KALAH TIDAK ERTI BERSALAH
Di saaat mereka menjulang tangan 1telunjuk ke langit, jenama 1Malaysia mengia dan mengesah halal dana rasuah yang berbaur nanah dan danor dijana kepada pengundi P094 Hulu Selangor. Dalam masa yang sama Pemimpin 1Malaysia dan kuncu-kuncunya menyedari, perayaan ini cuma sekadar seloka gurindam untuk menambat hati pekerja BN dalam PRK dan komponan ahli parti BN. Merawat melawat gawat perasaan dan membendung sanggahan bantahan. Kerana mereka menyedari peristiwa PRK Ijok berligar di kepala mereka untuk PRK-13 nanti berulang. Parlimen Hulu Selangor akan kembali kepada PKR-PR. Dengan bahasa baru, alasan terkini di sudut menterjermahkan rasuah seperti sabda pencetus 1Malaysia DS NTR maka bersabdalah untuk melindungi kemenangan PRK P094 Hulu Selangor, yang ramai-ramai di luar BN dengan 1tunjuk iaitu BN menang kerana dana rasuah yang terang-terang tidak berselindung seperti petuduh pembunuh Altantuya yang sentiasa berselindung sampai lani kita tak nampak wajahnya setiap kali ke mahkamah diperbicaraan.
“PUTRAJAYA 26 April [2.15 pm] - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya BN terbabit dengan perbuatan membeli undi untuk memenangi pilihan raya kecil bagi kerusi parlimen Hulu Selangor semalam. Perdana Menteri berkata perlaksanaan projek-projek yang diumumkan di Hulu Selangor baru-baru ini adalah bagi menangani pelbagai yang dihadapi penduduk tempatan yang sudah berlarutan sekian lama. "Kami tidak beli undi, tapi kami selesaikan masalah orang ramai. Ia adalah masalah sebenar yang tidak ditangani sejak sekian lama, ia adalah masalah besar yang dihadapi penduduk. "Bukannya BN ke sana sini dan beritahu ”tengok sini, kami beri yang itu, kami beri yang ini”, tidak,” katanya selepas merasmikan Forum Hijau Malaysia 2010".
Saya akan mengulas dan pulas letupkan minda serta ledakkan semboyan untuk anda berfkir dan berfikir. Bukan seperti kata Nabil, “Lu pikirlah sendiri”. Perlawanan menentang BN tidak bernoktah, kita pasti lawan sampai akhir hayat, dan kita serahkanlah kepada Allah ketentuannya. Pelaburan multi perdana, dana rasuah yang banyak dijanakan all out kurang dari 2 minggu itu tidaklah hebat hasilnya dikapai oleh UMno/MIC-BN, sah kenyataan ini. Walau MICUMno/BN sekalipun telah mendapat pertolongan perkhidmatan rakus harta benda rakyat dan negara juga secara rasuah. Keputusan hakikinya, realitinya ianya membekum serta menghampakan taikun conglomerate 1Malaysia BN.Seluruh jenama conglomerate BN, telah beriring awak-awak turun serentak bergandingan dengan balak dan bala tentera menabur rasuah duit tunai dan ugut janji projek. Dalam tempoh kurang 2 minggu rupa-rupanya sumber rasuah menjadi dana pembiayaan yang halal. Tawaran rasuah menjadi pengugut, diagih janakan kepada pengundi Hulu Selangor itulah saripati intipati makna tersirat disuratkan PM6 berkaitan rasuah.
Dana rasuah tersebut subur mendapat respon dari pengundi yang buta jati diri yang buta agama yang dianutinya. Agama diletak ke tepi, misi 1Malaysia menangkan MIC tunjuk UMno - BN dalam PRK Hulu Selangor adalah wajib kata DS Najib demi selaras dengan aspirasi APCO di sudut menasihatinya. Hebat hujahnya mengena dengan selera hantu raya dan puaka tun ya ke cai. Kesudahan sementara kini UMno sekadar berjaya makan hati kulum jari sakan saku, kantung penuh dengan dana rasuah tidak disedarinya, ianya adalah bahan ke neraka sebagai alat pembakarnya. Di sana loyer tak ada dilesenkan.
Makanya 1fokas, 1matlamat, 1tujuan rasuah dilaksanakan di PRK Hulu Selangor untuk mendapat sokongan pengundi. Pemberi dan penerima kedua-dua masuk neraka kata Allah, PM6 kata tengok pada masa dan ketika baru ia jadi rasuah. Hampa jangan tak tau jadi tak ketahuan untuk tafsir rasuah. Aku PM6 1Malaysia sapa berani nak sanggah??? Tentang petua rasuah aku keluarkan, aku anak Pekan titih Sulawesi Latakawala Sopeng. Kepala 1Malaysia dan timbalannya di medan hadapan perang dalam membiayai membeli undi dengan melaburkan pembiayaan modal besar rasuah. Tetapi mereka menyedari, sesungguhnya laba dan untung didapati di bawah jangkaan. Meleset dan tersasar jauh fokas majoriti 6,000 undi walai hampir 14,000 subsidi pengundi dikucar kacirkan komponan usang BN SPR. Di sudut busines ianya adalah rugi di atas kertas, rugi pada perniagaan hakiki. Tempoh kira-kira kurang dari 2 minggu, sebiji macam klon Dajjal berkandar menawarkan rezeki, dengan syarat pangkah dan bersama-sama kami, akuilah bahawa BN adalah penjana rezeki, kalau tidak kami UMno-MIC-BN tak beri, “BAGI UNDI DAPATLAH RASUAH SEBAGAI PAWAH”. BN-umNO/MIC bagi rasuah wajib bayar dengan undi sebagai membalas pemberian rasuah.
Saya tetap menyatakan Umat Islam yang menganuti parti UMno yang mendakwa sebagai teras BN, secara fitrahnya mereka terpelihara darah dan harta mereka. Oleh itu, apa-apa juga perkara yang mempunyai unsur khianat mereka dianggap melakukan perbuatan jenayah. Bahkan wajib diperangi ke atas orang yang melakukan kezalimanan kepada hak harta dan darah orang lain tanpa sebarang alasan yang dibenarkan syarak. Berdasarkan Al-Quran dan as-Sunnah, lazimnya tabiat memakan harta secara salah, memberi rasuah atau menerima rasuah seperti Umno lakukan di PRK Hulu Selangor. Dengan menzalimi hak orang lain dilakukan untuk kepentingan diri, keluarga dan puak dalam komponan tertentu. Allah SWT tegaskan dalam surah al-Baqarah, ayat 188:
Maksudnya: “ Dan janganlah kamu makan harta orang lain di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).”
Maksudnya: “Sesiapa yang mengambil tanah tanpa haknya, maka dia akan ditenggelamkan dengan tanahnya pada hari kiamat sehingga ke dasar tujuh lapisan bumi”.(Riwayat Bukhari).
Kemenangan MIC jenama UMno -BN yang puak-puak UMno menjadi tukang lawak dan tukang sorak macam ngor, bukan sekadar 3 nama mendapat kerusi Parlimen P094 Hulu Selangor yang kerana mendapat dana rasuahlah ndir-ndir UMno melompat sakan ke depan menangkan calon MIC pilihan UMno bahkan hasil ugutan perdana auta keliling Mr Samy yang tuntas, bijaknya kepimpinan MIC berpolitik mereka dapat tambah satu perlantikan jawatan 1Senator dan jawatan 1Timbalan Menteri, UMno Hulu Selangor menjadi alas dan plastik untuk jenama 1Malaysia, BN - Boneka Najib. Bukan sahaja UMno Hulu Selangor gigit jari dan batang anu menjadi keladi nipah, melompong kosong dalam menafikan peluang UMno HS untuk bertanding. Tetapi Pengerusi Badan Perhubungan UMno Selangor bukan sekadar penampar keling ke muka UMno Selangor khusus dan khasnya UMno Hulu Selangor tetapi diberak kencingnya berlonyai bersekali. Buktinya melantik calon tak jadi MIC sejati Timbalan Presiden MIC sokongan padu dan tunjukan 1jari menjadi Senator dan 1Timbalan Menteri, maka jadilah dia, UMno Hulu Selangor hubaya!!!!! Hubaya!!!! Hubaya!!!! Macam kera diberi bunga.
PM6 1Malaysia pekena hampa UMno HS, apa macam ada rasa erti kemenangan dalam penipuan. Harap-harap hampa pi gadailah batang berjuntai anu kalau laku. Simpan tak ada guna tak ada lawan, puiiiiiiiiiiii!!!!!!! Sewajarnya (bermaksud wajib) sebaik calon dari UMno dinafikan untuk bertanding di PRK Hulu Selangor tersebut, alternatif yang positifnya tukar ganti, maka sebagai ehsan belas sesudah pupusan jatidiri dan kekuatan perjuangan. Makanya di atas pengorbanan terpaksa yang diletakkan kerabit dan keris ke atas tengkok UMno Hulu Selangor kepada MIC, makanya Senator itu 1tunjuk, 1pengakuan, 1tindakkan dan 1keputusan diberikan kepada pimpinan kanan terkini yang menjawat kerusi Ahli Dewan Negara sebagai anggota Parlimen dan membolehkan dilantik menjadi 1Timbalan Menteri di kalangan UMno HS. Atas menuruti 1Malaysia UMno dihina, dinafikan haknya, barangkali cukup hepi pemimpin UMno Selangor, khususnya pemimpin UMno Hulu Selangor sekadar mendapat dana rasuah kilat dari berdaulat mendapat hak kerusi P094 Hulu Selangor.
Matangnya UMno Hulu Selangor berpolitik macam main dam dan main aji, main cator di bangsai tunggu durian. Sampai terkangkang jatuh melentang macam korabau tua terlentang, kaki terkodek-kodek terkapai-kapai kepala keluar masuk kerana berdepan ehsan pertolongan hidup mati. Begitulah UMno Hulu Sselangor mengalami, setiap berdepan PRU nanti Cuma menjadi pemerhati sekadar tukang poster dan pak pacak membawa bendera dacing. Menjadi pecacai membuka pintu masjid dan surau dengan jamuan, baca Yaasin solat hajat untuk menangkan lagi Kamal di PRU13, ini adalah pasti UMno Hulu Selangor hadapi, macam lembu sapi, tak erti berparti, berpolitik. Cuma alim dalam menyubur dana rasuah. Apacam kawan? Ada faham 1Malaysia UMno menjadi pelengkap kepada komponan BN untuk terus BN dijadikan bahtera sebagai Boneka Najib yakni PM6 1Malaysia DS NTR. Anak saya kata kalau mengikut kaedah TS MY maknakan 3 katam calun Mic itu DS NTR itu juga boleh diertikan Najib Takut Rosnah.
Justeru mereka menang, tetapi kemenangan itu tidak bererti mereka senang dan tenang. Mereka kini berhadapan pula diperengkat negara dan sentero dunia, mencari akal dan alasan berteman penasehat APCO untuk menjawab menafikan dana rasuah perdana yang dijanakan seluruh PO94 Hulu Selangor untuk menangkan YB Kamal. Apakah pejabat SPR, pejabat PSJ - SPRM, KPN - PDRM, AG - JPN, KHN - Mahkamah akan terus bersekongkol menjadi barua kepada UMno-BN. Kerana kepala-kepala yang mengepalai jabatan-jabatan utama negara yang selama ini menjadi penyelamat, pelindung dan simpanan tetap kepada UMno, kerana dengan cadangan restu PM sekelian anda menjawat jawatan dan diatas balasjasa dan kenang budi itulah rakyat melihat kini semua dinyatakan diatas adalah komponan BN. Rakyat mengigit gusi kalau maukan keadilan yang saksama dari ketului-ketului diatas.
Sekarang PM dan TPM, sedang berputar ligat mencari akai untuk menafikan dengan sekelian bokti, bahawa pernyataan benar lagi benar yang calon UMno dari Mic untuk BN yang dinyatakan oleh khususnya Calun PRK - PR Dato’ Zaid bin Ibrahim dan sekelian pimpinan PR bersekali dengan ahli-ahli parti dan penyokong tegar, penyokong kor marhean menghalakan dari pucuk pimpinan sampai kebawah telah menggunakan rasuah sebagai dana mendapat undi hatta lebih kehadapan mengugut pengundi. Sebaik menerima rasuah wajib memangkah calun Mic-BN. Kalau tidak selepas PRK semuanya akan berputih mata. Untuk lebih rakyat memahami cara rasuah dan mengugut pengundi P094 Hulu Selangor saya membawa pendekatan cerita begini. “Samalah sekiranya PM membeli 40,000 pasang kasut Velly atau Overman yang berharga mahal itu buatan Italy ori untuk pengundi lelaki dan perempuan”.
Di saat akhir mengumumkan PM melanjutkan ceramahnya. “Saya membawa 40,000 pasang kasut berjenama harganya mencicah RM500.00 - RN1,000.00 sepasang. Saya akan beri kasut ini kepada pengundi-pengundi yang hadir pada ceramah BN malam ini. Pengundi-pengundi bertempek sorak kerana mendapat kasut berjenama. Akhirnya naik kepentas seorang bergilir seorang seterusnya. Penerima pengundi bertanya pada PM dan TPM, pasai apa bagi sebelah kanan sahaja, mana pi kasut sebelah kiri, kaki saya bukan kudong kena peledak? Tanya pengundi. Ada. Tetapi yang sebelah kiri mai ambil dipejabat UMno sekiranya calon UMno dari MIC untuk BN menang dalam PRK P094 Hulu Selangor pada 25 April 2010 hari Ahad. Kalau calon BN kalah hampa ambil sebelah kanan tu sajalah. Kasur sebelah kiri kami akan bakar api”. Begitulah pedekatan rasuah dan ugutan kepada pengundi dari PM.
TPM pula menyeru dan berharap sangat kepada calon PR dan pemimpin-pemimpin PR - PKR, tok sah bisinglah terima sahajalah kekalahan dan akuilah kemenangan BN tu. Serupa pembunuh yang mengatakan lupakanlah sahaja saya membunuh Altantuya tu, dia dah mati, buat apa nak susah-susah. Bolehkan pembunuh tersebut dilepaskan polis dari dakwaan? Sampai bila pencuri dan perompak akan mengakui yang kerjayanya jejak baligh sampai kelani adalah merompak dan menyamun. Samalah dengan UMno-Bn, sampai mampus ke liang lahad mereka (pemimpin UMno-Bn) tidak akan mengaku menggunakan rasuah sebagai dana untuk membeli undi dalam setiap PRU dan PRK. Walau rasuah terang-terang diberi. Oleh kerana semua jentera kerajaan seperti SPR, PDRM, SPRM, Dan semuanya kaku terkuali macam biawak pasir masuk dalam lubang takut gegat untuk menghadapi lanun dan penyamun yang hadirnya dari PWTC maupun di Putrajaya. Semua jenis rasuah hakiki bisa ditukar ganti dengan bahasa baru mengikut citarasa PM6 DS NTR.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan