Saban hari hiruk pikuk riuh rendah rakyat dari kelas bawahan sehinggalah ke golongan borjuis membuka cerita fasal Belanjawan 2012. Saya sendiri turut sama tumpang semangkuk bersembang dan mendengar pandangan mereka. Semua orang pun tahu debat politik terbaik hanyalah di kedai kopi.
Debat parlimen? Apa kejadahnya? Lagipun kualiti kebanyakan Yang Berhormat boleh dipertikaikan. Bung Mokhtar Radin misalnya kena turun berguru semula dengan adik-adik di Kolej Tunku Kurshiah tentang cara-cara berdebat ala Parlimen.
Ampun maaf. Bila saya sebut Kolej Tunku Kurshiah Rafidah Aziz dan Rosmah Mansor jangan kembang hidung pula. Saya tidak bermaksud memuji anda berdua. Saya sampai sekarang tepuk dahi bila terbaca berita di muka buku bahawa Rosmah turut masuk bersidang malam sebelum belanjawan dibentangkan. Saya juga turut menepuk dahi bila Rafidah Aziz naikkan harga rokok ketika berjawatan menteri dahulu.
Ini benar-benar kerja bodoh kerana rakyat yang ketagihan rokok semakin hari semakin ramai. Jika mereka tidak mampu membeli Dunhill mereka akan mencari Nusantara. Biar betul, Rafidah ini sifir ekonomi pun gagal. Di mana ada permintaan di situ ada penawaran. Jika penagih nikotin mahu rokok murah pasti wujudlah cabang ekonomi yang baru iaitu rokok seludup. LoL!
Saya tidak tahu apakah spesis nasi kawah yang anda semua makan sehingga anda semua menjadi seperti apa yang kita semua lihat hari ini. Sekali lagi LoL!
Untuk saya selaku peminat setia Nirvana, saya menganggap Belanjawan 2012 ini adalah candu terbaik untuk meredakan api kemarahan rakyat yang meluap-luap dibakar kempen pembangkang.
Candu rakyat adalah duit. Taburan duit mampu menggelapkan akal dan mata hati rakyat. Najib ini kira baiklah juga. Dia berani melegokan bergantang-gantang duit kepada rakyat. Seperti resam nombor ekor, siapa yang naik nombor beruntunglah dia. Samalah dengan belanjawan. Jika anda kakitangan kerajaan, tahniah. Jackpot gaji naik yahoo!
Tetapi rungutan terus kedengaran bagi warga kelas pekerja terutama di sektor perkilangan dan pembuatan, tiada pengumuman gaji minimum bermakna mereka terpaksa bersaing dengan mat Indon, mat Bangla dan mat Vietnam. Mat Afrika? Oh Tuhan, mana ada kelas awang hitam kerja kilang!
Ini adalah hukum kapitalis, selagi membawa masuk pendatang asing itu menguntungkan selagi itulah Chow Kit itu bukan milik kita. Malangnya Najib Razak gagal memahami kehendak majoriti tenaga kerja tempatan yang mahukan gaji minimum RM1200 demi menampung kehidupan mereka yang semakin sesak diasak kos sara hidup yang terus memuncak.
Saya ingin memberitahu Najib Razak, jika dia berani menawarkan gaji minimum kepada rakyat , saya sanggup MEMINTA MAAF kepadanya kerana saya TIDAK menyangka beliau sanggup melakukannya. Zaid Ibrahim sila ke tepi, kali ini giliran saya pula sibuk mahu MINTA MAAF. Sekali lagi LoL!
Duit-duit berserakan ini adalah barang panas untuk dirembat golongan kapitalis. Saya khuatir dengan agihan seperti ini maka harga bahan bakar mentah akan naik selepas pilihan raya. Saya risau bila mengenangkan harga bahan makanan asasi akan turut sama naik. Saya bimbang jika wujud fenomena 'gomen beri pada tangan kanan, setan rampas pada tangan kiri'.
Saya harap pandangan saya ini terkhilaf tetapi saya yakin perkara ini akan berlaku. Tanda-tanda awal sudah dapat kita lihat apabila ekonomi Amerika Syarikat berdepan kemelesetan. Amerika adalah rakan niaga terbesar kita, jika mereka ranap kita pun hanya menghitung hari untuk sama-sama ranap. Ini adalah teori domino. Hukum kapitalis bersandarkan modal Amerika Syarikat akan mula runtuh menjelang Valentine's Day 2012.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan