Jumaat, 20 Julai 2012

Selain Gereja terbesar di Asia Tenggara, Malaysia juga punya lambang Salib Terbesar di Asia?


Sehingga kini masih tiada jawapan apakah sebabnya Kerajaan Malaysia yang dikuasai UMNO/BN membenarkan pembinaan Gereja terbesar di Asia Tenggara dan tercanggih di dunia di Negara ini.

Meskipun agama Kristian bukanlah agama rasmi Negara Islam Malaysia dan jumlah penganut agama tersebut adalah lebih kecil jika dibandingkan dengan Negara jiran Indonesia dan Filipina Negara kita punya Gereja yang terbesar di Asia Tenggara.

Gereja yang dinamakan Calvary Convention Centre (CCC) merupakan gereja yang terbesar dan tercanggih di Asia Tenggara terletak bersebelahan Bukit Jalil Golf &Country Club berhadapan Anjung Hijau Kondominium.

Kos keseluruhan pembinaannya menelan belanja sekitar RM135 Juta ini termasuk harga tanah yang terpaksa dibayar.

Bangunan setinggi 6 tingkat yang punya keluasan 600,000 kaki persegi ini mampu memuatkan 5,000 orang dalam satu-satu masa.

Pembinaan gereja terbesar dan canggih ini bermula pada 15 February 2008 apabila tapak pembinaan gereja ini diserahkan secara rasmi kepada Nam Fatt Construction Sdn. Bhd untuk direalisasikan pembinaanny.

Bukan mahu mempertikaikan kebebasan berugama yang dibenarkan dinegara ini..
Pihak manakah yang membenarkan pembinaan ini? Adakah DAP yang memberikan kelulusan untuk pembinaannya?
Ialah.. kan suatu masa lalu Lidah Rasmi UMNO pernah menyebarkan satu fitnah kononnya DAP mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Negara ini..

Berikut adalah beberapa keping gambar yang menunjukkan progress pembinaan Gereja terbesar di Asia Tenggara yang kelulusan pembinaannya diberikan oleh DAP yang dirakam sekitar April lalu ...
 
 

 
Dah nak siap dah...
 
Persoalan tentang gereja terbesar didunia masih belum terjawab, e-mail yang di terima dari seorang warganegera Malaysia yang telah lama bermaustatin diluar negara menimbulkan satu lagi persoalan…
Hasil carian dari link yang diberikannya.. menunjukkan image di bawah..
Ada yang kata ianya tanah perkuburan Kristian.. kalau itu benar apa rasionalnya lambang begini besar dibina.. dan siapa yang membenarkan pembinaannya.. adakah pihak DAP?

Video Penuh Ceramah Anwar Jalan Kebun

Pengganas Islam, komunis menyusup masuk parti PR adalah propaganda SB, kata Kit Siang

KUALA LUMPUR, 20 Julai — Laporan tentang pengganas Jemaah Islamiah (JI) dan bekas komunis menyusup masuk dalam Pakatan Rakyat (PR) adalah propaganda polis Cawangan Khas (SB) yang menunjukkan kerajaan Barisan Nasional semakin terdesak, kata Lim Kit Siang hari ini.
Ahli politik veteran pembangkang itu turut mencabar Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein untuk mendapatkan penjelasan polis, siapakah ahli kumpulan yang disebutkan dan kenapa polis dibenarkan untuk menyebarkan “cerita mengarut” yang dibawa oleh agensi berita kerajaan, Bernama semalam.
“Adakah kerajaan Umno/BN semakin terdesak dalam menghadapi cabaran dari PR sehingga terpaksa menggunakan Cawangan Khas untuk menakutkan orang ramai, mereka-reka cerita mengarut tentang JI dan komunis menyusup masuk dalam PR, terutamanya PAS dan DAP, untuk menyerang PR secara tidak demokratik?” kata ahli parlimen Ipoh Timur itu dalam kenyataannya pagi ini.
Dia juga mempertikai tentang perbelanjaan SB sebanyak RM381 juta daripada RM6.3 billion daripada bajet polis untuk tahun 2012.
Laporan Bernama semalam menyebut bahawa Pembantu Pengarah dari Cawangan Khas E2 (M), dalam Divisyen Ekstremis, Sosial dan Nasional, Mohd Sofian Md Makinuddin, dalam Konvensyen Pemimpin Belia Nasional di Parlimen semalam berkata, bahawa terdapat elemen JI untuk menyusup masuk dalam PAS, manakala komunis cuba menyusup masuk dalam DAP.
Lim (gambar fail) juga berkata ini adalah lawak kerajaan yang paling teruk dalam tahun ini, jika tidak kerana tuduhan yang melulu, mengarut dan tidak berasas dalam menentukan polisi di peringkat keselamatan negara ini.
“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, harus menerangkan kenapa mereka mengabaikan kebenaran dengan membenarkan SB membuat cerita mengarut tentang Jemaah Islamiah (JI) dan bekas komunis menyusup masuk dalam PR dan cuba menjadi calon dalam pilihan raya akan datang.
“Dengan kebangkitan propaganda tentang pengganas Islamis dan komunis menyusup masuk dalam PR, satu langkah telah diatur menentang PR untuk menghapuskan demokrasi bagi meneruskan penguasaan Umno/BN di peringkat persekutuan?” katanya lagi.
Lim mendakwa sudah menjadi rahsia terbuka mengatakan Najib mungkin akan membubarkan Parlimen — mengadakan pilihan raya sebelum bermulanya puasa pada hari esok, jika tidak kerana perhimpunan Bersih 3.0 yang berlangsung pada 28 April lalu —menjadikan parti pemerintah itu tidak berada di tempat yang selesa.
Dia juga menyoal tindakan Biro Tatanegara (BTN) yang dalam satu hari di Konvensyen Pemimpin Belia Nasional, berkata Kementerian Menteri Di Jabatan Perdana Menteri minggu lalu telah menyertai dalam Konvensyen Media Sosial 1Malaysia yang berjanji akan meningkatkan 10,000 orang cybertrooper UMNO dan memberi kebenaran untuk menipu dan menyebar propaganda buruk ke atas PR.
“Apakah dengan dakwaan SB tentang JI dan komunis menyusup PR ini adalah satu contoh ‘propaganda penipuan yang dibenarkan’ menentang PR, sama seperti penipuan tentang menubuhkan kerajaan Kristian di Malaysia, dan melantik PM dan menjadikan sebuah negara republik menentang sistem Raja Berperlembagaan?” kata Lim lagi.
“Saya mencabar Najib, Hishamuddin dan Mohd Sofian dari unit SB untuk menunjukkan bukti bahawa pemimpin DAP atau PR, Ahli Parlimen dan ADUN yang mana mempunyai hubungan rapat dengan JI atau komunis, atau namakan mereka yang telah ‘menyusup masuk’ dalam PR yang mahu menjadi calon dalam pilihan raya akan datang,” katanya.
Jika tidak, kata Lim, Mohd Sofian harus menarik balik kenyataannya dan memohon maaf atas tuduhan tak berasas dan serius, atau dia harus menghadapi tindakan disiplin atau mungkin dipecat kerana membuat kenyataan yang tidak bertanggungjawab sebagai seorang pegawai kerajaan yang sepatutnya membuat keputusan untuk keselamatan negara, bukan parti politik yang sedang berkuasa.
Dalam laporan Bernama, Mohd Sofian berkata Cawangan Khas telah mendapat maklumat tentang elemen JI yang cuba menyusup masuk dalam PAS dan komunis di dalam DAP.
“Sesetengah ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah selalu ke Bangkok dan selatan Thai untuk bertemu dengan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) di sana,” dia berkata ketika menyampaikan ucapan bertajuk “Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama” di dalam konvensyen tersebut.
“Ini adalah kesan daripada idea politik baru mereka yang mempunyai potensi untuk memusnahkan nilai-nilai utama dalam negara ini.
“Pergerakan ini menerima sokongan dari badan bukan kerajaan (NGO) dalam bentuk kewangan, latihan di luar negara dan juga beberapa bidang kepakaran khususnya menghadapi pilihan raya akan datang.”
Mohd Sofian juga berkata pergerakan itu juga untuk mencipta NGO yang sentiasa menjadi penentang kerajaan dan mencetuskan huru-hara untuk melemahkan kerajaan.
“Dalam hal ini, kami bimbang pihak pembangkang dan NGO akan terus bermain isu-isu kontroversi dan menyebar kebencian terhadap kerajaan dalam pilihan raya akan datang.
“Atau untuk meningkatkan demonstrasi dan insiden yang boleh memecahbelahkan pemerhatian polis, demonstrasi akan terus menjadi budaya dalam negara ini,” katanya lagi.
Mohd Sofian juga berkata dalam himpunan Bersih, Oren dan Hijau, dianjurkan oleh parti pembangkang untuk menghadapi pilihan raya akan datang.
“Budaya berkempen yang cuba dijalankan oleh mereka sepanjang tahun ini menyebabkan rakyat terdedah dengan budaya politik terdedah dengan maklumat dengan nilai-nilai politik mereka,” katanya lagi.

