Selasa, 27 April 2010

FENOMENA UNDI HANTU
MENANGKAN BN DENGAN TIPIS DI KUBU KUAT UMNO



Diminta kesemua penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat supaya jangan berasa sedih dan gusar. Perlu diingat Hulu Selangor adalah kubu UMNO paling kuat di Selangor. Pada 2008, kemenangan PR adalah semata-mata kerana protes terhadap Palanieval. Pada 2008, UMNO/BN menang KESEMUA kerusi DUN termasuk Kuala Kubu Baru.

Dan setelah turunya Najib dan Mahafiraun berkempen pun, majoriti Barisan Nasional (Yahudi) hanya sekadar tidak sampai 4%. Ini suatu pencapaian yang boleh dibanggakan oleh Pakatan Rakyat serta kerajaan negeri Selangor.

Itupun, kalau mengikut ucapan Dato Zaid Ibrahim semalam, wang telah digunakan dengan meluas untuk membeli undi. Wang ditabur di waktu malam dan di waktu siang. Tidak hairanlah sokongan Melayu kepada PKR hanya di tahap 40% dan jatuh lebih teruk di kawasan-kawasan Felda.

Keputusan pun agak menghairankan kerana undi Pakatan Rakyat TIDAK JATUH. Malahan bertambah dari pilihanraya 2008. Tapi undi Barisan Nasional bertambah dengan begitu banyaknya. Kalau kita buat perbandingan:

BN: 2008 22979, 2010 24,997. Menampakkan pertambahan undi sebanyak 2018 undi.
PKR : 2008 23177, 2010 23,272. Menampakkan pertambahan undi sebanyak 54 undi.

Kalau mengikut trend di Terengganu 2004, ia menunjukkan bahawa fenomena pengundi hantu telah berlaku di Hulu Selangor. Mana mungkin dalam 2 tahun, di waktu BN tidak memerintah dan Palanieval tidak disukai BN boleh bertambah undi sebanyak 2018 undi. Dan yang lebih menghairankan, undi PKR tidak jatuh sepanjang 2 tahun kebelakangan ini.

Pola mengundi ini AMAT MENGHAIRANKAN dan TIDAK MASUK AKAL sama sekali. Kalau benar berlaku “kembalinya” pengundi UMNO pada BN dari 2008, sudah tentu undi PKR akan berkurang dengan besar sekali.

JELAS BERLAKU FENOMENA PENGUNDI HANTU

Harakahdaily menyiarkan satu laporan polis oleh seorang pengundi yang mendapati ada orang lain yang telah mengundi di tempat beliau.

Artikel terbaru Harakahdaily bertajuk ”‘Pengundi hantu’ wujud di Hulu Selangor


Fenomena ini sudah semakin banyak berlaku dalam pilihanraya-pilihanraya kecil sebelum ini. Maka, tanpa segan silu saya mengatakan BN menang tipis di Hulu Selangor atas bantuan pengundi hantu.

14000 PENGUNDI DIPINDAH DARI HULU SELANGOR TANPA PEMBERITAHUAN OLEH SPR

Oleh kerana SPR adalah Biro UMNO, maka mereka dengan setianya telah memindahkan 14000 pengundi dari Daftar Pemilih Hulu Selangor tanpa pengetahuan pengundi sendiri. Hasilnya ramai yang keluar mengundi pada hari itu tidak dapat mengundi dan rata-rata nya mereka adalah penyokong Pakatan Rakyat.

Dan pada waktu yang sama terdapat lebih 14000 pengundi Hulu Selangor yang dipindah dari Hulu Selangor tanpa pengetahuan pengundi tersebut.

APA YANG PR PATUT LAKUKAN?

Pada 2004, PAS mempertahankan Kelantan dengan hanya undi keseluruhan sebanyak 1500 undi. Namun, sepanjang 1999-2004 PAS telah membuang lebih 27000 nama-nama pengundi yang tidak diketahui dan jelas pengundi hantu.

Ertinya, sekiranya PAS tidak membuang nama-nama tersebut, kerajaan Kelantan sudah tentu akan jatuh ke UMNO pada 2004 yang lepas.

Tugas PR adalah MEMBERSIHKAN Daftar Pemilih bagi setiap kawasan DUN dan Parlimen dari pengundi-pengundi yang tidak diketahui ini.

WAJIB- kalau mahu terus menang dan memerintah.

Mana pernah Barisan Nasional/Yahudi ni tidak menipu?

”‘Pengundi hantu’ wujud di Hulu Selangor
Harakahdaily

HULU SELANGOR, 25 April: Pengundi hantu yang sering kali diperkatakan oleh pembangkang pada pilihan raya sama ada umum atau kecil sememangnya wujud termasuk dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, hari ini.

Apa yang berlaku kali ini ialah pengundi yang tidak dikenali telah terlebih dahulu mengundi bagi pihak pengundi asal sebagaimana yang terdapat dalam buku daftar pemilih tanpa pengetahuannya.

Ini ekoran seorang pengundi, Lee Fong Thye, 56, hari ini membuat laporan polis berikutan ada orang lain telah mengundi bagi pihaknya.

Beliau yang tinggal di No 28, Jalan 2/24 Taman Bukit Rawang membuat laporan di Balai Polis Serendah pada jam 2.29 petang ini.

Menurutnya, lebih kurang jam 12.30 beliau sampai di pusat mengundi Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Serendah.

Beliau telah membuat semakan di pondok panas dan namanya ada tersenarai dalam senarai pengundi di saluran 2.

Beliau masuk ke pusat mengundi di saluran 2 dan memberikan KPT (Kad Pengenalan) kepada calling agent SPR serta ketua tempat mengundi (KTM).

Bagaimanapun, katanya, beliau diberitahu namanya telah ditanda sebagai sudah mengundi.

Berikutan itu, beliau membuat bantahan kepada KTM dan telah dibenarkan untuk membuang undi setelah disahkan dokumen pengenalan diri.

“Saya membuat laporan polis kerana terdapat keraguan bagaimana nama saya telah ditanda sebagai pengundi walaupun saya belum mengundi.

“Saya juga takut sekiranya KPT saya telah disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” ujarnya dalam laporan polis itu.

Tiada ulasan: