Jumaat, 16 Julai 2010

RAIS DAN BLOGGER GILA



Bekas Duta Amerika ke Malaysia, John R Malott, mendakwa sekiranya Rais mengambil masa 15 saat untuk melayari sesawang 'google' beliau akan mengetahui blogger yang dilabelkan sebagai 'pakar' oleh Utusan Malaysia sebenarnya seorang pernah disambar petir sebanyak 10 kali ketika berada di dalam rumah beliau dan menuduh Ratu Elizabeth terlibat dalam sindiket wang haram. Gilakah blogger itu?



"Blogger ini juga berkata beliau tinggal di atas gunung di New York bersama kuda, kucing, anjing dan ayamnya. Bagaimana orang seperti ini tahu mengenai Malaysia dan siapa sebenarnya agen CIA?," kata Malott.

Rais gagal menyelidik latarbelakang blogger yang tulisan mengenai Anwar dipetik oleh Utusan Malaysia. Malah tidak siapa pernah mendengar blog ini apatah lagi mengatakan ianya 'terkenal'. Saya yakin Rais juga tidak membaca blog tersebut sebelum beliau membuka mulut. Sebaliknya beliau terus percaya dengan laporan Utusan itu," ujarnya lagi.

Utusan pada 13 Julai memetik tulisan seorang penulis blog terkenal di New York, Elaine Meinel Supkis yang mengaku sering berbalas e-mel dengan Anwar.

Akhbar tersebut memetik Meinel Supkis yang turut mendakwa Ketua Pembangkang itu merupakan alat ciptaan Agensi Perisikan Pusat (CIA) bagi menjaga kepentingan dan perancangan sulit negara berkenaan di Malaysia.

"Anwar juga didakwa membiayai program temu bualnya dengan sebuah agensi berita terkemuka AS untuk meyakinkan bahawa beliau bukanlah anti Yahudi. Dakwaan ini tidak dibuat oleh sembarangan orang kerana antara yang melontarkan pandangan serupa ialah rakan rapat Anwar sendiri iaitu bekas Presiden Bank Dunia, Paul Wolwofitz,"lapor Utusan lanjut.

Siapakah sebenarnya yang gila antara Rais dengan Blogger itu?
HARGA TEH TARIK HANYA NAIK 1.25 SEN ?

KUALA LUMPUR: Harga bagi teh tarik - minuman paling popular di Malaysia, sepatutnya hanya naik 1.25 sen segelas berikutan pengurangan subsidi harga gula sebanyak 25 sen.

Harga baru teh tarik itu mengambil kira kesan pengurangan subsidi minyak dan pelarasan harga semasa iaitu RM1.0155.

"Ini adalah anggaran sahaja - perubahan harga mungkin berbeza berdasarkan faktor lain," kata kenyataan mengenai rasionalisasi subsidi Jabatan Perdana Menteri.

Kenyataan itu berkata kesan pengurangan subsidi terhadap teh tarik ialah RM0.0030, manakala untuk barangan lain ia lebih rendah, seperti RM0.0024 untuk sekeping roti canai, RM0.0060 untuk beras, RM0.0630 untuk daging dan RM0.0105 untuk mi goreng.

Kerajaan hari Khamis mengumumkan subsidi untuk petrol, diesel, petroleum gas cecair (LPG) dan gula akan dikurangkan sebagai langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat berkuatkuasa esok.

Subsidi untuk petrol RON 95 dan diesel akan dikurangkan sebanyak lima sen seliter dan LPG dikurangkan sebanyak 10 sen sekilogram. Ini bermakna harga bagi petrol RON 95 ialah RM1.85 seliter manakala LPG akan dijual pada harga RM1.85 sekilogram.

Untuk gula, pelarasan harga ialah sebanyak 25 sen sekilogram.

Kenyataan itu turut memberi perbandingan harga minyak di rantau ini yang menunjukkan harga petrol di Malaysia adalah paling murah, iaitu RM1.85 untuk RON95 berbanding Thailand (RM4.12), Indonesia (RM2.48) dan Filipina (RM6.60).

Harga baru gula di Malaysia iaitu RM1.90 juga adalah jauh lebih murah dari Thailand RM2.60, Indonesia (RM3.68) dan Filipina (RM3.46).

Harga gula yang murah di Malaysia itu telah menyumbang kepada peningkatan masalah penyeludupan. Pihak berkuasa merampas lebih 200 metrik tan gula dalam 109 tangkapan berhubung kes penyeludupan pada 2009, dan pada 2008, dianggarkan RM628 juta minyak diesel subsidi untuk nelayan, dinikmati rakyat asing. - BERNAMA

TUNJUKKAN KAD AHLI UMNO, ANDA DAPAT SUBSIDI


Setiap kali harga barang naik. Ramailah para pemimpin barua dan pengampu menyebut. Negara lain mahal lagi? Tengok Singapura? Mereka tak sebut bahawa Singapura takde minyak & Gas. Singapura takde ladang gula. Gaji dan kadar upah yang tinggi berbanding dengan Malaysia.

Sabarlah. Rakyat kena tanggung demi pembangunan. Nak Negara maju rakyat kena berkorban. Nanti kerajaan menjanjikan Malaysia maju 2020. Rakyat berpendapatan tinggi. Bla..bla..bla.. Semua pemimpin yang sedap bercakap itu hidup mereka ditanggung oleh rakyat dari duit pembayar cukai. Mereka mana rasa keperitan harga barang macam ni.

Hakikatnya, rakyat memang rasa resah apabila berlaku setiap kali kenaikan harga. Sebab rakyat yang terpaksa menanggung secara langsung setiap kenaikan. Terbaru apabila PM mengumumkan kenaikan baru Harga petrol, diesel, gula dan Petroleum Gas Cecair (LPG) naik berkuatkuasa mulai tengah malam tadi. Petrol RON 95 dan diesel naik 5 sen. RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Manakala harga gula pula naik 25 sen kepada RM1.90, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram.

Harga baru:
• Petrol RON 95 - RM1.85 seliter.
• Diesel - RM1.75 seliter.
• Gula - RM1.70 sekilogram
• Gas LPG - RM1.85 sekilogram


Harga baru gas:
• Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)
• Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)
• Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00


Bagi penyokong UMNO mereka tak kisah. Sebab mereka ahli UMNO-COCO dikecualikan kenaikan harga barangan tersebut. Mereka dapat subsidi. Kan mereka penyokong tegar kerajaan. Sudah tentu mereka sujud syukur kerana kenaikan harga barang. Itulah tanda kerajaan yang mereka sokong itu bijak. Hebat. Cakna & Mendahulukan Rakyat. Orang yang tidak menyokong UMNO-BN pada pilhanraya yang lepas terpaksa membayar kenaikan harga barang tersebut. Bagi ahli UMNO, sila bawa kad ahli UMNO ke kedai untuk membeli gula atau menggalas satu tong gas. Tunjukkan kad UMNO ke stesyen minyak. Nanti ketakutanlah penjual tersebut dan terus memberi diskaun. Mereka pasti kagum dan hebat terhadap anda kerana anda ada kad ahli UMNO. Atau pun mereka tentu berguling atas tanah… Ekekekeke… Kalau takpun disumpah seranah. “Kerana kau sokong UMNO-BN le barang jadi naik ni… Bodoh!.


Tapi ahli UMNO mereka tetap macam lembu kenyang. Kalau dinegara Arab macam keldai le. Larat tak larat ke.. keja dia pikul aje. Bagi mereka hanya UMNO sahaja yang layak memerintah. Mereka terus berkhayal bahawa Malaysia adalah Negara maju tahun 2020 meskipun Menteri mengumumkan kemungkinan bangkrap tahun 2019. Mereka tetap yakin bahawa kerajaan akan menaikkan gaji mereka sehingga 5K sebulan (Janji ECER di Pantai Timur).

Inilah Negara yang bakal menjanjikan rakyat yang berpendapatan tinggi. Apalah sangat naik barang 5 – 25 sen?. Nasib baik ada kalau takde macam zaman Jepun? Mereka tetap sokong UMNO. Dulu, kini dan selama-lamanya sampai kiamat.

Sampai bila hidung mereka dicucuk oleh UMNO?

HARGA BARANG : APABILA PEROMPAK BERSATU DGN PENGKHIANAT




Najib Tun Razak memberitahu wartawan di Alor Setar bahawa kerajaan UMNO menggunakan kaedah dan pertimbangan yang tidak membebankan rakyat dalam proses kenaikkan harga barangan keperluan pengguna.

Siapa lagi jika bukan rakyat yang hendak didahulukan.

Orang Melayu terutama sekali ahli UMNO perlu bangga dengan keputusan Najib Bangsawan yang tidak pernah mengalami kesusahan hidup sejak ia dilahirkan lagi. Ia dibesarkan dalam 'istana bapanya' yang tidak pernah mengenal keperitan masyarakat.

Katanya tindakan UMNO dan kerajaan bakal menjimatkan perbelanjaan kerajaan. Namun disatu pihak lagi, Jabatan Perdana Menteri sahaja membelanjakan RM4 bilion membakar keringat berdarah rakyat Malaysia.

Semua harga barang yang naik kata Najib, tidak akan membebankan rakyat.

Seorang aktivis masyarakat di Keroh memberitahu, "ianya akan menyenangkan pemimpin UMNO yang sudah dahaga projek. Mereka hutang merata. Rata-rata puak UMNO bergaduh sesama sendiri kerana isu utama iaitu wang projek dimanipulasi oleh satu puak sahaja"

Jika Melayu Kuala Kedah telan sebiji-sebiji apa yang Najib bohongkan, bermakna orang Kuala Kedah yang selama ini dalam keadaan cukup teruk dari segi ekonomi menerima hakikat bahawa mereka tidaklah cerdik.

Mana wang subsidi disalurkan ?

Abdullah Badawi memperuntukkan RM4 bilion subsidi minyak untuk memperbaiki kemudahan pengangkutan awam. Mana wang tersebut jika prasarana itu masih kelihatan sama ?

Orang seperti Najib yang hidup mewah dalam istana bapanya, kerajaan Sarawak yang menganggap negeri itu milik mereka, Sabah yang diketuai oleh pemimpin yang cukup bermasalah, Pahang yang hampir kekeringan dana awamnya, Perak jatuh negeri kedua miskin di Malaysia, Perlis yang mengharapkan bantuan persekutuan, Terengganu yang kaya dengan minyak tetapi rakyatnya masih miskin - selepas 52 tahun merdeka masih seakan-akan negara di Afrika.

Pemimpin, anak-anak, kroni dan kerabat mereka juga hidup dalam kesenangan. Rakyat didahulukan dalam segala keperitan.

Mahu mengharapkan payung negara ? Kebanyakkan mereka sama naik 'mencangkul' projek.

Inilah terjadi apabila perompak bersatu dengan 'pemimpin pengkhianat' lalu memperbodohkan masyarakat dengan kuasa yang diberikan oleh rakyat .

Jangan terkejut jika dibiarkan, satu hari nanti pentadbir di Malaysia akan melondehkan seluar masing-masing dan memberitahu, "hanya ini sahaja yang tinggal. Khazanah lain telah difaraidkan sesama kami"

AGEN ASING: ANWAR BAKAL HADAPI CABARAN DAHSYAT

Populariti Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin bakal memaksa beliau menghadapi pelbagai cabaran yang lebih dahsyat, termasuk ancaman bunuh.

Bagi Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, pemimpin tertentu Umno sanggup berbuat demikian memandangkan mereka sejak 12 tahun yang lalu beberapa kali sanggup memfitnah Anwar sebagai agen asing.

"Saya tidak fikir Umno akan berhenti selepas 12 tahun menyerang Anwar, saya yakin pelbagai serangan yang lebih dasyat lagi mungkin akan menjerut leher Anwar.

"Ada satu perkara hujung pada itu yang Umno masih tidak buat, dia belum tamatkan riwayat Anwar saja," ujar beliau petang tadi pada satu wawancara di lobi Parlimen.

Sebelum pada itu, beliau berkata, Anwar pernah difitnah sebagai agen Libya sewaktu menjadi pemimpin mahasiswa kerana usahanya meniupkan ledakan kesedaran Islam mendapat perhatian dunia, termasuk Libya.

Katanya lagi, Anwar sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri pernah difitnah sebagai pengkhianat serta mengamalkan homoseksual dengan beberapa individu.

Bertitik tolak pada sangkaan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, Anwar akhirnya terpenjara enam tahun.

Selepas dibebaskan, beliau berkata, Anwar difitnah lagi sebagai ejen Yahudi pula kerana beberapa peribadi tertentu yang berbangsa Yahudi berminat dengan usaha Anwar menentang rasuah dan meniupkan reformasi dalam negara.

Menuduh Anwar sebagai 'ejen Israel' baru-baru ini, tambahnya lagi sudah cukup lengkap untuk pihak tertentu membunuh Anwar sebagaimana yang pernah terjadi di beberapa negara umat Islam sedunia.

Dalam pada itu, beliau mempersoal keuntungan yang Umno nikmati dengan melakukan 'pembunuhan karektor' ke atas Anwar.

"12 tahun dia dan PKR menjadi beg tinju Anwar, apakah Umno tidak belajar itu semua," soal beliau dalam nada yang kesal.

Menurut beliau, 'pembunuhan karektor' yang menimpa Anwar itu kadang-kadang menguntungkan Ketua Umum PKR itu serta Pakatan Rakyat sendiri.

"Serangan yang bertali arus ini adakah memberi kesan pada Anwar, saya fikir tidak," tegas beliau sambil menyuarakan rasa yakin bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dijangka berlangsung tidak lama lagi.

Dari segi lain, dakwanya lagi, Umno seakan masih menghantui pemimpin tertentu dalam kerajaan menjelang pilihan raya umum depan.

"Di sebalik mereka (kerajaan) telah fitnah dia, mereka telah penjara dia, tahan dia (di bawah ISA), dan sekarang ini dituduh pula agen CIA-Yahudi, nampaknya Anwar ini masih menakutkan beberapa pemimpin Umno.

"Mereka bimbang dan panik dengan populariti yang ada pada Anwar," ujar beliau lagi.

Pun begitu, beliau menyuarakan rasa yakin bahawa rakyat tidak terpengaruh oleh dakyah-dakyah tidak beretika yang dicipta oleh Umno.

Ini kerana, beliau berkata, rakyat kian rasional dan tidak boleh menerima dakwaan tanpa asas seperti yang ditiupkan Umno dalam media-media arus perdana belakangan ini.

"Untuk menjadi seorang 'ejen asing', seseorang itu dilatih tidak kurang 10 tahun, tetapi Anwar lebih hebat kerana lepas 'tapisan keselamatan', dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri dan pernah memangku jawatan Tun Dr. Mahathir Mohamad (Perdana Menteri).

"Mustahil satu watak ini boleh menjadi pelbagai ejen beberapa negara asing," kata beliau sambil menyindir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pada satu temuramah lain, tidak menolak kemungkinan bahawa Umno bakal mengaitkan Anwar dengan kes pembunuhan gadis Mongolia, Altantuyaa Shaariibuu kelak.

"Tak lama lagi, Anwar mungkin akan dituduh agen Mongolia atau pernah jadi tukang gaji Altantuya, ini kerana sebelum ini pun terlalu banyak dakwaan Umno menggelikan hati saya," beliau berseloroh di lobi Parlimen.

Ini kerana, beliau berkata, kabinet Najib terpaksa berbuat demikian demi mengalih tumpuan rakyat dari terus mengikuti perbicaraan kes kapal selam Scorpene yang kini sedang memberi keterangan di Direction Centrale de la Police (DNIF), Nanterre Prefecture, Perancis, semalam.

"Polis Perancis yang sebut nama Najib, nama Rosmah Mansor (isteri Perdana Menteri) waktu siasat Bala, saksi utama skandal Scorpene, saksi utama kes bunuh gadis Mongolia," beliau menambah sambil tidak menolak kemungkinan yang dibangkitkan oleh Saifuddin sebelum ini.


KERAJAAN BERKIRA , SANGGUP RAMPAS 5 SEN DUIT RAKYAT

"Apa punya kerajaan, terlalu berkira dan sanggup rampas 5 sen dengan curi dari poket rakyat," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Kecaman demikian itu ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ekoran pengumuman menaikkan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 5 sen bermula tengah malam tadi.

Selain mengecam kenaikan harga minyak, beliau turut menjelaskan bahawa langkah menaikkan harga lima hingga enam barang keperluan asasi yang lain bukanlah langkah mengurangkan subsidi.

Sebaliknya, langkah tersebut menurut beliau, patut dilihat sebagai tindakan kerajaan menaikkan harga barang serta membebankan rakyat.

"Jangan terkeliru dengan pembohongan Najib kononnya kerajaan kurang subsidi, sebenarnya kerajaan naikkan harga barang-barang ini.

"Naik harga maknanya naik kos sara hidup, naik kos sara hidup maknanya membebankan rakyat," tegasnya lagi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena turut menganggap Najib menghina rakyat dan institusi rakyat, iaitu Parlimen kerana Najib membuat pengumuman sejurus selesai sesi parlimen, petang semalam.

"Elok-elok selesai sesi Dewan Rakyat, baru dia (Najib) buat pengumuman tanpa membawa isu kenaikan ini dalam dewan.

"Dia hina rakyat, dia hina wakil-wakil rakyat, dia hina Parlimen, dia bohong kita semua kononnya dia sudah mendapat maklum balas positif tentang kenaikan ini," ujarnya lagi sambil mencabar Najib menjelaskan inti maklum balas sebenar rakyat seperti yang diumumkan semalam.

Beliau turut mempertikai alasan Najib kononnya kerajaan berjaya menjimatkan RM750 juta tahun ini dengan kenaikan beberapa bahan keperluan itu.

"Kalau RM750 juta itu satu langkah penjimatan, kenapa rakyat ditimpa rugi dari impak kenaikan harga barang-barang ini.

"Najib suruh rakyat berjimat cermat, sedangkan kerajaan sendiri masih laksanakan tender langsung, melalui Perimekar dapat komisyen RM570 juta beli Scorpene," jelas beliau lagi.

Sementara itu, Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar mencabar Pemuda Umno Malaysia untuk menyatakan protes berhubung isu yang membabitkan kepentingan rakyat itu.

"Kenaikan-kenaikan ini umumnya lebih kurang RM4 sebab semua barang terbabit digunakan kita semua, Pemuda Umno bersukaria atau sedia terima cabaran menentang Najib.

"Pemuda PAS jelas menentang ini semua, pemuda Umno takkan sokong langkah bodoh ini," ujar beliau ketika menghubungi Harakahdaily.

Dengan kenaikan beberapa harga barangan keperluan itu, katanya lagi, wajar menjadi motivasi kepada anak muda untuk giat mendaftar diri sebagai pengundi.

Dengan berbuat demikian, tambahnya lagi, mempu mengukuhkan sokongan rakyat menolak BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) tidak lama lagi.

"Sokongan yang ada pun Umno takut, kena cepat-cepat daftar (pengundi) supaya kita makin kukuh untuk tolak kabinet Najib nanti," ujarnya lagi.



AMBIL WANG RAKYAT UNTUK BAYAR APCO

Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikaikan tindakan menaikkan harga barangan termasuk petrol seolah-olah Perdana Menteri sanggup mengambil wang rakyat untuk membayar bil APCO bagi memulihkan imej beliau.

"Di mana letaknya maruah seorang Perdana Menteri yang mengambil wang rakyat atas nama penstrukturan subsidi dan digunakan untuk membayar perunding asing seperti APCO sehingga mencecah RM77 juta setahun semata-mata untuk menaikkan imej beliau, sedangkan bayaran kepada APCO itu hampir sama jumlahnya dengan anggaran penjimatan subsidi gula sebanyak RM126 juta (seperti diumumkan PEMANDU)," kata Anwar.

Beliau mengulas kenaikan pelbagai jenis barangan mulai hari ini berikutan penarikan balik subsidi untuk rakyat oleh kerajaan.

Anwar mengecam tindakan itu kerana walaupun Dewan Rakyat telah bersidang sejak 7 Jun 2010, namun pengumuman kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula langsung tidak dibincangkan di Dewan yang mulia itu.

Pengumuman ini membuktikan Perdana Menteri dan kabinetnya tidak menghormati kedudukan Dewan Rakyat sebagai sidang tertinggi yang mewakili rakyat Malaysia.

Datuk Seri Anwar berkata demikian dalam kenyataan bertulis yang dikeluarnya hari ini.

Bagi beliau, tindakan ini dibuat kerana Datuk Sri Najib sedar ahli parlimen baik dari Pakatan Rakyat mahupun dari Barisan Nasional tidak akan menyokong beliau kerana tindakan menaikkan harga tanpa menyediakan bantuan lain kepada rakyat adalah kebijakan yang tidak prihatin terhadap rakyat keseluruhannya.

Hakikatnya, kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula ini adalah tidak bertanggungjawab kerana tidak ada tindakan proaktif untuk menyediakan mekanisme bantuan kepada golongan yang paling terkesan dengan kenaikan ini, sebelum pengumuman dibuat, katanya.

Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan rancangan pemotongan subsidi ini sejak tahun 2008 lagi atas alasan untuk menstrukturkan semula pemberian subsidi agar ia lebih memihak kepada golongan yang memerlukan.

Sehingga kini, rakyat masih tertunggu-tunggu mekanisme bantuan tersebut. Pada masa yang sama, kenaikan demi kenaikan diumumkan.

Kenaikan harga gula sebanyak 28% sejak awal tahun ini (kenaikan 20 sen pada 1 Januari 2010, diikuti kenaikan 20 sen berikutnya pada 16 Julai 2010) sudah tentu akan mempunyai kesan kepada harga makanan.

Kesan berganda daripada kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula ini akan memberi tekanan kepada golongan berpendapatan rendah di bawah RM2,000 sebulan, yang mana 75% adalah Bumiputra yang kononnya dibela oleh Barisan Nasional.

Bagi Anwar, bekas Menteri Kewangan itu, sasaran penjimatan sebanyak RM750 juta yang diumumkan Pejabat Perdana Menteri adalah sedikit berbanding dengan keborosan dan pembaziran yang berlaku akibat kelalaian Barisan Nasional.

Semalam, Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa perbelanjaan Jabatan Perdana Menteri telah mencecah RM3.8 billion pada tahun 2009 dan dijangka mengatasi peruntukan RM3.9 billion bagi tahun 2010.

Ini termasuklah perbelanjaan Sekretariat Mantan Perdana Menteri dan Sekretariat Permata yang dinaungi oleh isteri Perdana Menteri.

Malah, katanya, penjimatan RM750 juta itu tidak setanding dengan kerugian yang ditanggung rakyat apabila konglomerat milik rakyat iaitu Sime Darby mengalami kerugian sebanyak RM946 juta dan menerima pula pampasan dari kerajaan berjumlah RM700 juta.

"Membebankan rakyat atas alasan mengurangkan defisit dan menggunakan penjimatan untuk menampung keborosan kerajaan seperti ini perlu dihentikan segera," tegas beliau.

"Pun begitu, saya tidak menolak bulat-bulat kaedah penstrukturan semula subsidi untuk memastikan lebih banyak bantuan sampai terus kepada golongan 75% di bawah pendapatan isi rumah RM2,000 sebulan.

Penjimatan dari pengurangan subsidi sepatutnya disalurkan terus kepada golongan ini melalui mekanisme-mekanisme yang perlu diumumkan serentak dengan kenaikan harga,tambah Anwar.

"Saya menuntut supaya Perdana Menteri mengumumkan secepat mungkin bagaimanakah penjimatan RM750 juta ini akan dibelanjakan untuk rakyat.

"Nasihat saya supaya penjimatan ini disalurkan dalam bentuk kenaikan peruntukan untuk institusi pengajian tinggi, pelaburan baru dalam bidang pendidikan dan bantuan kebajikan terus kepada golongan berpendapatan di bawah RM2,000 agar penjimatan itu sampai terus kepada rakyat," katanya.

Sebelum ini pun, kerajaan telah menggunakan alasan mengurangkan defisit apabila menaikkan harga minyak dan keperluan asas. Tindakan ini sedikit pun tidak membantu menyelesaikan masalah defisit negara, malah ia makin meningkat.

Bagi tahun 2008, di kemuncak kenaikan harga minyak, defisit negara melonjak kepada 4.8% berbanding 3.2% bagi tahun sebelum itu. Keadaan ini berlaku kerana kerajaan tidak berdisiplin dan tidak ada iltizam politik untuk menyalurkan penjimatan dari pemotongan subsidi ke sektor-sektor yang benar-benar memerlukan, sedangkan pembaziran dan kerugian terus berlaku.

"Sebab itu, saya telah menegaskan berkali-kali bahawa ubat yang paling mujarab untuk memulihkan ekonomi negara adalah reformasi ekonomi yang menyeluruh, bukannya tertumpu kepada golongan lemah semata-mata," katanya.

Perdana Menteri tidak boleh meminta rakyat mengubah cara hidup, sedangkan kroni-kroni, ahli politik, golongan elit dan berkepentingan terus menikmati subsidi korporat seperti subsidi gas kepada penjana bebas yang menelan belanja RM18.9 billion setiap tahun, 25 kali ganda lebih besar dari penjimatan akibat potongan subsidi yang diumumkan semalam.

Sehubungan itu Anwar menggariskan empat langkah segera yang perlu diambil oleh Perdana Menteri untuk meyakinkan rakyat bahawa pengorbanan mereka menanggung harga yang lebih tinggi untuk mengekang defisit adalah berbaloi:

1. Mengumumkan penambahbaikan drastik kepada kaedah dan sistem perolehan yang diamalkan kerajaan agar lebih telus dan mendapatkan nilai terbaik untuk rakyat;

2. Menstrukturkan semula pemberian subsidi gas kepada IPP agar penjimatan ini dapat disalurkan kepada rakyat;

3. Mengawalselia prestasi syarikat berkaitan kerajaan dan agensi yang dipertanggungjawabkan menjaga dana awam bagi mengelakkan kerugian berbillion ringgit yang ditanggung rakyat; dan yang terpenting

4. Membuktikan keikhlasan dalam perang menentang rasuah dengan menghentikan campur tangan politik di dalam SPRM dan Jabatan Peguam Negara.

Rakyat akan ternanti-nanti tindakan susulan Perdana Menteri jika benar Barisan Nasional ikhlas dalam menangani kekusutan ekonomi negara.

Jika tidak, pengumuman kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula semalam hanyalah sambungan kepada rentetan penindasan rakyat berpendapatan rendah demi golongan elit dan kroni, tegasnya.

INI BARU CADANGAN YANG TEPAT

HARGA GULA NAIK BANTU RAKYAT AMAL HIDUP SEHAT – berota hairan

Kenaikan harga gula sebanyak 25 sen sekilogram berikutan pelarasan harga yang diumumkan kerajaan, semalam, diyakini dapat membantu rakyat mengamalkan gaya hidup sihat selain mengatasi masalah kekurangan gula di pasaran.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Kementerian Kesihatan, Hassan Abdul Rahman, berharap kenaikan itu dilihat secara positif dan rakyat berusaha mengurangkan pengambilan gula supaya kenaikan harga tidak dapat dirasai.

woit…MACAM MANA HARGA BARANG NAIK… HIDUP JADI SEHAT ?....

….
BANGANG MALAON INI …. HARGA BARANG NAIK… HIDUP TAMBAH SUSAH….


woit… KALAU NAK JAGA KESEHATAN RAKYAT … BUKAN DENGAN NAIKKAN HARGA GULA….

…. BERI KHIDMAT HOSPITAL DAN KLINIK PERCUMA….

…NAK SEHAT….WUJUDKAN PADANG PERMAINAN….

....BUKAN TANAH DIAMBIL BUAT TEMPAT LETAK KERETA….ATAU BUAT KONDO…

NAK SEHAT…. HUTAN DI JAGA… BUKAN BALAK DI REMBAT

... BUKAN ANAK DARA PENAN DI ROGOL...

…. HUTAN PUNCA UDARA BESIH…. BANGANG….

nota:
orang bodoh macam ini
bagaimana malaon ini boleh jadi pegawai
bodoh melangit
kerja hari hari menipu orang kampong
membodoh kan melayu
sendiri bangang cukuplaaa


SUBSIDY CUTS LAUDED BY SOME NGO - minsider


MALAON SATU

The president of the Malaysian Medical Association MMA Dr David Quek said the reduction in the sugar subsidy by 25 sen per kg would give a positive effect to the people’s health with the ensuing reduction in sugar consumption.


MALAON DUA

Fomca president Datuk N. Marimuthu meanwhile, said the 5 sen increase for RON95 petrol would not really burden the consumers. “We must welcome such initiatives if the money saved from subsidy is used for other beneficial purposes,” he told Bernama when contacted here today.

Marimuthu said Malaysians are still fortunate since petrol price in the country was still among the cheapest compared with India, Singapore, the Philippines or United Kingdom.



INI BARU BETUL - SELARAS SENAPANG

GULA TELAH MENJADI SELARAS GULA - SENAPANG TELAH MENJADI SAEKOR SENAPANG
KERAJAAN SELARASKAN HARGA SUBSIDI UNTUK MASA DEPAN -melayau

Kerajaan hari ini mengumumkan bahawa subsidi bahan api, khususnya petrol, diesel dan petroleum gas cecair (LPG), serta gula, akan dikurangkan sebagai langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat-peringkat berkuat kuasa esok.

Subsidi bagi RON 95 dan diesel akan dikurangkan sebanyak 5 sen seliter, manakala LPG dikurangkan sebanyak 10 sen sekilogram, kata Najib Razak menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, ini bermakna petrol RON 95 dijual pada RM1.85 seliter, manakala LPG berharga RM1.85 sekilogram.

"RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal, dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik.”

Najib berkata, penggunaan RON 97 hanya membabitkan 13 peratus daripada penggunaan bahan api di Malaysia.

"Bagi gula, pelarasan harga ialah sebanyak 25 sen sekilogram,” katanya.

nota:
ini betul betul percubaan untuk menipu mak cik dan pak cik di kampong
mari kita berkenalan dengan perkataan selaras
perkataan ini di pakai untuk tujuan menipu
selaras senapang
selaras pistol
selaras pisau
selaras tombak

selaras gula?

lihat bagaimana isteri rosmah berkelintau untuk terus menipu
bila harga naik dikatakan bukan harga naik
tapi diselaraskan kah kah kah..

kemudian lihat bagaimana penipuan diteruskan
apabila harga barang naik
lalu dikatakan bukan barang naik harga
tapi subsidi dikurangkan kah kah kah

mari pula berkenalan dengan perkataan rasionalisasi
ini bukan rasi anak ali jadi basi
ini bukan mirzan jadi kaya kerana daddy kasi
ini bukan budak ali yang tak ada gusi

ini perkataan untuk menipu orang kampong

rasionalisasi digunakan untuk mengkaborkan harga barang yang baik
apa yang rasional?
selama mana harga ini akan rasional?

apa yang selaras
apa yang dua laras


pernah dengar bila harga gula naik dikatakan selaras gula?
selaras gula berapa sekilo
FBI AKAN MELARANG PA CHU CHENG DI MALAYSIA

PERSIDANGAN FBI DI KUALA LUMPUR – SIAPA AGEN AMERIKA SYARIKAT ?

Satu persidangan yang dinamakan Persidangan FBI National Academy Associates Asia Pasifik ke 13 akan belansung pada 18 hingga 23 Julai 2010 di Garden and Residences, Mid Valley, Kuala Lumpur.

Dalam keadaan regim sibuk menuduh individu atau parti tertentu sebagai agen US malangnya regim Bn pula yang membuka ruang kepada 'operatus' agenda Us berada dalam negara secara rasmi.

FBI atau Federal Bureau of Investigations (Biro Siasatan Persekutuan) merupakan cabang militan kerajaan Amerika Syarikat (AS) untuk mengenakan hegemoni ke atas negara lain.

Adalah amat memalukan pegawai kanan polis kita bekerjasama dengan polis AS yang menyeksa manusia khususnya umat Islam di Amerika Syarikat, membunuh orang awam yang tidak berdosa di Afghanistan dan Iraq, dan mengintip umat Islam yang memperjuangkan keadilan dan kebebasan. FBI ialah antara 'operatus' AS dalam memberikan persepsi mengenai betapa Islam itu ganas.

National Academy melatih pegawai kanan polis dari AS serta mereka dari luar AS termasuklah dari Malaysia, Indonesia, Mesir, Arab Saudi, Israel dan lain-lain negera. Walaupun latihannya terang-terang untuk memajukan kepakaran penguatkuasaan undang-undang, ia juga menyampaikan maklumat kepada pelatih persepsi AS berhubung isu global.

Contohnya, pelatih akan diasak dengan kepentingan dan keperluan untuk memerangi keganasan global. Pergerakan Pembebasan Kebangsaan seperti Hezbollah, Hamas dan penentangan terhadap penduduk AS di Afghanistan dikategorikan sebagai pengganas.
Menurut laman sesawang FBI, pelatih akan dibawa untuk mengunjungi Muzium Holocaust di Washington DC sebagai ‘komponen moral dan etika untuk latihan.’

Sudah tentu agenda tersembunyi ini adalah untuk melahirkan simpati untuk zionis, mengesahkan penubuhan Israel di tanah Palestin dan untuk mewajarkan dasar pro-Israel oleh AS. Kunjungan itu dilakukan dengan kerjasama Anti-Defamation League, pertubuhan zionis yang menganggap kritikan terhadap pendudukan oleh Israel dan kekejamannya sebagai anti-Semitik.

Latihan pegawai kanan polis di National Academy merupakan sebahagian daripada dasar AS untuk mempengaruhi mereka yang berada dalam kedudukan penting di dalam institusi penting seperti polis, tentera, kehakiman, parlimen, NGO yang akan menjaga kepentingan AS. Di Iraq dan Afghanistan pihak FBI telah melatih beratus pegawai yang akan memastikan negara itu terus menjadi pengikut kepada AS apabila tenteranya meninggalkan negara itu.

Tumpuan AS di wilayah ini kini adalah terhadap Indonesia, yang mempunyai penduduk Islam paling ramai, dijangka memainkan peranan penting dalam hal ehwal antarabangsa dalam masa terdekat. Ketua Hakim Indonesia baru-baru ini menandatangani memorandum persefahaman dengan East-West Center di Honolulu untuk melatih hakim, pendakwa, polis dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Kebangsaan mengenai bagaimana untuk memperbaiki mahkamah Indonesia berhubung isu hak asasi manusia.

Washington sudahpun menarik balik sekatan jualan dan bantuan ketenteraan yang dikenakan ke atas Indonesia sewaktu rejim Suharto. Pasukan polis elit Indonesia unit Detachment 88 yang merupakan polis unit anti pengganas mendapat latihan di AS dengan bekerjasama rapat dengan CIA, FBI dan unit perisik Australia dalam mengesan jejak ‘pengganas’. Menurut laporan Reuters, sekitar 2,800 pegawai tentera Indonesia pada masa ini sedang menjalani latihan di AS.

Latihan untuk pegawai kanan polis kita di akademi itu bermula pada 1964 dengan penyertaan Penolong Pesuruhjaya Kanan Kassim Ali. Sejak itu, sejumlah 58 pegawai kanan polis telah mengikuti kursus termasuklah bekas Ketua Polis Negara Tun Haniff Omar. Enam belas daripada mereka masih dalam perkhidmatan.

Selepas 9/11, Polis Diraja Malaysia menjadi rakan baru dalam memerangi pengganas global bersama AS. Sewaktu kunjungan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir ke Rumah Putih pada Mei 2002, Malaysia dan AS telah menandatangani deklarasi bersama untuk memerangi pengganas di Asia Tenggara. Pada 1 Julai 2003, Pusat Wilayah Asia Tenggara bagi Menentang Keganasan telah ditubuhkan di Kuala Lumpur. Apa yang lebih menarik, bekas Presiden Bush telah mengumumkan penubuhan pusat itu sewaktu mesyuarat APEC di Mexico pada 2002.

Pada 3 Mei 2002, Perdana Menteri Datuk Seri Najib dalam syarahannya di Heritage Foundation di AS, mendedahkan bahawa Malaysia telah membenarkan kapal terbang tentera AS menggunakan ruang udara kita sewaktu Operasi Enduring Freedom di Afghanistan. Beliau juga menyatakan bahawa Malaysia membantu AS dalam menangkap dan menyerahkan suspek pengganas yang dikehendaki oleh AS. Kami percaya penangkapan dan penghantaran pulang pelajar Islam luar negara baru-baru ini, dimulakan oleh agensi perisikan AS dan Australia yang mereka-rekakan bukti terhadap aktivis Islam.

Memerangi Keganasan Global telah menimbulkan kesangsian sehingga ke peringkat Presiden AS, Barrack Hussein Obama tidak menyebutnya tetapi dasar, perancangan dan perjanjian yang dibuat di bawahnya masih diteruskan. Kini sudah tiba masanya untuk menghapuskan dasar ini dan keganasan dianggap sebagai jenayah yang perlu ditangani di bawah undang-undang negara dan antarabangsa.

Malaysia perlu menilai semula hubungannya dengan AS memandangkan kepada dasarnya yang membawa kepada perubahan rejim di negara Islam yang merdeka, menggalakkan perpecahan antara mazhab, menyemai pertelingkahan sesama Islam dan juga antara negara Islam, dan penentangan terhadap pelaksanaan syariah untuk umat Islam.

AS telah melancarkan perang haram ke atas Iraq, Afghanistan dan Somalia. Kini, bersama dengan Israel mengancam untuk menyerang Iran. Sejak 2003, lebih sejuta orang mati di Iraq akibat perang; lebih dua juta menjadi pelarian dan hampir tiga juta kehilangan tempat tinggal; 70 peratus rakyat Iraq kekurangan air bersih untuk diminum; kadar pengangguran meningkat hampir 50 peratus dan pembunuhan antara mazhab telah mengubah watak individu yang berjiran. Iraq yang dianggap negara yang paling maju di dunia Arab dengan jaminan sosial untuk semua dan sistem pendidikan, kebudayaan dan infrastruktur sosial yang baik telah menjadi sebuah negara miskin akibat perbuatan AS.

Di Afghanistan, wanita, kanak-kanak dan orang tua dibunuh menggunakan kapal terbang tanpa pemandu. Pakistan menjadi tidak stabil dan Somalia kini bertukar menjadi negara yang tidak mempunyai undang-undang serta berdepan dengan bencana kemanusiaan ciptaan AS. Di Palestin kepungan Israel ke atas Gaza yang sudah menjangkau empat tahun masih diteruskan kerana keengganan AS terhadap sebarang tindakan yang lebih berkesan diambil untuk mengakhiri kepungan itu.

Inisiatif diambil untuk melaksanakan saranan oleh Laporan Goldstone berhubung jenayah perang dan pencabulan hak asasi manusia oleh keganasan Israel ke atas Gaza pada November 2008 dan penubuhan jawatankuasa bebas antarabangsa untuk menyiasat keganasan Israel terhadap Freedom Flotilla dan pembunuhan sembilan sukarelawan kemanusiaan Turki gagal oleh tindakan AS untuk melindungi Israel.

Merasa amat terkejut memandangkan kesengsaraan dan penderitaan saudara-saudara kita tidak menyentuh perasaan pegawai kanan polis kita. Bagaimana mereka boleh bekerjasama dan meraikannya dengan mereka yang menimbulkan kekacauan di dunia khususnya Islam – Dajjal?

Regim Bn digesa menghentikan segera Persidangan FBINAA dan tidak menghantar pegawai polis atau tentera untuk mendapat latihan di AS. Sebagai ganti satu sistem kerjasama bersama negara sepertiIndia, Sweden, Iran dan lain-lain negara yang tidak mempunyai agenda hegemoni untuk mebina satu sistem latihan sendiri yang lebih menumpukan sifat jatidiri Malaysia.

Perkembangan ini seharusnya membuka mata rakyat mengenai bagaimana Regim Bn bermain dengan persepsi seolah merek 'hero' menentang hegemoni US yang bersekongkol dengan agenda Zionisma. US seharusnya dihormati sebagai sebuah negara tetapi tidak boleh disembah sebagai tuan. Solidariti Anak Muda Malaysia sedang mempertimbangkan secara serius beberapa tindakan jika regim tidak mahu berganjak termasuk dengan 'menyerbu' persidangan tersebut.

Che'GuBard
SOLIDARITI ANAK MUDA MALAYSIA
SENYUM PETANG JUMAAT, BOLEH SENYUM KE?

MARI KITA KAH KAH KAH



SELARAS LAGI

SATU PROJEK MENIPU SELURUH MALAYSIA





KENYATAAN AKHBAR
16 Julai 2010











KENAIKAN HARGA: TIDAK PRIHATIN DAN TIDAK BERTANGGUNGJAWAB

Walaupun Dewan Rakyat telah bersidang sejak 7 Jun 2010, pengumuman kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula langsung tidak dibincangkan di Dewan yang mulia itu. Pengumuman ini membuktikan Perdana Menteri dan kabinetnya tidak menghormati kedudukan Dewan Rakyat sebagai sidang tertinggi yang mewakili rakyat Malaysia.

Najib sedar ahli parlimen baik dari Pakatan Rakyat mahupun dari Barisan Nasional tidak akan menyokong beliau kerana tindakan menaikkan harga tanpa menyediakan bantuan lain kepada rakyat adalah kebijakan yang tidak prihatin terhadap rakyat keseluruhannya.

Hakikatnya, kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula ini adalah tidak bertanggungjawab kerana tidak ada tindakan proaktif untuk menyediakan mekanisme bantuan kepada golongan yang paling terkesan dengan kenaikan ini, sebelum pengumuman dibuat. Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan rancangan pemotongan subsidi ini sejak tahun 2008 lagi atas alasan untuk menstrukturkan semula pemberian subsidi agar ia lebih memihak kepada golongan yang memerlukan. Sehingga kini, rakyat masih tertunggu-tunggu mekanisme bantuan tersebut. Pada masa yang sama, kenaikan demi kenaikan diumumkan.

Kenaikan harga gula sebanyak 28% sejak awal tahun ini (kenaikan 20 sen pada 1 Januari 2010, diikuti kenaikan 20 sen berikutnya pada 16 Julai 2010) sudah tentu akan mempunyai kesan kepada harga makanan. Kesan berganda daripada kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula ini akan memberi tekanan kepada golongan berpendapatan rendah di bawah RM2,000 sebulan, yang mana 75% adalah Bumiputra yang kononnya dibela oleh Barisan Nasional.

Sasaran penjimatan sebanyak RM750 juta yang diumumkan Pejabat Perdana Menteri adalah sedikit berbanding dengan keborosan dan pembaziran yang berlaku akibat kelalaian Barisan Nasional. Semalam, Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa perbelanjaan Jabatan Perdana Menteri telah mencecah RM3.8 billion pada tahun 2009 dan dijangka mengatasi peruntukan RM3.9 billion bagi tahun 2010. Ini termasuklah perbelanjaan Sekretariat Mantan Perdana Menteri dan Sekretariat Permata yang dinaungi oleh isteri Perdana Menteri.

Malah, penjimatan RM750 juta itu tidak setanding dengan kerugian yang ditanggung rakyat apabila konglomerat milik rakyat iaitu Sime Darby mengalami kerugian sebanyak RM946 juta dan menerima pula pampasan dari kerajaan berjumlah RM700 juta.

Membebankan rakyat atas alasan mengurangkan defisit dan menggunakan penjimatan untuk menampung keborosan kerajaan seperti ini perlu dihentikan segera. Di mana letaknya maruah seorang Perdana Menteri yang mengambil wang rakyat atas nama penstrukturan subsidi dan digunakan untuk membayar perunding asing seperti APCO sehingga mencecah RM77 juta setahun semata-mata untuk menaikkan imej beliau, sedangkan bayaran kepada APCO itu hampir sama jumlahnya dengan anggaran penjimatan subsidi gula sebanyak RM126 juta (seperti diumumkan PEMANDU).

Pun begitu, saya tidak menolak bulat-bulat kaedah penstrukturan semula subsidi untuk memastikan lebih banyak bantuan sampai terus kepada golongan 75% di bawah pendapatan isi rumah RM2,000 sebulan. Penjimatan dari pengurangan subsidi sepatutnya disalurkan terus kepada golongan ini melalui mekanisme-mekanisme yang perlu diumumkan serentak dengan kenaikan harga.

Saya menuntut supaya Perdana Menteri mengumumkan secepat mungkin bagaimanakah penjimatan RM750 juta ini akan dibelanjakan untuk rakyat. Nasihat saya supaya penjimatan ini disalurkan dalam bentuk kenaikan peruntukan untuk institusi pengajian tinggi, pelaburan baru dalam bidang pendidikan dan bantuan kebajikan terus kepada golongan berpendapatan di bawah RM2,000 agar penjimatan itu sampai terus kepada rakyat.

Sebelum ini pun, kerajaan telah menggunakan alasan mengurangkan defisit apabila menaikkan harga minyak dan keperluan asas. Tindakan ini sedikit pun tidak membantu menyelesaikan masalah defisit negara, malah ia makin meningkat. Bagi tahun 2008, di kemuncak kenaikan harga minyak, defisit negara melonjak kepada 4.8% berbanding 3.2% bagi tahun sebelum itu. Keadaan ini berlaku kerana kerajaan tidak berdisiplin dan tidak ada iltizam politik untuk menyalurkan penjimatan dari pemotongan subsidi ke sektor-sektor yang benar-benar memerlukan, sedangkan pembaziran dan kerugian terus berlaku.

Sebab itu, saya telah menegaskan berkali-kali bahawa ubat yang paling mujarab untuk memulihkan ekonomi negara adalah reformasi ekonomi yang menyeluruh, bukannya tertumpu kepada golongan lemah semata-mata.

Perdana Menteri tidak boleh meminta rakyat mengubah cara hidup, sedangkan kroni-kroni, ahli politik, golongan elit dan berkepentingan terus menikmati subsidi korporat seperti subsidi gas kepada penjana bebas yang menelan belanja RM18.9 billion setiap tahun, 25 kali ganda lebih besar dari penjimatan akibat potongan subsidi yang diumumkan semalam.

Oleh itu, saya menggariskan empat langkah segera yang perlu diambil oleh Perdana Menteri untuk meyakinkan rakyat bahawa pengorbanan mereka menanggung harga yang lebih tinggi untuk mengekang defisit adalah berbaloi:
1. Mengumumkan penambahbaikan drastik kepada kaedah dan sistem perolehan yang diamalkan kerajaan agar lebih telus dan mendapatkan nilai terbaik untuk rakyat;

2. Menstrukturkan semula pemberian subsidi gas kepada IPP agar penjimatan ini dapat disalurkan kepada rakyat;

3. Mengawalselia prestasi syarikat berkaitan kerajaan dan agensi yang dipertanggungjawabkan menjaga dana awam bagi mengelakkan kerugian berbillion ringgit yang ditanggung rakyat; dan yang terpenting

4. Membuktikan keikhlasan dalam perang menentang rasuah dengan menghentikan campur tangan politik di dalam SPRM dan Jabatan Peguam Negara.

Rakyat akan ternanti-nanti tindakan susulan Perdana Menteri jika benar Barisan Nasional ikhlas dalam menangani kekusutan ekonomi negara. Jika tidak, pengumuman kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula semalam hanyalah sambungan kepada rentetan penindasan rakyat berpendapatan rendah demi golongan elit dan kroni.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang Malaysia

Khamis, 15 Julai 2010


Pendakwaraya Perancis Berjanji Tegakkan Keadilan Untuk Altantuya, Bongkar Skandal
Berita
Roh Altantuya Shaariibuu mungkin kembali tenang apabila pihak pendakwaraya Perancis yang menyoalsiasat bekas penyiasat persendirian, P Balasubramaniam di Paris semalam memberitahu beliau, adalah amat penting keadilan ditegakkan bagi model Mongolia yang mati dibunuh secara kejam pada 2006 itu.

Pihak pendakwaraya Perancis juga berikrar akan membongkar habisan semua dakwaan penyelewengan dan rasuah dalam urus niaga pembelian kapal selam Scorpene yang dibeli kerajaan Malaysia

Dalam emel yang dihantar kepada Suara Keadilan malam tadi Bala, melalui peguam beliau, Americk Sidhu berkata beliau telah memberi keterangan kepada pihak polis dan peguam Perancis berhubung skandal rasuah Scorpene serta mendedahkan hubung kait Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, penasihat politik beliau, Abdul Razak Baginda serta model Mongolia, Altantuya Shaariibuu dalam urus niaga pembelian dua kapal selam buatan syarikat konglomerat DCN milik kerajaan Perancis.

Bala disoalsiasat selama tiga jam bermula pukul 2.00 petang waktu Paris bertempat di Direction Centrale de la Police Judiciare DNIF, Nanterre, Paris oleh penyiasat Perancis, M Ryckewaert.

Bala memberitahu Suara Keadilan melalui emel malam tadi pihak pendakwaraya Perancis amat berminat untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai hubungan beliau dengan Altantuya dan Abdul Razak.

"Saya telah menerangkan segala butiran mengenai pembunuhan Altantuya. Saya merujuk mereka kepada akuan bersumpah saya yang pertama dan juga temubual saya di Singapura. Saya juga menerangkan kepada mereka identiti dua anggota polis dan siapa pegawai atasan mereka yang berkait dengan kehilangan Altantuya serta apa hubungan mereka dengan Abdul Razak dan Najib.

"Peguam Perancis juga menyelidiki hubungan Abdul Razak dengan Najib serta maklumat yang diberikan kepada saya oleh Abdul Razak bagaimana Najib telah menghantar SMS kepadanya ketika beliau ditabgkap, atas tuduhan bersubahat membunuh Altantuya," terang Bala dalam emel beliau.

Beliau juga ditanya mengenai Perimekar Sdn Bhd dari segi pemilikan syarikat dan hubungannya dengan Abdul Razak dan isterinya.

Bala juga telah menerangkan mengenai tiga pembayaran sebanyak AS$5,000 setiap satu kepada Altantuya oleh Abdul Razak termasuk bayaran denda lewat AS$1,000.

"Saya jelaskan mengenai apartmen yang dibeli oleh Abdul Razak untuk Altantuya serta bayaran AS$500,000 yang dituntut oleh beliau. Juga saya terangkan pembabitan Altantuya dalam rundingan serta pengakuan dan pengesahan Abdul Razak bahawa beliau akan membayar wang tersebut kepada Altantuya.

"Mereka bertanya kepada saya mengenai identiti dua individu warga Perancis yang terlibat dalam urusan Scorpene dan samada saya mempunyai maklumat berhubung pembayaran daripada pihak Perancis kepada Perimekar. Ini kerana maklumat yang diberitahu Altantuya kepada saya ialah pembayaran AS$500,000 kepada beliau itu adalah di atas kejayaan urus niaga Scorpene.

"Mereka juga ingin tahu mengenai sepupu Altantuya, Amy yang mengetahui berkenaan majlis makan malam di mana Najib dan Abdul Razak hadir bersama Altantuya," jelas beliau lagi.

"Saya juga ditanya mengenai identiti dua individu bernama Major Rahim dan Abdul Rahim Saad," kata Bala lagi.

Disamping itu Bala juga menerangkan mengenai peranan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang berpakat dengan usahawan perniagaan permaidani bernama Deepak Jaikishan yang menyebabkan beliau terpaksa lari dari Malaysia.

Beliau juga memberi rentetan peristiwa dan pembabitan adik Najib, Datuk Nazim dalam akuan bersumpah kedua Bala dan bagaimana beliau diseludup keluar dari Malaysia dan diarah berada di luar negara sehingga Najib menjadi Perdana Menteri.

"Saya diminta memberi butiran mengenai apa yang berlaku di sebuah gerai di Rawang di mana Deepak, adiknya Dinesh dan ASP Suresh bertemu dengan saya.

Bala berkata beliau juga bertemu dengan peguam Perancis, Joseph Breham yang bertindak bagi pihak badan has asasi Malaysia, Suaram.

Komen anda disini:
Re: Pendakwaraya Perancis Berjanji Tegakkan Keadilan Untuk Altantuya, Bongkar Skanda
(Score: 1)
Oleh 135LC on Wednesday, July 14 @ 17:17:29 PDT

hancur 1 malaysia skit hari lg..keh3

Re: Pendakwaraya Perancis Berjanji Tegakkan Keadilan Untuk Altantuya, Bongkar Skanda
(Score: 1)
Oleh ganahmurima on Wednesday, July 14 @ 17:54:54 PDT

hahaha nmpk gayanya hayat PM 1 malaysia ni takkan lama.....entah2 tersungkur sblm PRU13......paling tidakpun dia akan mengalama saat2 yg paling sukar dlm hidup dia....setiap perbuatan ada pembalasannya

Re: Pendakwaraya Perancis Berjanji Tegakkan Keadilan Untuk Altantuya, Bongkar Skanda (Score: 1)
Oleh rimbe on Wednesday, July 14 @ 18:16:10 PDT

Adakalanya Tuhan membalas perbuatan x baik seseorang itu dengan cara memberi derita jiwa sedikit demi sedikit tetapi berpanjangan.Ianya lebih menyeksakan...subhanallahhhh.

Re: Pendakwaraya Perancis Berjanji Tegakkan Keadilan Untuk Altantuya, Bongkar Skanda (Score: 1)
Oleh tinta_islam on Wednesday, July 14 @ 19:03:19 PDT

Gara-gara inilah, surat2 khabar n TV umno diwajibkan mereka2 isu lain dinegeri2 Pakatan bagi mengalihkan tumpuan rakyat drpd isu ini tp apapun hari ini tumpuan seluruh dunia kpd Malaysia adalah berkaitan dgn isu Altantuya n scorpene...Insyaallah, pembongkaran demi pembongkaran akan kita ikuti dari Perancis....

Rabu, 14 Julai 2010

Muhyiddin Yassin: TPM paling merapu
Aduan  @ Luahan
"Dalam banyak-banyak timbalan perdana menteri di negara kita, TPM pada masa inilah yang paling banyak merapu dan suka membuat tuduhan yang membabi buta. Adakah patut seorang timbalan perdana menteri membuat tuduhan serta kenyataan tanpa sebarang usul periksa dan membuat spekulasi yang tidak masuk akal.

Kenyataan beliau tentang Dato Seri Anwar pergi ke AS adalah untuk memujuk balik orang-orang yahudi kononnya beliau telah melukakan hati orang yahudi mengenai isu APCO. Kenapalah beliau buat kenyataan yang tidak masuk akal? Orang yahudi bukannya jenis yang senang dengar cakap orang. Diaorang nak kita dengar cakap dia je adalah. Anwar tidak semudah itu untuk mengadap orang yahudi untuk memohon maaf. Untuk apa beliau hendak minta maaf? Malah Anwar telah melakukan suatu kerja yang amat cemerlang membongkarkan hubungan kerajaan Malaysia dengan APCO tersebut. Disamping itu juga tuduhan yang menyatakan Anwar menjadi tali barut yahudi turut tidak patut dilontarkan kepada Anwar.

Ini kerana kalau Anwar betul jadi tali barut yahudi, kerajaan Malaysia tidak akan berani mengenakan apa-apa tindakan kepada Anwar. Anwar sepatutnya mendapat layanan yang istimewa dari kerajaan. Ini kerana pemimpin-pemimpin UMNO ada hubungan dengan APCO dan mereka seharusnya memberi layanan yang istimewa kepada Anwar sekiranya Anwar benar-benar agen yahudi. Ditambah pula isu yang menyatakan Anwar sendiri membiayai kos temubual dengan CNN untuk mengutuk Malaysia adalah sesuatu yang amat tidak masuk akal.

Apa yang dinyatakan oleh Anwar adalah benar sama sekali iaitu isu kehakiman di negara kita. Seharusnya negara kita mempunyai sistem kehakiman yang bebas dari ancaman politik. Politik tidak seharusnya masuk campur dalam urusan kehakiman. Malaysia seharusnya malu dengan apa yang telah dinyatakan oleh Anwar Ibrahim. Ini kerana beliau tidak dapat pembelaan yang sepatutnya dari sistem kehakiman negara kita. Kepada Muhyidin Yasin, tolonglah perbetulkan dahulu sistem kehakiman negra kita sebelum ianya menjadi lebih parah. Jangan sampai satu hari nanti, negara luar tidak mengiktiraf sistem kehakiman negara kita.

Mengenai isu pasir di negeri Selangor banyak yang tidak kena mengenainya. Muhyidin Yasin menyatakan MB Selangor tidak pandai mentadbir negeri Selangor kerana pasir masih tidak dapat diselesaikan. Kalau benar TPM ini pandai dalam isu pasir, mari kita tanya dia apa cerita pasir yang dijual kepada Singapura oleh negeri Johor? Berapa tan pasir diangkut ke negara Singapura setiap hari? Ada pihak media melaporkan tentang hal ini? tidak ada langsung. Isu pasir di negeri BN lebih kronik kalau dibandingkan dengan negeri Pakatan Rakyat. Oleh yang demikian, kepada TPM janganlah jadi hero tin kosong. Jadilah TPM yang berwibawa. Adalah lebih baik beliau mendiamkan diri daripada membuat sebarang kenyataan. Ini kerana, kenyataan yang dikeluarkan banyak membuat orang kertawakan beliau.

Berikan komen anda disini:
Re: Muhyiddin Yassin: TPM paling merapu
(Score: 1)
Oleh cokot on Tuesday, July 13 @ 22:04:13 PDT

Patut ar dia dapat gelaran 'Mat Sembab'....

Re: Muhyiddin Yassin: TPM paling merapu
(Score: 1)
Oleh neurmatt on Tuesday, July 13 @ 22:17:05 PDT

Mat Sembab ni dok kalut negeri orang lak.. yang negeri dia tu dok jual tanah kat singapura senyap ja.. isu air.. isu tanah.. isu rumah rakyat miskin kena roboh.. nasib la MALAySIA dapat TPM dgn PM

Re: Muhyiddin Yassin: TPM paling merapu (Score: 1)
Oleh fbi on Tuesday, July 13 @ 22:38:36 PDT

Mat Sembab cuba nak tunjuk bodoh....rupa-rupanya dia memang bodoh...

Re: Muhyiddin Yassin: TPM paling merapu (Score: 1)
Oleh anaksedaraMB on Tuesday, July 13 @ 23:22:57 PDT

die jeles sebab cnn tak panggil die interviu, tapi cnn panggil anwar...dah tu sebab jeles sangat leh pulak cakap anwar bayar cnn

ingat cnn tu macam media prima ke


Re: Muhyiddin Yassin: TPM paling merapu (Score: 1)
Oleh mokh6997 on Wednesday, July 14 @ 00:54:11 PDT

dalam sejarah msia

inilah zaman yang mana barisan kepimpinan umno paling sangap

dan bagi aku kalau tak kalah pun bn tapi kekalahan teruk akan berlaku

dan mungkin akan terjadi dalam sejarah tiada parti punya majoriti untuk menubuhkan kerajaan malaysia

negeri2 lebih dari separuh akan dikuasai pakatan

kini pakatan harus berusaha gigih untuk saba dan serawak bagi menidakkan majoriti mudah bn menubuhkan kerajaan di malaysia

tak perlu datang kesini

cukup hanya anak2 tempatan yang direkrut sebagai pejuang pakatan memberi peneranan kepada masyarakat2 setempat

dekati orang2 berpengaruh di kg pendalaman

insyallah bn akan melutut di kaki rakyat malaysia memohon kemaaafan atas dosa2 mereka selama ini

Sebab Scorpene Tak Boleh Menyelam
Analisis Isu Dulu ketita Malik Fahd membina istananya bersebelahan Masjidil Haram dan beliau boleh bersembahyang dari istananya serta melihat secara langsung ka’abah dan beliau mengarahkan satu paip air dari telaga zam-zam untuk disalurkan langsung terus ke tingkat atas istana beliau bagi kegunaan beliau dan tetamunya.
Kedudukannya lebih tinggi dari Ka’abah dan telaga air zam-zam itu sendiri tetapi air itu tidak mengalir meskipun menggunakan pam. Ditukar pam yang lebih power tetapi tetap tidak naik air ke istananya kemudiannya dinasihatkan supaya membatalkan sahaja niatnya. Tidak semua kehendak kita diperkenankan oleh Yang Maha Kuasa kerana semua ini milikNya.

Kini menjadi perbualan dan ucapan sinis apabila menyebut kapal selam scorpene tidak boleh menyelam sedangkan pembeliannya telan menelan duit rakyat sebanyak EURO1.084 bilion bahkan kos untuk menyelenggarakannya sahaja berjumlah RM270 juta setahun. Kegagalan kapal selam itu berfungsi dengan baik menyebabkan kos pengurusnya akan meningkat dan Kapal selam tersebut juga gagal menjalankan tugas untuk mengawal perairan Negara dan menjejaskan keselamatan Negara.

Isu ini timbul kembali apabila kegagalan SPRM menyiasat Bala yang dikatakan mempunyai maklumat tentang skandal scopene yang kini bersembunyi di London. Apatah lagi Kerajaan Perancis sendiri memanggil beliau untuk siasatan yang berkaitan dakwaan rasuah mengenai jual-beli kapal selam tersebut. Bala sendiri membuat pengakuan sumpah berkait isu kematian misteri Altantunya yang berkaitan dengan skandal komisyen pembelian kapal selam yang mengakibatkan beliau dibunuh dengan letupan bom C4 sehingga kini masih meninggalkan banyak tanda-tanya kepada orang ramai. Meskipun Razak Baginda sekutu Najib telah meninggalkan Malaysia dan beberapa kambing hitam yang bertopeng telah disabitkan kesalahan tetapi ia masih lagi menerawang dengan pelbagai misteri. Kini Bala juga mendakwa bahawa beliau dibayar oleh taukey karpet supaya meninggalkan Malaysia dan menarik balik akuan sumpah beliau dan juga menyebut penglibatan Rosmah Mansor, isteri PM serta penglibatan adik Najib sendiri? Apa sebenarnya berlaku? Kita juga ingin tahu perkara sebenar.

Semua ini sudah jadi bala! Nampak belum selesai dan ia menjadi isu yang memeningkan kepala Najib. Apatah lagi kapal pulak tak boleh menyelam dan bermasalah. Lagilah menambahkan bala. Isu Altantunya juga belum hilang bahkan sentiasa segar dan kini menghantui Najib. Sampai bila beliau ingin melarikan diri untuk member penjelasan. Desakan pula kini timbul supaya satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat secara lebih telus isu ini.
Ketika datang ujian keatas kapal yang dinaiki oleh Nabi Yunus a.s dengan rebut dan laut yang bergelora dan mengganas menyebabkan nakhoda kapal mengambil tindakan membuang semua barangan ke laut. Ia tidak member kesan dan penyesaian. Lalu beliau mencabut undi untuk dibuang penghuni kapal. Dicabut undi berkali-kali tetapi Nabi Yunus juga yang kenal menyebabkan beliau sendiri mengambil keputusan untuk menerima dan terjun kelaut. Beliau ditelan ikan besar dan laut pun kembali tenang semula dan menyelamatkan ahli kapal.

Berikan komen anda disini

Re: Sebab Scorpene Tak Boleh Menyelam
(Score: 1)
Oleh memanda on Tuesday, July 13 @ 22:25:17 PDT

Setuju sangat2......................

Bila di amati muka altantuya tu macam berdendam je.......takut hantu dia nak balas dendam kot! heheheeeeeeee.............................serammmm............


Re: Sebab Scorpene Tak Boleh Menyelam (Score: 1)
Oleh Juana on Tuesday, July 13 @ 22:48:18 PDT

Nak suruh Najib terjun ke kapal selam tu? nak masuk kapal selam tu cara baik pun tak jamin dia nak..manyak berhantu wooo...

Re: Sebab Scorpene Tak Boleh Menyelam (Score: 1)
Oleh kojak on Tuesday, July 13 @ 22:50:24 PDT

KALU NAJIB DLM KAPAL SELAM YG NYELAM TU.. AGAKNYE DAH TAK TIMBUL2 DAH KOT.. TERUS TERKUBUR JE DLM LAUT.. AHAHAH