Sabtu, 26 Mac 2011

Di manakah Anwar Ibrahim : PKR kemuka bukti

Pejabat PKR hari ini tampil memberi urutan catatan Twitter dan Facebook oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membuktikan ketua umum parti itu berada di rumah dan berhubung menerusi alam siber ketika rakaman sebuah video lucah dikatakan berlangsung di sebuah hotel.

orange book forum klscah 250111 rafizi ramliDua akhbar kawalan Umno, Utusan Malaysia dan New Straits Times hari ini mendakwa tidak ada catatan Twitter atau Facebook Anwar pada 21 Februari antara jam 10.23 hingga 10.45 malam – masa yang dikatakan adengan seks membabitkan pemimpin kanan pembangkang dirakamkan di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Pengarah Strategi Komunikasi PKR Rafizi Ramli dalam satu kenyataan menyertakan bukti dari petikan skrin akaun Facebook Anwar yang menunjukkan beliau menghantar pesanan ke akaun Twitter dan disambut oleh pengikutnya pada 21 Februari lalu.

Tertera adalah catatan yang dimaksudkan:

1040 malam: “Inshaallah”
1049 malam: “That's d Najib's plan. Our task: pursue reform agenda”
1050 malam: “Varsity students: Conscience of the majority”
1052 malam: “Modus operandi of rogue leaders”
1058 malam: “Bisa”
1103 malam: “Waras”
1103 malam: “Ada ruang bias ja”
1105 malam: “Ngak. Tapi ada sampaikan kuliah di UGM”
1108 malam: “RT @gst183 Revolution is the festival of d oppressed”

Jelas Rafizi, masa yang dicatatkan di Facebook adalah dua minit lebih lambat dari masa pesanan sebenar di akaun Twitter kerana menggunakan khidmat 'Selective Tweets'.

Sembilan pesanan

Rafizi berkata, Anwar menghantar sembilan pesanan ke akaun Twitternya di antara jam 10.38 hingga 11.06 malam.

Waktu rakaman video berkenaan adalah antara 10.20 hingga 10.41 malam.

“Semua laporan setakat ini oleh mereka yang menonton rakaman tersebut tidak menyebut mengenai si pelaku sedang melakukan seks sambil memegang telefon untuk menghantar pesanan ke akaun Twitter,” jelas beliau.

anwar facebook tweetsMalah Rafizi menegaskan pesanan-pesanan yang dihantar dan dilampirkan jelas adalah pesanan yang dibuat oleh Ketua Pembangkang itu sendiri kerana lenggok bahasa dan interaksinya dengan pengikut-pengikutnya diketahui umum.

“Oleh yang demikian, mustahil si pelaku yang dirakam di dalam video adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

Rafizi berkata ada pihak termasuk blog upahan Umno mendakwa wujud perbezaan masa sejam di antara catatan di laman Facebook dan laman Twitter.

Bohong besar

Itu kata beliau adalah pembohongan besar yang direka cipta kerana hakikatnya adalah Anwar di rumah dan berinteraksi melalui Twitter pada masa yang didakwa.

“Saya sertakan dua petikan skrin yang diambil dari laman Twitter dan Facebook Datuk Anwar yang menunjukkan bahawa pesanan yang dibuat melalui laman Twitter akan dihantar ke laman Facebook dua minit kemudian.

NONEOleh itu kata beliau, penjelasan-penjelasan ini sudah cukup untuk membuktikan kepada rakyat Malaysia betapa hinanya akhbar-akhbar milik Umno itu yang tanpa segan silu menyiarkan fitnah tanpa usul periksa, asal dapat menyebarkan dakyah tuan punyanya iaitu Umno.

“Dengan pendedahan ini, PKR mendesak Utusan Malaysia memohon maaf dan sekiranya enggan berbuat demikian, PKR akan mempertimbangkan tindakan lanjut untuk diambil terhadap Utusan Malaysia dan penulis blog Umno tersebut,” katanya.

Dalam laporan muka depannya hari ini bertajuk “Di Manakah Anwar Ibrahim” akhbar kawalan Umno itu mendakwa Ketua Pembangkang 'hilang' kira-kira dua jam pada 21 Febuari lalu, kerana tidak ada catatan dalam Twitter dan Facebooknya.

Niat jahat

Rafizi berkata, laporan itu jelas berniat jahat, dan bertujuan untuk menyambung fitnah dan serangan Umno ke atas Anwar dan Pakatan Rakyat.

NONEMenurut Rafizi, tembelang Utusan Malaysia yang melambangkan rendahnya kawalan mutu kewartawanan.

“Malah isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hanya menjawab ringkas dengan menyatakan rasa terkejut dengan skandal terbaru suami beliau,” katanya di dalam blog http://novandri.blogspot.com.

Menurut Datuk T yang mendedahkan rakaman video seks Isnin lalu ia dirakamkan di sebuah hotel di ibu negara pada 21 Februari lalu.

MAT MONGOL BUAT LAWAK

PERGI BERAKLAAA



VIDEO SEKS: NAJIB PERTAHAN UMNO TIDAK TERLIBAT - minsider

Umno tidak terlibat dalam skandal pendedahan rakaman video seks oleh tiga “Datuk T”, yang didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat, kata i Najib Razak.

“Soalnya sama ada rakaman itu benar atau tidak, sebab kalau benar maknanya ada satu perbuatan mungkar yang berlaku. Itu perkara utama yang perlu ditentukan,” kata Najib selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno malam tadi. “... sebab ada pihak condong untuk bangkitkan soal konspirasi dan sebagainya jadi ini mengalih dari soal pokok sama ada berlaku atau tidak perbuatan yang mungkar itu dan dirakamkan atau tidak,” tambahnya.

Ketua Umum Pakatan Rakyat i Anwar Ibrahim yang membuat laporan polis Selasa lalu mendakwa wujud pembabitan Najib dan juga Hishamuddin Hussein dalam isu ini.

Semalam, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail mahu Najib dan Mahathir Mohamad memikul tanggungjawab dalam hal ini ekoran pengakuan “Datuk T’ bahawa mereka yang mendedahkan rakaman video seks ini.

Najib (gambar) berkata apa yang penting adalah untuk menyiasat kesahihan dan ketulenan video itu kerana parti berpegang kepada prinsip kebenaran sama ada perbuatan itu benar-benar berlaku dan dirakamkan.

... GEROMBOLAN TAK TERLIBAT?.......

...INI LAWAK BESAR.......

... RAHIM TAMBI PUNAI KECIK SAPA?......

...
KENAPA JOHARI ABDUL KATA LEPAS NGANG TENGOK PORNO BOLEH JUMPA MAT MONGOL........


... MALAON SIAM INI SAPA?.... KALAU BUKAN BALACHI GEROMBOLAN.....

... KALAU GEROMBOLAN TIDAK TERLIBAT... SAMA LAH MACAM BAK MAMA MENGAKU DIRI NYA DARA.......

...KALAU GEROMBOLAN TAK TERLIBAT... SAMALAH MACAM ALTANTUYA MASIH HIDUP.....

nota:
semua ini adalah kerha tim gerombolan
amat jelas kalau dibaca bahawa tape ini
pada awalnya ingin diberikan pada anwar

kemudian anwara diberi tempoh 2 minggu
untuk bderundur dari politik kah kah kah

berundur dari politik bermakna membiarkan
mat mongol dan suaminya merompak negara ini

kah kah kah kah

mat mongol ini bodoh
tapi tak sangka se bodoh ini
cakap ada facebook
tak kan tak tahu dalam facebook
semua anak muda tibai gerombolan


BULU PUN BULULAAAAA


APA PERANAN ZIONIS APCO




nota:
siapa dibelakang najib?
apa pernan apco?
semua ini perlu dijawab












VIDEO SEKS PALSU: MAHATHIR , NAJIB BERTANGGUNGJAWAB


Fitnah telah menjadi budaya dan amalan Umno sejak sekian lama, malah disaat parti itu kehilangan sokongan, fitnah adalah satu-satu senjata mereka untuk terus berkuasa.

Oleh itu penerbitan video seks palsu bertujuan memburukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengejutkan.

Walau pun bekas Ketua Menteri Melaka, Rahim Tamby Chik dan beberapa individu tampil menyatakan mereka terlibat, dua tokoh berpengaruh dalam Umno, Mahathir Mohamad dan Najib Tun Razak adalah mereka yang harus memikul tanggungjawab

Ini kerana kedua-dua tokoh memainkan peranan penting menyuburkan budaya fitnah dengan memberi ganjaran dalam bentuk wang dan pangkat kepada mereka-mereka yang sanggup menjadi alat bagi menjayakan sesuatu fitnah.

Pada tahun 1998, Anwar difitnah melakukan liwat dalam satu konspirasi oleh Mahathir yang turut melibatkan hakim, polis, Peguam Negara serta beberapa individu. Rekod menujukkan mereka diberi ganjaran besar.

Hakim Mahkamah Tinggi, Augustine Paul dinaikkan sebagai Hakim Mahkamah Rayuan dan kemudiannya Hakim Mahkamah Persekutuan.

Manakala Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Pajan Singh Gill dan Datuk Richard Malanjum dinaikkan pangkat sebagai sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan. Datuk Ariffin Jaka juga dinaikkan dari Hakim Mahkamah Tinggi menjadi Hakim Mahkamah Rayuan.

Mereka dinaikkan pangkat lebih awal berbanding hakim-hakim yang lebih senior ketika itu seperti Gopal Sri Ram, Mokhtar Sidin, Denis Ong and Abdul Kadir Sulaiman.

Peguam Negara, Mohtar Abdullah dinaikkan pangkat sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan.

Pegawai penyiasat, Musa Hassan meroket daripada ke SAC2 kepada SAC1, Pengarah Siasatan Jenayah dan kemudiannya Ketua Polis Negara. Timbalan Pendakwaraya, Abdul Gani Patail dinaikkan sebagai Peguam Negara.

SAC 1 Mohd Rodwan Mohd Yusof dilantik menjadi Ketua Polis Melaka.

Individu lain seperti seperti Azizan Abu Bakar yang pada asalanya adalah seorang pemandu telah mendapat ganjaran dan djadikan pengarah sebuah syarikat.

Kemudian fitnah ini diteruskan oleh Najib mencipta satu lagi konspirasi baru, kali ini tuduhan rekayasa dibuat dengan Anwar dituduh meliawat Saiful Bukhari Azlan. Apakah ada yang percaya bahawa Saiful dan pemain-pemain lain yang menjayakan skrip fitnah ini tidak diberi ganjaran?

Ummi Hafilda Ali kini berceramah ke seluruh negara memburukkan Anwar. Malaysiakini baru-baru mendedahkan pengakuan seorang ahli perniagaan, Baginda Minda yang mendakwa bahawa seorang menteri senior menawarkan sehingga RM10 juta kepada Ummi Hafilda untuk berbohong terhadap Anwar di dalam mahkamah.

Natijahnya, Mahathir dan Najib seolah-olah memberi mesej kepada rakyat bahawa mereka digalakkan memfitnah dengan ganjaran besar menanti. Malah mereka juga akan dilindungi.

Kerana itu, Rahim Tamby Chik dan individu-individu tersebut berani membuat video seks palsu, iaitu fitnah terbesar dan terjijik setakat ini di Malaysia.

Najib dan Mahathir mesti memikul tanggungjawab!

Saifuddin Nasution Ismail
Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat
25 Mac 2011

AMARAN UNTUK MAT MONGOL

LEBAI MONGOL



nota:
nak buat macam mana
bila porno 3 jantan boroi gagal
mat mongol terpaksa menyamar
untuk menjadi lebai mongol
kah kah kah











VIDEO SEKS:SU AGUNG PKR MAHU MAHATHIR, NAJIB TANGGUNG JAWAB
- minsider

Kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu Mahathir Mohamad dan Najib Razak “memikul tanggungjawab” dalam skandal pendedahan rakaman video seks oleh tiga “Datuk T” pada Isnin lalu, yang mengaitkan dengan Anwar Ibrahim.

Setiausaha Agungnya Saifuddin Nasution Ismail berkata, walaupun bekas ketua menteri Melaka, Rahim Thamby Chik dan beberapa individu tampil menyatakan mereka terlibat dalam pendedahannya, Mahathir iaitu bekas perdana menteri dan Najib selaku perdana menteri adalah mereka yang harus bertanggungjawab.

“Ini kerana kedua-dua tokoh memainkan peranan penting menyuburkan budaya fitnah dengan memberi ganjaran dalam bentuk wang dan pangkat kepada mereka-mereka yang sanggup menjadi alat bagi menjayakan sesuatu fitnah,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Saifuddin menambah, fitnah telah menjadi budaya dan amalan Umno sejak sekian lama, malah di saat parti itu kehilangan sokongan, fitnah adalah satu-satu senjata mereka untuk terus berkuasa.

“Oleh itu penerbitan video seks palsu bertujuan memburukkan Anwar Ibrahim tidak mengejutkan,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Machang.

Katanya, pada 1998, Anwar, ketika itu timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno, difitnah melakukan liwat dalam satu konspirasi oleh Mahathir yang turut melibatkan hakim, polis, peguam negara serta beberapa individu.

“Rekod menunjukkan mereka diberi ganjaran besar,” kata Saifuddin lagi.

“Kemudian fitnah ini diteruskan oleh Najib mencipta satu lagi konspirasi baru, kali ini tuduhan rekayasa dibuat dengan Anwar dituduh meliawat Saiful Bukhari Azlan.

“Apakah ada yang percaya bahawa Saiful dan pemain-pemain lain yang menjayakan skrip fitnah ini tidak diberi ganjaran?” kata Saifuddin lagi sambil menambah, Ummi Hafilda Ali kini berceramah ke seluruh negara memburukkan Anwar.

Selasa lalu, Ummi berkata beliau tidak terkejut dengan pendedahan Isnin lalu dan berkata ada 18 rakaman lain.

Natijahnya menurut Saifuddin, Mahathir dan Najib seolah-olah memberi meVideo seks: SU Agung PKR mahu Mahathir, Najib tanggungjawab

... JANGAN GANGGU PRODUCERLAAAA......

...PRODCER SEDANG SERONOK BERKUDA DI LADANG ANANDA DI ARGENTINA.......

...PRODUCER SEDANG IKUT SUNNAH NABI... SUKA BERKUDA......

... PRODUCER TELAH TERBITKAN PORNO SEBAGAI AMARAN PADA MAT MONGOL.....

... TIM YANG BUAT PORNO INI IALAH TIM FIRAUAN.......

..INI TIM PRO JAMBATAN BENGKOK...

...INI AMARAN... PADA MAT MONGOL.....

....KALAU JAMBATAN BENGKOK TAK DIBUAT.... ADA VIDEO MAT MONGOL MAIN GULI AKAN KELUAR.......

nota:
producer marah kerana
jambatan bengok dibatalkan
producer marah kerana tanah anak producer
di RRI sungai buluh dibatalkan
producer marah kerana tanah tudm sungai besi
dirembat oleh taik terjulur julur


TAK PERLU AUTA MAIDIN LAGI

GAMBAR PELIK AKHIR ZAMAN



nota:
mamat yang berbaju batik
tahu kah apa yang mamat satu
gai cakap?

tu pasal satu macam punya dengar
lakonan terbaik buat buat faham
kah kah kah




MASA DEPAN PAS TERANCAM AKIBAT TINDAKAN HADI
- meloya

Tindakan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang, menolak cadangan penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat video seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan pembangkang, boleh menyebabkan masa depan parti itu terancam.

Malah, cita-cita Pas untuk menggantikan UMNO sebagai sebuah parti nasionalis Islamik juga semakin kabur dan tidak menentu kerana, pemimpin mereka sendiri tidak berminat untuk mengetahui kebenaran, walaupun skandal itu menggoncang keyakinan rakyat terhadap Pas.

Zainuddin Maidin berkata, tindak-tanduk Abdul Hadi merupakan manifestasi krisis keyakinan diri akibat terlalu terpesona dengan karakter dan karisma hebat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin Islam yang dinamik.

Katanya, Abdul Hadi secara tidak langsung mengulangi kesilapan Mahathir Mohamad yang gagal menduga sikap sebenar Anwar ketika membawanya masuk UMNO suatu ketika dahulu, dengan harapan untuk melumpuhkan Pas tetapi akhirnya UMNO yang hampir dilumpuhkan.

“Maka sebab itu, orang ramai tidak seharusnya merasa hairan bila pemimpin Pas seperti Abdul Hadi dan Nik Abdul Aziz Nik Mat (Mursyidul Am) juga terpengaruh dan terus mempercayai Anwar dalam apa juga keadaan.

..KESIAN TENGOK MAT MONGOL......

...YANG MEMBELA MAT MONGOL.... ANAK DARA UMI.......

...YANG MEMBELA MAT MONGOL... RAHIM TAMBI SUKA BUDAK KECIK...

...SEKARANG... MI SPIK NO INGLISH PULAK.......

....MANA PERGI PANGLIMA.... MALIKUL SEMBAB.......

.... BILA PORNO SUDAH KANTOI.... SEMUA SENYAP.......

...PORNO TIGA MAT BOROI.... SUDAH JADI LAWAK SERAM......

....BILA PORNO GAGAL.. TAK PAYAH LAH GANGU PAS... TAK PAYAH LAH NAK PUSING PUSING.......

... KAN HADI DAH CAKAP... UNDI UMNO MASUK NERAKA.......

.... PADAN MUKA....

JANTAN YANG BOOKING HOTEL

SIAPA MALAON INI?



nota:
ada perogol jadi menteri
ada perogol jaga negeri
ada perogol makan curi







RISDA NAFI TEMPAH BIAYA BILIK DI CARCOSA SERI NEGARA
- minsider

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah Risda hari ini menafikan terlibat dengan pendedahan video seks yang didakwa memaparkan seorang pemimpin pembangkang.

Pengurusan Risda dalam satu kenyataan turut menafikan sekeras-kerasnya tuduhan segelintir pihak bahawa Risda turut terlibat dalam penempahan dan pembiayaan bilik perundingan di Carcosa Seri Negara dan Hotel Flamingo yang digunakan untuk menayangkan video berkenaan kepada wartawan serta beberapa individu lain.

“Kami ingin menegaskan bahawa Risda tidak terlibat atau berkait langsung dengan isu ini dan tidak pernah membuat sebarang tempahan atau membiayai mana-mana bilik di Carcosa Seri Negara atau hotel lain ” kata kenyataan tersebut yang ditandatangani Ketua Unit Komunikasi Korporat Risda Halimah Abd Kadir .

... JANGAN LAH NAK MENIPU......

...PERGI TANYA HOTEL ITU SIAPA YANG BOOKING.....

...SESIAPA ADA KERJA DENGAN RISDA SILA TANYA.....

...SILA TANYA RISDA SIAPA KAMARUL LAIL.......

... MUNGKIN BETUL YANG BOOKING BUKAN RISDA......

.. MUNGKIN YANG BOOKING FELDA.......

...MAT ISA NAK BODEK LAGI....



TERKINI

INI DIA MAT BOROI




















DUA KENA TANGKAP TAPI DIBEBASKAN DENGAN JAMIAN


Police have arrested two men in connection with the sex video allegedly featuring Anwar Ibrahim and a female prostitute.

The men are believed to be businessman Shazryl Eskay and former Malacca chief minister Abdul Rahim Tamby Chik, who have both openly declared they were behind the video.

Bukit Aman police secretary Deputy Commissioner Ghazali Md Amin confirmed the arrests and added that several items have also been seized from the two.

He also said the duo had revealed where the sex video was filmed and that a forensics team has been sent to inspect the scene.

Ghazali, however, did not confirm the identity of the two. Both have been released on police bail.

MAT BOROI DAN MAT ROGOL KENA TANGKAP…..

MACAM MANA DENGAN MAMAT MAMAT YANG LAIN…..

MAT MOGOL.. MAT EZAM… MAT BISUL… MAT LIDAH KONTOT…...

nota:
producer filem ini senyap saje
tak kan naik kuda di argentina kut
kah kah kah


DUA MAT BOROI DITANGKAP


nota:
pelik tak tahu bila ditangkap
apa tuduhan?
apa dakwaan?
berapa jamin?
di mahkamah mana?

ini macam mat boroi dua ekor
ini orang gerombolan saje
kalau ahli pakatan pasti
banyak gambar
gambar kena gari
gambar isteri
gambar di bawa ke mahkamah
ini macam dah kautim

Jumaat, 25 Mac 2011

PERTAMA MEMBOCORKAN SIAPA DATU T

KENYATAAN AKHBAR

Saya dihubungi oleh seorang kenalan yang sangat rapat bermula sejak 15 Mac 2011 untuk berjumpa dengannya mengenai sesuatu yang penting. Pada hari Isnin 21 Mac 2011 lebih kurang jam 12.20 tengahari, saya mengesahkan bahawa saya ada ruang untuk bertemu beliau.

Saya berjumpa dengannya di Hotel De Palma Ampang jam 4 petang hari itu, sebelum dibawa di dalam sebuah kereta yang lain. Kereta itu dipandu oleh dua orang yang saya tidak kenali.

Saya dibawa ke Hotel Flamingo Ampang, seterusnya dibawa ke sebuah bilik junior suite. Saya bertemu Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Dato’ Eskay Shazril Abdullah yang telah menunggu di dalam bilik tersebut. Saya turut disertai oleh kenalan saya tadi.

Saya duduk di depan Tan Sri Rahim Thamby Chik sementara Dato’ Eskay Shazril Abdullah duduk di sebelah saya. Kenalan saya tadi duduk di atas katil di belakang di dalam bilik tersebut.

Dato’ Eskay Shazril Abdullah mula bercakap dan mengatakan bahawa saya (“Johari Abdul”) adalah ahli Parlimen yang pertama akan menyaksikan tayangan video yang sedang mula dimainkan itu. Dia juga meminta pandangan saya mengenai Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Sepanjang tayangan video tersebut, Dato’ Eskay Shazril Abdullah menjadi suara latar menerangkan beberapa perkara. Contohnya, dia menyentuh bagaimana cara individu terbabit menanggalkan kondom selepas perlakuan berakhir mempunyai risiko air mani akan terpercik ke kawasan yang besar. Menurutnya, tabiat itulah yang menyebabkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sering meninggalkan bahan bukti seperti yang berlaku dalam kes liwat pertama tahun 1998 dulu.

Dia juga mendakwa bahawa dia selalu membawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke club house di mana berlakunya kejadian itu dan tempat-tempat lain di Thailand seolah-olah ini perkara yang kerapkali dibuat oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Menurutnya, setiap kali dia membawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke tempat itu, bilik itulah (yang dirakamkan) yang digunakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sementara dia (Dato’ Eskay) menggunakan bilik bersebelahan. Dalam percakapan seterusnya, dia menyatakan kebimbangan kononnya rakaman-rakaman video seperti itu telah dipunyai oleh pihak perisikan Thai.

Sepanjang penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik kerap mencelah dan membuat komen pendek yang memburukkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Saya percaya beliau cuba meyakinkan saya bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah seorang yang tidak bermoral dan tidak layak menjadi seorang pemimpin.

Selepas penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik mula bercakap. Dia memujuk supaya saya meninggalkan KEADILAN dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Dia berjanji untuk bbawa saya berjumpa dengan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak. Tan Sri Rahim Thamby Chik juga menyebut bahawa dia akan uruskan segala keperluan kewangan dan keselamatan saya.

Tan Sri Rahim Thamby Chik juga cuba meyakinkan saya untuk membawa dan memujuk lebih ramai Ahli Parlimen KEADILAN berjumpanya, supaya dapat dipujuk keluar parti. Dia meminta saya mengepalai kumpulan Ahli-ahli Parlimen KEADILAN ini. Saya tidak memberikan komitmen, selain mendengar komen-komen yang dibuat.

Selepas itu, saya keluar dan diiringi oleh kenalan rapat saya itu. Di dalam lif, saya memeluknya dan memberitahu beliau, bahawa setelah menonton keseluruhan video tersebut, saya yakin bahawa orang di dalam video itu bukanlah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Saya berkeyakinan bahawa pelakon itu bukan Dato’ Seri Anwar Ibrahim berlandaskan faktor berikut:

1. Pada awal rakaman, terdapat seorang lelaki lain yang sedang menguruskan rakaman video pada ketika orang yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim masuk ke dalam bilik. Sewajarnya orang itu (yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim) sedar bahawa perlakuannya akan dirakam. Mustahil sesiapa yang waras akan melakukan adegan sedemikian kecuali dia diupah.

2. Tempoh masa rakaman yang menunjukkan muka si pelaku adalah terlalu pendek. Ditambah dengan rakaman yang dibuat di dalam hitam putih; menyukarkan untuk betul-betul mengesahkan identiti si pelaku.

3. Bahu si pelaku terlalu lebar dan tegap berbanding bahu Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

4. Bahagian belakang si pelaku (punggong) juga berisi dan jelas berbeza dengan tubuh badan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

5. Di akhir adegan, si pelaku bangun dan tubuh badannya dirakam dengan jelas. Perutnya adalah buncit dan terlalu besar jika dibandingkan dengan perut Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

6. Warna kulitnya adalah terlalu cerah dan hampir tidak dapat dibezakan dengan warna kulit wanita terlibat.

Selepas itu, saya menyatakan kesediaan untuk membawa beberapa orang ahli Parlimen KEADILAN agar mereka juga dapat menonton video dan berjumpa dengan Tan Sri Rahim Thamby Chik. Saya dimaklumkan sessi tayangan seterusnya akan dibuat kepada ahli-ahli Parlimen KEADILAN pada jam 330 petang 22 Mac 2011. Kami hadir semalam di Hotel Flamingo Ampang dan menunggu hingga jam 530 petang, oleh kerana mereka telah sahkan bahawa perjumpaa akan berlaku. Walau bagaimana pun, perjumpaan itu dibatalkan oleh pihak mereka.

Saya mengambil risiko membuat kenyataan ini diluar Dewan Rakyat kerana saya yakin bahawa episod terbaru ini adalah satu lagi rencana jahat untuk memfitnah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

DATO’ JOHARI ABDUL
AHLI PARLIMEN SG PETANI
AHLI MAJLIS PIMPINAN PUSAT KEADILAN
23 MAC 2011



KOMEN SELEPAS KENYATAAN AKHBAR DATO’ JOHARI ABDUL

Tan Sri Rahim Thamby Chik yang menjadi dalang kepada episod ini adalah orang yang sama yang mengatur penerbitan dan pengedaran buku “50 Dalil” dalam tahun 1998 dahulu. Modus operandi fitnah terbaru ini adalah 100% sama dengan modus operandi siri fitnah tahun 1998 dahulu. Beliau diberi mandat oleh Perdana Menteri sendiri untuk membeli ahli-ahli Parlimen KEADILAN dengan tawaran wang ringgit dan sebagainya. Tempahan dan pembayaran Carcosa Seri Negara dibuat oleh RISDA, sebuah jabatan kerajaan.

Saya juga percaya Dato’ Eskay Shazril Abdullah adalah “Dato’ T”. Dia adalah seorang yang berbangsa Siam dan mendapat banyak faedah dari Tun Mahathir Mohamad kerana berasal dari Kedah.

Seorang lagi individu yang hadir sama adalah bapa mertua kepada Dato’ Shafie Afdal, iaitu Naib Presiden UMNO. Banyak lagi nama-nama pimpinan UMNO yang terlibat secara langsung dengan konspirasi terbaru ini.

Saya mendedahkan semua ini agar rakyat Malaysia dapat menilai dengan sendiri politik jahat yang digunakan oleh musuh Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Pimpinan UMNO perlu berterus terang dengan rakyat dan membersihkan nama mereka secepat mungkin.


KOMEN

jelas pelakon siam ini boroi
lecehlaaa

patutnya buat lah macam martin scorsese
masa membuat raging bull
dia mengarahkan robert de niro gemok macam badak
lepas tu slim macam ziana zain
baru dipanggil method acting

kah kah kah

tak kan tak dapat tahu
bentuk badan anwar ibrahim
mana ada boroi
kah kah kah
punggung oun tak tonggek

Umno terbabit dengan video seks

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa pengakuan bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik sebagai bertanggungjawab di sebalik video seks yang cuba memalitkannya itu adalah bukti pembabitan Umno.

Katanya, Rahim seolah-olah cuba membalas dendam terhadap pengundurannya dari politik pada 1994.

