Sabtu, 23 April 2011

Peguam Negara telah meminda Akta 574 Seksyen 292 (a)?

Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang dikemaskini sehingga 10 Oktober 2002 berbunyi:

"Barang siapa (a) Menjual, menyewa, membahagi-bahagikan, menunjukkan atau secara awam atau dengan apa-apa cara mengedarkan atau bagi maksud menjual, menyewa, membahagi-bahagikan, menunjukkan secara awam atau mengedarkan, membuat, mengeluarkan atau dan dalam miliknya apa-apa buku, risalah, kertas rajah, lukisan, gambaran atau patung yang lucah atau apa-apa jua benda lain yang lucah, .... hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga tahun, atau dengan denda atau dengan kedua-duanya."

Berdasarkan penerangan mudah dan kefahaman kita berhubung Seksyen 292 (a) yang dinyatakan seperti di atas, pihak yang terlibat adalah merupakan 'Datuk Trio' yang terdiri daripada TS Abdul Rahim Tamby Chik, Datuk Shuib Lazim dan Datuk Eskay Syazril Abdullah. Malah satu dunia sudah tahu, salah seorang daripada mereka, iaitu Datuk Eskay Syazril pernah membuat pengakuan bahawa beliaulah orang yang terlibat menayangkan video berkenaan kepada segolongan wartawan media di Carcosa Seri Negara.

Selepas daripada itu, muncul pula TS Abdul Rahim Tamby Chik membuat sidang akhbar bersama Datuk Eskay memaklumkan bahawa tiga orang (Datuk Trio) termasuk Datuk Shuib Lazim terlibat menayangkan video tersebut. Namun sehingga kini, walaupun butiran siasatan polis telah turun-naik pejabat Peguam Negara beberapa kali, mereka masih belum menahan dan mendakwa Datuk Trio berdasarkan Seksyen 292 (a) yang dimaksudkan.

Sebaliknya perkara-perkara yang tidak ada kaitan dengan Seksyen 292 (a) seperti pasangan yang didakwa melakukan aksi seks dalam video berkenaan dan sebuah jam tangan 'Omega' yang tidak pernah dapat dilihat pula yang diberikan tumpuan untuk siasatan.

Tindakan ini dilihat seolah-olah Peguam Negara telah mengatasi kuasa Parlimen Malaysia dengan meminda atau membuat tambahan kepada Akta 574 Seksyen 292 (a). Sebab itu kita boleh membuat persepsi dengan mengatakan Peguam Negara Gani Patail lebih berkuasa daripada Najib malah Obama!

Tiba-tiba video seks telah terbang ke Korea Selatan!

VIDEO Seks yang kununnya melibatkan DS Anwar sudah sampai ke Korea Selatan? Diberitakan video seks itu hanya ada satu salinan asal dan kini berada di tangan pihak Polis yang menyiasat, masa bila sudah berada di Taiwan? Sebelum ini, video tersebut juga dimuatkan ke dalam Youtube, siapa yang memuatkannya sehingga Eskay pun naik pening?

Seperti dilaporkan oleh Malaysiakini, " Berita Harian pada tajuk utamanya hari ini memetik sumber sebagai berkata sebuah agensi penyiaran terkemuka Korea Selatan yang menganalisis rakaman video seks mendapati pelaku dalam rakaman itu sepadan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut akhbar milik Umno itu, polis juga telah mengenalpasti lokasi video seks tersebut dirakamkan - iaitu di sebuah kondominium di pinggir Kuala Lumpur - dan wanita terbabit adalah dipercayai seorang pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di ibu negara (Malaysiakini).


Jika benar itu laporan dari pakar sebuah agensi penyiaran di Korea Selatan, ertinya sama juga dengan pendapat mereka yang telah menonton video berkenaan iaitu memang ada iras watak lelaki berperut buncit tersebut dengan Anwar. Maka, tiada beza dengan pendapat pakar dari Korea Selatan tersebut. Sepadan dan juga seiras, tetapi tidak disahkan siapa sebenarnya.

Persoalan lain, dikatakan bahawa Polis mengesahkan aksi tersebut berlaku di sebuah kondomunium di dalam negara, tetapi sebelum ini kita diberitahu aksi tersebut berlaku di sebuah hotel. Masalah jam pula memeningkan. Heboh diperkatakan jam itu kununnya hadiah dari kerabat Arab Saudi, tetapi Polis menyebut jam berkenaan dibeli di Taiwan tahun 2004. Mungkin sebab itu pihak Polis tidak menumpukan soal jam Omega yang kununnya kepunyaan Anwar.

Apa pun yang kita bincangkan dengan isu karut ini, yang pasti pelaku yang mengaku menayangkan video lucah tersebut masih duduk goyang kaki melihat betapa undang-undang di negara ini menjadi haru-biru dan rakyat terus dibuai dengan cerita jijik sedemikian.

Tiada ulasan: