Sabtu, 15 September 2012

Punggah....Australia Tolak Sisa Lynas, Apa Tindakan Malaysia?


Lynas Corporation telah memohon Australia untuk mengimport sisa radioaktif dari loji penapisan bumi kontroversi di Kuantan, walaupun Canberra mengulangi dasar menolak sisa itu daripada negara-negara lain, kata seorang diplomat Australia.

Pengatur nuklear Malaysia, Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) berkata bahawa pelombong Australia itu di sisi undang-undang telah terikat untuk membuang sisa radioaktif dari Bahan Loji Lynas (LAMP) dan menghantar pulang ke Australia di bawah syarat-syarat lesen operasi sementara (TOL) yang dikeluarkan minggu lepas.

“Lynas telah mengemukakan permohonan kepada pengawal selia, Agensi Perlindungan Sinaran dan Keselamatan Nuklear Australia (ARPANSA), untuk mengimport bahan dari Malaysia, “kata jurucakap Pesuruhjaya Tinggi Australia kepada The Malaysian Insider.

“Permohonan itu akan tertakluk kepada dasar-dasar, undang-undang dan peraturan kerajaan Australia, “katanya.

Pentadbiran Perdana Menteri Julia Gillard tegas dengan pendirian mereka dan tidak sesekali membenarkan sebarang bahan berbahaya memasuki negaranya.

Tetapi jurucakap itu berkata bahawa Putrajaya dan Lynas menanggung tanggungjawab atas pelupusan sisa radioaktif dari loji penapisan bumi bernilai RM2.5 bilion itu.

“Persoalan mengenai pengurusan sisa dari kilang pemprosesan nadir bumi Lynas Corporation di Malaysia adalah perkara untuk kerajaan Malaysia dan Lynas fikirkan.

“Dasar lama kerajaan Australia adalah bahawa Australia tidak menerima sisa radioaktif negara-negara lain, “kata jurucakap yang enggan namanya disiarkan.

Lynas menerima TOL daripada pihak berkuasa Malaysia minggu lepas, memberi lauluan kepada loji pemprosesan nadir bumi itu untuk memulakan operasi walaupun terdapat bantahan awam meluas terhadap keselamatan dan alam sekitar.

Lynas berkata bahawa ia akan memulakan pengangkutan dan melengkapkan semua langkah-langkah untuk menyediakan memperkayakan bijih nadir bumi yang dilombong di Australia pada Oktober.

TOL membolehkan Lynas untuk beroperasi bagi tempoh dua tahun mulai 3 September lalu.

AELB telah menekankan bahawa Lynas mesti mematuhi segala keperluan dan syarat yang dikenakan oleh kementerian sains, teknologi dan inovasi melalui Akta Perlesenan Tenaga Atom.

Jumaat lepas, pengawal selia dilaporkan berkata semasa sidang media bahawa komitmen Lynas tidak terikat untuk membuang sisa radioaktif dari loji Gebeng kerana ia bukan syarat untuk TOL yang dikeluarkan awal minggu lepas.

Ketua Pengarah AELB Raja Abdul Aziz Raja Adnan berkata, agensi hanya bergantung kepada komitmen unilateral Lynas tanpa meletakkan syarat “hitam putih”.

Beliau berkata, bagaimanapun, jika Lynas memecahkan komitmen untuk menghantar sisa di luar negara, AELB akan mempertimbangkan pilihan untuk mengambil tindakan terhadap pelombong itu.

“Saya pasti mereka akan membawa ia keluar. Lembaga telah memutuskan perkara ini (dan) mengambil kira tentang mereka akan mengambil ia keluar.

“Sekiranya tidak berlaku, terdapat pelbagai langkah dan pertimbangan bahawa yang boleh diambil oleh lembaga,” katanya.

Minggu lepas, lima penduduk Kuantan diberi kelulusan mahkamah tinggi untuk mencabar keputusan menteri sains, teknologi dan inovasi menganugerahkan TOL kepada pelombong Australia itu.

Kuota eksport minyak sawit diberi kepada kroni Umno BN


PETALING JAYA 14 September: KEADILAN mendedahkan hampir semua kuota eksport bebas cukai (CPO) untuk mengeksport minyak sawit mentah diberikan kepada kroni Umno BN.
Pendedahan itu dimaklumkan Pengerusi Biro Pelaburan dan Perdagangan, Wong Chen pada sidang medianya di Ibu Pejabat KEADILAN, hari ini.
Katanya, perkara itu membolehkan kroni-kroni Umno BN terlepas dikenakan cukai hingga menyebabkan negara kerugian RM4 bilion pada tahun ini.
“Sebilangan pemegang CPO bukan di kalangan pengusaha minyak sawit. Mereka adalah saudagar Umno BN yang ghairah untuk mendapatkan keuntungan besar,” katanya.
Menurut Chen, tindakan kerajaan menaikkan kuota CPO daripada 3.6 juta kepada 5.6 juta tan metrik menyebabkan lebih banyak minyak mentah dibawa ke luar negara sekaligus menjejaskan pasaran dalam negara.
Tambahnya, industri penapisan minyak sawit di negara ini mengalami krisis kerana hanya mampu menampung 60 peratus kapasiti dalam negara.
Beliau turut mempersoal tindakan kerajaan merahsiakan penerima kuota CPO kononnya ia dianggap rahsia rasmi kerajaan.
“Dua hari lalu, pada Forum Minyak Sawit Antarabangsa di ibu negara, kami mendapat maklumat nama-nama penerima kuota tidak boleh disiarkan kononnya rahsia rasmi.
“Tindakan mengejut ini sedikit sebanyak memberi penjelasan mengapa kerajaan Umno BN memilih untuk menaikkan kuota CPO.
“Pendedahan ini menyokong kepercayaan bahawa sebilangan besar pemegang kuota bukan pengusaha minyak sawit tetapi kroni Umno BN,” katanya.
Justeru, beliau mencabar Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi mendedahkan keseluruhan penerima kuota CPO tersebut.
Menurut Chen, kerajaan seharusnya telus dalam menguruskan kuota CPO tersebut bagi mengelakkan berlaku lebih banyak ketirisan.
Katanya, dengan ketelusan, sekurang-kurangnya RM2 bilion hasil cukai dapat diselamatkan untuk perbendaharaan negara.
“RM2 bilion bukan jumlah yang kecil. Ia cukup untuk menampung separuh kos dasar pendidikan tinggi percuma bagi menggantikan PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional),” katanya.

Jumaat, 14 September 2012

Ucapan Perdana Menteri Singapura Dalam Bahasa Melayu.


Noh dan Mat Zin ibarat 'kerbau' kena sembelih

NOH, MAT ZIN: HENTIKAN PUBLISITI POLITIK MURAHAN TAHAP LELONG!

Susulan dari dakwaan beberapa pihak tertentu berhubung program terbaru kerajaan negeri bertajuk Di Ambang Merdeka, berikut adalah kenyataan KEADILAN Selangor dalam perkara yang cuba dijadikan isu politik murahan oleh UMNO dan BN Selangor.
WALAUPUN Hari Raya aidiladha masih jauh berbulan lagi, namun kita pada hari ini dapat melihat kelibat 'kerbau' yang bakal disembelih pada Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13U) sedang menggelupur, meraung dan mengerang walaupun pisau masih belum lagi melekat di halkum.
Tabiat mencari walau seinci alasan untuk kekal relevan oleh UMNO Selangor di ketuai oleh YB. Dato' Sri Noh Omar dan 'ayam sabung lama' YB. Ir Dato' Sri Mat Zin ini amatlah menyedihkan. Bahkah adakala menjadi begitu memualkan. Lebih mendukacitakan lagi ialah apabila Istana yang menjadi tonggak payung kesepakatan dan kesatuan rakyat Selangor masih 'cuba diheret' ke kancah politik kepartian, ditanam perasaan kebencian dan selanjutnya memecahkan ukhwah yang sedia terjalin walaupun penggal kuasa sudah memasuki tahun ke 5.
Adalah menjadi amalan biasa sesuatu acara besar peringkat negeri diadakan, Dato' Menteri Besar melalui mesyuarat Exco, sebelum bermulanya sambutan acara tersebut, telah pun mengamanahkan tugasan persiapan majlis kepada pegawai kerajaan nombor satu iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri. Beliau dipertanggungjawabkan untuk segala persiapan, jemputan dan prasarana yang difikirkan perlu dan berbelanja secara berhemah.
Jawatankuasa ini telah menjalankan amanahnya dengan baik, berpandukan amalan sebelum ini sebagai contoh dan menjadikannya suatu majlis yang meriah dan mendapat pujian dan sanjungan daripada pelbagai pihak.
Sememangnya pihak yang sentiasa tidak akan puas hati ialah UMNO BN. Kemungkinan sambutan luar biasa itu menjadi sebab kurang senang mereka yang selama ini lena diulit dan dibuai oleh sang pengampu hingga disedarkan padatahun 2008 lalu.
Menerusi rekod bertulis, DYMM Sultan Selangor tidak hadir semua dalam sambutan dan acara kemerdekaan sebelum ini walaupun dibawah pentadbiran Kerajaan BN. Umum mengetahui bahawa DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong sendiri tidak dijemput ke sambutan kemerdekaan di Stadium Bukit Jalil. Tetapi Pakatan Rakyat tidak menyerang Barisan Nasional seperti mana UMNO BN Selangor mencari publisiti murahan dengan memcuba berulang kali 'mengaitkan kemurkaan Istana'.
Melihat kepada tema politik 'Janji Ditepati' dan kerusi kerusi telah yang lebih awal lagi diasingkan untuk UMNO, MCA, MIC dan Gerakan dan kumpulan lain, maka apakah jenis sambutan kemerdekaan Kerajaan Persekutuan, dengan meminjam kata-kata 'Menteri Sewa Tanah' Noh Omar, yang menuduh Dato' Menteri Besar Selangor 'tidak tahu adat, budaya dan protokol'?
Apakah Kerajaan Persekutuan juga gagal memahami 'protokol, budaya dan tidak tahu adat' dalam membezakan 'antara majlis rasmi dan majlis politik'? Nah, silakan menjawap pula soalan ini!
Apakah kegagalan rejim Najib Razak menjemput DYMM YDPA dikira juga sebagai 'penghinaan kepada YDPA?' yang jelas kedudukan YDPA lebih tinggi statusnya daripada mana mana Sultan dalam negara ini.
Jika benar pandai sungguh UMNO BN dengan protokol, budaya dan adat kenapa jamuan raya UMNO BN Selangor di Rubber Research Institute (RRI) Sg Buloh 'dikudakan' di atas bahu Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) yang dibawah Jabatan Perdana Menteri?
Noh dan Mat Zin wajar menjawap tuduhan dan dakwaan bahawa mereka memaksa Dato' Ghani Selaku Pengarah JPP atau ICU Selangor serta 'dicucuk hidung' supaya 'melepaskan' RM2 juta untuk hanya jamuan raya politik UMNO BN yang turut melibatkan kehadiran Pengerusi UMNO Selangor, Najib Razak! Ini jamuan raya UMNO BN Selangor atau ICU, Jabatan Perdana Menteri? KEADILAN Selangor mengesa agar pihak ICU memberi penjelasan segera kerana difahamkan bajet telah dikeluarkan oleh mereka dan penggunaan wang rakyat sudah berlaku.
KEADILAN Selangor ingin bertanya, kenapa Noh Omar dan Mat Zin 'bijak sungguh berbelanja' program Kerajaan yang dikendalikan oleh agensi Jabatan Perdana Menteri dengan setiap Dun diperuntukkan bajet RM25 sekepala dikalikan dengan 1000 orang dari setiap Dun bermaksud setiap Dun berbelanja sekitar RM25000 hanya untuk makan?
Persoalan kedua ialah, duit siapa yang digunapakai untuk program yang sepatutnya adalah program rasmi jabatan kerajaan tetapi menjadi program politik UMNO BN ini? Duit JPP @ ICU atau duit Pengarah, Dato Ghani atau duit UMNO BN? Atau ia adalah duit Noh Omar dan duit Dato Ir Mat Zin? KEADILAN Selangor yakin Noh Omar pasti mampu berbelanja jika perlu kerana kolam udangnya semakin bertambah besar.
Pastinya wang ini adalah duit rakyat yang berada di ICU! Jangan lupa Noh dan Mat Zin, rekod perbelanjaan majlis raya UMNO Selangor ada di tangan KEADILAN Selangor. Perbelanjaan khemah saja mencecah setengah juta ringgit. Perbelanjaan juadah 56 Dun disediakan dengan setiap Dun disasar membawa 1000 orang. Setiap anak muda dari NGO 'haram jadah' diberi RM50 seorang dan dikurung dalam pagar sehingga Najib tiba supaya semasa perasmian nampak ramai. KEADILAN Selangor mencabar UMNO menafikan penggunaan wang rakyat ini bukan bagi tujuan politik UMNO BN. Jika tiada penafian dalam seminggu, maka sah lah, UMNO BN adalah parti 'telunjuk lurus kelingking bersalut najis' yang wajar dikuburkan pada PRU13 akan datang. Inilah parti 'mengata dulang paku serpih' yang wajib dibuang dari Selangor.
Umum mengetahui sikap dwi-standard UMNO BN dalam perjuangan sia sia mereka mencari tempat untuk kembali memerintah negeri Selangor.
Umum juga mengetahui usaha mereka untuk memperbesarkan sekelumit kuman diseberang laut demi menunjukkan kepada Najib Razak bahawa mereka 'menjalankan kerja' dan Selangor 'bisa ditawan' tetapi gajah dibawah lebih 35 khemah di halaman RRI buat buat rabun pula matanya seolah olah tidak nampak langsung silapnya. Penggunaan duit rakyat yang dibawah agensi kerajaan seperti menggunakan wang sendiri oleh UMNO BN adalah perbuatan keji.
'One swallow does not a summer make'
Namun hakikatnya mereka hanya memberikan asap kelabu untuk mengaburkan pimpinan utama UMNO. Mereka sedar bahawa Selangor akan kekal ditangan Pakatan Rakyat dan usaha insignifikan ini hanyalah sekadar bungaan dan menyembunyikan hakikat sebenar.
Jemputan Dato' Seri Anwar Ibrahim hanyalah sebagai pemidato dan penceramah utama. Ribuan rakyat Selangor mengetahui bagaimana pada awal tahun 2012, Ustaz Azhar Idrus bersama beberapa artis menjadi penceramah jemputan untuk menghiasi suasana malam tahun baru. Rakyat seronok mendengar ceramah keagamaan beliau yang diselang-selikan lawak jenaka dan disertai golongan artis tua dan muda. Mengapa pula kedatangan Ustaz Azhar Idrus sebagai penceramah jemputan tidak dikira sebagai menghina Istana?
Hakikatnya jika mahu dijadikan isu, daki di dinding bangunan boleh diperbesarkan TV3 dan dijadikan masalah yang bisa menggugat 'ketenteraman persekutuan'.
Penggunaan publisiti murahan oleh Noh Omar, Mat Zin dan UMNO Selangor bukannya perkara baru; baja cap dacing, racun cap dacing, gula tapung 1Malaysia, keropok sehingga menggunakan agensi lobi zionis haram untuk setakat berjumpa Presiden Amerika Syarikat (ini boleh dikatakan publisiti mahalan!) amat sinonim dengan UMNO BN. Lebih banyak isu remeh yang ditimbulkan, dan seterusnya dipatahkan oleh hujah oleh Kerajaan PR Negeri Selangor (sepertimana dakwaan anak pelakon lucah terkenal MCA berkaitan tanah TALAM), akan berbalik dan memalit diri mereka sendiri.
KEADILAN Selangor menasihatkan UMNO BN agar kurang menyerang tanpa hujah dan fakta. Kerana jika 'backfire' itu terlalu banyak, terlalu amatlah mudah bagi PR mengekalkan kuasa tanpa perlu berbuat apa-apa.
Kepada Noh Omar dan Mat Zin, boleh saja jika mahu mencari publisiti, tapi pilihlah agar ia bukan publisiti murahan yg bertaraf; tahap lelong! Jagalah status Menteri dan Bekas Menteri yang sepatutnya 'ada kelas'!

SHUHAIMI HAJI SHAFIEI
Adun Sri Muda /
Ketua Penerangan KEADILAN Selangor /
Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Rabu, 12 September 2012

Beranikah umporno levelkan Sultan Johor tidak patriotik?

PANAS!! Sultan Johor dedahkan Kerajaan UMNO/BN bayar RM500K lebih tinggi untuk harga sebuah 'RIV'


Pencacai-penccai UMNO telah melabelkan Tony Pua sebagai seorang yang tidak patriotik bilamana beliau sering mempertikaikan harga yang dibayar oleh Kerajaan Malaysia untuk memperolehi aset buat Angkatan Tentera Malaysia.


Perlu diketahui secara umumnya memang kebanyakkan aset yang dimiliki oleh Angkatan Tentera Malaysia dibeli pada kadar harga yang jauh lebih tinggi oleh Kerajan Malaysia yang dikuasai oleh UMNO/BN.

Antaranya ialah Helikopter dan juga Kapal Selam selain itu Armoured Personnel Carrier (APV) juga menyaksikan perkara yang sama.

Dimana harga yang dibayar dengan harga semasa perjanjian ditandatangani adalah jauh berbeza.

Ketika perjanjian ditanda tangani harga untuk 257 APV ialah hanya RM1.7 Billion dan ianya disaksikan oleh Zahid Hamidi tetapi bila terbongkar harga yang dibayar oleh Kerajaan UMNO/BN ialah RM7.5 Billion, Zahid menafikan beliau menyaksikan perjanjian itu.

Artikel berkaitan isu Armoured Personnel Carriers (APV) itu sila baca di ( SINI )

Kali ini pula, bukannya Tony Pua yang mendedahkan tetapi Sultan Johor iaitu Sultan Ibrahim, Baginda mempersoalkan mengapa Rapid Intervention Vehicle (RIV) dibeli Baginda hanya berharga RM150,000 berbanding RM690,000 yang dijual oleh pihak pembekal kepada Angkatan Tentera Malaysia.

Seperti biasa.. jawapan standard yang mungkin terdapat dalam SOP untuk menipu rakyat yang digunapakai oleh pemimpin-pemimpin UMNO ialah.. 'Kami akan siasat.. kemungkinan harga ini berbeza ialah kerana spekasinya yang berbeza....'

Spesifikasi apa agaknya yang ditambah pada RIV (gambar atas) tersebut hingga harganya meningkat melebihi 300%.. iaitu lebih RM540,000 dari harga pasaran..

Apa yang kita perlu ketahui ialah.. Kementerian Pertahanan telah dijadikan sebagai lubuk untuk membina kekayaan oleh kebanyakkan pemimpin UMNO dan tindakan haram jadah mereka itu dilindungi oleh Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Scandal terbesar bukan Kapal Selam sebenarnya tetapi melibatkan lebih dari 40 buah jet pejuang jenis Skyhawk yang di simpan di Nevada, USA yang hilang dari inventori Angkatan Tentera Malaysia ...

Ianya berlaku diera pemerintahan Mahathir... sila baca di ( SINI )

Adakah pencacai UMNO akan melabelkan Sultan Johor juga sebagai tidak patriotik kerana mempersoalkan perbezaan harga RIV itu oleh pencacai UMNO?

Persaingan bebas jadikan P Pinang pusat fikrah



 
Kita telah banyak menelusuri riwayat negeri Pulau Pinang sebagai pusat fikrah dan pencerahan minda yang boleh dianggap terkehadapan pada zamannya.

Begitu suburnya tanah negeri ini sehingga ramai para cendekia dan pemikir Melayu, khususnya tokoh-tokoh kaum muda dan pelopor-pelopor gerakan reformis Islam, menjadikan Pulau Pinang sebagai pangkalan mereka.

Ramai di antara mereka asalnya bukan anak negeri, namun tertariknya mereka ke Pulau Mutiara ini kerana ruang kebebasan dan suasana penuh saingan yang sangat memberangsangkan.

Pulau Pinang merupakan negeri yang bertradisi majmuk dengan penduduk majoritinya bukan Melayu. Pun begitu, suasana sedemikian tidak menjadi halangan, malah mereka lagi berjaya dan berkembang maju.

Kejayaan mereka kerana dua faktor utama. Pertamanya, disebabkan pasaran bebas dan suasana persaingan yang wujud di negeri pelabuhan entrepot ini, maka wajiblah mereka menonjolkan keupayaan dan daya usaha yang lebih tinggi.

Dalam erti kata lain, persaingan tidak menjadi masalah malah menggalakkan dinamisme dan semangat kecemerlangan di kalangan mereka.

Keduanya, Pulau Pinang sebagai Negeri Selat yang bebas daripada sistem feudal tempatan, menyediakan ruang yang lebih luas berbanding dengan negeri-negeri lain.

Barangkali kerana cengkaman pihak berkuasa ke atas sistem sosial Melayu tidak begitu terserlah, maka gagasan kebudayaan yang diutarakan pada zaman itu dapat mencerminkan idea-idea yang lebih progresif dan reformis.

Akan tetapi, jika daya maju yang diuar-uarkan ini menjadi kelumrahan Melayu Pulau Pinang pada suatu ketika dahulu, apakah yang telah terjadi sehingga persoalan kemajuan masyarakat yang sama pada hari ini sudah menjadi isu yang begitu menimbulkan kontroversi?

Ke manakah perginya semangat dinamis dan daya maju, yang tampaknya sudah diganti pula dengan sikap ketidakyakinan dan mentaliti terkepung?

Saban hari, polemik Melayu Pulau Pinang ini seringkali menjadi bahan tumpuan dalam akhbar-akhbar kebangsaan. Mengapakah begitu? Mungkin kerana Pulau Pinang merupakan satu-satunya negeri semenanjung yang menyaksikan Melayu masih lagi menjadi minoriti dari segi politik.

Walaupun dari segi demografi populasi Melayu kian meningkat, kebanyakannya masih muda dan berada dalam lingkungan umur bawah 20 tahun.

Pemilikan saham elit Melayu

Tetapi jika itu persoalannya, kenapakah isu ini tidak pernah diberi perhatian yang begitu serius dalam lima dekad sebelum ini? Tidak mungkin fenomena kemunduran masyarakat Melayu ini boleh terjadi dengan tiba-tiba.

Mereka yang memiliki akal sihat pasti sedar bahawa polemik ini merupakan angkara pihak-pihak tertentu yang bermotif politik kerana jelas masalah ini bukannya perkara baru tetapi sesuatu yang diwarisi daripada kerajaan terdahulu.

Sungguhpun begitu, tidak dinafikan bahawa masyarakat Melayu bukan sahaja di Pulau Pinang bahkan di serata negara masih lagi terkebelakang jika dibandingkan dengan masyarakat-masyarakat lain. Ini keadaan yang sangat mendukacitakan.

Setelah 55 tahun sebagai negara yang merdeka dan berdaulat, masyarakat Melayu yang merupakan majoriti negara ini masih lagi tercari-cari rentak untuk melangkah.

Dilema ini sungguh mencurigakan, bukan sahaja kerana negara kita telah diterajui selama 55 tahun oleh sebuah parti Melayu yang mendakwa menjuarai dan menjaga kepentingan bangsanya, tetapi juga apabila pelbagai dasar dan program telah dilaksanakan untuk meningkatkan taraf hidup dan ekonomi masyarakat Melayu.

Di Pulau Pinang misalnya, atas semangat Dasar Ekonomi Baru berbagai-bagai peruntukan disalurkan khususnya untuk pembangunan Melayu melalui badan-badan seperti Yayasan Bumiputera Pulau Pinang, Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) dan Koperasi Gabungan Negeri, selain bantuan dana kepada Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang dan kumpulan-kumpulan berkaitan.

Pada peringkat kebangsaan pula lebih banyak usaha telah dibuat, termasuk skim-skim seperti Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang sepatutnya membantu untuk meningkatkan pemilikan saham antara masyarakat Melayu-Bumiputera.

Berdasarkan perangkaan yang diberi oleh syarikat Permodalan Nasional Berhad yang menguruskan saham-saham ini, gambarannya memang memuaskan - secara purata, setiap pelabur mempunyai simpanan berjumlah RM8,000. Itu bukan jumlah kecil. Tetapi jika diteliti dengan lebih mendalam, purata simpanan itu menjadi hanya RM553 seorang jika 20 peratus pelabur tertinggi diambil keluar.

Maksudnya, purata simpanan bagi orang kebanyakan hanyalah sekitar RM500 seorang. Jadi, walaupun pada zahirnya pemilikan saham masyarakat Melayu telah bertambah, hakikatnya ia terhad kepada golongan kecil elit sementara golongan Melayu marhaen tidak dapat menikmati kekayaan tersebut.

Persekitaran berasaskan pencerahan

Bagi perangkaan pendapatan pula, seramai 40 peratus daripada isi rumah di negara kita mempunyai pendapatan hanya RM1,500 sebulan, seisi rumah. Tiga perempat daripada angka ini pula merupakan keluarga-keluarga Bumiputera. Jadi, hakikat keterbelakangan masyarakat Melayu ini adalah sesuatu yang benar dan tidak khusus kepada Pulau Pinang sahaja.

Akan tetapi, kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang tidak mahu sekadar menyalahkan kepimpinan lampau. Tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh rakyat Pulau Pinang harus diterjemahkan dalam bentuk dasar pembangunan yang adil dan seimbang.

Melalui tadbir urus yang berdasarkan prinsip Cekap, Akauntabel dan Telus (CAT), kerajaan negeri Pulau Pinang telah berjaya meningkatkan peruntukan untuk kebajikan anak-anak negeri ini tanpa mengira bangsa.

Pelbagai program sosial yang disasarkan kepada golongan yang memerlukan bantuan seperti warga emas, ibu tunggal, OKU, kanak-kanak sekolah dan sebagainya telah pun dilaksanakan.

Bahkan peruntukan untuk agama Islam meningkat dengan signifikan, daripada hanya RM12.5 juta pada tahun 2008 kepada RM64 juta sekarang. Banyak lagi program yang dibuat, termasuk peruntukan tahunan untuk Sekolah Agama Rakyat, elaun dan duit raya kepada guru Kafa dan sebagainya.

Dalam serba keterbatasan dan tempoh yang singkat, kerajaan negeri Pulau Pinang telah mencatat beberapa pencapaian yang tidak pernah disaksikan dalam tempoh lebih 50 tahun sebelum ini.

Namun begitu, saya ingin menegaskan bahawa kerajaan yang baik bukanlah kerajaan yang mewujudkan kebergantungan rakyat kepadanya tetapi kerajaan yang mampu membuka seluas-luasnya ruang dan peluang untuk setiap anggota masyarakatnya untuk memenuhi potensi diri.

Sepertimana tokoh-tokoh Melayu Pulau Pinang pada zaman lampau yang berjaya dalam suasana persaingan dan kebebasan kebudayaan, maka kita harus membentuk semula suasana persekitaran yang berasaskan semangat pencerahan dan daya maju.

Ini hanya akan tercapai sekiranya masyarakat Melayu sendiri dapat membebaskan diri daripada sikap ketidakyakinan dan mentaliti terkepung yang telah sekian lama mengongkong kemajuan kita.

Justeru, sebarang perdebatan dan perbincangan yang sihat demi membina semula tradisi keintelektualan dan penglibatan aktif masyarakat madani harus disokong.

Selasa, 11 September 2012

Video Rakaman Jelajah #MerdekaRakyat Rantau Negeri Sembilan 7 September 2012




Teguran Sultan Johor, Zahid perlu bertanggungjawab


KUALA LUMPUR: PAS memandang serius teguran Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar yang murka dengan pembekalan kelengkapan tidak bermutu kepada pasukan elit Kor Gerak Khas angkatan tentera.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Ustaz Idris Ahmad berkata, teguran itu perlu diambil tanggungjawab oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku Menteri Pertahanan negara ini.

"Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mesti bertanggungjawab, jangan pula pegawai yang dimangsakan pula di dalam kes ini.

"Teguran ini datang daripada seorang Sultan. Selama ini pihak pembangkang sudah kerap kali membuat teguran. Semua kritikan itu dibangkul sampahkan sahaja," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian mengulas titah Sultan Ismail Ibrahim yang murka ke atas pembekalan kelengkapan tidak bermutu kepada pasukan elit Kor Gerak Khas angkatan tentera.

Baginda turut mengingatkan pihak tertentu agar tidak membekalkan peralatan kurang bermutu tetapi meletakkan harga berlipat kali ganda.

Sultan Ibrahim Ismail juga bertitah, lebih baik jika baginda sendiri mengambil alih kontrak berkenaan sekiranya perkara itu berterusan.

Difahamkan perbezaan harga Rapid Intervention Vehicle (RIV) yang dianugerahkan oleh Tuanku Sultan Johor berharga RM150,000 berbanding RM690,000 yang dijual oleh pihak pembekal.

Mengulas lanjut Ustaz Idris berkata, tabiat buruk kerajaan BN bukan perkara baru, ia sudah menjadi darah daging di dalam pentadbiran.

Menurutnya, jika kita mengimbau kembali Laporan Audit Negara 2006, bagaimana Kementerian Pertahanan boleh membayar kepada kontraktor sebanyak RM943.46 juta (hampir 1 bilion) walaupun tanpa baucer.

"Ini satu misteri, sedangkan pegawai kerajaan yang mahu buat tuntutan perjalanan yang berharga RM100.00 tidak diluluskan jika tanpa resit rasmi.

Malah pelik tapi benar, negara pernah hilang enjin pesawat pemintas F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

"Jika enjin sebesar itu boleh hilang dijual ke luar negara bukan dijual di kedai besi buruk Sentul, maka sudah tentu wang negara yang lebih kecil senang hilang," tegasnya.

Isnin, 10 September 2012

Muhyiddin & lelaki Melayu terkaya didunia, Syed Mokhtar: Ia bermula dgn Stamford...

Kita semua sudah sedia maklum bahawa Muhyiddin Yassin merupakan rakan kongsi Syed Mokhtar Albukharey. Syed Mokhtar sekarang mengawal beberapa kompeni berikut:
MMC
DRB Hicom
Proton
Malakoff
Johor Port
Senai Airport
Port of Tanjong Pelepas
Bank Muamalat
Padiberas Nasional
CSR Sugar
Gardenia
MPH Bookstores
Penang Port
Sekarang dia mahukan…..
RTM
KTMB
Bank Islam
Melayu terkaya di dunia, (Syed Mokhtar Albukhary) telah menjadi begitu kaya kerana dia telah berusaha bersungguh-sungguh, menjadi kroni Muhyiddin dan mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad. Dia mendapatkan hampir semua asetnya dengan mudah. Ia semua bermula dengan Stamford Holdings.
Stamford & keuntungan 4,622%

Stamford Holdings Sdn Bhd merupakan syarikat perladangan yang berdaftar di Malaysia dibawah Akta Syarikat dan 90% daripada ekuitinya dimiliki oleh keluarga Seet dari Singapura, keluarga Gan dan Wang dari Malaysia.
Pada tahun 1994, Stamford memohon kepada kerajaan Johor kebenaran untuk memajukan sebuah kawasan estet industri di bahagian tanah miliknya berdekatan ibu negeri Johor Baharu. Walaupun demikian, tiada apa yang berlaku empat tahun selepas itu.
Pada tahun 1998, dua orang rakyat Malaysia dan mengatakan bahawa mereka adalah rakan niaga Ketua Menteri Johor (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dan mereka berkemungkinan besar dapat mempercepatkan kelulusan permohonan Stamford. Dua orang lelaki ini adalah Syed Mokhtar Albukhary and Datuk Yahya Taib. Pertemuan mereka diadakan di Singapura.
Salah satu syarat utama adalah Stamford mesti bergabung dengan mereka bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin diman Stamford akan mengekalkan saham sebanyak 70% dalam syarikat usahasama ini dan mereka bertiga akan menyalurkan RM1,800,000 (lebih kurang RM3,397.50 per ekar) ke dalam Kompeni usahasama itu untuk mengusahakan 1,766 ekar daripada 8,310 ekar jumlah keluasan tanahnya.
Pada lewat tahun 1989,Stamford bersetuju dengan tawaran itu dan keempat-empat parti menubuhkan sebuah syarikat usahasama, yang telah membuat permohonan baru kepada kerajaan negeri Johor bagi menukar tanah seluas 1,766 ekar yang asalnya adalah kawasan perladangan kepada kawasan perindustrian. Permohonan baru ini diluluskan dengan serta merta.
Apabila hartanah itu kemudiannya dijual pada tahun 1994, kumpulan Muhyiddin yang pada mulanya melaburkan RM1.8 juta telah naik kepada RM 83.2 juta (4622%)
Ambil alih

Pada tahun 1992 pula, Syed Mokhtar Albukhary dan Datuk Yahya Taib sekali lagi membuat pertemuan dengan pengarah Stamford dengan membuat tawaran untuk tanah lebihan yang berjumlah 6,544 ekar milik syarikat Stamford di Johor. Namun, syarat adalah berbeza kali ini. Mereka sanggup membayar RM30 000 untuk seeker kepada Stamford tetapi meminta 70% kelebihan dalam ekuiti.
Apabila Stamford meminta agar mereka mengekalkan syarat pegangan 70% dalam ekuiti dan kumpulan Albukhary- Taib- Yassin membayar RM 70 000 untuk per ekar untuk ekuiti sebanyak 30%, salah seorang daripada rakan Muhyiddin ini memberi amaran kepada pengarah Stamford bahawa dokumen pemilikan berada di atas meja MB dan boleh ditandatangai pada bila-bila masa sahaja. Stamford tidak bersetuju.
Beberapa hari kemudian, Muhyiddin memanggil Stamford semula dan memberitahu mereka, “Saya ada dokumen berkaitan di atas meja saya. Apa yang hanya saya perlu lakukan adalah menandatanganinya dan Stamford Holdings tidak akan lagi memiliki lagi 4000 ekar tanah lagi. Sekarang, adakah anda bersetuju untuk memajukan tanah dan saya mengambil 70%? Sekali lagi Stamford tidak bersetuju.
Minggu yang berikutnya, mereka menerima surat daripada kerajaan negeri Johor yang ditandatangani Muhyiddin yang memberitahu bahawa kerajaan sudah mengambil alih tanah itu.
Konspirasi

Pada bulan Julai 1994, kerajaan negeri Johor dengan rasminya memperolehi tanah itu bagi pihak Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Johor dibawah Akta Pengambilan Tanah.
Stamford Holdings melalui pengarahnya, Gan Tee Kian memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada bulan Februari 1995 dengan mendakwa bahawa Muhyiddin, Syed Mokhtar dan Yahya melanggar perjanjian dibawah Akta Pengambilan Tanah apabila memperolehi tanah melalui Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Johor dan menyaman ketiga-tiga mereka ini kerana bersubahat mendapatkan tanah melalui Akta Pengambilan Tanah.
Dalam saman itu, Stamford Holdings mendakwa mereka bertiga telah menyalahgunakan beberapa bahagian dalam akta itu untuk mendapatkan 6,600 ekar tanah melalui Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Johor melalui anak syarikatnya, Kelana Ventures Sdn Bhd.
Stamford Holdings juga menamakan kerajaan negeri Johor sebagai defendan dalam saman itu, mendakwa Muhyiddin dan dua lagi rakan niaganya bersubahat menggunakan kuasa kerajaan negeri untuk mendapatkan tanah itu. Stamford Holdings mahu mahkamah mengisytiharkan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Johor tidak mempunyai hak untuk menggunakan Akta Pengambilan Tanah untuk memiliki tanah itu.
Ia juga telah mendakwa bahawa syed Mokhtar dan Yahya telah berkonspirasi dengan Muhyiddin untuk mendapatkan tanah itu. Dalam saman itu, Stamford Holdings berusaha untuk mendapatkan deklarasi bahawa cara pemilikan tanah telah dibuat dengan niat jahat dan ia tidak sah.
Dua mingu kemudian, kes telah dipindah ke Mahkamah Tinggi Johor Baharu.
Semuanya tidak benar
Pada 24 Februari 1995, Pentadbiran Tanah Johor Baharu telah memberi pampasan sebanyak RM239,099,583.00 kepada Stamford ke atas hartanahnya. Ini bernilai RM36,670 per ekar.
Pada 15 April 1995, Mahkamah Tinggi Johor Bahru membatalkan saman Stamford Holdings dengan menyatakan bahawa syarikat itu tidak mempunyai alasan untuk mengambil tindakan ke atas 5 defendan itu. Peguam Stamford kemudian membawa kes itu ke Mahkamah Rayuan.
Pada 28 Disember 1995, Kelana Ventures Sdn Bhd memberi jumlah wang pampasan kepada Mahkamah Tinggi Johor.
Pada 14 Mac 1996, sejumlah RM10,585,894.90 telah didepositkan oleh Kelana Ventures kepada Mahkamah Tinggi johor sebagai tunggakan faedah. Seterusnya, apabila Stamford Holdings mencabar pampasan yang diberi Pentadbiran Tanah, pampasan itu telah dikaji semula oleh Mahkamah Tinggi Johor kepada RM63,565,982.20 menjadikan ia berjumlah RM313,251,460.10 (lebih kurang RM48,000 per ekar).
Pada 12 November 1996, lebihan jumlah RM63,565,982.20 juga didepositkan kepada Mahkamah Tinggi Johor Baharu oleh Kelana Ventures Sdn Bhd.
Pada masa kes ini didengar di Mahkamah Rayuan, Asiaweek telah membuat liputan yang komprehensif terhadap kes ini, dengan memetik semula setiap perkataan dalam perbualan telefon Muhyiddin kepada salah seorang pengarah Stamford. Ketua Menteri Johor pada masa itu telah menafikan semua dakwaan yang dilaporkan oleh Asiaweek dengan mengatakan,
“Tiada satupun kebenaran dalam dakwaan yang dibuat terhadap saya” tetapi gagal mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap majalah itu. Ini telah membuktikan dakwaan Asiaweek bahawa mereka mempunyai rakaman perbualan antara Muhyiddin dan Stamford Holdings menjadi penghalang untuk Muhyiddin untuk mengambil sebarang tindakan terhadap mereka.
Penyelesaian diluar mahkamah
Pada 11 Disember 1997, Mahkamah Rayuan telah membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Johor dan memerintahkan semua perbicaraan saman sivil itu diteruskan bergantung kepada rayuan oleh defendan.
Pada 10 Jun 1998, Mahkamah Persekutuan memberi kebenaran kepada defendan untuk menerbalikkan keputusan di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan dan mengarahkan juga sebarang perbicaraandi Mahkamah Tinggi Johor diberhentikan.
Tanpa meneruskan kes ini di Mahkamah Persekutuan, kesemua pihak bersetuju untuk membuat penyelesaian diluar mahkamah dan Perintah Kebenaran direkodkan di Mahkamah Tinggi Johor Baharu. Hakim Zainun Ali merekodkan perintah setelah peguam kepada syarikat serta defendan bersetuju untuk menyelesaikan perkara itu di kamar hakim dan kesemua pihak terlibat bersetuju terhadap jumlah terakhir iaitu RM 405 juta sebagai pampasan terhadap pemilikan hartanah oleh kerajaan negeri mengikut Akta Pemilikan Tanah (kira-kira RM 62 000 per ekar).
Hakim pada ketika itu mengarahkan Kelana Ventures untuk membayar perbezaan jumlah RM92,115,606.80 terus kepada Stamford Holdings tetapi membenarkan mereka tempoh 18 bulan untuk menyelesaikan pembayaran. Jumlah itu bukanlah sebagai ganti rugi tetapi pampasan terhadap mereka. Dia juga mengarahkan Kerajaan negeri dan juga/atau Pentadbir Tanah untuk menghalang Kelana Ventures untuk menduduki tanah dalam tempoh 3 bulan dari hari Perintah Kebenaran dicatatkan. Kawasan tanah freehold ini merupakan mukim Tebrau di Johor Baharu.
Tiada tindakan terhadap Syed Mokhtar, Yahya Taib mahupun Muhyiddin Yassin
Dalam pada itu, hakim juga memerintahkan Stamford Holdings untuk menyerahkan geran tanah kepada Kelana Ventures dalam masa dua bulan daripada Perintah Kebenaran dicatatkan dan membayar pampasan kepada pekerja yang diberhentikan akibat perpindahan milik tanah kepada Kelana Ventures.
Hakim juga mengarahkan kesemua saman sivil, rayuan dan yang lain tindakan yang lain oleh plaintif diselesaikan dan dihapuskan.
Tiada tindakan diambil keatas Syed Mokhtar Albukhary, Datuk Yahya Taib mahupun Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kemudiannya menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

TPM salahkan Anwar bila lihat anak pompuan dia berpelok dengan jantan bukan mahram.

Anak Muhyiddin terpengaruh dengan pembangkang?

SEMALAM Muhyiddin Yasin Timbalan Perdana Menteri tanpa rasa bersalah melontarkan fitnah kononnya pembangkang (Pakatan Rakyat) menyarankan rakyat agar menyokong seks bebas rujuk sini [seks bebas].

Beliau nampaknya cuba menyalahkan pembangkang apabila anak perempuannya sendiri mengamalkan pergaulan bebas.

Anak perempuan beliau yang terkenal sebagai penyanyi yang sihat dan seksi tanpa rasa segan silu bergambar sambil berpelukan dengan lelaki bukan mahram disiarkan di facebook untuk tatapan ramai.

Bak kata pepatah "Menari tak pandai, salahkan tanah tak rata" sendiri yang jaga dasar negara, Muhyiddin tuduh pula pembangkang penyebab anaknya berkelakuan seperti mat saleh.

Pakatan rakyat sibuk dengan kempen turunkan harga kereta, pendidikan percuma, hapuskan tol dan sebagainya untuk kesenangan rakyat namun Umno sibuk dengan propaganda memperbodohkan kambeng.

""


Ini semua salah Anwar Ibrahim kah kah kah...

Kalau Dr M sokong Najib....

Cebisan fakta yang saya tulis tentang UMNO sejak dua hari yang lepas, susah untuk UMNO memahaminya. Dalam UMNO hanya seorang sahaja ahli yang bekerja keras, iaitu Najib, Presidennya sekarang. Penjelajahan Najib ke seluruh negara telah membelanjakan wang rakyat ratusan juta ringgit. Di sini UMNO juga terlupa yang rakyat sedang memerhatikan tindakan pimpinan UMNO dalam usaha mendapatkan mandat dalam PRU kali ini. Akhir-akhir ini Dr Mahthir sahaja yang keluar untuk menyokong Najib habis-habisan. Seorang sahabat saya berseloroh, “sokongan Mahathir itu ada makna tu!”
Dalam dua posting saya yang terdahulu, saya telah melepaskan apa yang ada tersimpan di dalam jiwa saya dan orang-orang yang sama pemikiran seperti saya memahaminya. Seperti biasa orang-orang UMNO tidak akan faham sampai bila-bila.
Dalam keadaan yang tidak menentu UMNO sendiri tidak dapat meyakinkan partinya sendiri yang mereka akan berjaya mengekalkan kuasa di Putrajaya. Dr Mahathir kali ini bekerja keras untuk mempertahankan UMNO, parti yang beliau tubuhkan dan juga parti yang beliau sendiri mengakui sebagai sebuah pertubuhan yang telah busuk sampai ke ususnya.
Hasil dari warisan pimpinan UMNO yang begitu lemah oleh Mahathir, rakyat tidak lagi memberikan penghormatan yang tinggi kepada parti itu lagi. Di sinilah kegagalan Mahathir kerana semasa beliau berkuasa beliau tidak pernah memikirkan nasib masa depan UMNO itu sendiri. Beliau terlalu tertumpu untuk menguatkan kekuatan peribadi beliau dan mengorbankan masa depan partinya. Beliau sendiri tidak dapat menerima kenyataan yang pimpinan negara mesti dibentuk dan dibina.
Justeru apabila beliau meletakkan jawatan maka yang ada di keliling beliau hanyalah kumpulan pemimpin yang tidak sepatutnya menjadi pemimpin. Terlalu ‘engrossed’ untuk memperkuatkan kekuatan peribadi beliau maka partinya secara tidak disedari telah menghadapi ‘vacuum’ kepimpinan yang serius. Maka Pak Lah lah yang beliau lantik untuk menggantikan beliau berdasarkan kepada kenyataan yang Pak Lah merupakan Naib Presiden yang tertinggi semasa itu.
Semalam Mahathir mengaku kesilapan kerana memilih Pak Lah sebagai pengganti beliau. Kalau kita hendak tuai apa yang terbit, kata-kata Mahathir ada kebenarannya. Pak Lah kepada beliau merupakan pilihan yang salah. Mahathir sedang mengalih dan menganjakkan semua kesalahan beliau kepada Pak Lah. Mentang-mentanglah Pak Lah tidak menjawab kerana beliau tidak mahu lagi menyibuk setelah beliau bersara.
Kalau Mahathir tidak melantik Pak Lah semasa beliau bersara siapa pula yang sepatutnya mengambil alih beliau? Kalaulah beliau memilih Najib semasa itu, ramai merasakan yang keadaan sekarang akan lebih teruk dari sekarang. Jadi kenyataan Mahathir yang beliau melakukan kesalahan kerana memilih Pak Lah untuk menggantikan beliau itu amat ‘personal’ dan nampak sangat dendam kesumat beliau terhadap penggantinya itu.
Mahathir tidak menyedari selembut-lembut Pak Lah, beliau adalah seorang yang degil dan sangkaan Mahathir yang Pak Lah akan membenarkan beliau (Mahathir) masuk campur dalam pentadbirannya adalah salah. Mahathir tidak mengenali Pak Lah dengan sebenarnya. Walaupun Pak Lah itu seorang yang lembut, tetapi lembut beliau bukan untuk disudu. Kalau Pak Lah itu keras orangnya, keras beliau itu bukan untuk ditakek. Oleh kerana Pak Lah tidak membenarkan Mahathir untuk menyudu atau menakek beliau (Pak Lah), maka Mahathir kecewa dan mula membidas Pak Lah ‘without mercy’. Kalaulah Pak Lah membenarkan Mahathir masuk campur seperti Najib sekarang ini Mahathir tidak akan mengkritik Pak Lah sedemikian rupa.
Menyalahkan Pak Lah seratus peratus adalah tidak rasional untuk Mahathir melakukannya. Kecelaruan negara kita bukan dimulakan oleh Pak Lah. Ia bermula dari Mahathir lagi. Pengakuan Mahathir yang beliau selalu salah memilih penggantinya itu adalah benar. Musa adalah lantikan beliau, Ghaffar Baba pun lantikan beliau. Selepas Ghaffar, Anwar Ibrahim pula dan selepas Anwar, Pak Lah. Semua lantikan beliau akhirnya tidak bersesuaian dengan beliau (Mahathir). Kalau beliau tidak suai dengan semua pihak, maka Mahathir mesti melakukan introspeksi dirinya sendiri.
Sesungguhnya yang membuatkan beliau tidak bersesuaian dengan semua timbalan atau pengganti beliau itu sudah cukup membuktikan Mahathir memang tidak boleh bersesuaian dengan semua orang terutamanya mereka yang mempunyai pengaruh yang Mahathir takuti. Itu sahaja yang boleh membuktikan kenyataan ini.
Sekarang timbul satu persoalan lagi terhadap Mahathir. Jika semua orang yang disokongnya akhirnya terbukti yang itu merupakan kesilapan Mahathir memilihnya, apa pula alasan untuk kita yakini yang pilihan beliau untuk menyokong Najib untuk terus menjadi pemimpin nombor satu negara itu adalah tindakan yang tepat untuk beliau.
Bagi saya, jika lantikan beliau dahulu tidak seorang pun yang bersesuaian untuk negara, saya juga menjangka yang suatu hari Mahathir akan bertelagah dengan Najib. Mahathir akan bergaduh dengan Najib seperti beliau bergaduh dengan Pak Lah jika Najib tidak memberikan keistimewaan terhadap anakandanya yang bernama Mukhriz untuk menjadi pemimpin negara di masa depan.
Tindakan Mahathir semuanya bersandarkan kepada politik peribadi dan keluarga beliau. Itulah sebabnya rakyat tidak mahu memberikan sokongan kepada Mahathir kerana rakyat sudah berfikir dan mereka tidak mahu lagi dilaga-lagakan oleh Mahathir kerana Mahathir hanya bertindak untuk kepentingan beliau dan keluarga beliau sahaja.
Tindakan Mahathir dengan sukarela melakukan kerja-kerja yang dipertanggungjawabkan kepada penyelia kemas atau pegawai penerangan khas jabatan penerangan memang tidak ada siapa yang mengagaknya akan berlaku. Kita memilih untuk menyakinkan diri kita yang Mahathir akan menjadi seorang negarawan besar negara, tetapi tindakan beliau sekarang telah menjatuhkan martabat beliau ke tahap penolong kepada Ahmad Maslan sahaja.
Pendeknya kita memang sudah bersetuju kepada satu formula baru dalam memilih seseorang pemimpin. Formulanya senang sahaja. Formulanya ialah, kita jangan menyokong sesiapa yang disokong oleh Mahathir, kerana sesiapa yang disokong oleh Mahathir suatu hari nanti akan menjadi pemimpin yang lemah dan kurang kegunaan dan faedah untuk negara.
Seperti yang kita dengar akhir-akhir ini Mahathir sedang menyokong Najib dan kumpulannya. Apabila itu pilihan Mahathir maka benarlah tindakan ramai rakyat menolak pilihan Mahathir kerana tidak seorang pun yang disokong oleh Mahathir itu tidak menghadapi masalah. Baik Musa, Ghaffar, Anwar dan Abdullah Badawi semuanya bermasalah.
Kalau kita ikut kehendak Dr Mahathir untuk menyokong Najib, ia bermakna kita menyokong calon yang salah seperti yang terbukti dengan pewaris-pewaris kepimpinan Dr M yang lalu. Ini merupakan satu kebenaran dan Mahathir sendiri mengakuinya semalam.