Sabtu, 23 April 2011

Kenapa UMNO BN bermati-matian mahu cemar nama baik Anwar?

SHAH ALAM 22 APRIL : Tv3 selesai merakamkan siri laporan terbaru merangkumi tuduhan- tuduhan seks terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Ketua Pembangkang itu bergelut dengan fitnah video lucah 'Datuk T', sumber- sumber memberitahu Tv Selangor.

Laporan yang bakal disiarkan di Buletin Utama itu akan menyaksikan S. Nallakarupan membuat pelbagai dakwaan terhadap Anwar, sumber- sumber yang rapat dengan bekas pemimpin MIC itu mengesahkan.

“Kemungkinan besar dakwaan- dakwaan Nallakarupan itu akan disiarkan dalam tempoh terdekat untuk memberikan lebih tekanan kepada Anwar, “ kata sumber itu tanpa mengulas lanjut.

Kebanyakan dakwaan- dakwaan Nalla itu “bukan perkara baru,” cuma disadurkan dengan butir- butir terperinci dalam usaha meyakinkan rakyat terutama pengundi Melayu, kononnya Anwar pemimpin tidak bermoral.

Rasanya tidak perlu dihuraikan rekod Nalla, seorang rakan karib Anwar yang kemudian merajuk dan berpaling tadah apabila tidak dipilih menjadi calon untuk pilihanraya kecil Ijok pada tahun 2006.

Hakikatnya adalah, dakwaan dan tuduhan terhadap Anwar diperhebatkan di Tv3 dan media arus perdana kawalan UMNO sejak pilihanraya Sarawak.

Walaupun PRN Negeri itu sudah berlalu, namun serangan terhadap Anwar tetap dipanjangkan dan menimbulkan persepsi BN, khususnya UMNO, sedang mempersiapkan diri untuk menghadapi pilihanraya umum dalam tempoh terdekat.

Awal minggu ini, Parti Keadilan Rakyat memberi amaran kepada rakyat bahawa Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail tetap akan mencari ikhtiar untuk mendakwa Anwar bersabit video lucah Datuk T.

Ramalan itu terbukti benar apabila pejabat Peguam Negara memulangkan kertas siasatan kepada polis kerana tidak berpuas hati dengan rumusan yang dibuat oleh badan itu.

Justeru arahan diberi kepada polis untuk menyiasat lagi kes video lucah tanpa terikat kepada sebarang tarikh untuk menyiapkan siasatan.

Pada masa sama, Berita Harian, sebuah lagi akhbar kawalan UMNO memetik sumber- sumber sebagai mendakwa sebuah agensi penyiaran Korea Selatan kononnya mengesahkan pelaku dalam video 'Datuk T' sepadan dengan badan Anwar menerusi ujian bio metrik.

Semua “fakta- fakta” ini adalah untuk mempengaruhi rakyat, khususnya pengundi Melayu supaya menolak Anwar dan pada masa sama merencatkan hubungan PKR pimpinan Anwar dengan PAS dan DAP.

Perkembangan terbaru memberi petanda jelas bahawa rakyat Malaysia harus bersedia untuk disajikan dengan pelbagai fitnah terhadap Anwar bersabit video 'Datuk T'.

Pada masa sama, individu- individu seperti Nalla dan Umi Hafilda dipergunakan untuk menabur tuduhan- tuduhan lain terhadap Anwar.

Kenapa begitu banyak tumpuan diberikan oleh kerajaan pimpinan UMNO, polis dan pejabat Peguam Negara terhadap kes Anwar ?

Jawapannya berkait dengan Piliharaya Umum ke- 13 dan pemilihan UMNO yang akan datang. Kedua- duanya mempunyai impak besar ke atas kelangsungan jangka hayat politik Datuk Seri Najib Tun Razak.

Para strategis UMNO menjangka peluang parti itu menguasai pengundi Melayu atas pagar akan cerah jika ia berjaya memusnahkan kredibiliti Anwar sebagai pemimpin Islam dan menampilkan beliau sebagai peliwat dan kaki perempuan.

Analisis yang dijalankan oleh Biro Tata Negara menunjukkan pengundi Melayu amat menitik- beratkan soal agama dan moral – justeru itu Anwar menjadi sasaran tuduhan seks bertalu- talu dalam hasrat UMNO untuk memberi isi kepada persepsi itu.

Justeru tidak sukar memahami kenapa video lucah 'Datuk T' dimainkan di kem- kem BTN sebagaimana yang didedahkan oleh Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman.

Pengundi atas pagar kaum Melayu memegang kunci untuk memastikan sama ada Najib akan dapat merebut balik majoriti dua pertiga di Parlimen atau kecundang terus di medan pilihanraya kepada Pakatan Rakyat pimpinan Anwar.

Jika Najib tewas atau gagal menawan balik majoriti dua pertiga BN, usia remaja beliau sebagai PM dan Presiden UMNO akan mendapat saingan hebat daripada gandingan Mahathir Mohamad dan Muhyiddin Yassin.

Walaupun pemilihan UMNO masih dilihat sebagai jauh lagi, garisan- garisan pertempuran (battlelines) sedang pun dilakar dan kem- kem tertentu dibentuk dan dipupuk.

Kunci kepada siapa sokong siapa dan siapa lawan siapa akan berpaksi kepada pencapaian Najib pada PRU 13 – jika BN menang majoriti dua pertiga – Najib akan dijulang sebagai penyelamat maruah Umno.

Jika tidak, beliau dan gagasan 1Malaysia akan dikritik sebagai penyebab maruah Melayu tergadai di bumi sendiri.

Berasaskan sifir politik ini, bukanlah menjadi misteri kenapa Anwar Ibrahim harus ditumbangkan dalam apa cara sekalipun sebelum Najib mengadakan pilihanraya umum.

Hanya apabila yakin cabaran Anwar sudah ditumpulkan, kredibiliti dan maruah beliau sudah musnah di mata rakyat, maka hanya pada masa itu, Najib akan mendapat “ilham” untuk memanggil pilihanraya umum.

Sementara menunggu detik itu, rakyat khususnya pengundi Melayu harus melazimkan diri dengan membaca “cerita bukan-bukan” mengenai Anwar di muka depan Utusan Malaysia, Berita Harian dan menonton topik yang sama menerusi RTM serta TV3.

Surat inikah yang buat KPN pengsan?

... Memandangkan Kumpulan yang menggelar diri mereka Datuk T,terdiri daripada Rahim,Shuib dan Eskay telah membuat pengakuan secara terbuka dan mengambil tanggung jawab diatas penemuan dan penayangan video lucah (akan dirujuk sebagai Video Seks Kedua 2011) kepada beberapa ramai pemberita di-Carcosa Seri Negara pada 21 March 2011, maka beberapa perbandingan dan persoalan boleh ditimbulkan berkaitan kedua-dua video seks ini.

Saya berpendapat penyiasatan lanjut berkaitan Video Seks Kedua 2011 wajib mengambilkira keujudan dan keadaan berkaitan Video Seks Pertama 1999.Terdapat “nexus” antara kedua Video Seks ini..

.

Persamaan dan Perbezaan Video Lucah 1999 dan 2011


Mat Zain Ibrahim
18hb.April 2011

Kepada;

YDH Tan Sri Haji Ismail Hj.Omar,
Ketua Polis Negara,
Polis Di-Raja Malaysia,
Bukit Aman,
50560 Kuala Lumpur,

Melalui:Email dan Dengan Tangan
Email: iho@rmp.gov.my

YDH Tan Sri,

SIASATAN VIDEO SEKS 2011-PERSAMAAN DAN PERBEZAAN DENGAN VIDEO SEKS PERTAMA 1999.

1. Sepertimana juga sebilangan besar rakyat,saya turut mengikuti perkembangan penyiasatan Polis berkaitan isu video seks menerusi MSM dan juga media alternatif yang akan masuk minggu ke-empat.Berdasarkan kepada komen-komen mereka yang berpeluang membuatnya,menampakkan ramai yang mempersoalkan hala tuju penyiasatan Polis. Malah ramai yang membantah secara lantang pendirian Polis yang dikatakan jelas kelihatan berat sebelah terhadap satu pihak yang bertelagah dalam isu ini.

2. Saya jemput Tan Sri merujuk kepada Surat Terbuka saya bertarikh 28 March 2011 yang kemudiannya dibahaskan diParlimen.Saya mengekalkan dan mengulangi kenyataan-kenyataan saya dalam Surat Terbuka tersebut,serta mengambil kandungannya sebagai sebahagian dan lanjutan kepada surat ini.Saya mengekalkan pendirian saya bahawa isu video lucah ini adalah merupakan pertembungan peribadi antara Rahim Thamby Chik dan Anwar Ibrahim.

3. Saya yakin Polis mampu mengambil pendirian yang professional dan berkecuali menangani siasatan ini,serta memberikan pendengaran yang adil kepada kedua- dua belah pihak,sambil memberikan mereka “gelanggang yang samarata”(level playing field),untuk membuktikan kebenaran masing-masing.

4. Bukan menjadi hasrat saya mencampuri siasatan Polis,namun begitu sebagai seorang pesara Polis yang berpeluang menangani isu-isu yang berkaitan dengan Anwar dan Rahim serta beberapa kenamaan lain ketika dalam perhidmatan,saya rasa terpanggil untuk mendedahkan maklumat-maklumat yang saya percaya dapat membantu siasatan.

4.1. Saya dapati ada beberapa perkara mustahak yang ada hubungkait dengan siasatan isu video lucah ini,tetapi tidak diumumkan kepada rakyat yang boleh mengelirukan persepsi mereka.Saya berharap ketinggalan ini adalah disebabkan Polis terlepas pandang dan bukannya dengan sengaja atau curang menyembunyikan fakta-fakta mustahak demikian.

VIDEO SEKS PERTAMA 1999.

5. Saya percaya sebilangan besar rakyat malahan warga Polis sendiri tidak sedar dan mungkin akan terkejut bila mengetahui keujudan Video Seks Pertama yang kononnya dikatakan melibatkan Anwar juga,yang diedarkan dalam tahun 1999.Pengedaran video seks ini disekitar Bandaraya Kuala Lumpur berlaku pada 24 dan 25 November 1999 beberapa hari sebelum Pilihanraya Umum ke-10 yang diadakan pada 29 November 1999.

5.1. Terdapat dua video seks yang diedarkan serentak. Iaitu satu berjudul “Siapa Anwar” manakala yang satu lagi berjudul “Skandal Seks Mat Sabu” (merujuk kepada Mohamed Sabu seorang pemimpin PAS).Bagi maksud eksesais ini saya akan ketepikan video Skandal Seks Mat Sabu, memandangkan isu beliau tidak berkaitan dengan penyiasatan yang sedang berjalan sekarang.

5.2. Beberapa ramai orang awam dari sekitar Kuala Lumpur yang menemui video-video ini yang dikatakan ditinggalkan dihadapan rumah atau pejabat atau lain-lain premis,tampil membuat laporan masing-masing dan menyerahkan video-video berkenaan kepada Polis.Antara mereka adalah seorang Encik Mohd.Zainuddin Arman dan seorang Encik Onn Abu Bakar.Antara report Polis yang berkaitan ialah Ceras Rpt No:19068/99 dan Sungai Besi Rpt No:5894/99 bertarikh 25.11.1999.Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur telah membuka satu kertas siasatan berkaitan kes ini dengan kesemua laporan-laporan yang diterima di-“cross refer” kepada laporan Pertama seperti yang lazimnya.KJSJ Kuala Lumpur ada membuat kenyataan akhbar mengesahkan menerima laporan-laporan dan video-video tersebut, serta memperakukan yang kes berkenaan sedang dalam siasatan Polis.

5.3. Saya sendiri telah melihat video-video tersebut sekurang-kurangnya dua kali. Pertama kali adalah bersama dengan beberapa Pegawai Kanan JSJ Kuala Lumpur bagi menentukan klasifikasi penyiasatan yang betul.Kali kedua bersama mantan Datuk Bandar Kuala Lumpur ketika itu, dipejabat KJSJ setelah YBhg.Tan Sri Datuk Bandar terbaca berita mengenai edaran video ini diakhbar.Setakat yang saya masih ingat, antara kandungan Video Seks Pertama 1999 ini,terdapat juga rakaman perbualan telefon antara seorang lelaki yang dikatakan Anwar dengan seorang teman wanitanya.

5.4. Penyiasatan JSJ Kuala Lumpur berjaya mengesan dan mengenalpasti “sumber” Video Seks Pertama 1999.Bagaimanapun gagal untuk mengenalpasti orang atau orang-orang yang bertanggungjawab dengan pengedarannya kepada umum. Namun begitu pengedarannya dipercayai bermotifkan politik bersandarkan ianya dibuat beberapa hari sahaja sebelum Pilihanraya Umum ke-10.Sepanjang yang saya ingat tidak ada pihak yang mengaku bertanggung jawab mengedarkan video seks berkenaan.

5.5. Selain itu,tidak dapat disahkan sama ada pengadu-pengadu yang tampil membuat report mengenai penemuan Video Seks Pertama ini, telah membuat salinan untuk simpanan mereka sendiri atau sebaliknya,sebelum menyerahkan kepada Polis.Beberapa orang pengadu dikenalpasti sebagai ahli Parti Keadilan.

VIDEO SEKS KEDUA 2011.

6. Memandangkan Kumpulan yang menggelar diri mereka Datuk T,terdiri daripada Rahim,Shuib dan Eskay telah membuat pengakuan secara terbuka dan mengambil tanggung jawab diatas penemuan dan penayangan video lucah (akan dirujuk sebagai Video Seks Kedua 2011) kepada beberapa ramai pemberita di-Carcosa Seri Negara pada 21 March 2011,maka beberapa perbandingan dan persoalan boleh ditimbulkan berkaitan kedua-dua video seks ini.Saya berpendapat penyiasatan lanjut berkaitan Video Seks Kedua 2011 wajib mengambilkira keujudan dan keadaan berkaitan Video Seks Pertama 1999.Terdapat “nexus” antara kedua Video Seks ini.

Antara persoalannya adalah seperti berikut:-

6.1. Adakah Video Seks Pertama itu juga tulen sepertimana Video Seks Kedua yang ketulenannya telah diistiharkan secara rasmi.

6.2. Adakah kandungan adegan-adegan dalam Video Seks Pertama, sama ada sepenuhnya atau sebahagian daripadanya terdapat juga dalam Video Seks Kedua.

6.3. Adakah identity lelaki dalam Video Seks Kedua yang Polis telah istiharkan boleh dikenalpasti secara positif itu, lelaki yang sama dalam Video Seks Pertama.

6.4. Adakah rakaman suara lelaki dalam Video Seks Pertama itu milik lelaki yang dikatakan boleh dikenalpasti dalam Video Seks Kedua.

6.5. Adakah rakaman suara wanita dalam Video Seks Pertama itu milik wanita yang dikatakan telah dikenalpasti dalam Video Seks Kedua .

6.7. Adakah lokasi pengambaran Video Seks Pertama itu sama dengan lokasi pengambaran Video Seks Kedua.

6.8. Adakah Rahim,Shuib dan Eskay terlibat atau mempunyai apa-apa peranan dalam pembikinan atau pengedaran Video Seks Pertama 1999, memandangkan ketiga-tiga mereka dilaporkan telah mengenali dan mempunyai sesuatu hubungan dengan Anwar. Lebih-lebih lagi Rahim yang dipercayai mempunyai sebab untuk menyimpan dendam terhadap Anwar oleh kerana Anwar telah membuat laporan Polis membabitkan salahlaku jenayah dan perbuatan rasuah Rahim bersabit Tun.H.S.Lee Rpt:22517/99 pada 20.8.1999.Iaitu lebih kurang 3 bulan sebelum Video Seks Pertama diedarkan kepada umum pada 24/25 November 1999.

7. Selain daripada laporan Polis melibatkan Rahim,Anwar juga telah membuat 3 laporan berasingan melibatkan beberapa orang kenamaan lain beberapa bulan sebelum pengedaran Video Seks Pertama itu,seperti berikut;

7.1. Dang Wang Rpt:20255/99 bertarikh 9.7.1999.Laporan ini mendakwa Perdana Menteri,Peguam Negara dan Gani Patail telah menyalahgunakan kuasa kerana tidak mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap Datuk Seri Rafidah Aziz,atas sifat Menteri MITI, telah dengan secara rasuah memberikan saham kepada menantunya.

7.2. Tun H.S.Lee Rpt:19625/99 bertarikh 21.7.1999.Laporan ini mendakwa Perdana Menteri menyalahgunakan kuasanya dengan menghalang tindakan undang-undang terhadap Tan Sri Eric Chia (mendiang), yang telah dikatakan melakukan penyelewengan dan rasuah menyebabkan Kumpulan Perwaja mengalami kerugian RM 2.7 billion.

7.3. Tun H.S.Lee Rpt:20455/99 bertarikh 30.7.1999.Laporan ini mendakwa Perdana Menteri menyalahgunakan kuasa dengan melindungi perbuatan rasuah Tun Daim Zainuddin.Dalam laporan ini juga Anwar membuat dakwaan khusus terhadap Tun Daim yang dikatakan telah mengumpul harta peribadi secara rasuah bernilai ratusan juta ringgit.Anwar turut menyertakan tiga surat perakuan oleh individu berlainan selaku penyimpan dan pemegang amanah harta bagi pihak Tun Daim. Mereka yang dimaksudkan ialah;Tan Sri Abdul Halim Saad sebagai pemegang amanah saham-saham dalam Syarikat Senarai Awam bernilai lebih kurang RM 150 juta.Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah sebagai pemegang tunai berjumlah RM 150 juta.dan Tan Sri Tajuddin Ramli sebagai pemegang tunai RM 70 juta.

8. KJSJ Kuala Lumpur memberi perhatian kepada laporan-laporan yang dibuat oleh Anwar seperti diatas memandangkan dokumen-dokumen bukti yang Anwar kemukakan dengan tiap satu laporan beliau,telah diperolehinya ketika beliau masih memegang jawatan dalam Kerajaan sebagai Timbalan Perdana Menteri.Laporan-laporan beliau diterima sebagai dibuat oleh seorang mantan Timbalan PM dan bukan sebagai seorang individu bernama “Anwar”.

8.1. Sama ada pendedahan yang beliau buat seperti diatas telah menyebabkan individu-individu terlibat atau orang-orang sekeliling mereka marah dan menyimpan dendam terhadap Anwar tidak diketahui tetapi tidak boleh diketepikan.

SUMPAH PALSU RAHIM BUAT KEPADA PERDANA MENTERI.

9. Satu diantara 4 kesalahan jenayah yang pihak BPR dan Jabatan Peguam Negara sahkan mempunyai keterangan “prima-facie” terhadap Rahim ialah; kerana membuat satu Akuan Statutori Palsu (atau dalam bahasa yang mudah;”Angkat Sumpah Palsu”), suatu kesalahan yang boleh dihukum dibawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara 7 tahun jika disabitkan kesalahannya.Akuan palsu ini dikatakan dibuat kepada Perdana Menteri dan di-Jabatan Perdana Menteri ketika itu.

9.1. Persoalan yang boleh ditimbulkan dalam situasi ini adalah; sama ada keterangan Rahim dalam siasatan Video Seks Kedua, boleh diterima pakai sepenuhnya, memandangkan Rahim telah sanggup sehingga mengangkat sumpah palsu kepada Perdana Menteri dan Kerajaan untuk menyembunyikan kesalahan-kesalahan jenayah yang beliau telah lakukan seperti yang dilaporkan oleh BPR sedemikian itu.Jika demikian,kesanggupan Rahim memberi kesaksian palsu dalam siasatan Video Seks Kedua tidak boleh diperkecilkan.

9.2. Walau bagaimanapun saya berpendapat “benefit of the doubts” wajar diberi kepada Rahim berkaitan penglibatannya dalam Video Seks Kedua.Saya sarankan siasatan wajar dijalankan sama ada Rahim telah dihasut,dipaksa atau diugut untuk mendapatkan apa-apa keterangan dengan apa cara sekalipun untuk mensabitkan sesuatu kesalahan jenayah terhadap Anwar;sebagai balasan Peguam Negara kepada Rahim yang tidak dituduh atas beberapa kesalahan salahguna kuasa,rasuah dan membuat akuan statutory palsu.

9.3. Kemungkinan ini tidak boleh diketepikan begitu sahaja.Ini memandangkan Peguam Negara,Gani Patail antara 26.10.1998 hingga 21.12.1998 telah dengan cara yang menyalahi undang-undang mendapatkan seorang Dr.Abdul Rahman Yusof menyediakan tiga laporan perubatan palsu terhadap Anwar dalam siasatan kes mata-lebam. Dipercayai sebagai balasannya, Dr.Rahman tidak dikenakan apa apa pertuduhan oleh Gani Patail dalam kes ugutan jenayah terhadap Dr.Rahman. Salahlaku jenayah Gani Patail sedemikian itu beserta dengan bukti-bukti yang tidak disangkal adalah dalam pengetahuan persendirian YAB Perdana Menteri sejak dua-setengah tahun yang lalu.

JAM TANGAN OMEGA

10. Pada pendapat saya, sekiranya penyiasatan kes Video Seks Kedua ini dikekalkan dibawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan semata-mata,maka penyiasatan lanjut untuk mengesan pemilik Jam Tangan Omega tersebut adalah tidak relevan serta melampaui keperluan “ingredients” yang wajib dibuktikan di bawah Seksyen 292 KK tersebut.

10.1. Dengan itu izinkan saya menyarankan supaya Pegawai Penyiasat kes melebarkan klasifikasi penyiasatan kepada Seksyen 192 Kanun Keseksaan iaitu,mereka keterangan palsu. Saya sarankan supaya Pegawai Penyiasat memfokuskan perhatian kepada misalan-misalan yang sedia ujud sekian lama,sepertimana diperturunkan dibawah.

Seksyen 192 Kanun Keseksaan.

Misalan-Misalan.
(a)A memasukkan barang-barang kedalam sebuah peti kepunyaan Z,dengan niat supaya barang-barang itu boleh dijumpai dalam peti itu,dan supaya keadaan ini boleh menyebabkan Z disabitkan atas kesalahan mencuri.A telah mereka keterangan palsu.

(English version)
(a)A puts jewels into a box belonging to Z,with the intention that they may be found in that box,and that this circumstance may cause Z to be convicted of theft.A has fabricated false evidence.

10.2. Berdasarkan kenyataan Eskay sendiri kepada media cara bagaimana Jam Tangan Omega tersebut sampai ketangan beliau, serta mengambil kira hubungan akrab beliau dengan Anwar, serta motif Eskay mendedahkan video seks berkenaan, tidak keterlaluan untuk saya berpendapat bahawa misalan (a) dalam Seksyen 192 Kanun Keseksaan tersebut, mungkin adalah relevan.

10.3. Pada pendapat saya beban bukti yang jam Omega tersebut tidak diperlakukan sepertimana misalan yang tersebut diatas kini terletak dibahu Eskay dan bukan pemilik berdaftar jam Omega tersebut.

10.4. Berdasarkan kepada keadaan yang mengelilingi Video Seks Kedua ini,saya berpendapat bahawa terdapat kewajaran untuk melebarkan siasatan meliputi pembuktian kes dibawah Seksyen 192 Kanun Keseksaan.Ini sebagai peringatan kepada orang ramai akan betapa seriousnya perbuatan mereka keterangan palsu dan kesan jangka panjangnya terhadap Sistem Keadilan Jenayah kita.

PENYELESAIAN ISU “ONCE AND FOR ALL”

11. Ada kalanya kita harus berani melakukan sesuatu yang luar biasa untuk menyelesaikan sesuatu masaalah “once and for all”.Asalkan tindakan-tindakan yang diambil tidak menyalahi undang-undang Negara dan Hukum Syariah atau melanggar paraturan moral.Sekiranya kita tersesat jalan, tidak salah kita berpatah balik kepangkalnya untuk mencari jalan yang betul.

11.1. Selama lebih 12 tahun pemikiran rakyat telah bergelumang dan diracuni serta dicemari dengan isu-isu yang berkisar dengan seks luar nikah dan seks luar tabii,seolah-olah tidak ada perkara yang lebih penting daripada itu untuk rakyat fikirkan. Malahan pemain-pemain utama yang terlibat dalam kekalutan ini juga berkisar diantara beberapa individu sahaja yang nama-nama mereka hampir kesemuanya terdapat dalam surat kecil ini.

11.2. Sebelum kita tersasar lebih jauh,tidak salah untuk kita dibawa berpatah balik kepangkal jalan, untuk meneliti semula peristiwa lampau bagi mencari penyelesaian yang ideal dan membuat keputusan siapa yang benar dan siapa yang patut dipersalahkan kerana telah menyebabkan kegusaran dan kekeliruan dikalangan rakyat.Saya mencadangkan tindakan-tindakan berikut;

TAYANGKAN VIDEO SEKS PERTAMA 1999 KEPADA UMUM.

12. Saya menjangka akan dikecam membuat cadangan ini.Percayalah,saya yang menyelia penyiasatan kes ini dan ingatan saya masih segar akan apa yang terkandung dalam video tersebut.Video tersebut tidak mengandungi adegan- adegan seksual seperti dalam “blue film” yang mungkin sesetengah orang harapkan.Kandungan keseluruhannya pada pendapat saya tidak tergulung sebagai bahan lucah sepertimana tafsiran dalam Seksyen 292 Kanun Keseksaan.Tayangannya kepada umum juga pada pendapat saya tidak menyalahi mana-mana undang-undang Am atau Syariah.

12.1. Sepanjang yang saya ingat, kandungan Video yang dibertajuk “Siapa Anwar” lebih berbentuk documentary yang menggambarkan kisah hidup seksual Anwar.Video ini juga mendedahkan gambar-gambar lokasi/bilik hotel dimana Anwar dikatakan sering kunjungi untuk melakukan aktibiti seks luar nikah atau luar tabii beliau.Turut dimuatkan dalam video ini adalah rakaman perbualan telefon antara seorang lelaki yang dikatakan Anwar dengan teman wanitanya dan bercakap mengenai seks.Video ini disunting sedemikian rupa yang sesuai digunakan untuk meyakinkan penuntun bahawa Anwar adalah seorang yang tidak bermoral dan tidak layak dan sesuai untuk menjadi pemimpin, lebih-lebih lagi kepada Masyarakat Melayu yang beragama Islam.

12.2. Saya yakin selepas rakyat diberi peluang menuntun video ini,khasnya orang-orang Melayu, mereka boleh membuat keputusan masing-masing, sama ada Anwar benar-benar seorang yang tidak mempunyai moral untuk layak menjadi pemimpin dan Perdana Menteri seperti yang cuba digambarkan, ataupun video tersebut telah direkacipta oleh musuh-musuh peribadi dan politik Anwar bertujuan memfitnah dan membunuh karier politik beliau,ataupun kerana membalas dendam akibat pendedahan Anwar berkaitan dengan penyalahgunaan kuasa dan rasuah pemimpim-pemimpin tertentu sepertimana yang disebutkan dalam perenggan 6.8 dan 7 diatas.Sekiranya anggapan yang terkemudian ini yang betul,maka tindakan undang-undang yang setimpal terhadap individu yang melakukan jenayah tersebut hendaklah dilaksanakan tanpa lengah lagi without fear or favour.

PENUTUP.

13. Lebih cepat kita menyelesaikan isu ini,lebih baik untuk rakyat jelata. Selamat maju jaya dan selamat sejahtera.


Yang benar,
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

t.t.

(Mat Zain Ibrahim)
18 April 2011


Sk.
SUPM (untuk makluman KPN dan T/KPN)

Kebajikan guru diabaikan.

PAS kesal terhadap sikap Kementerian Pelajaran di bawah kendalian Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Datuk Puad Zarkashi yang sibuk memburu guru-guru yang terlibat dengan pembangkang sebaliknya mengabaikan kebajikan guru-guru di sekolah.

Terkini tindakan pertukaran Cikgu Maaruf Mutalib daripada Sekolah Menengah Tenang ke Sekolah Menengah Kebangsaan Pengelih Pengerang Kota Tinggi, adalah satu contoh "politik babarian" yang diulang semula di Kementerian Pelajaran.

Pertukaran kerana surat cuti sakit Cikgu Maaruf semasa pilihanraya kecil Tenang. Persoalannya surat sakit yang dikemukakan ialah daripada doktor hospital kerajaan, bukan daripada dukun.

Sepatutnya Muhyiddin dan Puad kena turun ke padang melihat sendiri kebajikan guru-guru yang dibebankan dengan berbagai tugas.

Pendedahan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mengenai tuntutan perjalanan yang dibuat oleh guru-guru di yang pergi kursus anjuran Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah sejak bulan Mac 2010 masih tidak dapat.

Begitu juga lambakan guru Sains dan Metematik seramai 26,000 satu lagi ukuran gagal Muhyiddin dan Puad untuk membuat unjuran keperluan guru-guru di sekolah-sekolah. Akhirnya guru ini terpaksa mengajar mata pelajaran lain daripada pengkhususannya. Apabila keadaan ini berlaku yang menjadi mangsanya ialah murid-murid.

Sedangkan Muhyiddin begitu lantang mengkritik tawaran Pakatan Rakyat kepada guru-guru, imbuhan bulanan RM500.00, sehingga menuduh negara akan hancur dan bankrap.

Nampaknya sekarang siapa yang bankrap? Sehingga peruntukan untuk Kementerian beliau tidak cukup.

Jika inilah watak menteri yang menguruskan kilang yang melahirkan modal insan maka negara akan hancur kerana meritnya bukan kebolehan tetapi ketaksuban kepada Umno. Kenapa Pengarah Pendidikan Johor Markom Giran tidak diambil tindakan kerana berkempen kepada guru-guru ketika pilihanraya kecil Tenang?

Akhirnya kita ingin mengingatkan kepada Muhyiddin janganlah kamu melakukan kezaliman, kerana doa orang yang zalim tidak ada hijab dengan Allah.

Ingatlah bahawa kamu ada anak isteri dan keluarga, kalau kamu tidak suka dizalimi, cikgu Maaruf dan Cikgu Normala juga tidak suka dizalimi. Peringatan khas untuk Puad mengenai kata-kata Assyahid Syed Qutb buku yang dibaca sewaktu bersama PAS dahulu.: "Kezaliman walaupun nampak kuat, ia tidak kekal, Sedangkan kebenaran walaupun nampak lemah, ia akan menang."

Peguam Negara telah meminda Akta 574 Seksyen 292 (a)?

Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang dikemaskini sehingga 10 Oktober 2002 berbunyi:

"Barang siapa (a) Menjual, menyewa, membahagi-bahagikan, menunjukkan atau secara awam atau dengan apa-apa cara mengedarkan atau bagi maksud menjual, menyewa, membahagi-bahagikan, menunjukkan secara awam atau mengedarkan, membuat, mengeluarkan atau dan dalam miliknya apa-apa buku, risalah, kertas rajah, lukisan, gambaran atau patung yang lucah atau apa-apa jua benda lain yang lucah, .... hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga tahun, atau dengan denda atau dengan kedua-duanya."

Berdasarkan penerangan mudah dan kefahaman kita berhubung Seksyen 292 (a) yang dinyatakan seperti di atas, pihak yang terlibat adalah merupakan 'Datuk Trio' yang terdiri daripada TS Abdul Rahim Tamby Chik, Datuk Shuib Lazim dan Datuk Eskay Syazril Abdullah. Malah satu dunia sudah tahu, salah seorang daripada mereka, iaitu Datuk Eskay Syazril pernah membuat pengakuan bahawa beliaulah orang yang terlibat menayangkan video berkenaan kepada segolongan wartawan media di Carcosa Seri Negara.

Selepas daripada itu, muncul pula TS Abdul Rahim Tamby Chik membuat sidang akhbar bersama Datuk Eskay memaklumkan bahawa tiga orang (Datuk Trio) termasuk Datuk Shuib Lazim terlibat menayangkan video tersebut. Namun sehingga kini, walaupun butiran siasatan polis telah turun-naik pejabat Peguam Negara beberapa kali, mereka masih belum menahan dan mendakwa Datuk Trio berdasarkan Seksyen 292 (a) yang dimaksudkan.

Sebaliknya perkara-perkara yang tidak ada kaitan dengan Seksyen 292 (a) seperti pasangan yang didakwa melakukan aksi seks dalam video berkenaan dan sebuah jam tangan 'Omega' yang tidak pernah dapat dilihat pula yang diberikan tumpuan untuk siasatan.

Tindakan ini dilihat seolah-olah Peguam Negara telah mengatasi kuasa Parlimen Malaysia dengan meminda atau membuat tambahan kepada Akta 574 Seksyen 292 (a). Sebab itu kita boleh membuat persepsi dengan mengatakan Peguam Negara Gani Patail lebih berkuasa daripada Najib malah Obama!

Tiba-tiba video seks telah terbang ke Korea Selatan!

VIDEO Seks yang kununnya melibatkan DS Anwar sudah sampai ke Korea Selatan? Diberitakan video seks itu hanya ada satu salinan asal dan kini berada di tangan pihak Polis yang menyiasat, masa bila sudah berada di Taiwan? Sebelum ini, video tersebut juga dimuatkan ke dalam Youtube, siapa yang memuatkannya sehingga Eskay pun naik pening?

Seperti dilaporkan oleh Malaysiakini, " Berita Harian pada tajuk utamanya hari ini memetik sumber sebagai berkata sebuah agensi penyiaran terkemuka Korea Selatan yang menganalisis rakaman video seks mendapati pelaku dalam rakaman itu sepadan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut akhbar milik Umno itu, polis juga telah mengenalpasti lokasi video seks tersebut dirakamkan - iaitu di sebuah kondominium di pinggir Kuala Lumpur - dan wanita terbabit adalah dipercayai seorang pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di ibu negara (Malaysiakini).


Jika benar itu laporan dari pakar sebuah agensi penyiaran di Korea Selatan, ertinya sama juga dengan pendapat mereka yang telah menonton video berkenaan iaitu memang ada iras watak lelaki berperut buncit tersebut dengan Anwar. Maka, tiada beza dengan pendapat pakar dari Korea Selatan tersebut. Sepadan dan juga seiras, tetapi tidak disahkan siapa sebenarnya.

Persoalan lain, dikatakan bahawa Polis mengesahkan aksi tersebut berlaku di sebuah kondomunium di dalam negara, tetapi sebelum ini kita diberitahu aksi tersebut berlaku di sebuah hotel. Masalah jam pula memeningkan. Heboh diperkatakan jam itu kununnya hadiah dari kerabat Arab Saudi, tetapi Polis menyebut jam berkenaan dibeli di Taiwan tahun 2004. Mungkin sebab itu pihak Polis tidak menumpukan soal jam Omega yang kununnya kepunyaan Anwar.

Apa pun yang kita bincangkan dengan isu karut ini, yang pasti pelaku yang mengaku menayangkan video lucah tersebut masih duduk goyang kaki melihat betapa undang-undang di negara ini menjadi haru-biru dan rakyat terus dibuai dengan cerita jijik sedemikian.

Video seks: PKR dakwa media diperalat, kredibiliti PDRM terjejas

KUALA LUMPUR, 22 April — Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa akhbar Berita Harian milik Umno diperalat pihak tertentu untuk mengadakan ‘perbicaraan melalui media’ terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan rakaman video seks.

“Kami turut kesal apabila Berita Harian diperalat pihak tertentu dengan menggunakan ‘perbicaraan melalui media’, yang cukup jelas bernada politik dalam percubaan terus-menerus untuk mengaib dan menganiaya Datuk Seri Anwar Ibrahim,” kata Setiausaha Agungnya Saifuddin Nasution Ismail hari ini.

Malah kata Saifuddin, harus diingat syarikat Korea Selatan, yang dinamakan oleh akhbar itu, telah dipilih dan diberi maklumat khusus oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), yang mana ketua-ketua mereka masih menuruti kehendak barisan ahli politik yang mempunyai dendam kesumat terhadap Anwar dan berusaha menamatkan perjuangan reformasi politik beliaunya.

Justeru kata beliau, pihaknya menolak sekeras-kerasnya laporan Berita Harian semalam yang mendakwa lelaki dalam rakaman video seks yang didedahkan “Datuk T” sepadan dengan Anwar.

Semalam, Berita Harian menyiarkan sebuah agensi penyiaran terkemuka Korea Selatan yang menganalisis rakaman videk seks itu mendapati pelaku dalam rakaman itu sepadan dengan Anwar yang juga Ketua Umum PKR berdasarkan perincian saiz tubuh beliau dalam rekod polis.

Kata Saifuddin, pihaknya kesal dengan laporan Berita Harian itu yang sengaja mensensasikan isu rakaman video seks itu ketika sisatan masih dijalankan.

“Kami membantah dan menolak sekeras-kerasnya laporan muka hadapan Berita Harian semalam bertarikh 21hb April 2011.

“Kami kesal kerana Berita Harian dengan sengaja mensensasikan isu video seks itu walaupun penyiasatan polis masih diteruskan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Saifuddin, kesal dengan tindakan Berita Harian yang menyiarkan laporan berniat jahat dengan tujuan menjatuhkan imej dan kredibiliti Anwar.

Tambah Ahli Parlimen Machang itu, pihaknya tetap berpendirian teguh menafikan pelaku dalam rakaman video seks itu adalah Anwar.

“Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menafi sekeras-kerasnya penglibatan beliau dalam video ini.

“Kami juga ingin menyatakan dengan tegas bahawa individu di dalam video itu bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

“Datuk T” — terdiri daripada bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah telah menggemparkan negara apabila mempertontonkan rakaman video seks itu kepada wakil media pada 21 Mac lalu di hotel Carcosa Seri Negara.

Malah ketiga-tiga individu itu telah membuat pengakuan secara terbuka dan akan mengambil tanggungjawab selain bersedia menerima sebarang tindakan undang-undang.

Sehari selepas pendedahan video seks itu, Anwar membuat laporan polis dan menafikan beliau adalah pelaku aksi seks yang didakwa “Datuk T”.

Sebelum ini, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata siasatan rakaman video aksi seks itu mengikut Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah telah siap.

Acryl berkata laporan lengkap siasatan itu akan diserah kepada Pejabat Peguam Negara pada bila-bila masa dari sekarang untuk tindakan selanjutnya.

Menurut Saifuddin, kredibiliti PDRM sekali lagi terjejas dan dipersoalkan ekoran pendedahan yang dibuat bekas ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala lumpur Datuk Mat Zin Ibrahim semalam.

Mat Zain mendakwa Anwar pernah dikaitkan dengan pengedaran rakaman aksi seks pada November 1999 dan meminta pihak berkuasa menyiasat sama ada ia ada kaitan dengan pendedahan yang dibuat “Datuk T”.

Beliau berkata rakaman video yang pertama diedarkan beberapa hari sebelum pilihan raya umum 1999.

Oleh itu, dalam surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, Zain meminta pihak polis meneliti kaitan kedua-dua pendedahan berkenaan.

Anwar Adalah 'Binatang Jalang'

AKHBAR pro Umno hari ini telah menyiarkan di muka depan kononnya watak dalam video lucah yang sengaja disebar dan dibesar-besarkan itu adalah sepadan dengan wajah bapak reformis Anwar Ibrahim. Sepadan bukan bermakna itu sahih Anwar. Sepadan adalah iras-irasan yang bukan hakiki.

Laporan dalam akhbar itu juga menyebut polis sudah mengenal pasti di mana video itu diperbuatkan. Ianya dibuat di sebuah kondominum di pinggir Kuala Lumpur, bukan Muangtai. Manakala wanita yang terlibat dalam video berkenaan dikenal pasti sebagai gadis pelajar dari sebuah institusi swasta. Kenapa tidak dikaitkan dengan mana-mana IPTA awam, dari UIA ke UM ke atau UITM rasanya lagi sedap.

Apabila filem lucah itu dibuat di Malaysia maka mulai hari ini bolehlah diikhtrafkan Malaysia sebagai pengeluar filem lucah termahal dan terkelas sekali di dunia. Elok juga kalau festival filem tempatan mengambil kira filem berkenaan untuk menerima apa-apa award. Ia ditonton bukan saja oleh 30 juta rakyat Malaysia termasuk anak-anak di Tadika Kemas, tetapi oleh seluruh penduduk dunia. Apa lagi kalau pemainnya bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, menambahkan gimik kehebatannya.

Malang sungguh negara ini, sebab bekas-bekas timbalan perdana menterinya ditohmohakan dengan berbagai tuduhan yang kotor dan cemar. Satu masa dulu bekas TPM Malaysia dikatakan bertanggungjawab ke atas pembunuh beramai-ramai penduduk Memali mukim Siong Kedah. Selepas itu seorang bekas timbalan perdana menteri juga ditohmoh sebagai terlibat dengan pembunuh warga asing. Bekas TPM itu juga dikatakan terlibat dalam berkahlwat dengan seorang artis di sebuah resort di Port Dickson.

Jadi apabila Anwar yang juga bekas TPM dituduh dan dikaitkan dengan video lucah ia seakan melengkapkan kemisterian atau pun nasib malang dan warna huduh terhadap mereka yang bergelar TPM. Bagi Anwar pula pertuduhan itu melengkapkan segala rukun-rukun kejatan yang dilakukannya bagi menimbuskan kerjaya dan nilia juangnya.

Belum dikorek lagi apakah bekas TPM seperti Mahathir, Ghafar Baba atau Tun Razak Hussein juga ada kisah dan cerita sendiri dalam hidup mereka? Muhyiddin Yassin yang kini menjabat jawatan TPM juga harus waspada dan menjaga diri sebaik mungkin kerana beliau juga mungkin terkena tula jawatan itu.

Kata laporan akhbar pro Umno nombor 2 itu, polis tidak fokus kepada penyiasatan jam Omega yang dikatakan milik Anwar itu. Bagaimana pun jam itu sudah dikenal pasti ianya dibeli di Taiwan. Kata polis kerana ia sudah lama di beli (2004) dan tiada maklumat pemiliknya susah untuk menentukan jam itu kepunyaan siapa.

Bila polis berkata demikian semacam sudah ada kekenduran dari pihaknya dalam isu video lucah ini. Dalam kasus video lucah itu jam adalah bukti utama dan pokok untuk menentukan siapa sebenarnya watak yang mirip atau dikatakan sepadan dengan Anwar itu. Kerana dari jam boleh diambil DNA yang ada kepada pemiliknya.

Apabila tiada sebarang bukti jelas menunjukkan watak dalam video itu Anwar maka pertuduhan tidak boleh dibuat ke atasnya. Sesiapa pun tidak boleh mengesahkan lelaki itu adalah Anwar kerana tidak ada bukti-bukti kukuh.

Masalahnya tape atau CD video itu tidak boleh dipadankan dengan DNA Anwar yang sudah ada ditangan kerajaan hari ini. Jadi apakah maksudnya bila polis mengatakan jam itu tidak menjadi fokus? Kalau ia dibawa atau dilakukan juga tentu Karpal Singh akan mempertikaikan macam mana jam itu diperolehi nanti? Ini samalah dengan isu DNA Anwar yang diawal semasa dalam tahanan lokap dipertikaikan oleh Karpal Singh. Kerana cara pengambilannya tidak sah ia ditolak sebelum dibenarkan semula oleh mahkamah.

Perkara pokok yang akan dipastikan dulu apakah jam Omega itu jam Anwar? Tanpa ada pendaftaran pemiliknya ia sukar untuk dibuktikan. Apa lagi Anwar dan isterinya mengakui jam itu masih ada kepadanya. Kenapa Azizah tidak menunjukkan jam itu kerana mungkin beliau memilih mahkamah untuk dikemukakan bukti itu. Ini tentu atas nasihat peguam. Jadi wartawan dan mereka yang ingin melihat jam itu jangan emosi sangat dan perlu melihat strateginya.

Mudah saja kalau tidak ada bukti pihak pendakwaan tidak akan membuat pertuduhan. Anwar tidak akan dibawa ke mahkamah. Pendakwaan biasanya mempunyai bukti jelas dan konkrit kalau ingin membawa seseorang ke muka peengadilan. Tetapi dalam kes Anwar ini pendakwa boleh juga bawa Anwar atas tujuan hendak menyusahkannya.

Timbul seribu keanihan kepada saya dalam kes-kes membabitkan Anwar ini. Banyak perkara yang misteri, tidak lengkap, mengelirukan dan berlaku 'cocoh tarik' yang jelas. Bukti-bukti yang dibawa bagi mensabitkanya dalam sesuatu kes selalu longgar, bercanggah di antara satu sama lain dan tidak kemas dan boleh diubah-ubah.

Bukan isu liwat dengan pembacuh kopi, tetapi dalam isu liwat pertama dengan Azizan Abu Bakar dan gengnya dulu juga tidak kemas dan mengelirukan. Disebabkan kelemahan bukti-bukti dan alibi itulah maka kes liwat ke atasnya di buang begitu saja. Bila berlaku begini wang rakyat rugi dan maruah Anwar pula tercemar dan yang merugikan pihak berkepentingan rakyat akan marah.

Begitu juga dalam kes liwat dengan pembacuh kopi timbul beberbagai keraguan dan kekeliruan mengenai fakta kes dan bukti-bukti serta saksi yang dikemukakan oleh pihak pendakwa. Percanggahan laporan perubatan, tarikh kejadian dan banyak lagi menjadikan kes itu seperti mahkamah dalam wayang kulit saja.

Mulanya digembar gemburkan pihak pendakwa dibekalkan dengan video atau gambar yang menunjukkan Anwar sedang 'merukah ponggek' pembacuh kopi. Semua orang terngangga dan terkejut untuk melihatnya. Walhasil sampai di mahkamah tidak ada pun gambar yang dimaksudkan itu melainkan gambar 'mangsa liwat' itu dilihat keluar dari sebuah gate kondominum saja. Hai... Kalaulah gambar sebegitu sejuta kali pun ia boleh dibuat dan diadakan.

Ini dalam kes video lucah keadaan sama nampaknya berlaku. Bukti-bukti sahih mengatakan lelaki itu Anwar nampaknya gagal dikemukakan. Apakah tanggapan atau persepsi umum hanya melihat wajah itu sebagai Anwar akan diterima sebagai saksi? Kalau begitu adalah sangat 'tamada', sangat 'kodi', dan sangat naif mahkamah negara ini.

Kalaulah pendakwa turut juga mengheretkan Anwar ke mahkamah, maka jelas ianya satu usaha berterusan untuk menyusah dan memasungkan langkah Anwar agar tidak gugat kerajaan BN. Tindakan berterusan mencerminkan betapa bahayanya seorang Anwar kepada sebuah kerajaan seperti BN. Apakah ini juga boleh difahamkam bahawa kerajaan hari ini begitu takut sekali ianya runtuh kerana dengan keruntuhannya akan bercemperian segala macam noda, kebusukan dan hanyur lendir yang dilakukan ke atas rakyat?

Lakukan apa juga kezaliman dan kekerasan ke atas Anwar, beliau tidak akan mundur dan mengaku kalah. Segala tindakan tidak akan menghentikan Anwar dari terus menyerang dan mengaum. Beliau akan nekad melawan kerana dia adalah binatang jalang yang terbuang dari kumpulannya seperti mana diucapkan Chairil Anwar lebih 60 tahun lalu. Sebagai mana Chairil Anwar hidup sesudah kematiannya, maka begitulah Anwar akan tetap disebut hingga ke hujung zaman. Sesungguhnya api jihad Anwar boleh terpadam bila jasadnya ditinggalkan roh.

kalau sampai waktuku
ku mau tak seorang kan merayu
tidak juga kau
tak perlu sedu sedan itu
aku ini binatang jalang
dari kumpulannya terbuang
biar peluru menembus kulitku
aku tetap meradang menerajang
luka dan bisa kubawa berlari
berlari
hingga hilang pedih peri
dan aku lebih tidak perduli
aku mahu hidup seribu tahun lagi.
- Chairil Anwar.

MB Kedah - saya dah kata, jangan ganggu pentadbiran saya tapi depa nak kacau juga.

Khabar buruk untuk perasuah di Kedah

ALOR SETAR: Kerajaan Negeri sama sekali tidak akan berkrompromi perbuatan rasuah malah tidak akan melindungi mana-mana individu yang terbabit gejala itu."Saya akan terus perangi rasuah lebih-lebih lagi jika melibatkan pejabat saya. Datang berbincang boleh, tapi kalau nak rasuah saya halau keluar!

"Saya tidak akan lindungi sesiapa sahaja yang terbabit. Kita akan pastikan sifar rasuah dan ini melibatkan ajaran agama serta amanah rakyat kepada kita!"

Demikian amaran keras dan penegasan yang dibuat oleh Menteri Besar Kedah Dato' Seri Azizan Razak di hadapan lebih 300 kakitangan dan pegawai kerajaan negeri sewaktu perhimpunan bulanan di Wisma Darul Aman 18 Februari lalu.

Selain membanteras gejala itu, Ustaz Azizan dalam ucapannya menyatakan bahawa tugasnya selaku pemimpin pentadbiran negeri adalah untuk memastikan kesenangan para kakitangan untuk bertugas dan membela kebajikan rakyat di negeri ini.

Beliau menegaskan, menjadi tanggungjawab beliau sebagai ketua kerajaan berjumpa dengan kakitangan untuk memberi nasihat dan bimbingan penambahbaikan agar pentadbiran kerajaan menjadi lebih baik dan terurus.

"Allah memilih manusia sebagai khalifah yakni pemimpin dan kita semestinya memimpin dan mentadbir dunia dengan penuh amanah agar menjadi makmur dan sejahtara.

"Kita sebagai pengurus dan pentadbir kerajaan perlu menanamkan sikap bertanggungjawab dan memegang amanah sebagai pemimpin.

"Segala tindak tanduk kita perlu dikawal oleh iman dan akal yang waras. Allah menilai kerja kita mengikut niat masing-masing," tambahnya lagi.

Beliau berkata kejayaan kerajaan negeri yang bebas defisit, mendapat sumber pendapatan yang menguntungkan dan mempunyai simpanan rezab merupakan hasil daripada kerjasama semua pihak khususnya para pegawai serta kakitangan yang meneruskan dasar belanja berhemah dan berjimat cermat yang berterusan.

"Saya bersama kepimpinan Exco merasakan mentadbir kerajaan ini merupakan satu amanah dan tanggungjawab kepada rakyat. Untuk menjayakannya bukan hanya terletak di bahu kami tetapi di bahu semua kakitangan.

"Kelembapan pengurusan akan mendatangkan kerugian kepada kerajaan dan saya berharap semua kakitangan dapat menjalankan tugas dengan cekap, cepat dan pantas agar membuahkan hasil yang baik kepada kerajaan," katanya.

Berhubung laporan kewangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berkaitan penggunaan wang syarikat GLC Seri Temin Development Corporation (M) Sdn. Bhd. (STDC) untuk kegunaan Umno, Ustaz Azizan tidak mempertikaikan keuntungan yang diperolehi sebaliknya mempersoalkan cara wang itu dibelanjakan.

"Yang kita persoalkan salah guna wang syarikat semata-mata untuk Umno. Jika digunakan untuk kebajikan rakyat tak mengapa tetapi untuk parti...mana boleh.

Antara laporan yang dibuat ialah wang syarikat tersebut digunakan pada 2007 untuk Mesyuarat Perwakilan Umno Padang Terap sejumlah RM10,000, lawatan Pemuda Umno ke Indonesia RM10,000 , lawatan Puteri Umno ke Indonesia RM5,000 dan sumbangan kepada Umno Kedah sejumlah RM200,000.

Selain itu duit syarikat itu turut digunakan untuk sumbangan petugas BN pilihanraya kecil Ijok RM5,000, sumbangan T-shirt dan wang saguhati konvoi Pergerakan Pemuda Umno Padang Terap RM4,000 dan dan membekal cenderamata untuk perwakilan Umno Bahagian Padang Terap sejumlah RM26,150.00.

Ditanya berkaitan ulasan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah Dato' Ahmad Bashah bahawa tindakan itu merupakan perkara kecil sahaja, Ustaz Azizan memberitahu itu adalah untuk SPRM yang menentukan kesalahan itu.

"Ia umpama pencuri yang biasa mencuri...dia kata kecil saja. Biar SPRM yang tentukan perkara itu.

"Itulah saya dah kata, jangan ganggu pentadbiran ini tapi depa nak kacau juga...jadi kita dedahkanlah tembelang depa selama ini," katanya ketika ditemui wartawan sejurus seusai perhimpunan itu.

Kedah sanggup urus UUM

ALOR SETAR - Kerajaan Negeri mencabar Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menyerahkan Universiti Utara Malaysia (UUM) sekiranya pengurusan universiti berkenaan tidak mampu mengurus kewangan universiti itu dengan baik.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, cabaran itu dibuat berikutan dakwaan UUM yang mempertikai pembayaran cukai tanah bernilai RM1.7 juta, hingga timbul persepsi bahawa Kerajaan Negeri menaikkan cukai tanah sebanyak 10 kali ganda.

“Ini bukan soal naikkan cukai tanah, kerana nilainya kembali pada asal setelah tempoh rebat tamat. Jika mereka tak mampu urus, kita bersedia ambil alih kerana kita yakin mampu urus UUM dengan sumber kewangan yang ada,” kata kepada Sinar Harian.

Menurutnya, UUM atau Kementerian dialu-alukan untuk berbincang mengenai pembayaran cukai tanah malah pihaknya bersedia bertolak ansur dalam hal ini, antaranya menawarkan bayaran ansuran dan sebagainya.

“Sejak dua tahun lalu, mereka boleh bayar tetapi sekarang kecoh pula, apa motif mereka sebenarnya,” katanya.

Azizan berkata, cukai tanah di Kedah adalah terendah setelah Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Kedah memperkenalkan dasar baru penurunan cukai tanah antara 35 hingga 75 peratus sejak tiga tahun lalu.

“Sejak dasar baru cukai tanah diperkenalkan, Kerajaan Negeri hilang hasil tanah sebanyak RM50 juta. Takkan pula selepas tiga tahun, nak naikkan pula. Saya harap pihak terbabit faham istilah mengekalkan atau menaikkan cukai tanah kerana fakta awal tak tepat,” katanya.

Menurutnya, KPT harus menyalurkan peruntukan secukupnya kepada UUM sama ada untuk pembayaran cukai tanah atau menaikkan taraf infrastruktur saluran paip atau membina tangki air berkapasiti tinggi untuk mengatasi kemelut di universiti terbabit.

Sebelum ini, Azizan memaklumkan bahawa keluasan tanah milik UUM adalah 872 hektar dan cukai yang perlu dibayar oleh Kementerian ialah RM1,743,745 setahun atau 20 sen bagi satu meter persegi.

Namun setelah Kerajaan Negeri Barisan Nasional (BN) ketika itu memberikan rebat selama dua tahun, iaitu dari 2006 hingga 2008, UUM hanya perlu melunaskan cukai tanah sebanyak RM100,000.

CEMBURU KU PADA MU

INI YANG DICEMBURUKAN?


nota:
bini macam ini
kau nak cemburu?














KEMPEN DAP TOLAK E-MEL SATU MALAYSIA KERANA CEMBURUKAN NAJIB
– berita hairan

Tindakan DAP menganjurkan kempen menerusi laman sosial Facebook mengajak rakyat menolak program memberikan E-mel satu Malaysia kepada rakyat disebabkan cemburu terhadap Najib Razak yang terus mendapat sokongan swasta untuk menjayakan Program Transformasi Kerajaan (GTP).

Dakwaan DAP kononnya projek E-mel satu Malaysia yang diumumkan Najibi itu sebagai membazir wang kerajaan juga berniat jahat dan bermotif politik untuk memburukkan imej kerajaan pimpinan Najib.

Presiden Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (PROWARIS), Feriz Omar, berkata semua pihak terutama pembangkang sepatutnya berusaha menjayakan program yang akan dilaksanakan dalam GTP supaya manfaatnya dapat dinikmati rakyat.

DAH LAMA TAK DENGAR LINE CEMBURI INI…...

..ZAMAN MAHAFIRAUN DULU SELALU DENGAR…...

KALAU EROPAH KUTUK ISA … EEE MADEY KATA EROPAH CEMBURU…..

…KALAU AMERIKA KATA HAK ASASI… EEE MADEY KATA AMERIKA CEMBURU MALAYSIA BERJAYA…...

..PORAAAAAH…. CEMBURU?.... POOORAH…..

….KEMPEN ANTI NAJIB BUKAN KERANA CEMBURU…. TAPI NAK PASTIKAN RAKYAT BENCI GEROMBOLAN….

BILA BANYAK BENCI….BANYAK DAPAT UNDI…...

..KENAPA BANGANG SANGAT…. TAK FAHAM…..…

SIAPA NAK CEMBURU PADA MAT MONGOL… YANG SUAMINYA MACAM BADAK….

Jumaat, 22 April 2011

Anwar Mesti Dihapuskan

Ada perkara yang dikatakan Rahsia Kerajaan terdedah atau didedahkan dalam artikel ini samada sengaja atau tidak.. entahlah.. bacalah

Oleh Tok Bahaman

Demi survival politik UMNO Anwar mesti dihapuskan. Walau dengan apa cara sekalipun watak ini mesti dihapuskan dari arus politik Malaysia. Watak inilah yang menggelorakan arena politik Malaysia yang sebelum ini tenang tidak pernah bergoyang sedikitpun.

Sama ada orang suka atau benci, Anwar pernah disenarai oleh TIME MAGAZINE 2008 sebagai antara 100 tokoh dunia paling berpengaruh sebaris dengan Obama, Vladimir Putin, Hillary Clinton, Sonia Gandhi John McCain dan lain-lain.

Beliau belum pernah gagal dalam sebarang pertandingan. Jenayah paling besar yang pernah dilakukannya ialah mencabar TDM 1998. Sejak itu nasibnya pun berubah. Satu demi satu kawan berpaling tadah.


Tsunami Politik 2008 adalah antara kesan dan pengaruhnya. BN hilang kuasa 2/3 di parlimen. Jika tsunami politik berskala lebih besar melanda PRU13 dan Putrajaya terbungkas maka pada ketika itu rakyat akan tahu bahawa terdapat sebuah terowong bawah tanah menghubungkan Putrajaya dan KLIA. Pada ketika itu lubang-lubang tikus disempadan juga akan menjadi tidak selamat.

Dia adalah penggugat yang mengancam tahta dan singahsana kuasa berupaya menggegarkan tenaga muda progresif membina garis baru politik Malaysia – Negara bangsa yang adil serta hak asasi lebih terjamin.

Politik UMNO adalah warisan politik bangsawan Melayu feudal yang melihat Jebat sebagai orang yang sangat berbahaya. Warisan Pateh Karma Wijaya mencetus fitnah yang menyebabkan Jebat mengamuk dan akhirnya dibunuh. Pun begitu, Jebat tidak pernah mati. Semangat Jebat terus hidup dalam setiap jiwa yang cintakan keadilan.

Dalam konflik kuasa politik orang-orang Melayu sejak dulu fitnah adalah aparat politik yang sangat ampuh untuk menghapuskan musuh. Dalam hal ini Datok Bahaman pernah berpesan kepada pengikutnya agar jangan sekali-kali percaya kepada pembesar-pembesar Melayu.

Bahaman adalah panglima raja – bergelar Orang Kaya Semantan menentang dasar cukai tanah yang zalim oleh Inggeris di Pahang akhirnya menjadi orang buruan. Minumannya pernah dibubuh racun dalam satu majlis bersama pembesar-pembesar Melayu di Kota Bharu pada tahun 1896. Ia terselamat dan selepas itu Bahaman kemudian menukar namanya untuk setiap perjalanannya agar jejak beliau tidak dikesan”

Abdullah CD adalah warisan Perang Bahaman pemimpin Regimen 10 yang memakai berbagai nama dihutan akhirnya termakan juga racun yang dimasukkan di dalam makanannya. Dia diracun oleh orang yang diupah pada tahun 1971 yang kemudian telah membuat pengakuan secara pribadi kepadanya. Ketika itu Regimen 10 (Melayu) amat menjadi ancaman terhadap UMNO.

Dalam kes Anwar walaupun dikenali sebagai pemimpin yang begitu toleran namun Anwar adalah pemberontak terhadap ketidakadilan dan kerakusan kuasa kaum bangsawan Melayu yang telah berlanjutan lebih setengah abad. Pidatonya jitu dan mencengkam jiwa pendengar serta mampu mencetuskan gelombang kebangkitan di kalangan orang muda.

Lebih menggugat apabila dia berjaya membawa PAS – DAP duduk semeja sekaligus menghancurkan seluruh usaha UMNO selama ini agar PAS dan DAP terus bercakaran. Anwar juga telah berjaya mengubah persepsi negatif orang-orang Tionghua terhadap PAS. Sokongan orang-orang Tionghua terhadap calon PAS di beberapa kawasan pilihanraya kecil menjadi bukti perkara ini. Sebelum ini PAS adalah ‘kui” atau hantu kepada orang Tionghua yang selalu diusik-usik oleh pemimpin-pemimpin UMNO supaya menjauhi parti ini kecuali jika mereka sanggup disunat….!

Anwar berjaya melunturkan kepercayaan orang-orang Tionghua terhadap MCA dan Gerakan. Di Bandar-bandar di Semenanjung boleh dikatakan hampir tiada lagi orang-orang Tionghua yang percaya pada MCA atau Gerakan. Kalau adapun mungkin yang sangat terpencil.

Arus ini tidak mungkin surut lagi malah diramal akan menjadi gelombang lebih besar dalam PRU 13 nanti. Ada baiknya pemimpin-pemimpin MCA dan Gerakan bungkus kain baju mereka dan tinggalkan parti.

Parti itu sudah tidak relevan. Orang-orang Tionghua tidak mudah dibeli dengan duit seperti orang Melayu, Malanau, Iban dan Kardazan. Sekolah Cina telah wujud di Malaya sejak tahun 1930 lagi ketika itu sekolah Melayu pun belum ada. Ini bermakna mereka kenal huruf-huruf p-o-l-i-t-i-k itu lebih awal.

Selain daripada fitnah dan isu perkauman apakah alat lain yang boleh diketengahkan untuk menyekat Anwar kecuali good governance dan jangan menindas rakyat. Dan ini tidak mungkin terjadi ! Dalam hal ini pilihan yang ada ialah “ Anwar “ dia mestilah dihapus demi kesinambungan kuasa bangsawan Melayu itu. Sekali lagi kaum bangsawan menuduh Anwar sebagai orang keciwa yang kononnya memberi harapan kepada orang-orang Tionghua untuk memerintah negara ini.

Fitnah bersiri yang dilancarkan UMNO terhadap Anwar bukanlah suatu yang aneh kerana hanya cara ini sahaja watak ini boleh dihapuskan. Selain Anwar siapa lagi yang boleh menyatukan PAS – DAP yang sepanjang sejarah bertikaian tetapi hari ini telah menjadi benteng baru untuk rakyat sandarkan harapan. Sebelum ini pemimpin-pemimpin besar UMNO tidak pernah percaya bahawa akan wujud barisan alternatif seperti BN. Justeru mereka percaya hanya BN sahaja yang boleh mendirikan kerajaan.

Lebih 50 tahun PAS dan DAP dilaga-lagakan agar berkelahi seperti anjing dengan kucing. Bila anjing dan kucing sibuk bercakar maka ada peluang untuk mereka menyelongkar. Anwar telah menukar emosi anjing dan kucing hingga mereka boleh makan bersama.

Justeru kebelakangan ini, strategi melaga-lagakan PAS – DAP sudah tidak berguna lagi. Dalam keadaan ini adakah aneh sekiranya “Anwar” dijadikan sasaran supaya semuanya berkecai !. Rekayaksa video lucah dan tayangannya di TV untuk ditonton oleh rakyat adalah hanya untuk memainkan emosi Melayu. Kenapakah isu Sodomi dan video lucah ini langsung tidak mempengaruhi masyarakat Tionghua?

Ternyata isu video lucah ini telah digunakan sepenuhnya oleh UMNO demi menyelamatkan Serawak dalam PRN baru-baru ini. Ia telah ditayangkan tidak henti-henti tanpa ada sedikitpun perasaan bersalah kerana melancarkan fitnah yang besar. Ia belum pasti benar dan dilarang Allah. Kerja terdesak ini hanya sanggup dilakukan oleh pemimpin-pemimpin yang sangat jahat dan rendah akhlaknya.

Isu video lucah ini meletup pada hari DUN Serawak dibubarkan. Tayangan video ini terhenti sebaik sahaja pilihanraya selesai. Kenapa tidak diteruskan saja tayangan itu dan CDnya dibekalkan ke setiap sekolah supaya semua anak-anak kita disekolah juga tahu siapa itu Anwar Ibrahim!. Bila mereka keluar sekolah nanti mereka semuanya akan mendaftar menjadi ahli UMNO.

Anwar adalah pemimpin kepada kelas rakyat yang mendambakan pembelaan yang hidup tapi mabuk dalam derita. Kelas ini miskin namun mereka tidak tahu bahawa tidak sepatutnya miskin dalam sebuah negara yang begitu kaya. Mereka tidak sedar walaupun mereka bekerja keras namun hidupnya berselimut hutang demi menyara keperluan keluarga dan pendidikan anak-anak.

Mereka tidak peduli dengan pemimpin-pemimpin UMNO yang horaa sana dan horaa sini dengan duit yang mereka rompak dan pau daripada rakyat menerusi berbagai sumber cukai, lesen, permit, denda, toll, saman ekor dan sebagainya. Dengan berbagai-bagai cara mereka tekan dan tindas asal mereka boleh dapat duit dari saku rakyat

Semua fitnah ini perlu dilancarkan demi melencungkan perhatian rakyat terhadap pelbagai penyelewengan.

Kritikan terbuka Anwar terhadap keterlibatan Najib dalam kes rasuah pembelian jet Sukhoi dan kapal Selam Scorpene sebanyak RM500 juta oleh Kementerian Pertahanan telah menjadi rekod umum. Begitu juga desakan yang berulang kali dari Anwar terhadap Najib membenarkan penyiasatan bebas bagi membersihkan namanya dan Rosmah atas dakwaan berwibawa pembunuhan yang terkenal – model Mongolia Altantuya Shaaribuu.

Ternyata UMNO bukan saja telah menyalahguna media milik kerajaan malah lembaga-lembaga awam seperti Polis, Pejabat Peguam Negara, Lembaga Kehakiman Suruhan-jaya demi kuasa.

Tanpa mempeduli tunjang sebuah negara demokrasi iaitu saparation of power seluruh lembaga ini sejak 1998 telah dikerah untuk menghapuskan seorang yang bernama Anwar Ibrahim kerana ia memimpin kesedaran kelas yang mengancam masa depan BN. Untuk menghapuskan watak ini tidak mustahil juga pada PRU 13 kita akan menyaksikan RPK, Nalakarupan dan Ummi Hafilda akan bergabung membalun Anwar. Dalam politik kawan adalah musuh yang paling berbahaya.

Sudah 13 tahun Anwar dipukul dan dibalun. Dihina supaya ia dibenci namun nampaknya watak ini tidak terjejas sedikitpun. Yang terakhir ialah konspirasi video lucah yang tidak begitu rapi perancangannya telah mendedahkan kejahatan mereka selama ini. Sanggupkah mereka menyembelih ketiga-tiga monyet video lucah itu sebagai langkah bermuka-muka terhadap rakyat dan apakah akan terjadi sekiranya ketiga-tiga monyet ini menyanyi mengikut musik kemudian melompat menggigit lengan tuannya sekiranya ia ingin disembelih seperti si toyol.

Anwar tidak akan mati dek keris pundek UMNO yang sebilah itu. Sudah 13 tahun dia dibalun bertalu-talu. Suaranya terus lantang dan matanya tetap tajam memaku wajah orang yang membuat tuduhan terhadapnya. Tidak henti-henti turun naik mahkamah tinggi dan rendah terutama apabila menjelang pilihanraya kecil. Pada 21 Februari 2011 hari dia dibicarakan Sodomi II dia dikatakan sempat pula melanggan seorang perempuan cina – dikatakan pelacur untuk melampiasi nafsu gilanya. Benarkah dia begitu rendah.?

E-mail 1 Malaysia: Najib didakwa berbohong


Pendedahan demi pendedahan terhadap email 1Malaysia mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berbohong kepada rakyatnya sendiri dan dilihat cuba untuk membantu syarikat yang ada kaitan dengan adiknya.

Pelbagai laman web dan blog mula mendedahkan perkara ini termasuk siapa sebenarnya yang berada di belakang syarikat yang hampir bankrap, Tricubis Berhad, yang mendapat projek bernilai RM50 juta ini.

Kemuncak dari dakwaan pembohongan ini adalah apabila Najib melalui Twiiternya membuat kenyataan bahawa, "E Mail 1Malaysia adalah projek swasta. Tidak ada wang awam yang terlibat dan semuanya secara sukarela."

Pelbagai pihak mempertikaikan projek Email 1 Malaysia ini. Dari segi keutamaannya, Exco kerajaan negeri Selangor, Rodziah Ismail mempertikaikan kenapa habiskan wang untuk email sedangkan yang diperlukan rakyat adalah ekses kepada internet.

Baru-baru ini, kerajaan melalui Pemandu, memberitahu, email yang kononnya percuma ini akan dikenakan pula bayaran kepada agensi-agensi kerajaan. Menurut satu sumber lain, kadar yang dijangka adalah 50 sen setiap satu email.

Melalui berita itu, Pengarah perhubungan dan infrastruktur NKEA Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek memberitahu stesen radio BFM, agensi kerajaan akan membayar yuran tertentu untuk menggunakan email ini kerana ia berkaitan dengan database.

Laman web Merdeka Review pula melaporkan, Tricubes Berhad, syarikat yang mendapat projek Email 1 Malaysia adalah syarikat yang berdepan dengan masalah kewangan dan disenaraikan Bursa Malaysia dengan status GN3.

Jika ia gagal mengemukakan program penstrukturan semula kewangannya hujung Oktober 2011 ini, syarikat ini akan berdepan dengan risiko dikeluarkan dari senarai Bursa Malaysia.

Pemegang saham kedua terbesar Ticubes Berhad adalah Commerrce Technology Ventures Sdn Bhd, iaitu Private Equity Fund yang ditubuhkan oleh Bank Negara bersama Commerce Group ( atau Bumiputra-Commerce Holding Berhad Group).

Commerce Group atau Bumiputra-Commerce Holding Berhad Group kini dinamakan CIMB Group yang diterajui oleh adik Perdana Menteri, Datuk Seri Nazir Razak iaitu sebagai Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Group, lapor Merdeka Review.

"Najib mahu rakyat percaya bahawa syarikat yang hampir bangkrap iaitu Tricubis Berhad yang diberikan kepercayaan untuk membangunkan projek email satu Malaysia akan mengeluarkan dananya sendiri.

"Najib mahu rakyat percaya syarikat yang mengalami masaalah kewangan ini akan mengeluarkan belanja RM50 Juta sebagai projek amal untuk kerajaan Satu Malaysia.

"Apa yang jelas, terbukti najib menipu rakyat secara terang-terangan. Email yang kononnya percuma rupanya akan dikenakan bayaran kepada agensi-agensi kerajaan," tulis blogger Milosuam dalam blognya.

Gani Patail lebih berkuasa daripada Najib malah Obama

Percaya atau tidak, tapi itulah hakikatnya. Gani Patail, Peguam Negara kini dilihat lebih berkuasa daripada Perdana Menteri Malaysia, malah lebih berkuasa daripada Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama.

Tindak-tanduk Gani bukan sahaja mengatasi apa saja Undang-undang ciptaan manusia tetapi beliau juga dilihat tidak takut untuk melanggar apa sahaja Undang-undang dan hukum-hakam ciptaan Allah SWT. Rekod pembohongan dan pengkhianatan si peguam negara seperti tiada batasan.

Tindakan terbaru Gani dalam kemelut video seks yang kononnya membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim membuktikan betapa Undang-undang negara perlu tunduk dan mengikut interpretasi dan kemahuan beliau. Pelbagai hukum dan kanun acara jenayah yang diguna-pakai, hanya sebagai hiasan.

Dengan kuasa sebagai Peguam Negara, beliau telah memperlekehkan segala usaha pihak polis semata-mata mahukan Datuk Seri Anwar disabitkan dengan kesalahan yang tidak wujud. Akibatnya, pihak polis terpaksa menari mengikut rentak yang ditentukan oleh Gani dan bukannya mengikut keperluan Undang-undang yang digunakan pakai. Undang-undang yang telah dibuat oleh Parlimen, diinjak-injak mengikut selera Peguam Negara.

Tidak hairanlah jika kes video seks ini bermula dengan hanya seorang 'Datuk T' telah menjadi 'Datuk Trio'. Daripada seorang pelacur warga China, menjadi seorang pelajar IPTS. Kejadian yang didakwa berlaku di sebuah hotel, berpindah ke sebuah kondominium. Jam tangan Omega yang kononnya dihadiahkan oleh keluarga DiRaja Arab Saudi tiba-tiba bertukar menjadi sebuah jam tangan yang dibeli di Taiwan.

Malah ketulenan video yang telah disahkan oleh 'pakar multimedia tempatan' seperti yang pernah diwar-warkan oleh Ketua Polis Negara sedikit masa lalu, terpaksa disahkan semula ketulenannya oleh sebuah badan penyiaran Korea Selatan! Dan pihak polis dipaksa untuk mengubah-ubah segala fakta siasatan bagi memuaskan nafsu dan kehendak si Peguam Negara.

Pesalah-pesalah (ketiga-tiga Datuk 'T') yang terang-terangan melakukan kesalahan di bawah Akta Acara Jenayah Kanun Kesiksaan Seksyen 292 tidak berani disentuh oleh pihak polis.

Begitulah beberapa rentetan peristiwa yang membuktikan betapa manusia bernama Gani Patail, adalah manusia yang paling berkuasa di atas muka bumi ini, menjadikan pihak polis seolah-olah tiada kewibawaan kerana segala hasil siasatan mereka perlu 'turun-naik' pejabat Peguam negara beberapa kali.

Pelbagai peristiwa yang telah menimpa watak-watak utama 'Kes Liwat 1' tidak langsung memberikan apa-apa kesan terhadap tindak-tanduk Peguam Negara, Gani Patail.


AMK: Tiada Kanun Keseksaan Boleh Mensabitkan Anwar

SHAH ALAM 21 APRIL: Di sebalik kesungguhan polis menyiasat ketulenan rakaman video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, anehnya, tiada satu pun laporan polis dibuat mengenainya.

Dan sekali lagi, jika pun benar pelakunya adalah Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia itu, tiada peruntukan mahupun kanun keseksaan untuk mendakwa Anwar melakukan sebarang kesalahan jenayah, kata Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin.

Walhal katanya, ketiga-tiga individu yang jelas berdepan dengan kesalahan di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan itu masih bebas sehingga kini.

"Dalam kes ini, tidak ada satu laporan pun yang dibuat mana-mana pihak untuk mensabitkan Datuk Seri Anwar dengan apa-apa kes jenayah. Hanya laporan yang dibuat di seluruh negara menjurus secara khusus kepada Seksyen 292.

"Dan tidak ada satu kesalahan pun dalam mana-mana kanun keseksaan yang boleh mensabitkan (Datuk Seri) Anwar sekiranya betul pelakon itu adalah beliau, di mana kita menafikan ianya sekeras-kerasnya," ujar beliau.

Shamsul yang dihubungi Tv Selangor tidak menolak kemungkinan adanya campur tangan politik selain desakan daripada pemimpin Umno-Barisan Nasional (BN) sehingga Peguam Negara didesak memulangkan semula kertas siasatan tersebut kepada polis hari ini.

Katanya, polis seolah-olah berada dalam keadaan keliru memandangkan tiada asas kukuh dalam siasatan terbaru untuk mensabitkan Anwar dengan individu dalam video 21 minit berkenaan.

Justeru beliau menyatakan kekesalan terhadap tindakan Tan Sri Ghani Patail yang sekali lagi dilihat menjadi pencacai Umno-BN dalam usaha memusnahkan karier politik Anwar sejak tahun 1998.

"Saya hairan mengapa peguam negara memulangkan kertas siasatan itu (kali ke 2) seolah-olah pihak polis menyiasat dengan tidak sempurna. Apa yang ingin diketahui adalah satu perkara yang menghairankan.

"Di situ timbul satu persepsi dan kita menjangkakan bahawa peguam negara tidak berminat untuk membuat pertuduhan terhadap ketiga-tiga (trio Datuk T) suspek jenayah," ujar beliau lagi.

Shamsul tetap menegaskan bahawa ketulenan rakaman tersebut masih dipertikai kerana ianya berwarna hitam putih.

Rentetan perkara itu ujar Shamsul, kerajaan terus menggunakan helah media arus perdana sebagai medium untuk meracuni pemikiran rakyat.

"Sekarang ini mereka guna strategi baru pula iaitu dengan menggunakan kononnya pakai imej dan menyiarkan di muka hadapan akhbar (Berita Harian) lalu mengesahkan ianya imej Anwar

Trio 'Datuk T' iaitu bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay dan bekas bendahari Persatuan Peribumi Perkasa (Perkasa), Shuib Lazim mengaku mendalangi pendedahan rakaman video 21 minit kepada media terpilih di Carcosa Seri Negara pada 21 Februari lalu.

Mereka mendakwa Anwar adalah individu yang melakukan aksi seks dengan pelacur berbangsa Cina namun di lokasi yang masih menjadi tanda tanya selain melakukan intimidasi jenayah dengan mengugut supaya beliau melepaskan jawatan sebagai Ketua Umum.

Anwar walau bagaimanapun menyangkal dakwaan itu dan seterusnya membuat laporan polis terhadap ketiga-tiga individu terbabit untuk disiasat di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan sekiranya bersalah akan dikenakan hukuman penjara tidak lebih dari 3 tahun dan denda.

Kerajaan PPinang jaga kebajikan warga emas 'sampai mati' menyusahkan BN

Terpulanglah bagaimana anda ingin membaca tajuk berkenaan. Sama ada tindakan kerajaan PR Pulau Pinang menjaga kebajikan warga emas di negeri itu hingga selepas meninggal dunia (mati), akan menyusahkan UMporNO/BN atau tindakan Kerajaan negeri Pulau Pinang dalam menjaga kebajikan warga emas akan menimbulkan kesusahan kepada UMporNO/BN hingga parti UMporNO/BN itu sendiri mati. Kedua-duanya adalah betul.

Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang sekali lagi akan memberi sumbangan RM100 kepada warga emas yang berusia 60 tahun ke atas bermula 23 April 2011.

Ini adalah lanjutan pemberian yang sama pada tahun lepas yang telah dipertikaikan oleh UMporNO/BN yang mendakwa beribu-ribu penerima telah memulangkan wang berkenaan kerana meragui kononnya wang yang disumbangkan adalah daripada sumber haram.

Namun sehingga kini, pihak UMporNO/BN masih gagal menyerahkan walau satu nama warga emas yang terlibat kepada kerajaan negeri bagi membolehkan nama penerima berkenaan dikeluarkan daripada senarai 114,668 orang yang telah mendaftar sebagai penerima manfaat Program Penghargaan Warga Emas (PPWE).

Selain itu, kerajaan negeri juga menyalurkan wang khairat kematian sebanyak RM1,000 kepada waris warga emas yang meninggal dunia.

Pulang wang: Umno Pulau Pinang belum serah nama

GEORGETOWN, 21 April: Umno Pulau Pinang sehingga kini gagal menghantar atau menyerahkan walaupun satu nama berhubung dakwaan sebelum ini yang menyatakan terdapat segolongan warga emas ingin mengembalikan wang RM100 pemberian kerajaan negeri.

"Sehingga kini, kerajaan negeri tidak menerima sebarang pembatalan pendaftar yang telah memperoleh wang ini sebelum ini,” kata Ketua Menteri, Lim Guan Eng (gambar).

Dalam pada itu, kerajaan Pakatan Rakyat negeri bakal membuat bayaran RM100 kepada setiap warga emas berusia 60 tahun dan ke atas yang berdaftar melalui Program Penghargaan Warga Emas (PPWE) bermula 23 April ini.

Guan Eng berkata, pembayaran bagi tahun ini dibuat secara berperingkat-peringkat bermula 23 April hingga 20 Mei di cawangan-cawangan Maybank terpilih seluruh negeri.

Sehingga kini, katanya seramai 114,668 warga emas telah mendaftarkan diri di bawah program itu.

"Ini bermakna, pendaftaran kini telah mencapai 86 peratus daripada jumlah keseluruhan warga emas di seluruh negeri ini,'' katanya pada sidang akhbar selepas majlis Penyampaian Cek Bantuan Kepada Sekolah-sekolah Tamil Negeri Pulau Pinang di sini, semalam.

Guan Eng memberitahu, selain wang RM100 di bawah PPWE, kerajaan negeri turut menyalurkan wang khairat kematian bernilai RM1,000 kepada waris warga emas yang telah meninggal dunia.

Katanya, sejak program itu dilancarkan, sebanyak RM13.6 juta telah dibayar kepada warga emas dan waris yang berdaftar di bawah PPWE.

Jelasnya, sumber pembayaran PPWE adalah dibiayai sepenuhnya daripada lebihan belanjawan kerajaan negeri.

Beliau yang juga ahli Parlimen Bagan berkata, walaupun sebelum ini ada pihak yang cemburu dan cuba untuk mensebotaj pelaksanaan program PPWE dengan mendakwa wang yang disumbangkan adalah dari sumber haram, namun kerajaan negeri masih meneruskan inisiatif itudemi kebaikan rakyat.

Tricubes Ada Kaitan Dengan Adik Perdana Menteri - SAMM



SHAH ALAM, 21 APRIL : Hasrat kerajaan persekutuan yang mahu memberikan emel percuma kepada rakyat Malaysia terus menemui jalan sukar apabila Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin mendedahkan adik kepada Perdana Menteri, Najib Razak terlibat dengan syarikat Tricubes.

Syarikat Tricubes adalah syarikat yang mendapat kontrak RM50 juta bagi membekalkan emel percuma kepada rakyat negara ini.

Badrul berkata, beliau akan mendedahkan nama tersebut dalam surat terbukanya kepada Najib menerusi laman blognya.

“Saya akan dedahkan esok melalui Surat Terbuka saya kepada Najib Tun Razak. Ia dimiliki oleh seoang lagi adiknya yang ada kaitan dengan CIMB . Kita diperingkat akhir nak cari link tersebut bagaimana milikan tidak langsung ini berlaku,” kata badrul.

Badrul buat kesekian kalinya mempersoalkan kewajaran kerajaan persekutuan membelanjakan puluhan juta ringgit semata- mata mahu membekalkan emel percuma kepada rakyat Malaysia, walhal perkhidmatan itu boleh didapati secara percuma daripada enjin carian internet seperti yahoo.com, google.com, hotmail.com dan sebagainya.

“Kenapa perlu ada perbelanjaan RM50 juta untuk membolehkan rakyat Malaysia punya emel. Sedangkan sudah ada banyak provider-provider atau syarikat- syarikat yang menyediakan emel secara percuma yahoo, goggle dan sebagainya.

"Yang kedua lebih memeranjatkan syarikat terbabit bermasalah dari segi kewangan dan mungkin bankrap, untuk muffis jadi ini menyebabkan kita menambah keraguan lagi,” soal Badrul.

Ramai pihak menyifatkan langkah itu sebagai membazir kerana sebilangan besar masyarakat yang celik komputer sudah pun memiliki e-mail peribadi.

Mereka juga mempersoalkan keselamatan maklumat peribadi dalam sebarang transaksi menerusi e-mail 1Malaysia itu.

Tricubes Berhad dikenalpasti sedang menghadapi masalah kewangan dan berkemungkinan dilucutkan dari Bursa Malaysia.

Sumber Bursa juga menyatakan, sehingga 1 April lalu, Tricubes masih dalam proses menguruskan aliran kewangannya dan 'tiada sebarang perkembangan besar' yang dikesan.

Persoalannya mengapa Najib bertindak memberikan kontrak berskala besar itu kepada syarikat yang bermasalah

Semalam Ketua Pegawai Esekutif Tricubes tampil menjelaskan dana RM50 juta bukan disalurkan kerajaan persekutuan tetapi Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

Hakikatnya MAMPU tetap agensi kerajaan yang mengutip dana daripada cukai yang dibayar rakyat marhaen.

Najib terus dilabel sebagai mengutamakan kroni apabila Tv Selangor kelmarin melaporkan pendedahan Badrul bahawa seorang lagi adiknya Datuk Nazim Razak didakwa terlibat dengan projek pemuliharaan Masjid Kampung Baru.

Badrul turut menolak dakwaan Firma arkitek NRY Architech itu bahawa projek pemuliharaan itu dijalankan secara sukarela.

Beliau mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan terhadap firma tersebut.