Khamis, 19 Julai 2012


http://www.youtube.com/watch?v=ou-NLEXJq0U&feature=related

Kakitangan SYABAS kekal kecuali pengurusan kanan dalam proses ‘step-in’, kata Xavier

Semua kakitangan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) akan dikekalkan dalam proses “step in” kerajaan negeri Selangor kecuali pengurusan kanan syarikat tersebut, kata Ahli Exco kerajaan negeri Selangor, Dr Xavier Jayakumar, dalam sebuah sidang akhbar hari ini.
“Semua kakitangan SYABAS dibawah kategori teknikal dan kakitangan serta pegawai pengurusan dan pentadbiran peringkat pertengahan akan dikekalkan manakala pegawai-pegawai di peringkat pengurusan kanan akan dirombak semula,” kata Dr Xavier.
Dr Xavier meminta agar kakitangan SYABAS bertenang dan tidak perlu merasa cemas.
“Kita harap kakitangan SYABAS yang banyak pengalaman serta berdedikasi kepada syarikat agar tidak berasa cemas terhadap masadepan mereka dalam proses ‘step-in’ Kerajaan Negeri tidak berapa lama lagi,” kata Dr Xavier lagi.
Kerajaan Negeri membidas saranan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri, agar Selangor perlu mengemukakan rancangan dan pelan mereka untuk menguruskan bekalan air di negeri itu, jika berhasrat mahu mengambil alih peranan itu daripada SYABAS seperti yang disiarkan oleh beberapa media perdana pada hari ini.
“Kerajaan Negeri curiga dengan tindakan beliau sebagai orang nombor dua Negara dan juga seorang  penjawat awam yang bercakap menyebelahi SYABAS sebuah syarikat yang berpaksikan  keuntungan komersial, mendahului kepentingan syarikat dan pemegang-pemegang sahamnya sahaja,” kata Ahli Exco itu lagi.
“Dalam kata lain Muhyuddin lebih mengutamakan keuntungan sebuah syarikat melebihi kepentingan lebih 5.7 juta orang rakyat Selangor yang menggunakan air untuk keperluan harian mereka.
“Sepatutnya Muhyiddin menyokong usaha-usaha Kerajaan Negeri yang dipilih oleh majoriti rakyat Selangor dan bukannya kepentingan sebuah syarikat semata-mata.”
Dr Xavier juga menegaskan SYABAS tidak mempunyai sebarang kuasa (authority) untuk mencadang atau mengumumkan sebarang bentuk program catuan air (water ration) kerana SYABAS tidak diperuntukan kuasa tersebut di dalam perjanjian konsesi air tersebut.
SYABAS juga katanya lagi, mempunyai tanggungjawab moral kepada rakyat Selangor.
“Hanya Kerajaan Negeri diberikan kuasa mengumumkan catuan air, itupun hanya dibenarkan dalam situasi kecemasan dan darurat setelah dibawa dalam mesyuarat Majlis Gerakan Negeri (Mageran),” kata Dr Xavier.
“Kita juga menyarankan SYABAS agar berhenti membuat kenyataan mengenai apa-apa catuan air kerana Syabas dilihat berlagak umpama sebuah parti politik.”
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, mengumumkan akan menggunakan kuasa di bawah klausa 32 perjanjian konsesi air untuk ‘step in’ dalam memantau perkhidmatan operasi SYABAS baru-baru ini.”

Ini dia BUKTI bahawa MAHATHIR seorang DIKTATOR


Antara "jasa" Tun Mahathir dan juga ahli-ahli kabinetnya sepanjang 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri:
1. Menyekat penyiasatan atau pendakwaan ke atas kroni-kroni kanan BN seperti kes:
* Pemberian saham oleh Rafidah Aziz, ketika itu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri kepada menantunya yang telah disiapkan kertas pertuduhan oleh Peguam Negara, tetapi tidak didakwa kerana ditutup failnya oleh Peguam Negara kononnya kekurangan bukti.
* Penyiasatan ke atas bekas Ketua Menteri Melaka, Abdul Rahim Tamby Chik tentang penglibatan beliau dalam kes rogol pelajar bawah umur dan pengamal rasuah yang tersohor.
* Sekatan ke atas siasatan BPR dalam kes rasuah bekas Gabenor Bank Negara, Ali Abul Hassan Sulaiman yang didedahkan secara bersumpah oleh bekas Pengarah BPR, Datuk Shafie Yahya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.


2. Kegagalan dan melambatkan proses penyiasatan ke atas kroni-kroni BN
* Penyiasatan lanjut ke atas kes Perwaja dan Eric Chia (kerana perbicaaan dilakukan secara olok-olok yang akhirnya Eric Chia dibebaskan dan sudah pun meninggal dunia). Kes Eric Chia kini diulang tayang semula dengan pendakwaan ke atas bekas Menteri Pengangkutan, Ling Liong Sik dituduh terlibat menipu kerajaan dalam skandal PKFZ yang mana dijangkakan Ling juga akan turut dibebaskan seperti mendiang Eric Chia.
* Penyiasatan kes BMF dan kes pembunuhan saksi utama dalam skandal BMF.
* Penyiasatan kes pelaburan Tabung Haji bernilai RM200 juta yang diluluskan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Hamid Othman.
* Kes penyelewengan saham MAIKA Holding oleh bekas Menteri Kerja Raya dan bekas Presiden MIC S Samy Vellu.
* Penyiasatan kes bekas Menteri Pembangunan Masyarakat dan Perpaduan Negara, Dr Siti Zaharah Sulaiman yang menyeludup kereta mewah Mercedes Benz S320.
* Penyiasatan kes membaik pulih rumah Menteri Besar Selangor dengan kos RM5 juta Khir Toyo dan lain-lain kegiatan rasuahnya yang telah dilaporkan secara detail kepada SPRM. Khir kini menghadapi satu kes daripada berpuluh kes yang dilaporkan. Khir hanya didakwa memiliki tanah dan rumah mewah bernilai jutaan ringgit sahaja. Itu pun dijangka akan dibebaskan juga kerana ia merupakan lakonan Najib mahukan rakyat tahu bahawa yang beliau anti kepada pemimpin yang rasuah. Persepsi rakyat:
* Mahkamah adalah sebuah institusi ‘pembersihan’ bagi para pemimpin UMNO yang dituduh kurop, kemudian dibebaskan oleh mahkamah dengan alasan yang lapok yang rakyat bosan mendengarnya. Mahkamah Malaysia bukan institusi menegak kebenaran dan keadilan.
3. Menyelewengan dana-dana awam untuk membantu kroni BN
* Merompak wang royalti minyak Terengganu dan ditukar menjadi wang ehsan untuk kegunaan politik UMNO ketika PAS memerintah Terangganu dari tahun 1999 hingga 2004.
* Mengagihkan projek lebuh raya Utara Selatan kepada syarikat milik Umno, UEM bagi tujuan membiayai pembinaan Ibu Pejabat UMNO, PWTC.
* Memaksa Kumpulan Wang Simpanan Guru-guru (KWSG) menyelamat (bail out) 50.6 peratus saham MAS milik Naluri Sdn Bhd dengan harga RM8 sesaham ketika harga semasanya RM3.60 sesaham.
* Pengambilalihan semula MAS oleh kerajaan daripada Tajuddin Ramli yang bernilai RM1.8b.
* Pengambilalihan syarikat UMNO, Renong dan UEM oleh kerjaan melalui Dana Harta.
* Pelaburan Tabung Haji melalui TH Technologies Sdn Bhd dalam projek ERL dengan penguasaan 80 peratus saham yang menguntungkan kroni Perdana Menteri yang menjadi rakan kongsi YTL Corporation.
* Penyuntikan modal RM750 juta kepada BBMB, sebuah bank milik kerajaan sebelum diambil alih oleh bank milik Umno, Bank of Commerce dan membentuk Bank Bumiputera Commerce (BCB).
* Pembelian saham Technology Resource Industries (TRI) oleh Dana Harta .
* Pengambilalihan Celcom, anak syarikat TRI oleh Telekom.
* Memaksa KWSP membiayai projek LRT Putra serta menyelamatkan L&G dan PLUS.
* Memaksa Petronas membeli saham Proton.
* Memaksa Petronas mengambil alih Litar Sepang.
* Memaksa Dana Harta menanggung hutang lapuk berjumlah RM39.326b milik BBMB, Sime Bank dan 66 institusi kewangan yang lain.
* Memiliknegarakan IWK setelah ia mengalami kerugian.
* Pemilikan 200 syarikat oleh Mirzan Mahathir.
* Kes anak Ling Liong Sik memiliki harta RM1b ketika berusia 28 tahun.
* Penglibatan keluarga Daim Zainuddin dalam pelbagai jenis perniagaan, dan
* Penglibatan adik dan anak Abdullah Ahmad Badawi dalam perniagaan.
4. Menyalahgunakan akta-akta draconian seperti ISA, OSA dan Akta Cetak dan Mesin Cetak bagi tujuan kepentingan politik UMNO:
* Kes ISA seperti Operasi Lalang (1987), Operasi Kenari (1989), al-Arqam (1994), Reformasi (1998), al-Maunah (2000) dan KMM (2001).
* Kes OSA seperti kes Mohd Ezam Mohd Noor (2002).
* Kes Akta Cetak dan Mesin Cetak seperti kes Lim Guang Eng (1999).
5. Menyekat kebebasan badan penguatkuasa
* Campur tangan terhadap tugas-tugas polis
* Mengganggu penyiasatan BPR
* Menghalang pendakwaan oleh Peguam Negara, dan
* Mencampuri tugasan SPR dalam urusan pilihan raya.
6. Mengagihkan tender-tender secara runding terus kepada kroni yang tidak berkelayakan sehingga menyebabkan kes-kes seperti:
* Keruntuhan makmal computer;
* Kegagalan menyiapkan 2,192 makmal komputer dalam fasa pertama;
* Terbengkalainya projek perumahan polis di Batu Pahat;
* Keretakan PULAREK; dan
* Penyelewengan pembekalan alat-alat saintifik ke Kolej Matrikulasi.
7. Mempengaruhi integriti dan kebebasan kehakiman
* Kes Anwar Ibrahim (kes liwat 1)
* Kes fiasco Tun Salleh Abbas;
* Percutian Ketua Hakim Negara, Mohd Eusoff Chin bersama VK Lingam.
* Kes tape Lingam, Suruhanjaya Diraja yang terlibat menyiasata kes ini mencadangan beliau bersama 5 orang lagi disiasat lanjut. Nazri Aziz kata tiada kes, maka kes ditutup.
* Campur tangan seorang hakim kanan dalam pengendalian kes pengundi hantu DUN Likas.
* Pendedahan oleh Datuk Syed Aidid, bekas Hakim Mahkamah Tinggi tentang 112 kes rasuah hakim-hakim.
* Penghapusan bukti dalam kes seks DP Vijandran.
* Perlantikan Mohtar Abdullah sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan setelah beliau terlibat membebaskan Rahim Tamby Chik, Tan Sri Muhammad Mohd Taib, Rafidah Aziz dan sebagainya ketika menjadi Peguam Negara, dan
* Perlantikan Ariffin Jaka dan Agustin Paul (sudah meninggal dunia kerana mengidap barah) sebagai Hakim Mahkamah Agung.
8. Kerugian dan penyelewengan dana-dana awam
* Penyelewengan RM 40 juta wang PPRT;
* Kerugian pelaburan Tabung Haji;
* Kerugian RM15b Bank Negara;
* Kerugian RM40 juta AIM;
* Kerugian LRT Putra dan LRT Star; dan
* Kemerosotan keuntungan KWSP hampir RM600 juta pada 2000.
9. Menghina dan menyekat Islam
* Merancang membuang nama Islam daripada pertubuhan Islam;
* Mengucapkan penghinaan ke atas sunnah-sunnah Nabi;
* Mengucapkan penghinaan ke atas hukum-hukum Tuhan;
* Membiarkan penulis-penulis menghina hukum Allah, Islam, nabi dan ulama;
* Menyekat dan memperkecilkan sekolah agama rakyat; dan
* Memecat Mufti Selangor kerana mempertahankan tiga orang ratu cantik.
10. Menghapuskan hak istimewa Melayu dan Bumiputera
* Menutup dua MRSM di Terengganu;
* Menutup sekolah agama rakyat; dan
* Menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar subjek Matematik dan Sains di sekolah.

Najib telah hilang masa terbaik bubar parlimen


Pertamanya, saya ingin memberi penghormatan kepada rakyat Malaysia, terutamanya yang dari Petaling Jaya dan Selangor untuk semangat perpaduan mereka, untuk semangat keadilan, serta kebolehan mereka untuk membezakan diantara yang baik dan buruk, respons yang diberi dalam tempoh seminggu ‘online’ dan ‘offline’ untuk memberi sokongan kepada Ahli Parlimen PJ Utara Tony Pua yang memperjuangkan hak air kepada warga Selangor, yang malangnya telah kalah dalam kes saman fitnah oleh konsesi air negeri Selangor, Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) yang telah diputuskan dalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur agar Tony Pua membayar gantirugi sebanyak RM200,000 kepada Syabas.

Tony sedang membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tetapi Syabas masih menuntut pembayaran gantirugi sebanyak RM200,000.

Sekiranya Tony dapat menyangkal tuduhan terhadapnya dan memenangi kes saman fitnah terhadap Syabas, kutipan yang diperoleh akan disalurkan kepada dana kebangsaan parti untuk kegunaan menjelang pilihanraya umum yang akan datang serta kes-kes litigasi awam.

Kes saman fitnah Tony merupakan salah satu daripada pelbagai cabaran yang harus dihadapi oleh pemimpin DAP selepas tsunami politik 308 selepas pilihanraya umum 2008, yang telah telah membawa kepada perubahan lanskap politik dengan pembentukan lima kerajaan negeri (Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Perak – walaupun penggulingan  kerajaan yang tidak sememangnya tidak berperlembagaan telah merampas Perak daripada Pakatan Rakyat dari menjadi kerajaan negeri Perak, tetapi kami yakin akan kemenangan negeri Perak dalam pilihanraya akan datang) dan penolakan dua pertiga majoriti BN di parlimen.

Negara Malaysia termasuklah rakyatnya akan menghadapi dua ujian yang kritikal menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 akan akhirnya akan diadakan, sama ada dalam dua atau tiga tahun atau tahun hadapan.

Masa sudah suntuk bagi Datuk Seri Najib Razak dan telah melepaskan peluang untuk memilih masa terbaik bagi pembubaran Parlimen untuk mengekalkan mandat beliau sebagai Perdana Menteri yang keenam yang sudah hilang sama sekali terutamanya selepas perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011 dan perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April tahun ini.

Najib harus sedar akan keadaannya, yang jelas menunjukkan terdesaknya beliau sehingga merampas tarikan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia sebagai sebahagian daripada kempen pilihanraya PRU13 – dengan menekankan tema kempennya “Janji Ditepati” yang digunakan sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia haruslah dilihat sebagai satu perayaan sambutan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, negeri, status, jantina, umur dan paling penting pendirian politik, boleh bersatu padu sebagai rakyat Malaysia untuk menyambut kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos 1957 dan penubuhan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

Akan tetapi Perdana Menteri yang terdesak tidak dapat membezakan di antara negara dan puak-puak yang berkuasa, atau dalam kerajaan, parti-parti politik dan kepentingan peribadi beberapa pihak.

Kegagalan untuk membuat keputusan yang penting diantara kepentingan negara dan pihak-pihak berkuasa, atau dalam kerajaan, parti-parti politik dan kepentingan peribadi adalah sebab utama penyalahtadbiran negara yang begitu teruk, tidak kiralah jika ianya penyalahgunaan kuasa, gejala rasuah dan kronisme yang berleluasa.

Daripada saat ini sehingga Hari Malaysia pada 16 September, biarlah gemangan slogan “Janji Ditepati” seluruh negara menjadi satu peringatan kepada semua anak bangsa Malaysia bahawa mereka perlu bersatu padu dalam menuntut satu perubahan dalam pilihanraya umum ke-13 sekiranya mereka benar-benar mahukan janji-janji demokrasi, keadilan, pembangunan, dan pentadbiran yang bersih dan jujur di Malaysia semua dilaksanakan.

Jika ditinjau kembali, masa terbaik untuk membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihanraya umum patut pada masa yang sama pilihanraya negeri Sarawak diadakan pada 16 April tahun lepas, atau tiga bulan selepas pilihanraya negeri Sarawak dan sebelum perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011.

Tetapi dengan perwatakan beliau yang berdolak-dalik, Najib telah kehilangan inisiatif dan peluang untuk membubarkan Parlimen. Beliau hanya boleh berjudi dengan baki sembilan bulan sebelum siding Parlimen ke-12 dibubarkan secara automatik pada 28 April 2013 dengan pilihanraya umum ke-13 yang wajib diadakan selewat-lewatnya dalam pertengahan bulan Mei tahun depan.

Pilihanraya Umum ke-13 merupakan satu ujian kritikal bagi Najib, dengan keraguan sama ada Najib mampu membawa Umno BN memperoleh kemenangan dalam pilihanraya umum untuk mengekalkan mandat beliau sebagai Perdana Menteri yang keenam, tetapi juga satu ujian untuk melihat samada beliau mampu untuk meraih kemenangan yang lebih besar berbanding dengan Tun Abdullah untuk menangkis apa-apa percubaan oleh Umno untuk menggulingkan beliau seperti yang dilalui Abdullah dalam 2009.

Rakyat Malaysia mesti membuat keputusan untuk menentukan jika pimpinan Najib telah mempengaruh mereka, slogan “1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”; pelbagai program transformasi, tidak kiralah berhubung dengan kerajaan, ekonomi, politik atau sosial; dan baru-baru ini, siri jelajah “Janti Ditepati”.

Sudahkah Najib melakukan apa yang telah dijanjikan dengan slogan 1Malaysia dan telah menyatupadukan rakyat Malaysia atau jurang di antara kaum atau agama dijarakkan lagi dalam tempoh tiga tahun sebagai Perdana Menteri?

Adakah rakyat Malaysia berasa lebih selamat di jalanraya, tempat awam dan juga dalam privasi kediaman mereka walaupun dengan segala publisiti berkenaan dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) dimana penurunan jenayah adalah sebahagian daripadanya?

Kita sedang menghadapi satu situasi yang penuh skandal dalam pembanterasan jenayah tidak dititikberatkan dan menggunakan khidmat luar seperti yang disaksikan dengan pertumbuhan komuniti ‘berpagar dan terkawal’, tetapi hakikatnya rakyat Malaysia lebih takut sekarang berbanding dengan masa sebelumnya.

Sudahkah kita mencapai NKRA dalam membasmi rasuah? Hanya dua hari yang lepas, kita telah menyaksikan ulangtahun Teoh Beng Hock, seorang mangsa kekejaman dan ketidakadilan oleh pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) yang mesti bertanggungjawab diatas kematian Teoh Beng Hock diatas sebab penyalahgunaan kuasa oleh para pegawai SPRM.

Dapatkah keluarga Teoh Beng Hock mengharapkan keadilan seperi yang telah dijanjikan oleh Najib apabila dalam mencari pembunuh Teoh Beng Hock? Jawapannya, tidak – kerajaan Pakatan Rakyat yang bersedia untuk membuka penyiasatan peringkat tinggi untuk memperoleh kesudahan dalam pembunuhan Teoh Beng Hock dan membawa pembunuh ke muka pengadilan.

Berjayakah SPRM dalam pembanterasan rasuah, dengan mencekup “ikan besar” seperti yang dilihat di Indonesia, Filipina, India, Hong Kong dan China?

Kegagalan program GTP dan NKRA Najib dapat dilihat dengan kedudukan Malaysia yang telah jatuh menjunam ke tempat 60 dalam ‘Transparency International Corruption Perception Index 2011’ dengan skor terendah CPI 4.3.

Walaupun PRU13 akan menjadi satu ujian kritikal bagi Najib, ia juga merangkumi dua lagi ujian bagi rakyat Malaysia, sama ada Malaysia sudah matang sebagai negara berdemokrasi dan sebagai negara yang merdeka selepas 55 tahun.

Untuk kali pertama dalam sejarah pilihanraya negara, pengundi Malaysia akan membuang undi dengan satu kesedaran bahawa undi mereka mempunyai kuasa untuk membawa perubahan pimpinan kerajaan pada peringkat persekutuan secara berdemokrasi.

Adakah mereka akan berani melakukan apa yang patut dan jika ya, adakah mereka dibenarkan berbuat demikian?

Sudah ada puak-puak yang sedang rajin bekerja untuk menyebarkan fitnah untuk mewujudkan satu keadaan dimana rakyat Malaysia berfikiran buruk, membenci dan ditakut-takutkan, dengan Umno BN merekrut angkatan tentera 10,000 ‘cybertrooper’ untuk mengapi-apikan sentimen dan ketegangan di antara kaum dengan laporan-laporan yang palsu yang diputarbelit oleh pihak-pihak yang ‘berbakat’.

Saya telah melihat isu bulan Mei 2012, naskah Selangor Kita yang jelas penerbitan BN Umno walaupun tidak memaparkan identiti pihak  pencetak mahupun penerbitnya.

Terpapar dalam muka 2 dalam adalah petikan berikut:

KOMEN LIM KIT SIANG TERHADAP AGONG KITA

“SUMBER DAP: Lim Kit Siang dalam komennya berkata Raja-Raja Melayu semuanya Lanun. Semuanya Perompak. Kata Lim Kit Siang lagi, buat apa hormat Agong, buat habis wang ringgit cukai rakyat sahaja beri pada Raja-Raja Melayu.”

Kenyataan ini merupakan berita fitnah palsu semata-mata yang tidak pernah saya katakan.

Melaui laman sesawang, ‘cybertrooper’ Umno BN menyebarkan tuduhan berbaur fitnah bahawa saya bertanggungjawab dalam mencetus rusuhan 13 Mei 1969 dan saya telah merayau di Kuala Lumpur selepas keputusan pilihanraya umum 1969 sambil melemparkan komen-komen ‘anti-Melayu’ yang juga telah mencetuskan rusuhan 13 Mei.

Hakikatnya, saya tidak berada di Kuala Lumpur pun pada 10, 11, 12 dan 13 Mei 1969, sesuatu yang boleh disemak dengan pihak media pada masa tersebut dan dengan rujukan rekod polis.

Saya sedang bertanding kerusi parlimen Bandar Melaka pada tahun 1969 dan pada pagi 13 Mei 1969, saya telah menaiki penerbangan ke Kota Kinabalu untuk memberi pertolongan kepada calon-calon bebas dalam kempen pilihanraya negeri Sabah kerana pilihanraya umum 1969 di Sabah/Sarawak  dijalankan dua minggu selepas ianya diadakan di Semenanjung Malaysia.

