Isu persaraan Anwar sekarang
menjadi isu yang panas. Sebagaimana yang dijangkakan, Mahathirlah yang akan
memberikan reaksi yang paling awal terhadap pengumuman persaraan Anwar jika PR
gagal mendapat mandat rakyat dalam pilihanraya yang akan datang ini. Mahathir
memberikan reaksi secara sinis yang pengumuman Anwar itu hanyalah sebagai
helah pilihanraya sahaja.
Sebenarnya itulah yang
dikehendaki oleh Mahathir tetapi beliau memberikan reaksi sebegini kerana
beliau (Mahathir) mahukan kepastian yang kata-kata Anwar itu merupakan satu
kenyataan yang benar, berhenti jika PR kalah mengambilalih kerajaan. Saya rasa
sememangnya Anwar perlu berhenti jika gagal mengambilalih Putrajaya itu. Tetapi
Mahathir memberikan reaksi dengan menyamakan sikap beliau kepada Anwar.
Di Selayang semalam Anwar berkata
yang Mahathir terlalu takut beliau (Anwar)
akan merampas harta yang keluarga beliau telah ambil secara tidak betul
dan bermoral dari rakyat selama ini dan itu sememangnya menjadi persepsi rakyat
juga. Anwar menjawab dengan bertanya apa yang beliau (Mahathir) takutkan kerana
yang dihina selama ini adalah beliau sendiri. Yang dipenjarakan adalah beliau
dan ditumbuk serta ditelanjangkan adalah beliau.
Saya tidak tahu samada Anwar
benar-benar serius untuk bersara tetapi apa yang beliau katakan itu
adalah
baik kerana semestinya beliau mesti bersara jika PR tidak berjaya
mengambilalih Putrajaya dalam pilihanraya yang akan datang ini. Itulah
semangat
demokrasi sebenarnya.
Tetapi Mahathir
pula memikirkan yang Anwar akan melakukan perkara yang sama seperti beliau
(Mahathir) lakukan acapkali selama ini. Mahathir berfikir yang Anwar adalah
seorang pendendam seperti beliau juga jika mendapat kuasa. Anwar berkata yang
beliau bukannya marah kepada Dr Mahathir tetapi beliau (Anwar) tidak bersetuju
kerana rakyat tertindas oleh UMNO terutamanya oleh Dr Mahathir secara
sistematik.
Bagi saya apa
yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat kepada rakyat wajar diberi sambutan dan
ambil janji-janji itu secara positif. Kita tidak boleh menjadi defensif
keterlaluan seperti yang diambil oleh pemimpin-pemimpin BN. Janji Pakatan untuk
memberikan pendidikan percuma kepada rakyat itu wajar diterima secara positif
kerana itu bukannya perkara yang mustahil untuk dijayakan oleh PR jika
memerintah negara ini. Kita tidak boleh bersikap negatif semata-mata kerana BN
tidak mampu atau tidak mahu melaksanakannya.
Tuduhan Najib,
Muhyiddin, Mahathir dan BN yang negara akan bankrap jika rakyat diberikan
pendidikan percuma itu hanya menunjukkan kedhaifan pimpinan BN dalam isu ini,
kerana banyak negara di dunia ini memberikan pendidikan percuma kepada rakyat
mereka. Jika BN tidak mampu untuk
melaksanakannya tidak mengapa. Biar PR yang melaksanakannya. Berikan mandat itu
kepada PR buat lima tahun yang akan datang.
Dalam isu
pendidikan percuma ini kita mesti memberikan mandat kepada yang berjanji dan
mampu melaksanakannya. BN tidak boleh mengambil sikap jika mereka(BN) tidak
mampu melakukannya maka orang lain pun tidak mampu seperti mereka (BN).
Pemimpin UMNO/BN mesti mengakui yang kemampuan seseorang yang dianugerah Tuhan
itu memangnya berlainan tahapnya dengan seseorang yang lain. Itu adalah
kenyataan yang ditunjukkan oleh ‘nature’ dan UMNO tidak boleh membawa rakyat
berfikir seperti mereka (BN).
Contoh dan
bukti yang kemampuan seseorang itu berbeza diantara satu dengan lain itu mudah
kita lihat. Mirzan bercita-cita untuk menjadi seorang usahawan yang besar
tetapi beliau kurang kemampuan sehinggakan Mirzan terpaksa menggunakan wang
rakyat hampir RM2 billion pada penghujung tahun sembilan puluhan dahulu untuk
menyelamatkan perniagaan beliau (Mirzan).
Mirzanlah salah
seorang yang telah mendapatkan subsidi terbesar dari rakyat untuk
mengapung dan
menutupi ketidak mampuan beliau dalam bidang perniagaan. Rakyat terpaksa
menanggung kerugian anak pemimpin tersohor negara ini. Begitu jugalah
dalam isu pengambilalihan Exxon Mobil oleh anak Mahathir yang sama.
Exxon Mobil diambilalih dengan pengaruh keluarganya dengan harga yang
terlalu rendah dari harga
pasarannya dan ini merupakan elemen subsidi yang sangar besar.
Subsidi ini
ditambah pula dengan menggunakan pengaruh keluarga nya lagi dengan memaksa
pihak MAS yang sedang tenat itu untuk mendapatkan bahan bakar bagi syarikat penerbangan
itu dari syarikat Exxon Mobil ini yang sekarang diberi nama baru, Petron.
Oleh itu rakyat
begitu jemu dengan tanggungan yang diberikan terhadap mereka. Rakyat yang
tertindas tidak henti-henti dipaksa memberikan subsidi dan menanggung semua kehendak
anak-anak Mahathir dan anak-anak pemimpin yang lain. Di sebaliknya pula
kerajaan begitu tidak ikhlas untuk meneruskan pemberian susidi untuk kehidupan
rakyat yang ramai kerana segala peruntukan subsidi itu diambil oleh keluarga
pemimpin-pemimpin UMNO dan BN sekarang ini.
Jika rakyat
menolak BN kali ini, itu sememangnya satu tindakan yang sudah menjadi kewajipan
untuk mereka lakukan. Rakyat sudah tidak tertanggung lagi dengan kerenah
keluarga-keluarga yang menjadi penghisap darah mereka ini. Jika Pakatan berkuasa,
apa yang saya secara peribadi inginkan, ialah untuk memperkuatkan sistem dan
tidak payah berdendam-dendam. Jika kita melakukan dendaman kesumat saya rasa
hampir kesemua pimpinan yang ada pada hari ini yang telah bersara terpaksa
menghabiskan sisa-sisa kehidupan mereka dalam penjara dan kem-kem tahanan.
Oleh itu
memperkuatkan sistem yang betul dan mudah dilakukan sepatutnya menjadi agenda
utama jika PR mengambilalih kuasa kerajaan negara kita. Biarkan sistem itu
yang mentadbir negara kita. Jika seseorang pemimpin itu terlanggar sistem itu
maka pemimpin itu harus menerima akibatnya. Sistem itu yang akan menentukan
siapa yang akan menghadapi rakyat dan undang-undang.
Seorang Perdana
Menteri yang mengambilalih kerajaan negara nanti jangan porak perandakan
sistem seperti yang dilakukan oleh Mahathir dahulu. Mahathir dahulu tidak
sesuai dengan sistem yang biasa. Beliau melanggar semua sistem demokrasi dan
sistem yang digunakan beliau ialah sistem peribadi beliau sahaja. Sistem-sistem
kehakiman, perundangan, kepolisisan dan yang lain-lain semuanya dipecahkan oleh
beliau dan yang mengambilalih sistem-sistem tersebut ialah sistem
Mahathir…’tepuk dada tanya selera’
Sekarang ini
apa yang ditakuti oleh Mahathir ialah sistem yang beliau bentuk itu akan
memakan diri beliau sendiri. Mahathir lupa yang pihak yang mahu mangambilalih
kerajaan ini bertujuan untuk membina kembali semua sistem yang telah
dirobohkannya semasa beliau memerintah selama 22 tahun dahulu..
Saya rasa satu
lagi perkara yang wajib dilakukan oleh kerajaan baru nanti ialah menubuh ‘Truth
Commission’. We want to know the whole truth.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan