Rabu, 18 April 2012

Mengapa Umno Dan Pemimpinya Beria-Ia Mempertahankan PTPTN?

Artikel
Setelah lebih 50 tahun UMNO/BN diberikan kuasa untuk memerintah negara dengan harapan negara akan bertambah makmur, aman manakala kehidupan rakyat menjadi lebih baik dan keselamatan rakyat terjaga. Namun apa yang diharapkan dan diimpikan rakyat kini hanya menjadi igauan dan mimpi ngeri yang tidak berkesudahan.

Pemimpin-pemimpin UMNO samada di Pusat atau di negeri dilihat bertambah rakus dan ganas merompak harta rakyat dengan sesuka hati. Mereka dan anak-anak mereka hidup mewah dari hasil titik peluh dan tangisan air mata rakyat. Mereka buka sahaja boleh berbuat apa saja malahan anak-anak mereka juga kelihatan menunjukan hidup mewah yang diluar kemampuan biasa dan boleh berbuat apa saja hatta memukul, membelasah orang lain tanpa rasa takut. Mereka seolah-olah kebal dari undang-undang semata-mata kerana mereka anak pemimpin UMNO.

Kejadian rogol, ragut, bunuh, culik, rompak, sapu wang negara dan berbagai jenayah lagi berlaku seolah-olah negara ini sudah tidak punya penguatkuasa undang-undang. Rakyat kini sentiasa dalam kebimbangan dan ketakutan melihat segala apa yang berlaku setiap jam, setiap hari dan setiap minggu.

Manakala untuk anak-anak yang ingin melanjutkan pelajaran ke menara gading pula dipulas tangan mereka dengan hutang pinjaman seperti PTPTN. Semasa belajar mereka berhutang, manakala apabila habis belajar nanti mereka diwajibkan membayar hutang disamping kena pula membayar cukai pendapatan. Belum masuk hutang rumah, hutang kenderaan dan lain-lain lagi.

Bagi golongan elit samada dari kalangan pemimpin UMNO dan tokoh-tokoh koporat yang banyak memberi sumbangan kewangan kepada UMNO selama ini, tidak pula mereka diwajibkan membayar hutang akibat penyelewengan kuasa yang mereka lakukan. Mereka boleh sapu wang rakyat, sapu wang bank tanpa perlu bersusah payah membayarnya. Apabila ada pelajar yang membantah PTPTN dan mahukan ianya diubah menjadi biasiswa seperti sebelum ini, kedengaran pula kutukan dan cabaran dari pemimpin UMNO supaya pelajar-pelajar jangan memohon PTPTN atau memulangkan kembali wang tersebut jika telah diambil. Pelik, puak mereka guna wang rakyat untuk bayar hutang anak beranak tidak pula mereka terasa untuk membayarnya semula?

PTPTN menjadi IPTS mencari untung dengan yuran-yuran yang tinggi. Mereka boleh meminta pelajar yang belajar di IPTS membayar yuran yang tinggi kerana berapa tinggi jumlahnya pun ianya tetap akan dibayar dan ditanggung oleh PTPTN. Walau pun jelas membebankan pelajar terutamnya dari keluarga yang sederhana atau yang miskin, namun pemimpin UMNO tidak merasa apa-apa kerana kebanyakan IPTS ini mempunyai kaitan dengan pemimpin UMNO. Mereka sapu wang rakyat melalui PTPTN dengan menggunakan saluran IPTS. Mereka sapu wang rakyat dengan memangsakan pelajar kerana tahu wang yang mereka sapu itu akan dipaksakan kepada pelajar untuk membayarnya semula kelak.

Sedangkan anak-anak mereka mendapat biasiswa dari berbagai agensi kerajaan walaupun hakikatnya anak-anak mereka tidak layak mendapat biasiswa kerana keluarga sudah pun kaya atau pun sememangnya anak-anak mereka tidak mendapat kelulusan yang selayaknya mereka mendapat biasiswa, tetapi oleh kerana mereka punya kuasa, maka agensi tertentu terpaksa jugalah meluluskan biasiswa itu.

Berapa billion wang rakyat yang hilang dan disalahguna semasa zama Mahathir menjadi PM dulu dan berapa billion wang petronas disapu oleh Mahathir untuk bayat hutang syarikat perkapalan anaknya. Berapa ratus juta wang negara dan wang rakyat disapu oleh Tajuddin Ramli dan ramai lagi pemimpin UMNO tetapi mereka tidak perlu membayarnya kerana kerajaan akan tanggung yang juga dengan menggunakan wang rakyat. Rakyat diberikan wang RM100, RM500 maka dikatakan kerajaan prihatin dan tolong ringankan beban rakyat. Berapa hari rakyat boleh belanja dengan wang sebanyak itu sedangkan pemimpin menyapu berjuta ringgit wang rakyat?

Bagi rakyat, sedarlah. Cukuplah lebih 50 tahun UMNO diberikan kuasa. Telah terlalu banyak kerosakan dan kemusnahan telah mereka lakukan. Ubahlah segera dalam PRU13 nanti. Kita cuba kerajaan baru dan tengok selama 5 tahun, apakah nanti mereka mampu mengubah nasib kita dan menjaga harta negara. Ini kerana yang sediada sudah tidak boleh diharapkan lagi. Telah banyak pengkhianatan yang mereka lakukan terhadap rakyat dan negara. Mereka bukan lagi menjadi pentadbir dan penguasa tetapi telah bertukar menjadi perompak dan pendusta yang amat bahaya buat kita dan negara. Cukup cukuplah tu. Rehatkan saja mereka dipenjara.

Apakah manusia yang dikatakan terlibat denga rasuah, zina, menipu, merompak harta rakyat, arak, dan pembunuhan itu yang kita banggakan untuk dijadikan pemimpin negara dan negeri? Jika ya, terbuktilah bahawa iman kita sudah rosak kerana ingkar dengan perintah Allah dan Rasul supaya memilih dan melantik orang yang beriman, berakhlak dan bertaqwa sebagai pemimpin negara dan negeri. Dalam UMNO tidak ada orang yang sebegini. Yang ada hanya perosak, penipu, penyesat, pendusta agama dan pengkhianat.

Tiada ulasan: