Para mufti khasnya Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria diminta memberikan fatwa tentang maklumat kononnya Amanah Raya Berhad (ARB) mempunyai saham dalam syarikat perjudian, Magnum Corporation Berhad. Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Abdullah Karim dalam facebook menulis, Harussani adalah Penasihat Shariah ARB. Menurutnya, ARB yang dimilki sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia bukan sahaja mempunyai saham dalam syarikat arak, Carlsberg tetapi juga dalam Magnum. "Rujuk Laporan Tahunan Magnum Corporation 2006. ARB miliki lebih 11 juta unit saham dalam syarikat judi Magnum Corporation Berhad," tulis Abdullah dalam facebooknya. Abdullah adalah Naib Ketua Pemuda PAS Pahang. Beliau yang merupakan seorang peguam kini sedang bercuti panjang di London (gambar). Selain meminta para mufti bersuara dalam hal ini, beliau juga mempersoalkan kenapa Perkasa yang dipimpin oleh Datuk Ibrahim Ali yang sentiasa mendakwa sebagai pejuang Islam dan Melayu mendiamkan diri. Menurut Abdullah, laporan tahunan 2009 Carlsberg Brewery, Perkeso yang terletak di bawah Kementerian Sumber Manusia mempunyai saham dalam syarikat itu iaitu sebanyak 2,155,700 unit. Amanah Raya Berhad pula mempunyai saham sebanyak 585,300 unit saham dalam Carlesberg. "Perkeso duduk di bawah Kementerian Sumber Manusia. ARB pula GLC di bawah Kementerian Kewangan dan menguruskan hal ehwal pesaka orang Islam. Kenapa Umno tak bising?" soal beliau. |
Jumaat, 30 April 2010
Telaga minyak Malaysia tergadai: Kesilapan Abdullah penerusan Najib |
Tun M dalam posting terbarunya mempersoalkan terlepasnya dua medan Minyak Blok L dan M milik Malaysia kepada Brunei. Ia mungkin sebahagian dari persetujuan yang ditandatangani oleh Pak Lah dengan Sultan Brunei pada 16 Mac 2009 - Letters of Exchange (LoE) - 19 hari sebelum Najib mengambil alih sebagai Perdana Menteri. Apa yang dipersetujui Pak Lah diteruskan oleh Najib. Surat Petronas untuk menamatkan perjanjian perkongsian pengeluaran dengan Murphy Oil Corp telah dikeluarkan pada 7 April baru lalu. Di Bawah CEO baru Petronas dalam era Najib. Lagipun, Najib masa itu adalah TPM. Murphy Oil mengeluarkan kenyataan rasmi memaklumkan penamatan perjanjian oleh Petronas itu dan seorang Menteri Brunei pula mengesahkan kedua-dua blok minyak yang dulunya menjadi milik Malaysia telah secara rasmi menjadi milik Brunei. Acara penandatanganan itu ikut dihadhiri oleh kedua-dua Ketua Menteri Sarawak dan Sabah, serta Menteri Luar waktu itu, Rais Yatim dan Menteri Kabinet, Hishammuddin Tun Hussien - seperti laporan Bernama bertarikh 16 Mac 2009. Rais dan Hishamuddin masih menjadi anggota Kabinet sekarang dan tentulah mereka boleh memberikan penjelasan atas pelepasan khazanah berharga kita semudah itu. Bahkan seluruh kabinet Najib harus bertanggungjawab dan memberikan penjelasan. Tun M mengganggarkan paling kurang USD 100 B atau RM 320 B khazanah kekayaan negara kita terlepas kepada Brunei. Bayangkan! Untuk membayar royalti yang terhak kepada Kelantan yang bernilai hanya beberapa billion, mereka menggunakan berbagai alasan untuk menafikannya. Pada masa yang sama, mereka sanggup melepaskan khazanah yang beribu kali lebih tinggi nilainya dengan sebegitu mudah. Janganlah Tun M hanya nampak kelemahan Pak Lah tanpa berani bertanya Najib kenapa surat penamatan rasmi dikeluarkan oleh Petronas dan secara terang menyebut pemilikan Malaysia ke atas Blok L dan M tidak lagi menjadi milik Malaysia. Isu sebesar ini hanya layak dijawab oleh PM. Pilihanraya Sibu memberi peluang rakyat Sarawak memberikan pandangan awal mereka tentang sebahagian kekayaan negeri mereka juga telah tergadai. Datuk Paduka Husam Musa, Exco Kanan Kerajaan Negeri Kelantan. |
Pentas Pakatan: Tamrin sedia hadapi tindakan Umno |
Anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tamrin Tun Ghafar (gambar) bersedia menerima sebarang tindakan daripada Umno ekoran tindakannya berada di pentas Pakatan Rakyat sewaktu kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor, baru-baru ini. Beliau ketika ditemual semalam menjelaskan, kehadirannya di dua program Pakatan Rakyat itu semata-mata untuk mendengar nasihat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang beliau anggap sebagai tokoh sejak menjadi Exco Pemuda Umno Malaysia lagi. Manakala keputusan duduk sepentas dengan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula, katanya sekadar memenuhi pelawaan seorang sahabat lama. Mengulas kenyataan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim (kiri) yang mendakwa beliau tidak mirip ayahnya dan pernah keluar Umno pula, beliau berkata, Rais sebenarnya 'bapa hipokrit'. Selama bersama Umno, beliau menjelaskan tidak pernah menyerang kepemimpinan parti itu, dan tidak seperti Rais. "Pada saya, Rais ini ialah 'bapa terbesar hipokrit', yang sebenarnya, saya tak pernah pun keluar dari Umno macam Rais Yatim," tegas beliau. Rais ketika menyertai Semangat 46 dahulu katanya, nyata mengkritik kepemimpinan tertinggi Umno khususnya Tun Dr. Mahathir Mohammad. "Tak ada ada dalam sejarah, saya membakar jambatan pertalian dengan Umno, tetapi Rais masa Semangat 46 dulu serang kepemimpinan Umno hingga bakar jambatan," ujarnya lagi. Ekoran itu beliau berkata, keputusan Rais berbaik-baik semula dengan Umno apabila pemimpin Semangat 46 kembali menyertai Umno disifatkan seperti menjilat kembali tangan Mahathir. "Akhirnya beliau sendiri menjilat semula tangan Mahathir kerana nakkan jawatan," katanya. |
Sepanjang hampir 3 tahun berkhidmat di Kelantan, saya telah membelanjakan sejumlah hampir lebih RM4 juta untuk membiayai pelbagai aktiviti termasuklah pembelian asset, peralatan, pembayaran upah operatives, percetakan dan lain-lain yang bertujuan menggerakkan satu Operasi Gerak Saraf.
Saya tidak mempunyai wang sebanyak itu. Dari mana saya mendapat wang sebanyak itu bagi mengendalikan satu Operasi Gerak Saraf untuk mewujudkan persepsi yang boleh melemahkan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi seterusnya mempermudahkan bagi PAS menewaskan Barisan Nasional di Kelantan?
Perbelanjaan bernilai RM4 juta bagi tempoh 3 tahun untuk kempen gerak saraf oleh Kelantan yang sah (yang tiada TV, tiada paper, tiada radio dan dengan berbagai ristriction) bagi menjatuhkan Pak Lah dan BN pada teman tiada apa-apa (nothing) kalau nak dibandingkan oleh BN yang membayar APCO berjumlah RM77juta setahun untuk kempen 1Malaysia. What the hell?
Cumanya kesilapan 'sahabat kita' ialah beliau tersalah pilih orang untuk membuat kerja-kerja yang sepatutnya 'murni' ini. Murni? Ya segala kerja2 untuk menjatuhkan kerajaan yang zalim ialah kerja murni. Tapi apa nak buat, yang dipilih untuk buat kerja ini rupa2nya bersifat musang berbulu ayam, gunting dalam lipatan....Si 'sahabat kita'pun sekarang terpaksa menanggung padah kesilapan memilih ini.
Namun ini semua ada hikmahnya. Kita tengoklah bagaimana episod kerja-kerja bodoh ini akan berakhir? APCO dan iblis matlamatnya cuma satu. Bukankah sudah ada perjanjian antara Iblis pada Allah? Menyesatkan manusia sehingga hari kiamat.
Sementara gelaran 'Komunis Cina', 'kaum pendatang', kafir harbi' dan lain2 gelaran seumpamanya pula adalah ilham dari pemikiran beku penyokong parti perkauman (Umno) yg merujuk kepada parti DAP...
Apa yang hendak dibangkitkan penulis di sini ialah, setakat hari ini, setelah kejadian yang menimpa arwah adik Aminulrasyid berlalu beberapa hari, PERKASA sebuah pertubuhan yang kononnya membela dan memperjuangkan hak dan kepentingan orang Melayu (lebih dari parti dan kumpulan Melayu lain) dilihat gagal sama sekali bertindak dalam kes besar seumpama ini..
Tiada apa2 kenyataan yang tegas dibuat di sini, apatah lagi bantuan dari pelbagai sudut buat arwah adik Aminulrasyid sepertimana yang cuba dilakukan oleh seorang menteri Umno, Noh Omar...
Ternyata DAP lebih 'Melayu' dari PERKASA dalam kes ini..sungguh memalukan!...boleh baca kenyataan Lim Kit Siang dlm isu ini di blog beliau (klik sini)..
Ada TIGA kemungkinan kenapa PERKASA lembab bertindak dlm isu ini, pertama sama ada PERKASA sebenarnya dilema samaada mahu menyokong pihak polis atau arwah mangsa, atau kemungkinan yang lain, terlalu sibuk dengan politiking (berseteru) dengan rakan baik Umno, iaitu parti MCA..atau kemungkinan yang terakhir, PERKASA sebenarnya bukanlah pejuang tulin bangsa Melayu/Islam!..
Mereka sebenarnya turut mempunyai agenda tersendiri...jika sanggup menyokong calon India menentang calon Melayu/Islam di Hulu Selangor, apalah sangat isu ini..
Begitu juga kalau kita lihat di awal kes ini (kematian arwah adik Aminulrasyid), penyokong2 tegar Umno diruang2 maya beriya2 mengatakan DAP pasti tidak akan perjuangkan isu ini sebab yang mati adalah melibatkan orang Melayu, PAS dan PR akan senyap dlm isu ini, PAS dan PR lebih berminat untuk membela Kugan dan Teoh berbanding anak Melayu, dan pelbagai lagi fitnah dan tohamahan jahat...nampaknya hari ini, mata mereka akan terbeliak apabila melihat fakta berlaku sebaliknya..
Akhir kalam, gambar2 di bawah menceritakan segalanya. Korang nilai dan fikirkan sendiri...wallahua'lam...
Sumber gambar: Blog Dr Lo' Lo'
p/s: Ada seorang penyokong Umno menyatakan bahawa PERKASA turut mengunjungi rumah keluarga arwah, dan menghulurkan sumbangan (pagi 29 April)...penulis jawab...
"PERKASA dikatakan 'lebih' keras perjuangannya membela dan mempertahankan melayu mengalahkan kumpulan2 dan pihak lain termasuk Umno..ini diakui sendiri oleh penyokong Umno...
Namun dlm isu ini, tiba2 PERKASA nampak 'terkebelakang' dari seorang menteri Umno yg sanggup meyedikan khidmat guaman (dn lain2 bantuan)...
Selain itu, tujuan artikel ini ditulis juga adlah utk membandingkan PERKASA yg dikatakan paling kuat pembela Melayu, dan DAP, sebuah parti yg paling ekstrim Cina dan anti Melayu (mengikut tafsiran penyokong Umno dan PERKASA)...
Satu keadaan yang begitu kontradik (ekstrim melayu dan ekstrim Cina), tetapi boleh lihat siapakah yang benar2 mahu membantu Melayu..selain membuktikan DAP bukanlah anti kepada melayu sepertimana dakwaan PERKASA dan rakannya dlm Umno..
KALAH TIDAK ERTI BERSALAH
Di saaat mereka menjulang tangan 1telunjuk ke langit, jenama 1Malaysia mengia dan mengesah halal dana rasuah yang berbaur nanah dan danor dijana kepada pengundi P094 Hulu Selangor. Dalam masa yang sama Pemimpin 1Malaysia dan kuncu-kuncunya menyedari, perayaan ini cuma sekadar seloka gurindam untuk menambat hati pekerja BN dalam PRK dan komponan ahli parti BN. Merawat melawat gawat perasaan dan membendung sanggahan bantahan. Kerana mereka menyedari peristiwa PRK Ijok berligar di kepala mereka untuk PRK-13 nanti berulang. Parlimen Hulu Selangor akan kembali kepada PKR-PR. Dengan bahasa baru, alasan terkini di sudut menterjermahkan rasuah seperti sabda pencetus 1Malaysia DS NTR maka bersabdalah untuk melindungi kemenangan PRK P094 Hulu Selangor, yang ramai-ramai di luar BN dengan 1tunjuk iaitu BN menang kerana dana rasuah yang terang-terang tidak berselindung seperti petuduh pembunuh Altantuya yang sentiasa berselindung sampai lani kita tak nampak wajahnya setiap kali ke mahkamah diperbicaraan.
“PUTRAJAYA 26 April [2.15 pm] - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya BN terbabit dengan perbuatan membeli undi untuk memenangi pilihan raya kecil bagi kerusi parlimen Hulu Selangor semalam. Perdana Menteri berkata perlaksanaan projek-projek yang diumumkan di Hulu Selangor baru-baru ini adalah bagi menangani pelbagai yang dihadapi penduduk tempatan yang sudah berlarutan sekian lama. "Kami tidak beli undi, tapi kami selesaikan masalah orang ramai. Ia adalah masalah sebenar yang tidak ditangani sejak sekian lama, ia adalah masalah besar yang dihadapi penduduk. "Bukannya BN ke sana sini dan beritahu ”tengok sini, kami beri yang itu, kami beri yang ini”, tidak,” katanya selepas merasmikan Forum Hijau Malaysia 2010".
Saya akan mengulas dan pulas letupkan minda serta ledakkan semboyan untuk anda berfkir dan berfikir. Bukan seperti kata Nabil, “Lu pikirlah sendiri”. Perlawanan menentang BN tidak bernoktah, kita pasti lawan sampai akhir hayat, dan kita serahkanlah kepada Allah ketentuannya. Pelaburan multi perdana, dana rasuah yang banyak dijanakan all out kurang dari 2 minggu itu tidaklah hebat hasilnya dikapai oleh UMno/MIC-BN, sah kenyataan ini. Walau MICUMno/BN sekalipun telah mendapat pertolongan perkhidmatan rakus harta benda rakyat dan negara juga secara rasuah. Keputusan hakikinya, realitinya ianya membekum serta menghampakan taikun conglomerate 1Malaysia BN.Seluruh jenama conglomerate BN, telah beriring awak-awak turun serentak bergandingan dengan balak dan bala tentera menabur rasuah duit tunai dan ugut janji projek. Dalam tempoh kurang 2 minggu rupa-rupanya sumber rasuah menjadi dana pembiayaan yang halal. Tawaran rasuah menjadi pengugut, diagih janakan kepada pengundi Hulu Selangor itulah saripati intipati makna tersirat disuratkan PM6 berkaitan rasuah.
Dana rasuah tersebut subur mendapat respon dari pengundi yang buta jati diri yang buta agama yang dianutinya. Agama diletak ke tepi, misi 1Malaysia menangkan MIC tunjuk UMno - BN dalam PRK Hulu Selangor adalah wajib kata DS Najib demi selaras dengan aspirasi APCO di sudut menasihatinya. Hebat hujahnya mengena dengan selera hantu raya dan puaka tun ya ke cai. Kesudahan sementara kini UMno sekadar berjaya makan hati kulum jari sakan saku, kantung penuh dengan dana rasuah tidak disedarinya, ianya adalah bahan ke neraka sebagai alat pembakarnya. Di sana loyer tak ada dilesenkan.
Makanya 1fokas, 1matlamat, 1tujuan rasuah dilaksanakan di PRK Hulu Selangor untuk mendapat sokongan pengundi. Pemberi dan penerima kedua-dua masuk neraka kata Allah, PM6 kata tengok pada masa dan ketika baru ia jadi rasuah. Hampa jangan tak tau jadi tak ketahuan untuk tafsir rasuah. Aku PM6 1Malaysia sapa berani nak sanggah??? Tentang petua rasuah aku keluarkan, aku anak Pekan titih Sulawesi Latakawala Sopeng. Kepala 1Malaysia dan timbalannya di medan hadapan perang dalam membiayai membeli undi dengan melaburkan pembiayaan modal besar rasuah. Tetapi mereka menyedari, sesungguhnya laba dan untung didapati di bawah jangkaan. Meleset dan tersasar jauh fokas majoriti 6,000 undi walai hampir 14,000 subsidi pengundi dikucar kacirkan komponan usang BN SPR. Di sudut busines ianya adalah rugi di atas kertas, rugi pada perniagaan hakiki. Tempoh kira-kira kurang dari 2 minggu, sebiji macam klon Dajjal berkandar menawarkan rezeki, dengan syarat pangkah dan bersama-sama kami, akuilah bahawa BN adalah penjana rezeki, kalau tidak kami UMno-MIC-BN tak beri, “BAGI UNDI DAPATLAH RASUAH SEBAGAI PAWAH”. BN-umNO/MIC bagi rasuah wajib bayar dengan undi sebagai membalas pemberian rasuah.
Saya tetap menyatakan Umat Islam yang menganuti parti UMno yang mendakwa sebagai teras BN, secara fitrahnya mereka terpelihara darah dan harta mereka. Oleh itu, apa-apa juga perkara yang mempunyai unsur khianat mereka dianggap melakukan perbuatan jenayah. Bahkan wajib diperangi ke atas orang yang melakukan kezalimanan kepada hak harta dan darah orang lain tanpa sebarang alasan yang dibenarkan syarak. Berdasarkan Al-Quran dan as-Sunnah, lazimnya tabiat memakan harta secara salah, memberi rasuah atau menerima rasuah seperti Umno lakukan di PRK Hulu Selangor. Dengan menzalimi hak orang lain dilakukan untuk kepentingan diri, keluarga dan puak dalam komponan tertentu. Allah SWT tegaskan dalam surah al-Baqarah, ayat 188:
Maksudnya: “ Dan janganlah kamu makan harta orang lain di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).”
Maksudnya: “Sesiapa yang mengambil tanah tanpa haknya, maka dia akan ditenggelamkan dengan tanahnya pada hari kiamat sehingga ke dasar tujuh lapisan bumi”.(Riwayat Bukhari).
Kemenangan MIC jenama UMno -BN yang puak-puak UMno menjadi tukang lawak dan tukang sorak macam ngor, bukan sekadar 3 nama mendapat kerusi Parlimen P094 Hulu Selangor yang kerana mendapat dana rasuahlah ndir-ndir UMno melompat sakan ke depan menangkan calon MIC pilihan UMno bahkan hasil ugutan perdana auta keliling Mr Samy yang tuntas, bijaknya kepimpinan MIC berpolitik mereka dapat tambah satu perlantikan jawatan 1Senator dan jawatan 1Timbalan Menteri, UMno Hulu Selangor menjadi alas dan plastik untuk jenama 1Malaysia, BN - Boneka Najib. Bukan sahaja UMno Hulu Selangor gigit jari dan batang anu menjadi keladi nipah, melompong kosong dalam menafikan peluang UMno HS untuk bertanding. Tetapi Pengerusi Badan Perhubungan UMno Selangor bukan sekadar penampar keling ke muka UMno Selangor khusus dan khasnya UMno Hulu Selangor tetapi diberak kencingnya berlonyai bersekali. Buktinya melantik calon tak jadi MIC sejati Timbalan Presiden MIC sokongan padu dan tunjukan 1jari menjadi Senator dan 1Timbalan Menteri, maka jadilah dia, UMno Hulu Selangor hubaya!!!!! Hubaya!!!! Hubaya!!!! Macam kera diberi bunga.
PM6 1Malaysia pekena hampa UMno HS, apa macam ada rasa erti kemenangan dalam penipuan. Harap-harap hampa pi gadailah batang berjuntai anu kalau laku. Simpan tak ada guna tak ada lawan, puiiiiiiiiiiii!!!!!!! Sewajarnya (bermaksud wajib) sebaik calon dari UMno dinafikan untuk bertanding di PRK Hulu Selangor tersebut, alternatif yang positifnya tukar ganti, maka sebagai ehsan belas sesudah pupusan jatidiri dan kekuatan perjuangan. Makanya di atas pengorbanan terpaksa yang diletakkan kerabit dan keris ke atas tengkok UMno Hulu Selangor kepada MIC, makanya Senator itu 1tunjuk, 1pengakuan, 1tindakkan dan 1keputusan diberikan kepada pimpinan kanan terkini yang menjawat kerusi Ahli Dewan Negara sebagai anggota Parlimen dan membolehkan dilantik menjadi 1Timbalan Menteri di kalangan UMno HS. Atas menuruti 1Malaysia UMno dihina, dinafikan haknya, barangkali cukup hepi pemimpin UMno Selangor, khususnya pemimpin UMno Hulu Selangor sekadar mendapat dana rasuah kilat dari berdaulat mendapat hak kerusi P094 Hulu Selangor.
Matangnya UMno Hulu Selangor berpolitik macam main dam dan main aji, main cator di bangsai tunggu durian. Sampai terkangkang jatuh melentang macam korabau tua terlentang, kaki terkodek-kodek terkapai-kapai kepala keluar masuk kerana berdepan ehsan pertolongan hidup mati. Begitulah UMno Hulu Sselangor mengalami, setiap berdepan PRU nanti Cuma menjadi pemerhati sekadar tukang poster dan pak pacak membawa bendera dacing. Menjadi pecacai membuka pintu masjid dan surau dengan jamuan, baca Yaasin solat hajat untuk menangkan lagi Kamal di PRU13, ini adalah pasti UMno Hulu Selangor hadapi, macam lembu sapi, tak erti berparti, berpolitik. Cuma alim dalam menyubur dana rasuah. Apacam kawan? Ada faham 1Malaysia UMno menjadi pelengkap kepada komponan BN untuk terus BN dijadikan bahtera sebagai Boneka Najib yakni PM6 1Malaysia DS NTR. Anak saya kata kalau mengikut kaedah TS MY maknakan 3 katam calun Mic itu DS NTR itu juga boleh diertikan Najib Takut Rosnah.
Justeru mereka menang, tetapi kemenangan itu tidak bererti mereka senang dan tenang. Mereka kini berhadapan pula diperengkat negara dan sentero dunia, mencari akal dan alasan berteman penasehat APCO untuk menjawab menafikan dana rasuah perdana yang dijanakan seluruh PO94 Hulu Selangor untuk menangkan YB Kamal. Apakah pejabat SPR, pejabat PSJ - SPRM, KPN - PDRM, AG - JPN, KHN - Mahkamah akan terus bersekongkol menjadi barua kepada UMno-BN. Kerana kepala-kepala yang mengepalai jabatan-jabatan utama negara yang selama ini menjadi penyelamat, pelindung dan simpanan tetap kepada UMno, kerana dengan cadangan restu PM sekelian anda menjawat jawatan dan diatas balasjasa dan kenang budi itulah rakyat melihat kini semua dinyatakan diatas adalah komponan BN. Rakyat mengigit gusi kalau maukan keadilan yang saksama dari ketului-ketului diatas.
Sekarang PM dan TPM, sedang berputar ligat mencari akai untuk menafikan dengan sekelian bokti, bahawa pernyataan benar lagi benar yang calon UMno dari Mic untuk BN yang dinyatakan oleh khususnya Calun PRK - PR Dato’ Zaid bin Ibrahim dan sekelian pimpinan PR bersekali dengan ahli-ahli parti dan penyokong tegar, penyokong kor marhean menghalakan dari pucuk pimpinan sampai kebawah telah menggunakan rasuah sebagai dana mendapat undi hatta lebih kehadapan mengugut pengundi. Sebaik menerima rasuah wajib memangkah calun Mic-BN. Kalau tidak selepas PRK semuanya akan berputih mata. Untuk lebih rakyat memahami cara rasuah dan mengugut pengundi P094 Hulu Selangor saya membawa pendekatan cerita begini. “Samalah sekiranya PM membeli 40,000 pasang kasut Velly atau Overman yang berharga mahal itu buatan Italy ori untuk pengundi lelaki dan perempuan”.
Di saat akhir mengumumkan PM melanjutkan ceramahnya. “Saya membawa 40,000 pasang kasut berjenama harganya mencicah RM500.00 - RN1,000.00 sepasang. Saya akan beri kasut ini kepada pengundi-pengundi yang hadir pada ceramah BN malam ini. Pengundi-pengundi bertempek sorak kerana mendapat kasut berjenama. Akhirnya naik kepentas seorang bergilir seorang seterusnya. Penerima pengundi bertanya pada PM dan TPM, pasai apa bagi sebelah kanan sahaja, mana pi kasut sebelah kiri, kaki saya bukan kudong kena peledak? Tanya pengundi. Ada. Tetapi yang sebelah kiri mai ambil dipejabat UMno sekiranya calon UMno dari MIC untuk BN menang dalam PRK P094 Hulu Selangor pada 25 April 2010 hari Ahad. Kalau calon BN kalah hampa ambil sebelah kanan tu sajalah. Kasur sebelah kiri kami akan bakar api”. Begitulah pedekatan rasuah dan ugutan kepada pengundi dari PM.
TPM pula menyeru dan berharap sangat kepada calon PR dan pemimpin-pemimpin PR - PKR, tok sah bisinglah terima sahajalah kekalahan dan akuilah kemenangan BN tu. Serupa pembunuh yang mengatakan lupakanlah sahaja saya membunuh Altantuya tu, dia dah mati, buat apa nak susah-susah. Bolehkan pembunuh tersebut dilepaskan polis dari dakwaan? Sampai bila pencuri dan perompak akan mengakui yang kerjayanya jejak baligh sampai kelani adalah merompak dan menyamun. Samalah dengan UMno-Bn, sampai mampus ke liang lahad mereka (pemimpin UMno-Bn) tidak akan mengaku menggunakan rasuah sebagai dana untuk membeli undi dalam setiap PRU dan PRK. Walau rasuah terang-terang diberi. Oleh kerana semua jentera kerajaan seperti SPR, PDRM, SPRM, Dan semuanya kaku terkuali macam biawak pasir masuk dalam lubang takut gegat untuk menghadapi lanun dan penyamun yang hadirnya dari PWTC maupun di Putrajaya. Semua jenis rasuah hakiki bisa ditukar ganti dengan bahasa baru mengikut citarasa PM6 DS NTR.
KALAU IJAZAH TIPU - CAKAP PUN TAK BETUL
Khamis, 29 April 2010
BIASANYA Dr. Mahathir tidak diam atas apa saja isu semasa di negara ini. Jika dia tidak ditanya oleh wartawan atas sesuatu isu, dia sendiri akan menyatakan pendiriannya dalam laman webnya.
Tetapi saya tidak sedar ada komennya dalam pengambilan syarikat Yahudi APCO Worldwide sebagai juru rinding Malaysia untuk diterima baik Amerika seperti yang dibongkar oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen awal April ini.
Perdana Menteri Najib memanglah diam saja atas apa jua dakwaan orang dalam hal-hal yang dituju kepadanya seperti isu APCO ini. Tetapi Dr. Mahathir pantang ada isu yang menyentuh negara, dia akan bangkit. Tetapi dalam isu APCO bertapak di Malaysia ini, dia membisu.
Mengapa?
Tentu dia ada peranan utama dalam menggalakkan agen Israil datang ke sini. APCO sudah mendapat kontrak menasihatkan Malaysia bagaimana hendak disukai oleh Amerika sebaik Najib berkuasa tahun 2008.
Hujung tahun 90an dan awal tahun 2000 Najib sedar tentang imej Dr. Mahathir dipandang buruk oleh Amerika berhubung penindasannya terhadap Anwar. Dunia termasuk Amerika merasakan apa yang dilakukan terhadap Anwar oleh Dr. Mahathir dan kerajaannya adalah menzaliminya.
Hatta Presiden Clinton tidak hadir dalam sidang kemuncak Apec di Kuala Lumpur sedang Presiden Amerika tidak pernah tiada dalam setiap puncak Apec. Bahkan Naib Presiden Algore yang menggantikan Presiden Clinton dalam sidang Apec itu telah melaungkan R E F O R M A S I di hujung ucapannya di sidang itu.
Macam-macam usaha Dr. Mahathir untuk menjustifikasikan tindakannya tidak dipedulikan baik oleh pentadbiran Clinton mahu pun pentadbiran Bush yang menggantikannya. Memang Mahathir bernafsu untuk menemui Bush apabila dia masuk ke Rumah Putih. Bush tidak melayan hasratnya.
Ada pandangan mengatakan Dr. Mahathir sanggup berbelanja besar bagi mendapatkan peluang menjengok Bush di Rumah Putih.
Maka dipercayai masa inilah jarum perisik Israil masuk menawarkan nasihatnya bagaimana Malaysia boleh mendapat layanan dari Amerika. PDRM ada program besar mengenai sistem mengkumputerkan perkhidmatannya. Ia diswastakan kepada Sapura tetapi Asiasoft berjaya menjadi subkontraknya tahun 2002. Syarikat kepentingan Israil itu dapat menyusup ke tengan nadi polis kita.
Mahathir masih Perdana Menteri. Pada masanya agen Israil masuk dalam nasi keselamatan negara. Dia mesti bertanggungjawab atas angkara itu.
Najib sedar tentang payahnya Mahathir untuk mendekati Amerika kerana pada penindasan terhadap Anwar tidak adil tentang hak asasi manusia. Dan Najib pula banyak masalah. Dia cuba dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya dan membenarkan komisyen stengah bilion atas pembelian kapalselam Perancis dan pesawat pejuang Rusia. Hal-hal ini Amerika getik.
Bagaimana supaya Amerika tidak getik. Dia perlukan juru runding supaya dapat memenangi hati Amerika. APCO, kompeni kepentingan Israil berpengkalan di Amerika menawarkan khidmat rundingan bagi memenangi hati Amerika. Kontraknya 77 juta.
Seorang bekas jeneral dan empat pegawai kanan lain telah menyaman Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kerana pemberhentian salah atas kes kecurian dua enjin jet pejuang yang hilang, kata peguam mereka hari ini.
Pada bulan Januari lalu, seorang sarjan Tentera Udara DiRaja Malaysia dan seorang peniaga telah dituduh menyebabkan kehilangan enjin yang bernilai $ 29 juta dollar Amerika (RM93 juta), pada masa yang sama Peguam Negara berkata tiada pegawai tentera kanan yang terlibat.
Namun, Brigadier-Genl Abdul Hadi Abdul Khatab dan empat pegawai senior lain - Mej Rusli Ibrahim, Mej Noor Zeelan Draman, Leftenan Kolonel Mohamed Ariff Mohd Daud dan Kolonel Mohamad Sani Sumarnak telah mengadu, mereka dipaksa supaya bersara berkait isu tersebut, kata peguam Mohammad Zalil.
"Majlis tersebut telah meminta mereka memberikan keterangan untuk menjawab tuduhan salah laku dan kelalaian atas kecurian yang berlaku pada tahun 2007, mereka memberikan keterangan dan menafikan segala tuduhan tetapi kemudian mereka dipaksa bersara," kata Zalil.
Menurut Zalil, kelima-lima pegawai ATM menuntut gantirugi sebanyak RM5 juta kerana mereka merasakan pemberhentian mereka membawa maksud tersirat, bahawa mereka telah menipu kerajaan
Kes saman tersebut akan didengar di mahkamah pada 21 April, katanya.
Kerajaan Malaysia menghadapi pelbagai kritikan dan tuduhan amalan rasuah selepas dua enjin F-5E jet Northrop dilaporkan dicuri dari sebuah pengkalan udara tentera pada tahun 2007 dan dijual di pasaran gelap untuk sebuah syarikat Amerika Selatan.
Kedua-dua enjin tersebut dikesan, dihantar ke Uruguay pada bulan Februari dan pihak berwajib berkata mereka sedang mengusahakan untuk membawanya pulang ke Malaysia
Beberapa Negara yang menghadapi sekatan senjata AS termasuk Iran, Sudan dan Venezuela, memiliki pesawat pejuang F-5 yang menggunakan enjin lama.
Jet pejuang tersebut terbang buat pertama kalinya pada tahun 1963 dan syarikat pengeluarnya Northrop telah menghentikan pengeluaran sejak tahun 1989.
Peguam Perancis di KL siasat Scorpene | |||
|
Misi Breham (kanan) adalah untuk mencari maklumat lanjut bagi menyediakan kes berkenaan serta berjumpa dengan pertubuhan hak asasi manusia, Suaram, yang juga adalah anak guamnya dalam kes berkenaan.
Perjanjian pembelian kapal selam yang menelan belanja berbilion dolar itu dimeterai oleh menteri pertahanan ketika itu (2002), Datuk Seri Najib Razak yang kini adalah perdana menteri Malaysia.
Perjanjian itu dikatakan memberi komisyen RM3.7 billion kepada seorang sekutu rapat Najib, Abdul Razak Baginda.
Nilai pembelian itu adalah untuk memperolehi dua kapal selam kelas diesel - yang dibina oleh Armaris, sebuah anak syarikat firma pertahanan gergasi Perancis, DCN (yang dulunya dikenali sebagai Direction des Constructions Navales) dan pemajakan kapal selam ketiga yang sudah bersara yang diusahakan oleh sebuah syarikat usahasama antara DCN dan firma, Sepanyol, Agosta.
Breham, seorang daripada tiga peguam yang memfailkan kes berkenaan dengan pihak pendakwaan Perancis bagi pihak Suaram memberitahu Asia Sentinel bahawa mahkamah Perancis telah membuka siasatan awal dan akan menasihatkan anak guamnya berhubung langkah seterus mereka.
Breham, Renaud Semerdjian dan peguam utama, William Bourdon, memfailkan permohonan bagi menyiasat rasuah dan wang umpanan ke atas DCN pertama kali pada Disember dan memfailkan dokumen tambahan pada Februari lalu.
Kes berkenaan menjadi tajuk utama media di Malaysia berikutan pembunuhan ngeri seorang penterjemah Mongolia, Altantuya Shaariibuu, pada Oktober 2006 yang juga adalah kekasih Razak Baginda yang mengiringinya ke Perancis berhubung beberapa urusniaga pembelian kapal selam berkenaan.
Altantuya yang juga seorang model dijumpai dalam keadaan berkecai diletupkan dengan bahan peledak milik pihak keselamatan di sebuah hutan di luar Kuala Lumpur.
Dua daripada polis pengawal peribadi Perdana Menteri yang diarahkan menghalang Altantuya oleh ketua staff Najib, Musa Safri telah didapati bersalah oleh makamah dan dijatuhkan hukuman mati.
Namun, Najib, mahupun Musa belum disoal-siasat oleh pihak berkuasa berhubung kes berkenaan.
Walaupun rekod menunjukkan bahawa Najib berada di Perancis pada masa yang sama ketika Altantuya dan Razak Baginda, beliau berulang-kali telah bersumpah kepada Allah bahawa dia tidak mengenali model Mongolia itu.
Sebuah laporan yang difailkan oleh seorang penyiasat persendirian yang diupah oleh Razak Baginda mendakwa Altantuya adalah kekasih pertama Najib.
Selain kos kapal selam dan juga komisyen yang tinggi, lebih menggemparkan kontrak asal menyebut kapal selam berkenaan tidak mempunyai kelengkapan senjata dan peralatan mengesan. Pihak ketenteraan Malaysia perlu membuat bayaran tambahan €130 juta (RM550 juta) untuk melengkapkan kapal selam itu.
"Adakah ini bermakna, kita membeli besi kosong?" soal seorang pegawai tentera yang tidak mahu dikenali, menerusi email kepada Asia Sentinel.