Terpulanglah bagaimana anda ingin membaca tajuk berkenaan. Sama ada tindakan kerajaan PR Pulau Pinang menjaga kebajikan warga emas di negeri itu hingga selepas meninggal dunia (mati), akan menyusahkan UMporNO/BN atau tindakan Kerajaan negeri Pulau Pinang dalam menjaga kebajikan warga emas akan menimbulkan kesusahan kepada UMporNO/BN hingga parti UMporNO/BN itu sendiri mati. Kedua-duanya adalah betul.
Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang sekali lagi akan memberi sumbangan RM100 kepada warga emas yang berusia 60 tahun ke atas bermula 23 April 2011.
Ini adalah lanjutan pemberian yang sama pada tahun lepas yang telah dipertikaikan oleh UMporNO/BN yang mendakwa beribu-ribu penerima telah memulangkan wang berkenaan kerana meragui kononnya wang yang disumbangkan adalah daripada sumber haram.
Namun sehingga kini, pihak UMporNO/BN masih gagal menyerahkan walau satu nama warga emas yang terlibat kepada kerajaan negeri bagi membolehkan nama penerima berkenaan dikeluarkan daripada senarai 114,668 orang yang telah mendaftar sebagai penerima manfaat Program Penghargaan Warga Emas (PPWE).
Selain itu, kerajaan negeri juga menyalurkan wang khairat kematian sebanyak RM1,000 kepada waris warga emas yang meninggal dunia.
Pulang wang: Umno Pulau Pinang belum serah nama
GEORGETOWN, 21 April: Umno Pulau Pinang sehingga kini gagal menghantar atau menyerahkan walaupun satu nama berhubung dakwaan sebelum ini yang menyatakan terdapat segolongan warga emas ingin mengembalikan wang RM100 pemberian kerajaan negeri.
"Sehingga kini, kerajaan negeri tidak menerima sebarang pembatalan pendaftar yang telah memperoleh wang ini sebelum ini,” kata Ketua Menteri, Lim Guan Eng (gambar).
Dalam pada itu, kerajaan Pakatan Rakyat negeri bakal membuat bayaran RM100 kepada setiap warga emas berusia 60 tahun dan ke atas yang berdaftar melalui Program Penghargaan Warga Emas (PPWE) bermula 23 April ini.
Guan Eng berkata, pembayaran bagi tahun ini dibuat secara berperingkat-peringkat bermula 23 April hingga 20 Mei di cawangan-cawangan Maybank terpilih seluruh negeri.
Sehingga kini, katanya seramai 114,668 warga emas telah mendaftarkan diri di bawah program itu.
"Ini bermakna, pendaftaran kini telah mencapai 86 peratus daripada jumlah keseluruhan warga emas di seluruh negeri ini,'' katanya pada sidang akhbar selepas majlis Penyampaian Cek Bantuan Kepada Sekolah-sekolah Tamil Negeri Pulau Pinang di sini, semalam.
Guan Eng memberitahu, selain wang RM100 di bawah PPWE, kerajaan negeri turut menyalurkan wang khairat kematian bernilai RM1,000 kepada waris warga emas yang telah meninggal dunia.
Katanya, sejak program itu dilancarkan, sebanyak RM13.6 juta telah dibayar kepada warga emas dan waris yang berdaftar di bawah PPWE.
Jelasnya, sumber pembayaran PPWE adalah dibiayai sepenuhnya daripada lebihan belanjawan kerajaan negeri.
Beliau yang juga ahli Parlimen Bagan berkata, walaupun sebelum ini ada pihak yang cemburu dan cuba untuk mensebotaj pelaksanaan program PPWE dengan mendakwa wang yang disumbangkan adalah dari sumber haram, namun kerajaan negeri masih meneruskan inisiatif itudemi kebaikan rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan