Rabu, 18 Ogos 2010

KHIR TOYO PENTINGKAN DIRI DAN KRONI


ANTARA NYANYUK DAN GILA

Bekas Menteri Besar Selangor ni kata,,..Menteri Besar sekarang Tan Sri Khalid Ibrahim tak tahu memerintah, lembab dan menyeleweng terutama kes pasir .Tan Sri Khalid nyanyuk… katanya.

Kalau Tan Sri Khalid dikata nyanyuk.. kita tak risau sangat , sebab Khalid tak kacau orang, tak menyusahkan rakyat, Khalid tak balun duit rakyat, Khalid tak enjoy duit rakyat dekat Disneyland, Khalid tak mahu terima hadiah jam harga ribu-ribu. Khalid tak gelapkan duit persatuan – Bakis, Khalid tak menyalahguna kuasa.

Sebaliknya seluruh rakyat dah tahu, dah nampak bahawasanya Khalid Ibrahim adalah seorang yang sangat berjiwa rakyat,,… dah banyak perkara yang dia buat untuk tolong rakyat.

Satu lagi nak bagi tahu.. Taraf Khalid sebelum jadi MB, dia memang dah jutawan, malah 10 kali lebih hebat dari seorang jutawan. Dan beliau tak perlu kumpul duit untuk bina istana – macam Khir Toyo. Tuduhan anak Toyo terhadap Khalid memang tak berasas.

Diri Khir Toyo sendiri bagaimana ? Memang anda tidak nyanyuk tapi sebenarnya anda 10 kali lebih teruk. Sebab ?.. anda perintah Selangor, macam orang gila babi… Semua anda redah! Semua anda boleh buat, macam le negeri Selangor ni anda yang punya. Kini bila Pakatan Rakyat memerintah , semua kegiatan anda dan kuncu-kuncu anda sebelum ni orang dah bongkar . Pekung di dada dah tak boleh ditutup lagi… bau nya amat busuk !

Mari kita berfikir sejenak… Dalam masyarakat kampong kalau ada seorang yang nyanyuk dan seorang yang gila babi,.. Antara keduanya siapa yang harus ditakuti ?... Siapa yang boleh mengancam nyawa dan keselamatan orang kampong? Budak TADIKA tentu boleh jawab.

Isnin, 16 Ogos 2010

MARUAH PENEROKA BUKAN RM350



1. Setelah masyarakat peneroka bangkit menuntut hak yang diperah oleh Felda selama ini sehingga peneroka bukan sahaja berani membawa kes tuntutan mereka ke mahkamah , bahkan mereka telah menang beberapa kes tuntutan terhadap Felda seperti di Felda Kemahang.

2. Felda juga berdepan dengan tuntutan hak RM 80 juta oleh pihak peneroka Felda di Moakil Labis . Saya mendapat maklumat akan ada beberapa daerah lagi selepas ini , peneroka Felda akan menfailkan tuntutan hak mereka setelah sekian lama keringat mereka diperah secara salah oleh pihak Felda .

3. Hak penempatan generasi kedua Felda mari belum diurus dan diselesaikan dengan baik termasuk layanan wajar belum diberikan kepada peneroka yang tidak menyerahkan pengurusan tanam semula ladang sawit mereka kepada Felda . Peneroka yang tanam sendiri ladang mereka [ kerana tidak mahu lagi membelenggu diri dengan hutang baru setelah hutang lama memakan masa berpuluh tahun untuk diselesaikan ] seperti dianak tirikan .

4. Sejak sekian lama Felda berniaga dan membuat untung ratusan juta ringgit di atas keringat peneroka yang membanting tulang di ladang - ladang mereka tanpa mereka pula mendapat pulangan yang sewajarnya , malah hidup dibelenggu hutang yang dipaksa oleh Felda ke atas mereka , kini menyaksikan kebangkitan peneroka Felda dan generasi keduanya .

5. Gusar terhadap perkembangan ini , kerajaan pimpinan YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengisytiharkan penganugerahan "gula - gula" raya sebanyak RM 350 kepada peneroka yang bersama Felda dan RM 150 kepada peneroka yang tidak bersama Felda .

6. Inilah kali pertama sebagai generasi kedua Felda setelah menetap di Felda sejak tahun 1979 saya mendengar ada 2 kategori peneroka iaitu peneroka yang bersama Felda dan peneroka yang tidak bersama Felda . Sebahagian peneroka menjadi anak emas mereka lalu dapat gula - gula besar bernilai RM 350 dan peneroka yang menjadi anak tiri mereka hanya mendapat gula - gula kecil bernilai RM 150 .

7. Sampai bila mereka mahu membiarkan peneroka - peneroka ini "rongak gigi" memakan gula - gula setiap kali menjelang musim dekat pilihanraya . Peneroka di alam "kanak - kanak" dulu bolehlah disuakan gula - gula agar mereka berhenti menangis dan menjerit . Kini peneroka sudah dewasa dan matang . Mereka mula nampak hak mereka yang diragut malah menyedari bahawa hak mereka tidak sekadar berjumlah RM 350 atau RM 150 .

8. Saya menganggap pemberian gula - gula ini bukan hadiah Felda atau kerajaan sempenan hariraya tetapi satu penghinaan Felda atau kerajaan kepada rakyat menjelang hari raya dan pilihanraya .

9. RM 350 erti tidak sampai RM 1 satu hari untuk tempoh setahun . Bagaimana untuk sekian lama tempoh peneroka ditindas dan dinafikan hak mereka ? Hari ini , anak - anak kita nak pergi ke sekolah , kalau hanya diberi RM 0.50 akan membuatkan si anak bermasam muka , kerana memikirkan apalah yang boleh dibeli olehnya dengan wang sebanyak RM 0.50 sehari kecuali air masak sejuk .

10. Kali ini Felda pula cuba membuatkan penerokanya bermasam muka dengan gula - gula bernilai RM 350 yang entah untuk tempoh berapa tahun ? Peneroka sendiri tentunya tahu berapa nilai maruah mereka , malah saya yakin peneroka juga tahu bagaimana mahu mempertahankan maruah mereka . Apa yang pasti , Maruah peneroka Felda bukan sekadar RM 350