Dr Mahathir yang masih tidak boleh melupakan seronok jadi PM selama 22
tahun menyatakan masa depan Malaysia musnah jika Pakatan menang. Dia
sebenarnya rindukan Mahathirisme.
Najib di anggap kurang cerdik melaksanakan doktrin Mahathirism. Sebab
itu Mahathir sedang asah parang hendak sembelih leher Najib di bantu
oleh Muhyidin al lelongi dan Mukriz a/l Mahathir.
Sebelum masa suntuk tiba, perkara yang serupa dislogankan oleh PM Najib.
Mengenai slogan2- rakyat dah lali dengan jerit sana sini Najib. Ketika
meraikan ahli UMNO yang di angkut dan dibayar berhimpun di stadium Bukit
Jalil, dia kata nak istihar pilihanraya- dia tetap takut. Di Melaka dia
kata UMNO akan menang 14-0, saya kata, kalau demikian, semalam sudah
Najib istihar PRU.
Najib tahu perpaduan orang UMNO akan kurang 30% pada hari dia menamakan
calun. Jadi bagaimana hendak bertarung dalam gelanggang, apabila diluar
pun sudah kelam kabut.
Orang UMNO dah letih menunggu bila PRU akan di adakan. Kepada orang
UMNO, PRU ialah Hari Raya. Sebab masa itu, duit datang mencurah curah.
Motorsikal dan kereta myvy sudah di pesan- tapi duit belum turun. Orang
UMNO gelisah. Hendakkan PRU di cepatkan. Mereka tahu kalau UMNO kalah,
orang Melayu tetap akan terbela bahkan di jagai dengan lebih baik dari
yang UMNO mampu.
Pilihan alternative yang Najib ada ialah menyibarkan fitnah dan dakyah
menakutkan rakyat. Orang Melayu hancur jika UMNO tewas. Islam dalam
bahaya jika UMNO tewas. Raja Melayu musnah jika UMNO tewas. Negara akan
di perintah oleh DAP. Cina akan membunuh orang Melayu. Pemimpin UMNO
buat bisness semua dengan Cina. Raja Melayu buat bisnes pun semua dengan
Cina.
Celaka nya orang UMNO, mereka ingat mereka sahaja yang berhak di anggap
Melayu. Semasa saya berada dalam UMNO, keMelayuan saya tidak pernah di
pertikai. Melayu itu ada pada diri saya bukan terletak pada UMNO.
Mengapa pula, apabila orang nya yang serupa yang Melayu nya tidak
dipertikai semasa dalam UMNO sekarang mahu di pertikaikan ketika bukan
dalam UMNO? UMNO janganlah bongkak sangat. Melayu itu orang, bukan parti
politik. Orang melayu walau dalam apa parti pun tetap Melayu. Orang
Melayu tidak jadi bukan Melayu bila mengistiharkan dirinya bukan UMNO.
Orang UMNO macam takde rasa malu. Sudah berkuasa lebih dari 50tahun,
kalau tidak dapat mengurus dan mentadbir dengan baik, elok lah berundur.
Serahkan kepada rakyat mengadili parti mana yang mereka hendak.
Bila Mahathir dan Najib mengeluarkan keresahan serta bimbang dan ragu
mereka, sesungguhnya itu luahan kata kata dari orang yang cemas. Jika
UMNO/BN kalah semua dasar pentadbiran negara yang merosakkan negara akan
terdedah. Ketika itu, metos kehebatan Mahathir akan pecah.
Cuba kita tanya sebagai misalan- kenapa ekonomi orang Melayu secara
keseluruhan nya masih rendah berbanding dengan kaum lain? Yang bertambah
baik ialah ekonomi Melayu yang terpilih dan istimewa. Anak Mahathir,
anak orang bangsawan, Raja2 Melayu, anak pemimpin tinggi kerajaan-
Melayu jenis ini tidak mewakili Melayu keseluruhan dan mereka tidak pun
peduli apa berlaku kepada orang Melayu. Yang mereka penting ialah bangsa
Melayu boleh di perkudakan untuk mengukuhkan kedudukan Melayu istimewa
dan terpilih.
Kenapa jurang perbezaaan pendapatan di kalangan bangsa Melayu paling
besar berbanding dengan jurang pendapatan antara kaum lain di Malaysia?
Sebab semenjak Mahathir ambil alih kerajaan tahun 1981, dasar memajukan
ekonomi Melayu secara organic di gantikan dengan dasar memilih bulu oleh
Mahathir. itulah masa nya kita melihat anak2 emas yang di anggap
sebagai pemangkin ekonomi orang Melayu muncul.
Mahathir beri lesen, beli konsesi, beri monopoli, beri peluang
menswastakan punca2 kekayaan negara kepada orang2 yang di pilih, untuk
mewakili pencapaian ekonomi Melayu. Mereka ini jadi kayalah, tapi rakyat
Melayu kebanyakan masih ketiggalan. Rakyat terus di haramjadahkan
sehinga kini.
Dan Mahathir kata Mahathirimse sudah habis? Lihat sahajalah di keliling
kita. Penswastaan lapangterbang Sungai Besi akan dimajukan oleh rakan2
Najib dan Rosmah. Penglibatan 1MDB hanya lah hiasan tingkap. Lihat pula
projek LRT Ampang yang dimenangi oleh syarikat Belfor-Beattty- Invesys
pada harga RM 1.01 billion di rampas dan di beri kepada syarikat George
Kent milik rakan golf Najib dengan tambahan harga sebanyak RM 167
million.
Kita lihat dasar mengayakan rakan2 kroni yang di pelopori oleh Mahathir
masih di teruskan. Jadi bagaimana kita boleh menerima bahawa
Mahathirisme sudah berakhir?
Paling akhir dasar memerah dan memicit rakyat berlaku apabila Najib
menyenaraikan perniagaan Felda. Counter FGV baik dan harga menuju kepada
RM 6 ( buat masa ini)- tapi baik untuk siapa?
Baik untuk peneroka yang hanya memiliki 810 unit saham berbanding dengan
puak yang tidak ada kena mengena dengan Felda yang di anugerahkan 3-5
juta unit saham? Berani tidak pihak MITI mengeluarkan senarai penerima
saham yang mereka agihkan? Ketua bahagian, pemimpin UMNO, pemimpin
kerajaan, menteri UMNO yang memboloti bahagian singa terbitan saham
tersebut.
Kita biarkan Dr Mahathir dengan igauan nya kerana fakta2 mendedahkan
pendustaan Mahathir. dia pembohong dan cara terbaik mendedahkan
pembohongan orang yang kian cemas ialah menunjukkan pencapaian2 kerajaan
Pakatan. Kedah, Selangor, Kelantan, Pulau Pinang dan negeri yang di
rampas secara tidak etikal Perak.
Rakyat sudah terdedah kepada kebaikan berada dibawah kerajaan2 yang di
pimpin oleh Pakatan. 3 dari 5 buah negeri yang menerima FDI yang
terbanyak sekali ialah negeri yang di pimpin oleh Pakatan. UMNO gagal
menguasai top 5 penerima pelaburan asing. Punca utama ialah kerana
pimpinan mereka tidak cekap dan boros dan banyak ketirisan yang berlaku.
Rasuah menjadi2 dan rompakan keatas sumber2 kekayaan negeri dilakukan
oleh pimpinan UMNO dan BN dengan sewenang wenang nya.
Pelabur takut hendak pergi berniaga dalam negeri2 UMNO-BN. Syarikat
Jepun yang mebuka ladang menanam Spirulina di Perak memutuskan untuk
tidak melabur kerana campurtangan golongan bangsawan negeri itu.
Lapuran ketua audit negara menunjukkan bahawa pengurusan ekonomi dan
kewangan dalam negeri di bawah Pakatan lebih baik dari negeri dibawah
kerajaan UMNO. Jadi bagaimana Dr Mahathir boleh mengambil konklusi
bahawa jika Pakatan mengganti UMNO, maka masa depan negara akan musnah?
Yang musnah ialah penerima2 habuan dari Mahathirisme. Sama ada
Mahathirisme mati atau sudah tidak ada, bukanlah terletak kepada
perakuan Dr Mahathir. ianya terletak kepada orang lain untuk menilai
sama ada mimpi seram yang bernama Mahathirisme masih ujud atau tidak.
Dan petanda ianya masih hidup segar, teralalu banyak menyebabkan
kenyataan Mahathir sebagai seorang yang bersalah mahu menegakkan benang
yang basah.
Dan kita perlu ingat kan orang UMNO dan rakyat- bahawa ketika Pak Lah
Badawi mendapat undi dan kerusi terbaik pada tahun PRU 2004, ialah
kerana rakyat meraikan pemergian Dr Mahathir dari tampuk kuasa.
Kita mengalu ngalukan perlantikan Mahathir sebagai pengarah PRU UMNO. Sudah tentu ianya akan mempercepatkan pengebumian UMNO.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan