Sabtu, 5 Februari 2011

FIRAUN MESIR DAN FIRAUN MALAYSIA

MAHAFIRAUN BARU


nota:
mahafiraun idung besar pergi
mahafiraun tetek besar sampai
semua nak merompak duit rakyat








HARTA MUBARAK 70 BILION DOLAR - guardian london

lihat berapa banyak harta firaun ini
disimpan di swiss bank
di new york
di london
di los angles

first lady mesir ini terkenal
sebagai penyamun 20 persen
semua projek dia mesti mendapat 20 persen

pasal apa 20 persen?

ini untuk lebih dari first lady indonesia
yang ambil cuma 10 persen

fat lady malayasia berapa pulak?

MUBARAK FAMILY FORTUNE COULD REACH $70 BILION, SAY EXPERT - guardian london

President Hosni Mubarak's family fortune could be as much as $70bn (£43.5bn) according to analysis by Middle East experts, with much of his wealth in British and Swiss banks or tied up in real estate in London, New York, Los Angeles and along expensive tracts of the Red Sea coast.

After 30 years as president and many more as a senior military official, Mubarak has had access to investment deals that have generated hundreds of millions of pounds in profits. Most of those gains have been taken offshore and deposited in secret bank accounts or invested in upmarket homes and hotels.

BERAPA BANYAK AGAKNYA HARTA IMAM BESAR MADEY…...

SELAMA 23 TAHUN MENCURI… BERAPA BANYAK TELAH DI KELEPET…...

BERAPA BILION DUIT NEGARA DI KEMUT MADEY…...

nota:
ramai warga tidak sedar
ramai warga menyangka
bahawa putra jaya ialah ibu negara
tapi tahu kah rakyat malaysia
bahawa semua bagunan di putrajaya
kena sewa dari syarikat anak mahathir?

ini orang ramai tak sedar

belanja membuat putrajaya dari duit petronas
kemudian pinjamkan pada anak madey
sekarang rakyat malaysia sewa putarajaya dari anak madey

tak caya?

sila perdi tanya pegawai kerajaan di putarjaya

inilah melayu di tipu eeee
kah kah kah



IMAM BESAR BARU MUNCUL

IMAM BESAR



nota:
imam besar berak cair
kah kah kah







ISLAM TIDAK HALANG UMATNYA MENJADI MAJU


Mahathir Mohamad melahirkan rasa kecewa kerana tidak ada sebuah negara Islam pun yang diklasifikasikan sebagai negara maju.

Keadaan itu katanya, banyak disebabkan oleh ketidakcekapan dalam pentadbiran kerajaan di kalangan negara Islam.

''Kita melihat adanya harapan dalam kemajuan yang ditunjukkan oleh negara seperti Turki.

''Namun negara itu juga sebenarnya masih jauh daripada menjadi salah sebuah negara maju," katanya.

Mahathir menambah, terdapat di kalangan orang Islam yang mendakwa bahawa menjadi negara Islam yang maju bukanlah keutamaan dalam Islam.

Apa yang penting bagi mereka katanya, ialah menjadi Islamik menurut tafsiran ajaran Islam mereka sendiri.

NASIB BAIK ADA IMAM BESAR KITA INI…...

…. KALAU TIDAK HANYUT SEMUA UMAT…...

TAK SANGKA RUPA RUPANYA ISLAM TAK LARANG UNTUK JADI MAJU…..

TAK SANGKA RUPA RUPA NYA ISLAM MAHU KEMAJUAN….…

TAPI IMAM BESAR INI JUGA RACIST…. INI YANG PELIK…...

INI IMAM BESAR ATAU HANYA IDUNG BESAR….

Jumaat, 4 Februari 2011

RETRO : DAH TERUK NEGARA KITA NI WEH

Artikel oleh Dr. Nologareng ini telah ditulis dan diterbitkan lebih setahun yang lalu namun dirasakan masih relevan untuk dibuat rujukan dan semakan semula. Angka-angka yang dinyatakan sudah pasti mengelembung dalam tempoh setahun yang lalu tanpa memberi banyak makna kepada Rakyat.

Ambil satu contoh, Bajet 2010 telah memperuntukkan RM100 juta kepada suami Najib, Rosmah (Rosmarkus) Mansor untuk anak patung PERMATAnya. Apa kesannya kepada Rakyat terbanyak? Dalam Bajet 2011, peruntukan untuk membiayai siPERMATA anak patung Rosmah dinaikkan ke RM111 juta. Setiap tahun Rosmah menerima 'duit poket' ratusan juta Ringgit untuk dibelanjakan.

Dengan sokongan dan undi sebahagian besar warga Felda yang masih jahil dengan soal hukum rasuah, penyelewengan dan penipuan pemimpin umno-be end, Rosmah tak bimbang akan kehilangan 'duit poket' untuk dibelanjakan pada setiap tahun. Jom kita baca semula apa yang telah ditulis oleh Dr. Nologareng kira-kira setahun yang lalu.

Dah teruk negara kita ni weh!

Kali ini kita ingin menumpukan tentang ekonomi secara pandangan orang kecil yang melayari kehidupan sehari-hari membanting tulang empat kerat. Kita tidak cuba membicarakan gaya hidup ‘jet set’ atau ranggi ala-ala pemimpin Umno dan golongan Korporat yang sekufu mereka.

Keperluan asas manusia bukanlah banyak sangat pun. Makan minum, tempat tinggal, kenderaan, kemudahan kesihatan, pelajaran, pekerjaan dan ruang hidup yang aman (bukan Umno). Rasanya itu sahaja. Yang lain itu cuma aksesori yang bukan keperluan pun. No hal lah kata orang kalau tak ada pun. Akan tetapi, perkara yang disebut terdahulu itu amat penting dan menimbulkan kekecohan, kacau ganggu sosial serta ketidakamanan jika tidak dapat dipenuhi. Lihat sahaja apa yang terjadi setelah berlaku tsunami di Asia dan gempa bumi di Haiti baru-baru ini.

Orang masih boleh hidup tanpa Mercedes Mata Belalang atau rumah banglo. Orang juga masih selesa jika tak dapat mengunjungi KFC atau Pizza Hut seminggu sekali. Rakyat masih selesa kalau mereka tidak dapat mengunjungi bioskop atau gedung-gedung pasaraya yang besar gedang. Akan tetapi rakyat akan melompat dan melenting kalau keperluan asas mereka tergugat atau keupayaan beli mereka tersagat! Hakikatnya, inilah yang sedang menimpa rakyat secara halus dan istiqamah.

Kuasa membeli kita semakin mengecil berbanding dengan perolehan pendapatan setiap bulan. Keadaan ini lebih parah di kawasan bandar dan pinggir bandar berbanding desa dan kampong. Orang kampong membuat dua tiga pekerjaan dalam satu hari untuk keperluan menabung manakala orang bandar pula terpaksa melakukannya semata-mata untuk menampung keperluan seharian hidup ia dan keluarga. Itupun belum tentu mencukupi.

Cuba lihat apa yang boleh dijinjing dari Pasar Tani dengan bermodalkan RM50. Berapa pula belanja yang dikeluarkan setiap kali musim sekolah bermula? Untuk meladeni perayaan berapa urat rantai (kalau ada) yang perlu digadai. Berapa isi rumah yang tiada pekerjaan walau kelulusannya berjela? Soalan terakhir, berapakah agaknya simpanan yang mereka ada untuk kegunaan pada waktu kecemasan?

Ringkasnya, taraf hidup rakyat semakin jatuh dan menghimpit. Apabila bangun setiap pagi otaknya ligat mencari jalan untuk memenuhi tuntutan keperluan. Sang isteri pula tidak lagi mengidam rantai dan gelang. Cukuplah sekiranya usaha suami berjaya dan rezeki dibawa pulang untuk memastikan dapurnya berasap. Bagi yang bergaji tetap boleh tahan keadaannya jika berjimat, manakala bagi mereka yang kais pagi makan pagi tentu sahaja menghadapi cabaran yang hebat!

Inilah suasana yang dialami rakyat jelata. Terkecuali pimpinan UmnoBn, kroni dan saudara rapat mereka. Bagi kita yang kecil lagi marhaen, inilah dia kehidupan kita. Aku, kamu, mereka sedang melalui zaman getir ini.

Melihat dari apa yang berlaku dalam negara dan pembacaan penulisan bebas luar negara, kita diserang kebimbangan yang amat. Apa tidaknya, peramal ekonomi telah mengatakan dunia akan menghadapi ‘double dip recession’. Berita-berita kurang enak tentang bank di Amerika yang bakal kaput jumlahnya menghampiri 200 buah. Citibank kerugian USD7.8 billion pada suku keempat tahun lalu. Pengangguran bertambah setiap ketika. Apakah krisis kewangan baru akan melanda?

Berita-berita ekonomi yang menakutkan itu walaupun berlaku di Amerika, ia sebenarnya ibarat getaran ombak yang tentunya akan sampai juga ke negara kita kemudiannya. Kita sebenarnya belum pun pulih dari kemelesetan yang disebabkan oleh ‘subprime mortgage’ tahun lalu. Bagaimana agaknya kesan kemelesetan kali ini?

Beberapa hari lalu telah didedahkan bagaimana Simpanan wang Luar telah menyusut dengan teruk sehingga mencapai 50% Keluaran Dalam Negara Kasar. Pengaliran keluar modal itu yang bernilai RM355 billion adalah dua kali ganda apa yang dialami Russia dan yang paling teruk berbanding negara membangun lain. Yang menakutkan ialah tatkala negara lain menunjukkan pemulihan, modal dalam negara kita terus menerus keluar.

Di sebalik keghairahan laungan dan kokokan 1Malaysia, kalau boleh kita pohon rakyat menyoal pemimpin ini apakah kedudukan sebenar ekonomi negara? Jangan sekadar bertepuk tangan sahaja! Keluarlah dari kepompong menjadi kaldai tunggangan mereka. Bukalah minda tidak kira apa usia anda- tua atau muda. Bebaskanlah belenggu yang mengikat kebebasan pemikiran anda. Soalnya , sampai bila.....???


Sekarang, saya mahu berkongsi maklumat dengan anda tentang beberapa perubahan dasar kerajaan dalam Kementerian Kesihatan dan Pelajaran. Saya juga akan sambil lalu mencuit sana-sini supaya deria rasa kita kembali tajam dan pintar membuat tafsiran. Berat sebenornya nak buat kerja ni....

Desas-desus sudah pun kedengaran tentang pemotongan elaun yang akan menimpa sektor pendidikan. Ada elaun yang dikurangkan dan ada pula yang dibatalkan terus. Tentu sahaja para guru sudah mula mencongak untung nasib mereka untuk beberapa bulan mendatang. Manakala wang bantuan anak miskin KWAM, Amalan Makanan dan Pemakanan sudah pun berkurangan dan ada yang dibatalkan. Peruntukan pembangunan sukan sudah jatuh ke tahap asas sahaja, seperti bola getah dan gelang lenggang. Baucer tuisyen sudah mula dihapuskan.

Ada guru yang telah dinaikkan pangkat tetapi masih menerima gaji takuk lama selama dua tahun kebelakangan ini.

Sektor kesihatan pula terjejas dengan bekalan ubat-ubatan tertentu (yang mahal) sudah tiada. Selain kesan buruk terhadap pesakit yang kurang mampu, kepuasan bekerja di kalangan para doktor pakar juga akan terjejas. Ingat, betapa para doktor dilatih menjiwai kemanusiaan dan ihsan. Jika masalah pesakitnya terkantul di atas kertas rawatan dan slip ubatan, mereka akan tertekan dan tentunya memilih jalan keluar menyertai sektor swasta.

Seorang rakan telah menelefon dari Kementerian Kesihatan menceritakan bagaimana sebuah hospital kerajaan di Kulim telah menanggung hutang utiliti mencecah RM1 juta dan ambulan yang mahu mengambil minyak petrol di stesen minyak telah tidak dilayan kerana hutang yang tidak dijelaskan! Kenapa agaknya?

Seorang sahabat anggota TLDM pula menceritakan bagaimana mereka telah diberi cuti tambahan kerana kapal tidak belayar sedangkan jadualnya mesti berada di laut lepas menjaga perairan negara. Terkejut saya apabila diberitahu yang mereka sekadar menghangatkan enjin kapal di jeti kerana kekurangan bahan api untuk belayar! Ayooo...... inikah penangan 1Malaysia?

Perhatikan tugu-tugu 1Malaysia yang bertaburan dalam negara. Perhatikan iklan yang bertayangan di mana-mana. Perhatikan juga peruntukan Bajet 2010 yang berjumlah RM100 juta untuk Rosmah Mansor dengan anak patungnya yang bernama PERMATA. Kenapa perlu diteruskan Monsoon Cup apabila kantung negara menyusut?

Kenapa perlu diwujudkan sistem cukai GST kerana tiada wang sedangkan boros untuk Formula One? Kenapa mahu menjual pesawat MIG 29 atas alasan mahal kos selenggara, kemudiannya mahu merancang pembelian pesawat baru pula yang tentunya mahal? Apakah ia lebih menjimatkan?

Yang terpenting sekali, kenapa tidak mengelak, menghenti serta menghapuskan kebocoran dan ketirisan aliran perbelanjaan negara kerana melaluinya kita mampu berjimat berbilion Ringgit?! Perhatikan kes penyelewengan PKFZ yang menghanguskan puluhan billion RM. Juga program PLKN yang jelas menguntungkan kroni sahaja.

Kita sebenarnya mewarisi sistem pemerintahan TKT Dr Mahathir yang teruk dan korup. Apa jua yang membusuk sekarang adalah berpunca dari bisul yang dijana dan dibiar merebak semasa zaman TKT. Tidak kisahlah sama ada secara langsung atau tidak, hakikatnya sebagai Kepala pemerintah segala kesilapan akan terhempap atas batu kepalanya. Itu sebab kita kata, jawatan adalah amanah bukannya cara mudah mengumpul kekayaan.

Akan tetapi Mantan PM ini dilihat lebih senang menuding jari terhadap sesuatu isu dengan sikap mudah lupanya akan kesilapan sendiri. Tun mahu dilihat maksum dan berjasa kepada negara. Dia juga mahu menjadi Negarawan yang tersohor dalam catatan sejarah negara. Hakikatnya, TKT Mahathirlah sebenarnya punca kepada semua masalah yang mewarnai negara sekarang. Bapa Korupsi.

Dakwaan yang dibuat seorang penulis sehinggakan bukunya ditahan mungkin boleh dipertikai daripada segi angka wang yang diseleweng. RM100 billion zaman Che Det, RM270 billion zaman Tun Abdullah. Berapa pula di zaman Najib Tun Razak? Semua rakyat berhak membuat andaian masing-masing. Walau apa jua dalih dan kelentongan Mahathir, secara tidak langsung dia mengakui akan berlakunya penyelewengan pada zaman pemerintahannya itu.

Fakta yang tidak boleh disangkal ialah kedudukan kewangan negara amat meruncing. Kita sedang jatuh bebas ke jurang kemelesetan yang amat dahsyat. Ulasan oleh pakar serta apa yang kita nampak berlaku setiap hari dilihat senada dan mengiyakan tanggapan negara kita menuju ke arah yang tidak sihat dari segi ekonomi. Kenaikan harga barangan, tariff, tol akan menyagat kita.

Hasil dari segala kemungkaran ekonomi dari zaman TKT Mahathir sehingga sekarang menjadikan negara kita kekurangan kecairan. Ini diterangkan oleh langkah penjualan pelbagai Saham-saham baru PNB, penjualan bon-bon kerajaan, pinjaman luar negara dengan jaminan kerajaan untuk mengumpul dana serta kesan yang kita terangkan di atas tadi.

Lalu, apa lagi yang kita tunggu? PRU-13 adalah medan yang amat penting untuk rakyat membuat keputusan bijak.

Rabu, 2 Februari 2011

HADIAH DARI PENGUNDI FELDA DUN TENANG KEPADA SELURUH RAKYAT

Terima kasih para peneroka Felda serta ahli keluarga dalam DUN Tenang kerana terus memberikan undi kepada BeEnd / Umno dalam PRK kelmarin... BeEnd menang, petrol terus naik harga!! Kerana mengundi BeEnd, Rakyat di seluruh negara mengutuk kamu sampai ke liang lahad!

Menang Tenang, petrol RON97 dinaikkan harga gara-gara sokongan pengundi jahilyah yang cukup celaka!!!

RON97 naik 10 sen lagi

Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen berkuatkuasa tengah malam ini menurut satu sumber industri.

Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter (RM2.40 sebelumnya).

Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97.

Kenaikan harga ini juga dilakukan sehari selepas pilihan raya kecil DUN Tenang yang berlangsung semalam.

Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.50 pada 4 Januari tahun ini.

Harga bagi petrol RON97 yang banyak digunakan oleh kenderaan berkuasa tinggi, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.

Apungan itu diperkenalkan tahun lalu dan satu gred baru petrol RON95 turut diperkenalkan.

Harga bagi RON95 kini ditetapkan pada kadar RM1.80 seliter.

Pengurangan subsidi bagi bahan keperluan seperti petrol telahpun mula diperkenalkan melalui Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) sejak awal tahun lalu.

Badan berkenaan ditubuhkan bagi mengurangkan beban subsidi negara.

MALAYSIA TERLALU SENGKEK UNTUK BAWA PULANG PELAJAR DI MESIR?

Beberapa jam yang lalu sebelum artikel ini ditulis Al Jazeera telah melaporkan hampir 2Juta rakyat Mesir telah berhimpun di Dataran Tahrir bagi mendesak supaya Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan atau mereka akan terus berdemonstrasi sehingga tuntutan mereka dipenuhi.

Dijangka lebih ramai lagi yang akan tiba ke dataran tersebut walaupun rejim Mubarak mengarahkan supaya perkhidmatan keretapi memberhentikan operasi sehingga diberitahu.Video dari Al Jazeera sila lihat di (SINI).

Al Jazeera juga telah melaporkan Perdana Menteri Turki, Recap Tayyip Erdogan meminta supaya Hosni Mubarak "mendengar suara rakyat" yang mahukan perubahan dalam pentadbiran politik negaranya.

Dan Jordan juga kini melihat kebangkitan rakyatnya yang mendesak agar Perdana Menteri yang sedia ada iaitu Samir Rifai kerana kegagalannya untuk mengawal harga minyak dan barang makanan yang kini melambung.

Akur dengan kehendak rakyatnya dan bagi mengelakkan apa yang telah terjadi di Mesir turut terjadi di negaranya, Raja Jordan iaitu Raja Abdullah II telah bertindak memecat bukan sahaja Perdana Menterinya malah keseluruhan anggota Kabinet itu. Berita berkenaan sila baca di (SINI)

Suasana di Mesir kini semakin tegang kerana semakin ramai penunjuk perasaan yang mahukan supaya Presiden Mesir, Hosni Mubarak meletak jawatan berhimpun beramai-ramai di jalan-jalan sekitar Kaherah.

Tentera Mesir membuat sekatan jalan raya menuju masuk bandar itu dan bandar lain menjelang protes besar-besaran bagi mendesak Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan.

Bagaimana dengan nasib pelajar Malaysia di sana kini?

Ketika ini, terdapat lebih daripada 10,000 pelajar Malaysia berada di Mesir.

Ketika kerajaan-kerajaan lain dari seluruh dunia berlumba-lumba menghantar berbagai-bagai pesawat tanpa mempedulikan sebarang kos yang perlu ditangung oleh kerajaan mereka, kerana bagi mereka keselamatan dan nyawa warganegara mereka lebih berharga.

Kerajaan Malaysia masih menimbangkan apakah cara yang terbaik untuk mengeluarkan Pelajar Malaysia di Mesir seolah-olah cara yang dipraktikkan oleh Negara lain dalam mengeluarkan warganegara mereka dari Mesir adalah tidak praktikal.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata Kerajaan sedang menimbang menggunakan kapal serba guna Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang sedang bertugas di Teluk Aden, Timur Tengah, untuk operasi pemindahan pelajar-pelajar Malaysia yang kini berada di Mesir.

Perdana Menteri juga berkata, kerajaan telahpun menghantar rombongan pegawai kanan ke Mesir untuk meninjau keadaan terkini di negara terbabit dan memastikan rakyat Malaysia selamat.

Mengenai penggunaan pesawat kargo C-130 Hercules bagi membawa pulang rakyat Malaysia dari Mesir, Najib berkata ia tidak praktikal kerana pesawat kargo terbabit hanya mampu membawa 40 penumpang.

Cuba anda bayangkan berapa lamakah masa yang diperlukan oleh Kapal TLDM KD Bunga Mas kini terlibat dalam operasi antilanun di Teluk Aden untuk sampai di Mesir.

Apakah rombongan yang dihantar oleh Najib itu Super Heroes yang mampu memastikan keselamatan Pelajar kita di sana?

Ketika nyawa pelajar kita diancam bahaya Najib masih memikirkan soal kos yang diperlukan untuk membawa keluar Pelajar Malaysia dari Mesir.

Apakah Malaysia ini kini benar-benar sengkek (tiada duit) hingga tidak mampu untuk menyewa beberapa buah Kapal Terbang selain dari menggunakan pesawat C-130 Hercules milik TUDM itu?

Selama ini kita amat berbangga jika dibandingkan dengan Negara jiran Indonesia, kononnya Negara kita lebih aman dari Negara mereka, kononnya juga negara kitalah yang menyediakan peluang pekerjaan bagi rakyat mereka dan kita juga berbangga kerana Negara kita lebih kaya dari Indonesia.

Tetapi dalam hal membawa pulang pelajar Malaysia dari Mesir ini ianya membuktikan sebaliknya.. ianya membuktikan kepada kita betapa berharganya nyawa rakyat Indonesia kepada pemerintah Indonesia..

Biarpun Negara mereka lebih miskin, Negara mereka jauh ketinggalan dari segi pembangunan jika dibandingkan dengan Negara kita.

Biarpun Negara mereka miskin namun demi keselamatan rakyat mereka yang berada di Mesir pemerintah Indonesia iaitu Presiden Susilo Bambang Yudhoyono telah mengeluarkan arahan untuk memindahkan keluar rakyatnya dari sana dengan penerbangan sewa khas.

Selain pesawat penerbangan Garuda Boeing 747, dua syarikat penerbangan lain dari Indonesia iaitu Batavia Air dan Lion Air akan menyusul terbang ke Kaherah dengan pesawat Boeing 747 untuk operasi pemindahan itu.

Ketika Presiden Indonesia berkata “Situasi politik di Mesir semakin buruk dan boleh mengancam keamanan serta keselamatan saudara-saudara kita di Mesir,”

Perdana Menteri kita pula berkata “Kita mempunyai pelan untuk menggunakan aset Angkatan Tentera Malaysia termasuk kapal TLDM yang sedang meronda di Teluk Aden, untuk membawa mereka keluar daripada Mesir,”

Kerajaan Indonesia telah bertindak dengan menyewa kapal terbang dan kapal terbang mereka telah mendarat di Jeddah, Arab Saudi.. Kerajaan kita pula masih sedang menimbang menggunakan Kapal yang kini masih berada di Lautan Eden..

Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan!! Nyata hanya slogan kosong semata-mata..

Atau adakah mungkin kerana para-pelajar kita di Mesir oernah mengkritik Rosmah kerana menghina Islam maka mereka perlu dibiarkan mati begitu saja?? (baca di SINI kritikan itu)

Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan!! Kepala Hotak Hang!!


Berita berkaitan.


Indonesia hantar pesawat pindah rakyatnya dari Mesir

JAKARTA, 1 Feb — Berikutan krisis politik yang kian meruncing di Mesir serta suasana tegang dengan ancaman demonstrasi lebih sejuta orang di Kaherah Selasa, Indonesia menghantar sebuah pesawat sewa khas untuk memindahkan rakyatnya yang berjumlah 6,200 orang dari negara itu.

Pesawat Garuda Boeing 747 itu akan memindahkan kumpulan pertama berjumlah 428 orang sebaik sahaja ia mendapat kebenaran mendarat di lapangan terbang antarabangsa Kaherah.

Operasi pemindahan itu dijalankan atas arahan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono.

“Situasi politik di Mesir semakin buruk dan boleh mengancam keamanan serta keselamatan saudara-saudara kita di Mesir,” kata Susilo di Jakarta.

Sejumlah pesawat dari beberapa negara lain seperti Amerika Syarikat, Jerman, Iraq, Britain, India, Portugal, China, Kanada, Azerbaijan, Denmark dan Turki dilaporkan turut menunggu giliran mendapat kebenaran mendarat di Kaherah untuk memindahkan rakyatnya.

Menteri Luar Dr Marty Natalegawa berkata pesawat sewa khas itu berlepas tengah malam tadi dan mendarat di Jeddah, Arab Saudi, sementara menunggu kebenaran mendarat di Kaherah.

Jurucakap Kementerian Luar Negeri Kusuma Habir pula berkata warga Indonesia di Mesir berjumlah 6,149 orang, dan daripada jumlah itu 4,297 orang adalah pelajar dan selebihnya ialah tenaga kerja Indonesia di Mesir.

Sementara itu media tempatan melaporkan bahawa sebilangan pelajar Indonesia di Mesir enggan dipindahkan mungkin kerana bimbang kehilangan kemudahan di universiti atau tidak mempunyai cukup wang untuk kembali ke Mesir bila keadaan kembali aman.

“Sebagian besar yang menolak adalah mahasiswa yang mendapatkan biasiswa,” kata Ketua Bahagian Direktorat Timur Tengah Kementerian Luar Negeri, Bambang Purwanto, seperti dipetik portal berita VIVAnews.com, Selasa.

Selain pesawat penerbangan Garuda, dua syarikat penerbangan lain dari Indonesia iaitu Batavia Air dan Lion Air akan menyusul terbang ke Kaherah dengan pesawat Boeing 747 untuk operasi pemindahan itu. — Bernama


Malaysia timbang guna kapal TLDM bantu pelajar dari Mesir

LABIS, 1 Feb — Kerajaan sedang menimbang menggunakan kapal serba guna Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang sedang bertugas di Teluk Aden, Timur Tengah, untuk operasi pemindahan pelajar-pelajar Malaysia yang kini berada di Mesir.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kapal terbabit akan diguna untuk memindahkan pelajar Malaysia di Mesir ke Jeddah, Arab Saudi, bagi membolehkan mereka menaiki penerbangan pulang ke Malaysia.

“Kita mempunyai pelan untuk menggunakan aset Angkatan Tentera Malaysia termasuk kapal TLDM yang sedang meronda di Teluk Aden, untuk membawa mereka keluar daripada Mesir,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat mangsa banjir di Dewan Kampung Ayer Panas di sini, hari ini.

Najib berkata demikian ketika ditanya mengenai kebimbangan keluarga pelajar dan rakyat Malaysia yang kini berada di Mesir, berikutan keadaan yang semakin meruncing di negara Timur Tengah itu berikutan demonstrasi yang diadakan oleh rakyatnya bagi mendesak Presiden Hosni Mubarak berundur.

Kapal serba guna TLDM terbabit, KD Bunga Mas kini terlibat dalam operasi antilanun di Teluk Aden.

Ketika ini, terdapat lebih daripada 10,000 pelajar Malaysia berada di Mesir.

Perdana Menteri berkata, kerajaan telahpun menghantar rombongan pegawai kanan ke Mesir untuk meninjau keadaan terkini di negara terbabit dan memastikan rakyat Malaysia selamat.

Mengenai penggunaan pesawat kargo C-130 Hercules bagi membawa pulang rakyat Malaysia dari Mesir, beliau berkata ia tidak praktikal kerana pesawat kargo terbabit hanya mampu membawa 40 penumpang.

“Selain itu, kita juga tidak tahu (mengenai) krew yang bertugas di lapangan terbang Mesir itu,” katanya.

Najib berkata kerajaan memahami kebimbangan keluarga pelajar berkenaan tetapi kerajaan tidak boleh bertindak terburu-buru.

“Saya memahami perasaan ibu bapa yang risau (terhadap keselamatan anak mereka),” kata beliau. — Bernama


MESEJ DARI TUNISIA, MESIR BUAT PEMIMPIN KORUP

Kebangkitan rakyat di Tunisia menyebabkan pemerintahan Zei al-Abidin bin Ali berakhir. Rupanya tempoh puluhan tahun berkuasa bukannya disukai oleh rakyat, apa lagi kalau penuh dengan kezaliman, penindasan, rasuah, pengumpulan harta untuk sendiri dan rakyat dibiarkan melarat dalam segala segi. Semua yang sensitif dengan isu ini teruja-dalam dan luarnegeri, ulama, cendekiawan dan ahli politiknya, termasuk penyanyi seperti Maher Zain yang menukilkan kata-kata dari ahli puisi Tunisia:

When the People want freedom

Then fate has to listen

The dark night has to come to an end

And the chains have to be broken

(Aboulkacem Al-Chabbi, Tunisian poet)

Revolusi rakyat di Tunisia merebak ke Mesir. Pelajar di Mesir yang begitu ramai di sana bagaimana? Hosni Mubarak yang berusia 82 tahun telah memerintah Mesir begitu lama. Walaupun setiap kali pilihanraya Presiden dibuat beliaulah yang menang, tetapi hakikatnya ia tidak menggambarkan hasrat sebenar dan realiti rakyat.

Rakyat meluat dengan pemerintah yang hanya tahu menggunakan kuasa untuk mengumpulkan kekayaan negara untuk diri dan keluarga sendiri. Sabar rakyat ada hadnya. Air di empangan walaupun kelihatan lemah mengalir tetapi apabila sampai klimaksnya boleh memecahkan dinding empangan yang tebal itu.

Dikhabarkan keluarga Hosni Mubarak telah melarikan diri ke London dengan jet peribadi dengan membawa 97 beg besar (big bag not big mama). Bila pemimpin negara jatuh, terbongkarlah segala aktiviti rasuah, penyelewengan dan harta peribadi yang dikumpul sepanjang pemerintahan. Mereka bukan menjadi negarawan tetapi lagak bangsawan yang meratah wang.

Petikan dari agensi berita lain (kalau benar):

“Keluarga itu dikatakan menginap di rumah agam enam tingkat milik mereka bernilai £8.5 juta (RM41 juta) berdekatan pusat beli-belah terkemuka Harrods di Knightsbridge, barat London. Khabar angin turut bertiup kencang bahawa Mubarak dan isterinya, Suzanne, 69, bercadang ke London.

Pengendali bagasi penerbangan Mesir di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow berkata Wanita Pertama negara itu, turut dilihat tiba di London.

Mubarak dikatakan mempunyai aset £25 bilion (RM120 bilion) sejak berkuasa pada 1981.

Suzanne, Gamal dan anak sulung Mubarak, Alaa, 49, menjadi simbol kekayaan dan rasuah di Mesir. Suzanne turut digelar Marie Antoinette kerana bersikap umpama ratu yang dipancung di zaman revolusi Perancis.

Wanita Pertama Mesir itu turut memegang pasport Britain kerana ibunya, Lily May Palmer adalah wanita Inggeris dan bapanya berasal dari Mesir.

Lily bekerja sebagai jururawat bertemu jodoh dengan pelajar perubatan dari Mesir, Saleh Thabet di utara London pada 1934. Mereka kemudian berpindah ke Mesir dan Suzanne dilahirkan pada 1941″

Lihat! Kalau ini benar maka inilah sebesar pengkhianatan pemimpin terhadap amanah memerintah negara. Sesiapa yang pernah pergi ke Mesir boleh melihat bagaimana rakyat Mesir yang menjadi buruh kasar membina bangunan itu kadang-kadang berdebu seluruh tubuhnya hanya kerana mencari rezeki secebis roti.

Presiden yang kononnya sentiasa menang dalam pilihanraya Presiden itu menjadi ‘pewaris’ kepada Firaun dan Qarun. Pemimpin di dunia lain termasuk bekas pemimpin dan pemimpin di Malaysia Timur dan Malaysia Barat tidak mahu belajar apa-apa dari kebangkitan rakyat di Tunisia dan Mesir itu? Atau masih selesa dengan sokongan rakyat dalam pilihanraya kecil seperti di Tenang itu?

Bekas PM seperti Pak Lah dan Dr M serta bekas menteri kabinet mungkin boleh mengurut dada kerana ’selesai’ memerintah tetapi jangan lupa catatan Malaikat Raqib dan Atid akan dibuka di Padang Mahsyar nanti. Kalaupun tiada revolusi rakyat terhadap bekas PM yang berundur dengan ‘tenang’ tetapi ‘audit’ paling halus akan berlangsung dengan cara paling menakutkan di SANA.

Subhanallah! Benarlah Allah yang telah membiarkan Firaun itu diselamatkan tubuhnya dan bersemadi dalam Muzium Firaun di Mesir.

Nik Nasri Nik Malek,

MUNGKINKAH REVOLUSI ARAB AKAN BERJANGKIT KE MALAYSIA?



Tidak ada siapa meramalkan bahawa pemimpin negara-negara Arab yang terkenal sombong, angkuh, kuku besi, zalim dan rejim yang ganas ini bakal tumbang. Tunisia mendahului apabila menumbangkan rejim Zein al Abidin yang memerintah selama 23 tahun. Hosni Mubarak, yang memerintah selama 30 tahun dan terkenal dengan sifat zalimnya terhadap rakyat, rasuah, penyalahgunaan kuasa, serta bersahabat baik dengan rejim zionis Israel kini menanti saat untuk tumbang. Umat Islam mengingati Hosni Mubarak sebagai diktator yang telah menutup pintu sempadan dengan Gaza sebagai pintuk masuk Mesir ke Palestin sehingga menyebabkan ribuan umat Islam mati kebuluran. Revolusi kini mengakar ke Yaman, Jordan dan menghampiri beberapa negara Arab. Tunisia bagaikan domino pertama yang menumbangkan pemerintah, dan diekori oleh negara-negara Arab yang lain.

Selama berdekad lamanya keadilan dilenyapkan dan demokrasi hanya ditempelkan bagi menunjukkan kepada dunia mereka juga negara yang bebas dan adil. Walhal pilihanraya yang berlangsung, hanya parti mereka sahaja boleh bertanding dengan bebas manakala parti pembangkang ditekan. Pemimpin-pemimpin pembangkang dipenjarakan, dibunuh, diugut, dibuang negeri dan pelbagai lagi tindakan tidak peri kemanusiaan. Lebih melucukan apabila hanya parti mereka sahaja dibenarkan bertanding dalam setiap pilihanraya. Inilah yang berlaku di Indonesia era Suharto dan kini di negara-negara Arab.

Hasil kekayaan negara diagihkan sesama mereka manakala pemerintahan negara diwariskan kepada anak-anak mereka. Rakyat terus melarat dan merempat sedangkan pemimpin ini hidup bermewah. Rakyat dibiarkan dalam kelaparan, kemiskinan, dan pengangguran. Pelbagai cukai tidak masuk akal dikenakan bagi mengaut keuntungan sebanyak mungkin tanpa mempedulikan rakyat. Kemuncaknya, kemarahan rakyat bagaikan disimbah minyak petrol yang menyala-nyala. Kemarahan rakyat tidak mungkin dipadamkan sehinggalah rejim-rejim ini tumbang dengan hinanya.

Letusan revolusi ini adalah loceng amaran kepada pemimpin sombong bongkak di mana-mana negara. Pemimpin di Malaysia jangan beranggapan mereka selamanya selamat. Memerintah selama puluhan tahun memuakkan lagi rakyat terhadap pemerintahan mereka. Meskipun sistem pilihanraya di Malaysia tidak seteruk era rejim pemerintah Arab sekarang, namun ruang demokrasi tidak dibuka seluasnya untuk parti politik selain BN. Buktinya di mana-mana pilihanraya sama ada pilihanraya kecil mahupun pilihanraya umum, tidak sekali-kali parti pembangkang dibenarkan akses atau liputan di media. Lebih menjelekkan, pemimpin parti pembangkang difitnah, ditohmah, dihina dan dicaci sesuka hati melalui media rasmi tanpa diberi peluang mereka membela diri atau menjawab segala persoalan.

Undi pos yang dicurigai dikekalkan sebagai simpanan undi tetap BN. Daftar pemilih dimanipulasi sehingga berlaku penyelewengan yang ketara. Sengaja pemerintah tidak melaksanakan sistem celup jari bagi mengelakkan keadilan terlaksana. Manakala jentera kerajaan diperah semaksima mungkin bagi berkempen untuk pihak mereka. Pengundi pula ada yang dipujuk dengan pelbagai habuan seperti kain pelikat, beras termasuk wang ringgit. Habis berjuta ringgit duit kerajaan masuk ke poket pengundi.

Kalau dikira tekanan, hampir semua tekanan dan ancaman dirasai oleh parti pembangkang. Himpunan yang dianjurkan oleh pembangkang kebiasaannya akan disuraikan dengan gas pemedih mata dan tangkapan-tangkapan. Kebebasan bersuara, berhimpun hampir tiada di Malaysia untuk pembangkang. Pentas ceramah diceroboh dan dirobohkan sesedap hati mereka.

ISA dan OSA pula dikekalkan sebagai agenda menakut-nakutkan rakyat. Apabila tergugat, yang menjadi mangsanya sudah pastilah pemimpin pembangkang. AUKU pula adalah pengawal keselamatan utama mahasiswa di kampus-kampus. Mangsa AUKU pasti mendapat mimpi ngeri dengan tindakan dibuang kampus, digantung pengajian atau amaran-amaran tertentu.

Selain itu, rakyat terus dibiarkan terhimpit dengan kesusahan. Dengan kenaikan harga barang keperluan, harga minyak petrol yang naik hampir setiap tahun, tol, menghapuskan biasiswa, pelbagai cukai lain dikenakan. Rumah-rumah rakyat yang dibina berpuluh tahun dianggap setinggan dan dirobohkan sesuka hati, kemiskinan bandar tidak diubati, manakala dasar gaji minimum tidak dilaksanakan sebagai bukti rakyat dibiarkan kesusahan.

Kekayaan negara diagihkan sesama mereka dan hanya cebisan diberikan kepada rakyat atas nama wang ihsan. Pemerintah pula hidup bermewah dengan membelanja duit rakyat di luar negara. Pemerintahan negara diserahkan secara warisan sesama mereka.

Dalam keadaan demikian, sukar untuk rakyat menghirup udara demokrasi yang bersih di Malaysia. Mampukah rakyat bertahan dengan kehidupan sedemikian, dan berapa lama lagikah pemerintahan ini akan terus bertakhta? Atau mungkinkah revolusi di dunia Arab akan menyusul di Malaysia...?

Mohamad Suhaimi Abdul Aziz

KEBANGKITAN RAKYAT MESIR : SEKUTU ISRAEL DIJATUHKAN ALLAH



Mesir dikenali bukan kerana piramidnya. Ini kerana binaan yang menakjubkan bukan sahaja wujud di Mesir, tetapi juga di Indonesia dengan Candi Borobudur, di China dengan Tembok Besar, Patung Zues di Olimpia, Greek dan banyak lagi binaan-binaan lain di seluruh dunia. Bukanlah kemuliaan dan kehebatan Mesir di kehebatan binaan piramidnya yang lebih merupakan lambing kezaliman penguasa terdahulu terhadap rakyatnya di zaman tersebut.

Sesungguhnya kehebatan Mesir ialah kerana Universiti al-Azhar yang diasaskan pada tahun 970M. Itulah hebatnya Mesir. Bumi anbiya’ yang dipilih Allah SWT untuk menjadi tuan rumah kepada universiti tertua di dunia ini telah melahirkan generasi ulama terbilang yang bertebaran menyebarkan ilmu ke serata dunia. Atas kemuliaan ini, pemimpin Mesir sewajarnya terdiri daripada mereka yang mempunyai komitmen dengan Islam.

Sayangnya, Mesir hari ini ditadbir oleh rejim diktator yang sedikitpun tidak mencerminkan kemuliaan Universiti al-Azhar. Lihatlah bagaimana Syed Qutb telah dibunuh dengan kejam hanya kerana menulis kitab Maalim fit Tariq dan tafsir Fil Zilal al-Quran. Sekalipun dibunuh atas tuduhan memberontak, beliau tetap dipuji oleh ulama-ulama terkemudian seperti Syeikh Mutawalli Sya’rawi dan Dr. Zaghloul Najjar. Kedua-dua ulama ini setiap kali menyebut nama Syed Qutb pasti akan diikuti dengan rahimahullah rahmatan wasiatan (semoga Allah merahmatinya dengan rahmat yang luas).

Kezaliman rejim Hosni Mubarak di Mesir terbukti dengan kemenangan besarnya yang dicemari dengan penyelewengan besar-besaran setiap kali diadakan pilihanraya. Kemenangannya yang mencapai 99% merupakan hasil demokrasi tempang dan cacat. Di dalam masa yang sama, rejim inilah yang menangkap ribuan pimpinan Ikhwanul Muslimin bagi menghalang mereka bertanding di dalam pilihanraya. Jika benar Hosni Mubarak menang besar di dalam pilihanraya dengan sokongan rakyat, dari mana datangnya penunjuk perasaan yang berjumlah ratusan ribu pada hari ini?

Rejim inilah juga yang menghulurkan tangan persahabatan dengan Israel pada saat Israel dikutuk di seluruh dunia kerana menzalimi rakyat Palestin. Mereka menidakkan fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa al-Azhar pada 18 Jamadil Awwal 1375H bersamaan 2 Januari 1956M yang mengharamkan sebarang bentuk kerjasama dengan negara haram Israel. Di antara mereka yang bersidang pada hari itu ialah Syaikh Isa Manun, Dekan Fakulti Syariah dari Mazhab Syafi'i, Syaikh Mahmoud Shaltout, dari Mazhab Hanafi, Sheikh Mohamed Thaneikhi, Pengarah Badan Dakwah dan Bimbingan Keagamaan, dari mazhab Maliki, Syaikh Muhammad Abdul Lathif As-Subki, Pengarah Penyelidikan Universiti Al-Azhar dari mazhab Hanbali dan Syaikh Zakaria Al-Birri, Bahagian Jawatankuasa Fatwa.

Sesungguhnya tangan Hosni Mubarak ialah tangan berlumuran dengan darah rakyat Palestin. Kekuasaannya tegak di atas susunan tulang tulang para ulama yang dikorbankan demi untuk memenuhi tuntutan hawa nafsunya. Hari ini, tindakan paling tidak demokratik telah dilaksanakan dengan menutup semua akses internet dan talian telefon semata-mata untuk membendung kebangkitan rakyat.

Dalam hal ini, saya menyetujui pandangan Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi supaya Hosni Mubarak meletakkan jawatan dan akur dengan kehendak rakyat Mesir demi kebaikan rakyat Mesir dan umat Islam keseluruhannya. Semoga Allah SWT akan menaikkan penguasa yang benar-benar berkhidmat untuk rakyat dan Islam khususnya membela nasih umat Islam di tanah yang bersempadan dengan Mesir iaitu Palestin. Padanlah kalau pihak yang kecut perut sekarang ini dengan perkembangan yang berlaku ialah Israel.

Sekian, wasalam.

Tuan Guru Datuk Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat,

Menteri Besar Kelantan merangkap al-Mursyidul Am PAS.