APA PERANAN APCO, BERAPA KERAJAAN BAYAR, SIAPA APCO - ANWAR |
“Saya mahu menyoal Perdana Menteri kerana jawapan lisan yang diberikannya tidak cukup untuk rakyat. Saya minta kerajaan menjelaskan apakah peranan sebenar Apco, berapa yang kerajaan bayar, siapa Apco, apa peranan dia Apco,” kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Isu Apco Worldwide, syarikat perunding yang dikatakan pro Israel terus menjadi perhatian di Parlimen apabila syarikat tersebut dipercayai umum dilantik untuk menjayakan gagasan ‘Satu Malaysia’. Sehubungan itu, Anwar meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan dengan lebih terperinci kepada rakyat berhubung status sebenar Apco Worldwide di sisi kerajaan Malaysia. Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh ketika bercakap di lobi Parlimen petang tadi berkata, jawapan lisan oleh Najib di Dewan Rakyat sebelum ini adalah tidak memadai. “Syarikat tidak ada melantik syarikat perhubungan tempatan dan luar untuk mempromosikan Gagasan 1Malaysia secara khusus,” jelas Najib sebagaimana dipetik dari teks jawapan lisan yang dikeluarkan Parlimen. “Syarikat APCO Worldwide Sdn Bhd dilantik kerajaan untuk melaksanakan perkhidmatan berkaitan komunikasi secara menyeluruh.” Dalam pada itu, Anwar turut menyatakan kesediaan memberikan penjelasan lanjut berhubung dakwaannya sebelum ini, ‘1Malaysia ciplak 1Israel’, sebagaimana yang diminta Dewan Rakyat menggunakan Aturan Mesyuarat 36(1A). Bercakap dalam suatu sidang media yang lain di Parlimen, Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof berkata, Anwar sebenarnya tidak perlu memberikan penjelasan lanjut tentang ‘Satu Malaysia’ dan Apco, walaupun Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan kelmarin menganggap kenyataan Anwar itu mengelirukan Dewan Rakyat. Bagi beliau, asas yang digunakan oleh Abdul Rahman adalah tidak tepat. Katanya, usul itu kena tepat, dia kata kenyataan Anwar mengelirukan, kerana kerajaan sudah pun menafikan Apco dilantik oleh kerajaan untuk merealisasikan Gagasan Satu Malaysia,” jelasnya. Disebabkan itu, beliau menganggap beban menjelaskan semula sepatutnya dibuat oleh Abdul Rahman sendiri, kerana jawapan Abdul Rahman di Dewan Rakyat semalam seolah-olah berunsur pembohongan. Beliau berkata demikan berasaskan teks jawapan lisan yang dijawab oleh Ahli Parlimen Padang Rengas yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz. “Kenapa Permatang Pauh mengelirukan, kerana kerajaan telah pun menafikan (menerima khidmat rundingan dari Apco),” jawapan lisan Nazri sebagai menjawab soalan Ahli Parlimen Tanah Merah Tuan Amran Abdul Ghani pada 18 Mac lalu. “Syarikat tidak ada melantik syarikat perhubungan tempatan dan luar untuk mempromosikan Gagasan 1Malaysia secara khusus.” Berkata Mohamed Nazri, syarikat Apco Worldwide Sendirian Berhad dilantik kerajaan untuk melaksanakan perkhidmatan berkaitan komunikasi secara meyeluruh demi meningkatkan lagi kapasiti kerajaan dalam bidang komunikasi. Selain Malaysia, Apco Worldwide juga menyediakan perkhidmatan komunikasi kepada negara-negara lain. Perkhidmatan komunikasi yang disediakan oleh Apco kepada negara-negara lain adalah urusan dalam syarikat tersebut. Bagaimana pun, Anwar mempunyai tujuh hari untuk membuat penjelasan lanjut berhubung status Apco dan pengaruh zionis-Israel dalam Kerajaan Persekutuan pimpinan Najib kerana isu tersebut kian panas sejak Anwar mendakwa ‘Satu Malaysia ciplak Satu Israel’, semalam. |
Isnin, 22 Mac 2010
TIKUS MULA MENYELAMATKAN DIRI - HANTAR DUIT LUAR NEGARA !
APA GUNA SATU MALAYSIA SEDANGKAN BN MENUJU KEHANCURAN – harakah daily
Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mempersoalkan apa gunanya slogan 1Malaysia yang diperkenalkan kerajaan sedangkan parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) sedang menuju kehancuran.
Menurutnya lagi, MCA yang akan memilih kepimpinan baru pada 28 Mac ini hampir terbenam ekoran sikap kepimpinannya sendiri yang rakus serta ego.
"Kalau mahu membina Malaysia ke arah yang lebih cemerlang, kita harus ada kekuatan dalaman terutama parti yang menjadi teras BN. MCA, Gerakan, MIC dan Umno telah hilang kewibawaan selepas Pilihan Raya Umum ke-12 lalu kerana rakyat tidak lagi menaruh harapan terhadap parti itu," tegasnya ketika perjumpaan dengan masyarakat Cina di Dewan Terbuka Hock Teik, Jalan Satu di sini, petang semalam.
Baginya, BN umpama sebuah kapal yang hampir karam di lautan yang bergelora.
“Bila karam semuanya rosak termasuk enjin serta anak kapal," jelasnya dalam program anjuran Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pulau Pinang dengan kerjasama DAP Kepala Batas.
KAPAL NAK TENGGELAM?
KALAU KAPAL NAK TENGGELAM.... SIAPA YANG MULA MULA LARI?
MULA MULA TIKUS.
KEMUDIAN LIPAS.
nota:
awas dan waspada apabila kapal nak tenggelam!
sebelum lari para malaon dalam kapal
akan merembat apa sahaja yang dapat di rembat
ejin, katil, pinggan mangkuk, kerusi meja, tilam
semua akan dirembat. apa boleh kebas akan di kebas
apa boleh seludup alan di seludup
sauh dan layar juga akan dijual – tak percaya
sila pergi kedai besi buruk – mesti jumpa enjin kapal kah kah kah
UMNO PASIR PUTEH HANTAR SURAT BANTAHAN KEPADA TENGKU RAZALEIGH - mStar
Umno Bahagian Pasir Puteh menghantar surat bantahan kepada Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah kerana kecewa dengan pendirian pemimpin veteran Umno itu berhubung isu royalti minyak.
Ketua Umno Bahagian Pasir Puteh Zawawi Othman berkata pihaknya kecewa dengan tindakan Tengku Razaleigh yang menyatakan pendiriannya bertentangan dengan kerajaan pusat kerana hakikatnya Kelantan tidak layak menerima bayaran royalti minyak lima peratus itu.
"Satu surat bantahan berkaitan kehadiran Tengku Razaleigh pada majlis ceramah khas pada 28 Jan lepas telah dihantar semalam kepada Tengku Razaleigh," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Zawawi berkata salinan surat itu juga dihantar kepada Najib Razak serta Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Mustapa Mohamed untuk tindakan lanjut.
SAPA MALAON KETUA BAHAGIAN INI ?
TAK KAN LAAA KU LI TAK TAHU... APA YANG DIA CAKAP.
KU LI YANG BERTANGUNG JAWAB BUAT DRAF PERJANJIAN MINYAK.
NAMPAK NYA.... GEROMBOLAN DI KELANTAN INI MACAM NAK GADUH.
ATAU TULIS SURAT KERANA NAK BODEK?
SURAT KHABAR BUAT BUNGKUS NASI LEMAK
92 PERATUS RAKYAT MALAYSIA PERCAYA MEDIA BARU - malaysiakini
Sebanyak 92 peratus rakyat Malaysia mengikuti media baru seperti laman sosial Facebook dan Twitter, kata pensyarah kanan Universiti Malaya Prof Dr Abu Hassan Hasbullah.
Katanya, jika dibandingkan dengan Amerika Syarikat dan Eropah, Malaysia mempunyai lebih ramai pengikut setia media baru yang lebih percayakan laporannya berbanding dengan media arus perdana.
Menggalakkan penyertaan golongan muda dalam jaringan sosial, Abu Hassan mengajak lebih banyak penyertaan golongan tersebut di internet.
Bercakap kepada kira-kira 900 pemuda di Kongres Anak Muda Kebangsaan di Petaling Jaya, Abu Hassan berkata kebangkitan media baru sekarang ini telah menjadi semacam “agama” pada masa kini.
Katanya, untuk membawa perubahan dalam negara ini, orang muda mestilah melangkah setapak lagi memasuki media baru dan meninggalkan politik lama.
“Keluarlah daripada politik primitif dan majulah ke depan,” katanya yang terkenal dengan kajian masa depan melalui pusat kajiannya Zentrum Future Studies.
HABISLAAAA.....TV TIGA SUKU.
HABISLAAAA.... MELAYAU..
HABISLAAAA.... RTM.
PATUTLA ... SEMUA ORANG MUDA ADA FB.
ROBOH GERAI MELAYU , KENAPA TAK MELALAK SEPERTI DI PULAU PINANG ? – harakah daily
Tulisan :ANAK LABU
Utusan Malaysia dengan megahnya di muka depan menunjukkan gerai orang Melayu dirobohkan sedikit masa lalu di P.Pinang.
Nah, sekarang ini di Taman Gadong Jaya, Labu, Negeri Sembilan notis merobohkan gerai telah dibuat oleh Majlis Perbandaran Nilai.
Menariknya notis dikeluarkan sehari sebelum berlansungnya program JUARA RAKYAT bersebelahan dengan kawasan gerai tersebut pada 6 Mac 2010.
Di Negeri Sembilan, Kerajaan, MBnya orang Melayu , semua gerai ( 15 orang lebih kurang ) semuanya Orang Melayu dan majoriti di Labu ni orang Melayu. Tak kan berdiam diri sahaja.
Kalau di P.Pinang, Utusan Malaysia mengaung, "Pahlawan Melayu" rasa terhina, NGO atau Dewan Melayu melalak tentang ketidakperihatin Ketua Menteri Cina, apakah di N. Sembilan, nada yang sama tidak diutarakan?
Pelik dan Ajaibnya, notis berbunyi ....kacau ganggu iaitu meletakkan dan menjalankan perniagaan di atas jalan masuk ke balai raya Taman Gadong Jaya. ( Tempat berlangsung Program Juara Rakyat.)
Sedihnya, hampir 5 hingga 6 tahun mereka berniaga di situ, hanya kerana kononnya Program JUARA RAKYAT yang dirasmikan oleh Menteri Dalam Negeri ( itupun tak jadi datang..), mata pencarian mereka direntap sedemikian rupa... JUara Rakyat apakah ini?
Lebih menyedihkan, Ketua Pemuda UMNO Negeri adalah anak watan Labu sendiri.
Kita cabar beliau untuk mempertahankan Gerai2 Melayu ini dan mempertahankan penjaja melayu di Taman Gadong ini daripada tindakan MPN.Adun Labu tak payah nak cakap.
Beliau lebih arif dan mungkin terlalu sibuk untuk mengambil tahun hal-hal kecil sebegini agaknya?
nota:
inilah cara gerombolan buat kerja.
kalau di Pulau Pinang atau kerjaaan pakatan
heboh macam nak rak
kalau mereka buat kerja yang lebih jahat
menikus senyap
SIAPA NAK JADI JAMES BOND ?
SAKSI AKUI PEMBAYARAN KELULUSAN CALLING VISA UNTUK DANA POLITIK - mStar
Seorang saksi dalam perbicaraan kes rasuah bekas Ketua Pengarah Imigresen Wahid Md Don memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa pembayaran ke atas kelulusan 'calling visa' pekerja Bangladesh adalah untuk dana politik.
Ahli perniagaan Zulkafli Maulud, 53, berkata beliau mengetahui perkara itu setelah dimaklumkan oleh Low Chang Hian dan apa yang difahamkannya, wang itu untuk seorang Menteri.
Sebelum menyatakan wang itu untuk dana politik beliau juga menyebut ia sebagai sumbangan politik kepada orang yang sama.
Ditanya oleh peguam V. Sithambaram yang mewakili Wahid dalam pemeriksaan balas, sama ada beliau pernah berhubungan dengan adik ipar menteri terbabit yang dikenali sebagai Syed Abdullah, Zulkafli berkata: "Tidak pernah."
Pada perbicaraan lepas, seorang broker Burugabudeen Mohamed Ismail, 50, memberitahu mahkamah bahawa Syed Abdullah pernah menerima wang daripadanya sebagai upah mempercepatkan permohonan 'calling visa' untuk pekerja asing pada 2008 dan ia adalah untuk dana politik.
Mengikut pertuduhan, Wahid, 57, didakwa menerima rasuah RM60,000 daripada ahli perniagaan Low Chang Hian sebagai bayaran upah bagi mempercepatkan kelulusan permohonan 4,337 visa pekerja Bangladesh.
SAPA NAK JADI JAMES BOND ?
SILA TEKA.... MENTERI MANA?
DARI BERITA INI .... ADA TANDA TANDA MENTERI ITU.
SIAPA PANDAI CARI NAMA MENTERI ITU.
nota:
pemenang yang betul meneka
akan dapat bercuti di bangladesh
kalau nasib baik boleh bermalam
dirumah sharifah
Kata beliau,"APCO Worldwide, sebuah firma perunding antarabangsa berpangkalan di Amerika Syarikat tidak seharusnya terbabit dalam sebarang urusan politik di negara ini".
Bercakap pada sidang media selepas berucap di London School of Economics, Anwar yang sebelum ini ditohmah kononnya ejen
Yahudi, menyifatkan persamaan Satu Malaysia dan One Israel sebagai satu “kebetulan aneh”.
Ironinya, Umno yang mendabik dada sebagai juara Melayu dan memperjuangkan Islam khususnya dalam isu kalimah Allah, melantik APCO yang dipimpin sebahagian Yahudi berfahaman Zionis.
Anwar menyifatkan beban tanggungjawab bagi menerangkan peranan sebenar APCO terletak di bahu pimpinan Umno.
Khamis lalu semasa membahaskan titah Yang Dipetuan Agong di dalam Dewan Rakyat Anwar telah memdedahkan hubung kait APCO dengan pemerintah Zionis Israel dan mempersoalkan bagaimana
Perdana Menteri sanggup menggunakan khidmat syarikat tersebut untuk memperbaiki imej kerajaan.
Walau bagaimanapun dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam APCO yang mempunyai pejabat di Malaysia menafikan syarikat tersebut terbabit dalam menasihati Najib berhubung gagasan 1Malaysia.
"Bertentangan dengan kenyataan yang dibuat di Parlimen Malaysia, 1Malaysia telah diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum kerajaan Malaysia melantik APCO. APCO tidak mempunyai peranan dalam mengadun konsep 1Malaysia yang telahpun terbentuk sebelum pembabitan APCO.