Jumaat, 4 Mac 2011

Masih nak beri mandat semata2 kerana budi lama BN

Projek yang terlalu raksaksa seperti MRT hanya dirasakan nikmatnya oleh GAMUDA-MMC dan hanya beberapa syarikat yang lain seperti Ekovest yang merasakan kepentingan di dalam ETP itu.

Di belakang syarikat-syarikat ini kedapatan nama-nama keluarga yang ternama yang bergelar, sedang rakyat yang ramai tidak merasakan apa-apa nikmat darinya. Rakyat ramai sebaliknya dibebankan dengan kos sara hidup yang tinggi dan penarikan kembali subsidi-subsidi yang mereka nikmati selama ini.

Wajarkah BN terus diberi mandat semata-mata kerana budi lama?

Sejak beberapa hari yang lepas saya telah melayari banyak tulisan dalam blog-blog yang saya jarang melayarinya. Saya telah banyak membaca pandangan-pandangan politik yang berbeza diantara satu dengan yang lain dan itu merupakan lumrah di dalam sebuah negara demokrasi seperti di negara kita. Kalau hendak diulas kesemuanya agak mustahil kerana ruang dan masa yang terhad untuk saya melakukannya. Tetapi saya sangat tertarik dengan tuduh menuduh di antara satu pihak dengan pihak yang lain.

Penyertaan Zairil Khir Johari ke pari DAP di ulas oleh beberapa penulis yang dikenali ramai dan menganggap Zairil seolah-olah tidak patriotik dan tidak setia kepada negara. Anak muda ini dicemuh dan dianggap tidak mempunyai semangat Melayu dan berbagai-bagai lagi panggilan terhadapnya.

Saya berdiri bukan untuk membela Zairil tetapi semata-mata untuk kita perbetulkan definasi-definasi tentang kesetiaan kepada negara dan bangsa yang kini dipandang dari sudut yang sempit dan tidak membawa faedah kepada diri masing-masing mau pun kepada negara.

Pada pandangan saya seorang yang setia dan patrriotik kepada negara dan bangsanya ialah orang yang tidak melakukan perkara-perkara yang boleh merosakan negara dan rakyatnya. Pandangan ini juga boleh kita lebarkan kepada badan-badan siasah dan apa-apa organisasi yang sepatutnya memberikan perlindungan kepada elemen keluhuran dan kebersihan kepada kerajaan serta negara lebih-lebih lagi melindungi maruah dan harta benda kepunyaan rakyat.

Pertamanya kalaulah benar kita mengambil initiatif yang kuat untuk menjadikan sistem demokrasi sebagai sistem yang kita yakini, maka yang paling utama kita perlu terima ialah setiap pertubuhan politik yang terdaftar dengan pendaftar pertubuhan itu adalah halal. Apabila pertubuhan politik itu diterima oleh negara ianya memberi makna yang pertubuhan itu boleh bergerak tanpa ada elemen-elemen yang merbahayakan negara.

Parti Komunis Malaya (PKM) merupakan satu-satunya pertubuhan politik yang diharamkan oleh kerajaan kerana parti itu telah mengangkat senjata untuk berkuasa di negara ini. Selain dari itu pertubuhan politik yang ada sekarang adalah pertubuhan politik yang di halalkan dan boleh bergerak mengikut undang-undang yang digubal dan ianya termasuklah DAP, UMNO, MIC, MCA dan yang lain-lain.

Sejak mencapai kemerdekaan UMNO yang mengetuai ‘coalition’ PERKATAN dan kemudiannya Barisan Nasional (BN) dengan jumlah parti yang bertambah di dalamnya telah mendapat mandat untuk mentadbir negara dan rakyat. Lima dekad pentadbiran BN telah membawa negara ke arah kemajuan dan pembangunan negara dengan pemikiran rakyat.

Tetapi apa yang terjadi sekarang ialah kelalaian kita sebagai pihak yang memerintah tidak mampu untuk berfikir dan berubah mengikut peredaran zaman dan masanya. Pimpinan kita sekarang merasakan bahawa negara ini adalah kepunyaan parti kita bukannya rakyat, maka apa-apa juga yang dilakukan oleh pihak yang lain untuk membetulkannya dianggap sebagai satu kesalahan besar dan dianggap berhak untuk dihina dan dinesta.

Kita mesti menerima hakikat yang perasuah itulah sebenarnya penderhaka kepada negara. Perasuah itu merupakan mereka yang telah memerah keringat rakyat dan negara maka merekalah sebenarnya yang penderhaka. Pemimpin yang menyalah gunakan kuasa itulah sebenarnya penderhaka yang terbesar kepada negara. Menteri-Menteri Besar yang mengaut keuntungan peribadi itulah sesungguhnya penderhaka kepada rakyat dan negara.

Ketua-ketua Menteri yang berkuasa dengan sepernuhnya yang telah menarah dan memperkosa tanah dan hutan rimba untuk kekayaan yang tidak ternilai banyaknya itulah penderhaka kepada rakyat.

Kita masih berfikir di takok lama dan telah sebati anggappan yang negara ini adalah hak kepimpinan kita sahaja dan jika ada usaha pihak parti lain untuk mendapatkan mandat pengundi itu adalah satu kesalahan. Budaya dan pemikiran seperti ini telah tertanam sehinggakan ‘bercakap benar itu adalah dicegah’ dan ‘berkata benar itu adalah penderhaka’ semata-mata untuk meneruskan kuasa.

Kekurangan yang nyata yang ada kepada kita ialah budaya melakukan introspeksi terhadap kita sendiri. Kita tidak berkemampuan untuk melihat kesalahan dan kesilapan kita secara objektif. Apabila kita tidak melakukan introspeksi ini maka kita akan dipandang sebagai pihak yang statik dan tidak ‘abreast’ tentang perubahan yang diingini oleh rakyat mengikut masa dan waktunya.

Sebagai parti pemerintah pemimpin UMNO dan BN yang telah diberi mandat selama lebih dari lima dekad mesti memahami dan tahu sebab yang menyebabkan sebahagian dari rakyat menolak kita dari terus menuduh anak-anak muda seperti Zairil dan yang lain-lain membelakangkan UMNO dan BN. Isu ini telah terlalu banyak kali diulas tetapi pemimpin kita masih belum faham lagi sebab yang sebenarnya mereka kenapa mereka menjauhi parti yang dikatakan telah berjasa begitu besar kepada rakyat dan negara.

Muammar Gadaffi merupakan akitek pembangunan Libya. Libya telah menjadi negaranya ‘vibrant’ dari segi ekonomi dibawah pimpinannya. Libya telah keluar dari kelompok negara mundur dan ramai teknokrat-teknokrat dari barat telah tiba di Libya untuk tujuan perniagaan dan melakukan kerja professional sejak hampir dua dekad lalu.

Tetapi rakyatnya tetap memberontak terhadap beliau dan meminta beliau turun dari kuasa dan ada yang ingin melihat beliau meninggalkan negara Libya secepat yang mungkin. Apa kah rakyat Libya tidak berterima kasih kepada Gadaffi? Apa kah rakyat Libya terpaksa memberi sokongan kepada beliau secara berteruan semata-mata kerana jasa beliau membangunkan negara Libya itu?

Rakyat menolak Gadafi kerana sikapnya yang tamak haloba dan memperkosa kekayaan negara melalui kroni-kroni beliau di dalam dan luar negara. Jasa beliau banyak kepada Libya tetapi beliau tida terlepas dari hukuman dari rakyat kerana tidak amanah. Sekarang semua harta beliau diluar negara telah dibekukan oleh kerajaan-kerajaan negara di mana beliau menyimpannya.

Persoalan ini perlu kita beri jawapan secara betul kerana tendensi pemimpin kita mengungkit apa yang telah BN lakukan itu mesti dibalas dengan sokongan yang berterusan dan melupakan apa-apa kesalahan yang besar terhadap negara dan rakyat semasa membangunkan negara. Kerana BN telah membangunkan negara pemimpin-pemimpin kita mengkit-ngungkit apa yang telah dibangunkan oleh mereka. Mereka berfikir seolah-olah wang dan dana membangunkan negara itu adalah duit rakyat termasuk cukai-cukai yang dikutip dari individu-individu termasuk ahli-ahli PAS dan DAP.

Mereka lupa mereka melakukan pembangunan telah dibayar dengan gaji serta kemudahan (perks) yang begitu besar dan hidup bermewah-mewahan yang tiada batasnya. Rakyat memerhatikan gelagat mereka dengan rapi dan mereka tahu mereka bermewah-mewahan dengan wang rakyat.

Di negara kita rakyat di mana-mana pun masih bercakap tentang apa ‘relevance’nya ETP yang dilancarkan oleh kerajaan baru-baru ini. Mereka beranggapan yang projek ETP tidak dirasakan oleh rakyat secara menyeluruh kerana mereka beranggapan yang hanya segelintir dari rakyat yang merasakan nikmatnya.

Setakat ini projek yang terlalu raksaksa seperti MRT hanya dirasakan nikmatnya oleh GAMUDA-MMC dan hanya beberapa syarikat yang lain seperti Ekovest yang merasakan kepentingan di dalam ETP itu. Di belakang syarikat-syarikat ini kedapatan nama-nama keluarga yang ternama yang bergelar, sedang rakyat yang ramai tidak merasakan apa-apa nikmat darinya. Rakyat ramai sebaliknya dibebankan dengan kos sara hidup yang tinggi dan penarikan kembali subsidi-subsidi yang mereka nikmati selama ini.

Rakyat bukannya menolak tidakan kerajaan menarik balek subsidi-sibsidi tersebut tetapi mereka kesal pengorbanan mereka diberikan faedahnya kepada mereka-mereka yang dari keluarga ternama dan bergelar tadi yang mempunyai pengaruh di kalangan pucuk pimpinan negara. Teguran ini telah dibuat acap kali tetapi tidak ada reaksi yang menggalakkan dari pimpinan negara dan kerajaan. Samada mereka tidak memahami apa yang diperlukan oleh rakyat atau pun sengaja tidak mahu mengambil peduli tentang keresahan yang dialami oleh orang ramai.

Apabila DAP atau PAS telah menunjukan kemampuan mentadbir beberapa buah kerajaan negeri dengan lebih baik dari apa yang rakyat di negeri-negeri tersebut alami maka rakyat mendapat bukti bahawa tuduhan oleh pihak kita yang parti lain tidak mampu mentadbir merupakan hanya tuduhan yang disandarkan kepada tuduhan politik semata-mata.

Jika kerajaan-kerajaan tempatan di Pulau Pinang telah menunjukan kemampuan untuk menunjukan akaun yang ‘surplus’ sejak DAP memerintah negeri itu anak-anak muda mula bertanya; bukankah itu yang rakyat mahukan? Salahkah jika rakyat dibuktikan bahawa semua kerugian dan defisit yang dialami oleh kerajaan-kerajaan tempatan P Pinang semasa GERAKKAN, UMNO dan MCA mentadbir negeri itu dahulu adalah disebabkan ketirisan yang berlarutan?

Betul kah tindakan kita meminta rakyat P Pinang untuk membalas budi kita kerana membangunkan negeri itu dahulu, walaupun BN tidak lagi bersih seperti dahulu? Takkanlah kerana jasa lama kita mahukan rakyat terus memberikan kuasa walaupun pemimpin-pemimpin BN di negeri itu telah melakukan salahguna kuasa yang tidak berhenti-henti.Kalau seorang ayah telah termakan budi seseorang, takkanlah si ayah akan membiarkan orang yang berbudi kepadanya sewenang-wenangnya memperkosa anak isterinya semata-mata untuk membalas budi.

Bukakah negeri ini adalah negeri kepunyaan rakyat? Mereka berhak untuk menggantikan pentadbiran yang tidak telus walaupun sudah banyak berjasa. Kejatuhan BN di Pulau Pinang adalah disebabkan kelemahan pemimpinnya. Oleh itu jika BN bercita-cita untuk mengambil alih balek sokongan rakyat siapakah pemimpin yang BN hendak tomjolkan untuk meneraju kepimpinan P Pinang?

Jika kita masih mengharapkan pemimpin yang telah ditolak semasa pilihanraya yang lalu, bagaimana rakyat hendak menyokongnya kerana rakyat menolak BN kerana ketidak jujuran mereka?

Sebenarnya inilah dilema yang dihadapi oleh BN di semua negeri yang ditadbir oleh PR sekarang. Keadaan yang sama berlaku di Selangor dan yang lain-lain.

Masakan rakyat mahu percaya kepada mereka yang sudah ditolak? Di Selangor, Kedah P Pinang, Perak dan Wilayah Persekutuan BN sebenarnya sedang menghadapi dilema untuk memilih pemimpin yang berwibawa untuk menandingi pemimpin-pemimpin yang ditonjolkan oleh PR khususnya DAP dan PAS.

Selagi BN tidak dapat mencari ganti kepada pimpinan yang pernah ditolak rakyat untuk mengambil alih dari kerajaan PR maka ianya akan ‘crash even before taking off’ kerana rakyat mahukan kepimpinan yang berimej baru yang bersih.

Tidak usahlah mengharapkan ralyat untuk menerima program-program pembangunan yang besar-besar jika manusia yang memimpinnya tidak ada kredibiliti yang secukupnya untuk mentadbir kerajaan.

Kepada yang sudah ditolak oleh rakyat itu berhentilah secara ‘voluntary’ dan duduklah minum kopi dengan saya di kedai-kedai mamak yang ada sedikit kebersihan di premis-premis perniagaan mereka.

Khamis, 3 Mac 2011

1Malaysia = 1Israel ... KE-BE-TU-LAN kata DSAI

MERLIMAU: Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat kejutan kepada pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau apabila mendedahkan salinan dokumen perjanjian antara Apco Worldwide dan kerajaan Israel yang ditandatangani pada 1991 – bukti pertalian erat kedua-dua pihak.

Ketua Umum KEADILAN itu turut membaca satu perenggan sebelum menyerahkan kepada jurugambar media tempatan yang berebut-rebut mahu merakam dokumen berkenaan.

“Tarikh dokumen ini bila? Tahun 1991. Apa berlaku pada 1999? Ehud Barrack (Perdana Menteri Israel) anjur kempen One Israel. Pada 2009 pula, (Datuk Seri) Najib (Razak) memperkenal Satu Malaysia.

“Pada 1999 juga, Ehud kemuka slogan ‘People First’, Najib pula ‘Rakyat Didahulukan’. Kemudian, Ehud buat klinik untuk rakyat Israel. Najib buat apa? Klinik Satu Malaysia.

“Ke-be-tu-lan,” sindir Anwar dengan disambut sorakan kira-kira 3,000 hadiri yang memenuhi lokasi ceramah di Merlimau Pasir di sini, malam tadi.

Anwar pada Disember tahun lalu digantung dari menghadiri sidang Parlimen selama enam bulan selepas mendedahkan persamaan slogan One Israel dan Satu Malaysia dengan mengaitkan peranan Apco, tanpa diberi peluang membela diri.

Turut digantung ialah Mohamed Azmin Ali (KEADILAN-Gombak), R Sivarasa (KEADILAN- Subang), dan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor).

Kerajaan Malaysia sebelum ini, walaupun menafikan slogan Satu Malaysia hasil ilham Apco, mengaku membayar RM70 juta kepada firma perunding antarabangsa yang didalangi pemimpin Israel-Zionis itu.

Antara pegawai kanan Apco ialah bekas Duta Israel ke Jerman, Shimon Stein yang berkhidmat dalam kerajaan Israel dan berperanan penting dalam pentadbiran dua bekas Presiden Amerika, Bill Clinton dan Jimmy Carter, selain menjadi bekas ahli lembaga pengarah Yayasan Jerusalem.

Pegawai kanan lain ialah Itamar Rabinovich, bekas duta Israel ke AS dan Ketua Perunding Israel dengan kerajaan Syria ketika Yitzak Rabin masih menguasai kerajaan Israel.

Selain bukti itu, Anwar pada ceramah berkenaan turut membawa salinan dokumen laporan Global Financial Integrity (GFI) yang menunjukkan aliran keluar wang haram dari Malaysia sebanyak RM888 bilion (AS$291 bilion) dalam tempoh sembilan tahun sejak 2000.

Beliau berkata, jumlah itu menyamai wang yang dilarikan dua diktator iaitu bekas Presiden Tunisa, Zainal Abidien Ben Ali mahupun bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak selepas diguling rakyat negara masing-masing.

Anwar juga kesal kerana kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) sehingga kini berdiam diri tanpa membuat sebarang siasatan, jauh sekali mengheret mereka yang terlibat ke muka pengadilan.

“Jika Pakatan Rakyat memerintah negara, kita akan menjalankan siasatan terperinci. Ini memalukan negara di mata dunia,” katanya.

Laporan itu menunjukkan Malaysia berada di tangga kelima dari senarai panjang negara yang terlibat dalam pengaliran keluar wang secara salah seperti wang rasuah mahupun wang lari cukai.

Pada ceramah itu, Anwar turut mengulangi janji Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga petrol sehari selepas menawan Putrajaya.

Malah, gaya beliau membuat pengumuman penurunan harga petrol mencuit hati hadirin yang menggamatkan suasana dengan bersorak, dikuti laungan takbir.

Selain Anwar, beberapa pimpinan Pakatan Rakyat termasuk calon PAS bagi DUN Merlimau, Yuhaizad Abdullah; Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad; Ahli Parlimen Hulu Langat, Abdullah Sani; Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad dan Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud turut menyampaikan ceramah.


RM24.5 bilion lagi wang Petronas dirompak untuk kroni

Malaysia semakin parah dengan amalan rasuah serta ‘rompak khazanah negara’ apabila pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini menyerahkan RM24.5 bilion wang Petronas kepada tiga syarikat kroninya, tegas Datuk Seri Anawar Ibrahim.

Peruntukan tersebut kata Ketua Pembangkang itu sepatutnya dibelanjakan untuk tujuan cari gali minyak di luar negara.

Justeru itu katanya lagi, tidaklah menghairankan sekiranya Nazim Razak selaku adik Perdana Menteri dan anak Tun Mahathir Mohamad bernama Mokhzani merupakan antara peribadi terkaya di tanah air hasil menerima habuan daripada Petronas.

“Petronas ada kontrak RM23 Bilion, yang selalu dibelanja untuk mencari gali minyak di Sudan, Iran, Afrika, Iraq, dan lain-lain. Sejak Tan Sri Hasan Merican, diberhentikan, dan diganti dengan orang yang dipilih oleh Najib, dia bawa balik RM 24.5 bilion ini.

“Ia tidak dilabur di luar negara tetapi di dalam. Di luar, kalau kita ada syarikat cari gali, Shell atau BP, . dia dapat minyak, kita kongsi. Tetapi RM 24.5 bilion yang baru diputuskan di dibawah Datuk Seri Najib adalah untuk … 3 syarikat utama,” dedah Anwar.

TV Selangor melaporkan, Anwar berkata antara syarikat yang menerima habuan itu adalah KENCANA, milik Datuk Mokhzani Tun Mahathir ketika menyampaikan ceramah di Padang Serai Merlimau sempena pilihanraya kecil dewan undangan negeri pada hujung minggu lepas.

"Ramai lagi tak ada kerja, anak muda gaji RM1,000 saja sebulan. Dia sanggup rompak RM23 bilion lagi lalu beri pada adik dan anak 'bos' dia"

Pendedahan terbabu baginya suatu pengkhianatan kepada rakyat kerajan Najib selaku Perdana Menteri masih meneruskan amalan rasuah sebagaimana dua perdana menteri sebelumnya – Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Dr Mahathir – di tengah-tengah rakyat terus dihimpit dengan kenaikan harga minyak dan barang asasi serta perlaksanaan saman ekor.

“Ramai tak ada kerja, anak muda gaji RM1,000 saja sebulan. Fikirlah anak-anak ini, nak makan juga, nak hantar anak sekolah, dan ada barang nak beli. Tetapi kamu nak fikir anak kamu (Mahathir) saja sebab apa? Saya marah sebab ini. (Jadi) saya akan lawan tetap lawan,” katanya.

Baginya, Menteri Umno di dalam kerajaan semuanya tidak ada maruah, bahkan sanggup menjadi penjenayah kolar puteh dengan merompak wang rakyat.

“Saya Menteri Kewangan 8 tahun, kalau saya nak punggah kekayaan, berbilion boleh dapat. Tengok menteri sebelum saya, Tun Daim (Zainuddin) berapa banyak kekayaan dia. Tengok menteri-menteri sekarang… rumah, KL, London, Florida,” kata Anwar disambut tepukan dan sorakan hadirin.

Pada majlis tersebut, Anwar merayu pengundi supaya tidak termakan dengah dakyat pemimpin Umno BN dan media seperti Utusan Malaysia.

Sebaliknya beliau menasihatkan rakyat khususnya pengundi supaya menilai rekod pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan sebagai perbandingan dengan apa yang dilakukan oleh BN.

“Banding Melaka dengan Selangor. Di Selangor 50 tahun bawah Umno, banding apa yang diperolehi orang Melayu, Cina, India di Selangor sekarang. Tak ada bandingan. Kerajaan sekarang beri RM500 sebagai wang khairat, anak masuk universiti dapat RM1,000, lahir saja RM100 diberi,” tambah beliau.

PRU13: Satu undi pada Umno BN adalah SATU PENGKHIANATAN terhadap nasib rakyat!