Jumaat, 30 April 2010

IBLIS = APCO?


Tak perlu belajar rocket science untuk memahami siapa yang dimaksudkan sebagai 'sahabat kita' oleh Kickdefella dalam tulisannya bertajuk Saya Yakin Nik Aziz Akan Kena Dakwa – Jawapan Kepada S/U Akhbar MB Kelantan dan Tulang Besi...

Sepanjang hampir 3 tahun berkhidmat di Kelantan, saya telah membelanjakan sejumlah hampir lebih RM4 juta untuk membiayai pelbagai aktiviti termasuklah pembelian asset, peralatan, pembayaran upah operatives, percetakan dan lain-lain yang bertujuan menggerakkan satu Operasi Gerak Saraf.

Saya tidak mempunyai wang sebanyak itu. Dari mana saya mendapat wang sebanyak itu bagi mengendalikan satu Operasi Gerak Saraf untuk mewujudkan persepsi yang boleh melemahkan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi seterusnya mempermudahkan bagi PAS menewaskan Barisan Nasional di Kelantan?

Perbelanjaan bernilai RM4 juta bagi tempoh 3 tahun untuk kempen gerak saraf oleh Kelantan yang sah (yang tiada TV, tiada paper, tiada radio dan dengan berbagai ristriction) bagi menjatuhkan Pak Lah dan BN pada teman tiada apa-apa (nothing) kalau nak dibandingkan oleh BN yang membayar APCO berjumlah RM77juta setahun untuk kempen 1Malaysia. What the hell?

Cumanya kesilapan 'sahabat kita' ialah beliau tersalah pilih orang untuk membuat kerja-kerja yang sepatutnya 'murni' ini. Murni? Ya segala kerja2 untuk menjatuhkan kerajaan yang zalim ialah kerja murni. Tapi apa nak buat, yang dipilih untuk buat kerja ini rupa2nya bersifat musang berbulu ayam, gunting dalam lipatan....Si 'sahabat kita'pun sekarang terpaksa menanggung padah kesilapan memilih ini.

Namun ini semua ada hikmahnya. Kita tengoklah bagaimana episod kerja-kerja bodoh ini akan berakhir? APCO dan iblis matlamatnya cuma satu. Bukankah sudah ada perjanjian antara Iblis pada Allah? Menyesatkan manusia sehingga hari kiamat.

Tiada ulasan: