Rakyat Malaysia yang bertuah! |
Keseronakan ini bertambah manis apabila rakyat dan kerajaan bersama-sama menikmati kestabilan ekonomi. Terbaru, kenaikan harga roti dan gula dilihat sebagai kalungan bunga indah kepada setiap rakyat Malaysia.
Keprihatinan kerajaan tentang kesihatan rakyat perlu diimbangi dengan jutaan terima kasih yang ikhlas. Kekayaan dan kestabilan ekonomi di Malaysia ini boleh diibarat seperti 'ada padi, semua jadi'. Mengambil kira ini, maka rakyat perlu berterima kasih kepada kerajaan kerana kenaikan harga barang tersebut.
Pada bulan Mei nanti, harga minyak dijangka akan naik, walaupun harga minyak dunia tak naik. Wah! berita ini mengembirakan kita kerana sudah tentu ini berita bagus. Dapatlah kerajaan membantu rakyat miskin dan memperbaiki infrastruktur yang ada dilembah kelang sahaja. Kenaikan ini tidak lansung membebankan kerana ia masih murah jika dibandingkan dengan negara lain seperti Singpura, Thailand, Indonesia mahupun di United Kingdom. Malangnya kenaikan harga minyak dilihat oleh kebanyakan rakyat sangat lambat. Kenapa mesti tunggu sehingga bulan Mei? Sepatutnya hari ini. Baru lah puas hati kerana warga asing tidak berjaya membeli minyak Malaysia yang murah ini.
Keseronokan ini diteruskan pula dengan lagi berita seronok. Mengenai kadar baru tol yang akan diumumkan nanti. Sekoyong-koyong melihat kadar baru ini sangat menepati citarasa rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia berbangga dengan harga baru nanti walaupun belum tahu berapa kadar baru tol itu. Apa nak diherankan? Lebuhraya di Malaysia merupakan antara lebuhraya terbaik di Asia. Berbangga lah kita semua. Tiada kesesakan, jalan yang selamat yakni tiada kemalangan bas ekspres dan tempat rehat dan rawat yang menyediakan kemudahan yang sangat selesa dan bersih. Keselesaan yang berterusan hasil dari wibawa kerajaan sekarang ini.
GST. Apa itu GST? Sekali dengar macam best. GTR? VVTi?VTEC?. Bukan, bukan. GST ini adalah Government Service Tax. GST adalah salah satu idea yang sangat berkesan untuk menyekat penipuan harga barang. Adakah 4% layak untuk rakyat Malaysia yang kaya ini. Saya akan katakan bahawa selayaknya 67%. Ini pun nampaknya lama lagi akan di implementasi. Masih dalam peringkat terakhir kajian. Jangan tunggu lagi. Rakyat perlukan sekarang! Ya Sekarang! Barulah kita semua terasa dan terkesan dengan situasi ekonomi terkini. Baru la benar kita rakyat sebagai rakyat yang mulia.
Namun, apa yang dikesali adalah kenaikan ini tidak menyeluruh. Sepatutnya kerajaan menaikkan semua harga barang termasuk harga sayur, minyak masak, gas memasak, beras, kadar pembentungan, tarif elektrik, cukai dan lain-lain. Kenaikan yg menyeluruh ini sangat menyenangkan rakyat. Rakyat tidak perlu tunggu lama untuk menjadi kaya. Kenaikan harga barang maka ekonomi rakyat dan negara akan bertambah kukuh. Kadar inflasi akan berkurang. Ini lah yang kita semua tunggu. Maka, jawabnya, 20 atau 30 tahun lagi Malaysia dilihat akan sebaris dengan negara membangun seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Jepon dan lain-lain meninggalkan jauh dibelakang negara-negara yang setanding sekarang ini seperti Singapura, Taiwan, Thailand dan lain-lain lagi. Berbanggalah kita semua rakyat Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan