Rabu, 19 Oktober 2011

Siasat dari mana sumber kekayaan pemimpin UMNO - Usul dari PKR Permatang Pauh


Pembentangan usul oleh Ketua Penerangan PKR Permatang Pauh pada MATC 16 Oct. 2011

Usulnya...

SIASAT DARI MANA PEMIMPIN – PEMIMPIN UMNO/BN MENDAPAT SUMBER UNTUK MEMBINA KEKAYAAN MEREKA.

Sebagai hamba Allah yang dilahirkan dibumi bertuah ini kita wajar memanjatkan kesyukuran kita kepada Allah, kerana kita telah dilahirkan di sebuah negara yang mempunyai berbagai hasil bumi yang tidak dapat kita nafikan akan nilainya.


Di samping hasil petroleum dan gas yang berkualiti tinggi Negara kita juga dikurniakan Allah muka bumi yang subur sesuai untuk berbagai aktiviti pertanian yang tidak memungkinkan ada rakyat di Negara ini yang mati kebuluran kerana tidak makan.

Kita juga dikurniakan dengan Negara yang punya keadaan geografi yang strategic dan amat kurang dari bencana alam… syukur kepada Allah..

Namun begitu.. dalam limpahan kemewahan kurniaan Allah, kita masih melihat ada rakyat Negara kita yang hidupnya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang..

Dalam limpahan kemewahan ini masih ada rakyat Negara kita yang terpaksa makan siput babi, mengutip pucuk-pucuk kayu, menangkap ikan-ikan darat sebagai sumber makanan dan tinggal dipondok-pondok berlantaikan buluh beratapkan rumbia bagi meneruskan sebuah kehidupan.

Dengan hasil bumi yang tidak ternilai itu secara logiknya Negara kita sewajarnya jauh lebih mewah dari negeri jiran di selatan Semenanjung iaitu Singapura yang tidak mempunyai sebarang hasil bumi.

Biarpun pada awal kemerdekaan Negara kita, pendapatan per kapita Negara adalah kedua tertinggi di Asia selepas Jepun,namun begitu kini pendapatan perkapita kita jauh ketinggalan jika masih mahu dibandingkan dengan Negara matahari terbit itu.

Hakikatnya kini setelah semakin jauh kita meninggalkan hari Negara kita merdeka dari penjajahan British, jiran kita Singapura yang asalnya sebahagian dari kita kini jauh meninggalkan kita, baik dari segi kemajuan mahupun pendapatan perkapita.

Pada tahun 2010 pendapatan per kapita bagi Singapura adalah USD43,324 lebih tinggi dari Negara Jepun yang mencatat pendapatan per kapita USD43,161 dan hanya USD8,519 bagi Negara kita.

Kenapa ini boleh berlaku? Kemana menghilang hasil mahsul Negara kita? Hasil mahsul yang sepetutnya membolehkan pendapatan per kapita kita jauh lebih baik dari Singapura yang keluar dari Malaysia pada tahun 1965?

Itu antara kita dan Negara jiran kita..

Dalam Negara pula kita menyaksikan jurang perbezaan pendapatan antara sesama kita semakin jauh berbeza dimana yang kaya bertambah kaya.. yang miskin papa kedana..

Walaupun setelah 54 tahun negara merdeka serta 48 tahun Malaysia dibentuk, negara ini masih terperangkap dalam keadaan di mana 60 peratus pendapatan isi rumah berada di bawah RM3,000 sebulan.

RM3,000 sebulan adalah satu angka yang diiktiraf sebagai miskin jika mereka tinggal dibandar-bandar oleh Kerajaan Malaysia.

Miskin yang bakal mendedahkan kita kepada pelbagai masaalah yang melibatkan pemakanan, pembelajaran dan juga kesihatan yang bakal menjuruskan kita kepada gejala sosial pula..

Antara yang kelihatan bertambah kaya hanyalah beberapa pemimpin UMNO dan Barisan Nasional yang berada dipuncak kuasa dan juga kroni-kroni disekeliling mereka.

Ada antara mereka yang setelah berkuasa mampu membina mahligai seumpama istana yang nilainya jutaan ringgit sedangkan jika dihimpunkan gaji mereka sepanjang berkuasa mustahil untuk mereka memilikinya.

Kereta kereta mewah disusun mereka di garaj seumpama pasu bunga..

Ada pula yang isterinya mampu memiliki cincin bernilai RM24 Juta, Gelang tangan bernilai RM1.65 Juta dan beg tangan pula mencecah ratusan ribu ringgit.. tak mungin dimiliki biarpun jika menabung sedari kecil..

Dengan kuasa ditangan mereka, mereka juga dilihat menguasai berbagai bagai perniagaan samada diatas nama mereka atau nama proksi mereka..

Ada yang dilaporkan menguasai Bank yang mempunyai 150 buah Cawangan di seluruh dunia, 59 diantara Cawangan tersebut berada di Indonesia.

Ada yang menguasai perniagaan dan hartanah diluar Negara baik di Kanada mahupun USA, malah FBI juga dilaporkan menyewa daripadanya..

Ada juga yang dilaporkan mampu membeli kediaman mewah di London dan Australia yang bernilai puluhan juta setelah berkuasa.

Mereka juga telah menyalahgunakan kuasa mereka untuk menjarah hutan belantara, menarah bukit bukau memunggah keluar hasil Negara, seolah-olah milik Negara ini hak mereka.

Kita juga melihat tanah-tanah milik Negara dianugerahkan kepada sanak saudara dan juga kroni mereka biarpun mereka sedar ianya adalah milik Negara kita.

Malah setelah mereka berkuasa ada antara mereka dilaporkan telah menjual tanah milik Negara kepada kroni mereka dengan harga yang tidak masuk akal, terlalu murah jika dibandingkan dengan nilai pasaran.

Ketika kehidupan rakyat semakin terhimpit dengan kenaikkan harga barang kita melihat ada antara mereka atau isteri mereka masih mewah berbelanja seolah-olah merekalah raja..

Mereka menghabiskan berjuta wang Negara dalam setiap kali perjalanan keluar Negara tanpa memikirkan keperitan hidup rakyat sedangkan dalam masa yang sama, mereka mengingatkan rakyat agar berjimat cermat.

Malah dilaporkan juga mereka menyalahgunakan harta Negara untuk kepentingan peribadi mereka dalam lawatan yang disifatkan sebagai lawatan rasmi.

Apa yang disenaraikan tadi hanyalah sebahagian saja.. bayangkan berapa banyak ketirisan angkara penyelewengan mereka..

Tidakkah ini satu penyalahgunaan kuasa oleh mereka? Bukankah penyalahgunaan kuas itu merupakan satu jenayah?

Oleh itu… dengan ini diusulkan andaikata Pakatan Rakyat berjaya menguasai pentadbiran Negara, tubuhkan satu Suruhanjaya diraja bagi menyiasat dari mana sumber yang diperolehi oleh pemimpin-pemiimpin atau Menteri-menteri dari kerajaan Barisan Nasional untuk membina harta itu.

Bekukan segala harta mereka yang disyaki dan sekat perjalanan mereka keluar Negara sehingga siasatan terhadap mereka selesai.

Jika didapati benar mereka telah menyalahgunakan kuasa untuk membina harta, RAMPAS dan KEMBALIKAN harta kekayaan yang diperoleh secara haram oleh mereka kepada perbendaharaan Negara.

Tiada ulasan: