"Dalam banyak-banyak timbalan perdana menteri di negara kita, TPM pada masa inilah yang paling banyak merapu dan suka membuat tuduhan yang membabi buta. Adakah patut seorang timbalan perdana menteri membuat tuduhan serta kenyataan tanpa sebarang usul periksa dan membuat spekulasi yang tidak masuk akal.
Kenyataan beliau tentang Dato Seri Anwar pergi ke AS adalah untuk memujuk balik orang-orang yahudi kononnya beliau telah melukakan hati orang yahudi mengenai isu APCO. Kenapalah beliau buat kenyataan yang tidak masuk akal? Orang yahudi bukannya jenis yang senang dengar cakap orang. Diaorang nak kita dengar cakap dia je adalah. Anwar tidak semudah itu untuk mengadap orang yahudi untuk memohon maaf. Untuk apa beliau hendak minta maaf? Malah Anwar telah melakukan suatu kerja yang amat cemerlang membongkarkan hubungan kerajaan Malaysia dengan APCO tersebut. Disamping itu juga tuduhan yang menyatakan Anwar menjadi tali barut yahudi turut tidak patut dilontarkan kepada Anwar.
Ini kerana kalau Anwar betul jadi tali barut yahudi, kerajaan Malaysia tidak akan berani mengenakan apa-apa tindakan kepada Anwar. Anwar sepatutnya mendapat layanan yang istimewa dari kerajaan. Ini kerana pemimpin-pemimpin UMNO ada hubungan dengan APCO dan mereka seharusnya memberi layanan yang istimewa kepada Anwar sekiranya Anwar benar-benar agen yahudi. Ditambah pula isu yang menyatakan Anwar sendiri membiayai kos temubual dengan CNN untuk mengutuk Malaysia adalah sesuatu yang amat tidak masuk akal.
Apa yang dinyatakan oleh Anwar adalah benar sama sekali iaitu isu kehakiman di negara kita. Seharusnya negara kita mempunyai sistem kehakiman yang bebas dari ancaman politik. Politik tidak seharusnya masuk campur dalam urusan kehakiman. Malaysia seharusnya malu dengan apa yang telah dinyatakan oleh Anwar Ibrahim. Ini kerana beliau tidak dapat pembelaan yang sepatutnya dari sistem kehakiman negara kita. Kepada Muhyidin Yasin, tolonglah perbetulkan dahulu sistem kehakiman negra kita sebelum ianya menjadi lebih parah. Jangan sampai satu hari nanti, negara luar tidak mengiktiraf sistem kehakiman negara kita.
Berikan komen anda disini: Re: Muhyiddin Yassin: TPM paling merapu (Score: 1) Oleh cokot on Tuesday, July 13 @ 22:04:13 PDT |
Patut ar dia dapat gelaran 'Mat Sembab'.... |
|
|
Re: Muhyiddin Yassin: TPM paling merapu (Score: 1) Oleh mokh6997 on Wednesday, July 14 @ 00:54:11 PDT |
dalam sejarah msia inilah zaman yang mana barisan kepimpinan umno paling sangap dan bagi aku kalau tak kalah pun bn tapi kekalahan teruk akan berlaku dan mungkin akan terjadi dalam sejarah tiada parti punya majoriti untuk menubuhkan kerajaan malaysia negeri2 lebih dari separuh akan dikuasai pakatan kini pakatan harus berusaha gigih untuk saba dan serawak bagi menidakkan majoriti mudah bn menubuhkan kerajaan di malaysia tak perlu datang kesini cukup hanya anak2 tempatan yang direkrut sebagai pejuang pakatan memberi peneranan kepada masyarakat2 setempat dekati orang2 berpengaruh di kg pendalaman insyallah bn akan melutut di kaki rakyat malaysia memohon kemaaafan atas dosa2 mereka selama ini |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan