Khamis, 26 Julai 2012

Mengapa Tempoh Iklan Hari Raya Tajaan Petronas di TV3 panjang?




MENJELANG musim Hari Raya Puasa, Faqar selalu ternanti-nanti iklan promo apa pula yang akan Petronas tayang dalam TV3 dan saluran Media Prima yang lain?

Pertama, saya suka sentuhan kretiviti Allahyarham Yasmin Ahmad. (sekarang takbest)Kedua, saya hairan, kenapa iklan TV3 begitu lama? 2 minit? Ada sampai 3 minit?Iklan selalu tidak sepanjang itu.Sebenarnya, inilah salah satu cara duit Petronas dirompak oleh kroni-kroni Umno BN untuk biaya kos TV3. Lagi lama, lagi banyak fulus masyukkk.Tanpa sokongan dana langsung berjuta-juta ringgit, kos operasi TV3 mungkin terganggung.Ini, orang dalam TV3 sendiri yang beritahu.

Rabu, 25 Julai 2012

Guan Eng gesa Najib perlu arah Umno P. Pinang kembalikan RM5 juta kepada rakyat

KUALA LUMPUR, 24 Julai — Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (gambar) hari ini menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya mengarahkan pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang untuk segera memulangkan kembali keuntungan mereka dalam penjualan tanah milik Melayu di negeri terbabit.

Lim dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan, Najib perlu mengarahkan Timbalan Pengerusi Umno negeri berkenaan, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Pengarah Pilihan Raya BN negeri itu Datuk Omar Faudzar supaya memulangkan sejumlah RM5 juta yang diperolehi mereka yang bertindak selaku “broker” dalam urusan jual beli tanah melibatkan 31 pemilik tanah Melayu di Kampung Terang, Balik Pulau, Pulau Pinang.
“Walaupun tindakan kedua-dua pemimpin Umno ini tidaklah haram, tindakan mereka sebagai broker tanah untuk menjual tanah Melayu untuk keuntungan peribadi yang sepatutnya dimiliki pemilik tanah Melayu adalah tidak bermoral dan tidak berprinsip, kata Lim dan menambah,”apatah lagi apabila mereka mendakwa kononnya mempertahankan hak tanah Melayu.”
Menurut kenyataannya, Setiausaha Agung DAP itu menjelaskan, kedua-dua pemimpin berkenaan telah beroleh keuntungan melampau sehingga 57 peratus hanya dalam masa tiga bulan setengah apabila menjadi broker untuk jual beli tanah antara penduduk kampung dengan Kay Pride Sdn Bhd apabila melalui syarikat milik mereka Maison Heights Sdn Bhd.
“Tanah dipindah milik daripada 31 pemilik tanah Melayu kepada Maison Heights Sdn Bhd pada 31 Januari lalu dengan jumlah harga RM8.6 juta ... Maison Heights kemudiannya telah menjual tanah tersebut kepada Kay Pride Sdn Bhd pada 16 Mei 2012 dengan harga RM13.5 juta.
“Adakah ini caranya pemimpin Umno mempertahankan hak Melayu? ... dengan mengaut keuntungan yang sepatutnya dimiliki orang Melayu biasa?” tegasnya lagi.
Lim turut menegaskan, beliau juga masih lagi menantikan jawapan daripada kedua-dua pemimpin Umno itu bagaimana “keuntungan bernilai RM5 juta itu boleh membawa manfaat kepada pemilik tanah Melayu tersebut.”
Jelas pemimpin DAP ini lagi, Najib juga perlu tampil untuk kredibiliti Umno dengan mengarahkan kedua-dua pemimpin itu untuk memulangkan keuntungan RM5 juta yang diperoleh kepada 31 pemilik tanah Melayu.
“Jika mereka adalah broker tanah yang tulen, mereka berhak untuk mendapat komisyen pada kadar pasaran iaitu 2 peratus ataupun RM270,000 dan bukan RM5 juta ataupun kadar komisyen 57 peratus!”
Pendedahan skandal pencatutan tanah oleh pemimpin Umno ini juga jelas Lim “membuktikan kemunafikan Umno yang mewar-warkan mereka adalah pejuang hak Melayu tetapi sebenarnya merupakan penggadaikan hak mereka.”
“Ini jelas membuktikan, bukan kerajaan Pakatan Rakyat (PR), tetapi Umno sendiri yang telah menggadaikan tanah Melayu.”

Selasa, 24 Julai 2012

Saham Felda Ohh Felda.

Semalam Saham felda jatuh lagi, mungkin ini lah buah durian yang runtuh dari BSKL agaknya inilah hadiah najib dan isa Samad kepada peneroka felda supaya umno dipilih lagi pada PRU akan datang.

Naik perlahan tapi turun lebih cepat.

Naik hanya sekejap, tapi turun berkali-kali, biasa lah saham memang pada awal niaga akan naik tinggi, sebab jadi tumpuan pembeli, tak lupa juga jadi tumpuan pak menteri. makcik dan pakcik felda hanya di "fatamorganakan" dengan keuntungan.

Kisah isa Samad dapat 180,000 unit saham bukan rakyat tak tahu, agaknya Isa Samad mencagarkan lebih banyak tanah felda kepunyaannya berbanding peneroka lain. isa Samad pun seorang peneroka felda agaknya.

Bukan nak dengki dengan isa Samad yang dapat saham lebih banyak dari pakcik peneroka tu,  kita takut sangat saham ini akan jatuh lagi, walaupun belum dibawah tahap rugi, kita sangat takut jatuh sampai ke tahap tu, isa samad dan pak menteri yang pegang saham tu tak rugi sangat la, cuma kesian dekat peneroka.

Durian sudah runtuh di BSKL... tunggu cikit lagi takut busuk. kita harap taklah busuk, sebab bila busuk dah tak boleh makan dah, jual pun takkan laku.

Jangan ditipu umno lagi, lihat bukti ini.


Lihatlah wahai rakyat semua, inilah yang dilakukan oleh rejim umno barisan nasional bila kuasa anda beri kepada mereka. mereka datang menagih simpati menjelang pilihanraya, mereka beri umpan dan gula-gula untuk terus berkuasa, untuk apa itu semua?

Ada agenda disebalik ketagihan kuasa mereka, tanah rakyat dirampas, umno yang kononnya berjuang untuk bangsa melayu itu sebenarnya melacurkan maruah orang melayu sendiri, bangsa melayu yang kononnya mahu dibela mereka itu dipijak-pijak lebih hina dari pendatang asing.


Video ini bukan video yang disunting, bukan juga video yang dilakonkan, ini ialah rialiti sebenar di sebalik kekuasaan umno di negeri selangor dahulu, hak rakyat diperkosa, pihak berkuasa polis dikudakan semata-mata kerana umno mahu roboh rumah rakyat, mahu rampas tanah rakyat yang kebanyakkannya penyokong setia rejim umno barisan nasional sendiri.

Sila saksikan video dibawah



Bila anda sudah tonton, sila tonton sekali lagi dan beri perhatian pada butiran dibawah

‎ Minit 1:54 - "inilah tanah melayu yang diteroka oleh melayu,pendatang diberi keistimewaan, kita teroka 25 tahun dapat apa? pendatang 20 tahun boleh bagi ic kita teroka sini kita dapat apa?"

‎ Minit 2:06 - "kami duduk disini dah hampir 30 tahun, dihalaunya kami macam binatang"

Minit 2:22 - "melayu dibuat macam sampah...kalau nak menang dia bukan main lagi, bila dah menang apa yang dipandangnya pada kami"

Minit 2:33 -  ‎"masa nak mengundi dia la yang beria-ia sangat, hujan berpayung dia datang"

Minit 2:40 ‎"saya sebagai penyokong kerajaan sebelum merdeka lagi, saya berjuang bermati-matian, dalam masa darurat saya berjuang dengan ( lawan) komunis tapi kerajaan tidak ambik pandang langsung"

