SIME DARBY MULA GAGAL |
Sime Darby atau lebih dikenali sebagai Synergy Drive kini nampaknya mula gagal sebagai sebuah entiti. Terlalu banyak inisiatif perniagaan yang dilakukan olehnya telah sedikit demi sedikit menunjukkan tanda kegagalan. Jika senario ini tidak dibendung, maka tidak mustahil Sime Darby Berhad (Synergy Drive) boleh jatuh muflis. Salah tadbir urus dan kegagalan membendung kewangan yang terhad memungkinkan Sime Darby Berhad (Synergy Drive) menuju penamatnya. Jika ini berlaku maka ianya akan mengakibatkan satu bahana yang besar kepada industri hartanah dan perladangan di Malaysia. Ini kerana Sime Darby Berhad (Synergy Drive) dibentuk dari gabungan Sime Darby Berhad, Guthrie Berhad dan Golden Hope Berhad yang inisiatif awalnya dimulakan oleh Nazir Razak dari CIMB Bank. Saya pernah menulis mengenai Synergy Drive pada masa lalu yang mana saya tumpukan kepada risiko yang bakal diterima atas penggabungan ini yang akhirnya hanyalah penggabungan pada nama tetapi lebih kepada “reverse takeover” oleh Sime Darby Berhad. Jika Sime Darby Berhad tidak bergabung dengan Guthrie Berhad dan Golden Hope Berhad, maka risiko yang ditanggung cuma melibatkan Sime Darby Berhad. Namun kini, kita boleh lihat teori domino akan berlaku dimana jika satu entiti jatuh, ianya akan melibatkan entiti lain yang bersama-sama dengannya akan jatuh sama. Inilah yang saya juga jangkakan bilamana saya menentang penggabungan Felda, Felcra dan Risda atas nama Synergy Perdana yang saya nampak akan mengalami nasib yang sama seperti Synergy Drive (Sime Darby Berhad). Idea kedua-dua penggabungan “bodoh” ini datangnya dari Nazir Razak yang saya pasti telah mengaut untung laba yang terlalu besar atas kedua-dua penggabungan ini. Yang kaya dan bertambah kaya adalah Nazir Razak dan kroninya, manakala yang mungkin akan jadi mangsa papa kedana pula adalah warga kedua-dua penggabungan mega ini. Saya amat berharap agar SPRM dapat meneliti dan menyiasat perkara ini dan seterusnya mendakwa semua yang terbabit tanpa mengira pangkat, darjat mahupun kekayaan. SPRM patut memulakan dengan menyiasat Najib Razak, Nazir Razak, Hamad Kama Piah, Desa Pachi dan ramai lagi termasuklah Musa Hitam sekali. Semuanya perlu disiasat dengan telus dan lengkap. Jika SPRM tidak berani untuk melakukan siasatan, apa kata kalau kita (Warga Malaysia) menjemput ICAC dari Hong Kong untuk membantu dan membuat siasatan. Ini kerana mengikut pengetahuan saya, ICAC adalah lebih telus dan berani berbanding SPRM (MACC). |
Sabtu, 15 Mei 2010
lan Top Inner | |
|
Oleh kerana terlampau sibuk dalam hal-hal yang tidak sepatutnya IPT Malaysia terus merudum dalam ranking masing-masing. |
Kini negara kita diselaputi awan kelabu dengan berjalannya perbicaraan liwat DS Anwar-Saiful Bukhari Azlan, yang meletakkan negara dalam keadaan memalukan. Episod kedua kes liwat yang lebih merupakan konspirasi politik itu yang sedang dibicarakan telah memperbodohkan semua rakyat Malaysia yang tinggal di negara ini.
2.Ia memperbodohkan rakyat Malaysia kerana kes itu memalukan tetapi ia hanyalah satu kes ciptaan dalam usaha membunuh karier politik DS Anwar dan memperlahankan gerakan kebangkitan rakyat dalam menuntut keadilan dan ketelusan dalam sistem demokrasi ala Malaysia ini.
3.Dalam perbicaraan liwat bagi episod pertama Ds Anwar telah meringkuk dalam penjara lebih enam tahun lamanya, namun akhirnya dibebaskan kerana didapati beliau tidak bersalah dan tidak ada kes liwat yang berlaku. Setelah sekian lama dibicarakan di mahkamah dan DS Anwar meringkuk di penjara, akhirnya mantan PM Tun Mahathir mengatakan tidak ada kes liwat. Kita tidak faham bagaiamana satu kes yang telah diputuskan oleh mahkamah, akhirnya dikatakan tidak ada kes. Ini membuktikan kes ini sengaja dicipta untuk "mengusir" DS Anwar dari sistem pemerintahan negara dan menghumbankannya ke dalam penjara.
4. Kini sekali lagi DS Anwar menghadapi skrip yang sama, tuduhan liwat dari UMNO/BN dengan menggunakan hakim-hakim yang dicucuk hidung dan mahkamah yang diputarbelitkan ibarat wayang kulit mengikut rentak Pak Dalangnya. Apakah hakim-hakim ini tidak mempunyai pendirian dalam menghadapi kes ini. Mengapakah mereka bersedia untuk membicarakan satu kes yang sebenarnya dicipta untuk mencapai cita-cita politik UMNO/BN? Apakah mereka terlalu bodoh untuk ditipu sedemikian rupa, sedang mereka mempunyai ijazah undang-undang berjela-jela.
5. Bukan sahaja mereka menipu dan tertipu, tetapi seluruh rakyat Malaysia, termasuk media cetak dan elektronik turut sama menipu dan tertipu, demi mencapai agenda pihak-pihak tertentu dan mengekalkan agar kebatilan terus berkuasa di bumi jantung pisang ini.
6. Sebab itu TG Abd Hadi Awang dalam satu kenyataannya dalam Harakah, menggesa badan kehakiman negara ini menggunakan proses keadilan dan menjauhi dari di pengaruhi oleh elemen politik.Konsep pemisahan kuasa antara pihak eksekutif, legislatif dan kehakiman haruslah dihormati dan ini adalah selaras dengan kehendak Islam. Dalam erti kata lain, beliau melihat badan kehakiman telah dimasukki oleh elemen-elemen politik yang menjejaskan kredibiliti kehakiman itu sendiri. Badan kehakiman harus disusun semula demi untuk menegakkan keadilan di bumi tercinta ini, bukan diperkuda oleh pihak tertentu yang menyebabkan hilangnya kepercayaan orang ramai terhadap proses keadilan di negara kita.
GEGARAN BERLAKU DAN MENGGANGU PEMAIN PEMAIN
MALAYSIA GAGAL KE FINAL PIALA THOMAS - minsider
KUAALA LUMPUR, 14 Mei — Malaysia ditundukkan johan bertahan China, dengan tewas 0-3 di peringkat separuh akhir Piala Thomas yang berlangsung di Stadium Putra di sini hari ini.
China akan berdepan dengan Indonesia di peringkat akhir yang akan berlangsung pada 2 petang hari Ahad ini.
DEMO UNTUK HAK ISTEMEWA BUMIPUTERA
Perkasa akan mengadakan demo besar besaran esok petang di Stadium Bukit Jalil
untuk membantah kemenangan China .
Perkasa menuntut hak istemewa kepada pemain bumiputera. Menurut Perkasa pemain
badminton bumiputera wajib diberi advantage 10 poin disetiap permainan.
Menurut Perkasa pemain dari China telah bermain lebih awal dari pemaian bumiputera.
Adalah difahamkan Dr Mahathir Muhamad akan datang untuk meresmikan tunjukan peraaan ini.
SUAMI NAJIB BAWA SIAL
Peminat badminton Malaysia merasa amat kecewa
apabila suami Najib Razak turut
menyaksikan pertarungan badminton.
Apabila suami Najib berada ketika Malaysia melawan Jepun – Malaysia kalah.
SuaMI Najib ada bersama ketika Malaysia berentap dengan China – Malaysa kalah.
Menurut peminat badmintion, suami Najib ini telah membawa sial
kerana telah berlaku gegaran di dalam dewan kah kah kah...
INI KEDAI JUDI HARAM
SESUDAH MENDAPAT LOGO HALAL
JUDI BOLA, NAJIB MASIH MEMBISU - harakahdaily
KUALA LUMPUR, 14 Mei: Keengganan Najib Razak menjelaskan sebab meluluskan lesen judi bola sepak sempena piala dunia Jun ini dilihat sebagai takut berdepan Masyarakat Islam di negara ini.
Bekas Pengarah Jabatan Kesenian dan Sukan Dewan Pemuda PAS, Mohd Firdaus Jaafar berkata, mustahil Najib tidak tahu berhubung kelulusan kerajaan itu dan hanya mahu berrselindung di belakang . Awang Adek Hussein.
"Takkan itu semua dibuat secara peribadi oleh Dr. Awang Adek saja yang Najib sendiri tidak tahu.
"Takkan dia bersembunyi dalam baju Dr. Awang Adek, takut untuk berdepan dengan orang-orang Melayu yang beragama Islam," katanya.
Kerajaan awal minggu ini meluluskan permohonan lesen judi sempena Bolasepak Piala Dunia yang dipohon oleh Kumpulan Berjaya Corp. Bhd. yang dimiliki oleh Vincent Tan Chee Yioun.
SURAT KHABAR MELAYU LANGSUNG TAK ADA LAPOR
WARTAWAN CHINA YANG MAKAN BABI … BERANI LAPOR
WARTAWAN MELAYU… YANG BERBUIH BUIH BACA YASSIN… TAK BERANI LAPOR
nota:
mana dia pejuang islam yang tunggul al ustaz aal ketayap zulkifly nordin?
mana dia al apiz haruul sonny al fatwa fatwi dari ipoh?
mana di kumpulan GST – geng songkok tinggi?
mana dia pukipm?
mana dia gpms?
mana dia prowaris?
mana dia pekasam
DULU HEBOH ZAID MINUM ARAK
DULU HEBOH ZAID ADA KUDA
SEKARANG PASAL APA SENYAP
TAKUT PADA AL SHEIKH AL HAFIZI VINCENT TAN KE?
PROJEK TIPU RAKYAT
GOBALAKRISHNAN DIHUKUM DENDA RM3,000 ATAU 6 BULAN PENJARA – berita hairan
Ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), N Gobalakrishnan, mungkin hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Padang Serai berikutan Mahkamah Majistret di sini, menjatuhkan hukuman denda RM3,000 atau penjara enam bulan ke atasnya, hari ini.
Gobalakrishnan, 50, didapati bersalah menghalang tugas seorang anggota polis, Cif Inspektor V Salavanan pada sambutan Thaipusam di Jalan Utama di sini, kira-kira jam 12.20 tengah hari pada 29 Januari 2002 lalu.
nota:
gerombolan tidak menang dalam pilihanraya.
lalu buat trik baru - gunakan mahkamah
sebenarnya ramai adun dan ahli parlimen pakatan
yang sedang dibicarakan : antaranya – dr. hatta, tian chua –
semua ini untuk memastikan orang orang tidak dapat
masuk parlimen.
lihat dan tunggu apa lagi trik yang akan
digunakan oleh gerombolan untuk memastikan
mereka terus berkuasa.
Khamis, 13 Mei 2010
KOTAKAN APA YANG DI KATAKAN
GERAKAN ANTI NUKLEAR
Logo anti kuasa nuklear telah muncul.
Semua blog dan laman web yang menyokong
gerakan anti nuklear boleh menngambil
logo ini untuk tanda setiakawan dalam
perjuangan untuk menyelamatkan malaysia
dari bencana radioaktif nuklear.
Sila ambil dan sebarkan
MELAYU MISKIN PENUH HARAPAN UNTUK KAYA - DI TIPU OLEH CUKONG
KERAJAAN LULUS JUDI BOLA SEPAK PIALA DUNIA – harakah daily
Kumpulan Berjaya mendapat hak sebagai syarikat tunggal pertaruhan bola sepak Piala Dunia 2010 yang dikeluarkan oleh kerajaan petang semalam.
Ini berikutan kerajaan meneruskan keputusan untuk mengeluarkan lesen judi semasa kejohanan bola sepak berprestij di dunia itu berlangsung awal bulan Jun.
Akhbar berbahasa Cina, Sin Chew, melaporkan menteri kewangan secara rasminya memberi lesen judi itu kepada Kumpulan Berjaya.
Sin Chew melaporkan pertaruhan secara sah itu boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak itu bermula pada 11 Jun ini.
Perjudian itu boleh dilakukan melalui lebih 2000 kedai pertaruhan Toto yang dimiliki kumpulan itu.
MANA DIA ZUL NORDIN…. PEJUANG ISLAM TERUNGGUL
MANA ZUL NORDIN.... PERWARIS PEJUANG ISLAM TERSYUMUK.
MANA DIA ZUL NORDIN... PEJUANG ISLAM TERKINCHIT.
MANA DIA PERKASAM
MANA DIA HARRRUL SONNY AL FTWA AL FATWI.
MANA DIA PUKIPM
MANA DIA GST – GENG SONGKOK BESAR
BILA NAK BAKAR PATONG VINCENT TAN.
PELIK…. BERITA INI HANYA KELUAR SURAT KHABAR CHINA
PASAI APA AKHBAR MELAYU TAK LAPOR
PASAL NAK TIPU ORANG MELAYU
BANGKIT TELAH MULA BANGUN
AMARAN DARI MELAYU
PROGRAM 13 MEI : GERTAK TOLAK GERTAKAN PAS - minsider
Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak) tetap mahu meneruskan program “Melayu Bangkit” esok atas alasan ia penting bagi menyatupadukan orang Melayu, bukan seperti dakwaan PAS yang mengatakan ia bertentangan dengan semangat keharmonian negara.
Pengerusinya, Razali Idris berkata hanya PAS yang “mempolitikkan” isu tersebut kerana bagi mereka Gertak mahu membangkitkan kesedaran orang Melayu dan mengenang peristiwa berdarah 13 Mei 1969 yang sudah lebih empat dekad berlalu.
“Kita bukan nak bangkitkan semangat 13 Mei, cuma kita mahu membangkitkan kesedaran orang Melayu dengan minda waras.
INI MEMANG HEBAT
TETAP MENERUSKAN PROGRAM GERTAK
INI BELUM LAGI CUKONG BAGI AMARAN
BILA CUKONG BAGI AMARAN…. LEMBIK
TAK PECAYA … SILA BACA
AMARAN DARI CUKONG
PROGRAM MELAYU BANGKIT DI TANGGUH - mStar
Program Melayu Bangkit bersama bekas Mahathir Mohamad yang dijadual diadakan di Stadium Tertutup Gong Badak di sini ditangguhkan sehingga ke satu tarikh yang akan ditentukan kelak.
Program anjuran Institut Integriti Negeri Terengganu (IINT) bersama Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak) pagi esok, ditangguhkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan termasuk aspek keselamatan, kata Pengarah IINT Arpin Draman.
Beliau berkata ada beberapa pihak yang tersalah anggap mengenai tujuan program itu diadakan memandangkan tarikh 13 Mei esok mengundang kontroversi.
"Saya menerima keputusan penangguhan ini 2 petang ini, iaitu ketika persiapan terakhir sedang berjalan," katanya pada sidang akhbar di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak di sini hari ini.
cakap berdekar degar
berak dalam belukar
cakap berdegar degar
nampak cukong mula ketar
nota:
kelmarin tt telah melaporkan
mca telah membatah program kueh bangkit
dan tt telah meramalkan pasti gertak
akan lembik kerana cukong ada power.
terbukti betul - gertak hanya gertak
kosong kah kah kah
DARI JALAN DUTA
DARI HACKS MENJADI KANGAROO - AJAIB
RUMUSAN KES HARI INI : Hakim Mohamad Zabidin menghalang pihak DSAI daripada mendapat salinan laporan polis oleh Saiful. Salinan ini penting bagi membuktikan bahawa Saiful berbohong kerana kenyataan bercanggah dalam kenyataan semalam. Salinan ini penting untuk 'impeach' (mencabar kelayakan) Saiful. Peguam Karpal akan mencabar keputusan hakim ini di Mahkamah Rayuan
Mahkamah bersambung, tetapi tangguh sehingga 9 pagi esok untuk membolehkan peguam Karpal Singh membuat permohonan bagi menggantung perbicaraan sementara rayuan dibuat ke Mahkamah Rayuan berhubung keputusan hakim tidak membenarkan DSAI mendapat salinan laporan polis oleh Saiful
Rabu, 12 Mei 2010
Membeli Pemimpin-Pemimpin PKR
RM50k bagi setiapKetua-Ketua Cabang (Bahagian atau Kawasan) dan RM20k bagi Ketua-Ketua AMK. Itulah tawaran wang yang sedang dibuat oleh Ezam Soros kepada pemimpin-pemimpin PKR di peringkat akar umbi sekarang ini.
Saya dapat maklumat Ketua AMK Kelantan pun sudah pun dibeli oleh Ezam dan menunggu masa untuk melompat. Ada beberapa lagi ketua AMK yang sudah mula goyang dan mungkin akan dibeli.
Ezam sedang berusaha untuk membeli seramai mungkin pimpinan2 PKR sebelum Kongress PKR pada 28 May 2010.
Juga, Ezam Soros sedang diberi tugas untuk membeli seorang lagi Ahli Parlimen PKR serta 2 orang ADUN PKR. Kemungkinan besar 2 Adun itu adalah dari negeri Kedah Darul Aman.
Saya ingin mengingatkan para pembaca sekelian terhadap kempen doa laknat terhadap mereka yang terbabit dalam pembelian wakil2 rakyat dan pemimpin2 PKR ini. Doa yang saya cadangkan untuk dibaca dan diaminkan adalah:
“ Bismillahirahmanirahim. Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami Hamba Mu yang lemah memohon belas ehsan dan kasihan Mu. Kami tidak berdaya untuk menghadapi fitnah wang sebegini besar. Maka, kami berserah kembali kepada kekuasan Mu Ya Allah setelah habis daya dan kederat kami telah digunakan.Maka, kami memohon, Ya Allah, turunkan Bala yang diterima oleh Kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Hud ke atas semua yang terlibat dalam usaha pembelian wakil-wakil rakyat serta pimpinan PKR tidak kira siapa mereka itu.
Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Menggerakkan Awan, Yang mengalahkan bala tentera Al Ahzab. Hancurkan mereka. Menangkan kami ke atas mereka. Jadikanlah wang mereka sebagai bala ke atas mereka supaya mereka sedar bahawa Kau lebih Berkuasa dari wang mereka.
AMINNNNN”
Inilah contoh politik yang sedang dijaja oleh UMNO. Patutlah agaknya industry judi dan arak disokong oleh puak2 ni. Bayangkan sehari sahaja nilai industri judi di Malaysia adalah RM850 juta (mengikut Mayban Securities). Saya yakin 100% duit judi inilah yang diberikan kepada Ezam Soros untuk menjalankan kempen pembelian beliau.
Raja Petra sendiri pernah mendedahkan dalam blog beliau bagaimana tokeh judi, Vincent Tan telah membeli Timbalan Speaker DUN Perak sehingga membawa kejatuhan kerajaan PR Perak dengan harga RM25 juta.
Mengikut Raja Petra:
Whatever it may be, the thing that prompted her to abandon the party that no longer appreciated her services was the RM25 million that Vincent Tan of Berjaya paid her. Yes, she was paid a cool RM25 million in cash, more money than any Malaysia Today reader will see it many lifetimes.
Kita semua tahu maklumat Raja Petra biasanya betul dan setakat ini tiada siapa yang berani mencabar pendedahan Raja Petra ini.
KENAPA ORANG MELAYU NI MURAH SANGAT UNTUK DIBELI?
Ada ka RM50k boleh melompat. Maklumat saya dapat, Timbalan Speaker Perak Yee telah mencongak segala pendapatan beliau yang bakal beliau hilang sebagai lawyer dan ahli politik untuk 30 tahun ke hadapan bersama-sama kos inflasi. Hasilnya, beliau meminta jumlah RM25juta bagi membeli diri beliau.
Mulanya UMNO tidak setuju kerana terlampau tinggi, tapi apabila Najib tertekan sebab ADUN Bota melompat, pertolongan Vincent Tan telah diminta. Hanya tokeh2 judi dan arak sahaja yang mampu mengeluarkan wang “cash” RM25 juta dalam sekelip mata di Malaysia.
Nilai orang Melayu ni murah sangat. Ada ka dengan Rm20k dan RM50k boleh membiarkan diri dibeli dengan sebegitu mudah? Tak fikir ke maruah diri?
Saya dengar Ahli PArlimen Bagan Serai cuma mendapat RM100k sahaja. Juga, dua ekor ADUN PKR yang melompat di Perak sampai hari ni tak dapat duit mereka secara penuh lagi.
Sebagai orang Melayu yang Islam, soalan saya adalah :
DI MANAKAH MARUAH ORANG MELAYU? MENGAPA BEGITU MURAH HARGA KAMU?
CIA dan MI5 MEMANG SUKA BELI PEMIMPIN
Hari ini, Ezam Soros beli, besok kalau datang CIA, MI6 datang beli, adakah kamu juga akan terbeli? Saya sedang membaca buku bertajuk ”Confessions of an Economic Hitman”. Mereka telah menyedari selepas jatuhnya Muhammad Al Mossadeq sebagai Perdana Menteri Iran, mereka terpaksa mencari jalan lain. Ini kerana usaha menjatuhkan Mossadeq adalah hasil kerja tangan seorang agen CIA bernama Kermit Roosevelt (cucu Theodore Roosevelt).
Maka, selepas kejatuhan Mohammad Mossadeg, mereka telah berhenti menggunakan agen CIA tetapi mereka menggunakan pula syarikat-syarikat yang ada hubungan dengan CIA.
Secara mudahnya, CIA dan kuncu2 nya telah membeli ahli politik semenjak awal 40an lagi. Mereka telah menjatuhkan kerajaan dan menaikkan kerajaan dengan membeli dan menjual ahli politik.
Kalau Melayu mudah dibeli sebegini, saya tak tau lah apa akan jadi pada masa depan bangsa Melayu dan agama Islam di Malaysia.
|
UMNO TERUS MEMBURU DOSA |
1. Permulaannya saya bersyukur apabila Umno menghentikan amalan mengalung bunga ke Tugu Kebangsaan walaupun ianya adalah suatu tindakan yang terlalu lewat setelah mereka bergelumang dengan amalan syirik itu sejak 22 tahun yang lalu setelah Fatwa Syirik dari Majlis Fatwa Kebangsaan digazetkan . |
Selasa, 11 Mei 2010
|
KUAN YEW LAYAK ZAID |
SIAPAKAH dalang yang utama yang mendedahkan Datuk Zaid Ibrahim, calon PKR dalam Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor dulu sebagai kaki botol dan kaki judi kuda? Siapa lagi kalau bukan UMNO dan akhbar upahannya yang menjadi promoter utama judi lumba kuda sejak pertengahan tahun 70an dulu. Adakah UMNO dan akhbar itu ada kelayakan untuk menyalah Zaid dalam perkara itu? Kedua-duanya tidak ada kelayakan kerana mereka juga bergelumang dengan maksiat dosa besar itu. Zaid tidak berperangai baik semasa berada dalam UMNO, tetapi bukanlah UMNO yang layak menegurnya kerana UMNO dan akhbar itu adalah seperti ibu ketam yang tidak boleh mengajar anaknya berjalan betul. PAS layak membuat teguran itu kerana ia ditubuhkan adalah untuk menentang semua dosa besar dan dosa kecil. Satu-satunya orang politik yang boleh menegur Zaid ialah Lee Kuan Yew, Menteri Mentor Singapura. Sejak dia menyertai politik tahun 50an dia bercita-cita untuk menjadi seorang puritan iaitu seorang bersih dari arak, judi dan betina. Tidak pasti apakah dia tidak pernah minum beer? Bagi masyarakat barat, beer macam air sejuk; minuman biasa yang tidak dikira arak sangat dan tidak dikira perangai buruk. Apa pun Lee Kuan Yew dikenali seorang puritan seperti juga Nehru, Perdana Menteri India yang pertama dan Dag Hurmarsjuld, Setiausasha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu tahun 60an dulu. Mereka adalah antara beberapa kerat pembesar dunia yang tidak merokok, tidak minum arak, tidak berjudi dan tidak kaki betina. Sekalipun Lee Kuan Yew dilihat sebersih itu tetapi tidak dipastikan apakah dia dapat menjadikan orang-orangnya sebersihnya. Devan Niar yang pernah dijadikannya Presiden Singapura dipercayai orang yang pernah paling rapat dengannya. Ketika PAP atau PETIR dibentuk di Malaysia Devan Niarlah menjadi Setiausaha Agung PAP Semenanjung dan menjadi MP tunggal PAP tahun 1964. Semasa menjadi Presiden Singapura Devan Niar jadi kaki botol tegar. Lee Kuan Yew bertindak melucutkannya dan dia membawa diri menghabiskan baki usianya di Kanada. Lee boleh bertindak setegas itu kerana dia membuktikan dia seorang puritan. Tetapi kalau dia sendiri tidak begitu maka dia tidak boleh menuduh orang lain kaki judi, kaki betina, kaki arak dan kaki rasuah. Jika Lee yang membongkar kelemahan Zaid itu, maka dia ada kelayakan. Tetapi mana-mana pemimpin UMNO dulu, sekarang dan akan datang tiada sedikitpun wibawa dan kelayakan untuk memburukkan Zaid kerana mereka juga lebih buruk daripadanya. Zaid mengaku dia dulu minum seperti yang dibuat Dr. Mahathir dan kebanyakan pemimpin UMNO. Kata Zaid, dia tidak minum sampai mabuk, tetapi ada pemimpin UMNO yang minum sampai mabuk hingga sanggup meraba ponggong pelayan di khalayak umum. Manakala akhbar yang menjadi juara mencanangkan Zaid kaki botol dan kaki judi lumba kuda itu tidak pula berperangai seperti Malaikat yang bersih daripada dosa besar. Saya pernah menjadi warga akhbar itu sejak tahun 60an. Saya tahu apa yang berlaku. Pemberita yang terkenal yang seangkatan dengan saya yang saya rasa tidak jadi kaki botol dan tidak jadi kaki betina ialah Zam – Tan Sri Zainudin Maidin dan Datuk Firdaus Abdullah. Yang lain saya tidak dapat jamin. Saya yang tidak pernah memegang gelas arak dikira seorang wartawan kolot yang tidak maju, tidak ikut peredaran masa dan perkembangan. Ada yang tidak menyentuhnya tetapi ia adalah kalangan yang tidak popular. Kerana itu berlumba-lumbalah masing-masing untuk menjadi wartawan maju dengan tidak segan-segan meneguk arak semahu-mahunya. Ketika saya mula jadi wartawan, tugas yang diberi ialah pergi ke Turf Club di Pulau Pinang setiap kali ada lumba kuda untuk mengambil keputusan sumber judi tikam ekor itu. Akhbar menyiarkan keputusannya. Masa itu judi lumba kuda jadi bahan siaran akhbar Inggeris dan Cina saja. Kemudian akhbar yang menyiarkan Zaid kaki judi lumba kuda telah memperkenalkan siaran judi lumba kuda itu kepada pembaca Melayu. Ia menyediakan ruang meramalkan kuda-kuda yang akan menang dan nombor-nombor yang akan berjaya. Ia menjadi panduan bagi sekalian kaki judi yang membaca akhbar Melayu. Akhbar itu memang terkenal dengan ramalan nombornya yang tepat, malah dapat menyaingi keupayaan ramalan dalam akhbar Inggeris dan Cina. Dosa Zaid sekadar dia seorang saja minum. Kalau kudanya digunakannya untuk berjudi, dia seorang sajalah yang berjudi. Tetapi dosa akhbar yang mempromosikan judi lumba kuda itu dan membantu kaki judi dengan ramalan yang tepat atau hampir tepat, telah menggalak dan menyebabkan begitu ramai pembaca Melayu yang juga orang Islam bergelumbang dengan dosa itu. Zaid tidak melibatkan orang lain. Bila dia taubat urusannya dengan Allah moga-moga selesai. Tetapi bagi akhbar dan petugasnya yang menggalakkan anggota masyarakat seluruhnya berjudi, bagaimana hendak taubat dan membersihkan dosa orang-orang yang digalakkannya berjudi? Jika yang menegur Zaid itu Lee Kuan Yew, tegurannya wajar didengar, tetapi ekor ayam jantan UMNO macam mana hendak didengari kerana ia bergelumang tahi? |