Khamis, 9 September 2010

KES KLASIK MELAYU TIPU MELAYU DAN JUAL MELAYU

JADI HAMBA DI JUAL PADA ALONG


NGO MELAYU TUNTUT BATAL PERJANJIAN YBPP –HUNZA – harakah daily

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu telah memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang bagi menuntut supaya perjanjian antara pemegang amanah Yayasan Bumiputera Pulau Pinang (YBPP) dengan Hunza Properties Berhad dibatalkan.

Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) yang mengetuai kumpulan NGO tersebut menuntut supaya tanah seluas 283 hektar milik YBPP yang dipindah milik dikembalikan kepada Bandar Kepala Batas Sdn Bhd (BKB).

Menurut Presidennya, Mohd Yussof Latiff, tanah tersebut terletak di atas lot tanah bernombor 2083, 2085 dan 4047 Mukim 6, Seberang Perai Utara (SPU).

"Kita menuntut supaya tanah tersebut dipulangkan kembali kepada YBPP untuk dimajukan oleh Syarikat Amanah Bumiputera. Tanah tersebut adalah milik orang Melayu. Ia tidak sepatutnya diserahkan kepada sebuah badan yang mana majoriti dari pemegang sahamnya adalah bukan Bumiputera.

"Pemenang, Ikatan Kelab-Kelab Melayu Negeri Pulau Pinang dan beberapa NGO Melayu yang ditubuhkan untuk mempertahankan kedudukan ini merasakan adalah perlu bagi kita mempertahankan tanah milik YBPP ini demi manfaat orang Melayu sendiri.

"Apa yang kita perjuangkan ialah memohon supaya perjanjian yang telah dimeteri itu serta tanah yang telah dipindah milik kepada BKB pada 26 November 2001 dibatalkan serta dipulangkan untuk dimajukan oleh syarikat Bumiputera," katanya.

Tambahnya lagi, ekuiti pemegang saham dalam BKB dikuasai oleh Hunza Properties sebanyak 70 peratus dan 30 peratus lagi dikuasai oleh YBPP.

Beliau juga berkata semasa pindah milik dilakukan nilai tanah tersebut dinyatakan sebanyak RM21.96 juta.

Walau bagaimana pun menurut laporan juru nilai bertauliah nilaian sebenar mengikut harga pasaran ialah RM137.44 juta.

"Daripada penilaian ini kita dapati YBPP mengalami kehilangan sebanyak RM115.5 juta dengan nilai sebenar semasa proses pindah milik hartanah tersebut berlaku.

"Sehubungan itu maka kita mengambil tindakan dengan memfailkan saman kepada mereka yang terlibat supaya dibatalkan perjanjian terdahulu antara YBPP dan Hunza Properties Berhad demi manfaat dan masa depan hartanah yang melibatkan kepentingan orang Melayu di sini," tegasnya lagi.

INI CONTOH TERBAIK… MELAYU TIPU MELAYU….

... KES MELAYU JUAL MELAYU....

TAK LAMA LAGI… AKAN TUDUH LIM GUAN ENG PUNYA KERJA

KALAU TIDAK AKAN TUDUH… EDITOR MALAYSIAN INSIDER PUNYA ANGKARA….

SUSAH SUSAH TUDUH…. BANDERA DARI JAKARTA PUNYA ANGKARA…

Selasa, 7 September 2010

kecewa dengan JAKIM dan IKIM

Analisis Isu
"Assalamualikum,,..
Jakim dengan penuh bangga tampil untuk mendakwa bahawa mereka adalah badan yang ditugaskan menjaga Islam sementara IKIM dengan kepetahan bicara ketua pengarahnya, pula tampil dengan imej sebagai badan yang memberi kefahaman Islam kepada masyarakat.Tetapi apa yang dijaga dan apa kefahaman yang diberikan?Hampeh, itu kesimpulan awal yang boleh aku buat mengenai hasil kehadiran JAKIM dan IKIM.

Sepanjang bulan Ramadhan yang semakin meninggalkan kita, JAKIM dan IKIM menjadi lesu seperti sebahagian melayu yang memang sudah lesu apabila banyak kebathilan dipromosikan oleh kerajaan yang membayar gaji JAKIM dan IKIM.Promosi Kebathilan sepanjang Ramadhan semacam tidak didengar atau dilihat oleh JAKIM dan IKIM(dalam setengah kes, IKIM turut bersubahat menyiarkan berita berita yang bathil) dan paling aku kecewa dengan JAKIM dan IKIM apabila TV3 suku menyiarkan satu iklan raya yang ada santa klaus dan ada unsur unsur agama Hindu(atau Buddha).Hampeh betul JAKIM dan IKIM kerana sepatutnya merekalah yang terkedepan sesuai dengan peranan mereka menjaga dan memberi kefahaman agama.

Namun JAKIM terpaksa ditegur oleh Dewan pemuda PAS dan IKIM pula hanya membisu dengan iklan sebegitu rupa.Aku tidak pasti mana satukah iklan yang ada santa klaus tetapi aku pernah melihat satu iklan(juga tak pasti TV mana) yang menonjolkan imej "tomboy" untuk menyambut raya.Pada aku,iklan sebegini juga sudah sepatutnya mendapat respon dari JAKIM dan IKIM kerana imej Tomboy yang ditonjolkan itupun sudah menyimpang jauh dari ajaran Islam.IKIM perlu tampil menjelaskan perkara itu pada ketika JAKIM sebagai badan yang diberi tugas untuk menjaga agama tampil membantah penyiaran iklan tersebut.

Bayangkan kalau iklan yang ada tomboy yang sudah menyimpang dari ajaran Islam perlu dibantah oleh JAKIM, apatah lagi iklan dengan santa klaus dan unsur dari agama Hindu(atau Buddha) yang bukan saja menyimpang dari ajaran malah boleh menjadikannya sebagai bahan syirik yang boleh menjejaskan akidah yang sejahtera umat Islam.

Tetapi di mana JAKIM? Di mana IKIM? Apakah masih sibuk dengan isu kalimah ALLAH? atau masih sibuk dengan agenda penyatuan melayu Islam?Atau mungkin juga sibuk dengan wahabi?

Aku pernah meluahkan agar JAKIM dan IKIM lebih berani kerana ALLAH, tetapi kejadian terbaru ini menampakan JAKIM dan IKIM bukan berani kerana ALLAH, tetapi terus menjadi pagar yang makan padi kerana habuan dunia yang terlalu kecil.JAKIM dan IKIM tidak akan mampu bersuara tanpa arahan dari orang orang yang tidak berminat untuk menjaga agama atau memberi kefahaman tentang Islam.

Kepada ustaz ustaz yang masih bersama JAKIM dan IKIM, aku seru kelian untuk lebih berani untuk menyatakan kebenaran dan menentang kebahtilan.Ustaz Zamri Zainal Abidin umpamanya, tak usah mendayu dayu lagi menyatakan Islam itu dan Islam ini, tampilah dengan satu skima pentarbiyahan yang menyatakan tentangan kepada kebathilan dan tegaslah anda dalam menyatakan kebenaran sekalipun anda perlu menyatakan(dengan bukti yang diperolehi dan sahih) siapa pembunuh sebenar Altantuya.

Wahai Ustaz(JAKIM dan IKIM) sekelian, jangan jadi pengecut sesudah anda memilih untuk menguasai ilmu kebenaran dari ALLAH, pilihan yang mempunyai obligasi untuk turut menyatakan kebenaran dan menentang kebathilan sekalipun yang menganjurkan kebathilah itu orang membayar gaji anda(dalam kes JAKIM dan IKIM, yang membayar gaji para ustaz ini ialah rakyat).

PROGRAM YANG MEMENINGKAN UMNO/BN

Program-program yang dijalankan oleh kerajaan PR benar-benar memeningkan Umno/BN kerana sewaktu mereka memerintah program seumpama ini tidak mampu dan tidak pernah dilaksanakan oleh mereka.

Semalam kerajaan negeri Pulau Pinang menghargai dan mengiktiraf lebih 107,620 warga emas yang berdaftar sebagai pengundi dengan memberi sumbangan tahunan RM100 seorang sebagai tanda prihatin kerajaan Pakatan Rakyat itu.

Bagi memenuhi tanggungjawab sebagai kerajaan yang mengambil peduli kebajikan rakyat, pentadbiran pimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng itu turut mewujudkan satu skim sumbangan jenazah atau kematian yang membabitkan sumbangan wang sejumlah RM1,000 kepada waris atau keluarga warga emas terdekat yang meninggal dunia.

Menerusi pendaftaran sistem i-sejahtera yang dibangun dan diperkenalkan kerajaan negeri, lebih 776 waris sudah menerima sumbangan di bawah skim itu yang membuktikan dasar kerajaan negeri yang berjiwa rakyat.

Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng semalam menyampaikan skim sumbangan jenazah atau kematian kepada 224 penerima baru di Dewan Orang Ramai Pajak Song, Kepala Batas.

Sejumlah 50 warga emas kawasan Sungai Dua turut menerima sumbangan tahunan RM100 setiap seorang.

Guan dalam ucapannya berkata rakyat negeri Pulau Pinang perlu mendaftar segera bagi menyertai sistem i-sejahtera yang bakal memudahkan mereka menikmati faedah daripada program sosial anjuran kerajaan negeri.

Guan Eng berkata, kerajaan negeri juga membelanjakan RM200,000 setiap bulan bagi membantu golongan miskin tegar.

Lagi peninglah Umno/BN bila melihat program sebegini ..........apa lagi isu yang hendak mereka mainkan.

Isnin, 6 September 2010


IKLAN KONTROVERSI : KEMENTERIAN PENERANGAN PATUT DIPERSALAHKAN

Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan adalah pihak yang patut dipersalahkan dalam kontroversi penyiaran iklan sempena Hari Raya tahun ini oleh TV3, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Pada 12 Disember 2005, Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi ketika itu, Datuk Shaziman Abu Mansor memberitahu Dewan Negara bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bekerjasama rapat dengan Lembaga Penapisan Filem (LPF) untuk memastikan kesemua bahan siaran ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan di TV swasta negara ini," kata beliau.

Dari jawapan Shaziman itu, kata Mahfuz, jelaslah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan adalah pihak yang patut dipersalahkan kerana pengakuan telah dibuat di dalam Dewan Negara bahawa kesemua bahan siaran ditapis terlebih dahulu oleh SKMM dan LPF sebelum disiarkan oleh TV swasta negara ini.

Sambil berterima kasih kepada umat Islam yang membantah iklan penuh kontroversi itu, beliau menyifatkan perkara itu mungkin berlaku kerana sikap keterlaluan yang amat jelas diperlihatkan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr. Rais Yatim dalam memantau apa sahaja bahan dalam Internet yang tidak disenangi oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Kerana sikapnya yang amat jelas memperlihatkan beliau sibuk sangat hendak menjadi polis di dalam Internet, Rais ternyata tidak melakukan pemantauan yang sepatutnya terhadap iklan yang dengan jelas membangkitkan kemarahan umat Islam itu walaupun TV3 menayangkannya berkali-kali sejak Khamis lalu.

"Jika Rais sendiri pernah menonton iklan itu, mungkin sensitivitinya sudah terlalu tumpul sehingga kita tidak mendengar sebarang bantahan atau tindakan darinya dan TV3 ternyata mengambil inisiatif sendiri untuk menghentikan penyiaran iklan itu.

"Maklumlah, Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) dan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad adalah syarikat-syarikat berkaitan Umno atau Umno linked companies dan Rais mungkin tidak ada hasrat langsung untuk melakukan pemantauan secara on air terhadap bahan-bahan yang disiarkan oleh media yang dimiliki oleh syarikat-syarikat berkaitan Umno," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu sambil membangkitkan jawapan Shaziman di Dewan Negara itu turut menyatakan bahawa pemantauan siaran TV dan radio swasta juga dilaksanakan oleh SKMM melalui pemantauan secara on air.

Tetapi, kata Mahfuz, jika iklan sedemikian disiarkan oleh media-media alternatif di dalam Internet, Rais dan Umno pasti akan histeria serta merta.

"Apa yang berlaku itu jelas membuktikan bahawa para pemimpin Umno menilai sesuatu perkara itu dari sudut kepentingan politik mereka.

"Kalau orang lain melakukan sesuatu yang tidak mereka senangi, mereka akan histeria serta merta dan jika diberikan penjelasan yang bersumberkan nas dan sirah Rasulullah sekalipun, mereka akan beria-ia pula memutar kata-kata untuk menegakkan benang basah.

"Tetapi kalau kroni mereka yang melakukan perkara yang dibantah dengan meluas oleh umat Islam, tidak ada langsung sebarang laporan mengenai bantahan dari para pemimpin Umno jauh lagi sebarang tindakan," katanya sambil menuntut siasatan dibuat terhadap penyiaran iklan itu.

Sejak Khamis lalu, TV3 menyiarkan iklan sempena Hari Raya yang menggambarkan seorang 'Pak Haji' mengajak kanak-kanak menaiki beca ajaib sehingga melintasi bulan.

Ia seolah-olah menyamai watak Santa Claus menaiki kereta salju yang dipacu oleh sekawan rusa kutub membawa hadiah Hari Natal untuk kanak-kanak.

Iklan tersebut juga menampilkan babak kemunculan pelita melalui bunga teratai yang dikatakan menyamai fahaman agama Buddha.

Iklan tersebut diterbitkan oleh Pengarah Kreatif TV3, Douglas Khoo Hong Seng dengan kos penerbitan RM200,000 dan banyak menggunakan teknik janaan pengimejan komputer atau computer generated imaging (CGI).

Bagaimanapun, dengan mengambil kira rungutan dan rasa tidak senang penonton, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan memberitahu, iklan tersebut telah pun dihentikan pada pukul 9 malam Sabtu lalu selepas lima kali disiarkan.

TV3 juga memohon maaf kepada seluruh masyarakat Islam kerana penyiaran iklan itu.

MACAM-MACAM DIBUAT UNTUK TIPU MELAYU

PAKAI MACAM INI ADA FATWA TAK ?


NAJIB : MP SERDANG LANGGAR FATWA MASUK SURAU BERI TAZKIRAH - minsider

Najib Razak menegaskan, Ahli Parlimen DAP Serdang Teo Nie Ching
telah melanggar keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan apabila beliau memasuki ruang solat Surau Al-Huda, Kajang bulan lalu.

Najib berkata, fatwa yang dikeluarkan Mac lalu adalah jelas bahawa bukan Islam mesti memperoleh kebenaran daripada masjid dan mengenakan pakaian sopan ketika memasuki kawasan masjid dan surau.

Dengan merujuk kepada fatwa, Najib berkata pelancong bukan Islam boleh memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mereka memperoleh kebenaran daripada pengurusan selain memastikan tindakan mereka tidak bertentangan dengan kesucian masjid.

ADA FATWA…KALAU TERLIBAT BUNUH ORANG.. BOLEH MASUK MASJID??....

ADA FATWA KALAU SUTUT BINI ORANG.. BOLEH MASUK MASJID

ADA FATWA KALAU AMBIL KOMISEN KAPAL SELAM… BOLEH MASUK MASJID TAK?....

nota:
fatwa ini pandangan yang di anjurkan
boleh di terima dan boleh tak diterima
contoh nya merokok telah di fatwakan haram
– tapi tak ada sapa ambil pot

ingat tak – empat tahun dahulu kita ada
kongsi depa/raya maka ada saekor malaon keluar
fatwa kata tak boleh kongsi depavali dengan raya

hanya satu malaon sokong fatwa
ini – malaon ini ialah mat mongol – dua hari
kemudian abdulalh badawi kata boleh
mengucap selamat kepada penganut agama hindu – tak percaya sila rujuk arkib negara
jangan malas - nanti keluar fatwa - siapa
malas dapat entot anak raja gopal




DULU DOLAH FLIP FLOP - SEKARANG MAT MONGOL LAGI FLIP LAGI FLOP


PEMIMPIN UMNO MINTA NAJIB TIDAK GOPOH PANGGIL PRU-13 – minsider

Pemimpin-pemimpin Umno dan para pembantu Najib Razak dipercayai telah meminta beliau agar ‘menangguhkan’ idea mahu memanggil pilihan raya umum tergempar dengan menekankan, perdana menteri tidak harus menganggap peningkatan popularitinya sebagai kayu ukur parti itu sudah diterima sepenuhnya oleh rakyat.

Presiden Umno ini mengadakan pertemuan dengan kepimpinan Umno Johor kelmarin di mana beberapa pemimpin telah berkongsi keprihatinan mereka tentang populariti parti dominan Barisan Nasional (BN) itu.

“Najib memang popular, tidak ada siapa yang boleh meragui. Bagaimanapun parti tidak popular di sesetengah negeri seperti di Johor,” kata seorang pemimpin Umno kepada The Malaysian Insider yang tidak mahu identitinya didedahkan


KAH KAH KAH… INI SUDAH FLIP FLOP….

PANGGIL PILIHANRAYA … SELANGOR.. KELANTAN… PULAU PINANG… KEDAH … TAK AKAN IKUT CAMPUR

LAGI KANTOI MANTOI….

GEROMBOLAN TIDAK POPULAR DI SETENGAH NEGERI SEPERTI JOHOR ?....

BIAR BETUL KENYATAAN INI….

JOHOR GEROMBOLAN TOTOK….

KALAU DI JOHOR PUN ORANG TAK MINAT DENGAN GEROMBOLAN….

JANGAN HARAP LAA …. KEDAH DAN KELANTAN….

INI TANDA TANDA GEROMBOLAN SEDANG NAZAK


SUDAH TERLAMBAT

CINTA DI HALANG

AMALKAN SIKAP HORMATI- MENGHORMATI , ELAK SENSITIVITI KAUM LAIN – berita haran

Najib Razak hari menggesa rakyat agar mengamalkan prinsip saling menghormati berdasarkan kepada sensitiviti sesuatu kaum atau agama agar ia tidak mudah dicabuli oleh pihak lain.
Beliau berkata prinsip itu amat penting dalam menentukan keharmonian negara terpelihara sekaligus dapat mengelak wujudnya perasaan ekstremis atau jumud.

BARU SEKARANG NAK SEDAR….

TAPI CAKAP TAK SERUPA BIKIN….

KENAPA TAK HORMAT PADA ALTANTUYA

…. APA KAH KERNA DIA DARI MONGOLIA….

…. KALAU DARI DULU SEDAR MACAM INI …. HIDUP LAGI MINAH CUN INI….


PERTAHANKAN SAMPAI KIAMAT!

WISMA PEHIN SETIA RAJA


71 CAWANGAN MAHU TAIB MAHMUD KEKAL PRESIDEN PBB , KETUA MENTERI – melayau

Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mahu Abdul Taib Mahmud kekal sebagai presiden parti tersebut dan Ketua Menteri bagi memastikan kestabilan politik serta pembangunan Sarawak secara berterusan.

Timbalan Ketua Menteri Alfred Jabu Numpang berkata, Taib selaku Ketua Menteri, mendapat sokongan penuh semua 71 ketua cawangan yang diwakili kaum bapa serta sayap pemuda dan wanita PBB, iaitu anggota majlis tertinggi PBB, melalui ikrar taat setia dan usul yang dibuat pada mesyuaratnya yang dipengerusikan sendiri oleh Taib hari ini.

"Kami (anggota PBB) sebulat suara menyokong penuh kepimpinan Abdul Taib Mahmud dan akan terus menyokong pucuk pimpinan beliau dan Najib Razak,” katanya.

BAGUS ORANG SERAWAK… PERTAHAN KAN PEHIN

KALAU DATU SRI TUN PEHIN INI BUNGKUS… SERAWAK AKAN BUNGKUS SAMA

GEROMBOLAN AKAN MASUK KE SERAWAK…. MACAM DI SABAH….

HANYA PEHIN YANG BERANI LAWAN GEROMBOLAN DARI SEMENANJUNG

... SELOGAN BARU IA LAH PEHIN UNTUK SELAMA LAMANYA...

nota
:
suasana ini bagus.
lagi lama mereka bergaduh
lagi baik untuk pakatan.

kalau mereka tak bergaduh
kita cucuk dan gaduhkan mereka
pehin ini dibenci warga serawak – kalau diganti
maka kemarahan dan kebencian akan kendur

mari kita semua sokong pehin – biar pehin lawak
mat mongol