bawah Malaysia. Apakah Brunei akan makmur dan kaya seperti sekarang? Begitu juga Singapura, apa jadi jika ditadbir dari Pusat(Putrajaya)? Kita fikirlah sendiri.

Kalau beginilah cara mentadbir dan memerintah, alamat rakyat marhaen yang merana membanting tulang empat kerat untuk mengkayakan segelintir orang bermartabat tinggi.

Apa jadi (katalah) jika Negeri Kelantan dengan persetujuan segala rakyat jelata serta perkenan Kebawah Duli Tuanku Sultan ingin keluar dari Kerajaan Pusat dan memerintah sendiri, apakah masih telaga minyak yang dipertikai mempunyai hak mutlak Malaysia??? Masih dikira 3 batu nautika lagikah atau bagaimana?

Tak payahlah nak membodohkan rakyat. Ini bukan zaman 60-an atau 70-an.

Apa rasa hati Tuanku Sultan Pahang dan Menteri Besar Pahang kiranya minyak juga ada di luar kawasan pantai Pahang? Ini kerja Allah, yang Paling Berkuasa dari segala Penguasa. Di mana-mana pun boleh di adakan telaga minyak. Ini cuma ujian buat penguasa dan pemerintah, berlaku adil atau tidak terhadap rakyat jelata. Lihat Sudan, atas darat di belakang rumah kalau digali ada minyak!!! Di Negara Balkan minyak dikorek di tepi-tepi jalan. Itulah anugerah Allah diberikanNya untuk manusia berpikir.....

Allah jualah tempat kita mengadu.....
FITNAH 2




Jumaat, 12 Mac 2010

PIDATO ANWAR IBRAHIM DISAMBUTAN 2 TAHUN PAKATAN RAKYAT SELANGOR







ELIT PEMERINTAH SEMAKIN HARI SEMAKIN TERDESAK

Keyakinan rakyat terhadap pentadbiran Dato’ Sri Najib Razak semakin hari semakin terhakis. Di sebalik pengumuman kononnya Model Ekonomi Baru akan diperkenalkan, rakyat ternyata menyedari kerajaan tidak akan berjaya menyingkir kudis-kudis lama yang menghinggapi akibat dari kelemahan serta pelaksanaan dasar seumpama Dasar Ekonomi Baru. Saya yakin model baru ini tidak mampu menyaingi intisari mahupun kejujuran Agenda Ekonomi Malaysia dan Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang menumpukan kepada pengagihan kekayaan secara adil tanpa mengira ras.
Pada masa yang sama rasuah semakin berleluasa dan institusi kenegaraan seperti kehakiman tidak berupaya menjamin keadilan buat semua.

Ahli parlimen dan ahli dewan undangan negeri Pakatan Rakyat saban hari diganggu dan tidak lekang diugut dari pelbagai arah. Selain saya, sejumlah 14 Ahli Parlimen dan Adun PR diambil keterangan oleh pihak polis berhubung ceramah dan aktiviti lainnya. Strategi menakut-nakutkan sebegini merupakan muslihat murahan dan pastinya ditolak rakyat.

Menggunakan khidmat syarikat APCO Worldwide sebagai perunding imej ternyata tidak membantu perdana menteri dan isteri, apatah lagi didedahkan media syarikat tersebut diterajui antaranya mantan duta Israel ke Amerika dan Jerman. Lebih merumitkan keadaan 1Malaysia yang dilancarkan Najib dikaitkan dengan 1Israel. Hari ini saya difahamkan SPRM juga melancarkan siri kempen untuk memulihkan imej. Ratusan juta dihabiskan demi memulihkan imej. Sedangkan cara yang paling mudah dan jimat ialah berpegang teguh kepada prinsip undang-undang, bebas dan tidak menurut kehendak elit pemerintah yang jelasnya semakin hari semakin terdesak.

ANWAR IBRAHIM

Gambar :
Lautan Manusia di Seberang Jaya pula...




Biarpun semakin kuat tekanan yang dikenakan oleh kerajaan Bini Najib keatas pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, DS Anwar Ibrahim khasnya, Semakin kuat sokongan yang diberikan oleh Rakyat kepada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat ini.

Biarpun beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat dari PKR telah bertukar menjadi katak, sokongan Rakyat Kepada Pakatan Rakyat tetap tidak berubah.

Ini terbukti dengan kehadiran Rakyat yang besar jumlahnya dalam beberapa siri Ceramah yang dianjurkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat dibeberapa negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat.

Di Tapak Ekspo Seberang Jaya sempena dengan malam kemuncak sambutan ‘2 Tahun Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang’ Malaysiakini telah melaporkan lebih dari 10,000 orang telah memenuhi Tapak Ekspo untuk mendengar ucapan dari para pemimpin Pakatan Rakyat yang Hadir..

Inilah juga jawapan kepada artikel ‘Makin kurang pendengar ceramah Anwar ‘ yang telah ditulis oleh Amran Mulup dalam Media UMNO…..

Kesemua gambar-gambar di atas telah dirakam dari kiri pentas


Dua keping gambar di atas pula dirakam dari kanan pentas


Dua keping gambar ini pula dirakam dari tengah-tengah hadirin


Gambar-gambar di atas pula telah dirakam dari belakang hadirin.

Khamis, 11 Mac 2010

Gambar : Lautan Manusia Di Seremban, N9



Ceramah umum dengan tema ' Semboyan Halilintar Ke Putrajaya' sempena ulangtahun ke 2 Tsunami Politik di Malaysia bertempat di Seremban, Negeri Sembilan.

Kehadiran menjangkau atau melebihi 10,000 tak berapa pasti.. kalau nak pasti korang kiralah sendiri.. he.. he..





Untuk kali ke berapa kami dah x perasan DSAI dtg ke negeri 9 ni...tapi kesimpulan yg dpt kami gambarkan adalah, mlm tadi mncatatkan kehadiran yg amat-amat luar biasa!!!

kenapa kami berkata sedemikian adalah berdasarkan logik keadaan semasa politik PKR & DSAI itu sndiri setelah beberapa pimpinan MP yg melompat parti, gambaran suasana mlm tadi menunjukkan secara amat jelas bahawa rakyat Malaysia kini semakin bijak & tak bodoh seperti yg diharapkan UMNO dan BN..!!!




Yang pertama mlm tadi di seremban, dapat dilihat dgn jelas bahawa ribuan anak2 muda baik melayu cina india yg bersama bukan saja hadir dlm ceramah malah hujan yg sangat-sangat lebat tdk menginginkan mereka utk berganjak walau selangkah malah mereka anak muda terus maju kehadapan pentas untuk memberi keyakinan kepada DSAI & pimpinan bahawa anak2 muda takkan lari dan takkan gentar utk menentang umno & BN!!!!

yg kedua SEMUA pimpinan akar umbi Pakatan Rakyat baik keadilan, PAS, DAP SELURUHNYA hadir mlm tadi utk menyaksikan gelombang ini berterusan sehingga PR mencapai kemenangan pada PRU yg ke-13 nnti...!!!




Yang ketiga pula, belum pernah berlaku ceramah yg diadakan sebegini besar di negeri sembilan lebih2 lagi dihadiri oleh DSAI, dikawal dengan begitu baik oleh Pihak Polis & trafik dlm proses melicinkan keadaan (seolah olah program kerajaan negeri) serta rata2 anggota polis menunjukkan sokongan dengan sentiasa memberi kerjasama dan juga sentiasa melemparkan senyuman kepada semua penyokong dan pendokong parti Pakatan Rakyat ini. berbeza sama sekali dengan keadaan ketika di Kelab Sultan Sulaiman di Kg baru baru2 ini apabila pihak polis mengasari dan memukul penyokong malah tidak langsung menghormati pimpinan besar Pakatan Rakyat...!!!

dan yg keempat apabila DSAI dengan raut wajah yg serius dan penuh yakin menyatakan dengan sesungguhnya bahawa Pakatan Rakyat akan dapat merampas negeri sembilan dari tangan BN pada PRU -13 nnti dengan lampiran bahawa anak muda harus bekerja keras bersama dengan semua pimpinan PR serta mengambil sikap offensive (menyerang) bukan lagi utk diffensive (bertahan)..!!!

















Sekali lagi kami ucapkan tahniah kepada semua terutamanya Pengerusi Perhubungan Negeri Sembilan Dato' Kamarul Baharin Abbas yg bertungkus lumus bersama saf safnya dlm menjayakn program ceramah ulung ini dan kami SAMM sendiri akn sentiasa bekerjasama dengan beliau pada masa akan dtg!!!

insyaalah kami SAMM berjanji malah kami juga telah menginfaqkan diri kami dlm perjuangan suci ini demi agama kami, rakyat kami dan bangsa kami dan utk kami berhenti dlm perjuangan adalah sesuatu yg mustahil. Hanya Allah SWT shj yg bisa menghalang kami atas hikmah2 yg ditentukannya insyaallah...

Selasa, 9 Mac 2010

MALANGNYA AKU DAPAT TPM YANG BUTA HURUF


MUHYIDIN CAKAP MACAM ORANG BUTA HURUF



Muhyiddin, TPM berwajah sembab itu semalam berkata prestasi PR selepas dua tahun memegang tampuk pentadbiran di tiga buah negeri yang dikuasai mereka masih tidak menunjukkan kesan yang nyata.

Katanya dia mendapat banyak aduan khususnya daripada peniaga-peniaga di negeri yang dikuasai pembangkang yang menyuarakan tidak puas hati kerana terlalu banyak kerenah birokrasi di peringkat negeri.

Malah, katanya, banyak janji semasa pilihan raya masih tidak dilaksanakan kerajaan pimpinan parti pembangkang di Kedah, Pulau Pinang dan Selangor (Kelantan dia tak sebut). Seterusnya si-sembab ini kata, cuba lihat pentadbiran Najib yang katanya dalam masa belum pun sampai setahun, sudah pelbagai perkara yang dibuat.

Nak tergelaknya saya dengan kenyataan TPM sekor ni. Perubahan yang dibuat kerajaan PR belum nampak kesan yang nyata? Saya ingat orang ni memang malas baca berita, atau mungkin kalau baca berita pun, dia cuma baca berita Utusan Meloya, Berita Hairan atau New Shit Times. Kalau dia rajin baca kenyataan-kenyataan rasmi kerajaan negeri PR mengenai prestasi 2 tahun ekonomi mereka berbanding ketika lebih 50 tahun BN perintah dulu, tahulah si-sembab ini kejayan siapa lebih cemerlang. Dalam susah payah, dengan pelbagai sekatan kerajaan Persekutuan, PR masih boleh menunjukkan prestasi yang baik.

Kerenah birokerasi? Di semua negeri, termasuk yang diperintah BN ada kerenah birokerasi, sebab itu sampai kini Bumiputra belum memiliki modal 30%, walaupun DEB pada 1970 dulu menjanjikan ia dapat dicapai pada 1990.

Janji pilihanraya tidak ditunaikan? Betul ke tak ditunaikan, atau cuma baru lebih separuh yang ditunaikan, sesuai dengan tempoh masa baru dua tahun memerintah? Kalau 45% ditunaikan, kalau 60% ditunaikan, bukankah itu sudah dikira baik? Yang BN sudah perintah lebih 50 tahun itu, sudah tunai 100% ke? Hang tepuk dada, tanya angka la Muhyiddin, baru tahu jawapannya!

Najib yang memerintah setahun sudah berjaya membuat banyak pembaharuan? Apa pembaharuan yang banyak sangat tu, cuba bagi satu persatu, bersama perangkaannya? Indeks rasuah meningkat, itukah pembaharuan? Indeks harga pengguna naik begitu sekali, itukah pembaharuan? Perangkaan jenayah semakin meningkat, itukah pembaharuan? Jumlah penagih dadah meningkat, itukah pembaharuan?

Kalau nak temberang tu, berpada-pada lah. Jangan temberang yang di kedai kopi pun tak laku. Jangan cakap macam orang buta huruf, ini bukan cerita Pendekar Bujang Lapok!

Yang Kaya Bertambah Kaya,
Yang Miskin Papa Kedana



Hari ini apa yang pernah dilaungkan oleh bekas para mahasiswa pada tahun 1970an akhirnya berulang kembali pada tahun 2010. GST yang bakal dilaksanakan akan membebankan rakyat dan sekarang rakyat sudah mulai sedar dengan keburukan akan kesan GST yang bakal dilaksanakan.

Buktinya, setiap kali ada sahaja ceramah besar oleh pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat segera POLIS yang teramat seronok diperkudakan oleh Umno akan datang menggagalkan program penjelasan kepada rakyat mengenai bahayanya GST ini kepada mereka. Umno takut, jika peristiwa Mac 2008 berulang kembali nescaya ianya boleh menyebabkan mereka terus lenyap dari sejarah politik Malaysia. Mereka tidak mahu poket rakyat yang sedang rabak ini akan menyebabkan mereka hilang kuasa.

Siapa kata kuasa rakyat tidak keramat. Siapa kata suara rakyat tidak kuat. Suara kita kuat. Suara kita sebenarnya digeruni oleh Umno. Mereka lagi takut jika kita mula turun ke jalanraya. Mereka sesekali tidak akan mengizinkan kuasa rakyat yang sebenar mula melimpahi jalanraya. Kerana mereka tahu, sekali rakyat bersuara setahun kesannya. Dua kali rakyat bersuara, dua tahun kesannya.

Sekarang, medan jalanraya memanggil kita kembali. 15/3/2010 iaitu pada hari Isnin tepat jam 9.00 pagi, rakyat akan berhimpun di depan bangunan Parlimen. Walaupun kehadiran hanya mencecah 200 orang. Tetapi Umno akan kecut perut. Pondan dari Thailand ini akan ketakutan. Polis akan diarahkan untuk mengawal Parlimen umpama ratusan ribu yang akan datang berarak. Hey.....ini baru permulaan. Akan ada lagi perhimpunan yang lebih yang bakal menyusul.

Kenapa kita harus berhimpun? Inilah jawapannya :

" KUALA LUMPUR 7 Mac - Perdana Menteri hari ini mengumumkan pemansuhan cukai import bagi pembelian baru buggy untuk kegunaan kelab-kelab golf di seluruh negara berkuat kuasa serta-merta.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pemansuhan itu bertujuan membantu pembangunan sukan golf yang semakin diminati pelbagai lapisan masyarakat dengan kelab-kelab golf pada masa sama berupaya meningkatkan lagi kemudahan yang sedia ada." - Utusan Malaysia


Negara kita tercinta, orang kaya akan selalu untung. Manakala orang kampung dan berpendapatan rendah macam kita ini akan ditindas seteruk - teruknya. Mana keadilan yang Umno anjurkan?

Kita rakyat biasa sebaliknya akan dikenakan cukai GST. Cukai dimana semua barang akan dikenakan satu kadar cukai yang tinggi. Gaji kita tidak naik, harga gula sudah naik, harga minyak akan naik, tariff elektrik tunggu masa sahaja untuk dinaikkan, harga tepung dijangka naik, dan semuanya akan naik. Adakah bantuan potongan cukai akan dikenakan kepada kita? TIDAK...KITA INI SAMPAH DI MATA ROSMAH DAN NAJIB.

Apa yang patut kita lakukan? Sumpah pada diri - sendiri. Aku tidak sesekali tidak akan menyokong Umno. Apa sahaja perhimpunan yang membantah GST aku akan turun. Turun umpama singa yang lapar. Bersedia untuk menyatakan rasa kemarahan kita.

Umno sebenarnya pengkhianat rakyat yang sebenarnya. Mulut jerit ketuanan Melayu tapi merekalah yang menindas Melayu. Mereka yang menekan ekonomi Melayu. Mereka yang kenakan cukai itu cukai ini kepada Melayu. Sedangkan Melayu itu sendiri masih hidup susah. Umno pengkhianat dan penipu macam Yahudi!!

Aku menyeru dan merayu pada semua rakyat Malaysia. Turunlah beramai - ramai pada 15/3/2010 nanti.

Laungkan sekuat - kuatnya...YANG KAYA BERTAMBAH KAYA YANG MISKIN PAPA KEDANA

ROSMAH BERTAMBAH TEMBAB KITA BERTAMBAH KURUS

YANG KAYA BERTAMBAH KAYA YANG MISKIN PAPA KEDANA.
Dr. Yusof Al-Qaradawi Tokoh Ma'al Hijrah Malaysia 2009
punca polis merusuh



Tokoh Ma'al Hijrah Malaysia 2009 Dr Yusof Al-Qaradawi adalah punca sebenarnya polis merusuh dalam program sambutan 2 tahun Pakatan Rakyat memerintah semalam di Kg Baru.

Dr Yusof Al-Qaradawi merupakan Pengerusi Ulama Islam Sedunia. Beliau menerima hadiah wang tunai RM100,000 termasuk RM10,000 sumbangan Yayasan Ubaidi, sebuah plak, pingat dan sijil penghargaan tahun lalu.

Beliau sebenarnya sudah lama diundang oleh Kerajaan Malaysia tetapi beliau tidak mahu hadir selagi Anwar Ibrahim tidak bebas.

Pada tahun lalu, beliau sudi datang ke Malaysia tetapi dengan syarat beliau tidak disekat untuk berjumpa dengan sesiapa pun termasuk Anwar Ibrahim.

Oleh kerana Najib mahu dilihat seolah-olah beliau juga boleh mendampingi Ulama Dunia ini untuk kerpentingan politiknya maka Najib terpaksa akur dengan syarat Dr Yusof Al-Qaradawi.

“Saya mengenali Anwar Ibrahim sejak 25 tahun yang lalu. Ketika itu Anwar adalah presiden Abim.

Apabila Anwar menyertai kerajaan, hubungan kami masih akrab. Setelah Anwar difitnah dan dipenjarakan, saya sering mendoakan agar beliau tabah dan tidak mengalah. Sekarang beliau adalah harapan kepada rakyat yang mencintai keadilan dan kemanan sejagat.

Saya minta tuan-tuan dan puan-puan agar bersama-sama Anwar Ibrahim untuk mengangkat martabat kemanusian yang meletakkan keadilan dan prinsip Islam sebagai asas perjuangan.”

- Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi , 19 Disember 2009


Beliau datang ke Malaysia semasa Pakatan Rakyat melakar sejarah Malaysia kerana berjaya mengadakan Konvensyen Pakatan Rakyat yang pertama.

Lebih memedihkan hati Najib apabila Dr Yusor Al-Qaradawi pula menyampaikan ceramah perdananya sempena Maal Hijrah di Masjid Shah Alam selepas berlangsungnya Konvensyen Pakatan Rakyat.

Semalam polis merusuh apabila terdapat satu cakera padat (CD) yang berupa rakaman sidang video ulama tersohor Prof Dr Yusuf al-Qaradawi berhubung fatwa terhadap pertuduhan liwat yang dihadapi oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim diedarkan kepada orang ramai malam tadi.

Dalam rakaman sidang video itu antara lain mengandungi mengenai fatwa ulama dunia Islam itu terhadap pertuduhan liwat yang dihadapi oleh Anwar yang juga ketua pembangkang.

Sidang video itu telah dirakamkan pada 14 Februari selama 33 minit itu di kediaman Dr Yusuf di Doha, Qatar termasuk terjemahan percakapan beliau yang dilakukan oleh ahli jawatankuasa PAS Pusat, Abdul Ghani Shamsuddin.

Cakera padat yang bertajuk "Fatwa Mutakhir Dr Yusuf al-Qaradawi berhubung konspirasi II terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim" telah diterbitkan oleh Women's Institute of Research Development dan Advancement (WIRDA) diedarkan secara percuma.

Anwar dalam ceramahnya malam tadi berkata Dr Yusuf - yang merupakan Ketua Ulama Islam Sedunia - menegaskan kepadanya bahawa isu yang dihadapinya itu berkaitan dengan hukum Islam dan akhlak.

Tambahnya, dalam sidang video itu tokoh Islam itu membawa hujah al-Quran dan Hadis serta alasan-alasan beliau mengeluarkan fatwa tersebut.

"Ini bukan soal PAS, atau PKR, tetapi ini soal akidah dan akhlak. Beliau berkata kepada saya, bahawa beliau bertanggungjawab di akhirat kelak (dengan fatwanya)," kata Anwar ketika berceramah di Kampung Baru di ibunegara malam tadi.

Ceramah itu disampaikan sempena sambutan ulang tahun kedua Pakatan Rakyat sejak memenangi pilihan raya umum pada 2008, termasuk menguasai sembilan daripada 10 kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Dalam ceramahnya, Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh berkata Dr Yusuf telah mengeluarkan fatwa bahawa sesiapa yang merancang dalam fitnah tersebut, sama ada secara langsung atau tidak langsung maka hukumnya adalah "munafik"

Anwar juga berkata fatwa Dr Yusuf juga menyebut, bahawa sesiapa yang membantu menyebarkan berita fitnah tersebut maka jatuh hukumnya sebagai fasik.

Kata Anwar, orang yang fasik tidak boleh diterima kesaksiannya dan kebenaran percakapannya sepanjang hidup.

"Dr Yusuf berkata kepada saya, tolong selamatkan mereka... Ini merupakan satu amanah, tolong sampaikan, dan sebarkan kepada semua," kata Anwar.

Sehubungan itu, Anwar meminta hadirin memperbanyakkan salinan CD tersebut dan menyebarkan kepada orang ramai.

"Ada orang kata saya ada kepentingan (dengan CD itu), (tapi) saya rasa tidak tergugat (dengan pertuduhan itu) kerana tidak ada kes, (dan) laporan doktor menyebelahi kita," katanya.

Dalam ceramahnya juga, Anwar juga mengulas mengenai ujian yang dihadapi oleh negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat dengan mengambil iktibar daripada perjuangan Rasulullah SAW.

Menurutnya lagi, Pakatan Rakyat harus bersedia untuk menghadapi sebarang ujian daripada Umno/BN demi menegakkan kebenaran dan keadilan dalam masyarakat di negara ini dapat tercapai.

"Mereka pukul dan aibkan kita. Kalau patah dayung, dengan jari ku dayung jua. Namun mengalah, tidak sesekali," katanya.

Anwar yang juga bekas timbalan perdana menteri, turut menyindir wakil rakyat PKR melompat parti kerana tidak sabar dengan ujian sehingga mereka membuat keputusan untuk keluar daripada parti.

"Dulu Anwar kata, kita akan dapat ke Putrajaya. Oleh kerana lambat, jadi mereka patah balik. Tengok satu juta bertahan, tengok duit dua juta, hati berdebar," katanya berseloroh diiringi gelak ketawa hadirin.

"Sokong (Pakatan Rakyat) kerana prinsip keadilan, bukannya untuk dapat wang".

Sebelum itu, berlaku kekecohan apabila polis cuba menghentikan perhimpunan sambutan ulang tahun kedua Pakatan Rakyat itu.

Bagaimanapun, ceramah itu diteruskan apabila penganjur meneruskannya di dalam bangunan kelab tersebut, yang dimiliki oleh kerajaan Selangor.

Inilah punca sebenar kenapa Polis merusuh kerana najib takut vcd ini ditayangkan kepada rakyat.

Saya cabar Khairy, jika Pemuda UMNO anak jantan, ayuh himpunkan seluruh jentera dan balaci Pemuda umno termasuk Perkasa dan yang sewaktu dengannya, buatlah demo perdana di hadapan kedutaan Qatar atau Mesir kerana Dr Yusor Al-Qaradawi telah mencampuri kes Anwar Ibrahim.

Jika 50 Ahli Parlimen Australia memberi pandangan tentang kes Anwar Ibrahim kamu marah dan berdemo, adakah kamu tidak marah bila Tokoh Ma'al Hijrah Malaysia tahun 2009 pula memberi pandangan dan fatwa kepada kes Anwar Ibrahim?

Agak-agak Pemuda UMNO ada beranikah buat demo membantah terhadap Dr Yusof Al-Qaradawi?
BERITA ORANG GILA

INI BUKAN ALTANTUYA - INI GAMBAR ZUL NORDIN DALAM CERMIN


ZUL NOORDIN CABAR WAN AZIZAH LETAK JAWATAN


Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin ( gambar diatas) menasihatkan Presiden PKR Dr. Wan Azizah Wan Ismail tidak berperang dengannya sambil menegaskan agar melepaskan jawatannya atas alasan sudah gagal memimpin PKR.

“Saya menasihatkan Wan Azizah supaya beliau sendiri meletakkan jawatan Presiden kerana gagal mempertahankan dasar PKR yang kononnya berikrar akan mempertahankan Islam dan kedudukan istimewa umat dan institusi Islam saperti yang diperuntukkan didalam Perlembagaan,” kata Zulkifli yang dipecat dari PKR kelmarin.

Zulkifli juga mencabar Wan Azizah jika berani agar bertanding di Parlimen Kulim-Bandar Baharu, satu lawan satu.

ORANG PANDIR DAH GILA.

WAN AZIZAH GAGAL MEMIMPIN PKR?

TOLONG LAAAA... GILA BETUL MALAON INI.


DARI SATU KERUSI PARLIMENT ... SEKARANG DAH JADI BERAPA?


MALAON HOI... KAU PUN TUMPANG REZEKI PADA WAN AZIZAH.


YANG PERGI SEMBAH ANWAR IBRAHIM MINTA KERUSI BUAT APA?


YANG PERGI BODEK ANWAR DALAM JIL DULU FASAL APA?

FASAL NAK CARI MAKAN?.... KERANA JADI PEGUAM TAK LAKU.




BAGI CHAN LA MALAON INI


PARTI NALA AL KURAP PAN


PAS TIDAK WAJAR TERIMA ZUL NORDIN: MAHFUZ -melayau

Pas tidak wajar menerima kehadiran ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin ke dalam parti itu kerana tindakan tersebut tidak selari dengan semangat permuafakatan parti gabungan pakatan pembangkang.

Naib Presidennya, Mahfuz Omar berkata, kehadiran Zulkifli yang dipecat oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabtu lalu bukan saja tidak dapat menaikkan imej Pas tetapi akan mencemarkan lagi nama baik parti itu.

"Pas ada etika dalam perhubungan kerjasama persefahaman rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat. Apa jua keputusan disiplin yang dibuat oleh parti-parti rakan kita, kita tetap menghormati keputusan tersebut.

"Tidak wajar kita terima, tiada pertimbangan langsung... saya tidak melihat apa-apa yang boleh membantu meninggikan imej Pas dengan kehadiran Zulkifli ke dalam Pas... ini akan memberi keburukan dan mencalarkan nama baik parti,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini. -

NAK MASUK PAS BUAT APA LAGI.

MALAON INI DULU PERNAH KALAH BERTANDING KETUA PEMUDA UMNO BAHAGIAN KULIM.

LEPAS ITU ... MENJADI TIMBALAN KETUA BAHAGIAN PAS BANDAR TUN RAZAK... TAPI KENA TENDANG.

TAK KAN NAK MASUK PAS SEKALI LAGI... DAH KENA TENDANG.


MALAON INI BOLEH MASUK PPP ATAU MIC.


KALAU TIDAK MASUK MAKKAL SAKTI.


BUSUK BUSUK JADI MACAM MAT EZAM MASUK PARTI NALA KURAP PAN.


PADAN MUKA - KENA TERIMA SEMBAHYANG HAJAT

MUKA DAUN KENTUT KENTUT


'SMS' JAMIN MOHSIN TAK SOKONG BN – malaysiakini

Satu SMS yang mendakwa bahawa ahli parlimen Bagan Serai Mohsin Fadzli Samsuri - yang keluar PKR dan menjadi wakil rakyat bebas - memberi jaminan tidak akan menyokong BN, kini disebar di kalangan pemimpin akar umbi Pakatan Rakyat di Perak.


Ahli Majlis Syura Ulama PAS, Ahmad Awang berkata, SMS tersebut juga menjelaskan sebab Mohsin keluar parti pada Rabu minggu lalu.

“Beliau ada hantar mesej pada beberapa orang yang dekat dengannya (di Bagan Serai). Beliau cuba beri perjelaskan sebab beliau mengambil tindakan (keluar parti) itu.

INI SATU LAGI MALAON.

BARU SEDAR KENA TIPU.


DAH DAPAT DUIT PENDAHULUAN... BARU SEDAR KENA TIPU .

TAK KAN TAK TAHU ... MALAON DUA EKOR DI IPOH... SAMPAI SEKARANG MELANGOK TAK DAPAT DUIT YANG DIJANJIKAN
.

SEKARANG MULA TAKUT KERANA SEMBAHYANG HAJAT NON STOP
.

PADAN MUKA !



TOLONG JANGAN KELENTONG MELAYU

INI ORANG MELAYU ASLI YANG BUKAN ISLAM

MUFTI PENYATU MASYARAKAT MELAYU ISLAM – melayau

Mufti Perak, Harussani Zakaria berkata, tujuan beliau mengungkap kembali usahanya membantu menubuhkan kerajaan perpaduan di Perak adalah supaya tidak ada nada songsang dari mana-mana pihak yang menyatakan mufti tidak berperanan dalam menyatukan masyarakat Melayu Islam.

INI DIA AJEN GEROMBOLAN.

BILA PULAK ISLAM MAIN KITAB MELAYU.

ISLAM BUKAN HANYA UNTUK MELAYU.

LAGI PUN...BUKAN SEMUA MELAYU ITU ISLAM.

ADA MELAYU KRISTIAN DI FILIPINA
.


ADA MELAYU HINDU DI BALI.

ADA MELAYU DALAM HUTAN NEGERI SEMBILAN YANG ANAMISMA.


JANGAN NAK TIPU MELAYU ...KATA SEMUA MELAYU INI ISLAM
.

Ahad, 7 Mac 2010

Kenapa Harussani berbohong?


Hadith di bawah menjelaskan siapa dia itu...

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:

“Ada empat perkara, barang siapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah) “.


Riwayat Ahmad

Kenapa Mufti Perak sanggup berbohong?

Herman Samsudeen

Membaca pengakuan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dalam Malaysian Insider berhubung usahanya memujuk PAS untuk bekerjasama dengan Umno bagi mewujudkan Kerajaan Campuran di Perak, pasti ramai yang sudah menduga, tapi tidak kurang juga yang kesal dan menganggapnya sebagai tindakan yang sia-sia.

Malah ramai yang kesal kerana beliau sebagai seorang Mufti rela diperkudakan untuk menjadi ejen Umno bagi memujuk PAS.

Paling menyedihkan kerana Umno, beliau sanggup mengkhianati jubah Muftinya dan berbohong kepada rakyat dalam program dialog Zaaba di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Ahli Majlis Syura Ulama PAS, yang juga Pesuruhjaya PAS Perak ketika itu Ustaz Ahmad Awang menjelaskan;

“Apa yang beliau (Harussani) cakap dalam dialog itu adalah tambahan kemudian. (Perkara) Itu tidak betul (bohong),”

Ustaz Ahmad turut menjelaskan bahawa dalam perbualan tersebut, mufti Perak itu tidak memberitahunya yang cadangan itu mendapat perkenan baginda. Malah perbualan tentang ayat al-Quran dan hadis itu pun tidak ada. Ia direka-reka kemudiannya.

Memang jelaslah Harussani begitu taksub pada Umno, dan layaknya beliau berhenti jadi Mufti dan bertanding sebagai calon Umno kalau mahu tubuh Kerajaan dan jadi menteri Besar.
CUKAI KEPALA AKAN DIKENAKAN KALAU TAK BANGUN MELAWAN

BANGUN MELAWAN SEBELUM KENA TIPU


GST: KERAJAAN JAMIN TIADA CUKAI BERGANDA , INFLASI - melayaur

Kerajaan akan memastikan pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) mulai pertengahan tahun depan tidak menyebabkan pengguna membayar cukai berganda sebanyak 16 peratus dan mengakibatkan inflasi berlebihan.

Menteri Kewangan Kedua, Ahmad Husni Hanadzlah, berkata GST adalah cukai nilai-tambah (VAT) dan rantaian pengeluar-pembekal-peruncit hanya boleh mengenakan cukai empat

JANGAN NAK TIPU LAAA.

GST INI CUKAI KEPALA.

DUIT HABIS BELI KAPAL SELAM.

DUIT HABIS BELI KAPAL TERBANG SUKHOI.

DUIT HABIS 12 BILION HILANG DI PKFZ.

DUIT HABIS BELI KERETA KEBAL POLAND.

JANGAN NAK TIPU ORANG RAMAI.

BILA DUIT SUDAH HABIS RAKYAT KENA CUKAI KEPALA.

INI CUKAI KEPALA.... CUKAI YANG NAK KAYA ORANG KAYA.

KALAU DUIT HABIS ....KENAPA TAK MILIK NEGARKAN HARTA LIM GOH TONG?

KENAPA TAK MILIK NEGARAKAN HARTA ROBERT KOUK.

NAPA TAK MILIK NEGARAKAN HARTA SYED MOKHTAR.

NAPA TAK MILIK NEGARKAN HARTA ANANDA.

KENAPA ORANG RAMAI KENA CUKAI KEPALA.

ORANG KAYA LARI CUKAI KERANA MEREKA ADA AKOUNTANT BUAT LAPORAN PALSU.

TAK KAN PEKARA INI TAK TAHU... ATAU BUAT BUAT TAK TAHU.

ASIK ASIK... MELAYU KAMPUNG SAJA KENA TIPU.




KOMENTAR POLITIK MCA

CUKONG KERJASAMA DENGAN GEROMBOLAN ROMPAK BALAK !


SEMENANJUNG DAN SABAH SUDAH KERING !

KINI YANG ADA HANYA DI SERAWAK !

APA DIA KES MCA

MCA ialah parti cukong. Parti ini bekerjasama dengan parti gerombolan. Cukong ada modal dan gerombolan ada kuasa. Cukong berniaga jadi kaya. Geromboan malas bekerja tetapi selalu pau cukong MCA.

Kontraktor gerombolan dapat kontrak jual pada kontraktor cukong. Semua berjalan lancar. Cukong jadi kaya raya. Gerombolan juga jadi kaya. Mereka sama-sama rompak negara.

Selama 50 tahun inilah cara politik dan ekonomi berjalan.

Tetapi sesudah 8 March – semua berubah. Ekonomi merosot. Kontrek sudah kureng. Kontraktor gerombolan tidak banyak ada kontrak. Para cukong banyak yang belah cabut lari. Mereka bawa duit ke luar negara dan ambil kerakyaatan luar negara.

Ada pemimpin dalam parti cukong ini rasa MCA perlu berubah. Tidak mahu jadi barua kepada gerombolan. Garis politik ini diwakili oleh Ong Tee Keat. Ong ini tidak mahu jadi barua lagi.

Lalu Ong Tee Keat buka tembelang tentang 12 billion duit PKFZ - perlabuhan Klang - kena songlap oleh cukong dan gerombolan.

Dua belas bilion ringgit ini duit kita semua. Dalam hal PKFZ ini Ong Tee Keat adalah orang baik.

Gerombolan ngelabah. Kepala parti cukong ini sudah berani dan tidak mahu jadi barua. Ini sudah lebih. Ini banyak susah maaa. Nanti duit kureng masyuuk. Lendir China Doll pun kureng. Maka Ong Tee Keat perlu dijatuhkan.

Inilah dia yang sedang berlaku.

Ong Tee Keat akan jatuh kerana cukong, gerombolan, taiko lendir, taiko judi semua sudah bersatu. Inilah dia hakikat politik MCA sekarang.

Lagi lama kes gaduh ini lagi baik. Makin ramai orang China melihat apa yang sedang berlaku. Makin ramai ahli MCA lari masuk Pakatan.

Kita wajib bertepuk tangan. Bila orang jahat bergaduh sesama sendiri. Kita api-api kan. Lagi lama mereka bergaduh lagi baik. Kalau kurang panas tambah panas. Kita cocok sebelah sana - kita cocok sebelah sini. Kasi mereka gaduh. Bila yang lemah nak jatuh kita sokong yang lemah. Inilah caranya untuk kita menyelamatkan Malaysia dari tangan cukong.




BERITA PALING SEDIH UNTUK BULAN TIGA

SUDAH KENA TERAJANG KELUAR


PKR TENDANG ZUL NORDIN – SILA KOSONGKAN KERUSI PARLIMEN

Parti Keadilan Rakyat (PKR) menendang Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru Zulkifli Noordin — wakil rakyat pertama parti itu ditendang keluar parti atas masalah disiplin.

Dia juga diminta mengosongkan kerusinya yang dimenangi pada 8 Mac 2008.

INI BERITA AMAT SEDIH.

INI BERITA AMAT PILU.

SATU MALAYSIA MENANGIS DAN MERAYU.

YA AMPOOOON... MACAM MANA PAK PANDIR INI NAK CARI MAKAN..

SEDIH ..SEDIH... SEDIH

KALAU SEDIH DAN PILU... MARILAH KITA KETAWA....KITA KETAWA.




MALIKUL SEMBAB BERFATWA LAGI

TENGOK MUKA MACAM INI - BOLEH PERCAYA KE MALAON INI ?


MUHYIDDIAN NAFI KHABAR ANGIN PILIHAN RAYA PERAK - malaysiakini

Muhyiddin Yassin menafikan khabar angin kononnya pilihan raya negeri Perak akan diadakan serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak.

Katanya, perkara tersebut tidak seharusnya berbangkit lagi kerana isu di Perak telah pun selesai.

MACAM MANA BACA MEDIA DI MALAYSIA.

KALAU DI NAFIKAN ERTINYA ADA.

NAK BUAT SELARI DENGAN PILIHAN RAYA DI SERAWAK.

MACAM DI BATANG AI DULU.

TAKTIK NAK BAGI SUSAH UNTUK PAKATAN MENYERANG SERAWAK.

TUNGGU DAN LIHAT.






KAKI KELENTONG RUPA-RUPA NYA

SATU DUA TIGA SAPU - JANTAN BERTINA KENA TIPU !

HARUSSANI PERLU PERBETULKAN UMNO TERLEBIH DAHULU- harakah daily

Pemuda PAS Perak menegaskan bahawa Umno yang telah bertindak zalim terhadap rakyat selama ini yang perlu dinasihati terlebih dahulu oleh Harussani Zakaria.

“PAS tidak akan bersekongkol dengan Umno yang zalim terhadap rakyat. Apa yang harus Harussani lakukan sekarang ialah membetulkan Umno terlebih dahulu yang bertindak di luar batasan dan hak rakyat,” kata Naib Ketua Pemuda PAS negeri, Salman Saleh.
Tegasnya, Pemuda PAS negeri tidak mahu mengheret Harussani berpolitik kepartian tetapi jika beliau sudah bersedia dan yakin akan Umno, maka dipersilakan berbuat demikian.

APA PUNYA MUFTI INI.

INI MUFTI KAKI BODEEEEK.

MUFTI PUN PANDAI KELENTONG.

TERUKLAAA NEGARA INI.

nota:
ini membuktikan bahawa gelaran itu
tidak membawa apa apoa makna
ini membuktikan sebesar mana pun serban
tidak ada apa apa makna
ini membuktikan dalam kumpulan agamawan ada penipu