"Ini menunjukkan konspirasi peringkat tertinggi membabitkan Umno dalam perkara ini,” kata Anwar kepada wartawan di perkarangan komplek mahkamah, Jalan Duta, kuala Lumpur, hari ini.

azlan"Saya tidak tahu bagaimana menteri dalam negeri boleh menafikan ini... Seorang daripada ahli (parti) mereka terbabit, begitu juga dengan PERKASA,” katanya.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Anwar kerana mendakwa dirinya dan pihak polis terbabit dengan pita video seks itu.

Anwar berkata komennya itu dibuat berdasarkan hakikat mereka yang mengeluarkan video berkenaan - Rahim, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim, yang dikenali sebagai 'Datuk T' - masih bebas.

"Malah, saya diberitahu mereka kini dilindungi (oleh pihak berkuasa atau polis cawangan khas).

Kes rogol, rasuah...

"Sekarang ini orang yang terlibat termasuk Tan Sri Rahim Tamby Chik yang dulu dikaitkan dengan kes rogol di Melaka. Walaupun tidak didakwa, kertas pendakwaan telah ditandangani sendiri oleh Tan Sri Ghani Patail (ketua pendakwaraya ketika itu).

azlan“Walaupun tidak didakwa, kes rasuahnya melibatkan puluhan juta, tetapi sekarang dia menjadi seorang tokoh moral baru, tetapi dia melakukan kesilapan kerana dia mendedahkan satu video yang direkayasa sebegitu rupa dan kemudian cubaan untuk mengaibkan orang semata-mata untuk membalas dendam,” kata Anwar.

Menurutnya, pembabitan Rahim yang diangkat menjadi pengerusi Risda dua tahun lalu oleh Datuk Seri Najib Razak hanya menzahirkan penglibatkan Umno dan perdana menteri sendiri.

"Ini bagi saya memperkuatkan hujah kita dari peringkat awal, Umno memberi tahu mereka tidak terlibat. Sekarang Umno secara langsung terlibat.

Dr Mahathir mudah lupa

“Ahli parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul malah menyebut bahawa kesediaan Rahim Tamby Chik bawa dia untuk menemui Datuk Seri Najib. Ini menunjukkan konspirasi peringkat tertinggi membabitkan Umno,” katanya.


Dalam pada itu, Anwar juga menafikan beliau memainkan sebarang peranan sehingga memaksa Rahim berundur dari politik.

NONE"Itu dendam dia (Rahim). Saya pada masa itu timbalan presiden Umno dan timbalan perdana menteri. Saya tidak ada kuasa untuk mengugurkan dia sebagai ketua menteri. Itu kuasa presiden Umno dan perdana menteri. Saya diarah untuk menyampaikan pandangan Dr Mahathir. Tentu Dr Mahathir kata dia lupa kerana dia menghidapi amnesia atau peringatan terpilih" katanya.

Rahim terpaksa berundur daripada politik berikutan dakwaan dia melakukan hubungan seks dengan gadis bawah umur pada 1994.

“Saya tidak merasa kesal atau salah kerana meminta beliau meletakkan jawatan walaupun saya tahu bidang kuasa saya tidak sehingga boleh minta mana-mana menteri atau ketua menteri untuk meletak jawatan. Ini semua orang tahu. Anda tanya Mahathir tentu dia tidak ingat,” kata Anwar.

"Saya cuma menyampaikan pembabitan Dr Mahathir (Mohamad). Saya tidak tahu jika Mahathir mempunyai amnesia terpilih," katanya.

Bila dendam tidak dapat sembunyikan

Dalam tempoh 48 jam, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah mula mengeluarkan kenyataan yang bercanggah bersabit video seks lucah yang kononnya merakamkan Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur.

Sehubungan itu, dalam sidang media mereka semalam, Tan Sri Rahim Thamby Chik pula tidak dapat meyembunyikan rasa marahnya terhadp Anwar atas peletakan jawatan beliau sebagai Ketua Menteri Melaka pada tahun 1994.

NONERahim yang kini Pengerusi Risda, berkata beliau tidak merogol seorang gadis berusia 15 tahun ketika itu.

Semasa menayangkan video itu kepada wartawan Isnin lalu di hotel Carcosa Seri Negara, Eskay berkata beliau membawa keluar perakam video dari hotel dan mendapati ia mengandungi klip 21 minit Anwar mengadakan hubungan seks dengan pelacur.

Namun pada sidang akhbarnya semalam, Eskay mendakwa beliau tidak dapat “membaca” rakaman dalam alat perakam itu sehingga seminggu lalu.

'Tak boleh baca'

“Hanya minggu lalu, baru kami mendapat rakaman itu sebab mula-mula kita tak boleh “baca', kemudian baru ada seorang yang berjaya menerbitkannya,' katanya.

Tidak kurang aneh adalah kenyataannya semalam bahawa beliau menunjukkan video itu kepada wartawan, malah kepada ahli parlimen PKR Johari Abdul sebelum menghantar rakaman itu untuk pemeriksaan forensik.

“Saya mahukan media membuat keputusan..untuk anda melihat kebenaran sebelum saya menyerahkannya untuk pemeriksaan forensik,” kata Eskay pada sidang media itu.

NONEKetika diminta sekali lagi untuk menjelaskan bagaimana video itu diperolehi, Eskay dan Rahim enggan memberi butiran lanjut dengan alasan ia kini menjadi siasatan polis.

Sukar untuk dipercayai bahawa walaupun Eskay memiliki video lucah terhadap musuh politik utama Umno dan kerajaan BN, beliau berasa curiga untuk mendapatkan perlindungan polis atau meminta bantuan dari Rahim untuk menguruskannya.

Eskay - seorang jutawan yang disifatkan sekutu rapat Tun Dr Mahathir Mohamad – telah ditanya bagaimana Rahim boleh terbabit dalam video berkenaan.

Katanya, beliau menghubungi bekas ketua menteri Melaka itu kerana mahu mendapatkan sebuah hotel yang mempunyai kawalan keselamatan yang baik dengan alasan beliau tidak mahu “membabitkan polis”.

Malah, ahli perniagaan itu menghubungi Rahim untuk mencari hotel sedemikian kerana beliau sendiri “bukan orang KL” tetapi dari Kedah.

Kenyataan itu juga aneh kerana Eskay diketahui menghabiskan banyak masanya di Kuala Lumpur malah selesa mengenali wartawan-wartawan dari media asing.

Eskay dan Rahim semalam berulang kali menegaskan mereka tidak ada motif selain mahu menegakkan kebenaran dengan mendedahkan rakaman itu.

Rogol gadis sekolah

Di sebalik sifat “patriotiknya” itu Rahim bagaimanapun meluangkan masa yang agak panjang untuk mengimbas peletakkan jawatan beliau sebagai ketua menteri Melaka pada tahun 1994.

Beliau mendakwa peletakan jawatan itu didalangi oleh Anwar “walaupun saya dibebaskan oleh mahkamah” atas tuduhan merogol seorang gadis sekolah.

Bagaimanapun Rahim tidak menyatakan beberapa fakta “kecil” seperti bukan mahkamah yang membebaskan beliau. Sebaliknya tidak ada pun perbicaraan diadakan untuk mendengar keterangan gadis itu dan anggota keluarganya.

NONEPeguam Negara Allahyarham Tan Sri Mohtar Abdullah (kanan) ketika itu memutuskan “tidak cukup bukti” untuk mensabitkan Rahim, justeru tuduhan itu digugurkan.

Justeru perisytiharan Rahim ketika itu bahawa mahkamah telah membersihkan namanya “dari hujung rambut hingga ke hujung kaki” amat mencurigakan, seperti video lucah yang cuba dibawakan oleh beliau dan Eskay.

Seperkara lagi, pada sidang media semalam, Rahim dan Eskay mendakwa, orang ketiga yang melengkapkan gandingan mendedahkan video itu adalah bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim.

Namun Shuib tidak hadir pada sidang media berkenaan dan tidak ada pun penjelasan daripada Rahim mahupun Eskay .

Juga, rasanya tidak perlu mengulas cadangan Rahim supaya Suruhanjaya Diraja ditubuhkan dengan ahli-ahli panel merangkumi perwakilan daripada PERKASA serta Presiden KITA, Datuk Zaid Ibrahim.

Eskay - sahabat Anwar?

Persoalan adalah kenapa tergesa-gesa menubuhkan Suruhanjaya Diraja - adakah ia untuk memberikan juak-juak Umno satu lagi pusingan untuk mengaibkan Anwar dengan tuduhan dan fitnah?

Persoalan juga timbul kenapa Eskay yang mengaku dirinya sebagai sahabat Anwar tidak sudi menghantar satu salinan kepada ketua pembangkang itu atau Datuk Dr Wan Azizah untuk diperakui sebelum menunjukkannya kepada media?

NONEJika Anwar menafikan beliau orang dalam video itu, sudah tentu Eskay tidak perlu merahsiakan video itu dan terus boleh menyerahkannya kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan dan memberikan salinan kepada media, malah memuatkannya di Youtube.

Tetapi tidak. Beliau dan Rahim (kiri) didakwa mengambil keputusan menggunakan khidmat seorang wartawan untuk memanggil wartawan kanan bagi menghebahkan kandungan video itu.

Tindakan ini diambil walaupun, menurut Eskay, rakaman itu belum dihantar untuk ujian forensik.

Jika ujian forensik dilakukan atas kenyataan Rahim dan Eskay semalam , tentunya ia akan mendedahkan sebuah skrip yang terpaksa diolah dan dirombak oleh mereka selaku dalang fitnah video seks setelah Anwar membuat laporan polis dan enggan tunduk kepada ugutan Eskay dan Rahim.