Rabu, 13 Oktober 2010

RAGAM MAK JANDA

SYARAT UTAMA : MESTI ANAK BADAK

nota:
kenapa wakil asean tak datang?
kerana mereka mereka
bukan mak janda kah kah kah


KENAPA HANYA 14 WANITA PEETRAMA SERTAI SIDANG ? harakah daily

Mengapa hanya 14 negara dan hanya dari negara-negara Afrika sahaja menghantar wanita pertama mereka ke persidangan pertama Wanita Pertama Dunia menjadi tanda tanya.

Bagi Speaker Dun Selangor, Teng Chan Kim, jawapannya hanya satu sahaja iaitu tuan rumah sidang ini bukannya wanita pertama Malaysia iaitu Raja Permaisuri Agung.

Kecuali Laos, tidak ada negara di Asia yang menghantar Wanita Pertama mereka ke sidang pertama Wanita Pertama. Ia lebih sesuai di namakan Sidang Wanita Pertama Afrika," kata Teng Chang Kim.

Sidang pertama ini dianjurkan oleh isteri perdana menteri, Datin Seri Dr Rosmah Mansur. Sebelum ini, Rosmah menimbulkan kekeliruan apabila menyiarkan iklan bernilai RM1.5 juta di akhbar The New York Times di Amerika dan menamakan beliau sebagai wanita pertama Malaysia.

TENG CHAN KIM…. APA LAAA LUUUU….

…. LUUUU TAK BACA BUKU KE?....

…. LUUU TAK TENGOK GAMBAR….

…..INI PERHIMPUAN ORANG ORANG ATAS 180 KILO ….

ITU PASAL MAJORITI DARI AFRIKA….


nota:
pelik juga macam mana
mak janda boleh jadi wanita pertama



EEEE MENIPU ORANG TUA

WARGA EMAS BANGUN MELAWAN



nota:
berita ini tidak akan dilapor
kerana ianya menyokong china
dan tidak menyokong eee


WANG JUDI : WARGA EMAS TOLAK FITNAH UMNO – harakah daily

Warga emas sekitar Seberang Perai Utara mengatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng serta meminta meneruskan program penghargaan kepada golongan veteran pada masa depan.

Seramai 70 orang warga emas yang datang dari Penaga, Kepala Batas, Bagan, Teluk Air Tawar, Sungai Dua, Tasek Gelugor, Pokok Sena, Lahar Yooi dan kawasan lain turut kesal dengan tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim yang tiba-tiba mengajak mereka mengembalikan RM100 dan RM1,000 untuk para waris jika terdapat kematian warga emas kononnya berpunca dari wang judi.

Bagi mereka, semua itu merupakan mainan politik jahat yang sengaja dibangkitkan oleh Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno, Reezal Merican Naina Merican yang menuduh pemberian wang pada pertengahan tahun ini berpunca dari wang Kelab Lumba Kuda.

YANG BODOH DAN BANGANG ITU BIARKAN…

…. NAK BUAT MACAM MANA

TAK DAPAT NAK DI TOLONG TOLONG….

TUA DAH TUA…. PENGALAMAN DAH BANYAK….

KALAU MEREKA GUMBIRA NAK JADI BODOH… BIARKAN….

nota:

mereka yang menolak wang ini
sila mendaftar untuk menjadi ahli 2B2P
sesiapa mendaftar akan mendapat satu
surat tauliah dari
pesatuan bodoh bangang pulau pinang


PENGGAMBARAN FILEM KOBOI DISHAH ALAM

PUNK YOU MAKE MY DAY



DUA PELURU HIDUP. 17 KELONSONG DITEMUI DI KAWASAN AMINULRASYID DITEMBAK - minsider

Sebanyak dua peluru hidup dan 17 kelongsong peluru ditemui di kawasan perumahan di Seksyen 11 di sini — tempat di mana remaja Aminulrasyid Amzah, 15, ditembak mati oleh anggota polis enam bulan lalu, Mahkamah Sesyen Shah Alam diberitahu hari ini.


KES AMINULRASYID :19 TEMBAKAN DILEPASKAN - mstar

SHAH ALAM: Sebanyak 19 keping gambar kelonsong dan anak peluru dirakamkan di sepanjang jalan dari Bulatan Kayangan menuju ke Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, di sini dalam siastan kes kematian seorang pelajar tingkatan tiga, AminulRasyid Amzah yang didakwa ditembak oleh seorang anggota polis berpangkat Koperal, April lalu.


LOKASI PENGGAMBARAN


nota:
sebuah filem koboi modern
baru sahaja selesai penggambaran
di shah alam.

filem genre western ini pada awalnya
telah mendapat tentang dari perkasa

perkasa ialah satu kumpulan yang amat
perihatin terhadap budaya dan bangsa melayu
sebagai contoh bila ada china mati jangan
sesekali beri penghormatan seperti tunduk
bila melihat mayat atau bila orang ramai
memberi penghormatan dengan bertafakur selama
satu minit ahli ahli pekasa di cadangkan
untuk terkentut atau sendawa sekuat yang boleh.
lagi afdal kalau bersama bangun tetapi
buka zip untuk kencing berdiri. ini kerana
yang mati ialah orang china.

perkasa telah membantah penggambaran filem koboi ini.
perkasa berpendapat filem koboi
yang penuh dengan aksi
tembak menembak ini memiliki unsur-unsur
barat dan unsur unsur china.

malah perkasa merasa filem koboi yang ganas ini
ada menggambarkan unsur unsur
anti raja raja melayu dan anti perlembangan
dan menentang hak keistemewaan melayu

penggambaran fielm ini hampir gagal.

jalan penyelesaian telah diambil apabila clint east wood
pengarah filem koboi yang diberi nama
' I Shot A Litted Boy ' ini telah bersetuju
untuk menggunakan nama melayu
encik bersih timor kayu dan filem
ini diberi tajuk melayu Opps Tak Sengaja I Ingat Pistol Air


BERITA GUMBIRA SELURUH MALAYSIA

SISANG IKANG BUKANG BULANG

WAKIL RAKYAT TIADK SEBULU TUTUP MULUT – mkini

Wakil rakyat yang dikatakan "tidak sebulu" dengan Menteri Besar Terengganu Ahmad Said, mengambil sikap berdiam diri menjelang konvensyen Umno negeri Jumaat ini bagi memulihkan 'kemelut' dalam parti dan pentadbiran negeri.

Lebih baik saya mengambil sikap berdiam diri. Saya tidak mahui Hishammuddin kata, saya sengaja mencipta cerita. Kita tengoklah apa yang akan dilontarkan daripada perwakilan yang dilantik," kata ADUN Alur Limbat Alias Abdullah.

"Bagi orang yang bercakap tidak jujur, mungkin dia kata semuanya baik. Bagi orang yang bercakap jujur, ia (konvensyen) ini sebagai satu refleksi, cerminan diri dengan melihat apa yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri untuk sebagai usaha bagi menarik hati rakyat bahawa tiada parti yang baik selain BN," tambahnya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

MACAM MANANG NEGERANG IKANG ADA BULANG…

….. INI BUKANG NEGEANG MUSANG

…. IKANG TAK ADANG BULANG….

…. IKANG ADANG SISANG

….. SAMPAI TERKANG KANG GEROMBOLANG…..

nota:
tak abis lagi gaduh
ini berita baik
bila gerombolang gaduh
ada peluang ganu jadi
negeri pakatang


NOTA BARU MASUK:

isamudeng tukor tiut, nok kabor ke mung, jangang la dok same puok2 gerombolang umnu dengang nnatang ikang. Mat Said Kemamang yang bijok itu memang bulu dok same dengang geng Alor Limbat. Teganung hebat - ade puok bulu tebal ada pulok bulu nipih ade jugok hok tadok bbulu macam cicok. Jangang dok pelek kalu puok2 ni bergomol & bergocoh macang nnatang bewok. Lepah ggomol ggocoh same sediri, puok2 ni akang gomol geng pakatang. oleh itu, orang pakatang jangang sedak dudok kalu tengok puok2 ni bergomol. Pakatang dduli mapuh ke puok2 sonal, wat kerje abih reng kalu nok menang perettoh teganu. Di bawoh rang ikang.

SEBUAH LAGI LADANG KANG KONG DIBUKA

INDUSTI BESAR - TIGA BILION RINGGIT




nota:
tahun ini ada 3 bilion ringgit
semuanya untuk peniaga bumiputera
menipu orang melayu



TIMUR : TA TIUC TAWAR IJAZAH SARJANA ,PHD – berita hairan

TELOK KALONG: Kolej Universiti TATI (TATIUC) yang akan menjadi sebuah universiti penuh menjelang 2015, akan menawarkan pelbagai kursus peringkat ijazah sarjana (MA) dan doktor falsafah (PhD) tidak lama lagi.

Pengerusinya, Ahmad Razif Abd Rahman, berkata selaras dengan itu, TATIUC akan menghantar kakitangan akademiknya menyambung pengajian ke peringkat PhD di universiti dalam dan luar negara untuk memenuhi keperluan sebagai sebuah universiti penuh.

Kami dalam proses menghantar pensyarah menyambung pengajian dan membuat penyelidikan supaya mereka mempunyai kelulusan akademik bertaraf profesor atau profesor madya.

TATIUC mempunyai 120 pensyarah berkelulusan sekurang-kurangnya sarjana, tetapi belum ada pensyarah berjawatan profesor atau profesor madya,” katanya selepas Majlis Konvokesyen TATIUC Kali Keempat di Dewan Besar, Kampus ITC kolej univesiti itu, kelmarin.

Hadir sama, Canselor TATIUC, Tan Sri Datuk Ir Dr Wan Abdul Rahman Wan Yaacob dan Rektor TATIUC, Dr Mohd Rozailan Mamat@Ibrahim.

Seramai 369 graduan menamatkan pengajian pada peringkat diploma, diploma tinggi (HnD) dan sijil.

SATU LAGI LADANG KANG KONG….

APA BENDANYA TATIC NI….

PERKATAAN TAKTIK SEMUA ORANG TAHU….

…. INI MESTILAH TAKTIK NAK BUAT DUIT….


