Jumaat, 15 Januari 2010


T-Shirt Fabrik berkualiti untuk tempahan
Lagi-lagi subsidi - pemimpin umno ingat rakyat Malaysia ni rakyat subsidi ke?

Analisis Isu "
"Kementerian Pelajaran Malaysia telah memaklumkan bahawa terdapat pindaan terhadap pelaksanaan bantuan makanan asrama sekolah pada tahun ini, berikutan kekangan peruntukan bajet mengurus bagi kementerian itu.


Beliau berkata, kerajaan terpaksa menanggung kenaikan subsidi daripada RM14 kepada RM16 sehari bagi setiap pelajar di mana sebahagian daripada pelajar berkenaan adalah terdiri daripada kalangan keluarga yang berkemampuan.


Katanya, sekiranya kadar subsidi itu diteruskan sepenuhnya, kerajaan akan membelanjakan antara RM1.2 bilion hingga RM1.4 bilion bagi menanggung Bantuan Makanan Asrama pelajar-pelajar"

Begitu banyak rupanya kerajaan negara Malaysia menanggung subsidi, jadilah banyaklah beban yang ditanggung oleh kerajaan Malaysia. Betul ke ini subsidi dan semua yang ada di Malaysia adalah subsidi, dari harga minyak, gula, gandum dan juga pelbagai perkara adalah disubsidi oleh kerajaan Prihatin rakyat Malaysia.

Tapi boleh ke ini dipercayai, dari segi harga minyak pun kerajaan pimpinan tok jib ni telah menipu rakyat dari segi harga, harga minyak diesel terutamanya dimana mana negara pun minyak diesel akan lebih murah dari negara Malaysia yang terkenal dengan negara subsidi. Minyak diesel rm1.70 dan minyak ron yang dinaikan oleh Kerajaan dibawah kementerian mail sabri adalah rm1.80 seliter,padahal harga minyak dunia hanya berlegar-legar antara 70 hingga 72 sebarel. dan jika diteliti harga minyak malaysia sepatutnya berada dalam rm1.50 dan kebawah. Jika minyak ini disubsidi bermakna minyak seliter dalam rm1.30 atau ke rm1.20 seliter. Dari paras tertinggi hingga ke sekarang paras harga minyak tidak pernah naik bahkan sudah turun dengan drastik. tetapi kerajaan Malaysia masih mengekalkan harga yang lama. Betapa penipunya kerajaan Malaysia. Subsidi jugak dikira tapi terbalik le dari subsidi kerajaan ke rakyat dah menjadi subsidi rakyat kepada kerajaaan.

Pemimpin kerajaan sekarang terlampau boros dalam menggunakan khazanah negara, berbillion-billion rm malaysia digunakan untuk benda-benda yang tidak berfaedah, mahathir membazir 100billion, dollah badawi membazir 270 billion, dalam tidur pun sempat berbelanja mewah. Kebajikan rakyat terus di hentak dan dihilangkan, dipaksa memberi kepada kerajaan daripada kerajaan membela nasib rakyat yang terus dihimpit kemiskinan.

Pemimpin Negara sekarang hanya tahu memenuhi poket mereka dan membiarkan rakyat menderita dengan dasar-dasar kuku besi dan juga dasar-dasar menyusahkan rakyat. Sepatutnya pemimpin berfikir untuk mengeluarkan rakyatnya dari lubuk kesusahan dan kemiskinan tetapi pemimpin umno amat suka dengan keadaan mendera rakyat. Ekonomi makin mengucup dan tidak mustahil, rakyat malaysia menjadi negara miskin seperti bangladesh, mymmar, kemboja dan loas.

Harga gula dinaikkan kerana harga gula mentah dipasaran dunia telah melambung kata mail sabri dan dengan ini kerajaan menaikkan harga gula sebanyak 0.20 sen, dan ini akan menjimatkan subsidi kerajaan kerana dengan menaikkan harga gula akan mengurangkan pesakit kencing manis, dan pemimpin kerajaan akan mengulang perkataan yang sama, duit subsidi yang dijimatkan akan digunakan untuk kebajikan rakyat dan juga pembangunan negara, dan laungan ini sambut oleh ngo-ngo yang barua dalam membodek pemimpin negara. baguslah gula dinaikkan, ini akan mengurangkan pesakit kencing manis dan dapat menjimatkan wang subsidi negara, telah berbillion dijimatkan oleh rakyat tetapi terus di boroskan oleh pemimpin yang korup dalam berbelanja. Inikah dinamakan penjimatan. Atas dasar apa ngo-ngo barua ni menyokong kenyataan yang tidak memberi erti langsung kepada rakyat. Apakah ngo-ngo ini faham kesusahan rakyat atau sengaja mencari populariti untuk diri sendiri.

Kebanyakan Kementerian telah memotong banyak buget kerana kekurangan wang dalam khazanah. Projek membazir terus diberi ruang kerana inilah tempat untuk mengkayakan kroni-kroni. Projek kereta F1 1 Malaysia membazir 1 Billion lebih, projek landasan keretapi berkembar hampir 4 billion lebih, skandal PKFZ lebih dari 6 billion, pembelian scorpine walaupun untuk ketenteraan dan untuk menjadi benteng mempertahankan Malaysia dari dicerobohi tetapi komisen hampir setengah billion menjadi padah kepada rakyat.

inilah yang sepatutnya dinamakan subsidi kerajaan. Jimat dalam membela nasib rakyat, memboroskan khazanah untuk kepentingan diri sendiri. Kerajaan mahu mengurangkan subsidi jadi harga barang terpaksa dinaikkan, hasil penjimatan ini akan digunakan untuk rakyat miskin dan pembangunan negara, aku dah naik jelak dengan perkataan ini setiap kali harga barang dinaikkan.

Berapa banyak lagi subsidi yang akan ditarik balik untuk memenuhi kantung negara yang sudah kering akibat keborosan pemimpin umno, nilai emas dalam bank negara telah berkurangan lebih dari separuh, rezab bank negara terus digunakan dengan sewenang-wenang oleh pemimpin umno. Makin banyak subsidi akan ditarik, subsidi ini sebenarnya sudah tiada atau dari dulu memang tiada pun dalam kamus kerajaan Malaysia, ia disebut untuk menghalalkan kenaikan harga barang. Itulah Malaysia negara ku. subsidi subsidi aje disebut jika ada kenaikan harga barang.

Khamis, 14 Januari 2010

T-Shirt Fabrik berkualiti untuk tempahan
3L tu apa? rokok LM ke?


Open Artikel "

SHAH ALAM - UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu melupakan hasrat mengambil alih Selangor daripada Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sekiranya pemimpin mereka masih dibelenggu sindrom ‘3L’ iaitu Lagak, Laga dan Leka.

Penganalisis Politik, Profesor Datuk Zainal Kling berkata, wabak yang menyelubungi parti itu dilihat faktor utama UMNO sukar mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap parti itu.

Katanya, sikap ‘lagak’ dalam kalangan pemimpin UMNO/BN membuatkan parti itu tidak lagi dapat menyelami hati nurani rakyat apatah lagi memahami denyutan hati mereka.

“Mereka ini dilihat kurang mendampingi serta mendekati masalah-masalah yang dihadapi oleh pengundi di kawasan mereka. Malah, mereka dilihat ‘kurang cerdik’ dan tidak unggul untuk menghadapi cabaran dalam pemimpin Pakatan Rakta.,” katanya.

Zainal berkata, sikap pemimpin United MuNkEe Selangor yang sering bertelagah dan menuding jari antara satu sama lain membolehkan pemimpin PR mengeksploitasi keadaan tersebut dengan sebaik mungkin.

“Perasaan leka yang menyatakan mereka tidak pernah kalah dan tidak akan kalah boleh menyebabkan mereka ini seolah-olah tidak sedar situasi sebenar yang berlaku sekarang,” katanya.

Menurutnya, Gerombolan MuNkEeE diingatkan supaya menangani sindrom ini segera.

Ditanya sama ada bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo masih relevan untuk menerajui kepimpinan MuNkEeE Selangor jika parti itu berjaya menawan semula Selangor, Zainal berkata, Dr Khir perlu ‘membersihkan’ dirinya daripada pandangan negatif sebelum berbuat demikian.

“Malah Timbalan Pengerusi Perhubungan United MuNkEeE Selangor, Datuk Noh Omar belum tentu dapat kerana beliau tidak mempunyai sokongan akar umbi yang kuat di Selangor,” katanya.



kalau macam tu makna nya United MuNkeEe memang sah akan melingkup dan dengar cerita mereka dah lupa kan hasrat untuk menawan semula selangor dalam PRU yang seterus nya . Tapi Beruk afrika ni Pandai pulak menafikan akan hal ini .

Pada Ketika itu Ketua Penerangan Gerombolan United MuNkEeE menolak dakwaan bahawa parti itu berada dalam keadaan tertekan apabila PAS melancarkan Program ‘UMNO Pengkhianat Rakyat’ mengikut tarikh dan negeri yang sama dengan pelancaran program ‘UMNO Juara kelentong Rakyat’.

Ini sudah bagus ! kita akan tengok "event" mana satu yang paling banyak sambutan,"event" bodek MuNkEeE atau hentam MuNkEeE ....

kalau budak - budak muda dah tentu lah suka program hentam - menghentam bukan program bodek membodek mat monggol.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan (gambar) berkata, tindakan PAS itu tidak memberi kesan kepada UMNO tapi Mangkuk sengaja buat - buat lupa yang kerajaan Mat Monggol dah dekat - dekat nak tumbang dah hari hanya dengan majoriti 3 undi sahaja.Atas kesan dari itu United MuNkEeE bengkek bila tengok PAS,PKR dan DAP bermuafakat dalam Satu Konvensyen sedangkan United MukEeE dan Be End tak pernah ber'konvensyen.

Tambahan pulak sekarang ni parti - parti komponen "Be End" dah berembat sesama sendiri.Mula - mula dulu Gerakan,lepas tu MIC(tak payah cakap ini parti sudah kasi pulau sama orang India) lepas tu PPP yang heboh nak belasah Menteri Haram nya dan sekarang MCA yang dah pecat kedua - dua sayap perjuangannya.Pokok pangkal geng - geng "Be End " kini berada dalam keadaan kacau bilau.


Oleh kerana kesan dari itu maka United MuNkEeE mengupah beruk - beruk yang menyamar menjadi siamang yang mengaku kononnya mereka adalah penyokong PAS dan mengkelentong, mendesak PAS keluar dari Pakatan Rakyat.


banyak lagi kesan sampingan yang telah ter'kesan pada UMNO,nak tahu???
PERHATIKAN DI SINI............

MUKA TEBAL KAWAH DAN MUKE JOBO SI MONKEY ALGOJO

[muhyiddin-yasin-8.jpg]



TERSERAH KEPADA MASYARAKAT ISLAM NILAI PAS : MUHYIDDIN

-melalok


Muhyiddin Yassin menyerahkan kepada masyarakat Islam untuk menilai sikap pemimpin PAS yang tidak mahu bekerjasama dengan Umno demi perpaduan ummah. Dia berkata Umno sebagai parti yang memperjuangkan bangsa Melayu dan umat Islam, bersedia bekerjasama dengan parti pembangkang itu ke arah tersebut.


"Kita sudah nyatakan kesediaan, Najib pun sudah nyatakan kesediaan tetapi kalau mereka (PAS) kata tidak mahu, okay. Setidak-tidaknya kita menunjukkan hasrat baik dan niat yang ikhlas.



[muhyiddin-yasin-5.jpg]

MUKE JOBOOO........TAK MALU
ORANG SUDAH CAKAP PERGI JAHANAM

ORANG SUDAH CAKAP GO TO HELL


TAK FAHAM FAHAM


DAGING BANYAK SANGAT BALUT KEPALA…PATUT JADI PEKAK


nota:

sebenarnya undi melayu lebih banyak didapati

oleh PAS dan pakatan berbanding dengan algojo.

Algojo hanya dapat lebih kerusi kerana kawasan luar bandar

luas tapi kurang pengundi. kawasan bandar macam ampang

bandar tun razak lembah pantai padat berpuluh kali ganda jumlah pengundi

melaayu berbanding dengan pagoh pekan atau rembau.


woit… janganlah tipu melayu lagi. berhentilah. jangan buat

kerja membodohkan orang melayu lagi.
DISINI............

PAS SUDAH TUTUP PINTU RUNDING KERAJAAN PERPADUAN –melalok


Presiden Pas, Abdul Hadi Awang hari ini berkata, parti itu telah menutup pintu rundingan dengan UMNO untuk membentuk satu kerajaan perpaduan.


Katanya, pucuk pimpinan negara juga sudah berubah dan Pas belum mengetahui apakah sikap yang diamalkan oleh pemimpin negara sedia ada.


"Kerajaan perpaduan tidak ada lagi. Itu dah tutup buku. Perdana Menteri itu (sebelum ini) pun sudah berhenti.


"Pemimpin yang ada kita tidak tahu bagaimana sikapnya dan kedudukannya dan keadaan juga sudah berubah,” katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen di sini hari ini mengenai cadangannya pada Muktamar Pas ke-55 mengenai pembentukan kerajaan perpaduan.


Beliau berkata, UMNO juga tidak lagi membangkitkan isu kerajaan perpaduan sebaliknya UMNO dan Barisan Nasional (BN) buat masa ini sedang menguruskan krisis yang dihadapi oleh parti komponen mereka.

DAN DI SINI..........

Wak Botox akhirnya Merintih kecewa

SHAH ALAM - Krisis dalaman yang berlaku dalam Pas Selangor hari ini akibat terlalu mengikut telunjuk DAP yang dilihat lebih berkuasa dalam pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR), kata bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.


Beliau, juga ketua Pembangkang Selangor berkata, tindakan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali dalam isu arak baru-baru ini, berteraskan prinsip perjuangan Pas tetapi akhirnya terpaksa tunduk kepada desakan DAP.


“Amat keterlaluan jika pemimpin Pas Pusat memecat Hasan atas sebab ini. Pas mempunyai asas perjuangan sendiri dan mereka diberi mandat untuk memerintah atas sebab agama dan bangsa, jadi jelas krisis dalam�an Pas sekarang ada kaitan dengan sekutu mereka (DAP),” katanya ketika dihubungi, semalam.


Dr Khir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Besar menyifatkan tindakan Pas Selangor yang seakan-akan merestui pemecatan Dr Hasan yang juga Exco Selangor sebagai bukti kelemahan kepimpinan parti itu di Selangor.


“Pas Selangor berdiam diri dan langsung tidak mempertahankan Hasan yang ditekan oleh Jawatankuasa Pas Pusat, Pas Selangor tiada kekuatan langsung,” katanya.


Kelmarin, Ahli Parlimen Serdang dari DAP, Teo Nie Ching dipetik dalam satu portal berita online menegaskan DAP tiada masalah dengan Pas tetapi hanya bermasalah dengan Dr Hasan yang sering mengkritik keputusan Exco di akhbar sebelum berbincang dengan DAP mahupun Parti Keadilan Rakyat (PKR).


Kata Nie Ching lagi, tindakan Pas Pusat untuk mengambil tindakan disiplin terhadap Hassan adalah sesuatu yang baik walaupun ia lambat dilakukan.


Sementara itu, Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim pula menyifatkan tindakan mendesak pemecatan Dr Hasan jelas menunjukkan bahawa Pas sebenarnya meletakkan kepentingan kuasa lebih dari segala-galanya sehingga sanggup meninggalkan asas perjuangan parti.


HAVE FUN BE A KAMBING


Katanya, Dr Hasan menjadi ‘kambing hitam’ oleh pemimpin Pas untuk mendapatkan sokongan semula ekoran kekalahan Pas pada pilihan raya kecil Bagan Pinang dan penurunan ketara sokongan terhadap Pas oleh golongan bukan Islam.


“Saya bersimpati dengan krisis yang menimpa Hassan hanya kerana berjuang atas prinsip parti diperlakukan sebegini,” katanya.


woit!! kalau korang nak tau Wak Botox bukan simpati kat Hasan Ali tapi kecewa sebab plan nak pegang kunci pejabat MB dah hancuss!!! Plan rahsia dah terbongkar...kah..kah..kah....


Sebab yang Wak Botox kata ikut telunjuk DAP mungkin Pasal Wak Botox bengang pasal kena "Halau" dek Teng Chang Kim dari Dewan Undangan Negeri Selangor.Ini berita pun Tungang langang punya cerita..kah..kah..kah woitt!! Betul ke Razali Ibrahim cakap macam...sejak bila Razali Ibrahim turun Pangkat jadi Naib Ketua? apasal ? KJ dan turunkan Pangkat dia ke? Jahat Tul KJ tuh! Ni Bro...kalau orang dah kecewa macam - macam lah nak cakap...dulukan kepentingan Kuasa lah..itu lah...ini lah...sedangkan pada Realiti tu kecewa pasal tak leh nak pisah Kan PAS dari Pakatan Rakyat tu pasal yang merapu macam - macam tuh...

Oitt...itu hari sapa jadi kambing ? Kah...kah..kah

PAS CUBA JADIKAN UMNO KAMBING HITAM- melayau


Muhyiddin Yassin hari ini membidas Pas kerana cuba menjadikan UMNO dan idea kerajaan perpaduan sebagai ‘kambing hitam’ dalam konflik dalaman membabitkan pimpinan tertinggi mereka.


Dia berkata, berdasarkan perkembangan semasa sebenarnya berlaku pertembungan kepentingan antara Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang.


“Sebab itu sekarang mereka nak bersilat dalam gelanggang, tepis sana tepis sini supaya mereka dapat atasi masalah mereka.


“Dia cari ‘kambing hitam’, ‘kambing hitam’ ini UMNOlah, sedangkan kita berniat baik dan ikhlas,’’ katanya.


HAVE FUN AND BE A KAMBING YE... WAK BOTOX


KALAU TAK PUAS BAWAK PUTERI KAMBING SEKALI MASUK REBAN

Celah mana yang yang MuNkEeE ni kata UMNO tak menerima kesan langsung???? kelentong lah!! kelentong!!! segala - galanya dah terbongeng kah

UMNO kini menumpukan kepada usaha memenangi hati rakyat tapi lebih kepada usaha mengkelentong rakyat dengan membebankan kan rakyat dengan cukai baru yang di namakan sebagai GST selain menaik kan kos pengangkutan Awam, tanpa menghiraukan tindakan parti pembangkang, yang terus berusaha melemahkannya.


Maka ini peluang terbaik bagi Pakatan untuk terus menghentam dan menyerang sudut kelemahan geng United MuNkEeE. Terdahulu, PAS mendakwa UMNO tertekan dan iri hati terhadap parti itu berikutan tindakan UMNO yang kononnya menetapkan tarikh yang sama dengan pelancaran program PAS, iaitu ‘UMNO Pengkhianat Rakyat". Presiden parti menetapkan tarikh itu dua minggu lebih awal, tetapi tidak hebohkan. Tak tahu lah macam mana mereka (PAS) boleh tahu,” kata mangkuk ni lagi.




Program ‘UMNO Juara kelentong Rakyat’ itu akan dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Al - Monggoli , selaku Presiden United MuNkEeE pada 9 Januari ini di Bukit Sentosa, Hulu Selangor, manakala program PAS akan dilancarkan melalui Seminar Penerangan PAS di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada hari sama.
Oleh itu mari lah kita bersama - sama ke program menghentam Pengkhianat negara macam United MuNkEeE.......


T-Shirt Fabrik berkualiti untuk tempahan
Rakyat Malaysia yang bertuah!

Artikel
"Alhamdulillah, sekarang ini kita berada dalam situasi ekonomi yang sangat baik. Malaysia jika nak dikira, memang antara negara yg pantas menyesuaikan diri dengan keadaan ekonomi dunia. Tahniah rakyat Malaysia!

Keseronakan ini bertambah manis apabila rakyat dan kerajaan bersama-sama menikmati kestabilan ekonomi. Terbaru, kenaikan harga roti dan gula dilihat sebagai kalungan bunga indah kepada setiap rakyat Malaysia.

Keprihatinan kerajaan tentang kesihatan rakyat perlu diimbangi dengan jutaan terima kasih yang ikhlas. Kekayaan dan kestabilan ekonomi di Malaysia ini boleh diibarat seperti 'ada padi, semua jadi'. Mengambil kira ini, maka rakyat perlu berterima kasih kepada kerajaan kerana kenaikan harga barang tersebut.

Pada bulan Mei nanti, harga minyak dijangka akan naik, walaupun harga minyak dunia tak naik. Wah! berita ini mengembirakan kita kerana sudah tentu ini berita bagus. Dapatlah kerajaan membantu rakyat miskin dan memperbaiki infrastruktur yang ada dilembah kelang sahaja. Kenaikan ini tidak lansung membebankan kerana ia masih murah jika dibandingkan dengan negara lain seperti Singpura, Thailand, Indonesia mahupun di United Kingdom. Malangnya kenaikan harga minyak dilihat oleh kebanyakan rakyat sangat lambat. Kenapa mesti tunggu sehingga bulan Mei? Sepatutnya hari ini. Baru lah puas hati kerana warga asing tidak berjaya membeli minyak Malaysia yang murah ini.

Keseronokan ini diteruskan pula dengan lagi berita seronok. Mengenai kadar baru tol yang akan diumumkan nanti. Sekoyong-koyong melihat kadar baru ini sangat menepati citarasa rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia berbangga dengan harga baru nanti walaupun belum tahu berapa kadar baru tol itu. Apa nak diherankan? Lebuhraya di Malaysia merupakan antara lebuhraya terbaik di Asia. Berbangga lah kita semua. Tiada kesesakan, jalan yang selamat yakni tiada kemalangan bas ekspres dan tempat rehat dan rawat yang menyediakan kemudahan yang sangat selesa dan bersih. Keselesaan yang berterusan hasil dari wibawa kerajaan sekarang ini.

GST. Apa itu GST? Sekali dengar macam best. GTR? VVTi?VTEC?. Bukan, bukan. GST ini adalah Government Service Tax. GST adalah salah satu idea yang sangat berkesan untuk menyekat penipuan harga barang. Adakah 4% layak untuk rakyat Malaysia yang kaya ini. Saya akan katakan bahawa selayaknya 67%. Ini pun nampaknya lama lagi akan di implementasi. Masih dalam peringkat terakhir kajian. Jangan tunggu lagi. Rakyat perlukan sekarang! Ya Sekarang! Barulah kita semua terasa dan terkesan dengan situasi ekonomi terkini. Baru la benar kita rakyat sebagai rakyat yang mulia.

Namun, apa yang dikesali adalah kenaikan ini tidak menyeluruh. Sepatutnya kerajaan menaikkan semua harga barang termasuk harga sayur, minyak masak, gas memasak, beras, kadar pembentungan, tarif elektrik, cukai dan lain-lain. Kenaikan yg menyeluruh ini sangat menyenangkan rakyat. Rakyat tidak perlu tunggu lama untuk menjadi kaya. Kenaikan harga barang maka ekonomi rakyat dan negara akan bertambah kukuh. Kadar inflasi akan berkurang. Ini lah yang kita semua tunggu. Maka, jawabnya, 20 atau 30 tahun lagi Malaysia dilihat akan sebaris dengan negara membangun seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Jepon dan lain-lain meninggalkan jauh dibelakang negara-negara yang setanding sekarang ini seperti Singapura, Taiwan, Thailand dan lain-lain lagi. Berbanggalah kita semua rakyat Malaysia.

Amerika cuma nasihat, tapi Malaysia naik harga gula kerana takut penyakit
Analisis Isu
"Berita TV semalam melaporkan satu berita dari New York, Amerika Syarikat berkenaan bahaya pengambilan garam berlebihan dalam pemakanan. Pihak berwajib di sana menasihati rakyat agar mengurangkan pengambilan garam yang berlebihan kerana ianya boleh mendatangkan mudarat kepada tubuh badan (penyakit).

Kalau di Malaysia lain pula ceritanya. Kerajaan Malaysia cuba mendidik rakyatnya agar mengurangkan penggunaan gula dalam makanan harian. Kerajaan bukan sahaja menasihati rakyat daripada mengambil gula secara berlebihan kerana boleh mendatangkan penyakit, bahkan kerajaan Malaysia dilihat lebih tegas daripada Amerika.

Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)telah menaikkan harga gula sebanyak 20 sen sekilogram dengan alasan mendidik rakyat mengurangkan penggunaan gula.

Namun sebenarnya adalah kerana kerajaan dilihat sudah kekeringan duit dalam menghadapi kemerosotan ekonomi yang meruncing. Kerajaan tidak bersedia lagi untuk membantu rakyatnya sendiri dalam memberi subsidi gula kepada rakyat walaupun sudah sememangnya menjadi tanggungjawab kerajaan membantu rakyat kerana kerajaan dipilih rakyat dalam pilihanraya dengan harapan, kerajaan akan melindungi mereka.

Bagaimana pula dengan harga garam di Malaysia?Adakah kerajaan juga ingin naikkan harga garam kerana ingin mendidik rakyatnya mengurangkan penggunaan garam yang boleh mendatangkan penyakit?Amerika hanya menasihat tanpa menaikkan harga tetapi Malaysia lagi hebat, mendidik mendidik rakyat dengan membebankan lagi rakyat.

Bagi rakyat, rakyat ingin menasihatkan kerajaan daripada mengurangkan kerenah birokrasi, membendungkan rasuah, menghalang penyalahgunaan kuasa, tidak bertanggungjawab dengan tidak melakukan pembaziran.

Kerajaan kata naikkan harga gula kerana takut penyakit, rakyat pula kata, jatuhkan kerajaan BN kerana takutkan penyakit rasuah yang semakin meruncing. Sdr Mohamad Sabu menyatakan dalam ceramahnya di Lumut Sabtu lepas menyebut, meruncingnya rasuah di Malaysia, tenatnya rasuah di Malaysia setara dengan negara Zimbabwe.

Hasil Kerja Jembalang Sial Puaka Laknat
Analisis Isu
"
Ingat dulu ada banyak jembalang sial puaka laknat bangsa UMNO yang mengatakan negara akan muflis kalau Pakatan Rakyat perintah. Saya jijik nak tulis nama dia di sini.


Hi puaka laknat pemimpin, pengikut dan pencacai UMNO harami, kau orang tolong baca:

Sebuah kumpulan kewangan berpengaruh, UBS Investment Research, menyenaraikan Malaysia sebagai negara paling teruk di Asia yang mengalami penurunan rizab antarabangsa hampir 50 peratus

Kedudukan kewangan negara yang sedia goyah dijangka bertambah parah berikutan beberapa serangan terhadap rumah ibadat yang masih belum dapat dikawal sepenuhnya oleh kerajaan Umno/BN.

UBS menganggap aliran kewangan kritikal yang dialami kerajaan Umno-Barisan Nasional "amat luar biasa" memandangkan Malaysia mencatatkan lebihan akaun semasa paling besar di Asia iaitu sebanyak 17 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)

atau kira-kira RM120 bilion.

"Negara lain seperti China, Hong Kong, Singapura, Taiwan dan Thailand mencatatkan peningkatan ketara dalam simpanan antarabangsa dalam tempoh 12 bulan lalu tetapi rezab Malaysia hampir pupus sama sekali," kata laporan itu.

Menurut UBS, pengaliran keluar modal secara besar-besaran sepanjang tahun lalu menjejaskan rizab antarabangsa Malaysia dengan amat teruk yang jatuh lebih daripada 25 peratus.

UBS berkata pengaliran keluar modal dari Malaysia memuncak hampir 50 peratus daripada KDNK atau RM355 bilion pada kiraan nilai semasa.

"Angka ini amat mengejutkan. Ia adalah lebih dari dua kali ganda pengaliran keluar modal yang dialami oleh Rusia dan jauh lebih besar berbanding dengan negara membangun yang lain.

Malah pengaliran keluar modal yang dialami oleh Malaysia pada 2009 merupakan fenomena yang jauh lebih besar dan dahsyat daripada pengalaman krisis ekonomi Asia 1997-1998," menurut laporan enam muka surat itu.

Laporan oleh UBS Asia Securities Limited selanjutnya berkata ekonomi negara Rusia, Ukraine dan negara-negara Teluk mengalami pengaliran keluar modal asing akibat krisis ekonomi dunia.

Namun ketika ekonomi negara-negara terbabit kembali pulih, Malaysia masih dicengkam pengaliran keluar modal asing, menurut UBS .

"Modal asing masih keluar dari Malaysia secara berterusan dalam jumlah yang besar walaupun kebanyakan ekonomi negara pasaran membangun menunjukkan tanda kemasukan semula pelaburan asing," menurut laporan itu.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mustapa Mohamed sebelum ini berkata Malaysia hanya mencatat pelaburan asing langsung sebanyak RM4.2 bilion sahaja bagi tempoh Januari-Mei 2009 berbanding RM46 bilion bagi 2008.
Hishamuddin: Anwar perlu diberkas
Berita
"KDN menggesa agar Anwar Ibrahim diberkas kerana mendakwa UMNO dalang disebalik pembakaran gereja. Nampaknya, bernafsu benar UMNO nak memenjarakan Anwar. Kata Hishamuddin, kalau Anwar menimbulkan isu gereja ini, beliau mesti diberkas. Ulasan dan cadangan berhubung isu ini dari Ustaz Harun Din, Ustaz Taib Azamuddin dan Ustaz Ghani Abdulrahman disertakan.

Menteri Keris Legenda Keramat, Hishamuddin memang pantang dicabar! Kenyataan Anwar yang mengaitkan UMNO dengan serangan ke atas gereja telah mengguris hatinya dan beliau bertekad mengheret Anwar ke muka pengadilan jika tuduhan tidak berasas.

"PUTRAJAYA 12 Jan. - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengambil tindakan ke atas Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim jika beliau sengaja menggunakan isu agama dan perkauman berhubung insiden serangan ke atas gereja.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, jika terdapat bukti dan laporan bahawa Anwar atau pihak-pihak tertentu sengaja menggunakan isu tersebut, mereka akan dikenakan tindakan tegas."

Eh, eh, apa kono kau jang?! Mula-mula puak-puak UMNO ni timbulka provokasi, lepas tu curah minyak ke api, bila dah marak, dah mula tak terkawal, marah-marah dekat orang yang tegur.

Penulis berkesempatan menghadiri forum yang disertai oleh Ustaz Harun Din, Ustaz Taib dan Ustaz Ghani baru-baRU ini. Ustaz Taib berpesan agar kita janganlah jadi umpama lembu, dan dipermainkan oleh pihak sana. Isu ini direka agar mereka (UMNO) dapat menjadi hero.

Mari lihat buktinya. Dalam isu nama Allah ini, tindakan wajar ialah merujuk kepada Ketua agama Islam iatu majlis raja-raja tetapi tidak dirujuk. Seterusnya, mahkamah syariah patut dirujuk kerana membabitkan Islam tetapi masih tidak dirujuk. Isu nama Allah ini diputuskan oleh seorang hakim kafir Kristian di mahkamah sivil! Tentulah rakyat dan umat Islam akan marah. Kerajaan sengaja menimbulkan isu ini dan tahu dari awal bahawa umat Islam akan marah.

Penulis menambah. Siapa untung bila gereja dibakar? Yang pastinya, isu jualan enjin jet sudah mula dilupakan, isu Teoh pun sama hilang ke mana. LInggam pun dsah happy happy.

UMNO! Siapa yang dulu berkata bahawa BN/kerajaan tidak akan menghalang niat suci sesiapa yang ingin berdemonstrasi dalam isu nama Allah yang sensitif ini? Bukankah Menteri Keris tersebut?

Penulis memberi contoh. Seorang Menteri yang menganut fahaman UMNO membuat kenyataan panas di akhbar Utusan Meloya mencabar umat Islam agar bangkit menentang 'ancaman' bukan Islam. Pada masa sama, judi, arak dan murtad tidak pula dilarang..

Ustaz Taib memberi suatu pandangan jauh yang merentasi ruang dan waktu dalam forum tersebut apabila mencadangkan pendekatan dakwah baru ke atas golongan bukan Islam dengan membuat dialog dan forum bersama. Contohnya, sekiranya sebuah surau mengadakan suatu forum di ruang lamannya berhubung isu kemasyarakatan/kejiranan dan menjemput ulamak untuk memberikan pandangan dan hujah Islam, dan menjemput paderi dan sami untuk memberi pandangan agama mereka, tentulah golongan bukan Islam akan hadir untuk memberi sokongan kepada tokoh mereka. Forum sebegini bukan berbentuk provokasi atau menang-kalah sebaliknya berkongsi titik persamaan. Justeru, kaum bukan Islam akan terdedah kepada ajaran Islam.

Sekiranya ini berlaku, nescaya menggelupur dan menggeletarlah UMNO dan permit pasti tidak akan diberi..

Penuslis menambah, sekiranya Nabi Muhammad SAW menunggu permit dari Abu Jahal sebelum berdakwah, alamat tak jalan la dakwah.

Hishamuddin ni orangnya misteri. Sekejap hunus keris, sekajap tarik balik. Sekejap memuji Anwar melangit tinggi.. bila Anwar hilang kuasa, dikuuk dikeji. Seperti UMNO melayan Mahathir dizaman Pak Lah.

Berbalik kepada isu asal. Bayangkan, akhbar UMNO sentiasa memprovok umat Islam dalam isu nama Allah ini. Kemudian, wujud kenyataan bahawa demo demo tidak akan dihalang. Bila ada yang hilang sabar lalu membakar gereja, tentulah orang yang memprovokasi, iaitu UMNO boleh dipanggil sebagai dalang! Betullah kata Anwar.

Saya tutup dengan serangkap pantun:

Gadisku ayu seperti Tun Teja,

ingin kupinang tak tahu bila,

Usah kita membakar gereja,

dan usah layan penghunus keris gila.

Rosmah Perempuan Pertama Gangster
Tidak pernah ada mana - mana isteri Perdana Menteri Malaysia yang diberi kuasa untuk menentukan siapa yang patut ditahan dan siapa yang patut diugut.

Kita pernah ada Perdana Menteri yang paling kejam iaitu Mahathir Muhammad, namun tidak pula kita dengar Siti Hasmah mengugut mana - mana manusia yang cuba merosakkan peribadi beliau.

Kita pernah ada Perdana Menteri yang paling lemah dalam sejarah Malaysia iaitu Abdullah Ahmad Badawi, namun tidak pernah pula Allahyarhamad Hendon dan Jeanne Abdullah menentukan wartawan ini atau wartawan itu yang boleh ada didalam sesuatu majlis.

TAPI hari ini kita buat pertama kalinya melihat, manusia yang bernama Rosmah mempunyai sedemikian rupa. Kejam, dikatakan terlibat dengan pembunuhan Altantuya dan sebagainya.
Sehari Sebelum Demo Nama Allah,
UMNO Lulus Permohonan Kelab



Nota Editor: Terima kasih kepada Kasi Pecahlah di atas artikel yang amat membanggakan ini. Tak sabar rasanya nak tengok respon dari Mahaguru58 dan juak-juak nya. Artikel saya pinjam dari Perisik Rakyat. Woii Poji, si Mahaguru58 maki kau tuduh kau suka copy-paste benda dari blog lain untuk sebar fitnah.

(Bermula)Sehari sebelum demontrasi NGO Umno bagi membantah penggunaan nama Allah di Masjid Negara 8 Januari lepas, Menteri dari "Parti Pembela Bangsa & Agama", UMNO di Wilayah Persekutuan, Nong Chik Zainal Abidin telah meluluskan rayuan memperbaharui lesen 5 kelab malam. Sebelum ini lesen-lesen kelab berkenaan telah dibatalkan kerana bunyi bising melebihi had

Nampaknya, pemimpin UMNO juga tidak lupa untuk mempertahankan pusat-pusat pesta arak dan gejala sosial ini. Baguslah tu, siang berdemo bela nama Allah, malam pi pulak layan demo kat kelab malam... bila PPIM dan NGO nak pi berdemo kat Kelab Malam..?
Misteri Pembunuhan Kejam Ibu Saudara Rosmah
- Mengapa Takut?



Minggu lalu negara digemparkan dengan berita empat beranak ditemui mati, termasuk seorang tanpa kepala, dalam insiden pembunuhan kejam di dua buah rumah berasingan yang terletak diberdekatan di Kampung Batang Rokan, Gemencheh.

Rupa-rupanya salah seorang mangsa pembunuhan kejam tersebut adalah Allahyarhamah Sofiah Katas yang merupakan ibu saudara kepada isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor. Sofiah Katas, 80 tahun, salah seorang yang dibunuh kejam itu ialah adik kepada Mansor Katas iaitu bapa kandung Rosmah sendiri.

Mangsa lain dalam pembunuhan kejam itu ialah Atan Daud, 90, (suami Sofiah) yang juga bekas imam masjid kampung berkenaan dan Ismail Awang, 76, serta anaknya Siti Khadijah Ismail, 22.

Malangnya diberitakan Rosmah langsung tidak menjengukkan muka menziarahi keluarga ibu saudaranya sendiri yang dibunuh kejam itu!

Dan kelmarin, seorang wartawan akhbar PKR Suara Keadilan Abdul Qayum Abdul Rahman yang cuba merungkai misteri kematian Sofiah dan mengapa Rosmah tidak menziarahi keluarga si-mati telah mendakwa beliau diugut polis sebaik saja selesai mewawancara seorang wanita bernama Saharah yang merupakan saudara kepada Sofiah dan sepupu kepada Rosmah.

Abdul Qayum mendakwa di dalam Malaysiakini, selepas mengetahui beliau seorang wartawan Suara Keadilan, seorang lelaki dikenali sebagai Muhammad memaksanya menyerahkan kad pengenalan dan mengambil nombor pendaftaran keretanya. Beliau turut merampas nota penulisan Qayum dan memadam semua rakamannya dengan Saharah.

Muhammad juga turut merampas semua dokumen pengenalan Qayum, tanpa mendapat kebenarannya. Semua insiden tersebut diperhatikan oleh sekumpulan polis yang menunggu dan mengawal di luar rumah Saharah. Pihak polis dan Muhammad kemudiannya mengugut mahu mencari wartawan itu dan keluarganya dengan apa cara sekalipun jika temu bual tersebut disiarkan dalam Suara Keadilan.

Tiada siapa dapat meneka mengapa Rosmah sampai tergamak tidak menziarahi kematian ibu saudaranya sendiri. Juga tidak diketahui mengapa Rosmah begitu takut jika Suara Keadilan mendedahkan mangsa pembunuhan kejam itu ialah ibu saudaranya.

Apa yang hendak Rosmah malukan, jika dia sendiri tiada kaitan dengan pembunuhan yang menggemparkan di mana suspek utamanya ialah seorang pemuda yang digambarkan kadang-kadang kurang siuman?

Atau mungkin dia malu jika rakyat 1Malaysia tahu Rosmah mempunyai saudara mara yang kurang siuman? Mungkin Rosmah yang sebelum ini pernah dikaitkan dengan pembunuhan kejam Altantuya tidak mahu dikaitkan dengan satu lagi pembunuhan yang lebih kejam dari itu yang melibatkan saudara maranya sendiri!

Baru kelmarin akhbar-akhbar kita cuba membina karektor baik untuk Rosmah dengan memuji setinggi langit peranannya membebaskan seorang pelajar Malaysia yang ditahan oleh pihak berkuasa Mesir yang terbabit dalam misi memberi bantuan makanan kepada rakyat Gaza.

Tapi manusia berkarektor baik itu tidak sanggup menziarahi ibu saudaranya sendiri yang dibuniuh secara sangat kejam! Dan manusia berkarektor baik itu juga telah mengarahkan polis untuk menghalang sesiapa saja dari mendedahkan dia mempunyai pertalian saudara dengan adik kandung ayahnya sendiri..