Sabtu, 21 April 2012

Scorpene: Najib, Rosmah sembunyi lantikan peguam?


KUALA LUMPUR 20 April: Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah berkata, tindakan boleh diambil terhadap peguam terkemuka Shafee Abdullah kerana didakwa melanggar etika peguam dan memberikan gambaran palsu kepada badan kehakiman.
Ia berhubung surat yang ditulis Shafee kepada Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim besar Malaya untuk menangguhkan semua kesnya dari 1 April hingga 25 April, atas alasan dilantik kerajaan untuk melaksanakan ‘satu tugasan sulit’ di luar negara.
Namun pelantikan itu kemudian dinafikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz.
“Itu merupakan satu pembohongan sebab Nazri Aziz ketika ditanya di dewan rakyat mengesahkan bahawa memang tidak ada pelantikan dibuat terhadap Shafee oleh kerajaan Malaysia.
“Ia merupakan salah laku peguam dan tindakan boleh diambil. Kerajaan Malaysia patut membuat aduan termasuk Majlis Peguam,” ujar Sivarasa yang menyatakan laporan polis boleh dibuat terhadap Shafee.
Nazri sebelum ini berkata, kerajaan tidak boleh melantik peguam untuk mewakili isteri Perdana Menteri.
Keadilan difahamkan, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor melantik Shafee atas kapasiti peribadi, bagi mewakili mereka dalam kes perbicaraan Scorpene di Perancis.
“Isu ini merupakan pengetahuan umum bahawa peguam Shafee Abdullah dilantik secara peribadi untuk menyelesaikan satu tugasan guaman di luar negara yang melibatkan perdana menteri dan isteri yang cuba dirahsiakan.
“Rakyat Malaysia perlu tahu dan kerajaan wajib menerangkan kepada rakyat. Ini kerana rakyat boleh buat kesimpulan ada sesuatu yang cuba diselindungi oleh PM dan isterinya,” kata Sivarasa yang juga pengamal undang-undang.
Tegasnya, pelantikan Shafee untuk persediaan perundangan sensitif melibatkan empat bandaraya termasuk di Paris, bagi mewakili kerajaan Malaysia dalam tugas sulit itu, adalah satu pembohongan.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan ia merupakan satu percubaan peguam itu untuk mempengaruhi hakim supaya semua kesnya ditangguhkan, bagi menyelesaikan ‘misi sulitnya’ di luar negara.
“Ungkapan yang penting ditulis dalam surat berkenaan ialah tugasan itu mesti disiapkan sebelum pilihan raya.
“Namun Nazri membuat penafian mengenai pelantikan itu. Ini bermakna peguam bagi gambaran palsu kepada tiga hakim apabila surat memberi gambaran tidak benar bahawa Shafee dilantik oleh kerajaan Malaysia,” katanya.

Jumaat, 20 April 2012

Samseng tak kena gaya... Awat tak pie luku MELAYU dok lagho di Bukit Bintang sana...

kekadang tu terfikir jugak anak-anak melayu nie.... awat dengan kelaku sebegini hebat sangatkah bangsa kita nie... jika duduk tunjuk ajaran samseng sebegini maka nanti melayu akan dijulang....

Sudah-sudah la tuu.. baik pakat pergi serbu JALAN BUKIT BINTANG halau orang MELAYU yang dok buat maksiat kat sana pun bagus... TAK pun pie tengking mat dan minah couple di TAMAN TASIK TITIWANGSA tu lagi berfaedah kelakunya....TAK pun pie halau WARGA-WARGA ASING yang dok bongkak kat CHOW KIT sana....
Namun apakan daya...inilah generasi BANGSA yang kita ada..berbanggalah semua....


Khamis, 19 April 2012

Pemandu artis dedah skandal menteri bayar RM100 ribu setiap kali jumpa

KUALA LUMPUR 18 April:Pemandu peribadi pelakon terkenal, Zahida Rafik mendedahkan skandal Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Shafie Apdal dalam satu laporan polis pada 13 Mac lalu.

Noor Azman Azemi, 38, yang bekerja sebagai pemandu peribadi Zahida sejak tiga tahun lalu mendedahkan skandal itu dalam laporan polis terhadap Zahida yang menuduhnya melarikan wang RM200,00 milik Zahida.

Tuduhan Zahida terhadap Noor Azman itu pernah dilaporkan sebuah akhbar pada 3 Mac lalu.

Menceritakan dalam laporan itu, Noor Azman berkata, ketika berada di rumahnya di Flat PKNS Ampang, beliau didatangi (tidak dinyatakan tarikh) beberapa orang termasuk dua orang yang memperkenalkan diri mereka sebagai anggota polis yang bernama Hafiz dan Raj.

“Saya diminta Datuk Shafie Apdhal untuk bekerja sebagai pemandu peribadi kepada Zahida untuk memastikan gerak-geri Zahida dapat dipantau. Datuk Shafie dan Zahida mempunyai hubungan intim antara satu sama lain.

“Sayalah antara orang kepercayaan yang dipercayai. Walaubagaimanapun saya diminta Datuk untuk melaporkan segala langkah Zahida kepada Datuk.

“Datuk akan berjumpa dengan Zahida (saya akan memandu dan berurus dengan pemandu Datuk Shafie) secara rahsia di mana-mana hotel sekitar Kuala Lumpur setiap minggu. Pada setiap kali perjumpaan itu Datuk akan menyerahkan wang tunai antara RM100,000 hingga RM200,000.

“Wang tunai tersebut kemudiaanya akan dibawa ke bank oleh saya dan Zahida untuk dimasukkan ke dalam akaun Maybank Zahida di Menara Perkeso Jalan Ampang.

“Pada tarikh 29 Februari 2012, saya tidak diberi apa-apa wang secara tunai dan secara biasa saya tidak pernah diberi wang tunai jumlah besar untuk dimasukkan ke dalam bank tanpa ditemani Zahida.

“Saya hanya dibayar jumlah RM25,693 untuk pembayaran ansuran dua buah kereta mewah dan sebuah banglo di Bukit Indah kepunyaan Zahida,” katanya dipetik dalam laporan polis yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin di lobi Parlimen hari ini.

Zuraida seterusnya berkata, berdasarkan siasatan yang dilakukannya terdapat beberapa transaksi yang dilakukan menteri itu kepada Zahida di antara Oktober 2011 hingga Januari 2012.

“Pada bulan Oktober 2011 sahaja ada dua transaksi iaitu RM36,000 dan RM26,000. Maknanya pada bulan itu sebanyak RM58,000 tunai yang diambil Noor Azman untuk dimasukkan ke dalam akaun Zahida Rafik.

“Pada November 2011 pula terdapat RM118,000 dan pada Disember pula terdapat RM333,000. Pada Januari 2012 RM510,000. Kalau saya jumlahkan kesemuanya ia lebih kurang RM1.4 juta dalam masa empat bulan menteri itu berikan tunai kepada Zahida Rafik,” katanya.

Selain itu, Zuraida mendedahkan Zahida mempunyai sebuah kereta mewah jenis BMW 6 Series ,Porshe, Toyota Harrier dan juga rumah bernilai RM2.9 juta.

Zuraida kemudiannya mempersoalkan bagaimana menteri itu memperolehi wang tunai sebanyak itu.

“Sebagai menteri beliau bertanggung jawab kepada rakyat Malaysia untuk menjelaskan dari mana sumber wang itu diperolehi untuk diberikan kepada Zahida,” katanya.

Pada 3 Mac lalu, akhbar melaporkan pelakon Zahida Rafik kerugian RM200,000 dilarikan pemandunya selepas diarah memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun banknya.

Pelakon kacukan Melayu-Pakistan itu turut menjadi bahan bualan di laman blog beberapa tahun lalu apabila digosipkan berkahwin dengan Shafie di luar negara.

Rabu, 18 April 2012

Mengapa Umno Dan Pemimpinya Beria-Ia Mempertahankan PTPTN?

Artikel
Setelah lebih 50 tahun UMNO/BN diberikan kuasa untuk memerintah negara dengan harapan negara akan bertambah makmur, aman manakala kehidupan rakyat menjadi lebih baik dan keselamatan rakyat terjaga. Namun apa yang diharapkan dan diimpikan rakyat kini hanya menjadi igauan dan mimpi ngeri yang tidak berkesudahan.

Pemimpin-pemimpin UMNO samada di Pusat atau di negeri dilihat bertambah rakus dan ganas merompak harta rakyat dengan sesuka hati. Mereka dan anak-anak mereka hidup mewah dari hasil titik peluh dan tangisan air mata rakyat. Mereka buka sahaja boleh berbuat apa saja malahan anak-anak mereka juga kelihatan menunjukan hidup mewah yang diluar kemampuan biasa dan boleh berbuat apa saja hatta memukul, membelasah orang lain tanpa rasa takut. Mereka seolah-olah kebal dari undang-undang semata-mata kerana mereka anak pemimpin UMNO.

