Sabtu, 22 Oktober 2011

Senjata Perdana Menteri memecat dan mengantung seseorang

Artikel
Bercakap pasal Profesor Dr Abdul Aziz Bari digantung jawatannya sebagap pensyuarah undang undang university Islam Antara bangsa, teringat saya dengan apa yang diperlakukan kepada Datu Seri Sanusi Junid.

Sanusia Junid yang telah dipenjarakan arena politiknya dan dilantik sebagai presiden Universirti islam Antarabangsa bukan digantung malahan telah dipecat.

Pemecatan itu dibuat mungkin atas arahan perdana menteri waktu dia keluar umno ikut Tun Dr Mahathir Mohammad yang keluar umno kerana tak puashati dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Bagi saya gantung dan pecat seorang itu adalah sanjata seorang perdana menteri, kerana seorang rector tidak akan bertindak bersndirian.

Hal ini pernah disebut oleh Tun Mahathir Mohammad bahawa cantas mencantas dalam umno masih berlaku.

Dan inilah factor pilihanraya umum kali ke 13 tak sesuai diadakan pada tahun 2011. Jika diadakan juga BN kalah, kata Tun Mahathir.

Saya dengar ramai penganalisi politik umno, termasuk Profesor Dr. Ahmad Atory Husein pensyarah universitri Sains Malaysia berpendapat demikian.

Oleh itu amat wajar perdana menteri disebut orang yang bertanggungjawab mengantung tugas Profesor Dr Abdul Bari.

Hnedak arah mengeluar waran tangkap diditahan dibawah Akta ISA, ISA sudah dimansuhkan.Maka gantung tugas sebagai professor undang undang suatu tindakan yang terbaik.

Sebagai contuh, lihat Datuk Seri Sanusi Junid, hingga sekarang ini beliau membisu seribu bahasa tak berani bersuara lagi setelah dipecat sebagai presiden university Islam antara bangsa.

Dulu beliau pernah mengatakan Melayu bacul. Tapi sekarang ini siapa sebenarnya bacul tak berani berkata benar.

Ada kemungkinan Profesor Dr Abdul Aziz Bari suatu masa nanti jadi macam Sanusi Junid dan lain lain yang pernah dikenakan tindakan, termasuk ditahan dibawah Akta ISA.

Intipati Belanjawan Pakatan Rakyat 2012:

1. Subsidi RM22 bilion minyak mentah.

2. Bonus RM1000 setiap tahun untuk warga emas yang layak.

3. Bonus RM1000 setiap tahun untuk suri rumah dan ibu yang layak.

4. Memastikan pendapatan bulanan isi rumah mencecah RM550.

5. Penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dinaikkan kepada RM550 sebulan.

6. Gaji minima RM1,100 untuk penjawat awam.

7. Elaun Pendidik sebanyak RM500 setiap bulan untuk guru.

8. Penggunaan tenaga perunding luar dalam proses keputusan kerajaan dihentikan.

9. Penambahbaikan skim latihan vokasional dan teknik.

10. Peruntukan tambahan RM1 bilion untuk perumahan awam.

11. Melaksanakan skim perumahan “Bina dan Jual”.

12. Belanjawan Perdana Menteri sebanyak RM 10 bilion dipotong.

13. Lesen dan permit teksi diberi terus kepada pemandu teksi.

14. Lesen import AP akan dilelong.

15. Mengamalkan tender terbuka dengan jaminan skim-skim khas untuk Melayu/Bumiputra.

16. Pembelian senjata oleh Kementerian Pertahanan disemak kembali.

17. Mengutip hutang, tunggakan dan penyelewengan membabitkan dana dan aset negara.

18. Mengembalikan cukai eksais dan duti terhadap barangan mewah.

19. Menumpukan pembangunan wilayah.

20. Meminda Akta Geran Kapita 2002.

21. Menambah peruntukan RM3.6 bilion untuk pembangunan luar bandar.

22. Memperuntukan RM100 juta untuk program pembersihan dan pengindahan desa.

23. Melaksanakan sepenuhnya janji-janji di dalam Buku Jingga.

24. Merombak Jabatan Perdana Menteri.

25. Pengenalan laporan setengah tahun perbelanjaan dan prestasi kewangan negara.

26. Pembentukan tujuh Jawatankuasa Parlimen untuk membahaskan belanjawan.

‘Kalau orang meluat, pemimpin pun jatuh juga’


PULAU PINANG: Tumbangnya pemimpin dunia seperti Muammar Gaddafi adalah peringatan kepada sesiapa sahaja agar tidak takbur dan sombong dengan kuasa.

Ini kerana, jawatan ialah amanah yang datang dengan tanggungjawab, bukan semata-mata kuasa untuk mengumpul kekayaan diri sendiri, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kalau Allah takdirkan rakyat bangkit, orang seperti Mubarak dan Gaddafi pun diheret juga,” kata Anwar dalam perjumpaan dengan masyarakat Permatang Pauh di Dewan Orang Ramai Kampung Permatang Janggus, hari ini.

“Sementara kita ‘sihat’ ini berilah ruang. Jangan tembak rakyat. Jangan penjarakan ulama sampai mati di penjara. Walaupun 40 tahun pegang kuasa, tapi bila orang meluat, maka tetap akan jatuh juga,” kata Anwar merujuk tragedi kematian Presiden Libya, Muammar Gaddafi semalam.

Menyentuh Belanjawan 2012 yang dibentangkan kerajaan awal bulan ini, beliau mengingatkan ‘janji’ Najib yang kononnya mahu meringankan beban rakyat dengan pemberian banyak saguhati bersifat ‘one-off’.

Sedangkan dalam masa sama, kata Anwar, BN memeras rakyat dengan memperkenalkan cukai baru seperti Cukai Barangan & Perkhidmatan (GST)

“Pakatan Rakyat berjanji, Insya Allah kalau kita memerintah negara, cadangan cukai GST ini akan kita tolak sama sekali,” tegas Anwar.

Menyampaikan sumbangan kepada warga emas di Permatang Janggus

Tambahnya lagi, tuduhan pengkhianat Melayu yang dilempar kepadanya berbalik apabila skandal pembelian kilang arak San Miguel di Filipina oleh anak pemimpin Umno yang berharga RM 2.9 bilion dibongkar media antarabangsa.

Begitu juga dengan pendedahan di Parlimen berhubung pemberian Tabung Pertanian untuk nelayan penternak petani berjumlah RM 250 juta kepada anak seorang Menteri Kabinet.

“Apa petani dapat? Apasal tak tolong orang kampung. Inikah maruah pemimpin Melayu Islam?, soal Anwar.

“Sebab itu kita kena ada pendedahan. Baca Suara Keadilan, Harakah untuk tahu apa yang berlaku dan tak mudah ditipu,” kata Anwar sambil mengingatkan jentera KEADILAN perlu bersiap sedia kerana pilihan raya umum boleh diadakan pada bila-bila masa.

Anwar menggalakkan orang ramai membaca akhbar alternatif termasuk Suara Keadilan

Ketua Umum KEADILAN itu kini dalam rangka lawatan kerjanya selama sehari ke Pulau Pinang dan akan menyampaikan ceramah Perdana Demi Rakyat bersama-sama Ketua Menteri Lim Guan Eng dan Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Dr Mansor Othman di Dataran PASTI Sg Acheh, malam ini.

Jumaat, 21 Oktober 2011

Sabuisme, Azizbarisme adalah semangat juang Rakyat

Saya mengenali Profesor Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah undang-undang perlembagaan saya ketika saya belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Mudah ceritanya, Aziz Bari ialah tok guru saya dan sudah tentulah saya berasa amat terhutang budi kepada beliau.

Saya percaya ribuan pelajar dan bekas pelajar beliau turut berkongsi sentimen yang sama dengan saya.

Saya mengenali Aziz Bari sebagai seorang yang teguh dengan prinsip dan mempertahankan pandangan akademiknya berteraskan hujah ilmiah. Pandangan beliau yang tegas mengenai isu-isu perlembagaan dan kenegaraan sudah tentu perlu dibayar dengan risiko.

Ini yang selalu dipesankan oleh beliau kepada para pelajarnya. Disebabkan kelantangan beliaulah, beliau pernah berkata beliau tidak akan mempunyai peluang untuk menjadi Dekan di Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim (AIKOL), Timbalan Rektor, apatah lagi Rektor UIAM.

Pingat dan darjah kebesaran daripada istana, jauh sekali! Tetapi inilah harga yang perlu dibayar untuk mempertahankan maruah ilmu yang dijunjung oleh beliau.

Di dalam memberi ulasan dan pandangan, saya melihat Aziz Bari sebagai seorang yang berterus-terang dan tidak berlapik-lapik atau berdolak-dalik di dalam mengutarakan buah fikirannya. Tidak seperti sesetengah profesor kangkung dan bayam yang kita boleh kenal ciri-cirinya.

Buku-buku penulisan beliau mengenai perlembagaan juga secara terbuka mengkritik parti pemerintah dan tokoh-tokoh politik seperti Tun Dr Mahathir Mohamad. Bukan baru sekarang, tetapi konsisten sejak dahulu lagi.

Bacalah hasil penulisan beliau (masalahnya yang menghentam beliau pun tak pernah membaca buku-buku dan artikel-artikel beliau). Kalau orang menuduh Aziz Bari pro-pembangkang, ini juga saya fikir melucukan kerana kita masih belum terlupa beliau pernah mengkritik kepimpinan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara terbuka di media massa.

Ulasan Aziz Bari seringkali ditagih di dalam soal-soal berkaitan perlembagaan, dari zaman Meor Atiqulrahman, membawa kepada Lina Joy, sehinggalah krisis perlembagaan Perak dan terkini isu titah Sultan Selangor mengenai serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sebuah gereja.

Sudah tentulah tidak semua pandangan beliau boleh diterima oleh semua pihak, tetapi kalau tidak bersetuju, balaslah dengan hujah akademik. Tetapi di bumi bertuah ini, hujah intelek selalunya dibalas dengan laporan polis, soal siasat pihak berkuasa, surat tunjuk sebab dan pelbagai bentuk intimidasi lain.

Satu perkara lagi yang saya kagum dengan Aziz Bari ialah beliau seorang yang sangat rajin menulis, baik santai mahu pun ilmiah inti penulisannya. Tulisan-tulisan ini pula bukanlah dipetik daripada langit, tetapi beliau berkorban masa untuk menghasilkannya.

Para pelajar dan pensyarah di AIKOL boleh mengesahkan, sewaktu cuti-cuti umum, sewaktu UIAM lengang tidak berpenghuni, kita boleh melihat kereta Mercedes antik merah beliau di parkir kereta pensyarah dan lampu biliknya menyala hingga ke lewat malam. Pengampukah orang sebegini? Kaki bodekkah? Kangkungkah?

Sepanjang yang saya tahu, Aziz Bari tidak bercita-cita tinggi pun di dalam politik. Cita-citanya hanyalah para pelajar, buku-buku ilmiah dan hasil kajiannya sahaja. Setahu saya, Aziz Bari tidak ada telefon bimbit pun. Takkanlah orang yang tiada telefon bimbit sebegini cita-citanya mahu jadi wakil rakyat dan seterusnya menjadi menteri kabinet atau Perdana Menteri?

Terkini, beliau telah digantung tugas daripada UIAM disebabkan tuduhan-tuduhan jahat ke atas beliau. Saya percaya bekas pelajar-pelajar beliau yang sudah menjadi "orang-orang besar" menggeleng-geleng kepala dengan perkembangan ini.

Bagi saya, ini tidaklah aneh kerana warga UIAM sudah masak dengan wayang murahan sebegini. Kita pun tahu apa sudah berlaku sewaktu Ustaz Azhar Idrus dijemput berceramah di UIAM. Hilang seorang profesor, berderet-deret universiti luar negara yang akan mengambil beliau untuk berkhidmat di luar negara. Akhirnya siapa yang menjadi mangsa? Para pelajar kita juga.

Saya cuma insan kerdil yang tidak mempunyai kuasa dan upaya untuk mengubah keadaan. Saya hanyalah bekas anak murid Aziz Bari dan saya menukilkan pendapat saya ini sebagai tanda sokongan penuh saya kepada beliau. Warga UIAM dan bekas para pelajar beliau, marilah kita berdoa supaya Profesor Dr. Abdul Aziz Bari diberikan segala kekuatan untuk menghadapi ujian ini.

Berpegang teguhlah Prof, kami semua mendoakan. Sesudah Sabuisme, kita kini menyaksikan gelombang Azizbarisme.

Sudah Lama Aziz Bari Mendirikan Rumah Di Tepi Pantai

UNIVERSITI Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah menggantung tugas Pensyarah Kuliyyah Undang-Undang Abdul Aziz Bari (foto) mulai semalam. Penggantungan itu ekoran siasatan polis dan juga Suruhanjaya Komunikasi Multi Media (SKMM) terhadap penysrah kanan itu. Aziz Bari disiasat polis ekoran terdapat lima laporan polis berhubung kenyataanya yang dianggap sebagai menyentuh kedudukan sultan Selangor.

Salah seorang makhluk yang membuat laporan polis ke atas Aziz Bari ialah seorang senator dari Umno. Mudah-mudahan sempena ulang tahun sultan nanti senator itu akan dikurniakan gelaran Datuk memandangkan jasa-jasa dan bakti besarnya kepada Umno termasuk memburukkan bekas bosnya sendiri dan 'mendolor' bos barunya. Manusia seperti itulah yang mendapat sanjungan Umno.

Saya tidak mahu mengulas sebab musabab mengapa siasatan itu dibuat ke atas Aziz Bari dan apakah ianya relevan atau tidak. Umum sudah mengetahuinya serba sedikit sebab-sebabnya. Tetapi apa yang hendak saya ulas di sini ialah mengenai keberanian Aziz Bari dalam mengeluarkan suaranya berhubung bidang yang beliau arifi, iaitu perlembagaan. Juga keberaniannya dalam menyatakan sesuatu yang hak dan tidak hipokrasi seperti beberapa orang profesor kangkung menjalar lainnya.

Persoalannya apakah salah kalau Aziz Bari bercakap sesuatu dari sudut ilmu - perlembagaan yang beliau tahu? Jangan peduli apakah topik yang beliau sentuh itu sultan atau siapa? Yang penting apa yang beliau perkatakan itu kebenaran dari segi ilmunya. Islam menuntut kita memperkatakan kebenaran. Sebuah hadtih bermnaksud; katakan kebenaran itu walaupuin pahit.

Sebuah negara yang mengakui mengamalkan demokrasi dan memberi kebebasan kepada rakyat, salahkan tindakan Aziz itu? Apakah ilmu yang dipelajarinya hanya untuk dikenang semata-mata dan tidak boleh dimanfaatkan untuk umum. Sarjana yang dimilikinya bukan saja untuk membolehkan dia lulus periksa kemudian mendapat wang, tetapi mendauluatkan ilmu itu untuk kepentingan semua. Bahkah itulah matlamat sebenarnya mempergunakan ilmu untuk hidup.

Soal teguran itu menderhaka ia hanya persepsi pihak tertentu yang sudah lama membenci Aziz Bari kerana Aziz tidak pernah condong kepada bayangan politiknya dan juga membenci kepada keberanian dan kebenaran Aziz Bari. Tanggapan itu dari minda orang yang otat kemeto. Saya yakin kalau apa yang Aziz Bari cakapkan itu memberi untung kepada Umno beliau tidak dipengapa-apakan. Usahkan hendak dikenakan tindakan menggantungkan tugas, hendak siasat jauh sekali.

Sudah ada banyak contoh sebelum ini, sesiapa yang bercakap tidak menguntungkan Umno kalaupun benar dia akan dikenakan tindakan. Akan disiasat dan didatangi polis. Tetapi kalau dia bercakap menguntungkan Umno walaupun telah dipecat dari Umno tujuh kali dia akan dipuji melangit. Polis pula akan membisu untuk memanggil orang itu disiasat walaupun ada beratus laporan polis terhadapnya. Tindakan polis sebeginilah yang dianggap sebagai tidak profesional dan menjadi alat kepada Umno.

Sekitar tahun 1982 dulu hampir semua pemimpin Umno mempertikaikan kedudukan dan kuasa raja-raja Melayu. Ada raja yang diaibkan dengan mendedahkan harta dan juga skandal mereka di media massa. Tetapi anihnya tiada seorang pun yang terlibat dalam kerja mengaibkan raja-raja Melayu itu tidak dikenakan tindakan. Kenapa? Jawabnya kerana mereka Umno parti yang memerintah, bukan saja memerintah negara tetapi turut memerintah raja-raja Melayu.

Di Malaysia ini mudah saja kalau anda ingin mengkritik raja dan selamat tidak disiasat polis, masuk atau kritiklah raja-raja dari rumah Umno, nescaya anda akan selamat. Raja-raja juga tidak ada kuasa dan hak untuk mengambil tindakan ke atas orang mengaibkan mereka kerana tidak ada peruntukan undang-undang? Raja kita raja berperlembagaan. Perlembagaan pula bukan perlembagaan Malaysia tetapi perlembagaan Umno! Perlembagaan Umno pula bukan berlandas kepada tatabudi dan agama tetapi kepada nafsu pemimpin tertingginya.

Rasanya kita semua tahu akan hakikat ini. Tindakan ke atas Aziz Bari menunjukkan negara ini tidak menghormati ilmu yang ada kepada seseorang. Ilmu atau pun kebebasan dibenarkan hanya slogan sahaja. Di samping itu tindakan itu sebagai isyarat kepada yang lain. Kepada pensyarah yang cuba hendak bercakap benar dan mengkritik Umno perlu mengambil iktibar terhadap apa yang berlaku ke atas Aziz itu. Itulah tujuannya. Makanya kalau profesor yang hati 'kie' penakut akan urung ke belakang sebelas ini dan terpaksa mengajar anak muridnya menggunakan selibas Umno kembali.

Tindakan seumpama ini bukan baru berlaku, tetapi sudah lama terjadi. Orang yang cuba menegakkan kebenaran berlandaskan ilmu dan undang-undangnya akan dikenakan tindakan sekiranya ia bertentangan dengan kepentingan parti yang memerintah. Kecerdikan dan kelogikan akan mengatasi kuasa politik 'gedebe' di negara ini. Sebab itu di negara seperti Malaysia ini lebih baik jadi orang bodoh dan tolol dari jadi orang cerdik. Dalam kloni politik tidak kira Umno atau apa orang bodoh memimpin orang cerdik.

Mengenai masalah dan risiko dihadapi Aziz Bari ini, saya sudah lama menaruh kebimbangan. Saya sudah fikir dengan ketelusan dan keberanian beliau mentafsir sesuatu yang berlaku di dalam negara ini berdasarkan ilmunya tanpa 'perdamian', lama kelamaan beliau akan berhadapan dengan masalah. Kerajaan ini mana boleh menerima sesuatu yang benar dan hak.

Apabila beliau disiasat polis kemudian dikenakan tindakan tunjuk sebab oleh majikannya, apa yang saya bimbangkan sudah menjadi kenyataan. Tetapi tidak mengapa Aziz... mungkin ada pihak yang bergembira dengan tindakan itu walaupun natijah ia membodohkan diri sendiri, tetapi ada segolongan rakyat akan bersama anda. Saya sendiri sudah melalui apa yang baru terjadi ke atas Aziz Bari itu.

Mereka yang sihat otak berpegang kepada prinsip ilmu dan kebebasan bersuara akan menyanjungi apa yang Aziz lakukan. Pembawa kebenaran adalah Aziz. Keberanian ialah menyuarakan apa yang difikirkna betul berlandaskan ilmunya tanpa gayut kepada tekanan dan ugutan. Aziz dalam erti kata lain seorang pratikal, kerana dia mengamalkan ilmu yang ada kepadanya. Orang yang ikhlas, berani dan jujur beginilah pemimpin sebenarnya. Aziz juga bererti berani.

Kepada Aziz beliau jangan risau dan sedialah menerima apa sahaja hukuman. Umno berkuasa ke atas segala-galanya. Jalan terbaik bagi Aziz ialah turun ke gelanggang. Kalau kampus tidak membenarkan dan cuba memotong lidahnya dari menyatakan kebenaran beliau boleh tukar gelanggang. Terjunlah ke gelanggang siasah. Bukan pula bermakna bila terjun ke gelanggang siasah beliau terlepas dari menghadapu ujian. Siasah lagi banyak dan mencabar ujiannya.

Waktu ini adalah terbaik untuk Aziz memulakan gelanggang baru. Sementara UIA mengantung tugasnya, Aziz boleh menjelajah ke seluruh negara untuk memperkatakan kebenaran. Masa yang diberikan ini gunalah seluas mungkin untuk mempraktrik langkah baru dalam medan juang baru.

Saya tidak fikir orang seperti Aziz yang simple dan tawaduk, memikirkan soal wang. Beliau lebih memikirkan kebenarannya. Orang seperti beliau merasa bersalah kalau dia tidak mempraktikan ilmu yang ada kepadanya. Kalau beliau memikirkan soal wang pasti beliau akan menjejaki beberapa orang pensyarah universiti yang menjadi majikan beliau itu yang kini senang lenang dan kaya raya menurut kamus materialistik.

Sebenarnya orang macam Aziz Bari tidak ramai. Di universiti di kalangan pensyarah dan tenaga akademi hanya beberapa orang saja. Ada yang cuba melawan Umno tetapi bila umno menawarkan kerusi usang mereka kembali berpaling menjadi alat bukan penentang lagi. Mungkin ada mengatakan Aziz bodoh kerana tidak sedia untuk memutarkan lidah dan melacurkan ilmunya tetapi rakyat nun jauh di kampung merasa bertuah kerana memiliki seorang Aziz. Aziz telah menjadikan dirinya harta rakyat bukan menjadikan ilmunya mengejar kekayaan untuk dirinya.

Percaya dan yakinlah rezeki untuk hidup bukan bergantung kepada satu sumber sahaja. Allah telah memberi jaminan akan menyediakan rezeki dan kemudahan kepada mereka yang berjuang dijalan-Nya. Aziz tidak perlu gundah dan bimbang. Selagi nawaitunya betul dan hatinya ikhlas kepada Allah, Allah akan bersamanya. Kalau tidak percaya cubalah Aziz bertanding di mana-mana kerusi dalam pilihan raya akan datang, beliau tentu akan disokong rakyat. Sokongan rakyat itu adalah sokongan Allah kerana Allah menggerakkan hati dan kalbunya untuk berbuat begitu.

Saya mendoakana semoga Aziz tidak akan cemas dengan apa yang berlaku. Dan saya percaya Aziz sudah pun bersedia untuk berdepan dengan angin dan ombak, kalau tidak masakan dia berumah di tepi pantai; mendokong perjuangan rakyat menerusi Pakatan Rakyat samalah dengan pelaut yang berani mendirikan rumah di tepi laut.

Khamis, 20 Oktober 2011

Penyangak Hak Cipta Menghakimi Penyangak??

Artikel
Hakim Abdul Malik Ishak telah didakwa melakukan 'plagiat' - menciplak hasil kerja orang lain semasa berkhidmat sebagai hakim Mahkamah Tinggi di Johor pada awal tahun 2000.

Hakim ini dituduh memplagiat penghakiman oleh Mahkamah Tinggi Singapura, hakim GP Selvam dan Ironinya Hakim Malik ini mendengar kes yang berkaitan dengan hak cipta. Macam mana ni? Umpama penyangak, menghakimi penyangak jadinya!

Peguam Karpal menyifatkan tuduhan terhadap hakim yang serius, dan tidak mencerminkan baik pada badan kehakiman.

"Ia adalah jelas salah laku yang bersifat sangat serius pada sebahagian daripada Malik menjadikan badan kehakiman Malaysia hina," katanya, menuntut bahawa hakim itu digantung dan dibawa ke hadapan tribunal.

Kalau di negara Jepun, orang macam ini dah lama melakukan ‘Harakiri’ kerana malu. Tapi Hakim macam dia ini mana mampu nak buat macam itu sebab ramai lagi hakim-hakim, samada Ketua Hakimnya mahupun Peguam Negaranya yang lebih teruk kelaku dari dia masih terus mendapat sanjungan dan penghormatan orang-orang Malaysia yang mengundi Umno/BN

BILA MAHATHIR NAK JADI RAJA AFRIKA

BLACK MONEY DI TANGKAP DI INDIA




POLIS PERAK TUMPASKAN SINDIKET PENIPUAN ANTARABANGSA BERNILAI RM2 JUTA
– berita hairan

IPOH: Polis Perak berjaya menumpaskan dua sindiket penipuan antarabangsa, 'African Scam' dan Penipuan Macau membabitkan kerugian hampir RM2 juta, baru-baru ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan, berkata sebanyak 44 kes penipuan African Scam dilaporkan sepanjang tahun ini dengan jumlah kerugian RM847,149, manakala 55 kes penipuan kewangan yang berpusat di Macau membabitkan kerugian sebanyak RM935,984 bagi tempoh sama.

Kegiatan penipuan African Scam terbongkar selepas penangkapan 15 individu membabitkan 12 lelaki warga Afrika dari Nigeria selain dua wanita tempatan dan seorang rakyat Singapura yang ditahan pada 7 Oktober lalu di Kuala Lumpur dan Selangor manakala penipuan Macau masih dalam siasatan dan tiada sebarang tangkapan dibuat.



DI TANGKAP DI AMERIKA


KOLEJ SARANG PENJENAYAH? - meloya

KUALA LUMPUR 17 Okt. – Betapa mudahnya pelajar warga asing khususnya dari benua Afrika untuk masuk ke negara ini, seterusnya menjalankan kegiatan berunsur jenayah dan seolah-olah dilindungi pula oleh kolej swasta tempat mereka belajar.

Modus operandinya, pelajar itu hanya perlu mendaftarkan diri di kolej terbabit tanpa diwajibkan menghadiri kelas. Mereka hanya perlu menduduki peperiksaan apabila tiba waktunya.

Jika gagal, mereka akan dibantu pihak kolej untuk memperbaharui visa kemasukan dan pas pelajar bagi menyambung pengajian sekali gus tinggal di negara ini.

Malah, terdapat pelajar asing yang cuba memperbaharui dokumen mereka lebih daripada sekali, meskipun tidak pernah hadir kelas dan disyaki terlibat dalam aktiviti jenayah seperti dadah, pelacuran dan penggubahan wang haram.

Kegiatan lima buah kolej swasta di ibu negara itu yang seolah-olah melindungi pelajar asing tersebut terbongkar apabila ia dikesan Jabatan Imigresen ketika membuat permohonan memperbaharui dokumen pelajar masing-masing.

Pihak Imigresen bagaimanapun menolak permohonan itu selepas mengesyaki pas beberapa pelajar tersebut disalah guna hasil siasatan terperinci ke atas rekod kehadiran ke kelas serta keputusan akhir peperiksaan.

Malah, ketika permohonan, pihak pengurusan kolej bersungguh-sungguh merayu supaya dokumen pelajar mereka diperbaharui, dipercayai kerana pelajar tersebut sudah membayar wang pengajian.

NOTA:
ini bukan kenyataan rasis
ini kenyataan rasional
kenapa kita tak ada masalah cari masaalah
kenapa tak ada beban batu di galas
kita telah banyak masaalah dengan mat bangla jadi patriot
kita telah banyak masalah dengan mat indon jadi pengundi
ini nak bawa beban lagi?
apa punya gila!

orang itam yang datang ke sini bukan semuanya nak berlajar
ramai penyangak dan penyamun
ramai penipu dan orang jahat

ini semua berlaku apabila madey
ingin jadi raja afrika

ingat tak?

madey arahkan orang afrika boleh datang
masuk ke malaysia ini tanpa visa
meloroh masuk mat itam ini

dunia tahu orang nigeria kaki spam
malah ada negara di afrika sendiri tak beri warga nigeria masuk
sila tanya orang kenya
adakah mereka suka warga nigeria?
sila tanya warga aljeria
adalah mereka suka orang nigeria?
jangan cakap orang barat – memang mission impossible

semua ini kerana kolej dan universiti swasta
semua ini kerana kroni buka universiti dan kolej
nak bawa masuk pelajar luar
meloroh masuk mat itam

woit... kalau depa bijak mereka belajar di yale dan havard
apa ke jadah nya pergi pasar chow kit beli perut lembu

tak caya?
sila masuk pasar chow kit petang ini
pergi sebelah hujung dan lihat mat itam
jantan betina beli perut lembu
pelancung kepala bana apa beli perut lembu

NOTA:
kita bukan anti orang hitam
tapi pengalaman mengatakan orang itam akan bawa masalah
dimana mereka duduk – harga rumah akan jatuh
dimana mereka menginap – banyak kerosakan dan jenayah

NOTA:
untuk mereka yang berani mengatakan kita RASIS
sila ambil budak nigeria jadi anak angkat
sila ajak orang itam sewa rumah di kawasan mereka
sila jadikan anak menantu


NOTA:
kita bukan tak suka orang itam
kerana kulit mereka itam
orang itam ini selalu menggunakan isu kulit itam mereka
mereka akan menuduh kita rasis kerana tak suka kulit mereka hitam

ini karut!

ini samalah perangai macam zionis di isreal
kita marah israel kerna mengzalimi warga arab
lalu mereka menuduh kita anti semitik

lihat tiap hari kita terima email:
ada perempuan cun ingin berkenalan
ada perempuan sabah ayah mat saleh duduk di london ingin melawat malaysia
ada minah cun setengah china setengah mat saleh cari suadara lama di melaka
kita menang loteri
ada duit tersangkut diswiss bank
ada duit tersimpan kerana kapalterbang pecah
seribu satu penipuan

semua ini adalah kerja mat itam dari nigeria!

NOTA:
bukan kulit hitam yang kita timbulkan
tetapi kejahatan
orang papua kulit hitam
kita tak tibai kerana mereka tak bawa masalah

gerombolan sama kulit kita tibai juga
vincent tan kita tibai juga
ananda kita tibai juga
syed mokhtar kita tibai juga
bukan kerana kulit
kerana mereka orang jahat
macam zul nordin



NOTA:
kalau ada pembaca
yang menafikan mereka TIDAK pernah terima surat sedemikian
maka dunia ini akan kiamat ahad depan jam 4.47 minit petang

INI CARA MENDAPAT BANYAK UNTUNG

BANK OF LONDON DI TAWAN

nota:
tak guna rayu rayu
buat abis boreh
buat loteh lidah

humbankan saja gerombolan
tubuhkan kerajaan baru
ini saja jalan terbaik!




KERAJAAN DIRAYU SAMBUNG KONTRAK 45,000 STAF
- meloya

KUANTAN 19 Okt. – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa kerajaan menyambung semula kontrak kira-kira 45,000 penjawat awam yang akan tamat pada 31 Disember ini.

Presidennya, Omar Osman berkata, beliau menerima aduan daripada banyak agensi, jabatan dan badan berkanun bahawa kesemua penjawat awam daripada pelbagai jawatan itu tidak akan disambung semula kontrak mereka.

"Kesemua mereka telah menerima surat rasmi bahawa kontrak mereka yang bakal tamat hujung tahun ini tidak akan disambung seperti kebiasaan.

"Justeru, saya merayu kepada Najib Razak supaya mempertimbangkan perkara ini dengan menyambung semula kontrak mereka," katanya.

Menurut Omar, seiring dengan dasar kerajaan pada 2012, maka beliau yakin pelbagai kekosongan jawatan boleh ditawarkan kepada mereka.

"Saya menyeru kerajaan supaya menyambung semula kontrak mereka antara dua hingga tiga tahun kerana kebanyakan mereka telah berkhidmat antara lima hingga 15 tahun.
"Malah, kebanyakan daripada mereka adalah lepasan universiti yang menyandang gred 41 iaitu daripada kumpulan pengurusan dan profesional," jelasnya.

Bagaimanapun, katanya, terdapat beberapa jabatan seperti Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dan staf kontrak daripada Kementerian Sumber Manusia disambung semula kontrak perkhidmatan mereka.

"Saya bimbang jika kontrak mereka tidak disambung akan menimbulkan konflik dan pastinya membebankan kehidupan mereka terutama yang telah berkeluarga," ujarnya. –

NOTA:
kenapa anak muda diseluruh dunia bangun memberontak?
kenapa nak tawan wall street
kenapa nak tawan madirid
kenapa nak tawan city of london

inilah salah satu sebabnya
kerajaan membenarkan kerja kontrek
lihat berapa ramai yang kerja secara kontrek
kerja kontrek:
tak ada kwsp
tak ada cuti umum
tak ada cuti sakit
tak ada overtime
tal ada jaminan apa apa

inilah rancangan kerajaan rosmah/najib
yang ingin meminda akta pekerja 1955
akata ini akan membenarkan majikan
membuang pekerja tanpa dakwa dakwi
menghapuskan pekerja tetap
semua syarikat
semua jabatan
semua gedong perniagaan
akan dibenarkan pakai pekerja kontrek


NOTA:
nanti akan ada
cik gu kontrek
askar kontrek
polis kontrek
pegawai daerah kontrek
trafik kontrek

yang jadi kaya raya kontrektor
yang lain papa kedana

Rabu, 19 Oktober 2011

Siasat dari mana sumber kekayaan pemimpin UMNO - Usul dari PKR Permatang Pauh


Pembentangan usul oleh Ketua Penerangan PKR Permatang Pauh pada MATC 16 Oct. 2011

Usulnya...

SIASAT DARI MANA PEMIMPIN – PEMIMPIN UMNO/BN MENDAPAT SUMBER UNTUK MEMBINA KEKAYAAN MEREKA.

Sebagai hamba Allah yang dilahirkan dibumi bertuah ini kita wajar memanjatkan kesyukuran kita kepada Allah, kerana kita telah dilahirkan di sebuah negara yang mempunyai berbagai hasil bumi yang tidak dapat kita nafikan akan nilainya.


Di samping hasil petroleum dan gas yang berkualiti tinggi Negara kita juga dikurniakan Allah muka bumi yang subur sesuai untuk berbagai aktiviti pertanian yang tidak memungkinkan ada rakyat di Negara ini yang mati kebuluran kerana tidak makan.

Kita juga dikurniakan dengan Negara yang punya keadaan geografi yang strategic dan amat kurang dari bencana alam… syukur kepada Allah..

Namun begitu.. dalam limpahan kemewahan kurniaan Allah, kita masih melihat ada rakyat Negara kita yang hidupnya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang..

Dalam limpahan kemewahan ini masih ada rakyat Negara kita yang terpaksa makan siput babi, mengutip pucuk-pucuk kayu, menangkap ikan-ikan darat sebagai sumber makanan dan tinggal dipondok-pondok berlantaikan buluh beratapkan rumbia bagi meneruskan sebuah kehidupan.

Dengan hasil bumi yang tidak ternilai itu secara logiknya Negara kita sewajarnya jauh lebih mewah dari negeri jiran di selatan Semenanjung iaitu Singapura yang tidak mempunyai sebarang hasil bumi.

Biarpun pada awal kemerdekaan Negara kita, pendapatan per kapita Negara adalah kedua tertinggi di Asia selepas Jepun,namun begitu kini pendapatan perkapita kita jauh ketinggalan jika masih mahu dibandingkan dengan Negara matahari terbit itu.

Hakikatnya kini setelah semakin jauh kita meninggalkan hari Negara kita merdeka dari penjajahan British, jiran kita Singapura yang asalnya sebahagian dari kita kini jauh meninggalkan kita, baik dari segi kemajuan mahupun pendapatan perkapita.

Pada tahun 2010 pendapatan per kapita bagi Singapura adalah USD43,324 lebih tinggi dari Negara Jepun yang mencatat pendapatan per kapita USD43,161 dan hanya USD8,519 bagi Negara kita.

Kenapa ini boleh berlaku? Kemana menghilang hasil mahsul Negara kita? Hasil mahsul yang sepetutnya membolehkan pendapatan per kapita kita jauh lebih baik dari Singapura yang keluar dari Malaysia pada tahun 1965?

Itu antara kita dan Negara jiran kita..

Dalam Negara pula kita menyaksikan jurang perbezaan pendapatan antara sesama kita semakin jauh berbeza dimana yang kaya bertambah kaya.. yang miskin papa kedana..

Walaupun setelah 54 tahun negara merdeka serta 48 tahun Malaysia dibentuk, negara ini masih terperangkap dalam keadaan di mana 60 peratus pendapatan isi rumah berada di bawah RM3,000 sebulan.

RM3,000 sebulan adalah satu angka yang diiktiraf sebagai miskin jika mereka tinggal dibandar-bandar oleh Kerajaan Malaysia.

Miskin yang bakal mendedahkan kita kepada pelbagai masaalah yang melibatkan pemakanan, pembelajaran dan juga kesihatan yang bakal menjuruskan kita kepada gejala sosial pula..

Antara yang kelihatan bertambah kaya hanyalah beberapa pemimpin UMNO dan Barisan Nasional yang berada dipuncak kuasa dan juga kroni-kroni disekeliling mereka.

Ada antara mereka yang setelah berkuasa mampu membina mahligai seumpama istana yang nilainya jutaan ringgit sedangkan jika dihimpunkan gaji mereka sepanjang berkuasa mustahil untuk mereka memilikinya.

Kereta kereta mewah disusun mereka di garaj seumpama pasu bunga..

Ada pula yang isterinya mampu memiliki cincin bernilai RM24 Juta, Gelang tangan bernilai RM1.65 Juta dan beg tangan pula mencecah ratusan ribu ringgit.. tak mungin dimiliki biarpun jika menabung sedari kecil..

Dengan kuasa ditangan mereka, mereka juga dilihat menguasai berbagai bagai perniagaan samada diatas nama mereka atau nama proksi mereka..

Ada yang dilaporkan menguasai Bank yang mempunyai 150 buah Cawangan di seluruh dunia, 59 diantara Cawangan tersebut berada di Indonesia.

Ada yang menguasai perniagaan dan hartanah diluar Negara baik di Kanada mahupun USA, malah FBI juga dilaporkan menyewa daripadanya..

Ada juga yang dilaporkan mampu membeli kediaman mewah di London dan Australia yang bernilai puluhan juta setelah berkuasa.

Mereka juga telah menyalahgunakan kuasa mereka untuk menjarah hutan belantara, menarah bukit bukau memunggah keluar hasil Negara, seolah-olah milik Negara ini hak mereka.

Kita juga melihat tanah-tanah milik Negara dianugerahkan kepada sanak saudara dan juga kroni mereka biarpun mereka sedar ianya adalah milik Negara kita.

Malah setelah mereka berkuasa ada antara mereka dilaporkan telah menjual tanah milik Negara kepada kroni mereka dengan harga yang tidak masuk akal, terlalu murah jika dibandingkan dengan nilai pasaran.

Ketika kehidupan rakyat semakin terhimpit dengan kenaikkan harga barang kita melihat ada antara mereka atau isteri mereka masih mewah berbelanja seolah-olah merekalah raja..

Mereka menghabiskan berjuta wang Negara dalam setiap kali perjalanan keluar Negara tanpa memikirkan keperitan hidup rakyat sedangkan dalam masa yang sama, mereka mengingatkan rakyat agar berjimat cermat.

Malah dilaporkan juga mereka menyalahgunakan harta Negara untuk kepentingan peribadi mereka dalam lawatan yang disifatkan sebagai lawatan rasmi.

Apa yang disenaraikan tadi hanyalah sebahagian saja.. bayangkan berapa banyak ketirisan angkara penyelewengan mereka..

Tidakkah ini satu penyalahgunaan kuasa oleh mereka? Bukankah penyalahgunaan kuas itu merupakan satu jenayah?

Oleh itu… dengan ini diusulkan andaikata Pakatan Rakyat berjaya menguasai pentadbiran Negara, tubuhkan satu Suruhanjaya diraja bagi menyiasat dari mana sumber yang diperolehi oleh pemimpin-pemiimpin atau Menteri-menteri dari kerajaan Barisan Nasional untuk membina harta itu.

Bekukan segala harta mereka yang disyaki dan sekat perjalanan mereka keluar Negara sehingga siasatan terhadap mereka selesai.

Jika didapati benar mereka telah menyalahgunakan kuasa untuk membina harta, RAMPAS dan KEMBALIKAN harta kekayaan yang diperoleh secara haram oleh mereka kepada perbendaharaan Negara.

Laporan Audit Negara : Apa yang Najib mahu disembunyikan?


Kegagalan pihak kerajaan memberi penjelasan kenapa Laporan Ketua Audit Negara lewat dibentangkan di Parlimen kini bertukar menjadi skandal besar.


Sebuah akhbar berbahasa Cina melaporkan bahawa apabila ditanya bilakah laporan tersebut akan dibentangkan di parlimen, seorang pegawai dari pejabat Ketua Audit Negara menjawab secara selamba bahawa laporan itu akan dibentangkan pada 1 Disember, hari terakhir sesi sidang parlimen kali ini.

Apabila seorang wartawan akhirnya berjaya menghubungi Timbalan Ketua Audit, beliau berkata beliau tidak perlu menjawab apa-apa soalan, termasuk bila laporan itu siap atau bila ianya akan dibentangkan di Parlimen. Beliau mencadangkan agar soalan seumpama itu diajukan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz.

Dan Nazri, yang bertanggungjawab tentang urusan parlimen, dilaporkan akhbar itu pada 10 Oktober sebagai berkata bahawa beliau tidak pasti bilakah laporan itu akan dibentangkan di Parlimen kerana tugas itu adalah tanggungjawab Kementerian Kewangan.

Nazri selanjutnya dilaporkan dalam internet pada 11 Oktober berkata bahawa beliau menjangka laporan itu akan dikeluarkan dua minggu setelah kabinet menelitinya dalam mesyuarat kabinet pada 14 Oktober.

Ahli Parlimen PKR-Sungai Petani, Johari Abdul memberikan jawapannya. Apabila disoal wartawan di parlimen pada 13 Oktober beliau memberitahu bahawa beliau sendiri telah menelefon pejabat Ketua Audit pada hari sebelumnya.

Beliau diberitahu bahawa laporan itu sudah siap lebih awal berbanding tahun lalu dan para pegawai tersebut merasa bangga kerana telah berjaya melaksanakan tugas itu (menyiapkan laporan itu) dengan lebih baik berbanding tahun lalu.

Malahan, para pegawai tersebut terkejut apabila diberitahu bahawa laporan itu tidak sampai di tangan ahli-ahli parlimen.

Sudah menjadi tradisi bahawa laporan Ketua Audit itu mesti sampai di tangan ahli-ahli parlimen pada tepat waktunya sebagai persediaan menghadapi pembahasan bajet tahunan.

Penangguhan yang sangat lama pada tahun ini (10 hari selepas belanjawan negara dibentangkan pada 7 Oktober), walaupun dikecam hebat oleh ahli-ahli parlimen pembangkang, adalah sesuatu yang luar biasa.

Daripada cakap-cakap mulut Nazri dan para pegawai Ketua Audit, tidak dapat disangsikan lagi bahawa laporan tahunan ini telah disembunyikan di mana-mana di antara pejabat Ketua Audit dan parlimen.

Institusi bebas

Mengganggu tugas Ketua Audit merupakan satu kesalahan di bawah perlembagaan kerana Ketua Audit adalah institusi yang bebas seperti mana tahap kebebasan yang dinikmati oleh pihak kehakiman dan suruhanjaya pilihan raya.

Selain daripada dilantik oleh Yang DiPertuan Agong, keraian dan terma-terma perkhidmatan Ketua Audit ditentukan oleh Parlimen.

Beliau tidak boleh dipecat daripada tugasnya melainkan melalui sebuah tribunal seperti mana yang dinikmati oleh para hakim (Artikel 105 Perlembagaan Persekutuan). Laporan-laporan Ketua Audit terus dikemukakan kepada Agong yang menentukan ianya dibentangkan di parlimen (Artikel 107).

Adalah jelas bahawa peruntukan yang begitu ketat ini di bawah perlembagaan bertujuan untuk memberi kebebasan kepada Ketua Audit untuk memastikan bahawa beliau boleh menjalankan tugas dengan bebas sebagai sebuah badan yang neutral untuk meneliti pengurusan kewangan kerajaan tanpa campurtangan dari Eksekutif.

Saluran komunikasi direka sedemikian rupa supaya ianya melangkaui pihak Eksekutif. Ianya dari Ketua Audit terus kepada Agong dan daripada Agong terus kepada Parlimen. Di sini jelas bahawa pihak Eksekutif tidak mempunyai peranan dalam merencana laporan-laporan Ketua Audit atau pembentangannya di Parlimen.

Makanya situasi ini amat membimbangkan apabila kita diberitahu bahawa laporan itu harus dibahas oleh kabinet dan bergantung kepada Kementerian Kewangan untuk mengeluarkannya.

Dengan pendedahan terbaru bahawa laporan itu hanya akan dikeluarkan pada hari terakhir sesi parlimen kali ini dan keengganan Timbalan Ketua Audit untuk memberi sebarang maklumat bermakna situasinya kini menjadi lebih jelas.

Ketua Audit yang dipuji pada masa lampau kerana menyediakan laporan penilaian yang bebas berhubung pengurusan kewangan kerajaan, telah menjadi mangsa terbaru kepada cengkaman tangan-tangan halus Barisan Nasional (BN) yang mencabul kebebasan hampir semua institusi di negara ini.

Untuk menyelamatkan institusi ini daripada cengkaman dan menjadi agensi yang berada di bawah kawalan BN, Ambrin Buang harus bangkit menyuarakan dengan berani.

Beliau mesti memberitahu rakyat bila dan kepada siapa beliau menyerahkan laporan tahunannya serta sama ada terdapat percubaan pihak Eksekutif untuk meminda isi kandungannya atau melengah-lengahkan pengeluaran laporan itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak harus menjelaskan apakah tindakan yang diambil oleh Eksekutif berhubung laporan Ketua Audit itu.

Jika beliau gagal berbuat demikian maka ahli-ahli parlimen harus membawa usul untuk mendakwa Perdana Menteri atas sebab pecah amanah di bawah perlembagaan.

Selasa, 18 Oktober 2011

Antara Kisah Silam Mahathir Dan Pelacur....

Analisis Isu

Akhirnya manusia bernama Mahathir bersuara,barangkali kerana merasakan suara itu ada sakti untuk memperbodohkan mereka yang sudah lama bodoh kerana membiarkan BN terlalu lama memerintah.Apa lagi yang ingin Mahathir suarakan pasal raja-raja Melayu kerana selama ini Mahathirlah raja segala raja.Rajanya Mahathir kerana tidak ada rakyat dibawah yang pernah mendengar Raja menegur Mahathir selama dia menjadi Perdana Menteri.



Bahkan sewaktu Mahathir menjadi Presiden UMNO, terpahatlah sebuah filem panjang pada perhimpunan agung UMNO bila habis segala yang ada pada tubuh Raja-Raja Melayu cuba ditelanjangkan.Walaupun sebelum tahun 1983 dalam era 70an Mahathir cukup lantang membicarakan soal Melayu.Antaranya dalam buku The Malay Dilemma kata Mahathir: "Pertama kali terlintas difikiran ialah kebanyakan orang Melayu berfikiran feudal dan senang dengan keadaan demikian.Satu revolusi yang bermula dengan menyebarkan fahaman menghancurkan institusi Raja yang sudah lama wujud akan gagal.Ia tidak akan dapat sokongan majority dari orang-orang Melayu yang berfikiran kolot.Bagaimana pun,Raja-raja Melayu tidak menyusahkan orang Melayu dan orang-orang lain.Perbelanjaan memanglah tinggi untuk mengekalkan institusi Beraja ini,tapi oleh kerana dipisahkan dari kuasa,Raja-raja ini tidaklah melakukan kezaliman.Disamping itu,Malaya tanpa Raja-raja akan memungkinkan kegerhanaan penuh terhadap nasib bangsa Melayu." Kalau perhatikan kata di atas sewaktu Mahathir dipecat dari UMNO dan berceramah atas pentas PAS maka barangkali jika ada anak yang selain keturunan Sultan yang layak menjadi raja maka Mahathirlah orangnya.Tapi selepas Mahathir menjadi Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri dan merangkap pula sebagai Menteri Kehakiman(sebelum peristiwa pemecatan Tun Salleh Abbas dan hakim-hakim lain) sayu sudah nada perjuangan Melayu beliau.

Isu Gomez yang bukan Melayu diangkat dan dijulang buat menghilang dan menelanjangkan kuasa Raja-raja Melayu.Isu Al-Marhum Sultan Johor memukul Gomez ditimbul buat memukul kekebalan seluruh Raja-raja Melayu.Natijahnya hilanglah sudah kekebalan Sembilan Raja-raja Melayu yang berdaulat.Kata-kata Al-Marhum Ust Fadhil Noor benar:"Jangan kita buang baju besi yang ada pada Sultan dan pakaikan pada UMNO kerana UMNO memang sudah kebal."Lalu berulanglah sejarah Raja Melaka,kerana Si Ketol dan Raja Mandaliar yang menjadi biang keladi habis luluh lantak seluruh pemerintahan!

Bayangkanlah sebuah parti yang terkenal dengan Hidup Melayu akhirnya sanggup menjadikan medan perhimpunan agungnya untuk menghimpunkan segala kalimah caci maki pada Raja-raja Melayu!Tidakkah ini merupakan pengkhianatan UMNO pada Raja-raja Melayu.Barangkali Mahathirlah yang paling kurang ajar kerana menjadikan ahli UMNO juga kurang ajar sepertinya yang sanggup menghina Raja-raja Melayu.Bahkan ada pemimpin UMNO yang lebih dahsyat kurang ajarnya bila melarikan anak raja,yang tidak pernah dipanggil kurang ajar oleh Mahathir kerana Mahathir memang kurang ajar untuk menilai mana yang baik dan juga buruk!

Kata Mahathir,Dr Aziz Bari kurang ajar,memang Aziz Bari kurang ajar kerana kurang tahunya pensyarah undang-undang itu untuk mengajar Mahathir yang paling biadap itu.Aziz Bari ialah orang akademik yang telus,yang bukan seperti sesetengah sejaratawan(sejarah tak ketahuan) yang boleh digelapkan dengan fulus.Barangkali Mahathir sangat dendam pada Aziz Bari yang berjuang meletakkkan undang-undang pada tempatnya.Melalui buku dan syarahannya Dr Aziz Bari banyak mencelekkan mereka yang telah dibutakan oleh UMNO tentang undang-undang.Termasuklah beliau barangkali yang pertama telah menyebutkan frasa Islam agama bagi persekutuan dalam perlembagaan itu sudah cukup kuat untuk membolehkan perlaksanaan hukuman Hudud,Qisas dan Takzir.

Bagi penulis Aziz Bari itu ditakuti bukan sekadar kerana keberanian menegur dan pada ilmu beliau jujur, tetapi juga kerana beliau ialah ahli akademik yang cakna pada apa yang sedang berlaku pada Negara.Beliau terlalu sensitive terhadap masa depan bangsa,tanah air dan juga Islam terutamanya.Bahkan dalam soal PAS juga Aziz Bari mahu lihat parti ini lebih kompetitif untuk berhadapan dengan UMNO hingga mengundang kritikan yang terlalu pedas dari SEGELINTIR ahli PAS yang berfikirnya malas!Mungkin Aziz Bari itu benar tulin Melayunya hingga tidak sanggup melihat Melayu itu dimanipulasikan oleh politikus yang terlalu rakus,kerana itulah beliau sangat sensitif dan responsif.

Bukan seperti Mahathir yang memang tidak terluka dengan kehancuran Melayu kecualilah bila menganggu kroni politik atau kerabatnya sahaja,barangkali kerana 'negaratawan'(orang yang menjadikan Negara tak ketahuan) itu bukan asli Melayunya! Bahkan bukan cerita baru bila Mahathir bertindak secara jalan belakang dalam membelakangi kebenaran dengan mematikan karier individu yang cuba menegakkan kebenaran.Antaranya ialah pemecatan Tun Salleh Abbas sebagai Ketua Hakim Negara.Dato Seri Anwar Ibrahim lebih teruk lagi,bukan sekadar dipecat dengan jalan belakang,bahkan dituduh main belakang.

Mungkin Mahathir lupa untuk pandang belakang,kerana barangkali dia lebih rela generasi depan meludah dalam lonkang bila mendengar namanya suatu hari nanti! Mahathir merasakan dirinya terlalu tinggi hingga kalamnya barangkali lebih mulia dari kalam Allah.Sebab itulah banyak pasal hukum dan sunnah sanggup dicaci tanpa taubat dan penyesalan.Kata Tok Guru, sayang kerana dia hanya pandai dunia,tapi tidak akhirat,pandai bab ekonomi tetapi tidak ada Islam.Mungkin doa Al-Marhum Ust Fadhil sudah diangkat tinggi dan diperkenankan Allah,agar nanti Mahathir tahu tingginya kuasa Allah untuk menghancurkan Ahzab moden yang bernama UMNO.Mahahtir pasti menjadi saksi,betapa UMNO pasti akan lebih hina dari nasi yang basi,orang bukan takkan sanggup suap,dengar bunyi UMNO pu n nanti orang akan meluat.

Ketahuilah Mahathir betapa mungkin pelacur di Lorong Hj Taib pun akan sumpah seranah UMNO,kerana hebatnya Negara kebajikan UMNOlah akhirnya mereka melarat sampai jual tubuh.Setidaknya mereka lebih mulia dari UMNO kerana apa yang mereka lakukan hanyalah melibatkan kezaliman pada diri mereka sendiri,tetapi pemimpin UMNO itu zalimnya bukan pada diri sendiri,tapi pada hampir 27juta Rakyat Malaysia!Banyak lagi sebab kenapa pelacur di situ lebih mulia dari Mahathir,kerana mereka hanya jual tubuh,tapi UMNO jual agama,bangsa dan Negara!Barangkali pelacur di Lorong HJ Taib melacur kerana jahil atau ada kisah silam mereka yang tidak diketahui kenapa mereka jadi begitu,tetapi kisah silam Mahathir yang memuramkan Islam di Malaysia barangkali semua orang dah tahu….Bertaubatlah Mahathir,pintu taubat Allah MASIH terbuka luas untuk anda!!!

RAJA GOPAL BUKAN NABI - MEREKA FREE LOADER

KAKI MAKAN FREE = FREELOADER




KOMEN KOMEN TERKUMPUL DI LAMAN TWITTEER DR ASRI



Manusia feudal yg paling hina ialah apabila raja @ pemerintah menyanggahi Tuhan mereka diam, apabila rakyat kritik raja mereka gelar derhaka.

Tahniah Prof Aziz Bari. Malaysia memerlukan orang seperti anda yg merdeka fikiran. Bebas dari jiwa feudal melayu. Sultan bukan nabi, mereka tidak maksum.

Mereka yang beriktikad titah sultan tidak boleh dipertikaikan 'boleh rosak akidahnya'. Itu ajaran yang percaya raja itu dewa. Menyanggahi akidah Islam.

sultan ada hak bercakap dan Aziz Bari ada hak brcakap. Apa masalahnya?!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

NOTA:
jelas raja gopal bukan nabi
jelas raja gopal bukan maksom
jelas raja gopal hanya free loader



NAJIB YANG BERMASALAH - UNTUNGKAN PEMODAL BARAT

BERITA UNTUK GEGAR BRAHENG



nota:
kalau braheng senyap
ertinya gerombolan
tidak akan meletakkan calon
di pasir mas







MUKHRIZ SAHKAN NAJIB MAHU TEKAN MERITOKRASI BANTU MELAYU
- minsider

Najib Razak hujung minggu lalu menekankan keperluan menggunakan meritokrasi bagi memajukan orang Melayu yang terbaik di negara ini, bukannya mahu menghapuskan dasar-dasar pro-Bumiputera meskipun beliau mengambil pendekatan meliberalisasikan ekonomi, kata Mukhriz Mahathir.

Ketika berucap pada sesi tertutup majlis Persatuan Bekas Pelajar Maktab Rendah Sains Mara Malaysia (Ansara), Perdana Menteri dilaporkan berkata bahawa tindakan afirmatif dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) akan kekal.

Mukhriz , mengesahkan laporan itu ketika ditemui The Malaysian Insider semalam.
Beliau menambah, Najib menekankan mesej tentang keperluan menghapuskan mereka yang hanya mengharapkan bantuan semata-mata, sebaliknya mahu membantu orang Melayu agar lebih berdaya saing.

“Kita tidak mahu lihat ahli-ahli perniagaan Melayu menjual aset-aset, khususnya apabila mereka berhadapan dengan krisis yang besar. Kita telah melihat yang ini sebelum ini.

“Jika saya mahu menjadi popular, maka saya boleh memuaskan pihak yang merentir,” kata beliau dipetik berkata oleh blog.

APA MAKNA BERITA INI

baca sekali lagi
baca sekali lagi
baca sekali lagi

JUMPA KUNCINYA?

kunci berita ini ialah:
SESSI TERTUTUP



sessi tertutup dibuat kerana najib takut
takut apa?
takut rosmah ke?

najib yang klik klok
takut dengan media barat
takut dengan asia wall street journal
takut dengan the times of london
takut dengan financial times
takut dengan the economist

akhbar akhbar ini telah menibai najib
akhbar ini yang mewakili kepentingan pemodal antarabangsa
tahu najib lemah
tahu najib terlibat kes bunuh
tahu najib flip flop
lalu mereka beri tekan demi tekanan
media ini mahu dasar liberalisasi digunakan
liberalisasi ini bemakna syarikat antarabangasa boleh buka apa saja
liberalisasi bemakna mek donal boleh buka di kuala lumpur
liberalisasi bermakna bank luar negara boleh buka dimalaysia

untuyk sedap cerita liberalisasi ini
mek jam boleh buka warong nasi lemak di new york
mek ngoh boleh buka nasi atak di los angles

inilah yang sedang berlaku
najib yang banyak masalah pribadi
tidak ada pilihan terpaksa membuat sidang tertutup


TETAPI

kalau sidang tertutup kenapa malaon botak ini bocorkan
berita ini dibocorkan untuk braheng ali
dan semua yang sewaktu dengan braheng
ini cara kerja tim anti najib
jelas perbincangan tertutup sengaja di bocor
ini nak naikan semangat perkasa
ini nak hotkan cik gu azmi
ini nak bagi zul nordin naik angin
ini nak beritahu ngo melayu yang najib telah jual mereka

ini sebenarnya berita dari tim anti najib
ini cara halus gerakan anti najib sedang bergerak!



MAHAFIRAUN





NOTA:
ada beza dasar
antara najib dengan madey

najib pro pemodal barat
bermakna cicir kontrektor melayu

madey anti pemodal barat
cicir juga kontrektor melayu

Sampai bila Malaysia akan diperintah oleh pemimpin yang gagal?

Najib Razak menyindir Belanjawan Pakatan Rakyat sebagai bajet yang "menjanjikan bulan dan bintang" yang bunyinya sama seperti ejekan budak-budak sekolah yang masih berhingus.

Mungkin, ia bukanlah sesuatu terjangkau oleh fikiran mereka di pihak Barisan Nasional kerana Pakatan Rakyat bukan sekadar menjanjikan urus tadbir ekonomi yang baik malah menawarkan pentadbiran yang berintegriti dan telus seperti mana terbukti di negeri-negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.

Bukti-bukti kejujuran Pakatan

Sebagai contoh, kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang tidak berasaskan perkauman dan politik kronisme berjaya mencatatkan lebihan bajet untuk tiga tahun berturut-turut sejak 2008 melalui urus tadbir cekap, akauntabel dan telus (CAT).

Kejayaan ini yang disahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara juga mendapat pujian Tranparency International di Malaysia kerana berjaya memerangi rasuah.

Pentadbiran yang bersih itu telah menghasilkan "dividen anti-rasuah" yang dikumpulkan bagi mengadakan program untuk membantu warga emas, orang kurang upaya dan banyak lagi yang mana kebanyakan penerimanya adalah kalangan orang Melayu dan umat Islam negeri.

Kerajaan Pakatan Selangor pula mengadakan banyak program membantu warga emas dan golongan miskin serta menghidupkan kembali projek perumahan rakyat yang terbengkalai sewaktu pemerintahan BN dahulu.

Yang terbaru, statistik Malaysia Industrial Development Authority (MIDA) mengenai pelaburan di Malaysia bagi separuh penggal tahun ini menunjukkan Selangor sebagai negeri paling banyak mempunyai projek yang diluluskan.

Sebanyak 158 projek perindustrian yang diluluskan di Selangor dan ini merupakan 31% daripada jumlah projek bagi seluruh Malaysia, menurut Exco Kanan Kerajaan Negeri Selangor bagi Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Teresa Kok.

Kerajaan negeri Pakatan Kedah yang juga bebas rasuah telah berjaya mengamalkannya melalui cara kepimpinan melalui teladan di mana pimpinan negeri tidak menggunakan jet kerajaan, tidak tinggal di hotel mewah, malah membuat potongan gaji dan elaun yang dapat menjimatkan pentadbiran daripada pembaziran.

Begitu juga kerajaan negeri Pakatan Kelantan yang telah sekian lama diterima oleh anak negeri kerana cara hidup sederhana dan anti-rasuah yang diamalkan sejak lebih 20 tahun lalu.

Ini bererti Pakatan Rakyat mampu mentadbir negeri dengan baik, telus dan serius menangani masalah rakyat.

Memang benar Pakatan menawarkan pemberian tunai dan pelbagai program kebajikan kepada rakyat sebagaimana yang ditiru oleh BN tetapi ada satu perbezaan besar yang tidak ditawarkan oleh BN - pentadbiran yang adil, bersih, telus dan anti-rasuah.

Melihat Bajet BN 2012, ternyata bajet yang dibentangkan oleh Najib baru-baru ini bukan sekadar bajet pilihan raya tetapi memperlihatkan ketandusan idea pentadbiran BN, malah sebahagian daripadanya dicedok dari idea Belanjawan Pakatan Rakyat sendiri.

BN gagal angkat martabat insan

BN terdesak sehingga terpaksa mengulangi berapa banyak subsidi yang telah diberikan kerajaan kepada rakyat sedangkan perkara ini telah pun kita ketahui.

Malah, lebih memalukan apabila BN yang sebelum ini bermati-matian mengatakan subsidi akan menjadikan negara bankrap terpaksa menelan ludah sendiri apabila terpaksa mengekalkannya.

Sudah tentu ia bukan kerana BN sayangkan rakyat tetapi semata-mata mahu memancing undi dalam pilihan raya umum akan datang. Jika tidak, mengapa perlu lidah bercabang? Bukanlah Pakatan Rakyat lebih konsisten dalam membuat tawaran ikhlas kepada rakyat?

Rakyat berhak mendapat subsidi yang lebih banyak dari sekarang memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan pelbagai sumber ekonomi. Jika kerajaan BN kesempitan wang, ia adalah berpunca daripada pentadbirannya yang penuh dengan ketirisan, kebocoran dan tidak telus.

Ini menunjukkan bahawa BN gagal menangani masalah ekonomi dengan baik apatah lagi bergelut dengan pelbagai isu ketirisan wang negara yang parah.

Kalangan rakyat yang tinggal di bandar terutamanya telah lama dihimpit masalah ekonomi yang kian mendesak.

Apa yang Najib lakukan untuk membela nasib golongan ini? Menurunkan cukai, mengurangkan harga petrol? Jauh sama sekali.

Malah, diskaun tambang LRT dan monorel yang amat diperlukan oleh pelajar, pekerja awam serta kakitangan swasta tidak dipedulikan; sebaliknya mahu diberikan kepada warga emas yang amat jarang menggunakan perkhidmatan pengangkutan itu.

Apakah pengecualian yuran sekolah yang sememangnya hanya beberapa ringgit itu sudah cukup untuk memperbaiki status ekonomi rakyat?

Apakah pemberian bonus untuk kakitangan awam sahaja mampu menyelesaikan masalah kemiskinan rakyat terbanyak? Sedangkan jumlah pekerja yang ramai adalah dari sektor swasta. Jadi di mana pelaksanaan gaji minima untuk mereka?

Mengapa pula Akta Pekerjaan mahu dipinda untuk member lebih kuasa kepada majikan? Siapa sebenarnya yang dibela oleh kerajaan BN?

Najib dan BN bukan sahaja gagal menangani masalah ekonomi rakyat malah gagal mengangkat martabat insan untuk mendapat keadilan dan kesaksamaan yang sewajarnya.

Apakah kita sebagai rakyat wajar mendapat layanan sebegini dari sebuah kerajaan yang telah diberikan amanah? Dan sampai bilakah kita harus membiarkan negara ini ditadbir oleh orang-orang yang gagal?

Apa muslihat sorok Laporan Ketua Audit Negara?- Anwar

KUALA LUMPUR 17 Okt: Selepas masuk minggu kedua Belanjawan 2012 dibentangkan pada 7 Oktober lalu, Dewan Rakyat masih belum dibekalkan dengan Laporan Ketua Audit Negara.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya, terdapat usaha untuk menyorokkan kandungan laporan berkenaan supaya ia tidak dibahaskan.

“Bila Dewan mahu menyerahkan? Apakah ini muslihat untuk menyorok dan menangguhkan supaya kandungannya tak dapat dibahaskan?,” soal Anwar di Dewan Rakyat hari ini.

Justeru itu beliau mahu Speaker Dewan Rakyat memberi jaminan bagi memastikan Laporan Ketua Audit Negara diserah dan dibentangkan secepat mungkin.

Ini kerana menurut Peraturan Mesyuarat 20 (1), Dewan Rakyat, Speaker dan ahli mesyuarat mesti dibekalkan dengan Laporan Ketua Audit Negara, sedangkan perbahasan Belanjawan 2012 telah memasuki minggu kedua.

“Speaker perlu memastikan perjalanan mesyuarat. Laporan Ketua Audit Negara mesti disediakan,” tegas beliau.

Sementara itu, Timbalan Speaker II Dewan Rakyat, Tan Sri Ronald Kiandee turut mengakui Dewan Rakyat masih tidak menerima Laporan Ketua Audit Negara untuk dibentangkan meski pun telah dua minggu perbahasan Belanjawan 2012 berlangung.

“Saya pun senasib dengan Yang Berhormat sekalian, masih belum terima Laporan Ketua Audit Negara,” katanya.

Hal ehwal Parlimen adalah dibawah seliaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz yang dimaklumkan kini sedang berada di luar negara.

Sementara itu, difahamkan Laporan Ketua Audit Negara tidak dibentangkan kerana dibimbangi memberi persepsi berbeza terhadap pentadbiran negeri-negeri Pakatan Rakyat yang mempunyai rekod cemerlang.

Peruntukan MRSM: Umno bohong bela Melayu

Peruntukan terlalu kecil kepada Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dalam Bajet 2012 sekali lagi membuktikan pembohongan Umno kononnya membela Melayu.

"Kalau MRSM yang sepatutnya menjadi pengeluar cerdik pandai Melayu pun hanya mendapat peruntukan begitu kecil dan tidak munasabah, iaitu hanya RM100 juta sahaja, semakin terbukti pembohongan Umno yang kononnya hendak membela Melayu.

"Peruntukan kecil itu dengan sendirinya bermakna tidak ada tambahan MRSM yang baru dalam bajet tersebut,".

Peruntukan itu pun kebetulan diberikan melalui Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah bernilai RM1 bilion khusus bagi keperluan mendesak untuk membaik pulih bangunan sekolah, menyelenggara, membeli peralatan dan membina blok tambahan.

Ketika membentangkan Bajet 2012 baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, daripada peruntukan tambahan RM1 bilion itu, RM500 juta adalah untuk sekolah kebangsaan, RM100 juta kepada SJKC, RM100 juta kepada SJKT, RM100 juta kepada sekolah mubaligh, RM100 juta kepada sekolah agama bantuan kerajaan dan RM100 juta kepada Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

"Sengaja tak sebut fasal sekolah agama yang juga menerima peruntukan yang kecil, hanya menyebut fasal MRSM sebab Umno setiap hari mendabik dada mendakwa kononnya dialah pembela Melayu sebab kalau dia dakwa dia membela Islam pun orang tak percaya.

"Tetapi, kalau begitulah sikap kerajaan Umno dan jika parti itu terus memerintah, kita perlu tunggu berapa ratus tahun lagi untuk melihat setiap kawasan parlimen mempunyai MRSM yang sepatutnya menjadi pengeluar cerdik pandai Melayu?".

Pendidikanlah yang mengubah nasib orang Melayu di mana sebahagian dari mereka berubah menjadi kelas menengah dalam masa satu generasi sahaja.

"Tetapi peruntukan tak seberapa untuk pendidikan orang Melayu itu, tidak kira sama ada kepada sekolah agama atau MRSM, membuktikan Umno tidak begitu berminat untuk mengubah taraf hidup lebih ramai lagi orang Melayu".

Diharapkan Najib sedar bahawa pelajaranlah yang boleh mengubah nasih sesuatu kaum itu.

"Najib ambil orang-orang Yahudi dalam Apco Wordwide sebagai tempat memohon petunjuk.

"Diharapkan juga beliau tahu antara perkara pertama yang dibuat oleh orang Yahudi selepas memasuki Palestin ialah membina sekolah dan pada tahun 1925, orang-orang Yahudi sudah mempunyai universiti di wilayah Palestin yang di takluki".

Diharap Najib tidak mengabaikan usaha-usaha agresif untuk meningkatkan taraf pendidikan orang-orang Melayu.

"Jangan abaikan, jangan bagi alasan kepada (Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri) Muhyiddin (Yassin)".

MALAYSIA BAKAL MELEWATI BATAS HUTANG NEGARA

Adalah suatu kritikan yang dangkal oleh Najib Razak menggelar Belanjawan Pakatan Rakyat 2012: Kesejahteraan Untuk Semua sebagai "belanjawan Republikan aliran kanan yang gagal memahami kehendak rakyat." Ini membuktikan Najib mengelak dari isu asas yang menjangkiti pentadbiran beliau seumpama tadbir urus yang goyah, rasuah berleluasa dan dasar Barisan Nasional yang memperkaya keluarga dan kroni.

Justeru saya mengambil peluang ini untuk mempelawa Najib Razak berdebat berkaitan kedudukan ekonomi negara dan persoalan berkaitan belanjawan. Debat tersebut seharusnya disiarkan secara langsung dan ditayangkan melalui televisyen ke seluruh negara. Semenjak Pakatan Rakyat melancarkan Buku Jingga pada tahun 2010, saya sudahpun mempelawa Najib untuk berdebat. Wacana umum antara Pakatan Rakyat dan pentadbiran beliau pastinya memberi manfaat tidak terhingga kepada rakyat terutamanya ketika ekonomi negara memasuki wilayah yang tidak dikenali serta kegagalan pentadbiran beliau untuk melonjak ekonomi Malaysia.

Sewajarnya Najib Razak perihatin terhadap kebimbangan meluas berkaitan kenaikan kadar hutang negara, bukannya mengejek kekhuatiran tersebut.

Kadar hutang negara ditetapkan oleh pelbagai peruntukan undang-undang. Antara peruntukan tersebut adalah Akta 637 Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 ( disemak 2004) dan Akta 275 Akta Pelaburan Kerajaan 1983, yang menetapkan gabungan pinjaman tempatan tidak boleh melewati kadar 55% dari KDNK Negara. Manakala Akta 403 Akta Pinjaman Luar Negeri1963( disemak 1989) menghadkan pinjaman luar negeri pada RM 35 ribu juta pada sesuatu masa.

Selain dari kadar yang ditetapkan oleh peruntukan undang-undang, Perbendaharaan juga mengenakan peraturan ketat untuk diikuti demi mengukuhkan displin fiskal. Amalan ini malah ditetapkan sebelum dari saya menjadi Menteri Kewangan lagi. Sebagai contoh perbelanjaan pengurusan untuk tahun terbabit tidak boleh melebihi unjuran pendapatan. Begitu juga pinjaman yang dibuat kerajaan hanya untuk dibelanjakan demi pembangunan.

Oleh itu, wacana umum berkaitan kadar hutang negara kini menjadi persoalan undang-undang dan berkepentingan nasional, apatah lagi pentadbiran Najib kini hampir melanggari kadar hutang negara yang dihadkan undang-undang serta cuba untuk menyembunyikannya dari pengetahuan umum.

Laporan terkini Bank Negara Malaysia(dikemaskini 14 Oktober 2011) menunjukkan hutang negara kini berada pada RM 437 ribu juta pada suatu tempoh yang berakhir pada 30 Jun 2011. Jumlah tersebut merupakan pecahan dari RM 421 ribu juta hutang tempatan dan RM 16 ribu juta hutang luar negara. Ini bermaksud negara kini sudah berada pada 51% dari nisbah hutang tempatan kepada KDNK negara sepertimana yang ditetapkan oleh Akta 637 dan Akta 275, yang hanya membenarkan tambahan hutang sebanyak RM 33 ribu juta. Oleh itu berdasarkan fakta ini adalah jelas kerajaan tidak mempunyai dana secukupnya untuk membiayai perbelanjaan selebihnya bagi tahun 2011 dan defisit RM 46 ribu juta untuk dibiayai oleh hutang lebihan sebagaimana yang diumumkan dalam Belanjawan 2012.

Rakyat sedar unjuran pertumbuhan sebanyak 5%-6% yang diumumkan Dato' Seri Najib dalam belanjawannya tidak tepat dan berkemungkinan besar pentadbirannya terpaksa bergantung kepada hutang demi membiayai janji janji pilihanrayanya.

Oleh itu debat serta wacana awam berkaitan ekonomi merupakan sesuatu yang mendesak terutamanya ketika pentadbiran Najib Razak mengumumkan data ekonomi yang tidak meyakinkan dan sagu hati pilihanraya yang pastinya tidak mampu melonjak ekonomi negara. Akan tetapi sekiranya Najib Razak merasakan agenda ekonomi beliau mampu memberi manfaat kepada rakyat, adalah mustahak agar beliau memperincikannya kepada umum termasuklah menyatakan alasan mengapa beliau gagal melaksanakan perubahan struktur ekonomi secara menyeluruh termasuklah melaksanakan gaji minima sejagat kepada seluruh pekerja dan merungkai monopoli di sektor barangan serta perkhidmatan awam.

ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
17 OKTOBER 2011