INI UNIVERSITY KE SEKOLAH MENENGAH - ADA PASOKAN PENGAKAP



nota:
Lawatan Y.B. Ahmad Razif Abd Rahman ke TATiUC

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia Negeri, Y.B Ahmad Razif bin Abd Rahman telah melawat Kolej Universiti TATI (TATiUC) pada 19 Mei 2009
nota:
apa yang berlaku sekarang ialah satu penipuan berlesen

universiti dan kolej dibuka dengan diberi lesen menipu

sebuah rumah kedai dengan tiga bilik
bangunan ini di kaji oleh satu badan penyelia akademik LAN
satelah dikaji banguan ini diberi watikah sebagai sebuah gedung ilmu.

surat watikah dari LAN penting bukan dari segi ilmu
tapi dari segi nak buat iklan bila nak jemput pelajar
datang melamar. watikah ini bisa di atur

kemudian diiklankan

iklan mmacam mana?


ada malaon yang jual semua alamat
para pelajar yang ambil spm pada kolej kolej ini
belum pun keputusan keluar – kolej dan universiti
ini telah menghantar surat ucapan TAHNIAH kepada
pelajar ini – emak ayah bukan main suka kerana
telah ditawarkan tempat di univeisti dan kolej !

keputusan peperekasaan tak kira
yang penting pelajar ini melamar masuk.

lamar saja jamin dapat masuk
lamar saja jamin di terima

kenapa macam ini ?

kerana ada skim bantuan pinjaman PTPTN
dengan ada watikah LAN maka pelajar ini boleh memimjam wang
duit pinjaman ini boleh bayar yuran untuk kolej dan univesiti ini

tuan punya kolej dan univeristi cukup gembira
sesiapa sahaja boleh masuk universiti kecuali lokman adam
kerana sudah dua kali tak lulus

kolej akan mengurus pinjaman PTPTN wang untuk bayar yuran

ini projek bumiputera
ini projek nak bantu peniaga bumiputera
ini projek tipu melayu

tiga tahun kemudian
hutang telah ada 25 – 40 ribu ringgit
ilmu entah dimana
belajar entah apa apa

cari kerja tak dapat
lalu marahkan syarikat china
tak ambil pelajar bumiputera
sendiri bodoh tak sedar diri
sendiri kena tipu tak sedar lagi

ini lah namanya penipuan berlesen


nota:

ada sesiapa tahu
dimana universiti pelik ini
adakah universiti ini
ada mengajar ilmu tangap hantu

Selasa, 12 Oktober 2010

Abdul Rahman Palil Beri Perlindungan Politik Kepada Suspek Pembunuhan Sosilawati?

Apabila terdapat dakwaan menyatakan wujudnya seorang Ahli Dewan Undangan Negeri melindungi suspek utama pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, maka pelbagai tandatanya timbul, yang yang utama: Siapa ADUN tersebut?

Di dalam beberapa kes "orang hilang" dan kes terbaru iaitu pembunuhan Datuk Sosilawati bersama dengan tiga yang lain, didapati ianya menunjukkan tentang penglibatan suspek dalam urusan tanah dan malaysikini hari ini mendedahkan tentang wujudnya penglibatan bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Abdul Rahman Palil di dalam sekurang-kurangnya satu syarikat yang di jalankan oleh suspek pembunuhan kejam berkenaan.

Penglibatan Abdul Rahman Palil sebagai seorang Pengarah di dalam syarikat yang dijalankan suspek menimbulkan persoalan sajuh manakah perlindungan politik yang telah dinikmati oleh suspek sebelum penahanannya.

Malaysiakini hari ini ada melaporkan:


The involvement of a former Selangor exco member in the business dealings of at least one of the suspects in the Banting murders has raised questions of how much political backing the lawyers implicated in the case enjoyed before their arrest last month.

According to Companies Commission of Malaysia (CCM) documents obtained by Malaysiakini, former Selangor exco member and Sementa state assemblyperson Abdul Rahman Palil was a director in Ample Quality Sdn Bhd along with one of the suspects in the murder of cosmetics millionaire Sosilawati Lawiya and three others.

Abdul Rahman Palil pernah di dalam tahun 2006 diberikan notis bankrap sewaktu beliau masih seorang exco Selangor.



Selain itu Abdul Rahman Palil dikatakan telah mengaut keuntungan berlipat kali ganda di dalam kes penjualan tanah di dalam kes PKFZ. Hal ini pernah didedahkan oleh Exco Dewan pemuda Pas Perak.

Exco Dewan Pemuda PAS Perak, Saudara Mohd Hafez Sabri mendakwa tidak mustahil Umno mengaut rasuah yang lebih besar dari skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dinilaikan RM12 billion sekarang, bersandarkan pada beberapa kes yang melibatkan ‘orang penting dalam Umno dan MCA sebelum ini.

Menurut beliau , “Sebelum ini, kita banyak membincangkan watak-watak pemimpin MCA, sehingga menenggelamkan watak sebenar (serta) kepentingan politik Umno itu sendiri. Keyakinan saya, Umno lebih banyak mendapat faedah dari skandal PKFZ terbabit berdasarkan beberapa pendedahan sebelum ini.”

“(Antaranya) membabitkan Dato’ Abdul Rahman Palil (bekas exco Selangor/Umno) iaitu Pengerusi Koperasi Pembangunan Pulau Lumut (KPPL) menjual tanah hanya RM3 sekaki persegi kepada Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (KDSB). Kemudian, beliau (Rahman) juga selaku Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) bersetuju untuk membeli (semula) tanah tersebut daripada KDSB dengan harga RM25 sekaki persegi.” jelasnya.

“Ini bermakna dia (Rahman) dapat keuntungan 8 kali ganda (lebih kurang RM1.8 billion, termasuk faedah) dari skandal pembelian tanah tersebut.” jelasnya.

Beliau juga mempersoal kengganan Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Tun Razak untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas demi membongkar penyelengan serta rasuah di PKFZ itu.

“Kalau Dato’ Najib serius, seharusnya ia mendahulukan laporan PAC dalam sidang Parlimen depan seterusnya membentuk sebuah suruhanjaya diraja yang bebas. Skandal rasuah itu melibatkan beberapa individu dalam Lembaga (PKA) sendiri, bagaimana sebuah jawatan kuasa di bawahnya boleh melaporkan sesuatu tentang ‘Tuan Lembaga’nya sendiri. Ia sesuatu yang mustahil dan diragui.”

Malah di dalam pilihanraya yang lalu, Abdul Rahman Palil telah didakwa bahawa beliau telah membeli calon PKR bagi membolehkannya menang tanpa bertanding di DUN Sementa pada hari pencalonan tersebut. Ketua Pemuda PKR Kapar Suzaimi Salam yang diumumkan untuk bertanding di kerusi DUN Sementa melawan Abdul Rahman Palil gagal hadir dan dikatakan bercuti di Port Dickson.

Justeru itu, rakyat seluruhnya mengharapkan satu siasatan penuh dilakukan untuk mempastikan setakat mana wujud perlindungan politik yang diberikan oleh bekas exco kerajaan Selangor berkenaan kepada suspek sehingga sudah sekalian ramai menjadi mangsanya.

Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri didakwa melindungi suspek utama pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya ?

Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri didakwa melindungi suspek utama pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya. Ahli Parlimen S Manikavasagam (gambar kiri) berkata beliau mempunyai bukti wakil rakyat itu mempunyai kaitan dengan suspek tersebut.

Adalah dipercayai, suspek itu juga terbabit dalam beberapa kes orang hilang sebelum ini. Manikavasagam berkata beliau hanya akan mendedahkan identiti wakil rakyat itu bila tiba masanya.

"Saya mempunyai bukti, dan saya akan dedah siapa yang terlibat. Saya akan dedah!" kata Manikavasagam.

Sebelum ini, ahli Parlimen itu dibidas polis kerana menganggu siasatan, semasa beliau berkata mahu membawa isteri salah-seorang mangsa suspek ke lokasi pembunuhan.

Manikavasagam berkata, beliau tidak boleh mengelak apabila isteri kepada Allal Kathan Muturaja itu datang menemuinya, meminta pertolongan.

"Usharani datang dari India mencari saya untuk meminta bantuan. Beliau hubungi saya dan saya bantu. Tetapi saya kesal bila dibidas polis, yang kata saya campur siasatan. Saya sekadar mahu membantu dan polis sekurang-kurangnya patut berterima-kasih," kata Manikavasagam.

Beliau turut memaklumkan, Usharani yang telah pulang ke India akan kembali ke Malaysia untuk membawa lebih banyak bukti bagi membantu siasatan polis.

"Usharani akan kembali ke Malaysia. Dia nak bawa bukti, dan saya mahu bantu. Usharani akan bagi kerjasama dengan polis," ujar Manikavasagam.

Satu dubur tentukan masa depan Malaysia

Saya tidak menganggap rakyat Malaysia memerlukan drama politik sebegini, sama ada sebagai hiburan untuk meredakan tekanan hidup harian, mahupun sebagai rancangan realiti untuk meningkatkan pengetahuan seks masyarakat umum merentasi sempadan umur.

Saya tidak pasti apakah kesudahannya, malah saya lebih mencurigai apakah ia mempunyai kesudahan. Saya tidak tahu sama ada benar atau mampu Anwar Ibrahim melakukannya, saya juga tidak berminat sama ada Saiful Bukhari Azlan mencuci duburnya, bahkan saya tidak pasti versi akuan bersumpah (SD) Rahimi Osman (gambar kiri, kedua dari kiri) manakah yang ditandatanganinya tanpa paksaan.

Apa yang pasti, dubur Saiful Bukhari Azlan akan terus dijadikan tumpuan satu Malaysia, malah satu dunia. Ruang dada akhbar akan sarat dengan berita pendedahan demi pendedahan untuk menghakis dan menggoyah keyakinan rakyat terhadap Anwar Ibrahim; bekas rakan seperjuangannya akan tampil seorang demi seorang untuk membongkar "wajah sebenar" Anwar, dan ruang rencana akan menyiarkan artikel demi artikel untuk mengupas, menganalisa, malah meramalkan masa depan Anwar Ibrahim, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Rakyat (PR) - yang sudah tentu akan hancur dan ranap dalam masa terdekat, kononnya.

Jelas, ini kes politik

Saya menghormati proses perbicaraan mahkamah yang sedang berlangsung, malah untuk mendukung prinsip keadilan saya terpaksa menghormati juga mereka yang berhempas-pulas menegakkan keadilan, kononnya, untuk Saiful Bukhari Azlan. Namun demikian, segala-gala ini gagal mengubah hakikat bahawa Kes Sodomi II ini merupakan kes politik.

Dari segi undang-undang, Anwar Ibrahim didakwa di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan - kesalahan melakukan hubungan seks di luar tabii yang melibatkan dua pihak secara sukarela. Dengan kata lain, Saiful Bukhari Azlan perlu tampil sebagai tertuduh bersama Anwar, dan bukannya pengadu yang memberi keterangan - seandainya mengikut Seksyen 377B.

Namun demikian, Saiful mendakwa dirinya diliwat tanpa kerelaan sejak awal lagi. Jadi, Anwar seharusnya didakwa di bawah Seksyen 377C, iaitu hubungan seks di luar tabii secara paksaan - barulah Saiful boleh tampil ke mahkamah sebagai "pengadu". Apa yang berlaku kini memperlihatkan kontradiksi yang ketara antara pertuduhan dengan keterangan pengadu.

Justeru itu, sukar untuk kerajaan Najib Abdul Razak meyakinkan rakyat bahawa sistem kehakiman profesional dan bebas ketika membicarakan Kes Sodomi II ini. Malah, tidak mungkin ia sekadar "kes jenayah" biasa, seandainya dilihat kepada pendekatan lidah UMNO, Utusan Malaysia membuat liputan berita ini.

Liputan luas diberikan kepada kandungan soal-jawab dalam perbicaraan mahkamah. Malah, perbincangan isu ini dilanjutkan dengan wawancara bersama bekas pemimpin PKR, yang menyindir agar "Anwar tidak perlu takut", sambil mempertikaikan "Kenapa mahu tangguh perbicaraan kalau tidak bersalah?" Kemudian bekas orang kanan tampil memohon maaf, "Kerana membela Anwar Ibrahim dalam kes liwat pertamanya". Sumpah-seranahnya bagaikan ludah ke langit, dan jatuh bagaikan hujan kebetulan ketika menjelang pilihan raya kecil...

Buktikan liwat tanpa tusukan?

Saya tidak nampak bahawa ulasan, kupasan, atau analisa yang terpampang di depan mata ketika kita menyelak akhbar ini memberi makna. Laporan pemeriksaan doktor telah menyatakan bahawa tiada kesan tusukan ditemui, namun perbicaraan tetap berjalan. Jadi, segala-gala ini seolah-olah cubaan untuk membuktikan kepada satu Malaysia, malah seluruh umat manusia di dunia ini bahawa air mani Anwar boleh sampai ke dalam dubur Saiful tanpa tusukan.

Persoalannya, jikapun dibuktikan keajaiban ini berlaku di tanahair yang tercinta ini, apakah kehebatan ini bakal mengundang pelabur asing untuk menyuntik dana ke Malaysia? Padahal, belumpun paip ekzos Saiful terbocor, seramai 304,358 orang bakat buatan Malaysia telah mengalir ke luar negeri, antara Mac 2008 hingga Ogos 2009, apatah lagi kemerosotan 81% dalam pelaburan asing langsung di Malaysia, dari US$7.32 bilion (RM23.47 bilion) pada tahun 2008, kepada US$1.38 bilion (RM4.43 bilion) pada tahun 2009?

Apakah makna yang tersirat di sebalik segala-gala ini? Ertinya, sementara kerajaan Malaysia bertungkus-lumus dalam usahanya untuk "menghilangkan keyakinan" rakyat terhadap Anwar Ibrahim, rakyat Malaysia yang terpaksa menanggung akibatnya - kehilangan keyakinan daripada pelabur asing dan anak watan yang berbakat.

Jelas, Anwar Ibrahim (gambar kiri) diletakkan pada kedudukan sedemikian bukan kerana beliau Ketua Umum PKR, atau kedudukannya sebagai pemimpin utama Pakatan Rakyat. Bahkan, adalah kurang tepat jikalau beliau sekadar Ketua Pembangkang dalam parlimen. Kita tidak perlu menjadi Profesor Sains Politik untuk memahami hakikat Anwar Ibrahim berpotensi menjadi Perdana Menteri, dan kita tidak perlu membaca Sun Tze untuk memahami percaturan politik yang berlangsung di depan mata.

Teorinya mudah - musnahnya Anwar, maka terselamatlah Barisan Nasional.

Politik menabur dendam

Untuk tidak dilihat naif dalam politik, saya menerima babak ini sebagai sebahagian daripada pergelutan kuasa antara pemerintah dengan pembangkang, atau dalam realitinya, antara Barisan Nasional dengan Pakatan Rakyat. Dalam konteks Malaysia, serangan politik yang menyentuh keperibadian kadang-kala tidak dapat dielakkan, meskipun pendekatan ini amat dipertikaikan. Kita masih jauh dari persaingan politik yang sihat - perdebatan politik yang diangkat martabatnya untuk membicarakan soal struktur dan sistem.

Berbalik kepada persoalan, apakah keperluannya untuk mengaibkan musuh politik dan keluarganya dengan cara sebegitu rupa? Untuk ramai warga Malaysia yang prihatin terhadap politik, babak perebutan kuasa yang paling dahsyat dalam sejarah Malaysia melabuh tirai pada 2 September 2004 - apabila Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara. Ianya bukan soal sama ada benar Anwar Ibrahim terlibat dalam kelakuan sodomi, tetapi pengaiban dan penghinaan secara terbuka yang melampaui batas.

Pengaiban secara terbuka terhadap Anwar dan keluarganya telah menyemai benih dendam di kalangan penyokongnya. Ia amat berbeza dengan persaingan politik "siapa lebih Islam atau siapa lebih Melayu", antara UMNO dengan PAS, atau Semangat 46 pada zaman 1990-an. Penghinaan secara terbuka untuk mengaibkan seorang isteri bernama Wan Azizah Ismail, tanpa mempertimbangkan perasaan anak-anaknya - dengan aksi-aksi lucah, gambar-gambar yang diubahsuai, kata-kata yang kasar lagi kesat seperti "kaki buntut" dan sebagainya ketika berkempen, terlalu biadap namanya.

Usaha Abdullah Ahmad Badawi untuk membubuh noktah kepada babak politik yang menabur dendam ini disia-siakan begitu sahaja apabila UMNO-BN semakin terdesak di ambang hilang kuasa. Kita tidak lupa bagaimana doktor Hospital Pusrawi, Mohamed Osman Abdul Hamid membuat akuan bersumpah untuk mempertahankan laporannya (berbunyi Saiful tidak diliwat) selepas memeriksa dubur Saiful, dan kemudian menghilangkan diri kerana tidak tahan dengan gangguan dan tekanan daripada pihak berkuasa.

Dan drama ini dipentaskan semula, selepas satu dekad. Anak-cucu yang melanggan Utusan Malaysia atau Berita Harian kerana sisipan DIDIK, SKOR dan sebagainya, pada masa yang sama ditayangkan adegan bagaimana kelakuan liwat boleh berlaku - dalam bentuk bertulis... Satu generasi membesar dalam suasana media yang sarat dengan istilah "liwat", "sodomi" - imaginasi masyarakat awam digarap dengan tilam yang naik turun di mahkamah pada akhir tahun 1990-an; kini kita pula menyaksikan satu generasi lagi yang membesar dalam suasana media yang tidak banyak berbeza, mungkin cuma tilam digantikan dengan KY jelly untuk mencungkil imaginasi...

Bebas dari politik dubur

Untuk hampir dua dekad sejak tahun 1981, satu Malaysia berfikir menggunakan otak Mahathir. Atau dengan kata lain, otak Mahathir yang menentukan Malaysia dalam jangka kira-kira dua puluh tahun ini. Dan ia hanya berubah mulai tahun 1998, apabila seluruh warga Malaysia diajak untuk berfikir menggunakan dubur.

Bukankah Sasterawan Negara tahun 1982, Shahnon Ahmad memberi gambaran yang paling tepat, melalui bukunya yang berjudul Shit @ PukiMak @ PM, apabila menyifatkan ahli politik yang rasuah, menyalahgunakan kuasa bagaikan najis yang saling menghimpit dalam usus besar?

Dan bukankah inilah senario yang sedang berulang dan berlaku, apabila politikus saling membaling najis, untuk membusukkan dan dibusukkan? Dan kita wajib tanya, sampai bilakah rakyat Malaysia perlu bergelut dalam najis, sebelum terkeluar dari politik dubur yang busuk lagi membusukkan?

Sebagai warga Malaysia muda yang mendahagakan perubahan, saya sedia akur seandainya kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) tumbang kerana gagal mengota janjinya terhadap rakyat; bahkan saya sedia tunduk kepada realiti, jikalau terbukti PR kurang mantap dan belum bersedia untuk mengambil-alih kuasa pentadbiran daripada BN.

Malah, saya sedia akur jikalau PR terlepas peluang kerana gagal meyakinkan kaum Melayu yang termakan dengan propaganda UMNO-BN; saya sudi menunggu, sama ada satu penggal, satu dekad mahupun berdekad-dekad lagi untuk pertukaran kuasa kerajaan persekutuan, jikalau kita gagal melakukannya pada detik saat PRU ke-13 yang akan datang.

Namun demikian, saya tidak rela sama sekali jikalau perubahan digagalkan hanya dengan satu dubur milikan Saiful Bukhari Azlan. Saya tidak rela sama sekali untuk melihat bagaimana penceramah politik berbuih-buih meyakinkan pakcik-makcik FELDA bahawa Saiful boleh diliwat tanpa dubur terkoyak.

Saya tidak sampai hati melihat seorang wanita bernama Wan Azizah Ismail diperlakukan untuk tampil mempertahankan suaminya di depan khalayak ramai. Saya tidak sampai hati melihat anak-anak Anwar diperlakukan untuk hadir di mahkamah dan dibacakan tuduhan bagaimana ayahnya memasukkan zakar ke dalam dubur bekas pembantunya.

Sememangnya, politik adalah permainan jatuh-menjatuhkan politikus dari jawatan dan kedudukannya, tetapi bukan untuk memijak maruah musuh politik sebagai seorang manusia. Betapa terdesak sekalipun, garis ini haram dilangkaui - bukan sahaja sebagai kayu ukur demokrasi (bagaimana musuh politik dilayan), tetapi juga sebagai benteng ketamadunan.

Dan yang paling penting, sudah tiba masanya untuk rakyat Malaysia membebaskan diri daripada politik dubur. Rakyat Malaysia harus membebaskan diri - untuk berfikir menggunakan otak sendiri, dan bukannya otak Mahathir Mohamad mahupun dubur Saiful Bukhari Azlan. Malaysia wajib keluar dari dubur Saiful Bukhari Azlan. Saya doakan agar ia masih belum terlewat, sebelum satu Malaysia terhumban ke dalam jamban dan dijirus arus globalisasi.

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Melayu.

Part 12: Surat terbuka Dato Mat Zain bin Ibrahim

Berita
On 8th October 2010, Mat Zain bin Ibrahim wrote a 20-page open letter that blows the lid on many issues. You have to read this letter to believe it. The contents puts to rest any doubts you may have on what Malaysia Today has revealed over these last six years. It also fingers the AG and recently retired IGP. This revelation is astounding by any standards and in any other country this would be enough to force the government to resign.

THE CORRIDORS OF POWER

Raja Petra Kamarudin

SURAT TERBUKA

Kepada,

Yang Berbahgia Datin Kalsom Taib,

43 Persiaran Burhanuddin Helmi,

Taman Tun Dr.Ismail,

60000 Kuala Lumpur,

Malaysia.

email: kalsomt@gmail.com This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it Melalui Pos & Email

YBhg Datin,

THE SHAFEE YAHAYA STORY - Estate Boy To ACA Chief.

Dengan penuh hurmat takzim,saya menjemput Datin merujuk kepada buku hasil penulisan Datin bertajuk diatas (selepas daripada ini akan dirujuk sebagai Buku Tersebut) yang telah dilancarkan pada akhir July 2010 khususnya Bab 11,12 dan 13. Sebagai pembuka kata saya menyusun sepuloh jari menuntut ampun dan maaf kepada Datin dan YBhg. Dato Shafee Yahaya serta keluarga sekiranya dalam surat terbuka ini kelak, terdapat kata-kata saya ataupun fakta dan keterangan yang saya bentangkan yang menyinggung perasaan Datin serta keluarga. Saya berharap Datin akan menerima penerangan saya ini dengan perasaan terbuka.

2. Nama saya Mat Zain bin Ibrahim seorang pesara Pegawai Kanan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) berpangkat Senior Asisten Kommisioner II (SAC II) G/5776. Jawatan akhir saya ialah sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) Kuala Lumpur yang saya sandang sejak Disember 1998 sehingga bersara pilihan sendiri pada akhir 2001. Saya lebih dikenali sebagai Ketua Pegawai Penyiasat kes “Mata-Lebam” satu insiden bersejarah dimana bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dibelasah oleh Ketua Polis Negara ketika itu Tan Sri Abdul Rahim Noor (kes yang akan turut saya sentuh dalam Surat Terbuka ini kerana kaitannya dengan penulisan Datin dalam Buku Tersebut).

3. Mungkin tidak ramai yang perasan, (termasuk Pegawai-Pegawai Kanan PDRM yang sedang berkhidmat mahupun yang seangkatan dengan saya dan telah bersara) bahawa ketika bertugas sebagai KJSJ Kuala Lumpur saya juga merupakan Ketua Pegawai Penyiasat yang menyelia dan menangani kes dakwaan salah guna kuasa terhadap YAB Perdana Menteri Malaysia ketika itu, YAB Dato Seri Dr.Mahathir Mohamed (Tun Mahathir) yang terbit daripada pendedahan yang dibuat oleh Dato Shafee Yahaya ketika memberi keterangannya di Mahkamah Tinggi (Civil) Kuala Lumpur, pada 12 Jun 2000.Saya akan dedahkan apa yang sebenarnya berlaku dan apa yang Polis temui dalam penyiasatan kes ini dalam perenggan-perenggan yang akan menyusul nanti.

3.1. Untuk makluman Datin, selain daripada dua kes berprofil tinggi yang saya sebutkan diatas,saya juga adalah Ketua Pegawai Penyiasat yang menyelia dan menangani kesemua empat (4) laporan Polis yang dibuat oleh DSAI diantara 9 July 1999 hingga 20 Ogos 1999 ( ketika DSAI dalam penjara Sungai Buloh) berkaitan dakwaan salah guna kuasa dan menghalang proses undang-undang terhadap Tun Mahathir, Tan Sri Mohtar Abdullah (Allahyarham) Peguam Negara ketika itu, dan Dato Abdul Gani Patail (kini Tan Sri Abdul Gani Patail, Peguam Negara). Laporan-laporan yang dibuat oleh DSAI ini adalah bersangkutan dengan penyiasatan dakwaan penyelewengan dan kesalahan rasuah melibatkan Tun Daim Zainuddin,Datuk Seri Rafidah Aziz (kini Tan Sri Rafidah),Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Tan Sri Eric Chia (mendiang).

PELANCARAN BUKU TERSEBUT.

4. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Datin yang berjaya menghasilkan suatu percetakan berkualiti tinggi Buku Tersebut. Sebenarnya saya telah mengetahui mengenai pelancaran Buku Tersebut menerusi laman blog Din Merican pada 26 July 2010. Namun saya hanya berkesempatan membelinya di-Bookstore MPH, The Great Eastern Mall, beberapa hari sebelum Eidul Fitri ketika sedang menunggu waktu berbuka puasa bersama keluarga disalah sebuah restoran disitu. Untuk makluman Datin, saya tidak pernah mengenali Din Merican walaupun beliau sering menyebut nama saya dalam rencana-rencana beliau lebih-lebih lagi apabila membuat liputan berkaitan perbicaraan kes Datuk Ramli Yusuff, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil PDRM, dan juga seorang Peguam Rosli Dahlan. Sepertimana juga saya tidak pernah menemui atau berkenalan dengan Datin dan Dato Shafee Yahaya sendiri, saya juga tidak pernah kenal atau menemui Din Merican ataupun Peguam Rosli Dahlan walaupun Datuk Ramli Yusuff adalah sahabat saya yang saya kenali sejak dalam PDRM.

SURAT TERBUKA INI.

5. Saya berharap Datin terima bahawa saya tidak sekali-kali berhasrat untuk mempertikaikan, jauh sekali untuk memperkecilkan sejarah hidup Dato Shafee yang gemilang daripada seorang “Estate Boy to ACA Chief”. Tumpuan saya adalah terhadap fakta-fakta yang terkandung dalam Bab 11,12 dan 13 Buku Tersebut oleh kerana ianya berkaitan dengan saya secara peribadi. Sama ada secara langsung ataupun menerusi pihak ketiga antaranya, Datuk Param Cumaraswamy atau pun Kim Quek (sepertimana terkandung dalam muka surat 273 hingga 287), Datin telah meyoal “What happened to the probe on Dr. Mahathir?”. Jika diselidik rekod PDRM berkaitan penyiasatan kes ini, ianya akan menjurus kepada saya oleh kerana saya adalah KJSJ Kuala Lumpur ketika itu, yang bertindak selaku Ketua Pegawai Penyiasat yang menyelia dan menangani kes tersebut. Adalah tidak adil kepada PDRM khasnya sekiranya saya berdiam diri kerana saya tahu perkara yang sebanarnya. Meminjam salah satu quotation yang Datin gunakan dalam Buku Tersebut; ”And mix not truth with falsehood,n or conceal the truth while you know (the truth)” Surah Al Baqarah 2:24. saya akan berasa bersalah kepada PDRM dan juga kepada isteri dan anak-anak dan cucu-cucu saya jika saya tidak tampil menjelaskan perkara sebenar.

Laporan kepada YDH DIG Tan Sri Ismail Hj.Omar, atas sifat Timbalan Ketua Polis Negara (kini Ketua Polis Negara) dengan salinan kepada YB Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri.

6. Sambil itu saya ingin Datin ketahui bahawa sebelum terbitnya Buku Tersebut saya ada mengemukakan satu laporan bertarikh 6 hb.Mei 2010 atas tajuk “Dakwaan Pemalsuan Keterangan Dalam Siasatan Insiden Mata-Lebam 1998 Berkaitan Kecederaan Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) Ketika Dalam Tahanan Lokap Polis Bukit Aman:- Penyemakan Semula” yang dialamatkan persendirian kepada YDH Tan Sri Ismail Omar ketika itu Timbalan Ketua Polis Negara dengan salinannya dialamatkan persendirian kepada YB Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri. Tan Sri Ismail Omar telah mengesahkan menerima surat saya berkenaan itu menerusi surat peribadi beliau kepada saya bertarikh 21hb Mei 2010.

6.1. Secara kebetulan dalam laporan saya tersebut itu, antara lainnya, saya telah menyentuh berkaitan penyiasatan terhadap Tun Mahathir, yang terbit daripada pendedahan yang dibuat oleh Dato Shafee Yahaya. Dalam Surat Terbuka ini, saya akan menyentuh sedikit sebanyak kandungan laporan saya kepada Tan Sri Ismail Omar itu bilamana berkenaan.

Siasatan terhadap Tun Mahathir terbit daripada pendedahan oleh Dato Shafee Yahaya.

7. Siasatan kes ini adalah bersandarkan laporan Polis Tun H.S.Lee Rpt: 14752/2000 yang dibuat oleh DSAI pada 13.6.2000. Kes diklasifikasikan dibawah Seksyen 2 Ordinan 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Dharurat 1970. Perintah dibawah Seksyen 12 untuk menyiasat kes ini dikeluarkan oleh Timbalan Kanan Pendakwa Raya Dato’ Mohd. Zaki bin Mat Yasin.

7.1. Dalam laporan Polis ini, DSAI telah mengaitkan keterangan bersumpah Dato Shafee Yahaya yang dibuat diMahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 12.6. 2000 yang membawa maksud bahawa Tun Mahathir telah menyalahgunakan kuasa serta menghalang proses keadilan dengan mengarahkan Dato Shafee Yahaya, ketika itu Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR), menghentikan penyiasatan BPR terhadap Tan Sri Ali Abul Hassan bin Sulaiman yang pada masa material itu, adalah Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri.

7.2. Untuk makluman Datin selain daripada laporan yang dibuat oleh DSAI, terdapat sejumlah 14 laporan-laporan Polis yang lain dibuat antara 14.6.2000 hingga 22.7.2000. Terdapat laporan-laporan yang dibuat secara individu dan ada juga laporan-laporan dimana pengadu mendakwa mewakili beberapa ramai yang lain atau sesuatu kumpulan, malah ada yang menyertakan senarai nama dan tandatangan mereka-mereka yang berkenaan. Hampir kesemua pengadu-pengadu berkenaan dikenalpasti sebagai ahli biasa atau memegang sesuatu jawatan dalam parti-parti politik pembangkang khasnya Parti Keadilan Nasional.

7.3. Antara mereka yang telah membuat laporan tersebut ialah Hj. Mahfuz Hj. Omar, Chua Tian Chang @ Tian Chua, Saifuddin Nasution Hj. Ismail, Mohamad Ezam bin Mohd Noor, Lokman Noor Adam, Rusalan Hj. Kassim, Badarulamin bin Bahron dan lain-lain. Kesemua pengadu menggesa pihak Polis dan Jabatan Peguam Negara mengambil tindakan terhadap Tun Mahathir kerana telah menyalahgunakan kuasa dan menghalang proses keadilan.

7.4. Pegawai Penyiasat yang telah saya arahkan untuk merakamkan percakapan Dato Shafee dirumah Datin itu ialah Deputi Superintenden Narenasegaran (Naren) (sudi rujuk muka surat 324 Buku Tersebut dibawah tajuk “The aftermath”) (kini beliau berpangkat Asisten Kommisioner Polis bertugas sebagai KJSJ Pahang). Untuk makluman Datin, pegawai ini ada memaklumkan kepada saya betapa “simple dan humble serta peramahnya” Dato Shafee dan Datin ketika beliau berkunjung kerumah Datin, untuk merakamkan sambungan percakapan Dato Shafee atas arahan saya itu. Mengenai salinan percakapan Dato Shafee pula, saya yang tidak membenarkan untuk diberi kepada Dato Shafee. Saya percaya Dato Shafee sendiri tahu peruntukkan undang-undang dan peraturan mengenai perkara membekalkan percakapan saksi.

7.5. Terus terang saya menyatakan bahawa saya sendiri yang tidak berpuas hati dengan keterangan yang diberikan oleh Dato Shafee itu. Malahan Dato Shafee sendiri yang menyatakan bahawa memang TIDAK ADA ARAHAN SECARA LANGSUNG oleh Tun Mahathir untuk menutup atau menghentikan siasatan kes berkenaan. Namun begitu Dato Shafee ada menyatakan bahawa setiap perjumpaan dan teguran-teguran Tun Mahathir mengenainya, jika diambil secara keseluruhan akan membawa maksud bahawa Tun Mahathir mengarahkan beliau (Dato Shafee) menutup atau menghentikan penyiasatan terhadap Tan Sri Ali Abul. Dato Shafee mengesahkan bahawa perjumpaan beliau dengan Tun Mahathir adalah “on a one to one basis”. Oleh demikian tidak ada saksi bebas terhadap apa yang sebenarnya transpired antara mereka berdua. Dalam situasi ini, pembuktian dakwaan Dato Shafee akan bergantung kepada sejauh mana, atau apa yang dirakamkan/dicatitkan oleh Dato Shafee sendiri dalam diari atau fail berkaitan siasatan sabjek dalam persoalan.

“Rampasan” Kertas Siasatan BPR.

7.6. Memadai untuk saya menyatakan bahawa dalam kesungguhan PDRM menyiasat kes ini, saya telah mendapatkan persetujuan dan kerjasama BPR untuk menyerahkan 2 kertas siasatan untuk penelitian saya iaitu;

7.6.1. Kertas Siasatan HQ/BPR/KS:23/7/98-disiasat oleh Penguasa BPR Abdul Halim Hj.Ibrahim (kemudian diambil alih siasatan oleh Penguasa BPR Tan Kang Sai). Kes ini adalah berkaitan dakwaan pembabitan Tan Sri Ali Abul Hassan dan seorang Dato (saya tidak menyebut namanya bagi mengelakkan sebarang tanggapan khilaf terhadap dirinya) yang ada kepentingan sendiri, projek pengswastaan Aktibiti Pemeriksaan Berkanun Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja.

7.6.2. Kertas Siastan HQ/BPR/KS:20/6/98-disiasat oleh Encik Mohd. Jamidan bin Abdullah ketika itu Ketua Pentadbiran Siasatan BPR Malaysia. Kes ini adalah berkaitan dengan penggeledahan pejabat Ketua Pengarah UPE dimana RM100,000.00 dijumpai dalam laci Tan Sri Ali Abul Hassan.

7.7. Untuk makluman Datin, penelitian keatas kertas-kertas siasatan ini saya buat adalah semata-mata untuk mencari bukti dan keterangan, sama ada Dato Shafee ada membuat sebarang catitan atau arahan bertulis, yang menjurus kearah kertas siasatan BPR terhadap Tan Sri Ali Abul ditutup atas arahan Tun Mahathir. Saya perlukan bukti ini sebelum saya membuat janjitemu untuk merakamkan percakapan Tun Mahathir sendiri dan bersemuka dengannya sekali lagi, sepertimana pernah saya lakukan pada 8.10.1998 ketika menyiasat kes “mata-lebam” (peristiwa mana yang akan saya sentuh dalam perenggan-perenggan yang akan menyusul).

7.8. Sambil itu mungkin Datin boleh mendapatkan pengesahan daripada Dato Shafee sendiri sepanjang beliau menjadi Ketua Pengarah BPR mulai 16.7.1994 sehingga 11.9.1998, berapa kali Pegawai Polis “merampas” kertas siasatan BPR.

“Jikalau kail panjang sejengkal”.

7.9. Saya percaya Datin bolih menerima hakikat bahawa Tun Mahathir bukan sembarangan orang. Apapun beliau adalah seorang Perdana Menteri, ketika siasatan tersebut dibuka terhadapnya. Ini tidak bermakna Polis takut merakamkan percakapan beliau. Saya sendiri pernah bersemuka dengan Tun Mahathir pada 8.10.1998, “on a one to one basis” dalam suasana yang lebih “tense” lagi ketika menyiasat kes mata-lebam tersebut. Sedikit pun saya tidak gentar kerana saya berbekalkan fakta-fakta yang benar dalam tangan saya, walaupun pada ketika itu saya sedar ada makhluk atau makhluk-makhluk yang telah cuba mempengaruhi Tun Mahathir untuk percaya bahawa kecederaan DSAI adalah “self-inflicted”. Pada perjumpaan itu saya telah jelaskan kepada Tun Mahathir apa yang sebenarnya berlaku dan siapa yang “disyakki” melakukannnya oleh kerana siasatan masih diperingkat awal ketika itu. Yang pentingnya saya telah ketepikan sebarang tanggapan bahawa kecederaan DSAI tersebut disebabkan “self-inflicted” pada pertemuan itu. Yang lebih pentingnya apa yang “transpired” dalam pertemuan itu semuanya saya rakamkan dalam diari penyiasatan saya. Apa yang saya katakan kepada Tun Mahathir dan apa yang beliau katakan dan nasihatkan kepada saya, semuanya saya rakamkan. Malahan apabila Tun Mahathir sekadar menganggukkan kepalanya tanda persetujuan kepada sesuatu cadangan saya pun telah dirakamkan dalam diari tersebut yang kekal dalam kertas siasatan kes mata-lebam sehingga hari ini. (Tidak keberatan untuk saya menyatakan bahawa ketika Pegawai-Pegawai SPRM merakamkan percakapan saya dalam minggu pertama July 2008, berkaitan laporan DSAI itu, beliau ada menyoal saya mengenai reaksi wajah Tun Mahathir ketika saya menemuinya pada 8.10.1998 itu. Dengan mudah saya merujukkan mereka kepada diari penyiasatan saya yang ada dihadapan Pegawai perakam tersebut).

Berkaitan siasatan terhadap Tun Mahathir ini pula bagaimana harus saya bersemuka dengan beliau jika saya tidak lengkapkan diri dahulu dengan fakta-fakta dan bukti yang terperinci dan padat sebelum merakamkan percakapan beliau yang masih seorang Perdana Menteri ketika itu. Seperti kata pepatah “Jikalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diharungi”. Alangkah mudah tugas Polis ketika itu jika Dato Shafee sendiri telah merakamkan atau mencatitkan arahan yang tepat dalam kertas siasatan-kertas siasatan yang berkaitan. Sebenarnya itulah yang saya harap untuk temui ketika saya meneliti 2 kertas siasatan BPR tersebut. Malahan Dato Shafee mempunyai masa yang begitu banyak sejak 20.6.1998 hingga bersara pada 11.9.1998 untuk berbuat demikian dan tidak melepaskan tanggung jawab tersebut kepada Pegawai-Pegawai selepasnya oleh kerana Dato Shafee sendiri yang bersemuka dengan Tun Mahathir dalam isu ini dan tiada orang lain.

7.10. Untuk faedah Datin,saya perturunkan sebahagian daripada laporan saya bertarikh 9.11.2000 kepada Jabatan Peguam Negara berkaitan kes ini;

“Ketua Bahagian Pendakwaan,

Jabatan Peguam Negara,

Bangunan Bank Rakyat,

Kuala Lumpur.

………….

Para 5: RUMUSAN.

Setelah meneliti serta menimbangkan keterangan-keterangan yang terkumpul khasnya percakapan Dato Shafee Yahaya sendiri yang pada saya, telah dirakamkan dengan terperinci serta juga penelitian terhadap dua Kertas Siasatan BPR iaitu HQ/BPR/KS:23/7/98 dan HQ/BPR/KS:20/6/98 saya merumuskan kes ini seperti berikut:-

5.1.Anggapan Dato Shafee bahawa Perdana Menteri Dato Seri Dr. Mahathir Mohammad telah mengarahkan beliau untuk menutup kes siasatan terhadap Tan Sri Ali Abul Hassan bekas Ketua Pengarah EPU, lebih merupakan persepsi beliau sendiri. Tidak ada sebarang keterangan untuk menyokong persepsi dan andaian oleh kerana Dato Shafee sendiri tidak ada membuat sebarang catitan dalam mana-mana fail, diari atau dokumen-dokumen lain. Pertemuan Dato Shafee dengan YAB PM mengenai isu dalam persoalan ini dibuat atas dasar satu dengan satu (on a one to one basis). Oleh yang demikian apa juga transpired antara mereka hanya mereka sahaja yang privy kepada butir perbincangan.

5.2.Sekalipun Dato Shafee menyatakan yang beliau telah mentaklimatkan Tan Sri Ketua Setiausaha Negara mengenai apa yang berlaku ketika beliau berjumpa dengan Perdana Menteri ketika membincangkan kes dalam persoalan ini,percakapan Tan Sri KSN jikapun dirakamkan tidak mempunyai “evidential value” oleh kerana kesaksian Tan Sri KSN hanya berguna untuk untuk mengesahkan sama ada benar Dato Shafee ada mentaklimatkan beliau mengenai perkara itu atau sebaliknya. Manakala keterangan mengenai apa yang sebenarnya yang dibincangkan atau yang diarahkan oleh PM kepada Dato Shafee akan merupakan keterangan “hearsay”sahaja.

5.3.Semakan serta penelitian keatas kertas-kertas siasatan BPR HQ/BPR/KS 23/7/98 dan HQ/BPR/KS:20/6/98 mendapati tidak terdapat sebarang catitan dalam minit arahan ataupun diari penyiasatan pegawai-pegawai BPR yang terlibat dalam kedua-dua kes yang berkenaan, yang menjurus kearah kes-kes berkenaan ditutup atau dihentikan atas arahan Perdana Menteri. Didapati penyiasatan yang rapi telah dijalankan dan telah mematuhi prosidur pengedaran yang sewajarnya.

5.4.Saya berpendapat siasatan ini jika diteruskan dan percakapan saksi-saksi seterusnya dirakamkan juga tidak akan berkesudahan dengan perolehan keterangan kukuh untuk apa-apa tindakan terhadap mana-mana pihak. Kebanyakkan kesaksian yang akan diperolehi dijangka akan berbentuk “hearsay” atau tidak mempunyai nilai kesaksian yang baik.Dengan rendah diri, berdasarkan daripada hujah-hujah yang saya utarakan diatas, izinkan saya mencadangkan siasatan kes ini dihentikan setakat ini sahaja melainkan jika ada keterangan yang baru ataupun jika Dato Shafee sendiri membuat laporan Polis serta mengemukakan keterangan lain untuk menyokong dakwaannya. Pun begitu saya memohon nasihat YBhg. Datuk mengenai cadangan saya ini.

Salam sejahtera dan terima kasih.

Tanda tangan bertarikh:9.11.2000.

(Dato Mat Zain bin Ibrahim) SAC II,

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah,

Ibu Pejabat Polis Kontinjen,

Kuala Lumpur.”

Kenyataan tidak benar oleh Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Abdul Gani Patail berkaitan siasatan keatas Tun Mahathir.

7.11. Saya merujuk kepada muka surat 281 Buku Tersebut dan perturunkan kenyataan akhbar Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Gani Patail seperti berikut;

The IGP confirmed that an investigation on Dr.Mahathir was carried out. (NST 9 April 2008)

“Our recods show we had submitted the investigation papers to the AG Chambers on 15 February 2000. The decision made by the AG at that time (the late Tan Sri Mohtar Abdullah) was that there was no case.”

In The Star of the same date (9 April 2008), it was reported that Tan Sri Abdul Gani Patail confirmed,

“The Chambers received the investigation papers from the police sometime in February 2000 and after studying it carefully, found no evidence to suggest that Dr. Mahathir had interfered in the investigations”

7.12. Saya hanya boleh menyatakan bahawa kenyataan kedua-dua Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Gani Patail seperti diatas adalah tidak benar,tidak munasabah dan tidak masuk akal sama sekali. Adalah mustahil untuk kertas siasatan tersebut diedarkan kepada Jabatan Peguam Negara pada 15 February 2000 sedangkan kertas siasatan berkenaan hanya dibuka pada 13 Jun 2000 bersandarkan kepada laporan polis Tun H.S.Lee Rpt:14752/2000 yang dibuat oleh DSAI pada tarikh tersebut. Malah kertas siasatan tersebut bersekali dengan kertas-kertas siasatan BPR yang dirampas, hanya diedarkan kepada Jabatan Peguam Negara pada 9 November 2000.

7.13. Mungkin tarikh 15 February 2001 adalah lebih munasabah. Bagaimanapun jika Tan Sri Musa Hassan dan/atau Tan Sri Gani Patail mengubahnya kepada 15 February 2001 pula, ianya akan menjadi lebih tidak munasabah lagi. Oleh kerana pada 15 February 2001,Tan Sri Mohtar Abdullah yang dikatakan telah meneliti dan menutup kes tersebut telah TIDAK lagi menjadi Peguam Negara ketika itu, kerana tempat beliau telah digantikan oleh Datuk Ainum Mohammad Said pada 1 Januari 2001 (rujuk catitan Datin sendiri dalam muka surat 326 Buku Tersebut).

7.14. Mungkin juga atas sebab itu Tan Sri Musa Hassan dan/atau Tan Sri Gani Patail tidak tampil membuat pembetulan, lagipun orang yang dikaitkan itu Tan Sri Mohtar Abdullah telah pun meninggal dunia. Orang yang telah meninggal dunia memang tidak boleh menjawab lagi. Mungkin mereka berdua lupa banyak lagi orang-orang yang masih hidup yang mengetahui perkara ini yang boleh mempersoalkan kenyataan mereka.

7.15. Mungkin sekiranya Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Gani Patail tidak membuat kenyataan yang tidak munasabah itu, kes ini tidak akan berpanjangan. Kenyataan merekalah yang telah membuka “flood-gates” untuk lebih banyak persoalan ditimbulkan mengenai kewibawaan PDRM menjalankan sesuatu penyiasatan. Malah kenyataan mereka berdua telah “undermine” penyiasatan Polis dalam kes ini, sepertimana juga mereka berdua sepakat memalsukan keterangan berkaitan laporan perubatan keatas DSAI dalam penyiasatan kes “mata-lebam”, yang bukan sahaja mereka telah “undermine” siasatan tersebut malahan telah menyebabkan Sistem Keadilan Jenayah kita menjadi kucar-kacir sehingga hari ini.

Cadangan kepada Dato Shafee.

7.16. Walaubagaimanapun sekiranya Dato Shafee berhasrat untuk meneruskan dakwaannya terhadap Tun Mahathir, beliau boleh memilih untuk membuat laporan Polis yang baru untuk menyebabkan kertas siasatan tersebut dibuka semula. Saya percaya Dato Shafee sendiri maklum perkara ini. Lagi pun tidak ada sekatan masa untuk sesuatu laporan kesalahan jenayah dibuat sekalipun sesuatu salah laku jenayah berkenaan berlaku 12 tahun yang lalu. Tidak ada pihak yang boleh menghalang Dato Shafee jika beliau ingin berbuat demikian.

7.16.1. Cuma saya ingin memberi ingatan supaya Dato Shafee mengingati semula setiap perkataan/keterangan yang beliau telah berikan ketika memberi keterangan di-Mahkamah pada 12.6.2000, percakapan dan sambungan percakapannya yang telah diberikan kepada Polis (lebih-lebih lagi beliau tidak memiliki salinan percakapan tersebut), laporan Polis baru jika dibuat dan keterangan-keterangan yang sedia ada dalam kertas-kertas siasatan yang berkaitan, supaya tidak berlaku pencanggahan yang material dalam keterangannya. Oleh kerana jika terdapat percanggahan yang material akan mendedahkan Dato Shafee sendiri kepada dakwaan memberi keterangan palsu. Saya percaya Dato Shafee sedar perkara ini. Apapun beliau harus “tepuk dada tanya seleranya sendiri". Jika saya dipanggil untuk membantu penyiasatan, saya akan kekalkan posisi saya sepertimana yang saya dedahkan dalam Surat Terbuka ini.

Tiada campurtangan mana-mana pihak dalam penyiasatan kes ini.

8. Untuk faedah Datin juga,saya boleh mengesahkan disini bahawa tidak ada sebarang campur tangan daripada mana-mana pihak, sama ada daripada political masters, Pucuk Pimpinan Tertinggi PDRM atau Jabatan Peguam Negara ketika pasukan saya menangani siasatan kes terhadap Tun Mahathir ini. Malahan saya boleh menyatakan bahawa Pegawai-Pegawai BPR sendiri telah memberikan kerjasama mereka yang cukup baik ketika kami menangani isu ini. Secara kebetulan juga dalam laporan saya kepada Tan Sri Ismail pada 6.5.2010 itu, saya telah mengesahkan dalam perenggan 26 surat tersebut bahawa tidak ada campur tangan mana-mana pihak ketika saya menangani siasatan kes ini.

INSIDEN MATA-LEBAM.

9. Memandangkan Datin juga nampaknya berminat dengan insiden mata-lebam ini, sepertimana yang terkandung dalam muka surat 311 dan 312 Buku Tersebut, saya berpendapat tidak salah untuk saya menjelaskan perkara ini dengan lebih mendalam lagi, to set the records straight, memandangkan saya terlibat secara langsung dalam penyiasatan kes ini sebagai Ketua Pegawai Penyiasat dan juga membantu kelicinan prosiding Suruhanjaya Di-Raja menyiasat peristiwa ini. Lagipun ianya bukan lagi menjadi rahsia, bahkan saya pernah “mendedahkan” sebahagian peristiwa ini menerusi Pernyataan Tuntutan saya terhadap DSAI yang difailkan dalam Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 11.8.2008. Malah beberapa dokumen saya, khasnya laporan lengkap saya bertarikh 15.4.2009 kepada Y.A.Bhg.Tun Abdul Hamid Mohamad, Pengerusi Lembaga Penasihat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dan salinannya kepada setiap seorang Ahli Lembaga Penasihat tersebut dan termasuk Pengerusi serta Ahli-Ahli Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah, berada dalam public domain setelah digunakan sebagai keterangan dalam perbicaraan DSAI dalam Sodomy II yang masih berjalan.

Laporan DSAI pada 1.7.2008.

10. Pada 1.7.2008 DSAI telah membuat Dang Wangi Rpt:22807/08.Dalam laporannya ini DSAI mendakwa Tan Sri Gani Patail, Tan Sri Musa Hassan, Dr. Abdul Rahman Yusof, seorang Forensic Consultant dari Hospital Besar Kuala Lumpur dan Dato Mat Zain Ibrahim (saya sendiri) selaku Pegawai Penyiasat kes mata-lebam, telah memalsukan keterangan berkaitan dengan laporan perubatan mengenai kecederaan beliau (DSAI) dalam penyiasatan kes mata-lebam tersebut.

10.1. Siasatan telah dijalankan oleh pihak Ibu Pejabat BPR (kemudianya SPRM) .Saya telah dipanggil memberi keterangan sekurang-kurangnya 5 kali di-Ibu Pejabat SPRM termasuk pihak Penyiasat SPRM telah membuat “rampasan” dokumen-dokumen daripada kediaman saya pada 4.7.2008. Saya tidak membantah rampasan ini malah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Pegawai-Pegawai SPRM berkenaan, kerana saya tahu itu adalah tanggung-jawab mereka selain daripada mereka bertindak secara sopan dan professional, sepertimana juga saya lakukan ketika membuat “rampasan” dua kertas siasatan BPR ketika menyiasat kes terhadap Tun Mahathir seperti yang saya jelaskan dalam perenggan-perenggan diatas.

10.2. Apa yang boleh saya katakan disini ialah kesemua dokumen (yang saya sebagai pembikinnya) yang dirampas dari rumah saya adalah salinan yang sama yang terdapat dalam kertas siasatan kes mata-lebam itu sendiri. Ianya mengandungi keterangan-keterangan dan bukti yang padat yang bukan sahaja sekadar boleh “mengaitkan” sesaorang, malahan jika dibaca bersama dengan laporan Suruhanjaya DiRaja menyiasat kes mata-lebam itu, boleh “mensabitkan” kesalahan mereka keterangan palsu terhadap mereka-mereka yang terlibat tanpa sebarang keraguan.

10.3. Namun begitu pada 11.3.2009 YB Dato Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah mengumumkan di Parlimen bahawa siasatan terhadap pengaduan DSAI pada 1.7.2008 tersebut telah selesai 2 bulan daripada tarikh laporan tersebut dibuat. Cuma pengumumannya dibuat pada tarikh berkenaan memandangkan kes tersebut sangat sensitif. Beliau juga turut mengumumkan bahawa satu Panel Bebas tiga orang terdiri daripada 2 orang mantan Hakim Mahkamah Persekutuan dan seorang mantan Hakim Mahkamah Rayuan telah dilantik sebagai Timbalan Pendakwa Raya, bagi meneliti kertas siasatan SPRM berkaitan kes ini. Beliau seterusnya mengumumkan bahawa Panel Bebas tersebut secara sebulat suara (3-0) mendapati Tan Sri Musa Hassan bersih daripada sebarang salah laku jenayah dalam siasatan tersebut. Manakala Panel Bebas sama secara majority (2-1) mendapati Tan Sri Gani Patail tidak terlibat dengan sebarang salah laku jenayah dalam siasatan sama. Ini bermakna seorang daripada Ahli Panel Bebas tersebut mendapati ada keterangan untuk mengaitkan Tan Sri Gani Patail dengan perbuatan salah laku jenayah. Bagaimanapun kedua-dua Tan Sri Gani dan Tan Sri Musa diistiharkan bersih (“cleared”) dari sebarang salah laku jenayah, manakala tidak ada sebutan mengenai nasib Dr. Rahman dan saya yang turut didakwa oleh DSAI dalam laporannya tersebut. Pengumuman ini seolah mengesahkan bahawa laporan DSAI itu ada kebenarannya kerana Dr. Rahman dan saya tidak “dibersihkan” sekali dengan mereka berdua.

10.4. Saya berhak untuk merasa terkejut dan kecewa dengan keputusan ini lebih-lebih lagi selaku Ketua Pegawai Penyiasat kes mata-lebam tersebut saya tahu apa yang berlaku malah telah menyerahkan segala dokumen-dokumen bukti kepada Penyiasat SPRM.

10.5. Oleh hal demikian saya telah menulis surat bantahan rujukan:MZ/SULIT/5776/7 bertarikh 15.4.2009 kepada Pengerusi, Lembaga Penasihat SPRM iaitu Y.A.Bhg. Tun Abdul Hamid Mohamad, dengan salinannya kepada setiap seorang Ahli Lembaga Penasihat dan juga Pengerusi serta Ahli Ahli Jawatankuasa yang lain seperti Jawatan Kuasa Khas Mengenai Rasuah. Selain daripada mengemukakan hujah dan dokumen bukti, saya turut menjelaskan secara terperinci caramana pemalsuan keterangan tersebut dilakukan dan siapa yang melakukannya dan Pegawai mana yang bersubahat memberi kemudahan melakukan jenayah tersebut, sepertimana yang telah saya rakamkan dalam diari penyiasatan saya ketika menjalankan siasatan kes mata-lebam tersebut.

10.6. Selain daripada itu saya telah mempersoalkan kesahihan perlantikan Ahli-Ahli Panel Bebas tersebut sebagai Timbalan Pendakwa Raya oleh Peguam Cara Negara seperti yang diperuntukkan dalam Kanun Prosidur Jenayah (CPC). Saya telah menonjolkan bahawa Peguam Cara Negara TIDAK mempunyai hak atau kuasa untuk melantik Timbalan Pendakwa Raya (TPR) mengikut perbekalan dalam CPC. Peruntukkan Seksyen 376(4) CPC adalah sangat jelas bahawa hak atau kuasa untuk melantik TPR terletak kepada Pendakwa Raya(dalam hal ini Tan Sri Gani Patail) dan kuasa tersebut hendaklah dijalankan oleh Pendakwa Raya sendiri. Oleh hal yang demikian perlantikan Panel Bebas seperti yang diumumkan oleh Menteri di JPM itu adalah tidak sah dan menjadikan keputusan yang mereka buat sebagai sia-sia. Ini bermakna pengistiharan bahawa kedua-dua Tan Sri Gani dan Tan Sri Musa sebagai bebas daripada salah laku jenayah tidak boleh diterima pakai mengikut kefahaman saya.

10.7. Untuk pengetahuan Datin, Peguam Dato Param Cumaraswamy pun ada menulis surat bantahan kepada SPRM mempersoalkan isu perlantikkan Panel Bebas ini.

10.8. Apa pun pada 23 July 2009 saya telah menerima surat balasan daripada Sekretariat Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) yang ditanda tangan sendiri oleh Y.A.Bhg. Tun Abdul Hamid Haji Mohamad. Saya merasa terkejut dimaklumkan secara bertulis bahawa bidang kuasa LPPR seperti yang diperuntukkan oleh Seksyen 13 Akta SPRM 2009 (Akta 694) TIDAK termasuk menyemak semula (review) sebarang keputusan yang telah dibuat oleh SPRM dalam sesuatu kes. Ini bermakna LPPR tidak boleh berbuat apa-apa sekalipun SPRM telah membuat sesuatu keputusan yang salah atau tidak mengikut undang-undang. Ini turut bermakna sekalipun LPPR sedar bahawa perlantikkan Panel Bebas tersebut adalah tidak sah dari sisi undang-undang, LPPR terpaksa bersetuju menerimanya. Soal sama ada LPPR berpuas hati atau tidak dengan penyiasatan dan keputusan SPRM tidak timbul. Selepas daripada penerimaan surat LPPR sedemikian itu saya tidak menulis apa-apa suratan kepada LPPR lagi.

10.8.1. Saya berasa begitu ralat kerana diakhir laporan saya kepada LPPR itu saya merayu kepada Y.A.Bhg.Tun seperti diperturunkan;..

“Para 48.

Saya percaya Y.A.Bhg.Tun,serta Yang Berbahgia dan Yang Berhormat Pengerusi dan Ahli-Ahli pelbagai Panel SPRM tidak akan merelakan intergriti Institusi penting Negara seperti Badan Kehakiman,Jabatan Peguam Negara, SPRM dan PDRM diletakkan dalam risiko kemusnahan semata-mata untuk menyelamatkan sesaorang dikenakan hukuman jenayah. Saya merayu dan sesungguhnya yakin Y.A.Bhg. Tun akan memberi peluang pendengaran yang adil dan saksama kepada saya dan juga kepada pihak atau pihak-pihak yang dinamakan dalam perkara ini.Saya yakin Y.A.Bhg. Tun akan mempertimbangkannya bukan demi saya seorang, tetapi demi Keluhuran dan Kedaulatan Undang-Undang Negara dan demi Keadilan Awam itu sendiri. Salam sejahtera.

Yang benar,

t.t.bertarikh:15 April 2009.

(Mat Zain bin Ibrahim)”

10.9. Namun begitu saya tidak putus asa dalam mengenengahkan kebenaran ini. Dalam surat saya kepada YDH Tan Sri Ismail Omar, dalam perenggan 11, saya telah membuat “pengistiharan” yang berbunyi antaranya;

“Tanpa terpengaruh dengan pendapat pihak-pihak lain mengenai laporan DSAI tersebut sama ada telah dibuat secara rasmi atau sebaliknya, saya,selaku Pegawai Penyiasat kes mata-lebam tersebut yang mempunyai pengetahuan mendalam kes ini mendedahkan pendapat saya mengenainya seperti berikut dibawah;

a)Bahawa dakwaan DSAI menyatakan berlakunya perbuatan memalsukan keterangan berkaitan laporan kecederaan keatas dirinya dalam penyiasatan kes mata-lebam adalah benar dan betul berlaku.

b)Bahawa terdapat sejumlah 3 (tiga) laporan perubatan yang telah dipalsukan iaitu;…….”

10.9.1. Saya turut mengistiharkan bahawa saya serta Pegawai-Pegawai dalam Pasukan Penyiasat Khas kes tersebut dan juga pucuk pimpinan PDRM ketika itu tidak pernah mensubahati Tan Sri Gani Patail dalam memalsukan keterangan terhadap DSAI. Malahan saya menjelaskan bahawa saya telah mengambil segala langkah yang perlu (yang dirakamkan dalam diari penyiasatan saya) untuk menasihati dan menghalang beliau daripada melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang dalam penyiasatan kes mata lebam tersebut.Saya telah menasihatkan beliau ketika itu, posisi Dr. Rahman yang sedang dalam siasatan Polis berkaitan satu kes ugutan jenayah keatas seorang Dr. Abdul Halim Mansar yang merupakan Pakar Forensik Hospital Kuala Lumpur yang mula-mula menyediakan laporan kecederaan keatas DSAI atas permintaan rasmi saya, dan penggunaan Dr. Rahman menyediakan laporan perubatan bertentangan dengan apa yang telah disediakan oleh Dr. Halim, akan menyebabkan “complications” dikemudian hari. Rupa-rupanya Tan Sri Gani Patail telah mengambil kesempatan posisi Dr. Rahman sedemikian itu untuk mengarahkannya menyediakan sejumlah tiga (3) laporan palsu berlainan berkaitan kecederaan DSAI dalam insiden mata-lebam tersebut. Sekiranya terdapat mana-mana Pegawai Polis yang telah bersubahat atau memberi kemudahan kepada beliau melakukan pemalsuan tersebut, maka Pegawai Polis berkenaan telah melakukannya atas sifat peribadi untuk kepentingan dan faedah persendirian Pegawai berkenaan yang tidak ada kena mengena dengan pendirian PDRM menangani siasatan kes mata-lebam ini.

Penggunaan keterangan palsu dalam perbicaraan Sodomy II.

11. Dalam surat saya kepada Tan Sri Ismail itu juga saya telah memberi “isyarat awal” berkaitan pemerhatian saya mengenai penggunaan keterangan palsu dalam perbicaraan Sodomy II yang sedang berjalan. Keterangan palsu/tidak benar itu adalah dalam bentuk dua afidavit yang diikrarkan pada 30.6.2009 oleh dua Pegawai Jabatan Peguam Negara bagi pihak Pendakwa Raya. Perkara ini bukan rahsia kerana DSAI sendiri telah membuat laporan Polis Travers Rpt:5160/09 pada 21.7.2009 dan membuat kenyataan akhbar mengenai laporan ini terhadap, Dato Abdul Razak Musa Pengarah Pendakwaan dan Perundangan SPRM dan Timbalan Pendakwa Raya Hanafiah Hj. Zakaria dari Jabatan Peguam Negara, seorang Ahli dalam Pasukan Pendakwaan kes Sodomy II. Berpeluang meneliti kandungan dokumen-dokumen tersebut yang berada dalam public domain itu, serta mengetahui perkara sabjek yang terkandung dalam laporan Suruhanjaya DiRaja berkaitan, saya berpendapat yang dakwaan DSAI ada kebenarannya walaupun saya tidak mempunyai ekses lagi untuk mengetahui hasil siasatan berkaitan laporan tersebut. Saya memberikan isyarat awal ini adalah untuk PDRM mengambil langkah berjaga-jaga supaya tidak dijadikan “scape-goat” sekiranya sesuatu yang buruk berlaku dalam pendakwaan Sodomy II seperti mana yang menimpa PDRM dan saya dalam penyiasatan kes mata-lebam.

12. Hari ini pula, ketika saya sedang menulis Surat Terbuka ini kepada Datin, tersiar pula secara meluas dalam akhbar-akhbar dan blogs mengenai seorang Rahimi Osman yang disenaraikan sebagai seorang saksi pembelaan, menghebahkan pula yang beliau dipaksa membuat Statutory Declaration (SD) untuk mengaitkan Dato Seri Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes Sodomy II, yang melibatkan sahabat beliau Mohd. Saiful Bukhari Azlan dua tahun lalu. Dilaporkan pula kononya Rahimi Osman telah membuat SD yang baru pula. Ini mengingatkan kita kepada apa yang dilakukan oleh Private Investigator Bala dalam kes bunuh Altantuya.

12.1. Apa sudah jadi dengan Sistem Keadilan Jenayah kita? Seolah BAB XI dalam Kanun Keseksaan berkaitan Keterangan Palsu dan Kesalahan-Kesalahan Terhadap Keadilan Awam tidak ujud lagi. Siapa yang sepatutnya dipersalahkan? Siapa yang menyebabkan Sistem Keadilan Jenayah kita menjadi kucar kacir, sehinggakan sesiapa juga boleh mempermain-mainkannya tanpa takut kepada sebarang tindakan dan hukuman undang-undang. Saya tidak teragak-agak untuk menyatakan bahawa keadaan ini berpunca daripada “precedent” yang dibuat oleh Tan Sri Gani Patail dan Tan Sri Musa Hassan sendiri. Jika mereka boleh merekacipta keterangan palsu dan menggunakan dua daripada tiga laporan yang dipalsukan itu pula dalam prosiding kehakiman Suruhanjaya DiRaja, dan kemudian mendabik dada mengatakan mereka bersih daripada sebarang salah laku jenayah; jika Tan Sri Musa boleh memberi keterangan palsu dalam perbicaraan dalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur seperti yang dilaporkan oleh seorang Penggubal Undang-Undang YB R. Sivarasa dalam bulan Mac tahun ini, dan tiada tindakan dikenakan; jika Tan Sri Musa Hassan boleh mengemukakan Pernyataan Tuntutan yang tidak benar dalam samannya terhadap DSAI serta menuntut berjuta Ringgit sebagai ganti rugi pula dan menayangkan pula saman tersebut kepada dunia, maka P.I. Bala dan Rahimi Osman juga tidak bimbang akan tindakan undang-undang terhadap mereka. Cuma yang tidak bernasib baik, mungkin Brig.Gen (B) Datuk Mohamad Yasin Yahya bekas Panglima Brigade Sabah (saya juga tidak pernah mengenali beliau) yang telah berpuloh tahun menabur keringatnya mempertahankan kedaulatan Negara, akhirnya diaibkan dengan dituduh memberi keterangan palsu (walaupun kemudiannya didapati tidak bersalah) ketika memberi keterangan di-Mahkamah melibatkan satu kes Dato Ramli Yusuff.

13. Memandangkan keadaan terbaru ini,mungkin Dato Shafee ingin menimbangkan semula cadangan saya diperenggan 7.16 dan 7.16.1 dalam Surat Terbuka ini.

14. Berbalik kepada laporan saya kepada YDH IGP Tan Sri Ismail Omar pula, kini terserah kepada budi bicara beliau untuk mengambil posisi beliau dalam hal ini, dan lain lain isu yang saya dedahkan dalam laporan saya kepada beliau bagi memelihara kewibawaan dan keberkecualian serta imej PDRM yang tercemar teruk sejak 2006. Saya yakin YDH Tan Sri akan melakukan sesuatu. Untuk faedah Datin dan juga pembaca lain yang mungkin berminat membaca Surat Terbuka ini, saya telah akhiri laporan saya kepada Tan Sri Ismail Omar tersebut itu seperti diperturunkan dibawah;

“Para 32.

Saya berharap laporan yang saya kemukakan ini tidak menambahkan bebanan masaalah yang berada dalam tangan Tan Sri sekarang ini.Saya sedar siapa saya dan kedudukkan saya dalam masyarakat dan saya turut sedar dengan siapa saya berhadapan dan apa yang boleh berlaku keatas diri saya dan keluarga dengan pendedahan yang saya tonjolkan dalam laporan ini. Namun begitu saya turut yakin sebilangan besar rakyat dan pemimpin Kerajaan khasnya dalam PDRM yang cintakan keluhuran undang-undang dan keadilan. Pada ketika saya berpangkat ACP/SAC II, saya telah dilonggokkan dengan keterangan dan bukti daripada Ketua Polis Negara,Timbalan Ketua Polis Negara,Pengarah-Pengarah dan Pemimpin Tertinggi Polis serta Pegawai sehingga anggota berpangkat Konstabel mengenai peristiwa insiden mata-lebam. Dengan bahan bahan tersebut saya diminta untuk membuat keputusan sendiri dan seorang diri sama ada memilih menyelamatkan maruah PDRM ataupun menyelamat TSRN. Dengan sedih saya memilih untuk mencadangkan TSRN, seorang yang saya sanjung tinggi sebagai seorang ketua, sahabat dan juga kawan keluarga dituduh dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan. Saya Cuma berharap saya telah melakukan sesuatu yang saksama kepada beliau. Kini saya memohon maaf kerana melonggokkan pula bahan serupa dan meletakkan Tan Sri didalam situasi yang sama, yang saya berada 12 tahun lalu. Saya turut berharap situasi yang kita alami adalah yang terakhir buat PDRM.

Para 33.

Akhirkata saya mendoakan Tan Sri sentiasa berada dalam kesejahteraan dan kesihatan untuk seterusnya memimpin Pasukan Polis Di Raja Malaysia kearah kecermelangan dan kegemilangan serta dihurmati sepertimana yang pernah dinikmati dalam era sebelum 2006.

Wassalam.

Bth:6 Mei 2010.

PENUTUP

15. Saya sedar bahawa Surat Terbuka saya ini akan mengundang respon yang positif dan juga negative. Sesiapa pun mempunyai hak untuk meluahkan pendapatnya dan saya bersedia menerimanya dengan fikiran terbuka. Apa pun saya mengambil tanggung jawab sepenuhnya mengenai penulisan saya ini. Saya sedar akan risiko dan konsekuennya.

16. Saya akan mengirimkan salinan pertama menerusi email kepada Datin, manakala salinan yang mengandungi tandatangan saya, akan dikirim pos.

17. Sekali lagi saya menyusun sepuloh jari memohon jutaan maaf jika terdapat kata-kata saya yang menyinggung perasaan Datin. Salam hurmat saya buat Dato Shafee Yahaya dan keluarga.

Terima Kasih ikhlas saya kepada Y.Bhg. Datin kerana memberi semangat kepada saya dengan menonjolkan Surah Al Baqarah 2:24; “And mix not truth with falsehood, nor conceal the truth while you know (the truth). Sempena dengan hari terakhir Shawal yang mulia ini saya sekeluarga mengucapkan Selamat Eidul Fitri, maaf zahir dan batin untuk YBhg. Datin sekeluarga.

Wassalam.

Yang Benar,

t.t

(MAT ZAIN BIN IBRAHIM)

8 hb Oktober 2010.