Ia memang pembelian yang tidak sesuai
kerana peraiaran negara bersifat cetek, dan lebih buruk lagi, adalah
berikutan skandal komisen haram yang berakhir dengan pembunuhan
warganegara Mongolia, Altantuya Shaariibu, membayangi Malaysia dan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Walaupun musuh ketat Baginda tidak boleh
membayangkan dia mempunyai keberanian atau keupayaan untuk meyakinkan
Najib, yang pada ketika itu adalah Menteri Pertahanan yang bakal
mengambil alih jawatan Perdana Menteri, dengan mengambil bahagian dalam
apa yang pada dasarnya merupakan penipuan secara besar-besaran.
Kecualilah Najib sendiri mahu dipujuk atau mungkin juga mencadangkan satu skim bagi Baginda untuk selidiki dan laksanakan!
Bagaimana
pula dengan Altantuya? Baginda boleh dipujuk Najib untuk meminjam dua
pengawal peribadi untuk membunuh si cantik pemeras ugut itu, dan
kemudian mengebom tubuhnya dengan bahan letupan C4 agar pengenalan tidak
boleh dilakukan? Siapa yang tahu cerita sebenar, mungkin hanya pembunuh
Altantuya sahaja yang tahu. Masalahnya ialah mereka tidak mahu
bercakap. Atau mungkin mereka tidak bersedia untuk meniup wisel itu
lagi.
Lelaki lembutSatu perkara yang
pasti. Kedua-dua Najib dan Baginda adalah lelaki 'lembut' - hidup untuk
mengejar keseronokan mereka sendiri dengan agenda mementingkan diri
sendiri. Bolehkah lelaki 'lembut'menjadi kejam apabila hidup mereka
terancam? Sekali lagi, sukar untuk dikatakan.
Walaupun
demikian, pada tahun 1970-an, apabila Najib mengambil-alih sebagai Ahli
Parlimen Pekan selepas kematian bapanya, tiada seorang pun rakyat
Malaysia pernah berfikir yang lelaki muda tinggi lampai dan pemalu ini
mampu mengarahkan polis untuk menganiaya penunjuk perasaan yang
mengambil bahagian dalam Bersih baru-baru ini.
Atau adakah
sesiapa pernah terfikir dia akan mampu membuat ucapan, berikrar untuk
memandikan 'keris' dengan darah Cina sebelum Ops Lalang dijalankan oleh
Mahathir Mohamad ke atas pembangkang dan pemimpin pembangkang?
Namun,
siapakah Razak Baginda kepada Najib, kuatkah pengaruhnya? Sebenarnya,
Baginda tidak berpengaruh langsung dan tidak mempunyai sebarang
pertalian dengan Najib atau pemimpin tertinggi UMNO. Dia bukan juga
seorang ahli perniagaan besar mahupun boss penjenayah. Kedua-dua lelaki
ini tidak kaitan mahupun pernah menjadi rakan sekolej atau teman
sekolah.
Malah, Baginda dan Najib tidak pernah berjumpa sehingga
Najib menjadi Menteri Pertahanan pada tahun 1991 dan Baginda menyertai
Maktab Pertahanan Angkatan Tentera Malaysia sebagai pensyarah, di mana
dia akhirnya menjadi ketua bahagian pengajian strategik. Apabila Najib
meninggalkan Kementerian Pertahanan pada tahun 1995 untuk Kementerian
Pelajaran, hubungan mereka menjadi rapat. Baginda menjadi orang
kepercayaan Najib, manakala isterinya Mazalinda dan isteri Najib, Rosmah
juga menjadi rapat.
Tetapi jangantersilap. Baginda boleh hidup
tanpa Najib, walaupun dia menikmati hidup sebagai teman rapat dengan
tokoh politik yang terkenal itu. Najib yangsebenarnya diperlukan
persahabatan ini. Yang pasti, Najib mahu memanfaatkan kepandaian
Baginda. Baginda bukan hanya pakar strategi pertahanan, dia kemudian
juga mengetuai cerdik pandai - Institut Penyelidikan Strategik Malaysia,
yang secara amnya diketahui dibiayai oleh Najib dan direka untuk
menaikkan kerjaya politiknya.
Pemimpin UMNO wajib memiliki banyak wang untuk kekal berkuasaSelepas
kehilangan jawatan timbalan perdana menteri kepada Anwar Ibrahim,
suasana politik tiba-tiba berubah pada lewat tahun 90-an apabila bekas
Perdana Menteri, Mahathir Mohamad memutuskan untuk memecat Anwar
daripada UMNO dan ini membuka ruang kepada Najib.
Untuk membalas
jasa kepada Najib kerana sokongannya dalam tempoh huru-hara pemecatan
Anwar, yang kini telah menjadi Ketua Pembangkang, yang juga pernah
dipenjarakan, Mahathir mula menyediakan Najib untuk jawatan Perdana
Menteri. Tetapi ia tanpa syarat, Najib juga terpaksa memainkan peranan
dalam persediaan untuk ke kerusi Perdana Menteri. Untuk mendapatkan
jawatan tertinggi itu dan memastikan dia dapat melawan pencabar, Najib
tahu dia perlukan banyak wang.
Itu permainan politik dalam UMNO.
Banyak wang untuk membeli sokongan dari atas ke bawah untuk cawangan dan
semua cara untuk bahagian, negeri, sayap pemuda dan wanita. Sekarang,
di mana dan bagaimana untuk mendapatkannya?
Orang yang mengikuti
skandal Scorpenes berkata Najib telah memikirkan satu cara apabila dia
menjadi Menteri Pertahanan dan membincangkannya dengan Baginda, yang
mempunyai pengetahuan tentang ketenteraan di mana pemerolehan senjata di
arena antarabangsa boleh menjana banyak wang daripada rasuah dan
komisyen.
Sebagai contoh, telah diketahui bahawa di Taiwan;
Thales, sebuah syarikat Perancis, dahulunya Thompson-CSF, telah menjual 6
kapal frigat kelas 'stealth' La Fayette -binaan DCN untuk harga yang
mahal iaitu AS$2.8 bilion pada tahun 1992, menjadikan seluruh dunia
terkedu, manakala tentera Pakistan telah membeli 3 kapal selam Agosta 90
B pada tahun 1994 dengan cara yang tidak sunyi daripada kontroversi.
Kenapa Baginda?Pembelian
Scorpenes oleh Malaysia dari DCNS telah dikendali oleh Razak Baginda.
Kenapa dia dan bukan ahli korporat terkemuka yang lain?
Sesetengah
penganalisis politik berkata Najib sedar bahawa sebelum ini perdana
menteri UMNO telah menggunakan kroni dan proksi untuk skim menjana wang.
Tetapi 'bintang' dan peneraju korporat kadang-kadang boleh membawa
risiko dan orang yang boleh dipercayai seperti Baginda untuk menguruskan
aliran wang mungkin cara yang lebih sesuai bagi Najib. Sekiranya
dakwaan terhadap Najib adalah benar, tentu dia mahu mengawal dana dan
memastikan ini boleh dicapai.
Perjanjian
Scorpenes dipercayai telah dibawa ke meja sejak zaman bekas Menteri
Kewangan Daim Zainuddin tetapi telah dibekukan selepas Daim bergaduh
dengan Mahathir. Apabila Najib kembali kepada Kementerian Pertahanan,
dipercayai bahawa Mahathir bersetuju untuk melakukan semula transaksi.
Dan seperti dua pelajar sekolah, Najib dan Baginda didakwa merancang
bagaimana untuk mendapat manfaat daripada perolehan yang besar seperti
itu. Walaupun si Rosmah yang licik tidak tahu akan perkara itu pada
awalnya begitulah spekulasinya.
Bagi Altantuya, dia pada dasarnya
tidak mempunyai kemahiran khusus dan bukanlah seorang penterjemah yang
baik. Dia tidak pernah menjadi sebahagian daripada skim ini - hanya
wajah yang sangat cantik dan objek seksual bagi kedua-dua lelaki. Kerana
bersama dengan Baginda, dia mengetahui akan transaksi Scorpenes,
kemudian cuba memeras ugut Baginda untuk mendapatkan sedikit wang haram
yang dibayar oleh DCNS. Untuk rekod, Baginda telah mengaku sebagai
kekasih manakala Najib bersumpah tidak pernah kenal dengannya sama
sekali.
Sementara itu, mungkin untuk memastikan perkara ini kekal
rahsia, Baginda membuat ahli keluarga terlibat sama. Beberapa entiti
perniagaan telah diwujudkan seperti Perimekar yang dimiliki sepenuhnya
oleh syarikat lain, KS Ombak Laut Sdn Bhd, yang seterusnya juga dipunyai
oleh Baginda dan isterinya. Dan untuk mengalihkan sedikit wang lagi,
Baginda telah mencipta satu lagi syarikat, iaitu Terasasi Sdn Bhd (di
Hong Kong) dengan Malim, bapanya sebagai pengarah.
Mungkin, pada
pemikiran mereka, dengan Menteri Pertahanan yang bakal menjadi Perdana
Menteri terlibat sama, bagaimana sesuatu yang teruk boleh berlaku?
Walaupun mereka telah ditangkap, mereka pasti terlepas! Ia adalah
skim'sempurna' mereka sendiri tetapi sedihnya, tidak diketahui oleh
kedua- dua isteri Najib dan Baginda bahawa mereka mempunyai hubungan
dengan Altantuya dan tidak diketahui pula oleh semua mereka, Altantuya
tidak memberi dirinya kepada lelaki secara percuma.
Ditangkap basahApabila
si cantik berusia 28 tahun mendapati bahawa perjanjian Scorpene telah
berjaya dan Perimekar telah menerima komisen yang dipersetujui,
Altantuya dapat mencium wang itu walaupun dari Mongolia.
Dia
membuat keputusan untuk mendapatkan sesuatu untuk dirinya dan datang ke
Malaysia. Sama ada dia telah benar-benar dijanjikan bahagian itu adalah
sukar untuk dikatakan. Mengapa mereka tidak membayarnya sahaja? Adakah
ia kerana Rosmah cemburu? Tetapi bagaimana orang yang begitu licik dan
kedekut boleh menjadi begitu emosi? Apakah pencetusnya?
Sekali
lagi, rakyat Malaysia dan dunia akan terpaksa menunggu sebelum titik
boleh dihubungkan dan gambar akan lengkap. Apa pun yang benar, Altantuya
telah mengugut Baginda, mengancam untuk mendedahkan hubungan seks
bersama Baginda dan Najib. Shaariibuu Setev, ayahnya telah berkata, dia
mempunyai gambar mereka bertiga bersama-sama sebagai 'bukti'.
Sekarang,
Altantuya membawa masalah kepada Baginda dan Najib. Masalah besar yang
terpaksa diuruskan kerana harapan Najib untuk menjadi Perdana Menteri
akan berakhir dengan kegagalan jika diketahui perihal ini. Tetapi apa
yang perlu dilakukan? Bagaimana untuk bertindak balas? Kemungkinan ini
tidak pernah difikirkan oleh dua lelaki ini dan mereka umpama ditangkap
basah, oleh itu mereka panik dan bertindak dengan terburu-buru.
Apabila
Altantuya tiba di Kuala Lumpur dengan sepupunya Burmaa Oyuchimeg, dia
melantik seorang penyiasat persendirian untuk membantunya menjejaki
Baginda. Altantuya mempunyai saksi dan rekod-rekod lain untuk
mengesahkan kehadirannya di Malaysia walaupun maklumat dalam komputer
Imigresen menunjukkan dia tidak pernah memasuki negara ini.
Ini
benar-benar telah merumitkan kehidupan Baginda. Penculikan dirinya telah
dilakukan oleh ejen dari Cawangan Khas Malaysia pada siang hari di
hadapan rumah Baginda - walaupun ada saksi-saksinya. Demikian sungguh
terdesak Baginda. Media Malaysia tidak menyiarkan butir-butir lengkap,
tetapi media asing ada.
Pemandu teksi gagalkan rancangan sempurnaSeperti
biasa, dalam operasi rahsia, butiran kecil paling penting. Keseluruhan
operasi gagal kerana tidak membayar tambang teksi Altantuya. Pemandu
teksi yang disewa oleh Altantuya pada hari tersebut tidak puas hati
bagaimana penumpangnya telah diculik di depan matanya tanpa membayar
tambang. Dia mencatat nombor pendaftaran kereta penculik itu dan membuat
aduan di sebuah balai polis. Ini mengesahkan bahawa kereta penculik
adalah kereta kerajaan, dan turut membabitkan pemiliknya.
Najib
dikatakan terlalu terkejut untuk berfikir dengan jelas. Baginda
memutuskan untuk mengupah pihak ketiga bagi membantu iaitu penyiasat
persendirian -P Balasubramaniam telah dibawa masuk untuk mencari
beberapa fakta kerana mereka tidak mempunyai masa yang cukup. Perjanjian
Scorpene keseluruhan boleh tersebar. Ia adalah terlalu besar untuk
dikendalikan dan terlalu berisiko pada ketika itu bagi politik di
Malaysia terutamanya UMNO dan Najib. Jika wang dijejak , ia membawa kita
kepada kedua-dua Najib dan Baginda.
Najib dipercayai
mengamanahkan perkara itu kepada setiausaha sulitnya, adikong Musa Safri
untuk melakukan apa sahaja yang perlu. Ia telah dilaporkan bahawa
Rosmah, kerana ingin tahu, merasakan ada sesuatu yang tidak kena dan
tekaannya bahawa suaminya berada dalam masalah besar ternyata benar.
Mungkin dia berleter tanpa henti, walau apa pun bakal PM ini dikatakan
terpaksa menceritakan segalanya kepada isterinya.
Sekarang - ia
telah disahkan oleh orang-orang kampungnya sendiri - Rosmah bukanlah
seseorang yang boleh dipermainkan. Dia amat kejam –tiada siapa boleh
mempertikaikannya. Tetapi adakah dia memburu Altantuya sendiri? Adakah
dia dan 2 pengawal peribadi arahan Najib, Sirul Azhar dan Azilah Hadri,
dan juga pembantunya sendiri yang juga merupakan orang tentera Norhayati
dan Aziz Buyong menolongnya menyelesaikan masalah dengan Altantuya?
Hanya
mereka tahu dan tidak akan memberitahu. Belum lagi nampaknya. Jika
Altantuya masih hidup, dia boleh menjadi saksi dalam mana-mana kes
mahkamah berhubung skandal itu. Penglibatannya telah membuat perkara ini
lebih kompleks dan teruk bagi kerajaan Malaysia kerana perkara itu akan
dibawa ke arena antarabangsa. Publisiti ini jelas akan memburukkan lagi
pemimpin-pemimpin Malaysia.
Ternyata, Altantuya dibunuh dan
mayatnya telah dimusnahkan dengan C4 pada 18 Oktober 2006 di kawasan
hutan terpencil di Shah Alam di pinggir Kuala Lumpur.