Sabtu, 18 Jun 2011

Penggantungan tidak sah, tegas Anwar

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertegas mengatakan penggantungan beliau dan tiga Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) dari Dewan Rakyat selama enam bulan, sebagai tidak sah.

Anwar dan tiga lagi ahli parlimen berkenaan iaitu Azmin Ali (KEADILAN-Gombak), R.Sivarasa (KEADILAN-Subang) dan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), digantung pada Disember tahun lalu.

“Saya kembali menyambung tugas tapi masih berpendirian penggantungan itu tidak sah, yang tidak memberi ruang kepada saya dan rakan-rakan untuk membela diri kami dan ini satu kecacatan dalam Parlimen Malaysia,” kata beliau ketika sidang media di Parlimen di sini hari ini.

Manakala Azmin yang turut mengecam tindakan itu menyifatkan prinsip dan peraturan diambil mudah oleh Barisan Nasional (BN) bagi menggantungkan seseorang Ahli Parlimen.

“Kita dapat lihat pimpinan hari ini khususnya BN tidak lagi berpegang kepada perinsip dan peraturan tapi berpegang kepada majoriti mudah yang ada dalam dewan untuk menafikan kesemua hak yang dijamin dalam perlembagaan.

“Kita akan bongkar banyak penyelewengan yang berlaku dalam tempoh enam bulan yang lalu dan kita akan mengambil bahagian secara aktif untuk memastikan perkara ini tidak mudah dilakukan pimpinan kerajaan pusat,” kata beliau.

Sementara itu, Sivarasa pula menyifatkan penggantungan mereka sebagai titik hitam dalam sejarah Parlimen yang mencerminkan BN tidak mampu menjalankan Parlimen yang demokrasi.

“Penggantungan kami pada 16 Disember merupakan satu tanda hitam yang kekal di Parlimen di Malaysia di mana cara penggantungan melanggar peraturan dan ini mencerminkan BN tidak sedia menjalankan Parlimen yang demokrasi. Ini membezakan BN dengan Pakatan Rakyat,” katanya.

Pada 16 Disember tahun lalu, Dewan Rakyat meluluskan usul menggantung Anwar dan tiga wakil rakyat terbabit daripada menghadiri persidangan selama enam bulan.

Ia berhubung pendedahan Anwar mengenai konsep 1Malaysia, yang menyamai konsep One Israel yang diperkenalkan syarikat firma perunding antarabangsa yang pro Israel, Apco Worldwide.

Karpal, Sivarasa dan Azmin digantung kerana menghina dewan apabila menyokong Anwar dan menuntut speaker membenarkan Ketua Umum KEADILAN itu mempertahan diri.

BUKAN KERJA POLIS UGUT RAKYAT

KENYATAAN MEDIA
JABATAN UNDANG-UNDANG DAN HAK ASASI MANUSIA (JUHAM)
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

POLIS JANGAN UGUT RAKYAT


Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM) Dewan Pemuda PAS Malaysia menyelar kenyataanTimbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar pada 15 Jun 2011 bahawa pihak polis akan mengambil tindakan termasuk membuat tangkapan pencegahan sekiranya perlu, sebelum dan semasa perhimpunan BERSIH yang dijadual berlangsung pada 9 Julai depan.

Kenyataan itu tidak mencerminkan bahawa Timbalan Ketua Polis Negara memahami Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak warganegara untuk berhimpun secara aman. Kami amat simpati dengan rakyat Malaysia kerana mempunyai seorang Timbalan Ketua Polis Negara yang buta undang-undang dan tidak memahami hak asasi rakyat yang sangat fundamental dalam sebuah Negara demokrasi.

Tindakan menangkap berbentuk pencegahan (pre-emptive) untuk satu kesalahan yang belum lagi berlaku jelas menyalahi prinsip asas perundangan jenayah dan hak asasi manusia. Adakah kenyataan ini bermaksud pihak polis ingin menghalalkan penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri bagi menangkap orang yang tidak bersalah ? Tindakan penangkapan seperti ini tidak syak lagi adalah satu salah guna kuasa (abuse) yang sangat jelas oleh pihak eksekutif dan sekutunya.

JUHAM juga melihat kenyataan tersebut sebagai suatu ugutan yang tidak wajar dilakukan oleh Timbalan Ketua Polis Negara yang mewakili pasukan polis selaku penjaga kepentingan awam (guardian of public interest). Pihak yang ingin berhimpun secara aman mempunyai hak untuk berhimpun secara aman dan sekiranya berlaku apa-apa kemudaratan awam atau kesalahan jenayah, maka barulah pihak polis menyuraikannya selaras dengan Seksyen 27 Akta Polis 1967. Sehingga perkara sebegitu berlaku, tindakan menghalang ini adalah satu salahguna kuasa pihak polis ke atas hak yang telah dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan. Seksyen 27 Akta Polis tersebut bertujuan untuk mengawal dan menjaga ketenteraman sewaktu perhimpunan berlangsung dan bukannya digunakan untuk menghalang hak rakyat dari berhimpun!

JUHAM menggesa pihak polis meneruskan tanggungjawab selaku penguatkuasa undang-undang dan mematuhi kuasa dan tanggungjawab yang diperuntukkan melalui Seksyen 20(1), Bahagian VII Akta Polis 1967 yang menyatakan bahawa :

"Tiap-tiap pegawai polis hendaklah melaksanakan tugas-tugas dan menjalankan kuasa-kuasa yang dipertanggungkan atau DIBERIKAN OLEH UNDANG-UNDANG ke atas atau kepada seorang pegawai polis, ..."

Perlaksanaan tugasan dan tanggungjawab pihak polis DENGAN MEMATUHI UNDANG-UNDANG dan menggunakan budibicara yang adil untuk kesemua pihak tanpa amalan "double standard" akan mengembalikan kepercayaan rakyat kepada institusi Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Oleh itu, JUHAM menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk mempertahankan hak berhimpun dan berkumpul secara aman sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan konvensyen undang-undang serta amalan hak asasi manusia sejagat.

JUHAM juga berikrar akan mempertahankan hak ini dan bersedia untuk memberikan khidmat perundangan kepada mangsa-mangsa tangkapan polis yang dibuat secara tidak sah. Kami akan memberikan “legal representation” kepada mereka yang terlibat seawal dari tangkapan dibuat sehinggalah ke peringkat rayuan di mahkamah tertinggi dengan segala kos guaman ditanggung sepenuhnya. Ayuh, rakyat Malaysia, bangkitlah dan pertahankan hak kita sebagai warganegara Malaysia tanpa rasa takut dan gentar !!!
Sekian,

AHMAD ZAMRI BIN ASA’AD KHUZAIMI
Pengarah
Jabatan Undang-Undang Dan Hak Asasi Manusia (JUHAM)
Dewan Pemuda PAS Malaysia


17 Jun 2011.
16 Rejab 1432



APA HUBUNGAN DENGAN GADIS UiTM?







APA HUBUNGAN DENGAN GADIS INI?




RAIS PERCAYA SERANGAN GODAM LAMAN WEB KAIATAN HIMPUNAN BERSOH 2.0 - minsider

Rais Yatim percaya serangan penggodam ke atas laman-laman web sejak kelmarin ada kaitan dengan Himpunan Bersih 2.0 di Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak 9 Julai ini, serta dilihat sebagai satu perbuatan tidak patriotik kepada negara.

Rais juga percaya tindakan itu bermotifkan politik dan bertujuan cuba melakukan sabotaj ke atas kerajaan.

Rais (gambar) juga memberi jaminan bahawa serangan siber itu hanya bersifat sementara dan ia tidak akan mengakibatkan kelumpuhan keseluruhan sistem laman web yang digodam.

Sebanyak 198 laman web rasmi kerajaan telah digodam sehingga kini dengan 90 peratus penggodamnya dari dalam negara, kata Rais.

Tambah beliau, serangan terhadap laman web kerajaan itu jelas membuktikan bahawa ia dilakukan semata-mata untuk menyusahkan rakyat dengan menyulitkan urusan harian rakyat dengan kerajaan, dan bukannya menyusahkan pihak kerajaan.

…MEMANG BETUL ADA HUBUNGAN DENGAN BERSIH…. kah kah kah..
BUKAN SAJA ADA HUBUNGAN DENGAN BERSIH…. ADA LAIN LAGI…. kah kah kah..
.. SAH ADA HUBUNGAN DENGAN AMAH INDON YANG TELAH KENA ROGOL…. kah kah kah
SAH ADA HUBUNGAN DENGAN DINO YANG ENTOT ENTOT LARI…. kah kah kah..
SAH PENGODAM INI JUGA ADA HUBUNGAN DENGAN TUKANG BAKAR JEMBATAN… kah kah kah..
….SAH ADA HUBUNGAN DENGAN JANTAN TAKUT BINI…. kah kah kah..

kah kah kah…SAH ADA HUBUNGAN DENGAN GADIS UITM DARI KELATAN YANG KENA ENTOT …kah ka kah..
SAH GADIS UITM DAPAT HADIAH KAMERA TAPI BINI TAK TAHU…. kah kah kah

SIAPA GADIS UITM ITU?


KOTOR BERTAMBAH KOTOR

LALAT KOTOR AKAN BERSAMA



HISHAMUDDIN , KHAIRY MAIN WAYANG UNTUK GAGAL HIMPUNAN BERSIH : AMK – keadilan daily

Perbalahan Hishamuddin Hussein dan Khairy Jamaluddin berhubung perhimpunan sayap parti itu disifatkan sebagai wayang semata-mata.

Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Azmizam Zaman Huri berkata, apa pun sebabnya, ia bertujuan untuk menggagalkan perhimpunan Bersih 2.0 yang bakal diadakan di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini.

“Ini semuanya wayang, sebenarnya tujuannya hanya untuk menghalang perhimpunan Bersih.

“Konon-kononnya nanti Pemuda Umno tidak akan diberikan permit. Jadi mereka akan kata tidak ada sebab untuk mengeluarkan permit kepada Bersih.

“Sebenarnya kita sedia maklum tentang perkara ini. Ia bertujuan untuk menakutkan-nakutkan peserta dan rakyat yang akan menyertai Perhimpunan Bersih 9 Julai nanti,” katanya kepada Keadilandaily.com.

Khairy dalam laporan media hari ini menegaskan akan tetap mengadakan perhimpunan Pemuda Umno, pada tarikh dan tempat yang sama perhimpunan Bersih diadakan.

Katanya, Pergerakan Pemuda Umno tidak gentar dengan ancaman Hishamuddin yang memberi amaran supaya bersedia menerima padah jika meneruskan perhimpunan itu.
Beliau dilapor berkata, Hishamuddin yang juga bekas Ketua Pemuda Umno boleh memberi amaran tetapi sayap Umno itu akan tetap meneruskan rancangannya, walau apa pun berlaku.

nota:
memang ada niat nak buat huru
memang ada niat nak buat hara
tapi dah terlambat
orang ramai telah sedar
tak ada orang ambil pot

dalam surat khabar china
dilporkan menantau ayah
nak bawak 500 ribu penyokong
dalam akhar melayu berita ini tidak dilapor
mana nak raba 500 ribu
nak dapat 50 orang pun perit



MANA DIA PEMBELA MELAYU

CUKONG SUDAH TIPU



SYARIKAT PEROLEH KONTRAK FACEBOOK RM1.8 JUTA TIADA LAMAN WEB – keadilan daily

Syarikat Impact Creations Sdn Bhd yang dikatakan memperolehi kontrak RM1.8 juta untuk mengendalikan laman Facebook Kementerian Pelancongan didapati tidak mempunyai laman web sendiri yang sempurna.

Tinjauan KeadilanDaily.com mendapati syarikat tersebut sekadar meletakkan pengumuman bahawa laman webnya ‘akan datang’ tidak lama lagi.

Impact Creations sebelum ini didapati menggunakan khidmat seorang ‘konsultan’, Juni Ewe untuk mendapatkan kontrak RM1.8 juta bagi mengendalikan enam laman web Kementerian Pelancongan. Juni Ewe merupakan kawan baik kepada Menteri Pelancongan, Ng Yen Yen.

Exco Pelancongan Selangor, Elizabeth Wong hari ini menggesa Ketua Audit Negara untuk menyiasat pemberian kontrak itu yang terlalu besar jumlahnya untuk sekadar mengendalikan laman Facebook Kementerian Pelancongan.

..MANA DIA SPRM…. kah kah kah..
SPRM HANYA BERANI DENGAN DAP…. kah kah kah..
…SPRM HANYA BERANI DENGAN PKR…. kah kah kah..
SPRM HANYA BERANI DENGAN PEGAWAI RENDAH KASTAM… kah kah kah
KALAU MCA… KECUT TELOOO…kah kah kah

nota:
mustahil anjing
akan menggigit tangan tuanya
bukankah cukong tempat cari modal

Khamis, 16 Jun 2011

NKRA Dan ETP: Rakyat Dicandui Mimpi Muluk Umno-BN lagi



KOMENTAR - Dalam lawatan saya ke India baru-baru ini, saban hari saya membaca iklan-iklan berbayar oleh kerajaan-kerajaan negeri di rantau itu mengenai projek-projek yang mereka telah mulakan untuk kebaikan rakyat.

Iklan itu dihiasi dengan pelbagai slogan, semuanya untuk memberikan mesej bagaimana rakyat bakal menerima manfaat begitu besar hasil pemerintahan kerajaan berkenaan.

Peliknya kerajaan-kerajaan negeri yang membuat janji-janjil sedemikian sudah pun lama memerintah. Jadi jika rakyat baru dijanjikan manafaat “yang bakal” dinikmati mereka, tentunya ada sesuatu yang tidak kena.

Di sebalik iklan-iklan yang penuh dengan janji-janji sedemikian, saya hanya perlu melangkah ke luar hotel untuk berdepan dengan realiti hidup di India.

Memang diakui New Dehli, Jaipur dan bandaraya-bandaraya lain seperti Amritsar mempunyai bangunan pencakar langit dan lebuhraya sibuk dengan kereta mewah, namun ia juga penuh dengan pengemis tua, muda dan kanak-kanak .

Amat menyayat hati bila melihat ibu mendokong bayi belasan bulan yang berpakaian nipis di musim sejuk dengan suhu 10 darjah Celsius di celah-celah kotaraya, mencari makanan dalam tong-tong sampah.

Saya tidak dapat mengelak daripada membandingkan iklan-iklan di India itu dengan muka depan akhbar-akhbar arus perdana di Malaysia semalam mengenai kejayaan Program Transformasi Ekonomi (ETP) membabitkan pelaburan sebanyak RM2.27 bilion.

Utusan Malaysia melaporkan gabungan kesemua 15 inisiatif ini dalam tujuh Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) mewakili pelaburan RM63.38 bilion dan pendapatan negara kasar sebanyak RM66.13 bilion serta mewujudkan 63,531 peluang pekerjaan baharu.

Berdasarkan laporan media itu semata-mata, nampaknya Malaysia kini memasuki era keemasan di bawah pemerintahan Perdana Menteri Najib Tun Razak.

Mungkinkah ini satu hakikat? Atau , ia sebenarnya sama seperti apa yang berlaku di India?


Kita bersyukur kerana pengemis-pengemis jalanan yang berkeliaran di negara kita kini kebanyakannya adalah rakyat asing; buat masa ini.

Namun siapa yang sanggup menafikan hakikat kita semua semakin merasakan kesempitan hidup.

Kos sara hidup yang melambung, tanpa kenaikan gaji yang selari, penarikan balik subsidi, kenaikan harga hampir semua barangan perlu, dari secawan kopi di gerai kepada bil elektrik – semuanya semakin mencengkam kita.

 Sehari selepas Najib mendabik dada memberitahu dunia mengenai manfaat yang bakal dikecapi rakyat daripada NKRA dan ETP tajaannya, timbalan beliau terpaksa berdiri di Parlimen memohon Belanjawan tambahan sebanyak RM13 bilion.

“Ini untuk menampung keperluan perbelanjaan menguruskan negara,” kata Timbalan Menteri Kewangan Awang Adek Hussain.

Bermakna Belanjawan sebelum ini yang dibentangkan oleh Najib iaitu sebanyak RM162.8 bilion tidak mencukupi.

Ini juga bermakna belanjawan Najib hanya bertahan untuk tempoh begitu singkat, dan segala unjuran oleh pakar-pakar beliau tidak menepati sasaran!

Adakah kita sanggup dibuai dengan janji-janji indah NKRA, ETP dan sebagainya atau berpegang kepada realiti hidup semasa untuk merumuskan bahawa ada sesuatu yang amat tidak kena dengan ekonomi negara kita.

Kenapa subsidi untuk rakyat ditarik balik, manakala subsidi untuk Penjana Letrik Bebas di kekalkan?

Kenapa perlu diadakan projek mega 100 tingkat Menara Warisan bernilai RM5 bilion atau membelanjakan RM65 juta untuk mengubah suai kediaman Perdana Menteri?

Apakah keperluan untuk kerajaan bergabung dengan sektor swasta membelanjakan RM27 juta ringgit untuk mengumpul sejuta pemuda bagi beramah mesra dengan Perdana Menteri, baru-baru ini?

Bagaimanakah Kementerian Perlancongan boleh diberi kelulusan membelanjakan RM1.8 juta untuk mengendalikan laman Facebooknya, sesuatu yang boleh dilakukan dengan belanja jauh lebih murah?

Jawapan kepada persoalan-persoalan ini tidak mungkin akan dikupas oleh media arus perdana milik kerajaan, namun ini tidak bererti rakyat tidak boleh memikirkan mengenainya.

Dalam mengharungi keperitan hidup akibat pemotongan subsidi, rakyat kini menyaksikan kerajaan yang sama memohon kepada Parlimen untuk diberikan tambahan RM13 bilion bagi pengurusan negara.

Sudah tentu ia akan memburukkan lagi defisit negara, dan jika defisit negara bertambah meruncing, apakah ini tidak bermakna rakyat akan dijadikan mangsa menerusi pemotongan subsidi yang lebih dahsyat?

Pembaziran, ketirisan dan rasuah mewarnai setiap kerajaan yang memerintah di India sejak kemerdekaan. Prinsip-prinsip yang dijulang oleh Bapa India – Mahatma Gandhi sudah lama diabaikan oleh kebanyakan ahli poltik negara itu dalam mengejar kemewahan untuk diri dan kroni.

Segelintir daripada rakyatnya adalah antara yang terkaya di dunia, namun sebilangan besar masih lagi terperangkap dalam kancah kemiskinan tegar yang amat memeritkan.

Di Malaysia, janji-janji NKRA-ETP ialah pusingan mimpi baru yang dijual oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional kepada rakyat negara ini.

Kita sudahpun menyaksikan bagaimana pengswastaan Tun Mahathir Mohamad mempopularkan ungkapan kroni dan kronisme.

Duit rakyat beratus billion ringgit disalur untuk membayar syarikat-syarikat konsesi air, elektrik, dan sistem aliran transit ringan dan sebagainya.

Hasil jelas pemerintahan beliau, rakyat terpaksa membayar tol tinggi untuk menggunakan lebuhraya, bil elektrik dan air juga meningkatkan manakala kemudahan pengangkutan awam negara ini jauh daripada memuaskan.

Selepas Mahathir, rakyat disajikan pula rancangan-rancangan seperti Koridor Ekonomi wawasan Tun Abdullah Badawi.


Belum pun Koridor itu menjadi realiti, rakyat diminta menerima keindahan NKRA dan ETA oleh Perdana Menteri 1Malaysia Najib Razak.

Maaf jika rasa sinis saya membaca iklan-iklan akhbar berbayar kerajaan di India menyerlah sekali lagi apabila membaca “kebesaran ETP dan NKRA” di muka depan akhbar-akhbar arus perdana semalam.

Saya cuma memikirkan nasib rakyat yang terperangkap dengan segala sara hidup semakin melambung yang cuba dibuai dengan mimpi-mimpi seorang lagi Perdana Menteri Umno-BN.

Rabu, 15 Jun 2011

Isu IPP: Najib di pihak Rakyat hanya retorik

KUALA LUMPUR 15 JUN : Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) menyifatkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa kerajaan berada di pihak rakyat berhubung isu melibatkan pengeluar tenaga bebas (IPP) hanyalah retorik semata-mata.

Rata-rata ahli parlimen PR yang ditemui TV Selangor di lobi parlimen bersependapat dalam isu itu dan menganggap ianya hanya untuk mengaburi mata rakyat demi meraih sokongan yang kian terhakis.

Ahli Parlimen Kuantan, Fauziah Saleh berkata kerajaan perlu bertindak telus dalam membentangkan mengenai perjanjian bersama IPP dan ianya juga perlu dikaji semula.

Malah katanya adalah jelas ketika ini kerajaan membenarkan pihak IPP menggunakan dan mengeluarkan tenaga berlebihan melangkaui tahap piawaian di peringkat antarabangsa.

Akibat dari itu katanya, rakyat terpaksa menanggung kadar tarif elektrik yang tinggi sehingga menjejaskan perbelanjaan.

“Saya bagi satu contoh kita bercakap tentang akses kapasiti. Akses kapasiti sekarang ini kita punya 40 peratus sedangkan tahap antarabangsa mengatakan maksimum 20 hingga 25 peratus. Akan tetapi Malaysia membenarkan IPP mengeluarkan tenga berlebihan sebanyak 40 peratus,” katanya kepada TV Selangor.

Tambah beliau,tindakan kerajaan yang dilihat berdolak- dalik berhubung gesaan supaya perjanjian di antara kerajaan dan syarikat IPP didedahkan,jelas menunjukkan pemerintah hanya mengutamakan kroni semata-mata.

“Saya menegaskan segala tindakan kerajaan itu menunjukkan ianya satu usaha menjaga kroni semata-mata,” katanya.

Sementara itu, ahli parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad berkata sememangnya apa dinyatakan Najib itu tidak boleh diterima dan tinggal kata-kata sahaja kerana setakat ini apa dituturkan gagal diterjemahkan menjadi satu realiti.

Katanya, pemimpin PR dan rakyat khasnya mahu melihat sekiranya benar kerajaan berpihak kepada rakyat, maka kerajaan sewajarnya mendedahkan segala perjanjian PPA dengan pihak IPP itu.

Awal bulan ini, Kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) mengumumkan kenaikan tarif elektrik sebanyak tujuh peratus mulai 1 Jun, sekali gus memberi kesan kepada kadar inflasi yang semakin meningkat.

Harga gas asli juga dinaikan kepada RM3 mmBtu setiap enam bulan sehingga mencapai paras pasaran menjelang 2016 setelah diapung sepenuhnya.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapha Mohamad mendakwa kenaikan itu hanya akan memberi kesan minima kepada kadar inflasi negara yang kian tertekan ekoran kenaikan harga minyak dan barangan seperti gula baru-baru ini.


Menteri Tenaga Teknoloji Hijau dan Air Datuk Peter Chin pula mendakwa kenaikan kadar elektrik itu hanya memberi kesan kepada 25 peratus daripada pengguna yang menggunakan lebih daripada 300KW tenaga setiap bulan.

Kerajaan BN kenduri duit Rakyat

15 JUN – Subsidi petrol, diesel dan gas serta gula telah dikurangkan. Kadar tariff elektrik dinaikkan. Cukai GST sedang dipertimbang untuk dilaksanakan. Semuanya kerana kerajaan mendakwa kononnya mahu menjimatkan perbelanjaan.

Tetapi mengapa ini pula yang dilakukan?

  • Satu laman rangkaian sosial Facebook untuk Kementerian Pelancongan dibina dan diselenggara dengan belanja RM1.8 juta;
  • Satu laman web 1pengguna bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dibina dan diselenggarakan dengan belanja RM1.4 juta; dan
  • Projek e-mel 1Malaysia yang menelan belanja RM50 juta.

Tidak diketahui pula bagaimana kementerian-kementerian, jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan lain membelanjakan wang hasil sumber negara dan wang pembayar cukai negara untuk laman-laman internet yang amat murah penyelenggaraannya.

Rakyat mengharapkan Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat meminta kerajaan menjelaskan dengan terperinci perbelanjaan masing-masing dalam usaha mereka menyertai perlumbaan membina dan menyelenggara laman-laman web dan rangkaian sosial.

Semalam, Ketua Pemuda DAP Anthony Loke merangkap Ahli Parlimen Rasah telah mempertikaikan langkah Kementerian Pelancongan yang membazirkan RM1.8 juta bagi membina dan menyelanggara laman Facebook kementerian tersebut.

“Semakan terakhir saya mendapati ada hanya 20,308 peminat di laman Facebook kementerian.

“Secara bandingan laman Facebook ‘Visit Penang’, yang mana kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang tidak membelanjakan satu sen pun tetapi mendapat 100,000 peminat. Kenapa belanja RM1.8 juta?” katanya dalam siding Dewan Rakyat.

Beliau berkata tidak munasabah jika tidak ada seorang pun di kementerian itu yang mampu mengemas kini akaun Facebook sehingga kerajaan terpaksa memberi kontrak kepada pihak ketiga.

Dalam jawapan kepada persoalan itu, Timbalan Menteri Pelancongan Datuk James Dawos Mamit hanya menjelaskan bahawa kontrak RM1.8 juta itu diberikan kepada Impact Creations Sdn Bhd, untuk selama tiga tahun iaitu bermula 2011 hingga 2013.

Awal bulan Jun ini, portal 1pengguna milik Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dikatakan kena godam.

Mudah sekali digodam laman itu yang bernilai RM1.4 juta yang bertujuan mempamer maklumat harga barangan pengguna.

Pada April lalu pula, kerajaan mempromosikan e-mel 1Malaysia yang dikatakan milik swasta Tricubes Bhd yang mengendalikannya dengan kos RM50 juta bagi perkhidmatan selama 10 tahun.

Walau pun ia dikatakan perkhidmatan percuma, sama seperti e-mel Yahoo atau Google, jabatan atau agensi kerajaan yang menggunakan khidmat itu perlu membayar 50 sen bagi setiap e-mel yang dihantar.

Bayangkan berapa ribu e-mel dihantar oleh jabatan dan agensi kerajaan setiap hari?

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara telah mengkritik projek itu yang akan merugikan rakyat melalui perbelanjaan jabatan dan agensi kerajaan menggunakan e-mel berkenaan.

Tentunya rakyat ingin tahu dengan jelas dan telus belanja setiap jabatan dan agensi kerajaan yang membina dan menyelenggara laman-laman internet mereka.

Ini hanya belanja kerja-kerja internet. Berapa banyak pula pembaziran dan ketirisan pentadbiran kewangan dalam hal-hal “pembangunan”, “projek” dan banyak lagi program-program yang tidak menjadi keperluan atau keutamaan rakyat.

Presiden Switzerland arah harta Taib Mahmud disiasat

KUALA LUMPUR: Presiden Persekutuan Switzerland, Micheline Calmy-Rey, mengarahkan satu siasatan dijalankan ke atas harta milik Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud di dalam bank Switzerland.

Di dalam suratnya dengan tajuk “Pembekuan aset Abdul Taib Mahmud, ketua kerajaan negeri Sarawak di Malaysia” bertarikh 8 April kepada Yayasan Bruno Manser, Micheline berkata beliau sudah menyerahkan maklumat tentang aset Taib Mahmud di dalam institusi kewangan di Switzerland kepada badan FINMA (Swiss Financial Market Supervisory Authority), sebuah organisasi yang mengawal aktiviti pembersihan wang haram, untuk siasatan.

Yayasan Bruno Manser adalah satu badan bukan kerajaan yang berpengkalan di Switzerland dan berjuang menentang rasuah Taib di Sarawak. Ia ditubuhkan sebagai tanda ingatan kepada Bruno Manser, pejuang alam sekitar yang hilang di secara misteri di dalam hutan Sarawak selepas bertahun-tahun berjuang menetang pembalakan haram yang mengganggu kehidupan orang Penan di Sarawak, lapor Sarawak Report.

Di dalam suratnya itu, Micheline menyatakan bahawa pihak berkuasa negaranya mengambil serius kebimbangan di peringkat antarabangsa tentang kemungkinan Taib mengambil untung secara haram daripada rasuah hasil pembalakan di Sarawak. Beliau sendiri menyatakan rasa tidak gembiranya kemungkinan aset daripada rasuah itu dilaburkan di Switzerland.

Di dalam suratnya itu Micheline menegaskan bahawa perjuangan menentang rasuah dan mengembalikan semula dana yang dibawa keluar secara haram ke negara asalnya adalah satu keutamaan buat kerajaan Switzerland.

“Bertahun lamanya kita memperjuangkan usaha mewujudkan satu pusat kewangan yang bersih, dengan undang-undang anti pembersihan wang yang menyeluruh yang mengandungi tanggungjawab pelaporan oleh institusi kewangan, terutamanya apabila ia melibatkan wang daripada orang politik.

“Walaupun kita mempunyai pelbagai cara untuk mencegah perkara ini, jika kita dapati aset yang berasal daripada kegiatan jenayah ada dalam sistem kewangan Switzerland, kita tidak akan teragak-agak untuk mengembalikan semula wang tersebut kepada negara asal.

“Sejak 15 tahun lepas, kita telah memulangkan hampir 1.5 bilion ke negara asal wang-wang ini,” kata Micheline dalam suratnya kepada Yayasan Bruno Manser.

FINMA sendiri dilaporkan sudah menghubungi Yayasan Bruno Manser memaklumkan yang mereka sudah ditugaskan untuk menyiasat aset Taib Mahmud dan mereka meneruskan siasatan tidak lama lagi.

Beban kini terletak di bahu Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak kerana di bawah undang-undang anti-pembersihan wang antarabangsa, beliau perlu mengarahkan pembekuan terhadap aset Taib Mahmud, salah satu daripada pembiaya terbesar partinya sendiri, Barisan Nasional.

Jika tidak, Switzerland terpaksa menunggu sehingga Taib disingkirkan daripada pemerintahannya.

Tetapi, jika Najib gagal berbuat demikian, perkara ini akan menjadi satu isu yang hangat diperbincangkan.

ETP-EPP hanya jana kekayaan di atas kertas

KUALA LUMPUR, 15 Jun: PAS menganggap Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sehingga kini hanya mampu ‘menjana kekayaan atas kertas’.

“Saya membangkitkan dalam soalan tambahan saya tentang Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang sehingga kini hanya mampu ‘menjana kekayaan atas kertas’ dan masih belum menggarap ‘kekangan utama’ atau critical bottle-neck yakni persoalan modal insane atau skilled workforce,” kata Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata, Najib pada 2 hari lalu, mengumumkan 9 inisiatif baru di bawah ETP bernilai pelaburan RM2.77 bilion dengan jangkaan kesan Pendapatan Negara Kasar (GNI) RM18.67 bilion serta bakal mewujudkan 36,595 pekerjaan menjelang 2020.

Tambahnya, terdahulu PM telah mengumumkan dalam tempoh yang singkat, iaitu dari Oktober 2010 hinggalah April 2011, 70 projek pelaburan yang berpotensi, didakwa bakal memperolehi jumlah pelaburan RM106.4 bilion, mencipta 298,865 peluang pekerjaan dan jumlah pendapatan penduduk (GNI) sebanyak RM153.83 bilion menjelang tahun 2020.

Menurutnya, mutakhir ini berdepan dengan PRU ke-13 yang boleh sahaja beliau umumkan bila-bila masa, Najib semacam terlalu ghairah untuk menyuntik rasa sedap atau feel-good factor di kalangan rakyat Malaysia dan khususnya di kalangan masyarakat bisnes.

“Saya ingatkan PM, sementara saya menyanjungi usaha gigih beliau, saya juga ingin mengingatkan PM supaya tidak keterlaluan dalam membuat pengisytiharan propjek-projek EPP-ETP ini kerana ia bakal memberi kesan sebaliknya khususnya pada pasaran saham yang menjana paper wealth atau kekayaan ke atas seperti yang telah hangus dan lesap berjumlah RM52bilion dari pegangan ekuiti saham bumiputera dari jumlah sebelumnya RM54 bilion!” ujarnya.

Katanya, lebih khusus lagi dan menjadi lebih malang mutakhir ini ialah apabila pengisytiharan demi pengisytiharan yang dibuat Perdana Menteri, apa yang berlaku hanyalah “kekayaan di atas kertas” khususnya kepada syarikat-syarikat yang disebut-sebut, yang masih dalam pelbagai peringkat komitmen bertaraf pelbagai ‘bintang’.

Beliau berkata, harga saham GLC atau syarikat besar swasta telah melonjak seandainya namanya tersenarai dalam EPP-ETP.

Malah, ujarnya ada yang dua kali ganda kadar lonjakan harga sahamnya, antara syarikat yang bermodal kecil yang namanya tersenarai dalam ETP, misalnya Tricubes Bhd yang menanggung kerugian sebelum ini, Karambunai CorpBhd, Petaling Tin Bhd dan lain-lain.

Sebagai contoh, katanya harga saham Tricubes Bhd melonjak dari 5.5 sen pada 18 April kepada 32.5 sen pada 22 April, setelah diumumkan bahawa syarikat ini menerima projek Emel 1Malaysia, bersamaan kadar lonjakan 491%.

Katanya, paling mutakhir saham Tricunes merudum kembali ke paras 10.5 sen.

“Umum tahu bahawa syarikat ini tergolong dalam syarikat GN3 atau dengan kata lain, mempunya permasalahan hutang yang perlu di’strukturkan’ pembayarannya,” katanya.

DUIT ORANG RAMAI KENA TIPU LAGI

BUKAN CUTI-CUTI TAPI CURI-CURI



RM1.8 JUTA RINGGIT UNTUK LAMAN FACEBOOK
- mkini

Kementerian Pelancongan sekali lagi 'panas' apabila ahli-ahli parlimen hari ini membidas tindakan kerajaan yang membelanjakan RM1.8 juta bagi membina dan menyelanggara laman Facebooknya.

Anthony Loke (DAP-Rasah) berkata sebegitu banyak wang dihabiskan sebegitu sahaja untuk laman sosial yang boleh dibuat secara percuma.

“Semakan terakhir saya mendapati ada hanya 20,308 peminat di laman Facebook kementerian. Secara bandingan laman Facebook 'Visit Penang', yang mana kerajaan negeri Pulau Pinang tidak membelanjakan satu sen pun tetapi mendapat 100,000 peminat. Kenapa belanja RM1.8 juta?” soalnya semasa sesi soalan.

Loke berkata adalah sukar untuk mempercayai kononnya tidak ada sesiapun di kementerian itu yang mempunyai pengetahuan untuk mengemas-kinikan akaun Facebook sehingga kerajaan terpaksa memberikan kontrak kepada pihak ketiga.

INI BETUL TIPU ORANG RAMAI…. kah kah kah…

nota:
perhatikan
sekarang ini gerombolan akan merembat apa saje
ini mereka tahu kerana 9 julai ini rakyat akan turun
bila rakyat turun ke jalan raya barulah
kerja merembat harta rakyat ini berhenti

selagi gerombolan berkuasa
selagi itulah
harta orang ramai di sebat

nota:
jangan lupa baru baru ini
anak nak berancok pun pakai duit kerajaan



CUTI CUTI MALAYSIA ATAU CURI CURI WANG MALAYSIA
– merdeka review

Perbelanjaan RM1.8 juta untuk membina dan menyelenggara laman Facebook Kementerian Pelancongan Malaysia cukup membeliakkan - buat mereka yang berlegar dalam dunia internet, sehingga satu laman bertajuk "Curi-Curi Wang Malaysia" ditubuhkan di Facebook sejurus khabar ini didedahkan.

Ahli parlimen Rasah, merangkap Ketua DAPSY Anthony Loke mempersoalkan Menteri Pelancongan Malaysia, Ng Yen Yen - mengapa kontrak RM1.8 juta diberikan kepada Impact Creations Sdn Bhd untuk menyelenggara lamanFacebook kementeriannya, sedangkan ia boleh dilakukan secara percuma?

Curi-Curi Wang Malaysia", sebagai sindiran kepada slogan "Cuti-Cuti Malaysia". Pengasas laman tersebut meninggalkan mesej pertamanya pada jam 6.03 petang tadi, dan telah mempunyai kira-kira 150 peminat pada 7.10 petang.

Antara komen yang ditinggalkan pada laman tersebut adalah desakan agar wang tidak dibazirkan dengan cara sebegitu, dan harus dikembalikan kepada rakyat.

Isnin, 13 Jun 2011

Gani sembunyi kehilangan berbillion Ringgit

Dalam tempoh 1994 hingga 1996 itu juga, Gani Patail turut sibuk memainkan peranannya menutup kes atau membenamkan maklumat yang melibatkan Menteri-Menteri atau Ketua Menteri berkaitan yang boleh dibuktikan sebagai telah melakukan salahguna kuasa dan rasuah.

Tidak ketinggalan juga berkaitan kes Perwaja dan kemudiannya yang berkaitan dengan TRI. Ikuti pendedahan Datuk Mat Zain bin Ibrahim melalui Surat terbuka terbarunya kepada Perdana Menteri Malaysia.

Mat Zain bin Ibrahim,
10hb.Jun 2011.

Kepada;

YAB Dato Seri Mohd.Najib Tun Abdul Razak,


Perdana Menteri Malaysia,
Jabatan Perdana Menteri,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Dengan Tangan
62152 Putrajaya,
Wilayah Persekutuan.


Yang Amat Berhormat Dato Seri,

PERANAN PEGUAM NEGARA DALAM SKANDAL MAS.


Assalamualaikum wbt.

1. Saya muncul kali ini untuk, menarik perhatian YAB kepada pengumuman yang dibuat oleh Tan Sri Dr.Hadenan Abdul Jalil pada 31.5.2011 yang “membersihkan” Tan Sri Abdul Gani Patail, Peguam Negara sekali lagi, daripada sebarang salah laku jenayah, berkaitan pemergiannya menunaikan Haji di Mekah, bersama-sama dengan seorang Shahidan Shafie yang dikatakan seorang proxy kepada Tan Sri Tajuddin Ramli.

2. Saya menyatakan bahawa tindakan Tan Sri Hadenan sedemikian itu, adalah tidak teratur serta tidak mengikut peraturan Undang-Undang sedia ada. Ini memandangkan beliau, sama ada secara persendirian atau sebagai sifat Pengerusi Operation Review Panel MACC tidak mempunyai sebarang kuasa atau hak mengikut Perlembagaan atau mana-mana Undang-Undang,untuk menyemak apa-apa keputusan yang dibuat oleh Pendakwa Raya atau SPRM sendiri.

3. Untuk penekanan yang lebih jelas,saya sertakan salinan surat Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) bertarikh 23.7.2009, menyentuh bidangkuasa mereka, yang ditanda tangani sendiri oleh YA Bhg.Tun Abdul Hamid bin Haji Mohamad,Pengerusi LPPR dengan maksudnya berpenerangan sendiri.

4. Sekiranya Jawatankuasa induk LPPR yang diperngerusikan oleh seorang mantan Ketua Hakim Negara, telah mengesahkan bahawa mereka sendiri TIDAK mempunyai kuasa menyemak keputusan yang dibuat oleh Pendakwa Raya atau SPRM, maka persoalannya ialah; darimana pula Tan Sri Hadenan memperolehi kuasa beliau untuk membersihkan Gani Patail. Selain itu Tan Sri Hadenan sendiri dipercayai telah menerima surat rayuan saya bertarikh 15.4.2009 dialamatkan kepada LPPR dan dipercayai juga, telah mengambil pendirian secara kolektif sepertimana jawapan Pengerusi LPPR bertarikh 23.7.2009 tersebut.

5. Pada pendapat saya persoalan sama ada Tan Sri Hadenan serta Ahli-Ahli jawatankuasa beliau berpuas hati atau sebaliknya, berkaitan siasatan SPRM itu tidak timbul, memandangkan beliau tidak ada kuasa untuk berbuat apa-apa sekalipun beliau tidak berpuas hati. Malahan Tan Sri Hadenan sendiri telah membuat kenyataan umum, bahawa Operations Review Panel (ORP) tidak terlibat didalam sebarang proses penyiasatan SPRM memandangkan ORP bukan sebagai sebahagian organisasi SPRM melainkan sekadar mewakili orang ramai sahaja, sepertimana yang dilaporkan oleh Bernama pada 12.11.2009. Beliau membuat kenyataan ini ketika mengesahkan akan menghantar permohonan ORP kepada Peguam Negara untuk mendapatkan kebenaran bertulis meneliti kes berkaitan V.K.Lingam. Saya sendiri tidak nampak apa yang ORP boleh buat dengan kes berkenaan oleh kerana ORP tidak mempunyai kuasa penyiasatan atau pendakwaan ataupun kuasa dan hak menyemak semula apa apa keputusan yang dibuat oleh SPRM atau Pendakwa Raya.

6. Seterusnya saya berpendapat bahawa tindakan Tan Sri Hadenan membuat pengumuman berkaitan pemergian Peguam Negara ke Mekah sedemikian itu, sekadar merupakan suatu eksesais “white-washing” yang tidak teratur dan sia-sia, bertujuan untuk menyelamatkan Gani Patail daripada dikenakan hukuman jenayah, berdasarkan daripada penerangan yang saya berikan di atas dan juga hujah lanjutan dalam perenggan-perenggan yang akan menyusul selepas ini.

7. Antara dakwaan utama yang dibuat terhadap Gani Patail berkaitan isu pemergiannya ke Mekah itu, ialah beliau didapati bersekongkol dengan seorang En.Shahidan Shafie yang dikatakan sebagai seorang proxy kepada Tan Sri Tajuddin Ramli (TRI) yang sedang menghadapi penyiasatan SPRM berkaitan skandal MAS. Hubungan erat antara Gani Patail dengan Shahidan seperti ahli keluarga didakwa telah mempengaruhi Gani Patail untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap TRI.

8. Saya menyatakan bahawa Shahidan bukan sekadar seorang proxy biasa kepada TRI. Malah Shahidan mempunyai liabiliti penjenayahannya yang tersendiri dalam Skandal MAS tersebut, berasingan dengan liabiliti jenayah TRI. Dakwaan ini dapat dilihat dengan jelas dalam laporan kepada SPRM yang dibuat oleh En.Shahari bin Sulaiman Pengarah Urusan MASKargo Sdn Bhd. sebuah anak syarikat MAS pada 20.5.2009. Untuk kemudahan rujukan, saya lampirkan salinan laporan berkenaan yang pernah disiarkan kepada umum oleh blog Malaysia Today sekitar bulan Ogos 2010.

9. Siapa Shahidan, apa hubungan beliau dengan TRI dan apa peranan yang dimainkan oleh Shahidan, dilaporkan secara teratur dan kemas dalam laporan berkenaan. Begitu juga dengan peranan dan tanggungan liabiliti jenayah oleh individu-individu lain yang dinamakan dalam laporan sama. Kredibiliti laporan oleh MAS tersebut tidak boleh dipertikaikan memandangkan terdapat wakil Kerajaan dalam Lembaga Pengarah MAS sendiri. Malahan laporan dari MAS itu seharusnya dianggap sebagai laporan daripada Kerajaan. Kerugian terkumpul RM8 Billion akibat Skandal MAS itu juga wajar dianggap sebagai pendedahan oleh Kerajaan sendiri.

10. Pada 15 Disember 2010,Tan Sri Hadenan telah membuat pengumuman bahawa Skandal MAS tersebut masih dalam siasatan SPRM setelah muncul keterangan dan saksi-saksi baru.Pengumuman ini telah disiarkan secara meluas oleh media MSM dan alternatif. Ini bermakna status TRI ialah beliau masih dalam siasatan. Begitu juga dengan status setiap seorang yang dinamakan dalam laporan MAS tersebut.Ini juga bermakna bahawa status Shahidan dalam Skandal MAS ini juga, adalah beliau masih dalam siasatan SPRM.

11. Persoalannya ialah adakah wajar, Gani Patail seorang Peguam Negara yang masih berkhidmat dilihat sebagai bersekongkol dengan Shahidan, seorang yang masih dalam siasatan serious SPRM, yang mana hasil siasatannya kelak, dipertimbangkan oleh Jabatan Peguam Negara yang diketuai oleh Gani Patail sendiri. Mampukah SPRM atau Jabatan Peguam Negara bertindak berkecuali serta memberikan pertimbangan yang adil dan saksama dalam kes ini sedangkan skandal ini melibatkan kerugian melebihi RM8 Billion wang Rakyat.

12. Ketika membuat pengumuman pada 31.5.2011 itu pula, Tan Sri Hadenan tidak langsung menyebut berkaitan status Shahidan dalam penyiasatan SPRM ataupun mengesahkan sama ada Gani Patail dan keluarganya benar telah pergi dan tinggal bersama dengan Shahidan ketika di Mekah, walapun fakta ini adalah fakta material dalam penyiasatan. Sekiranya Tan Sri Hadenan mengharapkan untuk menemui rekod transaksi kewangan antara TRI atau Shahidan di dalam akaun persendirian Gani Patail, maka itu seolah mengharapkan bulan jatuh keriba. Sama ada beliau sedar atau tidak, Tan Sri Hadenan boleh disifatkan telah menyembunyikan sesuatu fakta material yang boleh dianggap sebagai suatu perdayaan sepertimana yang ditakrifkan dalam Kanun Keseksaan.

13. Perkara utama dalam isu ini, tidak lain daripada mempertimbangkan tingkah laku atau conduct Gani Patail. Sama ada sebagai seorang Peguam Negara, sepadan atau tidak, beliau bersekongkol secara terang-terang dengan seorang yang sedang dalam penyiasatan pihak berkuasa kerana didakwa terlibat dalam suatu skandal besar melibatkan wang Rakyat. Apabila ianya melibatkan isu conduct seorang Peguam Negara yang sedang berhidmat, maka pihak yang mempunyai kuasa atau hak mengadilinya, hanyalah sebuah Tribunal yang dilantik oleh SPB Yang Di-Pertuan Agong setelah dinasihatkan oleh Perdana Menteri, sepertimana yang sedia ada secara spesifiknya dalam Artikel 125 (3) dibaca bersama Artikel 145 (6) Perlembagaan. Saya yakin saya tidak perlu menjelaskan perkara ini lebih lanjut lagi memandangkan Kerajaan sendiri pernah menghadapi situasi serupa dalam isu conduct mantan Ketua Hakim Negara, YA.Bhg. Tun Salleh Abbas.

14. Seorang Peguam Negara yang berwibawa dan mempunyai kredibiliti tidak tercemar, akan mempertahankan hak dan keistimewaan jawatan beliau yang sedia diperuntukkan dalam Perlembagaan. Beliau tidak akan sama sekali membenarkan, mana-mana pihak yang tidak berkenaan, sewenang-wenangnya mengadili atau meneliti perihal conduct beliau sepertimana yang pernah dicabar oleh Tun Salleh Abbas suatu ketika dahulu. Malangnya Gani Patail yang kita kenali, sanggup merelakan dirinya diadili oleh sesiapa jua asalkan pihak berkenaan sanggup mengisytiharkan secara umum, bahawa beliau bebas daripada sebarang salah laku jenayah.Sekiranya Gani Patail tidak mampu dan berani mempertahankan hak dan keistimewaan jawatan beliau sendiri, maka bagaimanakah Rakyat boleh mengharapkan beliau menjadi pelindung serta mempertahankan hak kesamarataan Rakyat dari sudut Perlembagaan dan undang-undang Negara.

15. Walau bagaimanapun perkara yang, menarik dalam laporan Pengarah Urusan MASKargo itu ialah; “modus operandi” (M.O.) yang diamalkan oleh TRI dan lain-lain individu terlibat dalam Skandal MAS tersebut. M.O yang dimaksudkan ialah, “membuat perjanjian/kontrak jangka panjang yang berat sebelah”. M.O sebegini dikatakan telah diamalkan oleh TRI dalam beberapa perjanjian/kontrak sejak beliau mengambil alih MAS dari tahun 1994 sehingga 2001 yang menyebabkan kerugian terkumpul lebih daripada RM8 Billion.

15.1. Rakyat juga kini mendapat tahu bahawa Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga dilaporkan telah menandatangani beberapa perjanjian/kontrak jangka panjang yang berat sebelah dengan beberapa Penjanakuasa Bebas (IPP),yang mengakibatkan Rakyat menanggung kerugian lingkungan RM 20 Billion.

15.2. Begitu juga dalam hal skandal kewangan Syarikat Perwaja Steel, di mana beberapa perjanjian/kontrak jangka panjang yang berat sebelah telah dibuat dengan beberapa Syarikat dalam dan Luar Negara yang mengakibatkan dana Rakyat sekitar RM4 Billion lesap.

16. Secara kebetulan pula ketiga-tiga “skandal kewangan” ini berlaku atau bermula antara tahun 1994 hingga tahun 1996. Tidak salah jika demi kepentingan Rakyat, Kerajaan meneliti semula kesemua perjanjian/kontrak yang dikatakan berat sebelah itu memandangkan terdapat keserupaan dalam M.O yang digunakan oleh ketiga-tiga Syarikat terlibat untuk mencari “common factor” yang mungkin boleh ditemui jika penyiasatannya dilakukan dengan teliti. Kita tidak boleh mengenepikan kemungkinan mendapati orang atau kumpulan orang-orang yang menyediakan terma-terma perjanjian/kontrak berkenaan terdiri dari kumpulan orang yang sama. Kajian kriminologis telah membuktikan bahawa pencuri, perompak dan penipu lazimnya akan mengamalkan M.O yang sama setiap kali melakukan jenayah kerana itu adalah kelebihan atau kemahiran mereka.

16.1. Saya percaya eksesais ini berbaloi memandangkan kerugian yang Rakyat telah tanggung melebihi RM30 Billion. Mungkin Rakyat sendiri tidak dapat membayangkan nikmat dan kemudahan yang mereka akan rasai jika wang sebanyak itu telah dibelanjakan untuk kepentingan mereka.

17. Boleh dikatakan tahun 1994 hingga 1996 merupakan suatu tempoh bila mana “skandal-skandal” dan kontroversi menggemparkan Negara berlaku atau bermula. Selain daripada skandal kewangan melibatkan MAS, TNB dan Perwaja Steel yang telah dibincangkan dalam perenggan di atas, beberapa peristiwa menarik perhatian umum yang saya masih ingat antaranya;

17.1. Beberapa orang Menteri Kanan dan Ketua Menteri didedahkan melakukan salahgunakuasa dan rasuah melibatkan ratusan juta Ringgit.

17.2. Pendedahan percutian mantan Ketua Hakim Negara Tun Eusuff Chin dan keluarga ke New Zealand bersama VK Lingam dan keluarga.

17.3. Pendedahan percutian Peguam Negara Allahyarham Tan Sri Mohtar Abdullah dengan VK Lingam dan ahli perniagaan Vincent Tan ke Italy/Spain.

17.4. Rompakan terbesar dalam sejarah Negara berlaku di gudang MASKargo, Terminal B Lapangan Terbang Subang dalam bulan Ogos 1994. Dalam kejadian ini kumpulan “Geng Mamak” terdiri daripada kumpulan 6 adik-beradik berasal dari Kuala Kangsar, Perak telah melakukan rompakan nekad, 300 ketul jongkong emas bernilai RM10 juta. Kami mengenalpasti Geng Mamak yang melakukan rompakkan ini berdasarkan daripada kajian M.O mereka.

18. Kecuali kes rompakan 300 jongkong emas di-MASKargo itu, peristiwa-peristiwa lain yang disebutkan di atas masih lagi diperbualkan dan dibahaskan sehingga hari ini. Mungkin kerana kerugian lebih RM30 Billion itu adalah terlalu besar untuk Rakyat berdiam diri atau memaafkan sesiapa juga yang terlibat mengakibatkan kerugian sebanyak itu yang menyebabkan sebilangan besar Rakyat menderita selama itu.

19. Dalam tempoh 1994 hingga 1996 itu juga, Gani Patail turut sibuk memainkan peranannya menutup kes atau membenamkan maklumat yang melibatkan Menteri-Menteri atau Ketua Menteri berkaitan yang boleh dibuktikan sebagai telah melakukan salahguna kuasa dan rasuah. Tidak ketinggalan juga berkaitan kes Perwaja dan kemudiannya yang berkaitan dengan TRI.

20. Berbalik kepada perkara eksesais membersihkan Gani Patail daripada sebarang salahlaku jenayah pada 31.5.2011 itu, bukanlah kali pertama SPRM lakukan. Bukan sahaja keputusan ini sudah dijangkakan, malahan Rakyat telah sampai ke tahap meluat dengan tindak-tanduk SPRM yang tidak putus-putus berbohong, semata-mata untuk menyelamatkan Gani Patail daripada dikenakan hukuman jenayah. Rakyat telah hilang keyakinan terhadap SPRM sehinggakan apa juga kebaikan dan kejayaan yang dipamerkan oleh SPRM dianggap sebagai sandiwara untuk mengabui mata Rakyat semata-mata.

21. Padahalnya, Operasi 3B yang SPRM lancarkan 2 bulan lalu, yang menghasilkan kejayaan cemerlang, patut diberi pujian dan sepatutnya mampu mengembalikan maruah SPRM yang telah tercemar. Bukan mudah untuk mencapai kejayaan sedemikian itu, melainkan operasinya dirancang dan dilaksanakan dengan tahap professionalisma yang tinggi dan kerahsiaan maklumat yang ketat, yang diamalkan oleh setiap seorang Pegawai dan angguta terlibat dalam operasi tersebut. Malangnya segala usaha mereka dianggap sebagai sandiwara semata-mata. Namun kita tidak boleh menyalahkan Rakyat kerana mereka mempunyai sebab untuk membentuk persepsi sedemikian.

22. Walau bagaimanapun dalam hal ini hanya SPRM sahaja yang berhak memilih jalan terbaik untuk mereka. Sama ada mereka terus memilih untuk melindungi Gani Patail seorang dan sanggup membiarkan Rakyat terus mengecam mereka, ataupun mereka memilih mempertahankan nama baik dan maruah organisasi dan setiap seorang warga SPRM dan keluarga mereka. Saya yakin Yang Amat Berhormat tidak keberatan membantu mereka.

Selamat sejahtera.Wassalam.

Terima kasih,

Yang benar,

(MAT ZAIN IBRAHIM)

Mengapa Khir Toyo tak perlu dedah sumber wang tunai

Mantan menteri besar Selangor dituduh memperolehi untuk dirinya dan isteri Zahrah Syed Kecik harta bernilai yang diketahui di bawah nilai sebenar.

Ia adalah dua keping lot tanah dan sebuah rumah di No 8 dan 10, Jalan Suasa 7/1L, Shah Alam,dari Ditamas Sdn Bhd menerusi pengarahnya Shamsuddin Hayroni dengan harga RM3.5 juta pada hal lot-lot tersebut dibeli Ditamas pada 23 Disember, 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Perbicaraan Khir masih berjalan dimahkamah dan walau masyarakat fikir ia kes rasuah ,tapi ia adalah lebih spesifik 'Penjawat awam mendapat harta tanpa mengambil tahu ,dari orang-orang yang berkepentingan dalam urusan perniagaan atau perbincangan oleh seorang penjawat awam" -seksyen 16 Kanun Keseksaan.

Seksyen 165 Kanun Keseksaan tidak di istilah sepatutnya seperti Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Ditanya mengapa Khir tidak didakwa dibawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Peguam Negara Abdul Gani Patail hanya berkata : "Seksyen 165 Kanun Keseksaan hanya ditetapkan dibawah Akta SPRM."

Shamsuddin tidak perlu buktikan dia ada kepentingan

Ditetapkan ,boleh jadi,tapi pertuduhan terhadap Khir bukan tuduhan rasuah atau menerima rasuah kerana tidak sama dibawah Akta SPRM,tanggungjawab untuk membuktikan rasuah atau penerimaan rasuah pihak lain tidak mendapat untung dari transaksi itu juga ditanggung pihak pembela.

Akta SPRM sepatutnya memaksa Khir membuktikan bahawa dia tidak, dalam jawatannya sebagai menteri besar, menawarkan apa-apa imbuhan atau memihak pada Shamsuddin, pengarah Ditamas,dimana Seksyen 165 tidak memerlukan ini.

Itulah sebab mengapa Shamsuddin,yang juga dituduh bersama Khir,terlepas bebas.Ia tidak menjadi isu walau ia ada mendapat sesuatu keuntungan besar dari Khir sebagai balasan menjual hartanah dengan harga teramat rendah,Khir tidak perlu membuktikan Shamsuddin tidak mendapat apa-apa. Dan jika pun Shamsuddin mendapat untung,tidak menjadi hal? Seksyen 165 percaya Shamsuddin hanya sebagai mangsa dalam kes ini.

Ya,Khir boleh senyum. Shamsuddin pun sama tidak perlu beritahu adakah dia beruntung dari memberi diskaun pada Khir. Aspeknya perjanjian itu boleh jadi satu rahsia istimewa antara mereka untuk selamanya.

Betapa baiknya peguam negara, SPRM dan kerajaan BN.

Diskaun masa dipenjara.

Tambahan pula bukan saja Khir mendapat diskaun dalam pembelian itu, peguam negara juga memberi diskaun masa dipenjara.

Dibawah Seksyen 165, Khir boleh dikenakan penjara selama 2 tahun dari jika dibawah SPRM yang memperuntukan 20 tahun. Dalam erti kata lain diskaun yang memesungkan-kali ini penjimatan sebanyak 18 tahun dari masa dipenjara.

Langkah bijak pihak berkuasa dalam melindungi kroni mereka.

Tidak perlu beritahu dari mana jutaan ringgit didapati.

Tiada juga kewajipan untuk Khir menyatakan bagaimana dia mengumpul jutaan ringgit yang digunakan untuk pembelian dan kemudian pengubahsuaian untuk rumah itu. Dia masih boleh nyatakan ada mengambil pinjaman dari bank seberang laut selagi boleh menunjukkan dokumen sokongan pada pernyataannya.

Apa saja soalan bagaimana dan dari mana dia mendapat jutaan ringgit boleh ditolak dengan alasan tidak relevan dengan kesnya.

Walaupun itulah soalan sebenarnya ,bukankah begitu? Rakyat atau warganegara mahu tahu, bagaimana seorang kakitangan kerajaan boleh membolot sebanyak jutaan itu. RM3,5 untuk pembelian dan tambahan ubahsuai rumah RM6.5 juta tunai.

Adakah Khir Toyo memberi apa-apa imbuhan pada Shamsuddin untuk mendapat diskaun RM3 juta itu? Adakah ini kes terpencil atau ada banyak lagikah perjanjian-perjanjian yang dibuat semasa menjawat jawatan menteri besar, dimana dia memperolehi wang dan harta tambahan dengan korupsi?

Inilah persoalan-persoalan yang tidak akan disoal semasa perbicaraan dan tidak akan menjadi berita yang tersiar. (oleh media-media pandi kutty-tambahan dari penterjemah)

Ditulis oleh Maclean Patrick - Malaysian Chronicle

Harga bahan api dikurang jika Pakatan kuasai Putrajaya, janji Anwar

KUALA LUMPUR, 12 Jun — Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji akan mengurangkan harga bahan api dalam tempoh 24 jam sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan persekutuan.

“Pemimpin-pemimpin Umno boleh mengatakan apa sahaja (mereka) mahukan,” kata Anwar pada satu ceramah di Brickfields di sini hari ini.

“Saya pernah menjadi menteri kewangan. Saya tidak mahu menjanjikan perkara-perkara yang mustahil,” katanya lagi.

Pentadbiran Najib baru-baru ini menaikkan tarif elektrik selain mengurangkan subsidi diesel bagi kapal-kapal perikanan laut dalam dan sembilan kelas kenderaan komersial.

Putrajaya sejak tahun lalu memperkenalkan dasar pelarasan subsidi yang membawa kepada kenaikan harga bahan api dengan harga RON97 diapungkan secara berperigkat-peringkat.

Sejak awal tahun ini harga RON97 sudah naik empat kali.

Anwar juga mengecam pentadbiran Najib kerana mengurangkan subsidi pengguna sedangkan subsidi kepada pengeluar tenaga bebas, yang mencecah RM19 bilion tahun ini tidak disentuh sama sekali.

“Apabila yang kaya menerimanya, ia (dikatakan) insentif. Apabila nelayan miskin menerima, ia subsidi,” kata beliau ketika berucap di hadapan kira-kira 500 hadirin.

Nelayan dan operator bot di Kuantan mengadakan mogok selama tiga hari mulai semalam ekoran pemotongan subsidi diesel.

Anwar berkata, beliau telah mengunjungi Bahrain dan Kuwait baru-baru ini, tetapi tiada negara pengeluar minyak di dunia yang menaikkan harga minyak seperti di Malaysia.

Justeru katanya, kenaikan harga minyak dunia bukan isunya memandangkan Malaysia mengeluarkan minyak.

“Apa yang kami ada untuk ditawarkan? Buku Jingga,” kata Anwar.

Buku Jingga, yang diterima oleh Konvensyen Pakatan Rakyat Disember lalu menyenaraikan 10 inisiatif untuk dilaksanakan dalam 100 hari pertama jika perikatan itu mengambil alih kerajaan persekutuan.

Anwar turut serta Bersih 2.0 pada 9 Julai

PORT DICKSON: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan beliau akan turut serta bersama-sama rakyat dalam perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai hadapan di sekitar ibu negara Kuala Lumpur.

“Saya nak pesan tentang Bersih 9 Julai. Saya, Tuan Guru Haji Hadi dan YB Lim Kit Siang akan turut serta bersama-sama (berhimpun) menyatakan pandangan kita,” kata Anwar.

Beliau membuat kenyataan itu sewaktu berucap di hadapan kira-kira 2,000 hadirin pada Ceramah Perdana di Kampung Si Rusa, Batu Empat, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Bersih 2.0 yang akan berlangsung 9 Julai ini di sekitar ibu negara diadakan kerana tuntutan Bersih terdahulu yang antaranya mahukan satu reformasi pilihan raya yang adil dan pembersihan daftar pengundi masih lagi belum dipenuhi SuruhanJaya Pilihan Raya (SPR).

Pada ceramah yang sama, Anwar sempat mengingatkan hadirin bahawa pilihan raya umum akan datang adalah masa yang terbaik untuk bekerja keras memastikan Umno dan Barisan Nasional ditumbangkan dalam pilihan raya umum akan datang.

Ini kerana, kata Anwar, hanya sedikit sahaja usaha lagi diperlukan untuk memastikan Umno BN kalah dalam pilihan raya akan datang.

“Pilihan raya akan datang, kesempatan untuk kita yang cukup baik.

“Nak push sikit sahaja lagi. Negeri Sembilan, (kita memerlukan) empat atau lima kerusi (Parlimen sahaja lagi), jalan (Menteri Besar) Mohamad Hassan.

“Parlimen, kita nak dua atau tiga kerusi sahaja lagi.Insya Allah mereka jalan.

“Dulu kita kalah sebab Sarawak dan Sabah. Sekarang kalau ada pilihan raya, Sarawak sekurang-kurangnya ada 10 dalam tangan.

“Dua kerusi di Negeri Sembilan, dua di Selangor, satu di Kedah, satu di Perak, dua di Terengganu, tergulinglah Umno,” kata Anwar disambut tepukan gemuruh daripada hadirin yang mendengar ceramahnya.

Pada majlis yang sama, Anwar juga sempat menyempurnakan simbolik pemakaian baju T Bersih 2.0 kepada beberapa ahli KEADILAN Port Dickson sebagai tanda penglibatan mereka dalam perhimpunan Bersih 9 Julai ini.

Tubuh Tribunal siasat Gani Patail- Mat Zain Ibrahim


KUALA LUMPUR: Satu tribunal khas perlu ditubuhkan bagi menyiasat penglibatan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail dalam skandal kerugian RM8 billion Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) melibatkan Tan Sri Tajuddin Ramli.

Gesaan itu dibuat bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Mat Zain Ibrahim dalam surat terbukanya yang terbaru kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Mat Zain merupakan pesara Pegawai Kanan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) berpangkat Senior Asisten Kommisioner II (SAC II) dan menyiasat insiden “mata lebam’ Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu beliau ditahan polis dalam kes fitnah pertama pada tahun 1998.

Mat Zain membuat gesaan itu selepas Tan Sri Dr.Hadenan Abdul Jalil, Pengerusi Panel Penilai Operasi MACC (ORP) , mengisytiharkan Gani Patail ‘bersih’ daripada sebarang salah laku jenayah berkaitan pemergiannya menunaikan Haji di Mekah bersama-sama Shahidan Shafie, seorang proksi kepada Tajuddin Ramli.

“Apabila ia melibatkan isu kelakuan seorang Peguam Negara yang sedang berhidmat, pihak yang mempunyai kuasa atau hak mengadilinya hanyalah sebuah tribunal yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong setelah dinasihatkan Perdana Menteri, seperti yang sedia ada secara spesifiknya dalam Artikel 125 (3) dibaca bersama Artikel 145 (6) Perlembagaan,” kata Mat Zain.

Menurutnya lagi, Hadenan selaku Pengerusi ORP tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian. Malah, ORP sendiri sedia maklum tentang perkara itu kerana mereka pernah membuat permohonan kepada Peguam Negara untuk meneliti kes VK Lingam.

“Persoalan sama ada Tan Sri Hadenan serta ahli-ahli jawatankuasanya berpuas hati atau sebaliknya berkaitan siasatan SPRM itu tidak timbul memandangkan beliau tidak ada kuasa untuk berbuat apa-apa sekalipun beliau tidak berpuas hati.

“Malah, Tan Sri Hadenan sendiri membuat kenyataan umum bahawa Operations Review Panel (ORP) tidak terlibat didalam sebarang proses penyiasatan SPRM memandangkan ORP bukan sebagai sebahagian organisasi SPRM melainkan sekadar mewakili orang ramai sahaja, seperti dilaporkan Bernama pada 12.11.2009.

“Beliau membuat kenyataan ini ketika mengesahkan akan menghantar permohonan ORP kepada Peguam Negara untuk mendapatkan kebenaran bertulis meneliti kes berkaitan V.K.Lingam,” kata Mat Zain.

Berhujah lebih lanjut, Mat Zain menyifatkan usaha Hadenan mengumumkan Gani Patail sudah ‘bersih’ daripada sebarang salah laku itu sebagai tidak lebih daripada eksesais “white-washing” yang tidak teratur dan sia-sia – bertujuan untuk menyelamatkan Gani Patail daripada dikenakan hukuman jenayah.

“Persoalannya ialah adakah wajar Gani Patail, seorang Peguam Negara yang masih berhidmat dilihat sebagai bersekongkol dengan Shahidan, seorang yang masih dalam siasatan serius oleh SPRM.

“Hasil siasatannya kelak, (akan) dipertimbangkan Jabatan Peguam Negara yang diketuai Gani Patail sendiri.

“Mampukah SPRM atau Jabatan Peguam Negara bertindak berkecuali serta memberikan pertimbangan yang adil dan saksama dalam kes ini sedangkan skandal ini melibatkan kerugian melebihi RM8 billion wang rakyat,” kata Mat Zain.

Dalam surat yang sama, Mat Zain turut menggesa siasatan dilakukan ke atas beberapa perjanjian berat sebelah jangka panjang yang dimeterai antara entiti korporat kroni kerajaan dengan pentadbiran pada masa itu yang melibatkan rakyat menanggung jerugian yang besar.

“Rakyat juga kini mendapat tahu bahawa Tenaga Nasional Berhad (TNB) dilaporkan menandatangani beberapa perjanjian/kontrak jangka panjang yang berat sebelah dengan beberapa Penjanakuasa Bebas (IPP), yang mengakibatkan rakyat menanggung kerugian lingkungan RM 20 Billion,” kata Mat Zain.

Undi Pakatan jika mahu nikmati negara berkebajikan


KUALA LUMPUR, 12 Jun: Rakyat digesa memilih Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 jika mahu merasai nikmat negara berkebajikan yang mahu diperkenal PAS dan rakan-rakan Pakatan Rakyat yang lain.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan guru Abdul Hadi Awang berkata, rakyat bakal menikmati kehidupan lebih baik dibawah konsep negara berkebajikan Pakatan Rakyat berbanding di bawah BN sekarang ini.

Tambahnya, ianya boleh dilihat di negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat iaitu Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang dan juga sebahagiannya telah ditawarkan dalam Buku Jingga.

"Kalau nak tahu apa itu negara kebajikan, rakyat pilih kita pada pilihan raya akan datang.

"Beri kita lima tahun, kita akan tunjuk apa kita akan lakukan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa kerja PAS pusat kali pertama untuk sesi 2011-2013 di Pejabat Agung PAS hari ini.

Kelmarin, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata hasrat PAS mahu melaksanakan negara berkebajikan itu 'meniru' apa yang telah dibuat BN sejak lama.

Terbaru, seorang lagi bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan tindakan PAS menggugurkan perjuangan negara Islam dan diganti negara kebajikan, sekadar umpan untuk meraih undi bukan Islam.

Menjawab tomahan itu, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, "itu kenyataan orang yang tidak membaca apa dia politik Islam".

Katanya, negara berkebajikan PAS jauh berbeza dengan Umno di mana PAS meletakkan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai sumber rujukan yang tidak dibuat oleh Umno BN.

"Sebahagiannya kita berjaya buat di negeri yang kita perintah di Kelantan, Kedah, pernah di Perak dan Terengganu termasuk di Selangor dan Pulau Pinang.

"Konsep berkebajikan bukan sahaja kebajikan kepada rakyat, tetapi juga tidak mengerjakan perkara yang haram antaranya meninggalkan rasuah bukan sahaja kerana SPRM tetapi kerana perintah Allah," katanya lagi.

Mengulas lanjut, beliau menyifatkan pemimpin Umno BN itu sedang 'kepanasan' dengan apa yang mahu diperkenal PAS itu.

Apatah lagi, katanya ekonomi negara berkebajikan yang mahu dilaksanakan PAS akan menambah pendapatan negara tanpa membebankan rakyat dengan kenaikan harga barang dan menaikkan cukai kepada rakyat kebanyakan seperti dibuat BN.

"Terengganu kita (PAS) pernah hapuskan tol (jambatan). Jelas itu satu kebajikan yang kita buat kerana melihat yang lalu itu peniaga-peniaga kecil, orang kampung.

"Walaupun kita rugi berjuta, namun kita tampung dengan menaikkan cukai kepada mereka yang kaya seperti industri dan pembalakan," ujarnya.

PESTA KEMARAHAN RAKYAT

BERSEDIA



SEKATAN TERHADAP BERSIH BUKTI UMNO TIPU DALAM PILIHANRAYA
– keasilan daily

BRICKFIELDS: Umno Barisan Nasional (BN) sentiasa cuba menipu dalam pilihan raya lanataran mereka tidak membenarkan sebarang pemantauan dibuat baik pihak luar mahupun badan bukan kerajaan (NGO) tempatan, kata Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim.

Berucap pada forum ‘Ke Arah Perubahan’ bertempat di Wisma Pandu Puteri Wilayah Persekutuan di sini, beliau berkata, ia berbeza dengan negara lain yang membawa pemerhati luar untuk memantau pilihan raya – merujuk kerajaan Turki yang mengundang wakil dari KEADILAN untuk memantau pilihan raya mereka yang berlangsung hari ini.

“Bayangkan Perdana Menteri (Turki, Recep Toyyip Endorgen) jemput orang luar untuk pantau pilihan raya. Dia yakin pilihan raya negaranya mampu dipantau kerana dia jalankan pilihan raya yang bebas dan adil. Kita di sini, jangankan orang luar, Pengerusi Bersih 2.0 (Ambiga Sreenevasan) nak pergi pantau pilihan raya Sarawak pun tak boleh.

“Maknanya, Umno ada sesuatu yang ingin disembunyikan. Mereka mahu tipu dalam pilihan raya,” kata Anwar disambut tepukan gemuruh hampir 2,000 hadirin yang bersesak-sesak mendengar ceramahnya di dewan itu.

BUKTI LAGI… kah kah kah..


NOTA:

jawabnya jangan lupa 9 julai

NOTA:
sila tempah tiket bas dari sekarang
sila tempah tiket air kapal terbang dari sekarang
sila tempah tiket keretapi dari sekarang

kalau nak datang naik motor pastikan semua siaga
kalau nak datang naik basikal pastikan tayar ok

siapa nak datang jalan kaki besenam dari sekarang
kah kah kah


nota:
datang awal ke kuala lumpur
ada modal duduk di hilton
kurang modal duduk di sharaton
kongsi-kongsi duduk di meridian
kurang modal duduk hotel chow kit
tak ada modal tidor masjid



SOMBONG YANG BAIK

MUNKEE GEROMBOLAN



TUNTUTAN PENGUSAHA PUKAT TUNDA C2 TIDAK AKAN DILAYAN : ISMAIL SABRI – mStar

Kerajaan tidak akan melayan tuntutan kira-kira 1,000 pengusaha bot pukat tunda C2 di Pahang, Johor dan Perlis yang melancarkan mogok bagi meminta kerajaan menimbang pemberian subsidi super diesel kepada mereka.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) DIsmail Sabri Yaakob berkata perkara itu tidak sepatutnya menjadi isu.

"Kita bukan tarik (terus) subsidi, kerajaan masih beri subsidi kira-kira RM1 untuk satu liter dengan harga diesel biasa, jadi tidak ada sebab mereka ingin ugut kerajaan untuk boikot dan sebagainya.

"Kalau kita betul-betul tak nak beri subsidi, kita samakan mereka dengan harga industri, tetapi ini masih jauh lebih rendah daripada harga industri," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno bahagian Tanjong Karang, Ahad.

Semalam, pengusaha bot pukat tunda berkenaan mengancam untuk mogok selama tiga hari dan akan meneruskannya jika kerajaan tidak mengambil tindakan segera berhubung perkara itu.

KENYATAAN MACAM INI LAH YANG KITA MAHU…. kah kah kah..
MUNKEEE MUNKEEE PATUT SELALU BUAT UACAPAN MACAM INI… kah kah kah..
UCAPAN KASAR ..ANGKUH.. DAN SOMBONG….kah kah kah..
KALAU BANYAK UCAPAN MACAM INI… LAGI BAGUS… kah kah kah..



nota:
nelayan ada 1000 orang mogok
nelayan pantai timur mogok

kenyataan ini membuktikan gerombolan menentang orang ramai
ini baik untuk 9 julai
lagi ramai orang akan marah lagi banyak akan turun berdemo


SIAPA BERSIH SIAPA KOTOR

NOTA:


kita turun ke jalan raya
sebelum ke pilihanraya

kita turun ke jalan raya
menuntut agar pilihan raya ini bersih
dari segala macam penipuan

jika pilihanraya menipu
makan rakyat todak percaya
kepada keputusan itu

lihat mubarak menang 90% dalam pilihanraya
lihat ben ali menang 89% di tunisia
tapi rakyat tak percaya
pilihanraya tipu

SIAPA YANG KOTOR



AKHBAR UMNO DAKWA HIMPUNAN BERSIH 2.0 KOTOR – minisider

Mingguan Malaysia, akhbar milik Umno menyifatkan Himpunan Bersih 2.0, anjuran Pakatan Rakyat dengan kerjasama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bulan depan, sebagai tindakan “kotor” dan mahu orang ramai memulaukan kempen tersebut.

Himpunan itu, yang kedua selepas akhir 2007, diadakan untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.

Dalam ruangan mingguannya, Awang Selamat berkata, pelbagai pihak melahirkan kebimbangan terhadap perhimpunan Bersih 2.0 yang dirancang oleh Pakatan Rakyat dan NGO propembangkang di ibu negara, 9 Julai ini.

Akhbar itu juga mendakwa berdasarkan pengalaman lama himpunan itu akan memberi implikasi buruk dan menyusahkan rakyat, menjejaskan aktiviti pelancongan dan menggugat ketenteraman awam.

“Tetapi semua itu tidak diambil kira oleh pembangkang. Matlamat menghalalkan cara,” kata Awang Selamat yang turut mengaitkan dengan keputusan pemilihan PAS dan Mohamad Sabu yang dipilih sebagai timbalan presiden yang baru.

“Kali ini, penganjur Bersih berhasrat menghimpunkan 300,000 peserta demonstrasi bagi menuntut pilihan raya yang adil dan bersih,” kata akhbar itu sambil menambah, agenda tersirat ialah mencetuskan ketegangan dengan membakar sentimen rakyat bagi meraih keuntungan politik.

NOTA
kenapa tidak disebut tuntutan:
- hapus undi pos
- pakai dakwat
- semak daftar pengundi

ini belum lagi timbul pekara:
- mat bangla dapat kad pengenalan
- mat idon dapat kad pengenalan
- mat burma dapat kad pengenalan
- mat pilipina dapat kad pengenalan
- mat india dapat kad pengenalan
- mat kambodia dapat kat pengenalan

ini satu penghiantan kepada warga negara ini
ini satu pengkhianatan kepada warga negara sabah

tak kan ini tak sedar
tak kan ini tak terlihat

hentikan penipuan
hentikan kong kalikong


PANDDY KUTTY BUAT LAWAK

KUTTY



MAHATHIR: LIHATLAH PAS PERMAINKAN ISLAM : mkini

Mahathir Mohamad meminta orang Melayu membuka mata melihat PAS "mempermainkan Islam" dengan "menggugurkan" perjuangan negara Islam kerana ingin mendapat undi bukan Islam.

"Wahai orang Melayu yang semuanya beragama Islam. Bukalah mata kamu dan lihatlah bagaimana PAS mempermainkan Islam. Bukan surah Al-Baqarah yang mendorong PAS menggugurkan negara Islamnya," katanya.


..BILA MADEY KELUAR AYAT QURAN… KITA CARI HALAL BACON…. kah kah kah…
BILA MADEY KELUAR AYAT QURAN…KITA CARI CHAR SWEE POW… kah kah kah…
…BILA MADEY KELUAR AYAT QURAN… KITA CARI BEER HALAL… kah kah kah…
BILA MADEY KELUAR AYAT QURAN…. KITA MAIN JUDI HALAL…. kah kah kah…
APA PUNYA TUUUUR…. kah kah kah..
APA PUNYA EEEE PUNYA CAKAP….. kah kah kah
KETAWA TERGOLEK DOG…. kah kah kah…
PANDDY KUTTY INI PANDAI BUAT LAWAK…. kah kah kah…


AYAT 7 SURAH FIRAUN

wa di kum wa tipu ron
wal eee kelingkon
wal takuton kalahron

pukeee mak hon
een kun tum tak tak tipuuuu
wa ja dah koda
tipooo melayu rooon
hin kun tom tak sedari
wal mati kataki wal melayuli


WA JA DA KO DA IL LA HOM









PANDDY