Saya telah dinasihati agar tidak pulang ke Kuala Lumpur selepas saya diusir keluar dari negeri Sabah oleh Ketua Menteri Sabah pada masa itu, Tun Mustapha disebabkan oleh ucapan saya dalam perhimpunan awam di Kota Kinabalu.

Pada pagi 14 Mei 1969, sekumpulan pegawai Imigresen telah datang ke hotel yang saya menginapi di KK untuk menyerahkan arahan ‘notis pengusiran’ (eviction order) kepada saya. Tetapi saya tidak tinggalkan Kota Kinabalu sehingga 15 Mei kerana saya telah lepas penerbangan pada 14 Mei. Oleh kerana pada masa itu, darurat telah diumumkan, tidak ada penerbangan sambungan (connecting flight) dan sya terpaksa bermalam di rumah Devan Nair di Singapura untuk dua malam.

Saya telah berhubung dengan pemimpin-pemimpin parti dan keluarga saya melalui perkhidmatan telefon dan mereka telah menasihati saya untuk jangan kembali kerana nama saya berada dalam ‘senarai hitam’ Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan saya pasti akan ditahan.

Saya telah memberitahu pemimpin-pemimpin parti bahawa saya tiada pilihan samada untuk kembali ke Malaysia atau tidak kerana saya gagal akan tugas saya sebagai wakil rakyat jika saya bukan bersama rakyat pada masa kesusahan.

Pada 17 Mei 1969, saya telah menaiki penerbangan dari Singapura dan telah ditahan di Lapangan Terbang Subang, dan dengan itu mulalah siri penahanan saya di bawah ISA.

Adakah saya akan pulang ke Malaysia sekiranya saya telah mencetuskan rusuhan 13 Mei?

Bahkan, dalam kedua penahanan pertama dan kedua ISA dalam 1969 dan 1987, saya tidak pernah disoal mengenai lokasi saya pada 10, 11, 12 dan 13 Mei 1969 semasa sesi soaljawab yang serius oleh wakil Cawangan Khas, kerana pihak polis tahu bahawa saya tidak pernah berada di Kuala Lumpur pada masa itu.

Tetapi apa yang lebih menghairankan adalah tuduhan melulu ‘cybertrooper’ Umno BN bahawa Lim Guan Eng juga bertanggungjawab dalam mencetus rusuhan 13 Mei 1969 berdasarkan fakta bahawa Guan Eng pada masa itu menjawat Ketua Pemuda DAP dan berada dibarisan hadapan dalam melemparkan tohmahan ‘anti-Melayu’.

Hakikatnya, Guan Eng hanya berumur lapan tahun pada Mei 1969 – yang menunjukkan betapa tidak berprinsip dan kotor taktik politik yang digunakan di Malaysia menjelang pilihanraya umum dengan dakwaan melulu yang liar terhadap seorang kanak-kanak yang berumur lapan tahun.

Saya faham bahawa satu filem kisah 13 Mei yang akan ditayangkan di pawagam pada 13 Sept. Adakah ini salah satu daripada kempen fitnah untuk memberi gambaran buruk mengenai DAP dan Pakatan Rakyat untuk menanam perasaan prasangka buruk, kebencian dan perasaan takut di antara rakyat Malaysia menjelang Pilihanraya Umum Ke-13?

Saya tidak akan membuat apa-apa keputusan terburu-terburu tetapi saya ingin tahu jika satu penayangan khas tayangan tersebut sebelum ianya ditayangkan secara umum supaya kita tahu akan kedudukan kita ini.

Walaubagaimanapun, ujian kritikal rakyat Malaysia dalam pilihanraya umum yang akan datang samada sistem demokrasi Malaysia dan pembangunan negara ini telah menjadi lebih matang untuk menangkis semua taktik politik kotor dan untuk memastikan semua warga Malaysia tidak tunduk kepada tindakan tidak bertanggungjawab dalam penggunaan politik fitnah supaya rakyat Malaysia hidup dalam ketakutan.

Rakyat Malaysia, tidak kira kaum dan agama, harus berbangga sebagai patriot negara tercinta ini yang bersedia untuk membuang undi disebabkan semangat cintakan negara dan untuk masa depan negara ini dan generasi anak-anak kita dalam satu usaha nasional dengan menggunakan proses demokrasi yang sah untuk membawa perubahan politik secara aman tenteram.

Orang ini hidup senang lenang dengan gaji RM5.2 juta setahun

Apa fungsi sebenar SYABAS?
Asalnya penswastaan air Selangor telah diberikan oleh mantan Menteri Besar Tan Sri Mat Taib kepada mantan Bendahari UMNO Hulu Selangor, Tan Sri Rozali Ismail.
Di kala itu, Rozali Ismail bukanlah seorang korporat macam sekarang. Dia tiada modal, tiada wang dan kepakaran dalam bidang pemberian air bersih kepada rakyat Selangor.
Pendedahan Menteri Besar Selangor menjelaskan segalanya. SYABAS cuma sebuah syarikat yang memakan untung atas angin semata-mata.
Segala infrastruktur air seperti paip, loji pembersihan, empangan dan sebagainya adalah milik Kerajaan Negeri. SYABAS menggunakan infrastruktur ini secara percuma tanpa bayaran walau satu sen pun.
Oleh kerana Tan Sri Rozali tiada wang, maka segala operasi SYABAS dibiayai oleh hutang. Dia berhutang dengan kerajaan Pusat untuk menjalankan kerja-kerja SYABAS.
Apabila tiba waktu untuk membayar hutang, SYABAS akan menaikkan harga air supaya rakyat Selangor yang membayar hutang Tan Sri Rozali Ismail.
Pada waktu yang sama, Tan Sri Rozali hidup senang lenang dengan gaji RM5.2 juta setahun. Itu tidak termasuk perbelanjaan2 lain yang masih misteri yang tidak kita ketahui.
Secara ringkasnya, inilah kaedah UMNO membuat wang. Mereka gunakan hak rakyat sepuas-puasnya tanpa membayar apa-apa kepada rakyat. Apabila bisness mereka rugi, mereka suruh rakyat bayarkan hutang mereka.
Seperti kesah Dr Mahathir guna duit PETRONAS RM1.6 billion untuk selamatkan anaknya yang hanpir bangkrupsi dulu. SYABAS pun sama juga. Bila dia hampir rugi, dia akan naikkan tarif air. Rakyat Selangor akan bayar segala kerugian Tan Sri Rozali Ismail kalau dia rugi.
Hebat hebat.
Inilah yang dikatakan "Ketuanan Melayu" agaknya.

Selasa, 17 Julai 2012

Respectable Leader Must Have Sense Of Passion & Respect For Dignity Of Man & Woman

Dato Seri Anwar Ibrahim: It’s Now Or Never

'Rakyat hilang air percuma jika terus Projek Langat 2'



ULASAN Saya ingin mengulas kenyataan Datuk Noh Omar, Menteri Pertanian Asas Tani merangkap Timbalan Pengerusi Umno Selangor  yang mengatakan bahawa rakyat Selangor akan terus diberikan air percuma sekiranya Barisan Nasional berjaya merampas Selangor dalam PRU 13 yang akan datang.

Saya ingin menegaskan bahawa kenyataan Noh itu tidak berasas dan merupakan retorik politik berdasarkan beberapa fakta:

 1) Kos penyaluran air mentah dari Pahang ke Selangor dan Pembinaan Loji Langat 2 adalah bernilai RM8.65 Bilion. Selain dari itu Kerajaan Negeri juga terpaksa membayar RM60 juta 'royalti air' setiap tahun kepada Pahang bagi air mentah tersebut .

2) Walaupun dana keseluruhannya ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Persekutuan tetapi sumber dana tersebut diperolehi dari pinjaman dari Japan International Cooperation Agency (J.I.C.A) dari Negara Jepun.

3) Bagi membayar bagi kos projek, kerajaan Pusat (melalui pembekal dan pengedar air tunggalnya, iaitu Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) tiada pilihan lagi melainkan mengenakan kadar tarif (harga air) yang tinggi kepada pengguna iaitu rakyat Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya.

(Kita menjangkakan bahawa harga akan akan meningkat sehingga 70 peratus selepas Loji Langat 2 siap sepenuhnya  dijangka pada tahun 2014)

4)  Sekiranya kenaikan air tersebut berlaku di mana rasionalnya untuk memberikan  20 meter padu air percuma kepada rakyat Selangor dan pengguna-pengguna yang lain.

5) Harus juga diingat bahawa SYABAS adalah sebuah syarikat korporat swasta yang berorientasi ‘keuntungan’ (Profit making company) dan kita tidak nampak SYABAS mampu mengorbankan keuntungannya bagi tujuan tersebut.

6) SYABAS juga dilaporkan menanggung hutang bernilai RM2.8 bilion kepada operator loji rawatan air dan dalam keadaan kewangannya yang meruncing ini maka adalah sukar untuk SYABAS memberikan air percuma.

7) Harus diingat bahawa rekod kami menunjukkan bahawa kerajaan negeri membelanjakan RM144 juta setahun bagi pemberian 20 meter padu air percuma kepada rakyat Selangor .

Jadi berdasarkan fakta-fakta di atas jelaslah Noh Omar hanya bercakap kosong, sekadar menabur gula-gula politik bagi mengaburi mata rakyat Selangor.        

Tiada beza Umno dengan Botak Chin?

Ada tak perbezaan di antara Botak Chin dengan pemimpin-pemimpin kita?

Seronok jika menjadi orang penting dalam sebuah kerajaan yang mengamalkan kronisma seperti di negara ini. Salahlaku pun boleh dilakukan kerana penggubal dasar dan pelaksana melakukan kerja yang sama dan tidak ada pihak lain yang boleh melakukan ‘check and balance’ terhadap mereka.
Tidak ada apa-apa yang boleh menegah mereka melakukannya kerana penggubal dasar yang sepatutnya memerhatikan pelaksana melakukan kerja yang baik, sekarang sedang bersekongkol untuk melakukan kerja hina itu bersama-sama.

Anak-anak kepada pemimpin dan orang besar yang bergelar dan bernama lah yang mendapat keuntungan besar dan labanya dalam sistem kronisma yang berlarutan dalam pimpinan negara pada masa kini. Suzi Suliana, anak kepada bekas Ketua Setiausaha Negara, Sidek Hasan adalah di antara yang sangat beruntung kerana pengaruh dan kuasa dalam sistem kita ini.

Suzi Suliana, anak kepada bekas Setiausaha Negara, Sidek Hasan yang kini menjadi Pengerusi Petronas adalah salah seorang yang mendapat laba kekayaan melalui perniagaan yang ‘monopolistic’ apabila beliau telah mendapat anugerah membekalkan tenaga solar yang di berikan oleh ‘Sustainable Development Authority of Malaysia (SEDA)’ dan Suliana dijangka akan menerima keuntungan sebanyak RM70 juta setahun sebagai pembekal 32 peratus tenaga solar kepada keperluan negara.

Sebagai seorang penjawatan awam utama negara, Sidek telah menggunakan pengaruh di atas kedudukan beliau itu untuk memberikan pertimbangan dan keputusan untuk mendapatkan anaknya sebagai orang istimewa dan diberikan perniagaan yang 'monopolistic' ini dan tentunya ia bercanggahan dengan slogan rakyat di dahulukan pencapaian diutamakan.

Suliana tidak mungkin dengan mudah mendapat keistimewaan ini jika bapanya Sidek Hasan hanyalah seorang pemandu lori Felda Angkut yang membawa minyak kelapa sawit ke kilang-kilang penapis Felda di Jengka Pahang. Walaupun 12 syarikat yang berkaitan dengan Suzi ini hanya ditubuhkan dua tiga minggu sebelum tamat tempoh permohonan itu, Suzi telah mendapat begitu besar laba daripada kedudukan bapanya yang menjadi Ketua Setiausaha Negara.

Apa yang didapati dengan mudah oleh Suzi ini tidak ada bezanya dengan apa yang didapati oleh Dato Seri Salleh Ismail, suami kepada Ketua Wanita UMNO Baru Malaysia yang sangat terkenal itu, Shahrizat Jalil. Saya selalu berkata jika Shahrizat itu hanyalah seorang bidan kampung tidak mungkin Salleh mendapat pinjaman mudah dari kerajaan sebanyak RM250 juta untuk memelihara lembu. Dalam isu ini RM180 juta telah di gunakan untuk membeli kondominium-kondominium mewah dimerata-rata tempat diseluruh dunia.

Baru-baru ini terdedah satu lagi cerita George Kent yang telah mendapat kontrak RM1.8 billion semata-mata kerana hubungan akrab empunya syarikat itu dengan Perdana Menteri Najib. Pemberian kontrak kepada George Kent itu memaksa Pasarana untuk membatalkan pemberian kerja kontrak itu kepada Belfour Beatty pada bulan januari tahun ini yang bernilai hanya RM1.1 billion.

Lepas satu pendedahan, timbul pula sat pendedahan lain dan semuanya berkaitan dengan mereka yang berkuasa. Mirzan Mahathir yang menguasai syarikat arak San Maguel Filipina juga mendapat keistimewaan dengan menggunakan Petron Phillipines yang dikuasai sepenuhnya oleh San Maguel untuk membeli syarikat Exxon Mobil dengan harga yang murah dan seterusnya memaksa MAS untuk mendapatkan bahan bakar dari Petron dan bukannya dari Petronas lagi.

Terlalu banyak pendedahan tentang tindakan merompak yang dilakukan oleh anak-anak pemimpin-pemimpin kita dihadapan mata kepala rakyat yang sedang berperang dengan kenaikan harga barang utama seperti gula, tepung dan beras yang kesemua bahan-bahan ini dibekalkan secara ‘monopolistic’ oleh kroni-kroni pimpinan negara.

Semuanya ini merupakan rompakan yang dilakukan oleh gulungan kolar putih. Tetapi pada hakikatnya merompak itu tetap merompak dan telah dilakukan disiang hari dan terbuka.

Bagi saya semua rompakan ini tidak ada bezanya dengan perompak kolar biru seperti yang dilakukan oleh Botak Chin tiga puluh tahun lalu. Pendeknya tidak ada bezanya diantara Botak Chin dengan perompak-perompak kolar putih yang sedang dilakukan oleh pimpinan UMNO baru dan BN itu.

Satu lagi kata-kata sinonim yang kita dengar sekarang ini; iaitu UMNO Baru itu Botak Chin, Botak Chin itu UMNO Baru. Mengundi UMNO Baru samalah seperti mengundi Botak Chin berkolar putih ini.

Jika semasa Botak Chin mengganas dahulu semua orang mengunci pintu dan tingkap untuk menjauhi Botak Chin itu, kali ini wajar rakyat menutup segala ruang untuk Botak Chin berkolar putih ini untuk terus melanun dan merompak. Itu boleh kita lakukan semasa PRU nanti.

Patutlah 30,000 hadir dalam 1M4U.. ada kerahan tenaga rupanya.. lihat buktinya..




Kita semua sedia maklum bahawa kerahan tenaga adalah satu perkara yang diamalkan dan diwajibkan ke atas semua kaum lelaki yang merupakan warganegara Singapura.

Di negara tersebut setiap lelaki warganegara mereka yang mencecah usia 18 tahun akan dikerah menjalani khidmat sepenuh masa dalam Perkhidmatan Negara (National Service) selama dua tahun.

Ianya penting untuk keselamatan negara mereka disebabkan faktor jumlah penduduk yang kecil jika dibandingkan dengan negara-negara jiran mereka.

Tahukah anda bahawa ‘Kerahan Tenaga’ ini juga terpaksa diwujudkan di Malaysia di bawah pentadbiran Najib?

Menariknya di negara kita ini bukan belia yang berusia 18 tahun ke atas yang dikerah tetapi Kakitangan Kerajaan, Pelajar-pelajar dan juga sesiapa sahaja yang perlu akan dikerah.

Malangnya ianya tidak langsung membawa sebarang faedah kepada negara, faedahnya hanya untuk pemimpin-pemimpin terbabit sahaja.

Selain Najib yang sering menggunakan kaedah ini untuk menampakkan kepada umum bahawa majlis yang dihadirinya mendapat sambutan meriah, Mukhriz dan Muhyiddin juga mempraktikkan kaedah yang sama.

Dimana Muhyiddin suatu masa dulu telah mengerahkan setiap Syarikat menghantar sekurang-kurangnya 200 orang kemajlisnya – sila baca di ( SINI )

Manakala Mukhriz pula yang dikatakan terdesak untuk menjadi MB Kedah telah mengerahkan seluruh pelajar UiTM Pulau Pinang yang dilahirkan di Kedah untuk hadir ke majlisnya – sila lihat di ( SINI )


Meskipun kerahan tenaga yang dilakukan oleh Najib pada perasmian Hari Kooperasi Negara di Bukit Jalil telah memalukannya dimana para pelajar yang dikerah telah membuat bising ketika beliau berucap dan orang ramai yang dikerah hadir keluar ketika Najib berucap – sila lihat video di ( SINI )

Najib tidak berputus asa.. lagi satu kerahan tenaga dilakukan olehnya..

Media-media yang dikuasai Kerajaan UMNO/BN melaporkan..

Program 1Malaysia 4Youth telah berjaya dilangsungkan semalam dengan kehadiran lebih kurang 30,000 belia yang hadirnya daripada pelbagai sektor seperti RELA, JPAM, sekolah-sekolah, persatuan belia, agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan lain-lain malah ada juga yang hadir secara individu.

Sesuai dengan gelaran ‘Bapa Pengumuman Negara’ yang diberikan kepadanya, Najib telah mengumumkan sebanyak RM100 Juta akan disalurkan dalam bentuk geran kepada pertubuhan-pertubuhan belia..

Yang pasti.. Kroni akan gembira.. belia tetap ternganga..

Untuk mendapatkan jumlah kehadiran seramai 30,000 orang seperti yang dilaporkan oleh media dikawal Kerajaan UMNO/BN itu, Najib terpaksa menjalankan kerahan tenaga sekali lagi.

Najib terpaksa menyediakan ‘T’ Shirt, makan minum dan pengangkutan secara percuma (ditanggung oleh rakyat jelata) untuk merialisasikannya.

Dokumen yang didedahkan menunjukkan Kolej Komuniti sahaja telah dipaksa mengerahkan sekurang-kurangnya 1,000 pelajar untuk menyertai program Najib 1M4U itu.

Itu kerahan untuk Kolej Komuniti.. sudah tentu kerahan tenaga ini juga telah dipraktikkan terhadap sektor RELA, JPAM, sekolah-sekolah, persatuan belia, agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan.

Dokumen yang telah didedahkan itu sila lihat di sini ( MiLo SuaM )

Kalau nak tengok seorang anggota Polis menari sampai lupa diri di 1M4U itu sila lihat di ( SINI )