Kejadian rogol, ragut, bunuh, culik, rompak, sapu wang negara dan berbagai jenayah lagi berlaku seolah-olah negara ini sudah tidak punya penguatkuasa undang-undang. Rakyat kini sentiasa dalam kebimbangan dan ketakutan melihat segala apa yang berlaku setiap jam, setiap hari dan setiap minggu.

Manakala untuk anak-anak yang ingin melanjutkan pelajaran ke menara gading pula dipulas tangan mereka dengan hutang pinjaman seperti PTPTN. Semasa belajar mereka berhutang, manakala apabila habis belajar nanti mereka diwajibkan membayar hutang disamping kena pula membayar cukai pendapatan. Belum masuk hutang rumah, hutang kenderaan dan lain-lain lagi.

Bagi golongan elit samada dari kalangan pemimpin UMNO dan tokoh-tokoh koporat yang banyak memberi sumbangan kewangan kepada UMNO selama ini, tidak pula mereka diwajibkan membayar hutang akibat penyelewengan kuasa yang mereka lakukan. Mereka boleh sapu wang rakyat, sapu wang bank tanpa perlu bersusah payah membayarnya. Apabila ada pelajar yang membantah PTPTN dan mahukan ianya diubah menjadi biasiswa seperti sebelum ini, kedengaran pula kutukan dan cabaran dari pemimpin UMNO supaya pelajar-pelajar jangan memohon PTPTN atau memulangkan kembali wang tersebut jika telah diambil. Pelik, puak mereka guna wang rakyat untuk bayar hutang anak beranak tidak pula mereka terasa untuk membayarnya semula?

PTPTN menjadi IPTS mencari untung dengan yuran-yuran yang tinggi. Mereka boleh meminta pelajar yang belajar di IPTS membayar yuran yang tinggi kerana berapa tinggi jumlahnya pun ianya tetap akan dibayar dan ditanggung oleh PTPTN. Walau pun jelas membebankan pelajar terutamnya dari keluarga yang sederhana atau yang miskin, namun pemimpin UMNO tidak merasa apa-apa kerana kebanyakan IPTS ini mempunyai kaitan dengan pemimpin UMNO. Mereka sapu wang rakyat melalui PTPTN dengan menggunakan saluran IPTS. Mereka sapu wang rakyat dengan memangsakan pelajar kerana tahu wang yang mereka sapu itu akan dipaksakan kepada pelajar untuk membayarnya semula kelak.

Sedangkan anak-anak mereka mendapat biasiswa dari berbagai agensi kerajaan walaupun hakikatnya anak-anak mereka tidak layak mendapat biasiswa kerana keluarga sudah pun kaya atau pun sememangnya anak-anak mereka tidak mendapat kelulusan yang selayaknya mereka mendapat biasiswa, tetapi oleh kerana mereka punya kuasa, maka agensi tertentu terpaksa jugalah meluluskan biasiswa itu.

Berapa billion wang rakyat yang hilang dan disalahguna semasa zama Mahathir menjadi PM dulu dan berapa billion wang petronas disapu oleh Mahathir untuk bayat hutang syarikat perkapalan anaknya. Berapa ratus juta wang negara dan wang rakyat disapu oleh Tajuddin Ramli dan ramai lagi pemimpin UMNO tetapi mereka tidak perlu membayarnya kerana kerajaan akan tanggung yang juga dengan menggunakan wang rakyat. Rakyat diberikan wang RM100, RM500 maka dikatakan kerajaan prihatin dan tolong ringankan beban rakyat. Berapa hari rakyat boleh belanja dengan wang sebanyak itu sedangkan pemimpin menyapu berjuta ringgit wang rakyat?

Bagi rakyat, sedarlah. Cukuplah lebih 50 tahun UMNO diberikan kuasa. Telah terlalu banyak kerosakan dan kemusnahan telah mereka lakukan. Ubahlah segera dalam PRU13 nanti. Kita cuba kerajaan baru dan tengok selama 5 tahun, apakah nanti mereka mampu mengubah nasib kita dan menjaga harta negara. Ini kerana yang sediada sudah tidak boleh diharapkan lagi. Telah banyak pengkhianatan yang mereka lakukan terhadap rakyat dan negara. Mereka bukan lagi menjadi pentadbir dan penguasa tetapi telah bertukar menjadi perompak dan pendusta yang amat bahaya buat kita dan negara. Cukup cukuplah tu. Rehatkan saja mereka dipenjara.

Apakah manusia yang dikatakan terlibat denga rasuah, zina, menipu, merompak harta rakyat, arak, dan pembunuhan itu yang kita banggakan untuk dijadikan pemimpin negara dan negeri? Jika ya, terbuktilah bahawa iman kita sudah rosak kerana ingkar dengan perintah Allah dan Rasul supaya memilih dan melantik orang yang beriman, berakhlak dan bertaqwa sebagai pemimpin negara dan negeri. Dalam UMNO tidak ada orang yang sebegini. Yang ada hanya perosak, penipu, penyesat, pendusta agama dan pengkhianat.

Isnin, 16 April 2012

Bencana jika Najib berkuasa 5 tahun lagi

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berada di bawah serangan dari semua segi. Bukan sahaja dari 'Laksamana' Umno yang paling berkuasa - bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad – yang telah kehilangan keyakinan padanya untuk memenangi pilihan raya umum ke-13, malah ketua-ketua kecil serta orang-orang yang terbuang seperti bekas Ketua Menteri Selangor Khir Toyo memberi mereka nasihat tidak berguna bagaimana cara untuk menggagalkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan gabungan Pakatan Rakyat.

Untuk Najib - seorang ahli politik yang kekok dan janggal, penyelesaian adalah mudah. Membedil Anwar dengan tohmahan. Ia tidak disedari olehnya bahawa Pakatan Rakyat telah berkembang lebih daripada sebelumnya apabila ia menyertai pilihan raya umum 2008 - satu pakatan longgar tiga parti, iaitu PKR, PAS dan DAP.

Apa yang boleh berlaku, kebergantungan pada media sensasi dan beberapa orang ahli politik pembelot yang dibeli Najib telah memberikan beberapa bonus bagi Pakatan Rakyat, yang taktik ini telah mengena diri mereka sendiri dan memusnahkan kredibiliti Najib.

Rakyat Malaysia mesti pilih Anwar

Apabila Najib mula-mula mengambil-alih sebagai Perdana Menteri pada tahun 2009 serta menjanjikan reformasi, rakyat Malaysia begitu optimistik dengan memberinya peluang. Tetapi hampir 4 tahun telah berlalu, dan Najib telah terbukti ianya satu penipuan - mendokong cita-cita tinggi melangit di khalayak ramai tetapi bertindak sebaliknya pada realiti. Akhirnya, dia hanya dilihat tidak lebih daripada hanya seorang lagi pemimpin Umno lemah yang perlu bergantung kepada bangsa dan agama untuk membangkitkan sokongan untuk dirinya sendiri.

Atas dasar ini, tidak hairanlah begitu banyak penampilan dalam TV hampir setiap malam bagi manusia-manusia penipu seperti Senator S Nallakaruppan, Senator Ezam Mohd Nor, Ummi Hafilda dan bekas pemimpin Pemuda MIC, N Gobalakrishnan yang hanya mencetuskan perasaan sinis mengenai kaliber seorang perdana menteri. Walau bagaimanapun, setelah membayar yuran yang besar, termasuk penyerahan beberapa kerusi Senator, Najib merasakan ia adalah 'selamat' untuk terus dengan kempen "seks, seks, seks" terhadap Anwar.

Selepas semua bekerja untuk Mahathir, jadi mengapa tidak untuk dirinya? Tetapi ia hanya berkesan untuk Mahathir kerana ia berjaya melemparkan Anwar ke dalam penjara. Bolehkah Najib melakukan perkara yang sama pada Anwar, hari ini? Adakah kesannya akan sama?

Dengan mudahnya, Najib juga nampaknya terlupa bahawa rakyat mampu berfikir untuk diri mereka sendiri atau mereka mungkin tertanya-tanya mengapa dia menganjurkan kempen yang meragukan? Kenapa dia tidak menerima pelawaan Anwar untuk berdebat di mana Ketua Pembangkang telah berulang kali mencabarnya?

Jawapannya sudah jelas. Najib tidak boleh berdebat dengan Anwar dan ia bukanlah hanya isu mahir atau tidak dalam berpidato. Perdebatan akan memperlihatkan perbezaan yang cuba untuk dielakkannya dalam apa jua keadaan. Najib tahu dia tidak setanding dengan Anwar daripada segi bakat. Malah Mahathir memilih Anwar menjadi timbalan perdana menteri apabila Anwar masih dalam Umno dan bukan Najib.

Oleh itu, untuk membolehkan rakyat Malaysia untuk melekat di hadapan TV bagi menyaksikan debat, dan membenarkan mereka - khususnya orang Melayu - peluang untuk menilai dan yang paling menakutkan, membandingkan dua lelaki ini, ada lebih baik Najib mengalah sahaja.

Tidak berjalan dengan lancar bagi Najib

Pada usia 58 tahun, Najib berada dalam kedudukan yang janggal disebabkan ketidakupayaannya sendiri untuk memimpin serta sifat ragu-ragu. Ini adalah mengapa isterinya Rosmah Mansor menjadi begitu berpengaruh berbanding isteri-isteri perdana menteri sebelumnya. Sebagai Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin telah memberi amaran, jika Najib tidak mampu mengawal isterinya yang gemar membeli-belah sehingga memberi kesan kepada rakyat biasa sehinggalah ke Parlimen - bagaimana mungkin dia mampu mengawal negara?

Sehingga kini, dia telah gagal untuk memberi jawapan kepada jemputan daripada pengasas Wikileaks Julian Assange untuk bekerjasama dengan penulis blog yang hidup dalam buangan, Raja Petra dan mencabar Anwar dalam perdebatan yang dikendalikan oleh Julian. Daripada segi perbandingan ketara, Anwar bersetuju tanpa sebarang syarat walaupun berat sebelah kerana Najib dan Raja Petra menjadikan ia dua lawan satu.

Mungkin juga Najib menjangkakan Anwar akan takut seperti dirinya lalu menolak jemputan Assange. Sememangnya, dua lawan satu tidak adil. Tetapi Anwar membuktikan Najib salah dengan serta-merta menerima, dengan hujah bahawa ia amat penting bagi orang ramai diberi peluang menilai sendiri keadaan negara dan membuat keputusan yang lebih baik berkaitan siapa yang patut mentadbir negara mereka - Pakatan Rakyat atau BN?

Jadi untuk terus menyerang Anwar dengan tema "seks, seks, seks" lebih 'selamat', anggap Najib. Terdapat banyak sebab untuk dia dan puaknya mempercayai mereka berada di landasan yang betul. Salah satu faktor adalah keadaan terdesak.

Keadaan yang sukar

Najib berada dalam kedudukan yang sangat sukar sekarang. Ini kerana terlalu banyak isu dan skandal melibatkan dirinya yang didedahkan, semua pada masa yang sama. Dia sudah tidak boleh menghadapinya. Kerana itulah dia sering ke luar negara. Setiap kali, pintu kabin jet mewah ditutup, Najib menghela nafas lega dan mengesat dahinya yang berpeluh.

Segala-galanya seolah-olah menimpa dirinya, pada masa yang sama dan dia tidak mempunyai jawapan untuk semua itu. Sama juga seperti bila pilihan raya umum ke-13 akan diadakan. Pada mulanya pembangkang dituduh cuba mempercepatkan PRU-13, tetapi mengapa apabila reformasi bagi sistem pilihan raya yang dituntut belum dilakukan lagi?

Tekanan yang diberi kepada Najib untuk mengumumkan tarikh PRU-13 daripada panglima UMNO semakin berat. Yang berkuasa seperti Mahathir dan Daim mampu menunggu. Seperti pembangkang, mereka mahu menang dan jika akan mengambil masa setahun lagi untuk mendapat mandat BN secara rasmi yang tamat pada bulan Mac 2013, biarlah.

Tetapi ia sukar buat panglima kecil, yang tidak sabar menunggu untuk mendapatkan dana yang diperuntukkan oleh Najib kepada setiap bahagian untuk mendapatkan jentera mereka sebagai persediaan untuk pemilihan. Lelaki-lelaki ini mahu membalas dendam seperti serigala untuk wang, dan dalam tradisi Umno, seseorang boleh mengharapkan dengan selamat bahawa 90% daripada dana disalurkan ke akaun mereka sendiri. Ya, majoriti ketua-ketua Umno mahu 'duit' mereka sekarang!

Rakyat tidak mahu 5 tahun lagi bersama Najib dan Rosmah

Bagi Najib dan Rosmah pula, mereka lebih suka untuk berpegang kepada Putrajaya selama yang boleh, kediaman rasmi Seri Perdana, perjalanan luar negara atas perbelanjaan pembayar cukai serta orang suruhan yang bersedia pada bila-bila masa. Malah, adalah ideal bagi mereka supaya pilihan raya umum tiada langsung!

Tetapi untuk rakyat, sudah jelas kesabaran sampai pada batasnya. Ancaman Kristenisasi gagal untuk menyentuh perasaan mereka tidak seperti di masa yang lalu. Kini, orang-orang Kristian tidak takut untuk marah dan menjawab tohmahan. Walau bagaimanapun, seluruh Malaysia menyaksikan dalam keadaan yang muak.

Yang penting pada fikiran mereka adalah jika Najib dilantik semula, mereka akan terpaksa hidup selama 5 tahun lagi di bawah pemerintahan yang membazir masa. Bolehkah mereka menanggung 5 tahun lagi bersama Najib dan Rosmah, 5 tahun lagi dimanipulasi dan dipandu oleh Mahathir dan Daim, 5 tahun lagi dengan rasuah dan pengaliran wang keluar secara haram?

Inilah persoalan yang terpaksa dihadapi oleh Najib. Inilah soalan yang menghantui minda rakyat. Tetapi, Najib tidak pernah memahami perasaan rakyat dan dia tidak pernah ingin tahu pun akan kenyataan itu.

Kegagalan yang baru

Lihatlah Felda Global Ventures Holdings, penyenaraian yang akan berlaku pada bulan Jun. Ini tidak disukai sebilangan besar peneroka Felda tetapi Najib hanya memilih untuk mendengar daripada mereka yang menyokong.

Begitu juga dengan perjanjian pertukaran saham MAS-AirAsia, yang dikutuk dan dibantah oleh kakitangan MAS. Adakah Najib mendengar? Tetapi kini syarikat penerbangan negara berada dalam keadaan lebih teruk selepas pertukaran saham, dia cuba untuk memujuk kakitangan MAS, sebahagian besar daripada mereka adalah orang Melayu yang boleh mengundi untuk Pakatan Rakyat jika terlalu marah apabila rintihan mereka tidak diendahkan.

Tetapi seperti orang lain di Malaysia, kakitangan MAS akan mengetahui bahawa Najib tidak pernah mengotakan apa yang dikata. PM hanya bercadang untuk bercakap sahaja dan memberikan simpati tetapi sehingga perjanjian diterbalikkan semula, kakitangan MAS tidak perlu menahan nafas mereka.

Satu lagi flop besar adalah skim Rumah Pertama di mana Najib telah menyematkan harapan untuk memenangi undi golongan profesional muda, yang tiba-tiba mendapati diri mereka tidak dapat membeli harta disebabkan oleh harga yang sentiasa naik dan sebagai Menteri Kewangan –dia gagal untuk berbuat apa-apa tentangnya atau cuba untuk mengawal. Hanya minggu lalu Bank Negara akhirnya mengumumkan langkah-langkah untuk menangani masalah pasaran hartanah dengan membuatkan ia sukar untuk meminjam dan membuat spekulasi mengenai harga hartanah.

Jadi, tidak, Najib tidak berbuat apa-apa sebagai menteri kewangan. Jika ada, dia masih boleh meninggalkan beberapa legasi. Tetapi ekonomi selalunya tidak berubah, perlahan dalam tempoh 4 tahun yang lalu, dan bergerak secara ‘auto-pilot’. Gear sudah beralih akibat kelembapan ekonomi dan ini sebagai amaran yang kesan kelembapan ekonomi global mula memberi tempias ke dalam ekonomi tempatan.

Dengan Pembangkang semakin hiperaktif dan tidak ada apa yang nak ditakutkan, Najib tidak mampu lagi untuk merompak dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja seperti pemimpin sebelum ini. Ini bermakna Umno tidak lagi akan dapat meluluskan tanggungjawab itu dari tangan kiri ke tangan kanan dan kemudian berpura-pura bahawa negara telah mencapai kemajuan apabila pergerakan tersebut adalah semata-mata ke sisi dan bukan ke hadapan.

Untuk itu, berita sensasi dan “seks, seks, seks” bagi mengalih perhatian Melayu

Jadi, tidak hairanlah Najib perlu "seks, seks, seks" untuk menentang Anwar. Dia menggunakan cerita sensasi untuk menarik minat orang Melayu ', seperti orang miskin di India bergantung kepada Bollywood untuk terus memberi keceriaan pada kehidupan harian mereka.

Rakyat Malaysia dan Kristian mesti berhati-hati dan memberanikan diri untuk menentang suara-suara hasutan dari orang-orang seperti kumpulan pelampau Kuasa dan Jati Hasan Ali. Malah, pada hari Isnin, Hasan akhirnya akan mendedahkan video yang ditunggu-tunggu, yang dia menuntut membuktikan bahawa orang Kristian akan keluar semua untuk menukarkan umat Islam di Malaysia.

Bagi isu kaum pula, pendidikan digunakan sebagai alat untuk mengalihkan perhatian orang Melayu yang kecewa dan takut kepada Cina. Rusuhan 13 Mei, 1969 digunakan untuk menakutkan orang Cina supaya tunduk dan ia bukanlah kebetulan jika Najib merancang sambutan ulang tahun Umno ke-66 adalah untuk mengakhiri 13 Mei, di mana dia dijangka akan membuat ucapan 'istimewa'.

Bagi Najib, ia adalah antara hidup dan mati untuk terus menghalang Anwar. Mengapa? Dia tidak mampu untuk membenarkan orang Melayu memberi tumpuan kepada realiti yang Anwar adalah salah seorang daripada pemimpin Melayu yang paling berbakat sejak kebelakangan ini. Terdapat perbezaan yang besar dalam gaya politik mereka, budaya, pendidikan dan program ekonomi.

Dalam bidang ekonomi, Najib mencampur adukkan GTP, ETP, EPP dan sebagainya. Anwar, diundi sebagai menteri Kewangan terbaik oleh masyarakat ekonomi global, lebih konsisten. Ini mudah bagi Anwar yang berusia 64 tahun. Beri keutamaan bagi si miskin, kekayaan dan mendapatkan pulangan atas dasar keperluan, biar negara mengamalkan dasar terbuka dan memastikan Malaysia ditadbir dengan bersih dan telus. Selebihnya akan berjalan dengan sendirinya. Ia kelihatan mudah berbanding akronim gemilang Najib. Sepertimana ilmu ekonomi yang kita tahu, yang penting mesti didahulukan.

Orang Melayu sudah bijak

Bolehkah Najib dan Umno berhenti dari memfitnah Anwar? Orang Melayu sudah mula membandingkan Anwar dengan Najib, Umno dengan Pakatan Rakyat. Sememangnya, ia adalah sangat mudah bagi orang Melayu untuk pergi ke sisi Anwar. Dia pernah menjadi pujaan komuniti sehingga Mahathir memulakan konspirasi Liwat I terhadapnya. Walaupun begitu, Mahathir terpaksa juga meletak jawatan dan Umno mula berpecah.

Selepas Anwar dibebaskan, dia memutuskan untuk kembali aktif dalam politik, Najib tahu dia terpaksa terus melaungkan tuduhan seks terhadap Anwar untuk menghidupkan benih keraguan. Untuk itulah, adanya Nalla, Ezam, Ummi dan tidak ketinggalan trio Datuk T. Tetapi Najib terlalu bodoh.

Atau mungkin dia tidak mahu mengakui bahawa pelan terakhirnya- tidak menjadi. Lihatlah video seks Datuk T yang dimainkan setiap hari di akhbar-akhbar arus perdana dan di TV. Ia hanya berjaya melabel Najib dan Umno sebagai hanya tahu pada "seks, seks, seks".

Jika Najib pintar, dia akan melihat perubahan ceria yang nampak di seluruh negara dan dunia apabila Anwar didapati tidak bersalah dalam Liwat II. Dan menjadi takut, sangat takut.

Najib seperti budak yang menjerit serigala. Dari Saiful Bukhari Azlan, pengadu Liwat II, trio Datuk T dan kemudiannya kumpulan Nalla-Ezam-Ummi, strategi longkangnya telah gagal dan akan terus memakan dirinya sendiri dan juga kredibilitinya. Inilah kebaikan bagi Anwar dan Pakatan Rakyat kerana Najib terlalu bodoh untuk sedar.