Ahad, 16 Oktober 2011

Rafizi.. Anda Salah, GST bukan lepas PRU.. tapi dengan segera.



Menurut Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli, Perdana Menteri berniat mengaburi mata rakyat dengan menawarkan gula-gula belanjawan bermula Januari 2012, tetapi akan dicukai kembali melalui GST selepas Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).


Justeru itu katanya, Biro Politik KEADILAN memutuskan untuk bersama Pakatan Rakyat membawa isu GST sebagai isu utama PRU, bagi memastikan rakyat memahami bahawa “undi kepada BN bermakna undi melaksanakan GST”- sepenuhnya sila baca di (SINI)

Rafizi.... Anda salah! GST bukan selepas Pilihan Raya Umum ke 13 tapi dengan seberapa segera kerana peruntukan kerajaan sebanyak RM232.8 bilion pada Bajet 2012 dengan bajet defisit yang rendah dilihat sukar untuk ditampung dengan dana sedia ada.

Itu menurut firma percukaian dan audit, UHY Malaysia.

Maksudnya Kerajaan Malaysia yang diterajui UMNO tidak mampu melaksanakan apa yang dijanjikan dalam Budget 2012 atau tak ada duit untuk melaksana apa yang dijanjikan..

Dan Najib sediri hanya tahu berbelanja tanpa menyedari akan kemampuan negara..

Budget pilihanraya katakan..


GST perlu segera dilaksanakan

KUALA LUMPUR 12 Okt. - Malaysia perlu segera melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bagi menampung dana yang diperuntukkan di bawah Bajet 2012, kata firma percukaian dan audit, UHY Malaysia.

Rakan kongsi kanan UHY Malaysia, Alvin Tee berkata, peruntukan kerajaan sebanyak RM232.8 bilion pada Bajet 2012 dengan bajet defisit yang rendah dilihat sukar untuk ditampung dengan dana sedia ada.

Sehubungan itu, katanya, mungkin lebih praktikal untuk Kerajaan menangguhkan beberapa cadangan dalam Bajet 2012 berikutan keperluan pembiayaannya.

''Ramai pemerhati menjangkakan pengumuman Bajet 2012 baru-baru ini melibatkan pelaksanaan GST dalam negara, tetapi ia tidak berlaku,'' kata beliau dalam kenyataannya di sini hari ini.

Pengenalan GST merupakan inisiatif yang disenaraikan dalam Kewangan Awam Pembaharuan Inisiatif Strategik (SRI) dan ia harus dijalankan dengan segera.

GST merupakan cukai penggunaan menyeluruh dan ia menjadi mekanisme kerajaan di seluruh dunia untuk mengutip hasil selain menangani masalah defisit bajet.

Agensi di belakang Program Transformasi Ekonomi (ETP), Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan Pemandu (PEMANDU), turut menganggarkan tambahan RM6 bilion pada hasil Kerajaan dalam tempoh dua tahun pelaksanaannya.

Tambah Tee, GST merupakan sistem yang saksama berbanding rejim cukai perkhidmatan dan jualan yang tidak diberi kredit input.

Katanya, bagi negara yang memperkenalkan GST, ia telah membentuk sebahagian besar hasil cukai Kerajaan.

''Bajet 2012 merupakan pemangkin inisiatif ETP Kerajaan, jadi Malaysia harus melaksanakan GST sebagai salah satu ciri ekonominya dalam usaha untuk bersaing dengan negara lain,'' ujarnya.

Tiada ulasan: