Kerajaan Malaysia upah penulis pro Israel untuk serang Anwar
Akhbar British, The
Guardian mendedahkan bahawa pihaknya baru-baru ini mengetahui Joshua
Trevino, kolumnis konservatif Amerika Syarikat (AS) adalah perunding
upahan bagi agensi yang mempunyai kepentingan dengan kerajaan Malaysia.
Ekoran itu, akhbar ini menamatkan perkhidmatan Trevino sebagai koresponden Amerika.
Beliau didakwa mempunyai
hubungan dengan syarikat yang terbabit dalam kempen penetapan berita
dibiayai oleh kerajaan Malaysia untuk menjalan dan menguruskan laman web
Malaysia Matters (Perihal Malaysia) yang menyerang Datuk Seri Anwar
Ibrahim dan Pembangkang di negara ini.
Dalam satu kenyataan
pendek The Guardian Jumaat lalu, Trevino dikatakan telah melanggar kod
etika editorial kerana tidak mendedahkan hubungan beliau dengan agensi
dari Malaysia itu.
“Di bawah garis panduan
kami, hubungan antara Joshua dan agensi sepatutnya didedahkan,” kata
Ketua Editor Guardian AS, Janine Gibson.
Trevino adalah pengulas konservatif terkenal dan bekas penulis ucapan semasa pentadbiran George W Bush.
Beliau melaporkan secara
meluas beberapa tahun kebelakangan ini tentang perbicaraan Fitnah II
Anwar di laman web Malaysia Matters yang kini tidak berfungsi lagi.
Trevino juga kerap mengkritik Anwar di kolumnya dalam penerbitan lain seperti Huffington Pos.
Agensi yang dikatakan
mempunyai kepentingan dengan kerajaan Malaysia itu, FBC Media didedahkan
membesar dua kali ganda sebagai firma publisiti untuk kerajaan Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Najib telah membayar
berjuta-juta pound agar FBC menjalankan “Kempen Komunikasi Strategik
Antarabangsa”, bagi membantu meningkatkan kedudukan Malaysia sebagai
destinasi pelancongan dan pelaburan semasa perjanjian RM94juta untuk
tiga tahun bermula 2007.
Najib juga telah memberi
kontrak untuk strategi perhubungan awam, temasuk kepada APCO Worldwide,
syarikat Israel untuk menggilap imej peribadi beliau dan kerajaan di
mata dunia. -KD
Guardian henti guna khidmat pelobi pro-Zionis dikait Najib!
Guardian, akhbar
Inggeris liberal beraluan kiri menghentikan khidmat Joshua Trevino,
pemblog dan pelobi pro-Zionis sebagai kolumnis di akhbar itu, memberi
alasan konflik kepentingan melibatkan aktiviti bisnes di Malaysia.
Menurut kenyataan
ringkas Guardian dan Trevino, penulis itu telah melanggar etika kerana
tidak mendedahkan konflik kepentingannya melibatkan Malaysia.
Trevino didakwa menjadi
penulis upahan yang menulis bagi pihak pemerintah Malaysia di bawah
Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak, dengan satu misi
utamanya menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan membantu meningkatkan
imej Najib.
Trevino mencetuskan
kekecohan ekoran tulisannya mendakwa Anwar “membeli” khidmat CNN untuk
membantu memulihkan imejnya dalam satu lawatan ke Amerika Syarikat
hujung 2010 yang digelar “lawatan memohon maaf,” ekoran beberapa
kenyataannya yang dilihat anti-Yahudi.
Pemerhatian terhadap
rancangan soal jawab melibatkan Anwar di CNN tersebut walau bagaimanapun
cenderung untuk membenarkan dakwaan Trevino itu, ekoran soalan-soalan
mudah dan terpilih yang diberikan kepada Anwar, dan tanpa susulan yang
lebih menekan.
Walau bagaimanapun,
kredibiliti Guardian turut terjejas ekoran episod ini, kerana
menggunakan khidmat Trevino, bekas penulis ucapan Bush dan pelobi
pro-Zionis itu walaupun pendirian kontroversi beliau termasuk menyokong
pembunuhan oleh Zionis sedia diketahui ramai.
Wartawan dan pengasas
bersama laman Electronic Intifada, Ali Abunimah dalam satu tulisan
mengemukakan kaitan Trevino dengan Israel sambil mempersoalkan sikap
Guardian yang mendapat respons segera akhbar itu, yang kelihatan cuba
menyembunyikan hal sebenar.
Ali merupakan seorang penulis yang sejak awal memerhati dan mendedahkan sikap Guardian terhadap penulis anti-Islam itu.
Kaitan dengan Israel dan
kedudukan Trevino sebagai pelobi Zionis telah menunjukkan satu konflik
kepentingan yang jauh lebih besar sejak awal lagi, dan sewajarnya sudah
mendesak Guardian memutuskan hubungan dengan Trevino – siasah daily
Ulasan GB
Demikian apabila hukum
kebenaran dan keadilan berjalan. Pekung kerajaan Najib terdedah lagi
sekalipun sebelum ini, kerajaan pusat berhempas pulas menafikan
perbelanjaan besar digunakan untuk memperbaiki imej Najib.
Lebih menjelekkan penulis upahan Kerajaan Malaysia itu adalah seorang bekas penulis ucapan Bush dan pelobi pro-Zionis.
Nafikan lagi, lagi banyak Allah akan dedahkan pekong-pekong yang masih belum terbongkar.
Laporan sebelum ini