‎Dan ayat dibawah adalah bukti betapa umnoapco tidak akan pernah mengenang jasa orang yang memberi undi agar mereka terus berkuasa.
"tapi kerajaan bila nak mengundi saja, datang memungut, merayu, tapi bila dah menang, memandang tidak"
Peristiwa ini berlaku pada 2007 di Rimba Jaya yang merupakan salah sebuah perkampungan peneroka yang besar di Selangor, dengan lebih 1,000 keluarga . Lebih 80 peratus penduduk kampung ini adalah keluarga Melayu manakala yang selebihnya keluarga India dan lain-lain

Sejak tahun 2003, pemaju swasta Khidmat Tulen Sdn Bhd telah merancang untuk membangunkan tanah yang diduduki warga peneroka ini. Khidmat Tulen Sdn Bhd telah mempergunakan jentera kerajaan tempatan dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk mengusir dan merobohkan rumah peneroka Kampung Rimba Jaya .

MBSA telah menggunakan Ordinan Darurat 1969 Pembersihan Setinggan untuk merobohkan 12 rumah peneroka yang betul-betul berada di tapak projek Khidmat Tulen Sdn Bhd. Apabila kes didengar oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 6 November 2003, MBSA telah membongkar bahawa kerajaan negeri (BN) yang memberikan arahan untuk kerja perobohan tersebut dan bukannya tuanpunya tanah swasta tersebut .

Sejak itu, peneroka Rimba Jaya telah menyedari penyelewengan yang berlaku dan mula memahami bagaimana kerajaan negeri dan pemaju swasta berganding bahu untuk merampas tanah yang mereka duduki sejak 30 tahun yang lalu.

Inilah sekelumit kisah tentang rakusnya umnoapco meroboh rumah penduduk Kampung Rimba Jaya, Shah Alam, saat pemimpinnya bina istana indah untuk dirinya rumah rakyat diroboh dengan rakus, awas, nasib sama mungkin akan menimpa anda.

Umno harus dikuburkan, ayuh pencenkan umno pada PRU13 ini.

Isnin, 23 Julai 2012

Kontrak MAS-Petron: Najib kecut lawan Mahathir

KUALA LUMPUR 23 Julai: Najib Razak tidak akan pernah berani menegur amalan tender terus pembekalan minyak Petron kepada syarikat penerbangan MAS, kerana wujud pengaruh kuat bekas bosnya, Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Azan Ismail.
Ahli Parlimen Indera Mahkota itu berkata, Najib juga menikus berhadapan Mahathir, sedangkan prosedur membekalkan bahan api itu bercanggah dengan langkah transformasi ekonomi yang diuar-uarkannya.
“Najib tak ada kuasa. Tak ada kekuatan. Tak berani buat keputusan. Ini langsung tak membayangkan kredibilti sebagai seorang Perdana Menteri.
“Dia takut kalau bersuara berlebihan, akan dilihat sebagai menentang Dr Mahathir. Bila dalam keadaan takut, apa keputusan pun takkan dapat menyebelahi rakyat,” katanya dihubungi.
Pada 29 Jun lalu, Petron dan MAS menandatangani perjanjian khas bagi membekalkan bahan api selama enam bulan, bermula 1 Julai lalu.
Petron merupakan anak syarikat San Miguel Corporation, perusahaan berasaskan arak terbesar di Filipina yang sahamnya turut dimiliki oleh Mirzan Mahathir.
Azan berkata, sebagai pembekal utama bahan api negara, Petron bakal mengaut untung besar melalui jualan runcit minyak dan subsidi langsung kerajaan.
“Pertama, Petron untung dari jualan runcit minyak petrol. Kedua, subsidi dibayar langsung oleh kerajaan ke dalam akaun Petron.
“Sebagai contoh, kalau sebulan 80 juta liter terjual, berapa agaknya keuntungan Petron, kalau subsidi setiap liter antara 90 sen hingga RM1?
“Petron cuma salin kulit (menjenamakan semula) dari Exxon-Mobil sahaja. Tak banyak modal keluar. Berapa besar dia untung?
“Inilah kesannya. Konon nak elak orang seludup minyak, kerajaan bagi terus pada pembekal.
“Kaedah pemberian subsidi tak praktikal. Ada yang ambil kesempatan,” kata Azan merujuk pemberian langsung subsidi bahan api kepada Petron.