Rabu, 16 Februari 2011

MANA SURAT BERANAK

DITEMUI JUGA


nota:
di india ada dobi
kerjanya membasuh
di india ada chetti
kerjanya meminjamkan duit
di india ada kutty
kerjanya menipu



OPS LALANG: KIT SIANG TERUS CABAR MAHATHIR KEMUKA BUKTI
-minsider

Sambil mendakwa Mahathir Mohamad memilih untuk menjadi “mangsa amnesia” tiga tahun lalu, Lim Kit Siang menasihatkan bekas perdana menteri agar “berusaha keras” untuk mengingati kembali dakwaan bahawa pernah ada pertemuan “mengejutkan” dengan pembangkang sebelum Operasi Lalang 1987.

Dalam kenyataan ketiganya berhubung pandangan Mahathir menyentuh operasi itu yang membawa kepada tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Lim berkata, bekas presiden Umno dan bekas menteri dalam negeri itu memang terkenal dengan sikapnya memilih untuk menjadi “mangsa amnesia kerana sebab-sebab politik” ketika sesi inkuiri suruhanjaya diraja berhubung isu klip video V.K. Lingam pada Januari 2008 apabila mengatakan “saya tidak boleh ingat”.

Mahathir memilih untuk berkata “saya tidak boleh ingat” bagi soalan-soalan penting yang dikemukakan oleh suruhanjaya.

“Adakah mungkin beliau ada menemui anggota pembangkang dan memberi jaminan tidak akan ditahan, tetapi beliau tidak ingat wajah-wajah mereka kecuali saya atau di bila, di mana atau siapa lagi di pihak dia yang hadir atau pihak kepada pertemuan itu?” kata beliau.

“(Oleh itu), Mahathir harus tampil dengan saksi-saksi pertemuan,” kata Lim dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

TAK PERLU MINTA BUKTI ITU…..

MINTA BUKTIKAN SIAPA AYAH FIRAUN INI…..

..MINTA BUKTIKAN SIAPA NAMA PENUH AYAH FIRAUN INI……

MANA SALASILAH KELUARGA FIRAUN INI…...

DARI BENUA MANA KAUM KELUARGA FIRAUN INI DATANG…

MANA GAMBAR AYAH FIRAUN INI….…

MALAON INI NAMA PENUH NYA APA?....…

MACAM MANA MALAON INI BOLEH JADI MELAYU……

BUKTIKAN SURAT BERANAK….TUNJUK PADA ORANG RAMAI...

BLOGGER UMNO TAK TAHU BEZA ANTARA SOLAT WAJIB DAN QASAR

UMNO. Inilah parti yang cuba dipertahankan oleh segelintir rakyat negara ini yang 'jahil maklumat, jahil hukum-hakam agama Islam'. Memang tepat golongan penyokong umno seumpama ini digelar puak jahiliah moden.

Paling malang, parti reput ini turut dimusnahkan oleh para blogger mereka sendiri yang jelas 'jahil' daripada segi hukum-hakam agama Islam. Mereka masuk ke dalam masjid sama ada, untuk mencipta fitnah ataupun, memang betul-betul jahil kerana tidak dapat membezakan solat fardhu yang wajib dan solat jamak untuk para musafir. Hanya Allah yang mengetahui. Tapi tindak-tanduk mereka kali ini, bukan sahaja telah mencemarkan institusi masjid tetapi turut melibatkan institusi raja pemerintah mereka sendiri.

Sultan Johor Kena Kencing Dengan Puak Umno. tak tahu beza solat jama' dgn fardhu. sekiannya bersama dgn org jahil.


Tuan Guru Nik Aziz sedang menunggu masuk solat zohor. Disebelahnya ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Johor


Selesai sahaja solat zohor diimamkan oleh imam Kampong Redong, TGNA dan jemaah musafir lain membuat saf baru bagi menunaikan solat qasar asar. Kelihatan jemaah lain duduk di sisi masjid bagi memberi ruang kepada jemaah musafir meneruskan solat mereka. (kalu nak kate 2 imam ikut dakwaan UMNGOk... awat belakang imam xde org?... ke jenis kat Johor Imam tengah makmum pakat-pakat sembahayang tepi dinding...wakakaka)?


TGNA dan jemaah musafir lain menunaikan solat qasar asar 2 rakaat (kene tulis sebab UMNgOk tak tau yang qasar tue 2 rakaat).



Jemaah berada dalam Tahiyyat akhir selepas memunaikan solat qasar 2 rakaat (kene tulis sekali lagi 2 raakat) dan sempat mengaminkan doa yang dibaca oleh Imam Kampung Redong.

....lihat camno UMNO
kencing buta-buta atas mata Sultan Johor...


(gambar dari blog pencacai taik UMNgOk)

KOTA TINGGI : Sultan Johor, Sultan Ibrahim pada semalam bertitah berasa murka dengan tindakan sekumpulan umat Islam yang bersembahyang dua imam di sebuah masjid, ketika pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, bulan lalu.

Perbuatan tersebut, titah baginda, amat dikesali dan tidak seharusnya berlaku hanya kerana perbezaan fahaman politik.

"Ketika kempen PRK DUN Tenang baru-baru ini, ada kumpulan yang singgah di masjid untuk sembahyang fardu tetapi malangnya mereka tidak menyertai jemaah yang sedang bersolat jemaah.

"Kalau mereka terlambat mereka hanya perlu sertai jemaah yang ada dengan berimamkan imam di masjid itu. Sebaliknya kumpulan ini membentuk satu sembahyang jemaah yang lain di barisan belakang, sedangkan solat jemaah yang ada masih belum selesai," titah baginda.LIHAT GAMBAR 1 YANG DIBULATKAN.

Sultan Ibrahim bertitah, perkara seperti itu harus dihentikan supaya tidak timbul fitnah umat Islam di Johor telah berpecah-belah dan tidak bersatu-padu.



"Semua jemaah dalam masjid hendaklah hormati imam yang dilantik oleh saya. Tidak ada perbezaan bangsa, kedudukan atau fahaman politik dalam masjid. - Bernama

....SIAN AKU TENGOK SULTAN JOHOR... KENE KENCING BUTA-BUTA ATAS MATA OLEH PUAK-PUAK UMNO... NIE KALU KENCING SULTAN X KIRE DERHAKA KE???

AZIZAH JADI MANGSA

Apa hal si Lokman Nor Adam tiba-tiba muncul berceramah mengenai pakaian DS Wan Azizah? Kisah pembelian pakaian DS Wan Azizah lebih 10 tahun dulu tiba-tiba menjadi antara topik ceramah si Lokman. Dakwaan itu pun belum tentu betul atau tidak. Tapi apa relevannya isu pembelian pakaian oleh DS Wan Azizah lebih 10 tahun lalu dengan keadaan dan kegawatan ekonomi semasa?

Mengapa si Lokman tidak melihat kemewahan DS Flom Rosmah berbelanja apabila berada di luar negara. Kira-kira tiga tahun lalu, Syed Azidi Aziz aka Sheih Kickdafella pernah mendedahkan DS Flom pernah berbelanja RM7 juta untuk membeli 14 utas jam tangan ketika berkunjung ke Hong Kong! RM500,000 untuk seutas jam tangan!!

Itu cerita tiga tahun lalu. Apa sangatlah kalau nak dibandingkan dengan RM8,000 untuk sepasang pakaian DS Wan Azizah seperti yang digembar-gemburkan oleh si Lokman berbanding dengan pelbagai perbelanjaan yang dibuat oleh DS Flom sejak berkuasa hingga ke hari ini....

Kemudian tercetus berita mengatakan DS Flom berbelanja sakan di Boston membeli alat solekan dan pakaian yang memerlukan 74 buah beg pakaian! Sehingga sekarang, tidak ada sebarang penafian berhubung perkara itu. Malah Najib sendiri seolah-olah 'mengiyakan' sikap boros berbelanja DS Flom kesayangannya ketika berada di luar negara hingga mengumumkan penghapusan cukai pelbagai alat solekan, pakaian hinggalah pakaian dalam ketika pembentangan Bajet 2011 pada tahun lalu.

Sejak diumumkan penghapusan cukai berkenaan, DS Flom dan mungkin ramai juga isteri para peneroka Felda khususnya di Tenang yang telah mendapat manfaat membeli pakaian dan alat solekan di luar negara bagi menikmati penghapusan cukai berkenaan.

Di mana si Lokman Nor Adam dalam isu-isu seperti ini? Lawaklah kamu ni Lokman... marah kerana nak lepaskan geram dendam tak dapat mengorat Nurul Izzah dulu kut...

Berita-berita berkaitan:

Lokman selar 'gaya hidup mewah' Wan Azizah

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim selalu menjadi sasaran kritikan oleh bekas orang kuatnya yang menyertai Umno, tetapi malam tadi, isterinya dan presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail juga turut menerima nasib sama.

NONEDalam ceramah di Bayan Baru, bekas setiausaha Pemuda PKR Lokman Nor Adam - kini ketua unit pidato dan penghujahan umum dan anggota Jabatan Hal Ehwan Khas - menyebut tentang "gaya hidup mewah" Wan Azizah dalam sebahagian ceramah 90 minitnya.

Lokman berkata ketika Anwar menjadi timbalan perdana menteri sehingga 1998, Wan Azizah membelanjakan banyak wang untuk kelengkapan pakaiannya bagi menghadiri pelbagai jamuan makan malam rasmi dengan suaminya.

Mengejutkan, ada yang sampai mencecah harga RM8,000 dan dia biasanya menempah 20 pasang setahun, dakwa Lokman.

Bagaimanapun, menyedihkan, tambah Lokman, apabila beliau dan beberapa yang lain ditahan bawah ISA di Kamunting dariapda 2001 hingga 2003, Wan Azizah didakwa tidak banyak membantu mengurangkan beban keluarga terbabit.

Dakwa Lokman, hanya NGO Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) yang berusaha menolong anggota keluarga sehinggalah mereka kehabisan dana.

pkr convention 281110 wan azizah wan ismailSehubungan itu, beliau menyoal, apa salahnya sekiranya Wan Azizah mengurangkan perbelanjaan untuk pakaian - daripada 20 kepada 18 - supaya wang itu dapat disumbangkan kepada anggota keluarga tahanan ISA.

Katanya, Wan Azizah juga tidak memberikan sumbangan duit raya RM500 kepada setiap keluarga seperti diarahkan Anwar ketika masih ramai ditahan ISA.

- Malaysia Kini

Azizah: Baju saja tak semahal itu

Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail cuma ketawa terhadap dakwaan pemimpin Umno bahawa beliau memakai pakaian terlalu mewah semasa suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi timbalan perdana menteri.

Ditemui Malaysiakini hari ini, Wan Azizah (kanan) menafikan mengamalkan gaya hidup mewah, tetapi mengakui pakaiannya sedikit mahal ketika suaminya berada dalam kerajaan, berbanding sekarang.

Sambil berjenaka, Wan Azizah berkata, beliau gembira orang menganggapnya berpakaian dengan elok walaupun tidak mahal.

Dalam ceramah di Bayan Baru semalam, bekas setiausaha Pemuda PKR Lokman Nor Adam - kini ketua unit pidato dan penghujahan umum dan anggota Jabatan Hal Ehwan Khas - menyebut tentang "gaya hidup mewah"

Lokman berkata ketika Anwar menjadi timbalan perdana menteri sehingga 1998, Wan Azizah membelanjakan banyak wang untuk kelengkapan pakaiannya bagi menghadiri pelbagai jamuan makan malam rasmi dengan suaminya.
Wan Azizah dalam sebahagian ceramah 90 minitnya.

KALOT, MELALOT KERANA JOHN MALLOT

Waduh hebat menteri-menteri kita ni. Tapi akal seperti budak-budak tadika, bila berhadapan dengan Mantan Duta AS ke Malaysia, John Mallot. Beliau telah menulis di dalam Wall Street Journal Asia bahawa di sebalik slogan 1Malaysia kerajaan, ketegangan perkauman dan agama hari ini adalah lebih tinggi berbanding ketika Najib dilantik pada 2009.

Menurut Mallot, ia lebih buruk daripada bila-bila masa sejak 1969, ketika sekurang-kurangnya 200 orang dibunuh dalam pergaduhan kaum antara masyarakat majoriti Melayu dan minoriti Cina.

Selain itu, turut dibidas bekas duta itu adalah akhbar Utusan Malaysia, milik Umno yang didakwa mencetuskan kebencian perkauman dengan secara teratur menyerang "ahli politik Malaysia berbangsa Cina dan bahkan mencadangkan seorang daripada mereka, ahli parlimen Teresa Kok, harus dibunuh".

Apa yang ditulis oleh John Mallot rasa-rasanya mengandungi fakta dan kenyataan. Apa yang sepatutnya dilakukan ialah menjawab hujah dan dakwaan beliau. Menteri kepada pengundi Padang Rengas, Nazri Aziz mahu bekas duta AS diharam masuk ke Malaysia. Tindakan kalut Nazri umpama budak-budak tadika bergaduh. "Kamu mengata pak kami, kamu tak boleh datang ke rumah kami...". Sama ada si Nazri tidak mampu nak berhujah balas ataupun dah memang kenyataan Mallot tidak dapat disangkal.

Perkara yang sama diajukan oleh wartawan kepada Muhyiddin Yasin, Timbalan Perdana Menteri. Jawab Muhyiddin "Itu hal dia. Dia bukan ada status apa-apa. Dia bekas duta, tak tahu pun dia tinggal di mana sekarang. Kenapa kita nak besar-besarkan pandangan dia? Pihak media sepatutnya tidak mengendahkan pandangan orang seperti Mallot. Dia bukan presiden atau bekas perdana menteri. "

Adoi... kalau seorang Timbalan perdana Menteri melalut macam itu, selepas ini kita jangan peduli apa yang Muhyiddin cakap dan bagitahu sebab Muhyiddin pun 'bukan presiden atau bekas perdana menteri'. Memalukan!

Berkaitan:

Nazri mahu bekas duta AS diharam masuk M'sia

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz akan mencadangkan kabinet supaya mengharamkan bekas duta Amerika Syarikat ke Malaysia John R Malott daripada memasuki negara ini.

NONETindakan itu ekoran kritikan pedas Malott terhadap pentadbiran Najib dalam menangani isu hubungan kaum dalam tulisannya di Wall Street Journal minggu lalu.

Menurut laporan Sin Chew Daily hari ini, Nazri (kiri) melabelkan artikel Malott itu sebagai "pembohongan dan fitnah".

"Malott memfitnah kerajaan kita melalui akhbar asing. Bagaimana dia tahu situasi sebenar jika beliau tidak tinggal di Malaysia?

"Kita tahu dia penyokong setia Ketua Umum PKR (Datuk Seri) Anwar Ibrahim," kata Nazri semalam di Kuala Kangsar.

Katanya, walaupun kerajaan persekutuan tidak boleh mengambil tindakan undang-undang pada Malott, menyekat perjalannya boleh dilaksanakan.

"Ini bukan maknanya kita tidak bersetuju dengan pandangannya atau menekan kebebasan bersuara, tetapi dia berbohong," kata Nazri.

"Dia boleh terus menulis artikel di mana-mana tidak tidak di Malaysia kerana tulisannya semua tidak benar. Dia dakwa situasi semasa lebih teruk daripada apa yang berlaku pada 13 Mei 1969. Ini semua dusta yang jelas."

- Malaysia Kini

Muhyiddin: Malott bohong

Ditanya mengenai dakwaan John Malott yang mengecam kemunafikan Najib berhubung slogan 1Malaysia dalam sebuah artikel pedas yang diterbitkan di Asia Wall Street Journal, Muhyiddin berkata ia adalah pendapat peribadi mantan duta besar Amerika Syarikat ke Malaysia itu.

Katanya, tidak perlu diperbesarkan isu berkenaan, kerana Malott bukan lagi seorang duta.

"Itu hal dia. Dia bukan ada status apa-apa. Dia bekas duta, tak tahu pun dia tinggal di mana sekarang. Kenapa kita nak besar-besarkan pandangan dia? Dia bukan presiden atau bekas perdana menteri.

may 13 generic may13 riot racial race communal 190507
"Dia pernah ada di sini tapi dia buat cerita bohong. Mungkin dia sahabat baik dengan Pakatan Rakyat, dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, jadi dia pusinglah cerita," katanya.

Malott, seorang pengkritik kerajaan sejak menamatkan jawatannya selama tiga tahun sebagai duta besar Amerika pada tahun 1998, dalam artikel tersebut berkata Najib perlu "merenung lama di cermin" jika beliau serius mahu melihat matlamat 1Malaysia tercapai.

Dakwanya, di sebalik slogan itu, ketegangan perkauman dan agama hari ini adalah lebih tinggi hari ini berbanding ketika Najib dilantik pada 2009.

"Malah, ia lebih buruk daripada bila-bila masa sejak 1969, ketika sekurang-kurangnya 200 orang dibunuh dalam pergaduhan kaum antara masyarakat majoriti Melayu dan minoriti Cina," kata Malott.

Selasa, 15 Februari 2011

UJIAN ATAS SAYA KECIL BERBANDING PARA ANBIYA


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan ujian yang beliau terima sekarang sebagai kecil sahaja berbanding dengan ujian yang dihadapi oleh para Anbiya.

Justru itu, beliau yakin fitnah yang beliau hadapi ini akan lenyap juga akhirnya.

"Ternyata sudah lama keluarga saya berdepan dengan dugaan ini, namun apalah dibandingkan dengan ujian yang dikenakan ke atas para Anbiya dan mereka yang dekat dengan Allah S.W.T. Namun InshaAllah, diiringi doa saudara semua serta pertolongan Yang Maha Penyayang, fitnah ini akan lenyap jua," kata Anwar.

Anwar berkata demikian dalam perutusan beliau sempena dengan Maulidur Rasul yang bakal disambut oleh umat Islam esok.

Sejak dipecat dari timbalan perdana menteri, Anwar tidak pernah berhenti dari menerima pelbagai tuduhan dari musuh-musuh politiknya.

Ia bermula dengan pentadbiran Tun Dr Mahathir apabila beliau didakwa meliwat pemandunya sendiri, Azizan Abu Bakar namun ditolak oleh mahkamah.

Menurut rakan-rakan rapat beliau, serangan terhadap Anwar bermula apabila beliau selaku Menteri Kewangan enggan menggunakan duit negara untuk membantu salah seorang anak Mahathir yang ketika itu sangat teruk dilanda masalah ekoran kegawatan ekonomi.

Kini Anwar sedang dituduh lagi meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan. Menurut sumber, tekanan kepada Anwar tidak akan berhenti sehinggalah beliau meninggalkan pentas politik tanahair.

Ini kerana, Anwar dianggap ancaman paling besar kepada penguasaan Umno dalam politik berikutan keupayaannya menyatu semua penentang Umno.

"Mengenangi Sayyidina Muhammad S.A.W dan perjuangan Baginda itu moga menambah rasa kecintaan yang mendalam serta dirahmati pula dengan suri teladan buat menjadi pedoman.

"Justeru membaca sirah Nabi S.A.W sentiasa menenangkan saya manakala terus ditohmah rekayasa musuh.

"Kerana itu saya mengambil kesempatan merenung serta meneliti kesabaran Junjungan Besar berhadapan dengan dugaan," kata Anwar dalam perutusan itu.

Beliau mengingatkan kisah bagaimana isteri Baginda Rasulullah juga pernah difitnah dalam peristiwa Al-Ifk.

"Kita pastinya tahu akan peristiwa Al-Ifk, kisah fitnah yang dilemparkan kepada Sayyidatina Aishah. Kesabaran Junjungan dan Sayyidatina Aishah berhadapan tohmahan besar itu memperkukuh iltizam saya dan sekeluarga untuk tidak lekang mengharap belas ihsan serta pertolongan Allah S.W.T," tegas Anwar.

Anwar memetik ayat Al Quran surah Surah An Nur ayat 19 bagi memberikan peringatan kepada mereka yang gemar membuat tuduhan-tuduhan buruk.

Maksud surah itu adalah:

“Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan akhirat, dan (ingatlah) Allah mengetahui(segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian)”