Sabtu, 3 Disember 2011

Isu lembu, Sharizat, Umno dan kuasa media baru

ULASAN Kritikan melulu yang diterima oleh Datuk Sharizat Abdul Jalil dan jawapan balasnya mengenai kemelut National Feedlot Corporation (NFC) dikhuatiri menenggelamkan pesanan yang jauh lebih penting untuk masa depan Umno.

NONEMesej itu disampaikan oleh Presiden Parti Datuk Seri Najib Razak sendiri, iaitu Umno harus peka kepada pemikiran baru pengundi dan menguasai media baru atau menempa tragedi pada pilihanraya umum akan datang.

Apakah dia pemikiran baru yang dimaksudkan? Apakah pula tuntutan baru pengundi yang berbeza sekarang dengan citarasa mereka sepuluh atau lima belas tahun yang lalu?

Dan, soalan cepumas – bagaimana semua ini berhubungkait dengan NFC – sebuah projek RM250 juta kerajaan yang dianugerahkan kepada sebuah syarikat milik keluarga Sharizat semasa pentadbiran Tun Abdullah Badawi pada tahun 2007?

Jawapannya ialah, kebertanggungjawaban - pengembangan sumber maklumat menerusi alam siber menjadikan rakyat semakin lantang dalam menuntut kebertanggungjawaban dalam sesuatu isu yang melibatkan kepentingan nasional.

NONESkandal NFC bukan cetusan Pembangkang sungguhpun PKR yang memanjangkannya dengan melontar tuduhan salahguna wang secara bersiri sepanjang tiga minggu lalu.

Isu itu dibangkitkan oleh kerajaan sendiri – menerusi Laporan Ketua Audit Negara 2010. Justeru tidak ada pihak yang harus bingkas mencadangkan Kerajaan mahu “menutup” isu berkenaan.

Susulan pendedahan-pendedahan yang melibatkan pembelian kondominium, kereta mewah dan lain-lain dengan menggunakan wang Kerajaan, isu itu diserahkan kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Namun terma “dalam siasatan” tidak cukup untuk meredakan kemarahan rakyat. Begitu juga penjelasan ringkas Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar bahawa siasatan awal mendapati tidak ada unsur pecah amanah dikesan.

azlanWalaupun Khalid bercakap dari sudut undang-undang semata-mata, pengundi di kurun 21 tidak dapat menerima jawapan sebegitu kerana secara rasional wang Kerajaan harus dan hanya boleh digunakan untuk maksud yang ianya diberikan. Dalam kes ini untuk ternakan lembu semata-mata.

Kemampuan kerajaan untuk menangani pemikiran baru pengundi-pengundi sebeginilah yang menjadi cabaran kepada Najib dalam menghadapi pilihanraya umum ke 13.

Dan cara menanganinya bukanlah secara konfrontasi tetapi dengan memahami dan menguasai media baru untuk menjelaskan pendirian Kerajaan yang disokong dengan tindakan dan langkah-langkah tegas dalam menangani sesuatu isu.

Media baru dalam bentuk blog, facebook, twitter dan lain-lain adalah capaian terbaru generasi muda dan pertengahan umur serta menjadi sumber maklumat yang mempunyai jaringan begitu luas.

azlanTidak dapat dinafikan Pembangkang telah jauh mendahului Umno dan lain-lain parti Kerajaan dalam menggunakan media baru untuk mencari kelebihan politik.

Mereka berjaya menggunakan media baru untuk menangkis pengaruh media arus perdana secara berkesan dan pada masa sama, membentuk dan menyebarkan persepsi bahawa Kerajaan yang ada sekarang adalah rasuah dan harus digantikan dengan apa cara sekali pun.

Di Malaysia hari ini amat janggal sekali untuk sebuah keluarga tidak memiliki sekurang-kurangnya sebuah komputer riba, atau telefon Blackberry mahupun I-phone. Hampir setiap orang memiliki Facebook dan akaun Twitter.

Semua ini menjadi medan pertempuran untuk meraih sokongan rakyat pada PRU ke 13 dan pilihanraya-pilihanraya akan datang.
Semua bentuk media baru ini memberikan maklumat kepada pelayar siber dalam sekelip mata. Maklumat yang dibaca menerusi skrin komputer riba atau telefon bimbit membentuk akal minda mereka semasa membuang undi.

azlanBerbalik kepada isu NFC, siapakah yang “menggoreng” Sharizat dan mahukan beliau meletak jawatan, sekaligus menolak penjelasannya bahawa beliau tidak terbabit dalam syarikat yang diuruskan oleh suami dan ahli keluarganya?

Tentunya tuduhan-tuduhan yang dilemparkan ke atas Sharizat, apabila tidak dijawab secara pantas dan berkesan, merebak bagaikan api menerusi portal-portal berita dan twitter serta facebook oleh pelbagai pihak.

Semua ini mencerna gelombang atau arus yang menuntut menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu meletak jawatan.

Anehnya tidak ada gelombang sebegitu yang menuntut Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail meletak jawatan sebagai presiden PKR kerana suaminya dibelit, malah didakwa dan dihukum atas salahlaku moral.

Jawapan kepada “kejanggalan” atau dwi-standard ini terletak kepada pihak mana yang lebih pintar menguasai media baru.

Kejanggalan ini yang dikupas oleh Najib dan terpulang kepada Umno untuk memikirkan strategi membetulkan ketidakseimbangan ini.

Kalau sudah lemah, apa sahaja digunakan untuk menang

Kalau kita sudah lemah atau kurang sehat, kita akan bercakap seperti orang yang meroyan. Ia memang begitu. Kepada orang yang sedang demam panas selalunya dia akan meroyan dan bercakap tidak tentu buah butirnya. Begitu jugalah apa yang kita sedang lihat dalam Perhimpunan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno dan Perhimpunan Umno sekarang ini.

Muhyiddin memulakan ucapan keras untuk membentuk bibit kebencian di antara rakyat yang berbilang kaum di negara ini. Buat masa ini rakyat berbilang kaum di bawah-bawah ini bersatu dan tidak bermusuhan di antara satu dengan lain. Yang menaikkan semangat benci membenci di kalangan rakyat dan di antara kaum ini ialah pemimpin sendiri dan ini boleh kita lihat dari intipati dalam teks ucapan Timbalan Presiden Umno itu.

Kerja dan usaha memecah belahkan rakyat berbilang kaum itu diperkuatkan dengan beberapa cebisan ayat-ayat suci al Quran dalam beberapa surah di dalam kitab suci itu. Ayat-ayat Quran digunakan untuk memecahkan kesatuan di antara kaum yang wujud di antara kami di bawah ini. Selepas ini apabila keadaan tidak berubah dan sokongan masih tidak didapati, tidak tahulah ayat apa pula yang akan di gunakan. Saya rasa carut-mencarut pula akan menjadi senjata untuk memecah belahkan rakyat untuk mengambil kesempatan untuk mendapat kuasa lanjutan dari rakyat.

Katanya DAP itu rasis, PKR itu parti yang memperjuangkan tubuh badan individu dan PAS itu sudah jadi baruah DAP. Kita memahami kenapa Muhyiddin bercakap begitu. Ia adalah satu usaha untuk menyatukan orang Melayu di belakang Umno. Bagi Muhyiddin saya yakin beliau tidak lagi menaruh harapan kepada bangsa lain kerana bangsa lain terutamanya kaum cina, mempunyai pendirian yang tetap dan payah untuk di goyahkan.

Bagi Muhyiddin oleh kerana kegelabahan dan kegelisahan beliau, Timbalan Presiden Umno ini terlupa dengan apa yang dia kata semalam dan hari ini misalnya. Hari ini bercakap lain, besok dia akan bercakap perkara yang sama tetapi dalam mood yang bertentangan dengan apa yang beliau perkatakan pada hari sebelumnya.

Selalunya kalau kita kaji dari psikolojinya Muhyiddin sudah mula hilang keyakinan terhadap sokongan rakyat khususnya orang Melayu. Bagi Muhyiddin beliau boleh berkata apa sekali pun terhadap bukan Melayu kerana beliau merasakan beliau tidak boleh mengharapkan bangsa Cina untuk bersama beliau dan Umno. Kata-kata beliau begitu rasis, malahan lebih rasis dari Perkasa semasa berucap di Perhimpunan 3 sayap parti, Wanita, Puteri dan Pemuda.

Maka kita lihat apa yang di suarakan oleh Najib melalui slogan 1 Malaysia itu dilanggar secara “head-on” oleh Muhyiddin. Muhyiddin sudah kesuntukan akal. Sebagai Timbalan Perdana Menteri beliau merupakan pengganti kepada Najib jika ada apa-apa yang berlaku kepada kepimpinan Najib. Belum pun beliau mengambil alih beliau telah menunjukkan sikap tidak boleh “co-exist” dengan bangsa-bangsa lain di negara ini, bagaimana kah beliau boleh diterima oleh rakyat secara menyeluruh nanti?

Bagi saya sikap Muhyiddin itu merupakan sikap “mengecilkan padang” beliau sendiri. Beliau hanya mahukan orang Melayu untuk bersatu dan seolah-olah menolak kewujudan bangsa lain terutamanya bangsa Cina yang sudah berada empat keturunan di negara ini.

Bagaimanakah Muhyiddin boleh di terima sebagai pemimpin jika beliau hanya mahu menjadi pemimpin kepada bangsanya sendiri sahaja. Pada Muhyiddin bangsa lain semuanya anti Islam, komunis, jahat, dan semuanya yang tak elok. Hendak juga saya melihat jika Muhyiddin jadi PM dengan hanya menjaga orang Melayu. Bila bercakap seperti orang yang tidak berfikir langsung semata-mata kerana hendak menjaga “hardliners” dalam Umno.

Apakah agaknya sebab-sebab Muhyiddin menuduh DAP hendak jadikan negara ini sebagai sebuah republik? Saya percaya Muhyiddin menyebut ini kerana rasa terdesak di atas keruncingan sokongan orang ramai terhadap Umno dan BN pada hari ini. Kadang-kadang kita tidak boleh menyalahkan MCA dan Gerakkan menuduh yang kedua parti itu tersungkur kerana sikap pemimpin reputasi Umno yang menerajui BN itu. Umno kini tidak mempunyai “magnanimity” yang tinggi. Muhyiddin sepatutnya membaca dan menghayati isi kandungan perlembagaan parti itu betul-betul.

Sesungguhnya saya sudah percaya apa yang di katakan oleh Gerakkan dan MCA beberapa lama selepas kekalahan teruk dalam PRU 2008 yang Umnolah menyebabkan kedua parti itu jatuh merudum. Kaum-kaum khususnya kaum Cina beranggapan yang Gerakkan dan MCA itu hanya sebagai parti-parti yang telah di pariahkan oleh Umno sendiri. Maka tindakan bangsa cina tidak menyokong MCA dan Gerakkan itu adalah tepat bagi mereka kerana MCA dan Gerakkan itu sentiasa mengikuti kerenah buruk Umno sebagai parti tunjang kepada BN itu.

Dengan ucapan pedas Muhyiddin di Perhimpunan 3 sayap Umno yang baru lalu ini bangsa cina nampaknya lebih takut jika BN khususnya Umno, masih diberikan mandat kali ini. Apa yang di perlukan pada hari ini ialah seorang pemimpin Melayu yang di hormati oleh semua bangsa kerana pimpinan utama negara ini adalah moralnya hak orang Melayu.

Tetapi kalaulah pemimpin seperti Muhyiddin yang bakal mengambilalih kepimpinan Najib yang sedang di usahakan oleh setengah kumpulan dalam Umno sekarang ini sudah dibuai dengan sentimen rasisnya maka menjadikan Muhyddin sebagai pemimpin yang bakal menerajui pimpinan BN yang akan hanya mengambil tanggungjawab terhadap orang Melayu sahaja.

Itu cerita Muhyiddin. Bagaimana pula kalau kita belek-belek sedikit cerita Shahrizat, Ketua Wanita Umno, yang masuk parlimen melalui pintu belakang itu? Dalam Perhimpunan Wanita Sharizat secara jelas juga seorang yang tidak begitu “centre” sebagai seorang nombor satu dalam Wanita Umno. Menyingsing lengan bajunya di hadapan perwakilan dengan nada garang tidak bertempat. Ada di antara yang ada di dalam dewan persidangan memberi komen, “kenapa tidak sensing kainnya sekali?”

Kenapa memberikan reaksi marah hanya kepada Zuraida PKR sahaja kerana desakan Zuraida yang meminta beliau meletakkan jawatan? Kenapa tidak marah kepada Bung Mokhtar dan gengnya sekali kerana mereka dalam Umno sendiri meminta beliau meletakkan jawatan?

Saya di sini tidak berkeyakinan yang Umno mampu mengenepikan Shahrizat dalam PRU nanti kerana beliau adalah Ketua Wanita Umno. Jika beliau masih di calonkan maka ianya akan memberikan “effect” yang “negative” kepada BN di seluruh negara. Yang boleh mengenepikan beliau hanyalah beliau sendiri dengan berhenti secara sukarela dan tidak lagi menjadi calon dalam PRU nanti. Lagi pun Umno boleh melantik beliau sekali lagi melalui pintu belakang. Itu pun dengan syarat BN menang pilihanraya nanti.

Yang tidak akan dapat dinafikan oleh sesiapa ialah pendekatan Najib dan Muhyiddin sangat berbeza dan sentiasa bersalah-salahan. Najib dengan 1 Malaysia nya. Muhyiddin dengan rasis Melayunya. Muhyiddin yang rasis Melayu cuba hendak menuduh DAP sebagai rasis cina yang hanya di anggotai oleh kaum Cina. Tetapi apabila DAP hendak membawa orang Melayu untuk mengimbangi kaum-kaum yang berbilang dalam negara ini Muhyiddin kata Cina DAP melakukannya untuk mengumpan dan mengudakan orang Melayu dan orang Melayu yang menyertai parti itu di anggap sebagai pengkhianat bangsa dan negara pula.

Siapa yang pengkhianat? Jika menyertai DAP itu pengkhianat dan memberi ancaman kepada keselamatan negara kenapa tidak haramkan sahaja DAP itu? Tuduhan Muhyiddin ini begitu serius dan kepada siapa yang mahu hidup bersama secara aman mesti menolak Muhyiddin kerana jika beliau menerajui kepimpinan negara kehidupan kita di antara kaum akan porak peranda.

Sebagaimana yang saya tekankan sebelum ini pengkhianat ini ialah seseorang yang menjahanamkan negara dan keselamatan rakyatnya. Pengkhianat yang sebenarnya ialah perasuah kerana budaya rasuah akan menjahanamkan sistem pentadbiran negara dan membawa perpecahan kepada rakyat yang menghuninya. Rasuah lebih dahsyat akibatnya dari ancaman komunis dan dadah.

Mereka yang rasuah ini merupakan benar-benar pengkhianat terhadap negara kerana tidak melaksanakan tugas dan tanggungjawab secara jujur seperti yang di amanahkan oleh rakyat. Stigma rasuah ini merupakan stigma yang tidak dapat ditanggalkan dari Umno dan BN. Seperti yang saya sebutkan dalam posting yang lalu, Umno dan rasuah itu ibarat aur dengan tebing, saling menyandar di antara satu dengan yang lain, malahan keselamatan negara akan terancam jika rakyat tidak mahu menyingkirkan perasuah dari barisan kepimpinan negara.

Kritikan tentang rasuah ini sudah lebih satu dekad di persoalkan oleh rakyat tetapi nyata rasuah ini tidak dapat ditanggalkan dari Umno. Maka pimpinan Umno wajar berfikir, jangan tuduh seteru politik sembarangan kerana Umno sendiri itu tidak berkemampuan untuk membuat perubahan minda dengan mengaku rasuah itu adalah musuh nombor satu negara dan rakyat.

Pemimpin Umno boleh berucap bertempik-tempik di Dewan Merdeka dengan retorik dan janji-janji menggunung, tetapi rakyat tidak dapat melupakan isu rasuah yang terlalu menebal dengan Umno. Cubalah berusaha untuk bersatu tetapi rasuah tadi tidak akan membolehkan mereka bersatu di antara satu dengan lain dalam Umno dan BN.

Kalau Umno boleh bersatu, rakyat juga boleh bersatu untuk menolaknya. Sebenarnya rakyatlah yang sudah penat menangani isu perpaduan ini. Sudah nampak jelas rakyat mahu bersatu dalam erti kata yang sebenarnya tetapi nampaknya mereka lebih cenderung untuk bersatu di luar Umno dan BN. Sangat susah untuk bersatu dibawah Umno jika pemimpin-pemimpin mempunyai sikap seperti Muhyiddin Yassin. Beliau hanya inginkan orang Melayu sahaja bersatu sedangkan rakyat mahu bersatu bagi semua kaum yang hidup dalam negara ini.

Inilah bibit-bibit yang menyebabkan rakyat berbilang kaum sekarang menerima parti-parti berbilang kaum dan secara deras menolak parti-parti yang di anggotai oleh hanya satu kaum seperti Umno, MCA dan MIC. Perbezaan wadah dan keterampilan Najib dengan Muhyiddin ini akan memberi lebih sebab kenapa rakyat patut menyertai parti-parti berbilang kaum di negara ini.

Setiap parti yang terdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan menerima kandungan perlembagaan negara. Oleh kerana tuduhan pemimpin Umno yang parti-parti ini tidak menghormati perlembagaan negara inilah yang menyebabkan rakyat berpecah belah.Semua parti menghormati perlembagaan dan tuduhan Muhyiddin yang ada pihak tertentu hendak jadikan negara ini negara republik itu amat menyentuh perasaan rakyat kerana ianya adalah tuduhan yang amat jahat dan memalukan bangsa Melayu kita sendiri.

Itulah sebabnya pemimpin-pemimpin terdahulu pernah berkata yang kita mesti jauhkan pemimpin yang mempunyai sikap rendah diri dan mempunyai tahap “confidence” yang rendah untuk memimpin. Ugut mengugut, gertak menggertak dan memulas tangan rakyat adalah senjata akhir untuk terus berkuasa. Memaki hamun, mencarut dan menyinsing lengan macam Sharizat menjadi perkara biasa. Jangan menyinsing kain cukuplah.

Pemimpin seperti ini akan bertindak mengikut rasa hati mereka sahaja dan tidak bertindak mengikut keperluan bangsa-bangsa yang dipimpinnya.

Inilah wajah UMNO...lagi suka kata kat DAP dari bahas bab Ekonomi

Perwakilan Umno tidak minat bahas isu ekonomi

Semalam Perhimpunan Agung Tahunan Umno telah mempertimbangkan usul ekonomi yang dibawa oleh wakil Perak, Datuk Idris Hashim. Ketika mencadangkan usul tersebut beliau tidak mengemukakan cara mana kerajaan mahu menurunkan harga barang sebaliknya beliau lebih banyak bercakap hal politik dalam usul tersebut.

Beliau bertanya siapa yang buat infrastuktur? Siapa yang beri subsidi minyak? Segala pertanyaannya itu dijawabnya — Umno.

Dalam mencadangkan usul seperti ini, perwakilan seharusnya serius mencadangkan bagaimana kerajaan patut menurunkan harga minyak, gula, beras, gandum dan minyak masak. Sepatutnya beliau bertanya adakah cukup dengan pelaksanaan Kedai 1Malaysia sahaja dalam menyelesaikan isu kenaikan harga barang?

Seperti biasa, perwakilan Umno tidak berminat membincangkan usul ekonomi.

Mereka lebih suka mendengar pembahas membawa cerita lucu dan tidak mahu mendengar cerita serius seperti usul ekonomi ini.

Datuk Rosni Aziz dari Pahang mencadangkan pemimpin Umno dilantik sebagai Pengerusi GLC. Benarkah bila orang Umno jadi Pengerusi GLC, orang Melayu mudah ditolong? Cuba tanya Idris yang juga Pengerusi Perbadanan Nasional Berhad (PNS) sudah banyak mana PNS menolong usahawan Melayu?

Ramai usahawan Melayu kecewa kerana PNS tidak semudah itu memberi pinjaman kepada usahawan Melayu, sebaliknya kroni menteri mudah dapat pinjaman walaupun tiada perniagaan yang mereka buat.

Wakil Sabah, Datuk Hasnor Ayub menceritakan kejayaan kerajaan Sabah mendapat pengiktirafan sijil bersih audit tiga tahun berturut-turut.

Sepatutnya wakil Sabah buat cadangan kepada Umno pusat apa yang mahu dibuat lagi di Sabah dan bukannya menceritakan apa yang dicapai oleh kerajaan Sabah.

Wakil Selangor, Sudirman Rahmat mengingatkan orang Cina jangan takut bila orang Melayu dapat projek kerana mereka juga dapat nikmat. Biasanya orang Melayu akan beri subkontrak kepada orang Cina.

Sementara itu, wakil dari Wilayah Persekutuan, Datuk Azim Zabidi mencadangkan penubuhan Perbadanan Tabung Kampung Baru bagi orang yang tidak bersetuju tanah mereka diambil kerajaan untuk dimajukan.Wakil Wanita, Normala Abdul Samad pula meminta kerajaan melaksanakan segera gaji minimum bagi pekerja-pekerja swasta.

Ketika usul ekonomi dibahaskan, Dewan Merdeka kelihatan kosong.

Ramai perwakilan berada di luar dewan. Mereka tidak berminat mendengar usul serius ini dibahaskan apatah lagi mereka tidak dapat gelak-ketawa seperti mana usul politik yang mana pembahasnya banyak mengelaurkan cerita lucu.

Ambil iktibar kebocoran kilang Lynas di Australia

Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh (gambar) menggesa kerajaan ‘membuka mata’ dengan berlakunya kebocoran sisa radioaktif di Concentration Plant Lynas di Mt Weld, Australia baru-baru ini kerana kedudukan kilang Lynas Advanced Materials Plant (Lynas) di Gebeng nanti dijangkakan akan membawa bahaya yang jauh lebih tinggi.

Menurutnya, ini disebabkan kandungan radioaktif pada sisa pejal di Mt Weld ialah pada kadar 1.8 Bq|g sedangkan radioaktif sisa pepejal yang dijangkakan terhasil kilang itu di Gebeng ialah pada kadar 6 Bq|g.

Tambahnya, kadar maksimum yang diterima antara bangsa pula ialah 1 Bq|g dengan Malaysia sendiri turut menerima pakai standard antara bangsa tersebut.

“Bukan itu saja, dalam jarak 30 kilometer radiasi Lynas di Mt Weld, tidak wujud penduduk di sana sedangkan dalam 30km radius di Gebeng ada terdapat 700,000 penduduk.

“Sementara dalam jarak 25 kilometer radiasi Lynas di Mt Weld, tidak terdapat air bawah tanah sedangkan di Gebeng, kedudukan Lynas di Gebeng terletak di atas tanah gambut yang paras airnya lebih tinggi daripada paras air biasa dan sungai Balok berkedudukan disebelah Gebeng.

“Lynas Gebeng juga terletak dalam lingkungan 5 kilometer dari Laut China Selatan, bersebelahan pusat peranginan Cherating yang menjadi tumpuan destinasi pelancong sementara perairan tersebut juga merupakan sumber hasil ekonomi tempatan di mana industri perikanan juga merupakan sumber ekonomi utama,” katanya.

Tambah Fuziah, sebarang kebocoran jika berlaku di Lynas akan meninggalkan impak yang bakal memusnahkan alam sekitar serta ekonomi di samping kesihatan penduduk kerana tiada industri yang bebas seratus peratus daripada kemalangan termasuk Lynas terkecuali.

Katanya, selama ini Lynas berselindung di sebalik Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi Malaysia serta Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang seolah-olah menjadi ‘jurucakap’ mereka.

“Saya tegaskan bahawa Lynas tidak wajar berada di Gebeng kerana situasi di Gebeng sekali-kali tidak akan menepati segala aspek keselamatan mengikut piawaian antarabangsa.

“Sebab itu saya menyambut baik kenyataan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan, Datuk Rebecca Sta Maria yang menyatakan bahawa Lynas mesti mematuhi peraturan sebelum lesen pra-operasi boleh di keluarkan keatas LAMP ketika beliau melawat kilang itu di Gebeng kelmarin.

“Janganlah cuba mengulangi kesilapan di tempat lain yang hanya akan menjadikan penduduk di Gebeng dan sekitarnya menjadi mangsa,” katanya.

Beliau turut kesal sebelum ini pihak kerajaan cuba mengelirukan rakyat dengan mengatakan bahawa sisa dari Lynas adalah selamat sehingga boleh ditabur merata-rata dan percaya maklumat tersebut merupakan input daripada Lynas semata-mata.

Jumaat, 2 Disember 2011

Siapa Kah `Enam Jahanam' Yang Disebut Oleh `Ketua Jahanam' (KJ) Itu?

Artikel

"'ENAM JAHANAM', suatu perkataan yang dipopularkan oleh KJ (Ketua Jahanam). Apa yang dimaksudkan oleh KJ sebagai Enam Jahanam itu? Bukan tajuk filem Allahyarham P. Ramlee, tetapi 'Enam Jahanam' itu adalah tajuk ucapan KJ atau 'Ketua Jahanam' di dalam kandang yang diselubungi dengan isu 'Lembu Dalam Kondo dan Kereta Merc'.

Bertempat di `Place Where Talking Cow' (PWTC), KJ mengungkapkan enam jahanam itu adalah seperti berikut;



1. Menjahanamkan sistem demokrasi

2. Menjahanamkan sistem pentadbiran

3. Menjahanamkan maruah negara

4. Menjahanamkan sejarah negara

5. Menjahanamkan jati diri bangsa
dan

6. Menjahanamkan kemakmuran negara.




Siapa agaknya yang KJ (Ketua Jahanam) tujukan dengan `Enam Jahanam' ? Tidak lain dan tidak bukan kepada `spesis mamalia' yang berada di PWTC. Sebab apa? Sebabnya boleh diulas sedikit di sini berpandukan `Enam Jahanam' yang disebut oleh `Ketua Jahanam' (KJ) itu;




Pertama, Menjahanamkan Sistem Demokrasi. Semua tahu siapa yang rosakkan sistem demokrasi. Mereka yang menggunakan seluruh media kerajaan dan jentera kerajaan untuk berkempen buat kepentingan mereka adalah perosak sistem ini. Pernah anda lihat pemimpin Pembangkang diberi ruang untuk bercakap hatta 10 minit bagi menjawab tuduhan mereka? Bagaimana pula dengan program ceramah pihak Pembangkang, sering diganggu dengan berbagai alasan dan cara. Semua tahu apa SPR buat selama ini di mana `Kampung Baru' pun tersenarai sebagai Pengundi. Pendatang pun boleh mengundi? Dan...banyak lagi.




Kedua, Menjahanamkan Sistem Pentadbiran. Terbaru, apa yang berlaku kepada Prof Dr Aziz Bari? Bagaimana pihak pentadbiran Universiti pun mahu diganggu kerana kepentingan mereka. Semua tahu seringkali di dalam program politik mereka, kakitangan kerajaan dikerah hadir untuk meramaikan jumlah kehadiran. Siapa yang tidak tahu bagi pihak mereka, sekolah bebas digunakan untuk mereka bercakap soal `keris tanpa sarung' atau `Dacing Baghdad'. Dan...banyak lagi..




Ketiga, Menjahanamkan Maruah Negara. Maruah negara menjadi busuk bila Perancis membuka fail tentang kes rasuah `Scorpene' melibatkan pemimpin utama mereka. Kisah pembunuhan Altantuya rakyat Monggolia, sehingga kini membusukkan nama negara kerana masih gagal menentukan mengapa Altantuya dibunuh dan atas arahan siapa? Sebuah akhbar di luar negara sering melaporkan kisah isteri seorang pemimpin negara ini yang suka bermewah-mewah di luar negara. Ini menjahanamkan maruah negara. Dan, banyak lagi....




Keempat, Menjahanamkan Sejarah Negara. Siapa boleh berikan jawapan tepat samada British itu dianggap sebagai Pejuang Kemerdekaan atau mereka yang menentang British? Jika benar British itu pengkhianat atau penjajah, siapa pula yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong yang dimiliki oleh British ketika itu? Siapa yang sebut Tok Janggut itu pengkhianat? Pemimpin utama mereka baru-baru ini sebut, Komunis sekarang sudah baik? Adakah kerana ingin berbesan dengan rakyat negara komunis maka secara `automatik' Komunis pun menjadi baik? Dan, banyak lagi...




Kelima, Menjahanamkan Jati Diri Bangsa. Berlaku sudah lama, sehingga jati diri tulisan Jawi pun mereka hapuskan. Berapa banyak lagi yang tinggal tanah rezab Melayu? Jika di Selangor, cuba tanya Satim Diman tentang kisah tanah rezab Melayu yang terjual ini. Siapa yang pernah memperkenalkan pengajaran Sains dan Metamatik di dalam Bahasa Inggeris? Siapa tahu nama UMNO itu singkatan dari bahasa Melayu kah atau Bahasa Inggeris? Mana jati diri? Dan, banyak lagi....




Akhirnya, yang keenam, Menjahanamkan Kemakmuran Negara. Semenjak bila negara ini tidak makmur? Bukankah pemimpin negara sering berkata negara kita makmur? Cuba tunjuk di mana kawasan atau negeri di negara ini sekarang sedang berperang atau berlaku kekecohan? Mereka hanya dakwa akan berlaku huru-hara jika parti mereka tewas dan tidak lagi berada di Putrajaya. Ertinya, sekarang ini masih wujud lagi kemakmuran. Di Empat buah negeri yang berada di tangan Pembangkang sekarang berlaku perang atau huru-hara kah? Yang melakukan huru-hara di negeri-negeri tersebut siapa? Mahu tahu cuba tanya Umno atau geng-geng songkok tinggi.



Kesimpulannya, KJ (Ketua Jahanam) ingin memberitahu bos mereka bahawa cukup-cukuplah jangan memperbodohkan rakyat lagi. Kesemua `Enam Jahanam' yang disebut oleh `Ketua Jahanam' (KJ) itu memang tepat ke atas pemimpin-pemimpin yang sekarang ini sedang berlonggok di dalam `kandang' Place Where Talking Cow (PWTC). Syabas KJ./

DAP: Serangan jijik Umno bukti tandus modal politik, tebal fitnah

DAP menyifatkan Umno sudah membuktikan ia ketandusan modal politik tetapi tebal dengan fitnah selepas pemimpin dan perwakilannya menggunakan kata-kata jijik dan berbaur perkauman dalam perhimpunan tahunan mereka kali ini.

Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng (gambar) berkata, nyata semua ibu bapa di Malaysia akan berasa jijik dengan bahasa yang digunakan oleh pemimpin-pemimpin Umno.

“Jelas perbuatan mereka mencerminkan cara pemikiran Umno yang bukan sahaja ketandusan modal tetapi dipenuhi dengan fitnah, kebencian, permusuhan dan ketakutan,” kata beliau dalam satu kenyataan dengan merujuk bahawa

Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Shaik Hussein Mydin adalah antara yang paling lantang sekali dengan kenyataannya bahawa PAS dan PKR sudah menjadi bapok dan pondan, di samping melabelkan semua penyokong DAP sebagai bangsat.

“Untuk menyokong dakwaannya, Shaik menuduh kerajaan negeri Pulau Pinang tidak membenarkan perarakan tahunan Maulidur Rasul serta menyasarkan tindakan terhadap peniaga-peniaga Melayu.

“Kedua-dua dakwaan ini adalah fitnah semata-mata,” kata Lim.

Jelas beliau, statistik menunjukkan bahawa daripada semua tindakan penguatkuasaan majlis terhadap peniaga-peniaga, 70 peratus daripada tindakan di pulau dan 85 peratus di Seberang Perai telah diambil ke atas peniaga-peniaga bukan Melayu.

“Shaik juga mungkin dapat menipu rakyat dari luar Pulau Pinang, tetapi warga Muslim di Pulau Pinang semua tahu bahawa perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang bukan sahaja dibenarkan tetapi disambut dengan lebih meriah sekali oleh kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang,” katanya lagi.

Dengan sikap tidak mempedulikan pilihan demokratik pengundi, katanya, Shaik telah berakhir dengan saranan supaya Umno mengembalikan dominasi Melayu di Pulau Pinang.

Malah katanya, sekali lagi Umno telah menunjukkan belang sebenarnya bahawa kuasa rakyat tidak penting dan 1 Malaysia itu hanya slogan kosong untuk menipu rakyat Malaysia untuk menyokong BN dan Umno.

“Seorang rakan NGO telah memberitahu saya, serangan ganas Umno di persada kebangsaan ini jelas menunjukkan bahawa kempen pilihan raya mereka tidak akan berdasarkan pertandingan idea tetapi satu perlumbaan berdasarkan isu-isu perkauman, seks, fitnah dan bahasa kotor.

“Mungkin aksi memalukan oleh wakil pemuda ini adalah gara-gara perangai Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin, yang telah memangsakan anak saya yang berumur 15 tahun dengan ‘tweet’ yang berbunyi ‘mungkin di roboh Kampung Buah Pala sebab nak ganti dengan Kampung Buah Dada’, yang bertujuan untuk memfitnah anak saya bahawa kononnya dia telah mencabul rakan sekolahnya dan saya telah membayar RM200,000 sebagai sogokan untuk menutup skandal itu,” katanya.

Penggunaan isu-isu perkauman, seks, fitnah dan bahasa kotor sebenarnya adalah untuk menyembunyikan kekurangan dan ketakutan Umno, kata beliau.

Tambah beliau, bermula dengan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan dan diekori oleh Timbalan Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan ucapan jihadnya, serangan-serangan ke atas sasaran mudah seperti Kristian, Cina, Pengerusi Bersih Datuk S. Ambiga, DAP dan juga penyokong DAP adalah satu tindakan terdesak untuk mengalih perhatian umum daripada kegagalan Umno untuk menangani masalah-masalah sebenar seperti rasuah, kronisme dan penyalahgunaan kuasa.

“Langsung pula tidak disebut tentang skandal lembu dan kondo yang membabitkan keluarga seorang menteri persekutuan.

“Soalan patut ditanya kenapa pak cik biasa di kampung tidak pernah diberi peluang yang serupa?” katanya sambil menegaskan, “tidak pula disoal kenapa duit daripada pinjaman RM250 juta boleh diberi dua tahun sebelum perjanjian ditandatangani oleh kedua-dua pihak.” Kata beliau lagi, semua hanya ingin menutup skandal di mana duit yang sepatutnya digunakan untuk penternakan lembu telah digunakan untuk membeli bukan sebuah tetapi dua buah kondominium mewah.

“DAP tidak akan bertindak balas terhadap dasar perkauman, seks, fitnah dan bahasa kotor Umno.

“DAP akan menumpukan perhatian terhadap reformasi pilihan raya, melawan rasuah melalui kepimpinan berintegriti, memupuk keadilan untuk semua dengan mendaulatkan undang-undang, menjunjung demokrasi dan hak asasi serta menggalakkan tatakelola pentadbiran yang baik berdasarkan kecekapan, kebertanggungjawapan dan ketelusan,” kata beliau lagi.

Akta Himpunan 2011 untuk sekat pembangkang – Parlimen Jerman

Ahli Parlimen Jerman, Dr Thomas Gambke, menyifatkan Akta Himpunan Aman 2011 sebagai tindakan tidak tahu malu kerajaan Umno untuk menyusahkan pembangkang di Malaysia.

“Akta Himpunan Aman akan menghalang protes jalanan di Malaysia dan kebebasan bersuara akan disekat. Ini adalah satu tindakan tidak tahu malu untuk menyusahkan pembangkang.


“Undang-undang itu diluluskan majoriti kerajaan dalam jangka masa singkat tanpa sebarang perdebatan di Parlimen. Pembangkang meninggalkan Parlimen sebagai tanda protes.

“Sebarang himpunan di masa depan akan memerlukan notis 10 hari, had umur minima 21 tahun untuk penganjur dan mereka yang melanggar peraturan ini akan didenda maksimum RM20 ribu,” kata Dr Thomas Gambke.

Dr Thomas Gambke adalah Ahli Parlimen Jerman dari Parti Alliance 90/The Green dan merupakan Pengerusi Kumpulan Persahabatan Parlimen dan Negara-negara ASEAN.

Beliau sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan mengutuk perbicaraan Fitnah II dan menggesa agar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan lebih ruang dalam media tempatan.

Akta Himpunan Aman 2011 diluluskan pada 29 November 2011 oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional. Ia menghalang sebarang bentuk himpunan aman yang tidak dimaklumkan kepada polis terlebih dahulu.

Akta itu sebelum ini menetapkan notis 30 hari perlu diberikan kepada polis sebelum sebarang himpunan aman berlangsung.

Namun, selepas dibantah ramai pihak, keperluan memberi notis itu dipinda kepada 10 hari sahaja.

Mereka yang terlibat dalam himpunan aman itu pula boleh didenda sehingga RM10,000 seorang.

Pada hari sama ia diluluskan, Majlis Peguam diiringi lebih 1,000 peguam berarak ke Parlimen membantah akta tersebut.

‘Kenapa polis bagi kenyataan kalau siasatan belum selesai?’


KUALA LUMPUR: Polis bersikap berat sebelah dan pro-BN apabila cuba mempengaruhi orang ramai untuk percaya bahawa Menteri Pembanguna Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil tidak bersalah apabila memberikan kenyataan membersihkan nama Shahrizat walaupun siasatan penyelewengan NFC belum selesai.

Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata tindakan itu tidak masuk akal kerana polis perlu menyelesaikan siasatan mereka terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kesimpulan.

“Ini adalah percubaan jelas daripada kepimpinan tertinggi polis untuk ‘mengawal kerosakan’ bagi pihak Umno.

“Kenapa keluarkan kenyataan apabila siasatan masih berjalan? Ia tidak masuk akal untuk polis membuat kesimpulan sebelum siasatan selesai,” kata Surendran yang juga merupakan seorang pengamal undang-undang.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Bakar hari ini menyatakan polis tidak menjumpai sebarang unsur jenayah pecah amanah dalam siasatan ke atas skandal penyelewengan RM250 juta oleh NFC.

NFC adalah syarikat menternak lembu kebangsaan yang dimiliki keluarga Shahrizat dan menerima RM250 juta daripada kerajaan.

Setakat ini operasinya mengalami kerugian tetapi pada masa sama NFC didedahkan membeli dua buah kondominum mewah di Bangsar, membiayai percutian keluarga Shahrizat ke luar negara, dan pakej umrah.

Terbaru, NFC didedahkan membeli kereta Mercedes berharga RM534,622 serta dua bidang tanah berharga RM3,363,507 di Putrajaya.

Bercakap lanjut, Surendran mempersoalkan masa kenyataan itu dibuat Timbalan Ketua Polis Negara.

Ia dibuat sebaik sahaja siri pendedahan terbaru dibuat KEADILAN semalam dan selepas Shahrizat berucap kononnya mempertahankan nama baiknya pada Perhimpunan Agung Umno semalam.

“Kenapa buat kenyataan secara tergesa-gesa sewaktu Perhimpunan Agung Umno sedang berlangsung?

“Malangnya, kenyataan polis untuk membersihkan nama NFC dan Shahrizat ini adalah sesuatu yang memalukan memandangkan pendedahan berterusan telah dibuat tentang skandal NFC ini,” kata Surendran.

Justeru beliau mengingatkan bahawa polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, dan Jabatan Peguam Negara sebenarnya berkhidmat untuk rakyat dan mereka perlu menjalankan tugas secara profesional.

Khamis, 1 Disember 2011

Dr. Asri: Umno sekadar syok sendiri

Umno, parti teras Barisan Nasional (BN) selain kelihatan dijangkiti “satu kegelisahan” masih gagal membawa harapan baru yang jelas bagi rakyat menjelang pilihan raya umum, kata Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Asri (gambar) yang berada di ibu negara sebagai tetamu Perhimpunan Agung Umno 2011 berkata, Umno perlu menyediakan satu harapan yang jelas ataupun satu harapan lebih baik berbanding sekarang jika mahu memikat pengundi dalam pilihan raya umum ke-13.

Ia merupakan antara tiga perkara ditekankan oleh beliau dalam perbualan dengan The Malaysian Insider malam tadi.

Perhimpunan Agung Tahunan Umno memulakan tirai dengan persidangan tiga sayapnya semalam - salah satu agenda difokuskan semalam ialah keperluan kelangsungan parti tersebut dengan mengekalkan kuasa pada pilihan raya umum ke-13.

Kelmarin, Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak mahu ahli-ahlinya bertindak “luar biasa” untuk menang pilihan raya umum ke-13. Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin pula mengajak ahli-ahlinya berjihad menghadapi pilihan raya umum kali, yang disifatkannya sebagai “ibu kepada segala pilihan raya.”

“Berdasarkan pemerhatian saya di sini sejak beberapa hari ini , saya nampak Umno belum dapat memberi satu harapan atau memberi harapan yang lebih baik berbanding sekarang.

“Bermakna, Umno kerana memberi harapan baru yang jelas, satu harapan yang orang kata sebagai ‘kunci pengikat’ mengikut zaman, tempat dan generasi semasa. Harapan generasi sekarang berbeza dengan generasi masa lalu, mereka tidak boleh ditarik dengan diberikan wang tunai, ganjaran tetapi lebih daripada itu,” kata bekas mufti Perlis ini, yang kini merupakan felo penyelidikan Pusat Pengajian Islam Oxford.

Asri dijemput menghadiri perhimpunan kali ini sebagai tetamu. Najib akan merasmikan perhimpunan itu pagi ini dengan menyampaikan ucapan dasarnya.

Mengulas lanjut, Umno dan BN kena faham bahawa generasi semasa khususnya golongan muda tidak hanya memerlukan material semata-mata untuk melangsungkan kehidupan mereka.

Sebaliknya, kata beliau, mereka memerlukan satu jaminan ke atas hak dan kebebasan.

“Kita ambil negara Bahrain dan Arab Saudi, mereka kaya, tiada masalah wang, tetapi yang mereka perlukan, mereka mahukan hak dan kebebasan.

“Ini yang kerajaan perlu sediakan. Di Malaysia, Umno dan BN perlu sediakan, bukan setakat beri wang tunai dan sebagainya,” kata Asri yang secara langsung merujuk kepada transformasi politik yang cuba dibawa oleh Najib.

Sebahagian rakyat merasakan bahawa transformasi politik dijanjikan Najib pada 15 September lalu masih belum mencukupi.

Najib menjanjikan pemansuhan beberapa undang-undang, antaranya Akta Keselamatan Dalam Negeri tetapi digantikan dengan dua akta yang baru tahun depan.

Ekoran perhimpunan Bersih 2.0 Julai lalu, Najib akhirnya tunduk kepada tekanan lalu membentuk jawatankuasa pilihan khas Parlimen mengkaji sistem penjalanan pilihan raya. Kelmarin, pentadbirannya membawa Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 bagi menggantikan Seksyen 27 Akta Polis, tetapi ramai melihat ia sebagai mengekang kebebasan awam dan dikritik hebat.

Ekoran keputusan mahkamah rayuan baru-baru ini, Najib pada minggu lalu berjanji untuk mengkaji pindaan Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti.

“Bila orang mengkritik, Umno tidak lagi boleh macam dulu, ia kena menggunakan kaedah boleh menghadapi mereka dan membuat penjelasan yang dapat memikat mereka,” katanya.

Seterusnya kata beliau, Umno masih belum gagal memahami masih kebanyakan rakyat memerlukan perikatan tersebut, tetapi tidak pandai memikat mereka.

“Ramai pengundi atau rakyat menyokong pembangkang bukan kerana mereka suka pada pembangkang, tetapi membenci Umno. Mengapa mereka membenci Umno? Ini fenomena yang Umno kena faham daripada mengecam habis-habisan pembangkang.

“Kalau dia (perwakilan Umno) pergi menghentam pembangkang, belum tentu boleh dapatkan balik undi dan sokongan mereka,” katanya yang dilihat pada ucapan pemimpin dan perwakilan semalam.

Aspek ketiga, menurut Asri ialah, kelemahan pemimpin-pemimpin menggunakan ruang perhimpunan untuk menyampaikan mesej kepada rakyat.

“Perwakilan kena faham bahawa ucapan mereka bukan setakat didengar oleh ahli-ahli Umno, tetapi juga keseluruhan rakyat.

“Walaupun tidak semua rakyat mendengar ucapan mereka secara langsung, tetapi mesej mereka diikuti oleh rakyat di seluruh negara, tetapi mereka masih bercakap di kalangan ahli dan perwakilan Umno sahaja. Ini kelemahan mereka yang ketiga,” kata Asri menambah, pemimpin-pemimpin Umno gagal menggunakan peluang, misalnya dengan adanya siaran langsung majlis perasmian dan penggulungan menerusi televisyen pro-Umno, yang tidak dinikmati oleh mana-mana parti lain.

Seperti lazimnya, majlis perasmian ketiga-ketiga sayap dan perhimpunan agung parti disiarkan secara langsung. Malah ucapan penggulungan melibatkan pemimpin-pemimpin kanan parti disiarkan secara langsung.

“Perhimpunan Agung Umno ini, mendapat liputan seluruh negara. Berbanding dengan PAS, ia bercakap dengan ahli-ahlinya sahaja dengan kemudahan yang terhad.

“Tetapi perhimpunan Umno disiarkan oleh media secara langsung dan mendapat liputan meluas, tetapi rakyat masih tidak suka. Mengapa?” soal beliau.

Asri, pensyarah Universiti Sains Malaysia berkata, “itu strategi Umno yang salah.”

“Umno bercakap sesama mereka. Saya lihat Umno sudah ada satu kegelisahan, mereka tidak jelas apa yang akan berlaku dalam pilihan raya akan datang,” katanya lagi.

'Itulah tahap pemikiran sebenar Muhyiddin'

Berita
Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub menyifatkan ucapan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin malam tadi yang sarat dengan mesej kebencian terhadap parti-parti dalam Pakatan Rakyat sebagai 'tidak sepatutnya diucap oleh bakal perdana menteri'.
Bercakap kepada Harakahdaily hari ini, Salahudin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, ucapan Muhyiddin itu hanya 'memalukan dirinya' dan mencerminkan itulah tahap pemikiran sebenar beliau sebagai timbalan perdana menteri.

"Pada saya, ia tidak sepatutnya berucap begitu, sebab taraf dia timbalan presiden Umno dan timbalan perdana menteri.

"Sepatutnya sebagai bakal perdana menteri, ucapan beliau perlu penuh dengan gagasan dan wawasan membangunkan negara, bukan penuh dengan kecaman kepada Pakatan Rakyat," katanya.
Beliau mengulas ucapan Muhyiddin ketika merasmikan serentak Persidangan Perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini malam tadi.

Dalam ucapannya, Muhyiddin tanpa segan silu membidas DAP, PKR dan PAS dengan kata-kata penuh penghinaan.

DAP dilabel parti cauvinis Cina yang jahat dan mahu menubuhkan negara republik.

PKR pula dituduh sebagai parti ultraliberal yang hanya berjuang untuk Datuk Seri Anwar manakala PAS pula bukan lagi memperjuangkan Negara Islam kerana mengangkat Negara Berkebajikan.

Mengulas lanjut Salahudin bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada Muhyiddin atas ucapannya itu yang secara tidak langsung mengakui PAS berada di persada politik tanah air.

"Apapun kita ucap terima kasih kerana menyebut tentang PAS dalam ucapan beliau.

"Maknanya mereka akui PAS berada di persada politik negara," katanya.

Skandal SOLAR GATE, Siapa Lindungi Hishamuddin ?

Berita
KEDUDUKANNYA sebagai Naib Presiden UMNO dan Menteri Dalam Negeri; dan paling penting sebagai ‘Sepupu Perdana Menteri’ mungkin menyebabkan Datuk Seri Hishamuddin tidak berani disentuh oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan masih belum disiasat oleh Ketua Audit Negara (KAN) Hishamuddin adalah Menteri Kabinet Pertama yang bertanggung jawab meletakkan Sabah dalam dilema keracunan plumbum dengan memasang Sistem Solar Hibrid di sekolah-sekolah yang tidak mempunyai talian grid; sebelum Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengikut rentak yang sama

Mengikut Aktivis Masyarakat dan Hak Asasi Manusia, Datuk Patrick Sindu, semakan beliau bersama Tim Pemantauan Sabahkini.net di Sabah, sehingga kini 179 buah sekolah sudah dipasang dengan Sistem Solar Hibrid, 78 buah sekolah untuk Fasa Pertama dan 101 buah sekolah untuk Fasa Kedua dan bakinya 24 buah sekolah masih dalam penantian.

Daripada laporan media dan maklumat Sabahkini.net, kata Patrick, beliau mendapati kos membina Sistem Solar Hibrid di sekolah-sekolah luar bandar Sabah terlalu mahal, hampir setara dengan Projek Elektrik Solar Hibrid KKLW.

“Sebagai contoh, kos memasang Sistem Elektrik Solar Hibrid di SK Tudan di Tamparuli berharga RM5.4 juta sedangkan harga pembinaan sekolah lebih kurang RM1 juta,” kata Patrick yang merujuk artikel ‘SPRM Wajib Siasat Projek Elektrik Solar’; sedangkan kos termahal di pasaran untuk menyiapkan projek berkenaan lebih kurang RM2 juta.

Begitu juga dengan Kos pemasangan sistem yang sama di SK Sumambu, Tenom yang bernilai RM6 juta sedangkan bagi kapasiti tenaga dua kali ganda, Ahli Parlimen Malaysia (Tenom), Datuk Raimi Unggi hanya membelanjakan RM1 juta untuk dua buah Kampung iaitu Katubu dan Sumambu.

HADIAH.....Inilah hadiah yang ditinggal Hishamuddin di sekolah-sekolah di luar bandar Sabah dan kini diwarisi oleh Muhyiddin. Semoga Muhyiddin mempunyai kekuatan untuk menghapuskan nista ini yang akan tercatat di dalam sejarah sebagai Kementerian yang kejam kerana menzalimi kanak-kanak yang tidak berdosa.

Kesemua kontrak pemasangan sistem solar hibrid di seluruh Sabah, kata Patrick telah diagehkan kepada tiga syarikat ‘Kelas Kambing’ (tidak berdaftar dengan PKK dan CIDB atau PUKONSA) tetapi mampu menjalankan projek ratusan juta ringgit melalui kaedah sub-kontrak; yang kebanyakannya tidak lagi berfungsi setelah digunakan enam bulan atau setahun.

“Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pelajaran telah membayar lebih RM1.8 Bilion kepada semua kontraktor, sedangkan 99 % daripada sistem yang dipasang tidak lagi berfungi kerana rosak dan tidak diselenggara,” kata Patrick yang menyifatkan projek berkenaan lebih teruk daripada Makmal Komputer.

Perdana Menteri, kata Patrick patut mendesak Kementerian Pelajaran menjelaskan kepada rakyat kenapa projek yang begitu mahal boleh dilaksanakan tanpa melalui panggilan tender dan dilakukan oleh kontraktor yang tidak bertauliah.

“Kalau mengikut Akta Acara Kewangan, Hishamuddin boleh dikenakan surcaj dan patut meletakkan jawatan seiiring dengan kegagalan Makmal Komputer,” kata Patrick yang menyimpulan Kementerian Pelajaran tidak prihatin terhadap masa hadapan kanak-kanak di luar bandar kerana terdedah kepada bateri asid plumbum yang digunakan dalam sistem berkenaan dan pelupusan sambil lewa bateri berkenaan.

Tegas Patrick, beliau tidak tahu kenapa Hishamuddin memilih untuk menggunakan bateri asid plumbum yang mahal sedangkan sejak 2005 sudah ada bateri mesra alam di pasaran, yang bukan sahaja murah, berkualiti dan lebih tahan lama daripada bateri asid plumbum.

Menurut Patrick, tiga kontraktor dari ‘Langit Ketujuh @ Kayangan’ tetapi bertaraf ‘Kelas Kambing’ tersebut terdiri daripada Konsortium Eagle (66 buah sekolah), Ayuda (4 buah sekolah), Misi Maju (4 buah sekolah), Zestnet (4 buah sekolah); manakala bagi Fasa Dua sebanyak 101 buah sekolah dijalankan oleh beberapa syarikat bermodal RM2.

Sehubungan itu, Patrick mendesak agar Ketua Audit Negara dan SPRM tidak menutup kes ini semata-mata kerana melibatkan Naib Presiden UMNO, Menteri Kabinet atau sepupu Perdana Menteri disebabkan kepentingan umum dan mencegah bencana alam sekitar.

“Jika Kementerian Pelajaran tidak mempunyai akauntabiliti, bagaimana mereka mahu menjawab kepada pembayar cukai segala kegagalan mereka yang menggunakan dana awam; apatah lagi rakyat boleh mempersoalkan integriti Menteri Pelajaran sekarang, di atas kesilapan Hishamuddin semasa beliau menjadi Menteri Pelajaran,” kata Patrick yang mendesak siasatan menyeluruh termasuk oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Patrick menambah, beliau turut menggesa Timbalan Perdana Menteri, merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, memansuhkan 24 kontrak baru yang bakal dilaksanakan dan menghentikan sertamerta penggunaan bateri asid plumbum di 178 sekolah yang telah menggunakan bateri berkenaan.

Kerajaan tidak akan kerugian apa-apa, kata Patrick, sebaliknya rakyat Sabah di luar bandar akan menambahkan sokongan terhadap Muhyiddin dan BN kerana menyelamatkan anak cucu mereka daripada kesan plumbum yang berpanjangan.

"Masih adakah Muhyiddin pada sejuta tahun akan datang? Jika Muhyiddin dan Hishamuddin masih hidup sejuta tahun akan datang, rakyat Sabah mungkin boleh memaafkan mereka, tetapi jika tidak, mohonlah hentikan segera penggunaan apa juga plumbum kerana jangka hayat plumbum selama satu juta tahun," kata Patrick yang tidak jemu-jemu masuk kampung untuk melihat sendiri penggunaan sistem solar hibrid.

Mengikut siasatan bersama Sabahkini.net dan Patrick Sindu, Konsortium Eagle mendapat kontrak memasang sistem solar hibrid bagi sekolah berikut;

01.SK Bergosong, Tawau

02.SK Umas-Umas, Tawau

03.SK Kalabakan, Tawau

04.SK Mentadak Baru,Tawau

05.SK Panglima Habibullah,Tawau

06.SK Sg Tongkang, Tawau

07.SK Ulu Kalabakan, Tawau

08.SK Bratian, Tawau

09.SK Wallace Bay, Tawau

10.SMK Umas-Umas, Tawau

11.SMK Kalabakan, Tawau

12.SMK Wallace Bay, Tawau

13.SK Semawang, Beluran

14.SK Perancangan, Beluran

15.SK Basai Baru, Beluran

16.SK Bukit Besi, Beluran

17.SK Nangoh, Beluran

18.SK Moynod, Beluran

19.SK Monopod, Beluran

20.SK Kiandongo, Beluran

21.SK Tambisan, Kinabatangan (kini Silam)

22.SK Sri Ganda, Kinabatangan

23.SK Sangau, Kinabatangan

24.SK Tanjung Manawali, Kudat

25.SK Pulau Tigabu, Kudat

26.SK Penontomon, Nabawan

27.SK Salarom, Nabawan

28.SK Kuala Salong, Nabawan

29.SK Lotong, Nabawan

30.SK Labang, Nabawan

31.SK Layon, Nabawan

32.SK Salinatan, Nabawan

33.SK Sasandukon, Nabawan

34.SK Kaingaran, Ranau

35.SK Kawiyan Sugut, Ranau

36.SK Mengkapoh, Ranau

37.SK Miruru, Ranau

38.SK Toboh, Ranau

39.SK Pababag, Semporna

40.SK Pulau Mabul, Semporna

41.SK Nukakatan, Tambunan

42.SK Tiong Wido, Tambunan

43.SK Tinompok Liwan, Tambunan

44.SK Sintuong-tuong, Tambunan

45.SK Kironggu, Telupid

46.SK Rundum, Tenom

47.SK Kapulu, Tenom

48.SK Bonor, Keningau.

49.SK Dalit, Keningau

50.SK Kalampun, Keningau

51.SK Inandung, Keningau

52.SK Lanas, Keningau

53.SK Mansiat, Keningau

54.SK Kuala Kahaba, Keningau

55.SK Sinaron Tengah, Keningau

56.SK Sinua, Keningau

57.SK Malaing, Keningau

58.SK Nandagan, Keningau

59.SK Binanon, Keningau

60.SK Pangas, Keningau

61.SK Pulau Sepanggar, Kota Kinabalu

62.SK Tanjung Labian, Lahad Datu (kini Tungku)

63.SK Lok Buani, Lahad Datu (kini Tungku)

64.SK Bambangan, Sandakan

65.SK Nunuyan Laut, Sandakan.

66.SK Pulau Timbang, Sandakan.

Manakala Ayuda mendapat kontrak memasang sistem solar hibrid bagi sekolah berikut;

01.SK Minusuh, Telupid

2.SK Menanam, Telupid

3.SK Imbak, Telupid

4.SK Ulu Ansuan, Telupid

Misi Maju menjalankan kontrak memasang sistem solar hibrid bagi sekolah berikut;

01.SK Melinsau, Ranau

02.SK Pinawantai, Ranau

03.SK Togop Darat, Ranau

04.SK Tarawas, Ranau

ZESNET pula menjalankan kerja pemasangan bagi sekolah berikut;

01.SK Poring, Tuaran

02.SK Paginatan, Ranau

03.SK Paus, Ranau

04.SK Tudan, Tuaran

Manakala Fasa 2 Solar Hibrid yang dijalankan oleh pelbagai kontraktor di 101 buah sekolah seperti berikut;

01.SK Pulau Lubukan, Sandakan.

02.SK Pulau Libaran, Sandakan

03.SK Pulau Sanghai, Sandakan

04.SK Pulau Larapan, Semporna

05.SK Lihak-Lihak, Semporna

06.SK Pulau Menimpilik, Semporna

07.SK Pulau Bait, Semporna

08.SK Pulau Omadal, Semporna

09.SK Pulau Selakan, Semporna

10.SK Pulau Denawan, Semporna

11.SK Kalumpang, Semporna

12.SK Pulau Sumandi, Semporna

13.SK Tampasak Togudon, Penampang

14.SK Balambangan, Kudat

15.SK Dogoton, Kudat

16.SK Semayan, Kudat

17.SK Kapitangan, Kudat

18.SK Sabur, Kudat

19.SK Ulu Bole, Sipitang

20.SK Ladang Segaria, Semporna

21.SMK Terusan Sugut, Beluran

22.SK Rancangan Belia Tiulon, Keningau

23.SK Rungus Nahaba, Tamparuli

24.SMK Ulu Sugut, Ranau

25.SMK Timbua, Ranau

26.SMK Matupang, Ranau

27.SK Rancangan Lubuk, Sandakan

28.SK Labuk Subur, Sandakan

29.SK Tanjung Aru, Sandakan

30.SK Ulu Dusun, Sandakan

31.SK Lung Manis, Sandakan

32.SK Sungai Madang, Sandakan

33.SK Inarad, Telupid

34.SK Keramuak, Telupid

35.SK Masaum, Telupid

36.SK Mengkawago, Telupid

37.SK Tampasak, Telupid

38.SK Maliau, Telupid

39.SK Saguon, Telupid

40.SK Pitas, Sandakan

41.SK Abaka, Tawau

42.SK Brumas, Tawau

43.SK Melati, Tawau

44.SK Luasong, Tawau

45.SK Ladang Tiger, Tawau

46.SK Tanjong Paras, Lahad Datu

47.SK Sahabat 16, Lahad Datu (kini Tungku)

48.SK Sahabat 2, Lahad Datu (kini Tungku)

49.SK Mostyn, Kunak

50.SK Ladang Giram, Kunak

51.SK Ladang Binuang, Kunak

52.SK Karagasan, Ranau

53.SK Ruminding, Kota Kinabalu

54.SK Longut, Ranau

55.SK Matupang, Ranau

56.SK Sagindai, Ranau

57.SK Timbua, Ranau

58.SK Tinanom, Ranau

59.SK Tiang, Ranau

60.SK Tetabuan, Beluran

61.SK Mapan-Mapan, Pitas

62. SK Ladang Tomanggong, Kinabatangan

63.SK Golong, Beluran

64.SK Ladang Bode Kretam, Kinabatangan

65.SMK Pamol, Beluran

66.SMK Simpangan, Beluran

67.SK Sakilan Desa, Sandakan

68.SK Mumiang, Sandakan

69.SK Tanjung Pisau, Sandakan

70.SK Sipinong, Sandakan

71.SK Sg Tiram, Sandakan

72. SK Tanjung Batu, Sandakan

73.SK Terusan Baru, Sandakan

74.SK Tundus Bohangin, Kinabatangan

75.SK Sungai Lokan, Kinabatangan

76.SK Desa Permai, Kinabatangan

77.SK Ladang Sungai Bendera, Kinabatangan

78.SK Sapagaya, Kinabatangan

79.SK Litang, Kinabatangan

80.SK Tidung/Tabin, Kinabatangan

81.SK Tangkong, Kinabatangan

82.SK Mamagun, Keningau

83.SK Pohon Batu, Keningau

84.SK Binuwou Tengah, Keningau

85.SK Nangkawangan, Keningau

86.SK Kg Baru, Sandakan

87.SK Pamaguan, Sandakan

88.SK Kawakaan, Keningau

89.SK Binakan, Keningau

90.SK Bogon Besar, Sandakan

91.SK Kuala Suan Lamba, Kinabatangan

91.SK Kenang Kenangan, Telupid

93.SK Desa Subur, Tawau

94.SK Tagibang, Kota Marudu

95.SK Magandai, Kota Marudu

96.SK Sibanggali, Nabawan

97.SK Logongon, Nabawan

98.SK Pengaraan, Nabawan

99.SK Saliku, Nabawan

100.SK Tinanduk, Nabawan

101.SK Sumambu, Tenom