Jumaat, 16 September 2011

Surat Terbuka Mat Zain Ibrahim kpd KPN

Ini adalah Surat Terbuka yang dikirimkan oleh bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

Selain daripada diri saya sendiri, saya mendapat maklum terdapat sekurang-kurangnya dua lagi pihak yang pernah menemui Perdana Menteri, YAB Dato Seri Mohd. Najib Tun Razak (PM Najib), bertujuan menyarankan supaya sesuatu tindakan diambil terhadap Gani Patail dan Musa Hassan.

Ini memandangkan salahlaku jenayah yang telah mereka lakukan, adalah sangat ketara dan telah membebankan Negara, selain daripada memusnahkan kepercayaan Rakyat terhadap Institusi-Institusi Kerajaan.

Mat Zain bin Ibrahim,

Kepada,

YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, IG,

Ketua Polis Negara,
Polis Di-Raja Malaysia,
iho@rmp.gov.my
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

12hb.September 2011,


Assalamualaikum wbt.

KENYATAAN TERTUDUH - BENARKAH ANWAR DIANIAYA

1. Beberapa pihak telah memberikan pendapat berkaitan tindakan Dato Seri Anwar Ibrahim (Anwar) membuat kenyataan pembelaan diri dalam perbicaraan kes Sodomy II dari kandang tertuduh pada 22.08.2011 yang lalu. Setiap seorang termasuk saya,adalah berhak keatas pendapat masing-masing.

2. Membuat kenyataan dari kandang tertuduh( Kenyataan Tertuduh) adalah salah satu dari tiga opsyen yang dibenarkan olih undang-undang kepada seorang Tertuduh. Olih yang demikian, tidak timbul sama ada Anwar telah melakukan suatu kesalahan dari sudut undang-undang atau sebaliknya. Beliau pasti telah diberi nasihat berkaitan konsekuen atau faedahnya memilih opsyen tersebut.

3. Pada pendapat saya, perkara yang sepatutnya dititikberatkan ialah samada ada keseluruhan kandungan Kenyataan Tertuduh itu adalah benar atau terdapat diantaranya, penegasan yang direka atau palsu. Kedapatan Anwar turut membuat dakwaan salahlaku jenayah yang spesifik, terhadap beberapa individu yang dinamakan dengan jelas. Apa pun opsyen yang dipilih, beliau telah mengemukakan kenyataan tersebut dihadapan seorang Hakim dalam suatu prosiding terbuka. Anwar tetap tertakluk kepada pendakwaan jenayah, sekiranya beliau dibuktikan telah membuat kenyataan yang direka atau palsu.

4. Dalam mengulas isu ini,saya memilih untuk menumpukan perhatian kepada beberapa perenggan Kenyataan Tertuduh seperti berikut:-

4.1. Dakwaan spesifik terhadap Tan Sri Abdul Gani Patail(Gani Patail),Tan Sri Musa Hassan (Musa Hassan) dan Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden (Yusof) dalam peristiwa tahun 1998. Khususnya berkaitan mereka atau memberi keterangan palsu serta dakwaan “cover-up” dalam penyiasatan melibatkan Anwar. Termasuk tetapi tidak terhad kepada insiden mata-lebam.

4.2. Dakwaan berkaitan keterangan Forensik dan DNA.

4.3. Dakwaan keterlibatan dan salahguna kuasa mantan Perdana Menteri dalam penyiasatan melibatkan Anwar.

5. Saya mendapati hampir keseluruhan Kenyataan Tertuduh itu adalah merupakan “kenyataan ulangan untuk menyegarkan ingatan”.Dakwaan-dakwaan yang Anwar lontarkan terhadap mantan Perdana Menteri Y.A.Bhg. Tun Mahathir Mohamed, Gani Patail, Musa Hassan dan beberapa yang lain, termasuk terhadap Jabatan Peguam Negara dan Polis, bukanlah perkara baru.Beliau pernah membuat kenyataan secara rasmi pada 3.3.1999 ketika prosiding Suruhanjaya Di-Raja siasatan insiden mata-lebam diadakan.Bagaimanapun dakwaan-dakwaan berkenaan tidak dicabar olih mana-mana pihak, walaupun daripada Gani Patail atau Musa Hassan sendiri.

5.1. Selanjutnya,dakwaan salahlaku jenayah secara lebih spesifik terhadap Gani Patail,Musa Hassan dan Yusof telah beliau kemukakan kepada Mahkamah dalam beberapa afidavit yang telah difailkan sejak 2008 ketika perbicaraan masih diperingkat Mahkamah Sesyen lagi.

5.2. Selain afidavit, Anwar juga telah membuat beberapa laporan Polis terhadap Gani Patail,Musa Hassan serta beberapa Timbalan Pendakwa Raya.Laporan-laporan berkenaan kesemuanya berkisar kepada dakwaan mereka keterangan atau membuat afidavit palsu.

6. Olih hal yang demikian, isu beliau membuat Kenyataan Tertuduh sedemikian, sebagai helah untuk mengelakkan diri daripada disoal balas olih Pasukan Pendakwaan, pada pendapat saya tidak tepat untuk dipersoalkan.

6.1. Malahan,Pasukan Pendakwaan atau sesiapa juga yang telah didakwa dalam afidavit atau laporan Polis berkenaan, bolih membuat aduan terhadap Anwar jika terbukti beliau telah mengikrarkan afidavit atau membuat laporan Polis palsu.Bagaimanapun sejak 1998 lagi, Gani Patail dan Musa Hassan tidak mengambil tindakan sedemikian.

7. Peraturan Mahkamah Tinggi berkaitan penegasan dalam sesuatu afidavit adalah jelas. Banyak case laws yang bolih dijadikan teladan. Antaranya dalam kes Sunrise Sdn.Bhd. vs First People (M) Sdn.Bhd & Anor [1996] 3 MLJ 533.Hakikatnya telah diterima olih Mahkamah bahawa, mana-mana penegasan mustahak dalam afidavit yang tidak dijawab atau dicabar hendaklah dianggap sebagai telah diakui kenyataan yang benar.

7.1. Contoh semasa yang terbaik ialah; dalam kes bunuh Altantuya Shaariibuu, bilamana Hakim telah membebaskan seorang tertuduh Abdul Razak Baginda tanpa dipanggil membela diri, semata-mata bersandarkan afidavit Razak yang tidak dicabar olih Pendakwa Raya.

GANI PATAIL DAN MUSA HASSAN

8. Berbalik kepada dakwaan-dakwaan spesifik terhadap beberapa individu dalam Kenyataan Tertuduh tersebut, kesimpulan saya adalah seperti berikut;

8.1. Dakwaan bahawa Gani Patail pada 26.10.1998 telah mengarahkan seorang Dr. Abdul Rahman Yusof (Dr. Rahman) untuk menyediakan satu laporan Forensik palsu berkaitan kecederaan yang Anwar alami dalam insiden mata lebam itu adalah betul.

Pemalsuan ini telah disusuli dengan 2 lagi pemalsuan olih Dr. Rahman yang dikatakan telah diarahkan sendiri olih Allahyarham Tan Sri Mohtar Abdullah, Peguam Negara ketika itu, dalam bulan Disember 1998.

8.2. Dakwaan bahawa Musa Hassan telah bersubahat dengan memberi kemudahan kepada Gani Patail dan Dr.Rahman menyempurnakan pemalsuan-pemalsuan tersebut diatas juga adalah betul.

8.3. Fakta bahawa 2 (dua) daripada 3 (tiga) laporan forensic palsu tersebut telah dikemukakan dalam prosiding Suruhanjaya Di-Raja insiden mata-lebam yang bersidang diantara 22.2.1999 hingga 4.3.1999, juga adalah betul.

9. Apapun keadaannya, keujudan 3 laporan forensik olih Dr.Rahman itu sendiri, merupakan keterangan yang kukuh bagi membuktikan berlakunya perbuatan mereka keterangan palsu terhadap Anwar.Saya menekankan bahawa keterangan ini adalah lebih konklusif daripada keterangan DNA.

YUSOF

10. Dakwaan bahawa Yusof mengetahui keujudan ketiga-tiga laporan palsu tersebut dan penggunaanya dalam prosiding Suruhanjaya diatas, dalam sifat beliau sebagai wakil Peguam Negara sepanjang prosiding berkenaan, adalah berasas dan dipercayai betul.

10.1. Yusof sewajarnya mengistiharkan kepada Mahkamah, sama ada posisi beliau sebagai Ketua Pasukan Pendakwaan kes Sodomi II berada dalam konflik dengan posisi beliau sebagai wakil Peguam Negara dalam prosiding Suruhanjaya mata-lebam. Situasi ini timbul, memandangkan isu Gani Patail dan Musa Hassan memalsukan keterangan dan menggunakannya dalam prosiding Suruhanjaya itu telah dibangkitkan sejak 1.7.2008.Ini disusuli pula dengan dakwaan menerusi afidavit-afidavit dalam pembicaraan Sodomi II. Yusof sendiri turut ditohmahkan sebagai telah menyembunyikan keterangan salahlaku jenayah Gani Patail dan Musa Hassan.

10.2. Hakikatnya tidak dapat dinafikan bahawa Yusof adalah seorang saksi yang mustahak kepada dakwaan salahlaku jenayah terhadap Gani Patail dan Musa Hassan yang telah dilaporkan olih Anwar pada 1.7.2008 itu, manakala pada masa yang sama juga, Yusof adalah Ketua Pasukan Pendakwaan dalam perbicaraan Sodomy II terhadap Anwar.

10.3. Yusof hanya perlu untuk mengesahkan sama ada benar atau tidak ujud 3 laporan forensic yang disediakan olih Dr. Rahman diatas arahan Gani Patail dan Peguam Negara dalam penyiasatan insiden mata-lebam itu. Yang lainnya adalah untuk Mahkamah memutuskan.

KETERANGAN FORENSIK DAN DNA

11. Dakwaan menerusi afidavit menyatakan Musa Hassan dan SAC Datuk Mohamad Rodwan Yusof (Rodwan) cuba mengambil tanpa kebenaran (“mencuri”) sample darah Anwar, daripada simpanan / kawalan seorang Dr.Zahari Noor pada 15.10.1998 untuk kegunaan ujian DNA adalah dipercayai betul. Dr.Zahari sendiri telah memberikan keterangan kearah demikian pada 30.12.1998 ketika perbicaraan Anwar dalam kes salahguna kuasa dihadapan Hakim Dato Augustine Paul (mendiang).

11.1. Setidak-tidaknya, Musa Hassan masih terhutang kepada rakyat jelata, untuk menjelaskan apakah keterangan yang beliau ada ketika memberi taklimat kepada Tun Mahathir ,sehinggakan mantan Perdana Menteri itu begitu yakin untuk mempercayai Anwar terlibat dengan aktibiti seks luar nikah dan homosexsual. Manakala beberapa bulan selepas itu pula, Musa Hassan terdesak untuk mengumpulkan keterangan lanjut berkaitan DNA, sehingga terpaksa mencuri sample darah tersebut.Walhal pada ketika itu, Anwar telahpun dituduh di-Mahkamah dan sedang menunggu tarikh perbicaraan. Sepatutnya proses pengumpulan keterangan asas telah selesai.

11.2. Musa Hassan juga patut jelaskan samada tindakan “mencuri” sample darah sebelum perbicaraan kes dimulakan itu, adalah dalam pengetahuan dan direstui olih Tun Mahathir atau sebaliknya. Ataupun tindakan itu adalah diatas inisiatif beliau sendiri semata-mata untuk menjustifikasikan taklimat meyakinkan yang beliau beri kepada Tun Mahathir beberapa bulan sebelum itu.

11.2.1.Fakta bahawa Musa Hassan telah menemui Dr. Zahari berkaitan sample darah Anwar untuk tujuan DNA pada 15.10.1998 itu sahaja, sudah memadai untuk membuat kesimpulan bahawa Musa Hassan TIDAK mempunyai keterangan yang lengkap ketika mentaklimatkan Tun Mahathir berkaitan Anwar beberapa lama sebelum itu.

11.2.2.Sila rujuk laporan lengkap dalam “surat tertutup” saya bertarikh 27.12.2010 dialamatkan kepada Tan Sri KPN, Solicitor General dan YAB Perdana Menteri berkaitan pemalsuan DNA ini.

DAKWAAN KETERLIBATAN TUN MAHATHIR

12. Menerusi Kenyataan Tertuduh dan afidavit-afidavit yang Anwar telah failkan sebelumnya,beliau telah mendakwa pada tahun 1998 Tun Mahathir telah menyalahgunakan kuasa beliau dalam memberi tekanan keatas Jabatan Kehakiman, Peguam Negara dan Polis sehingga mendapatkan beliau (Anwar) disabitkan dengan kesalahan yang beliau tidak pernah lakukan dan dijatuhkan hukuman penjara berjumlah 15 tahun.

12.1. Saya menegaskan bahawa Anwar TIDAK mempunyai keterangan untuk mengaitkan Tun Mahathir dengan tindakan Gani Patail dan Musa Hassan dalam perbuatan merekacipta atau memberi keterangan palsu terhadap beliau (Anwar).

12.2. Sebaliknya, saya wajar menyatakan bahawa mengikut rekod rasmi dan apa yang tercatit diatas kertas dalam fail siasatan Polis, Tun Mahathir yang telah memberi nasihat dan amaran keras supaya tidak ada sebarang “cover-up” dilakukan dalam penyiasatan kes-kes melibatkan Anwar.

12.3. Nasihat dan amaran Tun Mahathir sedemikian itu telah saya rakamkan dalam diari penyiasatan kes mata-lebam pada 8.10.1998 setelah saya menemui beliau di-Jabatan Perdana Menteri yang dipanggil memberi taklimat kemajuan siasatan Polis dalam kes tersebut.

12.4. Nasihat dan arahan tersebut telah disampaikan kepada pucuk pimpinan tertinggi PDRM pada hari yang sama dan kepada Gani Patail dua hari kemudian.Laporan secara bertulis menerusi kertas siasatan kes, disampaikan kepada Gani Patail pada 15.10.1998 yang diakui penerimaannya secara rasmi.

13. Olih yang demikian,berdasarkan keterangan yang ada,saya menegaskan, segala penipuan dan pemalsuan keatas Anwar telah dilakukan olih Gani Patail dan Musa Hassan dengan kehendak mereka sendiri untuk faedah masing-masing,melainkan mereka berdua bolih membuktikan terdapat ada pihak ketiga yang terlibat.

MENGENAI SABITAN SALAH DAN HUKUMAN PENJARA 15 TAHUN

14. Sejak 1998 lagi, Anwar secara konsisten mengekalkan pengakuan tidak bersalah sambil mendakwa, bahawa pertuduhan-pertuduhan salahguna kuasa dan liwat yang dikenakan terhadapnya adalah pertuduhan palsu dan berniat jahat dan suatu konspirasi nekad, untuk memusnahkan kerjaya poliktiknya. Beliau turut mendakwa bahawa sabitan salah dan hukuman penjara 15 tahun yang dijatuhkan keatas diri beliau adalah suatu penganiayaan pihak Pemerintah keatas diri dan keluarga beliau.

15. Berdasarkan kepada keterangan dokumentari dan peristiwa-peistiwa penipuan dan pemalsuan yang dilakukan keatas diri beliau, yang bolih dan mampu dibuktikan, maka saya menyatakan bahawa dakwaan Anwar sedemikian itu adalah berasas dan mempunyai meritnya yang tersendiri.

15.1. Perbuatan “mencuri” sample darah Anwar untuk tujuan DNA olih Musa Hassan dan Rodwan telah dilakukan pada 15.10.1998. Manakala pemalsuan keterangan Forensic olih Dr.Rahman pula dilakukan pada 26.10.1998. Kedua-dua peristiwa yang berlaku, adalah diatas arahan dan atau/penyeliaan Gani Patail yang disempurnakan sebagai persediaan untuk keterangan tersebut digunakan terhadap Anwar, sebelum perbicaraan kes salahguna kuasa terhadap beliau dimulakan pada 2.11.1998.

15.2. Tanpa perlu mengulangi secara detail peristiwa diatas,saya menyatakan bahawa kedua-dua kejadian tersebut adalah antara beberapa keterangan kukuh untuk membuktikan keujudan niat jahat (mala fide) dan sikap bias Gani Patail dan Musa Hassan dalam penyiasatan dan pendakwaan kes ini.

15.3. Walaupun Hakim mendiang Dato Augustine Paul menolak (expunged) keterangan DNA akibat penjelasan yang menimbulkan kecurigaan daripada Ahli Kimia Encik Lim Kong Boon, tidak bermakna bahawa perbuatan “mencuri” sample darah bagi tujuan DNA dan mereka keterangan palsu dalam perkara ini, terbatal sama sekali. Malah ianya mengukuhkan lagi dakwaan-dakwaan bahawa sample darah yang dicuri dari kawalan Dr.Zahari itu telah ditanam (planted) diatas “tilam masyhor” yang diusung turun-naik Mahkamah ketika perbicaraan.

15.4. Perbuatan Musa Hassan memberi keterangan palsu (“perjury”) dalam perbicaraan kes salahguna kuasa terhadap Anwar, tiba-tiba terbongkar, apabila keterangan beliau berikan sendiri sebagai saksi PW75 dalam perbicaraan Kes Pendakwa Raya vs Ramli Yusuff di-Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, dibandingkan dengan keterangan yang beliau berikan dalam kes salahguna kuasa terhadap Anwar tahun 1998. Seorang Ahli Parlimen telah membuat laporan Polis terhadap Musa Hassan kerana melakukan kesalahan “perjury” ini dalam bulan Mac 2010, tetapi penyiasatannya disenyapkan begitu sahaja.

Analogi

16 Jika Musa Hassan dan Rodwan tidak pernah menemui Dr.Zahari berkaitan sample darah Anwar seperti yang dinyatakan diatas, maka Dr. Zahari Noor tidak akan memberikan keterangan sedemikian dalam perbicaraan kes salahguna kuasa terhadap Anwar dalam bulan Disember 1998. Rodwan juga tidak akan menyebut perkara DNA ini tanpa sebab dalam percakapan yang dirakamkan darinya pada 1.10.1998.

16.1. Jika Musa Hassan sememangnya seorang yang jujur, termasuk apabila memberi keterangan bersumpah,maka Hakim Supang Lian dari Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, tidak akan melabelkan beliau sebagai seorang saksi yang tidak bolih dipercayai, dan kesaksiannya juga ditolak. Walhal beliau adalah seorang Ketua Polis Negara dan memakai pakaian seragam lengkap ketika memberikan keterangan tersebut. Pendek kata Hakim Supang Lian tidak akan membuat komen sedemikian melainkan beliau mempunyai keterangan yang kukuh.

16.2. Jika Musa Hassan tidak ada memberi keterangan palsu ketika perbicaraan kes salahguna kuasa terhadap Anwar, dihadapan Hakim mendiang Dato Augustine Paul dalam tahun 1998, maka tidak akan ujud nota keterangan sedemikian yang bolih dibandingkan pula dengan nota keterangan beliau di-Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu sebelas tahun kemudian.

16.3. Jika Musa Hassan tidak pernah memberi kemudahan dan membantu Gani Patail dalam membuat dan mereka keterangan-keterangan palsu dalam penyiasatan insiden mata-lebam tahun 1998, maka saya sendiri tidak akan merakamkan dalam diari penyiasatan saya ketika itu, mengenai peranan dan penglibatan beliau dan Gani Patail dalam salahlaku jenayah ini.

Memoirs

17. Jika Musa Hassan telah berjaya meyakinkan Tun Mahathir untuk mempercayai Anwar terlibat dalam aktibiti homosexsual,lantas beliau dipecat dan dikenakan beberapa pertuduhan jenayah sehingga disabitkan kesalahan dan dipenjarakan, maka nota keterangan Musa Hassan berikan dalam perbicaraan salahguna kuasa terhadap Anwar itu sendiri, akhirnya telah membongkarkan segala pemalsuan dan penipuan lampau yang Musa Hassan telah lakukan.

17.1. Begitu juga apa yang berlaku keatas Gani Patail. Sungguhpun beliau berjaya meyakinkan Tun Mahathir dan Jemaah Menteri ketika itu,dengan memperkecilkan hasil penyiasatan Polis terhadap insiden mata-lebam, sehinggakan Jemaah Menteri percaya bahawa PDRM tidak telus dan professional dalam tugas mereka,lantas menubuhkan Suruhanjaya Di-Raja penyiasatan pula. Maka keterangan-keterangan yang terkandung dalam laporan Suruhanjaya itu sendiri,akhirnya telah mengesahkan segala pemalsuan dan penipuan yang Gani Patail telah lakukan.

17.2. Tanpa diduga 13 tahun kemudian,Tun Mahathir telah mengeluarkan memoirs beliau dalam “A Doctor in the House”, pada bulan Mac 2011. Secara sengaja atau kebetulan, memoirs Tun dalam membincangkan peristiwa mata-lebam dan dakwaan terhadap Anwar, sebaliknya telah mengukuhkan lagi keterangan salahlaku jenayah terhadap Gani Patail dan Musa Hassan pula.

17.2.1.Jika Tun Mahathir dalam memoirs sendiri telah berterus terang pernah tersalah anggap, bahawa kecederaan mata-lebam yang Anwar alami itu adalah dilakukannya sendiri (self-inflicted), hanya untuk kemudiannya sedar bahawa kecederaan tersebut akibat serangan mantan Ketua Polis Negara,maka Tun juga bolih tersalah anggap mengenai aktibiti homosexsual Anwar. Tun Mahathir tidak bolih mengenepikan kemungkinan beliau telah diperdayakan olih Musa Hassan dengan butir taklimat yang ditokok-tambah atau dimanipulasikan.

17.2.2.Menilai semula penglibatan Musa Hassan dalam peristiwa, yang ramai tidak menyangka beliau sanggup lakukan,iaitu, “mencuri” sample darah untuk tujuan DNA,bersubahat dengan Gani Patail dalam mereka 3 laporan Forensik palsu serta kemudiannya memberi keterangan palsu dalam perbicaraan melibatkan Anwar, yang kesemuanya berlaku selepas beliau memberikan taklimat kepada Tun, maka kemungkinan Tun Mahathir telah diperdayakan menjadi lebih credible.

17.2.3.Saya menyatakan Tun sememangnya serius apabila beliau pada 8.10.1998 mengarahkan menerusi saya supaya tidak ada sebarang “cover-up” dalam penyiasatan kes-kes terhadap Anwar. Bagaimanapun Tun tidak mempunyai kawalan terhadap tingkahlaku Gani Patail dan Musa Hassan.

17.2.4.Tun Mahathir sendiri mengaku telah mengarahkan KPN supaya berhati-hati apabila menangani Anwar. Malah Tun (memberitahu saya ketika menemui beliau) telah meminta supaya Anwar tidak digari apabila ditangkap, jika bolih. Namun, Anwar tetap juga dibelasah olih mantan KPN tersebut sebaik ditangkap ketika kedua belah tangannya masih bergari.

Begitu juga keadaannya,walaupun Tun telah mengarahkan supaya tidak ada sebarang “cover-up” terhadap kes-kes melibatkan Anwar, dan arahan tersebut telah saya sampaikan kepada mereka yang berkenaan,secara lisan dan bertulis, namun Tun tidak berupaya untuk menghalang Gani Patail dan Musa Hassan daripada melakukan pemalsuan dan penipuan keatas Anwar dibelakang beliau.

17.2.5.Sekiranya Gani Patail sanggup melibatkan diri melesapkan dokumen yang mengaitkan beliau dengan salahlaku jenayah, sebelum laporan Suruhanjaya Di-Raja mata-lebam dipersembahkan kepada SPB Yang Di-Pertuan Agong, maka apalah manipulasi keatas rakyat biasa kepada beliau.

17.2.6.Dengan berat hati saya menyatakan,bahawa terdapat beberapa kenyataan mustahak Tun dalam Chapter 53 “Doctor in the House”, khususnya menyentuh berkaitan siasatan kes mata-lebam dan tindak-tanduk Pendakwa Raya dalam perkara sama, adalah berbeza dengan fakta terkandung dalam fail siasatan rasmi yang dibuat pada 1998. Saya percaya pekara ini bolih berlaku akibat Tun telah diberikan maklumat atau taklimat yang telah dimanipulasikan dan mengelirukan.

Kesimpulan Perkara

18. Berdasarkan kepada hujah-hujah yang tersebut diatas yang disokong dengan dokumen-dokumen dan keterangan yang ada dalam milik dan pengetahuan saya sendiri, saya berpendapat bahawa sabitan salah keatas Anwar dalam pertuduhan salahguna kuasa keatas beliau,telah diperolehi olih pihak Pendakwaan melalui jalan penipuan dan pemalsuan yang telah dilakukan dengan niat bersama olih Gani Patail dan Musa Hassan untuk faedah bersama mereka.

18.1. Tidak salah untuk menyatakan hukuman penjara yang Anwar telah lalui adalah penganiayaan terhadap beliau olih mereka berdua.

PENUTUP

19. Selain daripada diri saya sendiri, saya mendapat maklum terdapat sekurang-kurangnya dua lagi pihak yang pernah menemui Perdana Menteri, YAB Dato Seri Mohd. Najib Tun Razak (PM Najib), bertujuan menyarankan supaya sesuatu tindakan diambil terhadap Gani Patail dan Musa Hassan. Ini memandangkan salahlaku jenayah yang telah mereka lakukan, adalah sangat ketara dan telah membebankan Negara, selain daripada memusnahkan kepercayaan Rakyat terhadap Institusi-Institusi Kerajaan.

Saya mempunyai alasan untuk menyatakan, PM Najib turut sedar bahawa keterangan terhadap Gani Patail dan Musa Hassan adalah jelas dan kukuh. Malahan, tidak ada jalan keluar bagi mereka berdua.

Namun begitu, PM Najib nampaknya masih belum bersedia untuk melaksanakan kuasa beliau sebagai Perdana Menteri diatas sesuatu pertimbangan yang hanya beliau ketahui. Mungkin beliau sedang menunggu masa yang sesuai. Saya yakin PM Najib tidak akan timbulkan soal ketiadaan atau kekurangan keterangan terhadap mereka berdua.

20. Sebagai seorang yang terlibat secara langsung menangani isu-isu berkaitan Anwar sejak 1998, serta mempunyai pengalaman bersemuka dan berinteraksi dengan kesemua “pemain-pemain utama” perkara dalam persoalan ini,terutamanya Tun Mahathir sendiri, Gani Patail, Musa Hassan, Anwar Ibrahim, selain daripada Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Suruhanjaya Di-Raja siasatan mata-lebam dan juga PM Najib, maka saya mampu menegaskan, bahawa segala pendedahan fakta yang saya buat dalam surat keluaran ini dan juga dalam beberapa banyak Surat Terbuka saya sebelum ini, tidak pernah lari sedikitpun daripada landasan kebenaran.

21. Saya menyimpan hak saya untuk menyambung ulasan mengenai isu ini pada masa yang sesuai, memandangkan perbicaraan kes Sodomi II akan disambung semula pada 19 September 2011, walaupun saya sedar akan risikonya.

Sekian, untuk makluman dan tindakan YDH Tan Sri dimana berkaitan mengikut peraturan Undang-Undang sedia ada. Salam sejahtera.


Yang benar,

Mat Zain Ibrahim

Nak tambah gaji guru: BN RM200 lawan PR RM500

KUALA LUMPUR - Kerajaan BN dijangka akan mengumumkan insentif baru dalam masa terdekat berupa pengumuman kenaikan gaji guru sebanyak RM200 sebulan, bagi mengelaburi mata rakyat menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Insentif tersebut dijangka akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi menggambarkan kepada rakyat kononnya Kerajaan BN adalah kerajaan yang prihatin dengan permasalahan rakyat.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, selain itu, Kerajaan BN dijangka akan turut mengumumkan beberapa insentif lain kepada orang ramai menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13, bagi mengimbangi janji yang dibuat oleh Pakatan Rakyat menerusi Buku Jingga.

Menurut beliau, beberapa hari lalu, Perdana Menteri telah membayangkan tindakan Kerajaan BN untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dengan janji untuk mengkaji semula akta itu, sesuai dengan keadaan semasa dan kehendak rakyat.

Katanya, selain akta itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dalam kenyataannya sebelum itu turut menjelaskan langkah Kerajaan BN untuk turut mengkaji beberapa akta lain termasuk undang-undang yang berkaitan dengan ISA.

"Kesemua tindakan Kerajaan BN itu sebenarnya jelas meniru langkah yang akan dilakukan oleh Pakatan Rakyat jika diberikan mandat memerintah negara seperti yang terdapat dalam Buku Jingga.

"Malah di dalam buku Jingga, jika diberikan mandat memerintah negara oleh orang ramai pada PRU Ke-13 ini, Pakatan Rakyat bukan berjanji akan menaikkan gaji guru sebanyak RM200, tetapi sebanyak RM500 sebulan," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Dalam buku Jingga juga, menurut beliau, turut ditegaskan langkah yang akan dilakukan oleh Pakatan Rakyat jika diberikan mandat memerintah negara yang bukan sahaja akan memansuhkan ISA, tetapi kesemua akta-akta zalim yang dilaksanakan di negara kita sekarang.

"Jadi langkah yang dibuat oleh Kerajaan BN sekarang jelas meniru Buku Jingga walaupun tidak kesemuanya. Menjelang PRU Ke-13, saya yakin banyak lagi langkah-langkah yang akan dilakukan oleh Pakatan Rakyat seperti yang dijelaskan di dalam Buku Jingga akan ditiru oleh Umno BN," katanya.

Dengan itu, tegas beliau, orang ramai boleh menilai sendiri kehebatan, kejujujuran dan keprihatinan Pakatan Rakyat terhadap rakyat berbanding BN, apabila kesemua tindakan yang dilakukan oleh Kerajaaan BN berhubung perkara itu amat diragui dari segi keikhlasan para pemimpinnya, sehingga jelas kelihatan seperti ada muslihat di sebaliknya.

Sehubungan itu, beliau yakin PRU Ke-13 nanti merupakan satu pertembungan yang sengit antara Pakatan Rakyat dan BN, apabila kecenderungan orang ramai terhadap Pakatan Rakyat kini semakin ketara berbanding BN.

"Disebabkan terdesak, Kerajaan BN pimpinan Najib pasti akan berusaha menarik sokongan orang ramai dengan pelbagai cara, termasuk dengan menjanjikan pelbagai insentif kepada rakyat dengan mengambil contoh dari Buku Jingga, walaupun janji-janji yang dibuat oleh Perdana Menteri itu ternyata meragukan," ujar beliau.

Dr Badrol : Mansuh ISA, Hanya Pancing Undi Najib
Bekas tahanan ISA menyatakan kesangsian mereka terhadap pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan ordinan darurat.

Mereka juga mendakwa tindakan awal kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) memansuhkan ISA hanya bertujuan untuk meraih sokongan rakyat pada Pilihan Raya Umum ke 13 akan datang yang dijangka berlangsung pada November depan.

Menurut Pengarah Penerangan kerajaan Selangor, Dr Badrul Amin Baharon yang juga salah seorang bekas tahan ISA, beliau tidak mahu bersangka buruk terhadap kerajaan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebaliknya berdasarkan rekod sebelum ini sudah jelas membuktikan bahawa Umno-BN lebih gemar mengamalkan tindakan menzalimi rakyat serta melanggar hak asasi manusia.

"Saya sifatkan pengumuman ini sebagai umpan untuk mengundi (memancing sokongan) bagi pilihan raya akan datang, sebab itu saya sendiri beranggapan janganlah kita termakan umpan tersebut dan memberikan sepenuh kepercayaan kepada UMNO-BN yang kononnya menghapuskan akta zalim ISA, katanya memberitahu Tv Selangor.

Jelasnya lagi, beliau khuatir apabila Najib masih lagi mengekalkan kuasa menteri dalam kes-kes yang melibatkan keganasan kerana kuasa yang dikekalkan demi kepentingan politik mereka semata-mata.

Beliau juga tidak menolak dua akta baru yang akan diperkenalkan nanti akan dilaksanakan lebih kejam daripada akta ISA sebelum ini.

Dalam pada itu, Dr Badrul juga turut menasihatkan rakyat agar lebih berhati-hati serta tidak mudah terpedaya dengan pengumuman yang dibuat Najib sempena Hari Malaysia esok.

"Saya ingat di peringkat ini terlalu awal untuk kita bergembira dengan pengumuman tersebut kerana kita belum tahu lagi bagaimana bentuk 2 akta yang akan diperkenalkan."jelasnya.

Sebelum ini, Dr Badrulamin telah ditahan di bawah akta ISA selama dua tahun, pada 2001-2003 dan beliau ditahan kerana didakwa mengetuai suatu perhimpunan besar-besaran di Kuala Lumpur pada tahun 2001.

Perhimpunan itu dianjurkan bagi 'Kempen Bebaskan Anwar' yang juga disertai oleh lima aktivis dan pemimpin kanan Parti Keadilan Nasional yang kini dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat(PKR).

Sementara itu bagi seorang lagi bekas tahanan ISA, ADUN Kota Damasara Dr Nasir Hashim, belia bersependapat dengan Dr Badrul dan juga turut menyifatkan pengumuman secara tiba-tiba Najib ini hanya akan menjadi lebih kejam kelak.

"Kenapa kerajaan UMNO-BN memansuhkan ISA? Sedangkan akta terbabit banyak membantu BN dalam mengawal 'musuh-musuh' mereka, saya tidak menafikan tujuan mereka adalah untuk menarik undi rakyat semata-mata dalam pilihan raya akan datang,"katanya yang dipetik melalui sistem khidmat pesanan ringkasnya(SMS) kepada Tv Selangor.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi berkata Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan dimansuhkan sama sekali dan kerajaan akan memperkenalkan dua akta baru untuk mengekalkan keselamatan negara.

“Seperti mana yang saya janjikan dalam ucapan sulung saya semasa mula-mula mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 3 April 2009, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) akan dikaji secara komprehensif.

“Sehubungan dengan itu, suka saya mengumumkan pada malam yang bersejarah ini, bahawa ISA akan dimansuhkan terus,” katanya.

Najib berkata demikian dalam perutusan khasnya sempena sambutan Hari Malaysia esok.

Penggabungan MAS dan AirAsia bukan untuk rakyat

Umum sedia maklum bahawa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti Malaysia Airlines ini merupakan tunggak kepada amalan monopoli di mana sebelum kehadiran AirAsia dalam industri penerbangan di Malaysia, Malaysia Airlines mempunyai hak kepada kesemua pasaran penerbangan di Malaysia.

Di samping itu, GLC yang merupakan kuasa utama dalam menjana ekonomi negara ini dijangkiti dengan campur tangan politik yang berleluasa.

Akibat campur tangan politik yang tidak terkawal ini, Malaysia Airlines mengalami lebih banyak kerugian daripada merasai keuntungan. Ini berlaku akibat campurtangan politik yang membawa kepada pengurusan yang tidak cekap mahupun sistematik. Sebuah aset negara telah dipermainkan untuk menguntungkan pihak – pihak tertentu sahaja dan tidak dirasai oleh rakyat negara ini.

Oleh itu, pada 9 Ogos 2011[1], dunia industri penerbangan telah dikejutkan dengan penukaran saham di antara dua syarikat penerbangan Malaysia iaitu Malaysia Airlines dan AirAsia Bhd. Penukaran saham menjaminkan Tony Fernandez akan memegang 20% saham dalam Malaysia Airlines dan Khazanah, pemegang saham terbesar dalam Malaysia Airlines akan memegang saham sebanyak 10% dalam Tune Air, pemegang saham terbesar dalam AirAsia Bhd.

Orang awam telah diberikan jaminan kononnya penggabungan dua syarikat penerbangan ini tidak akan membawa kepada amalan monopoli akan tetapi Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) tidak diyakini dengan jaminan ini atas beberapa kekhuatiran-kekhuatiran yang akan dijelaskan di bawah.

Kesan penggabungan dua syarikat penerbangan ini membawa kepada kekurangan persaingan yang sihat dalam industri penerbangan dalam Malaysia. Persaingan sihat telah diketengahkan sebagai wacana baharu dalam kerangka pembangunan ekonomi melalui penggubalan Akta Persaingan 2010 yang diluluskan pada bulan Mei 2010 dan berkuatkusa pada 1 Januari 2012.

Wacana di sebalik penggubalan Akta Persaingan 2010 adalah bahawa negara perlu memainkan peranan untuk menyediakan suasana persekitaran ekonomi yang menggalakkan persaingan yang sihat untuk membangunkan ekonomi negara dan bukannya menggalakkan amalan monopoli yang membantutkan semangat persaingan kompetitif yang sihat.

Menurut Rancangan Malaysia yang ke-10, persaingan yang sihat diperlukan untuk mewujudkan suasana ekonomi yang lebih cekap dan dinamik. Akta Persaingan 2010 ini menggalakkan persekitaran kompetitif yang sihat dan memberikan pelabur-pelabur asing dan tempatan lebih keyakinan untuk melabur di Malaysia. Peniaga yang melabur ke dalam negara Malaysia tanpa halangan (baca: dalam kes ini, monopoli) ini akan membolehkan negara menikmati pertumbuhan ekonomi.

Pengguna juga mendapat barangan dengan harga yang lebih rendah dengan pilihan yang banyak. Persekitaran kompetitif ini menggalakkan pembangunan produk yang baru dengan kualiti yang tinggi. Tanpa persaingan yang sihat, peniaga tidak akan menitikberatkan hak memilih para pengguna. Sebaliknya, dalam kes ini, kuasa monopoli berkemungkinan besar membawa kepada kenaikan harga, penurunan kualiti produk, pengurangan laluan penerbangan dan penurunan perkhidmatan penerbangan dua syarikat penerbangan ini dalam jangka masa panjang.

Apa yang bakal disaksikan dalam jangka masa pendek tidak dapat menjamin perubahan dan hala tuju yang mungkin menguntungkan pihak tertentu tetapi merugikan rakyat dalam jangka masa panjang.

Ekoran penggubalan Akta Persaingan 2010 dan Akta Suruhanjaya Persaingan 2010, pihak berkepentingan yang tidak berpuas hati dengan amalan monopoli boleh membuat aduan kepada Tribunal Rayuan Persaingan. Di samping Tribunal Rayuan Persaingan, kerajaan juga memperuntukkan penubuhan Suruhanjaya Persaingan.

Tribunal Rayuan Persaingan ini boleh digunapakai oleh mana – mana pihak yang hendak mengutarakan aduan mengenai mana – mana perniagaan yang tidak bertindak dalam kepentingan para pengguna.

Menurut Fasal 5 Akta Suruhanjaya Persaingan 2010, termaktub di bawah seksyen keanggotaan Suruhanjaya, “Suruhanjaya hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang hendaklah dilantik oleh Perdana Menteri atas syor Menteri.” Menteri dan Timbalan Menteri bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ialah Dato’ Sabri bin Yaakob, Dato’ Tan Lian Hoe dan Dato’ Rohani binti Abdul Karim.

Suruhanjaya ini dipengerusikan oleh bekas hakim Malaya, Tan Sri Siti Norma Yaakob dan anggota-anggota suruhanjaya yang dilantik ialah Ketua Eksekutif Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI) dan anggota Majlis Perundingan Ekonomi Kebangsaan, Datuk Dr Michael Yeoh, bekas Dekan Fakulti Undang-undang UM dan kini Naib Presiden Hal Ehwal Akademik Nilai International College, Datuk Dr Sothi Rachagan, serta Dekan Graduate School of Business Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Datin Dr Hasnah Haron.

Anggota suruhanjaya lain pula terdiri daripada bekas Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan, bekas peguam Abd Malek Ahmad dan wakil kerajaan iaitu wakil Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, wakil Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), wakil Jabatan Peguam Negara dan wakil Unit Perancang Ekonomi (EPU).

Suruhanjaya ini haruslah menjawab kepada tuntutan rakyat untuk mengendalikan isu monopoli dan mengeluarkan laporan untuk samada sesuatu aktiviti penggabungan merupakan langkah yang membawa kebaikan kepada rakyat atau ia hanyalah perjanjian perniagan yang berbau monopolistik yang akan menguntungkan pihak – pihak tertentu sahaja.

Melihat kepada perkembangan isu MAS/AirAsia setakat ini, KPRU ingin melontarkan beberapa persoalan seperti berikut:

1. Adakah Menteri dan Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bersetuju dengan perjanjian pertukaran saham MAS-AirAsia? Dan apakah pendirian Menteri dan Timbalan Menteri terhadap kebimbangan berlakunya monopoli yang tidak sejajar dengan wacana baharu pembangunan ekonomi berteraskan semangat persaingan sihat?

2. KPRU mengalu-alukan anggota-anggota Suruhanjaya Persaingan memberi pandangan profesional mereka terhadap prestasi AirAsia dan Malaysia Airlines sebelum dan selepas penggabungan ini untuk memberi penjelasan yang lebih komprehensif kepada orang awam mengenai kesan penggabungan ini kepada indusri penerbangan di Malaysia dan kesan penggabungan ini kepada para pengguna dan juga para pekerja kedua-dua syarikat penerbangan ini.

Isu monopoli ini membawa kepada bagaimana Tony Fernandez membeli dan membayar hutang AirAsia untuk menjadikannya satu syarikat penerbangan yang disegani dunia, maka persoalaanya ialah, adakah dengan membeli 20% saham dalam Malaysia Airlines, Tony Fernandez akan membayar hutang yang dialami oleh Malaysia Airlines, atau memonopoli industri penerbangan dengan menjadi pemilik sebenar Malaysia Airlines dan bukannya Khazanah? Dan adakah kesudahan ini akan membawa kepada monopoli satu entiti ‘syarikat penerbangan beraja’ di Malaysia?

Penggabungan bersifat monopolistik akan memberi kesan kepada kecekapan operasi Malaysia Airlines dari empat sudut.

Sudut pertama ialah Nisbah Revex atau nisbah jumlah pendapatan operasi sebagai peratusan daripada jumlah mengurus Malaysia Airlines. Apabila AirAsia memasuki gambaran ini, dan laluan–laluan dibahagikan dengan tetap, adakah Nisbah Revex Malaysia Airlines akan terjejas? Adakah ia akan berkurangan dengan AirAsia mengambil alih beberapa laluan penerbangan yang akan menguntungkan AirAsia akibat beberapa laluan udara yang bertindih di antara FireFly dan AirAsia?

Seperti yang dapat dilihat dalam Jadual 1 di atas, status kewangan bagi tempoh tahun 2001 hingga 2009 yang lepas menunjukkan Malaysia Airlines mengalami kerugian atau tren keuntungan menurun setiap tahun. KPRU berpendapat, dakwaan bahawa penggabungan di antara Malaysia Airlines dan AirAsia dapat membantu status kewangan Malaysia Airlines masih tidak terjawab dan tidak terjamin. Jadual 2 di bawah menunjukkan tren hutang jangka masa panjang Malaysia Airlines yang semakin meningkat.

Adakah ia berbaloi untuk meletakkan status kewangan Malaysia Airlines pada syarikat penerbangan yang lain iaitu Tony Fernandez, pemilik kepada syarikat pesaing terdekat Malaysia Airlines? Adakah penggabungan ini akan berjaya membantu Malaysia Airlines atau adakah ia akan membantu kapitalis tertentu dengan memberinya kuasa bermonopoli dalam industri penerbangan di pasaran penerbangan kecil seperti di Malaysia ini?

Keduanya ialah, dari sudut produktiviti. AirAsia telah berjaya mendapat hasil keuntungan sebanyak RM1.06 bilion untuk tahun 2010[9] manakala Malaysia Airlines hanya berjaya meraih keuntungan sebanyak RM233 juta sehingga bulan September 2010[10]. Dengan AirAsia mempunyai prestasi produktiviti yang lebih kukuh daripada Malaysia Airlines, adakah penggabungan ini lebih menguntungkan prestasi AirAsia? Berikutan perkembangan bahawa Tony Fernandez akan memegang jawatan dalam lembaga pengarah Malaysia Airlines, adakah ini memberi ruang kepada beliau untuk membuat keputusan mudah yang akan menguntungkan lagi prestasi AirAsia? Di mana semangat dan wacana baharu persaingan yang wajar tertanam dalam kerangka pembangunan ekonomi negara berikutan penggubalan Akta Persaingan 2010?

Sudut ketiga ialah faktor pembawaan penumpang di mana AirAsia telah memesan 200 [11] kapal terbang A230 Airbus untuk mengembangkan armada kapal terbangnya manakala Malaysia Airlines dalam proses untuk menggantikan kapal terbang Boeing 747 dan 777 yang berusia lebih dari 20 tahun. Dalam kata erti yang lain, AirAsia mempunyai faktor pembawaan penumpang yang lebih tinggi daripada Malaysia Airlines dan lebih 200 kapal terbang A230 Airbus ini akan menguntungkan syarikat penerbangan AirAsia daripada Malaysia Airlines dalam penggabungan dua syarikat penerbangan ini.

Sudut yang terakhir ialah hasil penumpang di mana Malaysia Airlines mempunyai bilangan yang lebih sedikit daripada AirAsia iaitu untuk tahun 2010, AirAsia mempunyai 15.23 juta penumpang; 7.2 juta penumpang antarabangsa dan 8.03 juta merupakan penumpang tempatan. Manakala Malaysia Airlines membawa 7.32 juta penumpang antarabangsa dan 6.5 juta penumpang tempatan[12].

Perkembangan terbaru di mana Menteri Pengankutan Datuk Seri Kong Cho Ha[13] telah mengesahkan bahawa akan berlaku kenaikan dalam cukai lapangan terbang serta mesyuarat[14] di antara Malaysia Airlines dan FireFly juga cenderung ke arah memperkukuh suasana monopolistik dalam industri penerbangan. Ketidakpastian mengenai mesyuarat ini juga membawa kepada pengurangan keyakinan rakyat dalam penggabungan ini. Perkembangan ini tidak menggalakkan wacana konsumerisme tetapi menggalakkan suasana korporat yang akan menjejaskan hak – hak pengguna. Hak – hak pengguna diketepikan untuk meraih keuntungan yang hanya akan dirasai oleh pihak – pihak tertentu dan bukannya rakyat negara ini.

Apabila Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menukarkan perkataan konsumer kepada konsumerisme[15], ia adalah untuk menggalakkan dan melindungi hak – hak pengguna dari suasana korporat akan tetapi penggabungan di antara AirAsia dan Malaysia Airlines merupakan perlakuan bercanggah dengan pendirian kementerian.

Penggabungan ini yang dibuat tanpa mengambil kira kehendak para pengguna mahupun para pekerja kedua–dua syarikat penerbangan ini telah mengundang bantahan dari Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM). DPMM mengutarakan bantahan mereka atas sebab penggabungan ini seperti menjual aset rakyat kepada pihak lain dan menjatuhkan maruah syarikat penerbangan nasional serta ia menunjukkan seolah–olah ia gagal diurus dengan baik.[16]

Penggabungan kedua–dua syarikat penerbangan ini menunjukkan bagaimana kerajaan dengan niat menjual aset rakyat yang mereka gagal untuk menguruskan dengan baik kepad pihak ketiga. KPRU ingin menegaskan sekali lagi, ia seolah–olah kerajaan melepas batuk di tangga dan sudah tidak mahu mengambil tanggungjawab untuk menguruskan Malaysia Airlines dengan lebih cekap dan sistematik. Ia merupakan tanggungjawab kerajaan dan juga negara untuk menjaga kepentingan rakyat untuk menyediakan suasana persaingan sihat bagi menjana ekonomi yang akan membangunkan negara dan bukan untuk mewujudkan suasana monopolistik yang menguntung pihak–pihak tertentu sahaja.

Kata tutupnya, penggabungan ini tidak dilakukan dengan niat hendak menjaga kepentingan rakyat. Sebaliknya, ia sekali lagi berbau politk naungan ekoran tertanamnya budaya rent-seeking yang menyokong pewujudan suasana monopolistik dan dilakukan untuk menguntungkan pihak tertentu sahaja. Ia tidak mengambil kira kepentingan para pekerja, para pengguna mahupun rakyat negara. Ia dilakukan dalam penuh kerahsiaan dan kesudahannya ialah pemenang merupakan pihak tertentu termasuk kapitalis tertentu dan bukan rakyat.

Ahad, 11 September 2011

Najib nafi naikkan cukai prepaid? ini Buktinya Najib BOHONG



Utusan Malaysia melaporkan - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta syarikat telekomunikasi supaya mengkaji semula keputusan mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak 6.0 peratus kepada pengguna ke atas produk tambah nilai dan pek permulaan kerana keputusan itu kini dilihat membebankan rakyat.

Najib berkata, keputusan itu yang diambil sendiri oleh syarikat telekomunikasi merupakan satu keputusan yang tidak popular selepas beliau mengambil kira pandangan dan maklum balas daripada pengguna.

Najib berkata, kerajaan tidak pernah meluluskan apa-apa berkenaan caj cukai 6 peratus berkenaan sebaliknya ia dibuat syarikat telekomunikasi sendiri.

"Kita tidak pernah luluskan, keputusan dibuat pihak syarikat telekomunikasi sendiri," katanya - sepenuhnya sila baca di SINI

Betoika??

Korang tengok pulak muka Najib ni.. selamba saja di berbohong..

Aku malas nak komen panjang-panjang dalam isu ini…

Selama ini memang pengguna prabayar tidak dikenakan caj 6% ini kerana ianya diserap oleh syarikat telekomunikasi. Tetapi tidak mulai 15 September 2011 bila pengguna dikehendaki menanggung kos cukai perkhidmatan. Dan hak mengenakan caj ini ke atas pengguna memang hak mutlak syarikat telekomunikasi.

Dalam Akta Cukai Perkhidmatan 1975, cukai perkhidmatan ialah cukai kepenggunaan dan boleh dicaj kepada pengguna. Syarikat telekomunikasi dikehendaki melevi cukai perkhidmatan ke atas sebarang perkhidmatan telekomunikasi termasuk talian prabayar.

Jadi kesimpulannya mudah. Ada cukai perkhidmatan sebanyak 6% untuk sebarang perkhidmatan termasuklah telekomunikasi. Cukai sebanyak 6% ini boleh dicaj kepada pengguna oleh syarikat yang memberikan perkhidmatan yang kemudiannya akan dibayar pula kepada kerajaan - lagi di SINI

Sebab apa aku kata Najib selamba saja berbohong dalam isu ini??

Katanya "Kita tidak pernah luluskan, keputusan dibuat pihak syarikat telekomunikasi sendiri,"

Sebenarnya memang Najib dan Kerajaan UMNO/BN tidak pernah meluluskan kenaikkan ini tapi mereka telah menetapkannya di dalam Budget yang dibuat pada 15 Oktober 2010..

Sebahagian Budget..

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENGENAAN CUKAI PERKHIDMATAN BERDASARKAN PENGUMUMAN BAJET 2011

1. Pendahuluan

YB. Menteri Kewangan melalui pembentangan Bajet 2011 di Dewan Rakyat pada 15 Oktober 2010 telah mengumumkan mengenai cadangan:

(i) menaikkan kadar cukai perkhidmatan daripada 5% kepada 6% ke atas semua perkhidmatan bercukai kecuali kad kredit dan kad caj.

(ii) mengenakan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan Penyiaran Televisyen Berbayar
Kedua-duanya akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2011.

2. Peruntukan Undang-Undang

2.1 Kenaikan kadar cukai perkhidmatan daripada 5% kepada 6% ke atas semua perkhidmatan bercukai kecuali perkhidmatan kad kredit dan kad cajPindaan kadar cukai perkhidmatan ini dikuatkuasakan melalui Perintah Cukai Perkhidmatan (Kadar Cukai) (Pindaan) 2010 [P.U. (A) 411/2010].

Dengan pindaan di atas, butiran (a) kepada perenggan 3, Perintah Cukai Perkhidmatan (Kadar Cukai) 2009 [P.U(A) 468/2009] akan dibaca seperti berikut:

“3. Cukai perkhidmatan hendaklah dikenakan dan dilevikan ke atas perkhidmatan yang boleh dikenakan cukai pada kadar yang berikut:

“(a) dalam hal perkhidmatan yang boleh dikenakan cukai selain perkhidmatan yang boleh dikenakan cukai berhubung dengan perkhidmatan kad kredit atau kad caj, 6% daripada harga, caj atau premium perkhidmatan yang boleh dikenakan cukai yang ditentukan mengikut seksyen 4 Akta; dan”

2.2 Pengenaan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan penyiaran televisyen berbayar
Jadual Kedua kepada Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan 1975 [P.U.(A)52/1975] telah dipinda dalam Kumpulan G, butiran (b) dalam ruang “perkhidmatan yang kena dibayar cukai” seperti berikut:

“(b) Penyediaan –

(i) perkhidmatan telekomunikasi dalam bentuk telefon, faksimili, telemail, alat keloi, telefon selular, teleks, perkhidmatan lebar jalur atau perkhidmatan nilai ditambah; dan

(ii) perkhidmatan penyiaran televisyen berbayar”

Pindaan di atas dibuat melalui Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2010 [P.U.(A) 412/2010].

3. Pelaksanaan

3.1 Kenaikan kadar cukai perkhidmatan dari 5% kepada 6%

Dengan pindaan kepada Perintah Cukai Perkhidmatan (Kadar Cukai) 2009 seperti di perenggan 2.1 di atas, bermakna semua perkhidmatan bercukai sebagaimana disenaraikan dalam Jadual Kedua, Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan 1975 adalah tertakluk kepada cukai perkhidmatan pada kadar 6% berkuatkuasa mulai 1.1.2011 kecuali perkhidmatan kad kredit dan kad caj.

3.2 Pengenaan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan penyiaran televisyen berbayar
(i) Orang yang kena membayar cukai (“OKC”)
Mana-mana orang yang menyediakan perkhidmatan komunikasi yang berdaftar di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] atau yang dilesenkan di bawah Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Pelesenan) 2000.

(ii) Perkhidmatan yang kena dibayar cukai
Penyediaan perkhidmatan penyiaran televisyen berbayar – cukai perkhidmatan dikenakan atas yuran langganan.

(iii) Perkhidmatan yang tidak kena di bayar cukai
Bayaran-bayaran lain yang dikenakan selain yuran langganan.

(iv) Kadar cukai perkhidmatan
Kadar cukai perkhidmatan yang dikenakan adalah 6%.

LAGI - HARI HARI AKHIR SAEKOR NAJIB

HARI HARI AKHIR






MADEY: SAYA TIADA KAITAN DENGAN PENAWAR DIDAKWA DESAK NAJIB UNDUR - minsider

Mahathir Mohamad menegaskan beliau tidak terlibat dalam Persatuan Bekas-bekas Wakil Rakyat Umno (Penawar) yang awal bulan lalu didakwa menggerakkan usaha memaksa Datuk Seri Najib Razak agar berundur.

Penawar yang diketuai oleh bekas Ahli Parlimen Shah Alam dan bekas setiausaha politik Mahathir, Abdul Aziz Shamsuddin telah pun menafikan dakwaan sedemikian sebulan lalu.

Sehubungan itu, Mahathir menegaskan beliau tidak tahu adanya gerakaan seumpama itu dan sekiranya ada beliau sama sekali tidak terlibat.

“Saya tak ada di belakang tu. Orang sebut nama saya selalu. Apa juga yang berlaku semua kata saya duduk di belakang. Saya duduk di belakang semua orang mesti ada 1,000 Dr. Mahathir, baru boleh duduk di belakang 1,000 orang. Penawar, Penawar lah. Dia nak buat apa, dia buatlah,” kata beliau dalam temu bual bersama saluran Astro Awani yang disiarkan hari ini.

...INGAT TAK CARA MEMBACA BERITA DI MALAYSIA INI?.... kah kah kah..

..CUBA INGATKAN KENBALI.... kah kah kah..

nota:
adakah ini stau kesedihan
adakah ini satu kepiluan
adakah ini satu kegembiraan


NOTA:
telah keluar cerita bahawa najib telah memberi amaran pada suaminya:
kalau hang tak ubah perangai – aku buat pilihanraya tahun ini
suami najib ketar:
jangan buat tahun ini
kalau buat tahun ini akub tak jadi flom lagi


MERDE MERDE MERDE

MERDE MERDE KA








KENAPA TUNKU LAUNGKAN MERDEKA JIKA TIDAK DI JAJAH – harakah daily

Rakyat tertanya-tanya, jika negara tidak pernah dijajah, kenapa Tunku Abdul Rahman melaungkan merdeka?

“Kenapa setiap tahun kita menyambut kemerdekaan? Apakah penulisan sejarah perlu dibakar kerana telah tipu pelajar-pelajar sekolah?” tanya AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad
.
Katanya, sekarang terbukti siapa yang hendak membohongi sejarah.

“Rasa kesian kepada profesor upahan Umno yang mengakhiri hidup mereka yang akan dicemuh oleh semua makhluk di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, kenyataan mereka memalukan ahli akademik yang jujur.

Justeru, ujarnya ahli akademik perlu bangkit membetulkan kenyataan itu.

KENAPA – MUNGKIN INI JAWAPANNYA:

1 – tunku di paksa oleh mahathir
2 – kuda tunku lari - nama kuda tunku bukan think big tapi merdeka
3 – tunku kata madey anak keling – nama anak kling ini mendelika
4 – madey kata tunku orang siam – tunku kata mudah ke mu dah ke
6 - tunku hanya kata MERDE – ka

nota:
sila tengok kamus peranchis
apa dia merde kah kah kah


KEJAYAAN TERHEBAT SPRM ABAD INI

TAK NAMPAK BADAK INI?





69 DI BERKAS SPRM
– berita hairan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri memberkas 69 pemberi dan penerima rasuah dengan nilai suapan kira-kira RM127,509 dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Timbalan Pesuruhjaya SPRM Johor, Simi Abdul Ghani berkata, jumlah itu meningkat berbanding 60 orang bagi tempoh yang sama tahun lalu dengan nilai suapan RM537,925.

"Tiga kategori tangkapan tertinggi bagi tempoh itu melibatkan penjawat awam dan swasta iaitu 50 orang berbanding 49 tahun lalu.

"Ia diikuti kumpulan sokongan seperti kerani dan penjawat awam 13 orang berbanding lapan tahun lalu serta kumpulan pengurusan dan profesional enam orang berbanding tiga tahun lalu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan Kompleks Pejabat SPRM Johor yang baharu di Jalan Persiaran Tanjung, Tampoi di sini, hari ini.

Penyerahan itu dilakukan oleh Pengarah Jabatan Kerja Raya negeri, Ir. Abu Bakar Ahmad kepada Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM, Zakaria Jaffar.

Simi berkata, bagi tempoh tersebut, 618 kertas siasatan dibuka berbanding 73 tahun sebelumnya.

Aduan yang diterima bagi tempoh itu pula katanya, meningkat dua peratus iaitu 516 berbanding 506 bagi tempoh yang sama tahun lalu.

Pada tempoh itu juga, katanya, nilai harta penerima rasuah yang dilucutkan sebanyak RM21,503 berbanding RM4,595 pada tahun sebelumnya.

.... SATU LAGI KEJAYAAN HEBAT.... kah kah kah..

...SPRM BERJAYA MENANGKAP MAT DISPATCH..... kah kah kah..

...SPRM BERJAYA MENANGKAP BUDAK PEJABAT.... kah kah kah..

...SPRM BERJAYA MENANGKAP BUDAK JAGA KERETA.... kah kah kah...

... SYABAS! TAPI MACAM MANA KES CINCIN SUAMI NAJIB?.... kah kah kah..

...TAPI MACAM MANA KES DUIT KOMISEN BELI KAPAL SELAM?.... kah kah kah..

..TAPI MACAM MANA KES 12 BILION RINGGIT LESAP DI PROJEK PERLABUHAN KLANG?..kah kah kah..

nota:
opis boy yang kurus kering naik capcai nampak
rosmah mansor yang membadak tak nampak


BACA DAN FAHAM TANDA DAN MAKNA

SOALAN HINGGA KIAMAT?



nota:

bila melihat gambar ini
dan membaca berita dibawah
maka akan muncul satu soalan

ini soalan hingga hari kiamat

apakah road block polis akan berkurangan
apabila gaji naik?


16,000 POLIS NAIK PANGKAT – berita hairan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Ismail Omar mengumumkan kenaikan pangkat 16,010 anggota polis berpangkat lans koperal kepada koperal secara automatik mengikut tempoh perkhidmatan tanpa perlu menjalani proses temu duga.

Beliau berkata, proses kenaikan pangkat itu diluluskani Najib Razak, sekali gus membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap sumbangan anggota polis berpangkat rendah.

Menerusi skim itu, katanya, konstabel dinaikkan pangkat ke lans koperal selepas tiga tahun perkhidmatan, manakala lans koperal selepas lima tahun berkhidmat dinaikkan ke pangkat koperal dengan syarat lulus undang-undang rendah jabatan, tapisan dan perakuan pegawai pemerintah.

Seramai 16,010 lans koperal layak dinaikkan ke pangkat koperal secara time-based mengikut pecahan skim perkhidmatan iaitu Skim Anggota Pangkat Rendah (APR) dan Konstabel membabitkan 13,759 anggota serta Skim APR dan Konstabel Sokongan membabitkan 1,618 anggota.

NOTA:

apa makna berita ini?
apa tanda berita ini?

ini tandanya pilihanraya akan sampai
ini tandanya mata mata sedang di bodek
ini tandanya gerombolan sedang bersedia

maknanya pakatan rakyat akan kalah
maknanya pakatan rakyat akan kena tipu

KENYATAAN RESMI PARTI KEADILAN RAKYAT

CUKAI PERKHIDMATAN 6%: PERDANA MENTERI PERLU BERTANGGUNGJAWAB

Kenyataan Najib Razak yang menyalahkan syarikat
telekomunikasi atas kenaikan harga akibat cukai perkhidmatan 6%
tidaklah mengejutkan. Kebelakangan ini, tindakan beliau yang suka
menuding jari kepada orang lain apabila keputusannya sendiri tidak
disukai rakyat sudah menjadi tabiat.

Adalah tidak patut dan memalukan apabila seorang Perdana Menteri
menyatakan beliau tidak tahu menahu mengenai kenaikan kos prabayar
yang ditanggung rakyat, sedangkan beliau sendiri dengan gahnya
mengumumkan kenaikan cukai perkhidmatan dalam pembentangan belanjawan
2011 di Dewan Rakyat tahun lepas.

Rakyat harus sedar bahawa cukai perkhidmatan 6% ke atas perkhidmatan
telekomunikasi termasuk kad prabayar adalah cukai kerajaan. Cukai ini
adalah milik kerajaan sepenuhnya dan tidak ada satu sen pun yang masuk
poket mana-mana pihak lain, yang hanya bertanggungjawab mengutip cukai
ini bagi pihak kerajaan. Setiap tahun, dianggarkan kerajaan mengutip
sehingga RM750 juta daripada pembelian kad prabayar oleh rakyat
Malaysia.

Walaupun saya berpendapat keputusan syarikat telekomunikasi untuk
menaikkan kos kad prabayar untuk menampung kenaikan cukai perkhidmatan
adalah tidak berpatutan kerana keuntungan mereka yang begitu tinggi,
kita juga perlu adil dengan memahami bagaimana kos bagi segmen
prabayar meningkat apabila cukai perkhidmatan dinaikkan.

Namun, tabiat Perdana Menteri yang suka menuding jari dan tidak mahu
mengambil tanggungjawab perlu ditegur dengan keras oleh ahli-ahli
politik dan pimpinan golongan niagawan. Kerajaan tidak boleh berdolak
dalih dalam melaksanakan dasar percukaiannya. Jika ia telah meluluskan
undang-undang yang menetapkan semua perkhidmatan dikenakan cukai 6%
sebagai satu bentuk cukai penggunaan, ia tidak boleh secara diam-diam
berharap cukai itu ditanggung oleh syarikat, kerana cukai perkhidmatan
adalah satu bentuk cukai yang ditanggung oleh rakyat bagi tujuan
mengawal penggunaan.

Tabiat sebegini akan menghuru-harakan keadaan. Ia akan menyebabkan
pentadbiran percukaian dan ekonomi negara kucar-kacir kerana kaedah
percukaian yang berbeza sudah hilang maknanya; apabila Perdana sendiri
yang keliru di antara tujuan dan fungsi di antara cukai langsung (ke
atas keuntungan dan pendapatan) berbanding cukai tidak langsung (ke
atas penggunaan melalui cukai perkhidmatan dan barangan). Maka tidak
hairanlah Perdana Menteri sehingga sekarang tidak berjaya
mengembalikan keyakinan pasaran kepada dasar dan kepimpinannya.

Tabiat Dato’ Seri Najib Tun Razak juga berbahaya kerana ia memberi
gambaran syarikat berlainan akan mendapat layanan berbeza walaupun
undang-undangnya sama. Jika beliau mahu syarikat telekomunikasi
menanggung cukai perkhidmatan 6%, beliau juga perlu berlaku adil
kepada semua. Makanya, beliau wajar memberi arahan agar semua syarikat
lain dari pelbagai industri, termasuklah industri penyiaran (Astro)
hinggalah kepada industri makanan (KFC dan restoran mamak) juga perlu
menanggung cukai perkhidmatan itu.

Alang-alang beliau mahu menjadi jaguh rakyat, lebih baik beliau
menghapuskan saja cukai perkhidmatan kerana beliau tidak ada hak untuk
memberi arahan syarikat mana perlu menanggung cukai perkhidmatan.
Tindakan itu akan menyebabkan sudah tidak ada beza di antara cukai
perkhidmatan dan cukai pendapatan.

Hakikatnya, rakyat harus sedar bahawa tindakan Dato’ Seri Najib Tun
Razak menaikkan cukai perkhidmatan kepada 6% berkuatkuasa 1 Januari
2011 memainkan peranan dalam kenaikan kos; termasuk kos prabayar.

Jika beliau mahu menjadi seorang Perdana Menteri yang
bertanggungjawab, beliau sepatutnya mengumumkan pengecualian daripada
cukai perkhidmatan semua perkhidmatan harian yang ditanggung
sebahagian besar rakyat; termasuklah perkhidmatan siaran TV berbayar
(Astro), telekomunikasi dan restoran.

Itu lebih bertanggungjawab daripada terus menuding jari kepada orang
lain apabila keputusannya dibangkang rakyat.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI
10 SEPTEMBER 2011