NOH, MAT ZIN: HENTIKAN PUBLISITI POLITIK MURAHAN TAHAP LELONG!
Susulan
dari dakwaan beberapa pihak tertentu berhubung program terbaru kerajaan
negeri bertajuk Di Ambang Merdeka, berikut adalah kenyataan KEADILAN
Selangor dalam perkara yang cuba dijadikan isu politik murahan oleh UMNO
dan BN Selangor.
WALAUPUN Hari Raya aidiladha masih jauh
berbulan lagi, namun kita pada hari ini dapat melihat kelibat 'kerbau'
yang bakal disembelih pada Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13U) sedang
menggelupur, meraung dan mengerang walaupun pisau masih belum lagi
melekat di halkum.
Tabiat mencari walau seinci alasan untuk kekal
relevan oleh UMNO Selangor di ketuai oleh YB. Dato' Sri Noh Omar dan
'ayam sabung lama' YB. Ir Dato' Sri Mat Zin ini amatlah menyedihkan.
Bahkah adakala menjadi begitu memualkan. Lebih mendukacitakan lagi ialah
apabila Istana yang menjadi tonggak payung kesepakatan dan kesatuan
rakyat Selangor masih 'cuba diheret' ke kancah politik kepartian,
ditanam perasaan kebencian dan selanjutnya memecahkan ukhwah yang sedia
terjalin walaupun penggal kuasa sudah memasuki tahun ke 5.
Adalah
menjadi amalan biasa sesuatu acara besar peringkat negeri diadakan,
Dato' Menteri Besar melalui mesyuarat Exco, sebelum bermulanya sambutan
acara tersebut, telah pun mengamanahkan tugasan persiapan majlis kepada
pegawai kerajaan nombor satu iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri. Beliau
dipertanggungjawabkan untuk segala persiapan, jemputan dan prasarana
yang difikirkan perlu dan berbelanja secara berhemah.
Jawatankuasa
ini telah menjalankan amanahnya dengan baik, berpandukan amalan sebelum
ini sebagai contoh dan menjadikannya suatu majlis yang meriah dan
mendapat pujian dan sanjungan daripada pelbagai pihak.
Sememangnya
pihak yang sentiasa tidak akan puas hati ialah UMNO BN. Kemungkinan
sambutan luar biasa itu menjadi sebab kurang senang mereka yang selama
ini lena diulit dan dibuai oleh sang pengampu hingga disedarkan
padatahun 2008 lalu.
Menerusi rekod bertulis, DYMM Sultan
Selangor tidak hadir semua dalam sambutan dan acara kemerdekaan sebelum
ini walaupun dibawah pentadbiran Kerajaan BN. Umum mengetahui bahawa
DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong sendiri tidak dijemput ke
sambutan kemerdekaan di Stadium Bukit Jalil. Tetapi Pakatan Rakyat tidak
menyerang Barisan Nasional seperti mana UMNO BN Selangor mencari
publisiti murahan dengan memcuba berulang kali 'mengaitkan kemurkaan
Istana'.
Melihat kepada tema politik 'Janji Ditepati' dan kerusi
kerusi telah yang lebih awal lagi diasingkan untuk UMNO, MCA, MIC dan
Gerakan dan kumpulan lain, maka apakah jenis sambutan kemerdekaan
Kerajaan Persekutuan, dengan meminjam kata-kata 'Menteri Sewa Tanah' Noh
Omar, yang menuduh Dato' Menteri Besar Selangor 'tidak tahu adat,
budaya dan protokol'?
Apakah Kerajaan Persekutuan juga gagal
memahami 'protokol, budaya dan tidak tahu adat' dalam membezakan 'antara
majlis rasmi dan majlis politik'? Nah, silakan menjawap pula soalan
ini!
Apakah kegagalan rejim Najib Razak menjemput DYMM YDPA
dikira juga sebagai 'penghinaan kepada YDPA?' yang jelas kedudukan YDPA
lebih tinggi statusnya daripada mana mana Sultan dalam negara ini.
Jika
benar pandai sungguh UMNO BN dengan protokol, budaya dan adat kenapa
jamuan raya UMNO BN Selangor di Rubber Research Institute (RRI) Sg Buloh
'dikudakan' di atas bahu Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) yang
dibawah Jabatan Perdana Menteri?
Noh dan Mat Zin wajar menjawap
tuduhan dan dakwaan bahawa mereka memaksa Dato' Ghani Selaku Pengarah
JPP atau ICU Selangor serta 'dicucuk hidung' supaya 'melepaskan' RM2
juta untuk hanya jamuan raya politik UMNO BN yang turut melibatkan
kehadiran Pengerusi UMNO Selangor, Najib Razak! Ini jamuan raya UMNO BN
Selangor atau ICU, Jabatan Perdana Menteri? KEADILAN Selangor mengesa
agar pihak ICU memberi penjelasan segera kerana difahamkan bajet telah
dikeluarkan oleh mereka dan penggunaan wang rakyat sudah berlaku.
KEADILAN
Selangor ingin bertanya, kenapa Noh Omar dan Mat Zin 'bijak sungguh
berbelanja' program Kerajaan yang dikendalikan oleh agensi Jabatan
Perdana Menteri dengan setiap Dun diperuntukkan bajet RM25 sekepala
dikalikan dengan 1000 orang dari setiap Dun bermaksud setiap Dun
berbelanja sekitar RM25000 hanya untuk makan?
Persoalan kedua
ialah, duit siapa yang digunapakai untuk program yang sepatutnya adalah
program rasmi jabatan kerajaan tetapi menjadi program politik UMNO BN
ini? Duit JPP @ ICU atau duit Pengarah, Dato Ghani atau duit UMNO BN?
Atau ia adalah duit Noh Omar dan duit Dato Ir Mat Zin? KEADILAN Selangor
yakin Noh Omar pasti mampu berbelanja jika perlu kerana kolam udangnya
semakin bertambah besar.
Pastinya wang ini adalah duit rakyat yang
berada di ICU! Jangan lupa Noh dan Mat Zin, rekod perbelanjaan majlis
raya UMNO Selangor ada di tangan KEADILAN Selangor. Perbelanjaan khemah
saja mencecah setengah juta ringgit. Perbelanjaan juadah 56 Dun
disediakan dengan setiap Dun disasar membawa 1000 orang. Setiap anak
muda dari NGO 'haram jadah' diberi RM50 seorang dan dikurung dalam pagar
sehingga Najib tiba supaya semasa perasmian nampak ramai. KEADILAN
Selangor mencabar UMNO menafikan penggunaan wang rakyat ini bukan bagi
tujuan politik UMNO BN. Jika tiada penafian dalam seminggu, maka sah
lah, UMNO BN adalah parti 'telunjuk lurus kelingking bersalut najis'
yang wajar dikuburkan pada PRU13 akan datang. Inilah parti 'mengata
dulang paku serpih' yang wajib dibuang dari Selangor.
Umum
mengetahui sikap dwi-standard UMNO BN dalam perjuangan sia sia mereka
mencari tempat untuk kembali memerintah negeri Selangor.
Umum juga
mengetahui usaha mereka untuk memperbesarkan sekelumit kuman diseberang
laut demi menunjukkan kepada Najib Razak bahawa mereka 'menjalankan
kerja' dan Selangor 'bisa ditawan' tetapi gajah dibawah lebih 35 khemah
di halaman RRI buat buat rabun pula matanya seolah olah tidak nampak
langsung silapnya. Penggunaan duit rakyat yang dibawah agensi kerajaan
seperti menggunakan wang sendiri oleh UMNO BN adalah perbuatan keji.
'One swallow does not a summer make'
Namun
hakikatnya mereka hanya memberikan asap kelabu untuk mengaburkan
pimpinan utama UMNO. Mereka sedar bahawa Selangor akan kekal ditangan
Pakatan Rakyat dan usaha insignifikan ini hanyalah sekadar bungaan dan
menyembunyikan hakikat sebenar.
Jemputan Dato' Seri Anwar Ibrahim
hanyalah sebagai pemidato dan penceramah utama. Ribuan rakyat Selangor
mengetahui bagaimana pada awal tahun 2012, Ustaz Azhar Idrus bersama
beberapa artis menjadi penceramah jemputan untuk menghiasi suasana malam
tahun baru. Rakyat seronok mendengar ceramah keagamaan beliau yang
diselang-selikan lawak jenaka dan disertai golongan artis tua dan muda.
Mengapa pula kedatangan Ustaz Azhar Idrus sebagai penceramah jemputan
tidak dikira sebagai menghina Istana?
Hakikatnya jika mahu
dijadikan isu, daki di dinding bangunan boleh diperbesarkan TV3 dan
dijadikan masalah yang bisa menggugat 'ketenteraman persekutuan'.
Penggunaan
publisiti murahan oleh Noh Omar, Mat Zin dan UMNO Selangor bukannya
perkara baru; baja cap dacing, racun cap dacing, gula tapung 1Malaysia,
keropok sehingga menggunakan agensi lobi zionis haram untuk setakat
berjumpa Presiden Amerika Syarikat (ini boleh dikatakan publisiti
mahalan!) amat sinonim dengan UMNO BN. Lebih banyak isu remeh yang
ditimbulkan, dan seterusnya dipatahkan oleh hujah oleh Kerajaan PR
Negeri Selangor (sepertimana dakwaan anak pelakon lucah terkenal MCA
berkaitan tanah TALAM), akan berbalik dan memalit diri mereka sendiri.
KEADILAN
Selangor menasihatkan UMNO BN agar kurang menyerang tanpa hujah dan
fakta. Kerana jika 'backfire' itu terlalu banyak, terlalu amatlah mudah
bagi PR mengekalkan kuasa tanpa perlu berbuat apa-apa.
Kepada Noh
Omar dan Mat Zin, boleh saja jika mahu mencari publisiti, tapi pilihlah
agar ia bukan publisiti murahan yg bertaraf; tahap lelong! Jagalah
status Menteri dan Bekas Menteri yang sepatutnya 'ada kelas'!
SHUHAIMI HAJI SHAFIEI
Adun Sri Muda /
Ketua Penerangan KEADILAN Selangor /
Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Adun Sri Muda /
Ketua Penerangan KEADILAN Selangor /
Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan