Pertamanya, saya ingin memberi penghormatan kepada rakyat Malaysia,
terutamanya yang dari Petaling Jaya dan Selangor untuk semangat
perpaduan mereka, untuk semangat keadilan, serta kebolehan mereka untuk
membezakan diantara yang baik dan buruk, respons yang diberi dalam
tempoh seminggu ‘online’ dan ‘offline’ untuk memberi sokongan kepada
Ahli Parlimen PJ Utara Tony Pua yang memperjuangkan hak air kepada warga
Selangor, yang malangnya telah kalah dalam kes saman fitnah oleh
konsesi air negeri Selangor, Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) yang
telah diputuskan dalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur agar Tony Pua
membayar gantirugi sebanyak RM200,000 kepada Syabas.
Tony sedang membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala
Lumpur tetapi Syabas masih menuntut pembayaran gantirugi sebanyak
RM200,000.
Sekiranya Tony dapat menyangkal tuduhan terhadapnya dan memenangi kes
saman fitnah terhadap Syabas, kutipan yang diperoleh akan disalurkan
kepada dana kebangsaan parti untuk kegunaan menjelang pilihanraya umum
yang akan datang serta kes-kes litigasi awam.
Kes saman fitnah Tony merupakan salah satu daripada pelbagai cabaran
yang harus dihadapi oleh pemimpin DAP selepas tsunami politik 308
selepas pilihanraya umum 2008, yang telah telah membawa kepada perubahan
lanskap politik dengan pembentukan lima kerajaan negeri (Selangor,
Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Perak – walaupun penggulingan
kerajaan yang tidak sememangnya tidak berperlembagaan telah merampas
Perak daripada Pakatan Rakyat dari menjadi kerajaan negeri Perak, tetapi
kami yakin akan kemenangan negeri Perak dalam pilihanraya akan datang)
dan penolakan dua pertiga majoriti BN di parlimen.
Negara Malaysia termasuklah rakyatnya akan menghadapi dua ujian yang
kritikal menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 akan akhirnya akan diadakan,
sama ada dalam dua atau tiga tahun atau tahun hadapan.
Masa sudah suntuk bagi Datuk Seri Najib Razak dan telah melepaskan
peluang untuk memilih masa terbaik bagi pembubaran Parlimen untuk
mengekalkan mandat beliau sebagai Perdana Menteri yang keenam yang sudah
hilang sama sekali terutamanya selepas perhimpunan Bersih 2.0 pada 9
Julai 2011 dan perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April tahun ini.
Najib harus sedar akan keadaannya, yang jelas menunjukkan terdesaknya
beliau sehingga merampas tarikan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari
Malaysia sebagai sebahagian daripada kempen pilihanraya PRU13 – dengan
menekankan tema kempennya “Janji Ditepati” yang digunakan sebagai tema
sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.
Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia haruslah dilihat sebagai satu
perayaan sambutan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama,
negeri, status, jantina, umur dan paling penting pendirian politik,
boleh bersatu padu sebagai rakyat Malaysia untuk menyambut kemerdekaan
Malaysia pada 31 Ogos 1957 dan penubuhan Persekutuan Malaysia pada 16
September 1963.
Akan tetapi Perdana Menteri yang terdesak tidak dapat membezakan di
antara negara dan puak-puak yang berkuasa, atau dalam kerajaan,
parti-parti politik dan kepentingan peribadi beberapa pihak.
Kegagalan untuk membuat keputusan yang penting diantara kepentingan
negara dan pihak-pihak berkuasa, atau dalam kerajaan, parti-parti
politik dan kepentingan peribadi adalah sebab utama penyalahtadbiran
negara yang begitu teruk, tidak kiralah jika ianya penyalahgunaan kuasa,
gejala rasuah dan kronisme yang berleluasa.
Daripada saat ini sehingga Hari Malaysia pada 16 September, biarlah
gemangan slogan “Janji Ditepati” seluruh negara menjadi satu peringatan
kepada semua anak bangsa Malaysia bahawa mereka perlu bersatu padu dalam
menuntut satu perubahan dalam pilihanraya umum ke-13 sekiranya mereka
benar-benar mahukan janji-janji demokrasi, keadilan, pembangunan, dan
pentadbiran yang bersih dan jujur di Malaysia semua dilaksanakan.
Jika ditinjau kembali, masa terbaik untuk membubarkan Parlimen dan
mengadakan pilihanraya umum patut pada masa yang sama pilihanraya negeri
Sarawak diadakan pada 16 April tahun lepas, atau tiga bulan selepas
pilihanraya negeri Sarawak dan sebelum perhimpunan Bersih 2.0 pada 9
Julai 2011.
Tetapi dengan perwatakan beliau yang berdolak-dalik, Najib telah
kehilangan inisiatif dan peluang untuk membubarkan Parlimen. Beliau
hanya boleh berjudi dengan baki sembilan bulan sebelum siding Parlimen
ke-12 dibubarkan secara automatik pada 28 April 2013 dengan pilihanraya
umum ke-13 yang wajib diadakan selewat-lewatnya dalam pertengahan bulan
Mei tahun depan.
Pilihanraya Umum ke-13 merupakan satu ujian kritikal bagi Najib,
dengan keraguan sama ada Najib mampu membawa Umno BN memperoleh
kemenangan dalam pilihanraya umum untuk mengekalkan mandat beliau
sebagai Perdana Menteri yang keenam, tetapi juga satu ujian untuk
melihat samada beliau mampu untuk meraih kemenangan yang lebih besar
berbanding dengan Tun Abdullah untuk menangkis apa-apa percubaan oleh
Umno untuk menggulingkan beliau seperti yang dilalui Abdullah dalam
2009.
Rakyat Malaysia mesti membuat keputusan untuk menentukan jika
pimpinan Najib telah mempengaruh mereka, slogan “1Malaysia, Rakyat
Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”; pelbagai program transformasi,
tidak kiralah berhubung dengan kerajaan, ekonomi, politik atau sosial;
dan baru-baru ini, siri jelajah “Janti Ditepati”.
Sudahkah Najib melakukan apa yang telah dijanjikan dengan slogan
1Malaysia dan telah menyatupadukan rakyat Malaysia atau jurang di antara
kaum atau agama dijarakkan lagi dalam tempoh tiga tahun sebagai Perdana
Menteri?
Adakah rakyat Malaysia berasa lebih selamat di jalanraya, tempat awam
dan juga dalam privasi kediaman mereka walaupun dengan segala publisiti
berkenaan dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Bidang
Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) dimana penurunan jenayah adalah
sebahagian daripadanya?
Kita sedang menghadapi satu situasi yang penuh skandal dalam
pembanterasan jenayah tidak dititikberatkan dan menggunakan khidmat luar
seperti yang disaksikan dengan pertumbuhan komuniti ‘berpagar dan
terkawal’, tetapi hakikatnya rakyat Malaysia lebih takut sekarang
berbanding dengan masa sebelumnya.
Sudahkah kita mencapai NKRA dalam membasmi rasuah? Hanya dua hari
yang lepas, kita telah menyaksikan ulangtahun Teoh Beng Hock, seorang
mangsa kekejaman dan ketidakadilan oleh pihak Suruhanjaya Pencegah
Rasuah Malaysia (SPRM) yang mesti bertanggungjawab diatas kematian Teoh
Beng Hock diatas sebab penyalahgunaan kuasa oleh para pegawai SPRM.
Dapatkah keluarga Teoh Beng Hock mengharapkan keadilan seperi yang
telah dijanjikan oleh Najib apabila dalam mencari pembunuh Teoh Beng
Hock? Jawapannya, tidak – kerajaan Pakatan Rakyat yang bersedia untuk
membuka penyiasatan peringkat tinggi untuk memperoleh kesudahan dalam
pembunuhan Teoh Beng Hock dan membawa pembunuh ke muka pengadilan.
Berjayakah SPRM dalam pembanterasan rasuah, dengan mencekup “ikan
besar” seperti yang dilihat di Indonesia, Filipina, India, Hong Kong dan
China?
Kegagalan program GTP dan NKRA Najib dapat dilihat dengan kedudukan
Malaysia yang telah jatuh menjunam ke tempat 60 dalam ‘Transparency
International Corruption Perception Index 2011’ dengan skor terendah CPI
4.3.
Walaupun PRU13 akan menjadi satu ujian kritikal bagi Najib, ia juga
merangkumi dua lagi ujian bagi rakyat Malaysia, sama ada Malaysia sudah
matang sebagai negara berdemokrasi dan sebagai negara yang merdeka
selepas 55 tahun.
Untuk kali pertama dalam sejarah pilihanraya negara, pengundi
Malaysia akan membuang undi dengan satu kesedaran bahawa undi mereka
mempunyai kuasa untuk membawa perubahan pimpinan kerajaan pada peringkat
persekutuan secara berdemokrasi.
Adakah mereka akan berani melakukan apa yang patut dan jika ya, adakah mereka dibenarkan berbuat demikian?
Sudah ada puak-puak yang sedang rajin bekerja untuk menyebarkan
fitnah untuk mewujudkan satu keadaan dimana rakyat Malaysia berfikiran
buruk, membenci dan ditakut-takutkan, dengan Umno BN merekrut angkatan
tentera 10,000 ‘cybertrooper’ untuk mengapi-apikan sentimen dan
ketegangan di antara kaum dengan laporan-laporan yang palsu yang
diputarbelit oleh pihak-pihak yang ‘berbakat’.
Saya telah melihat isu bulan Mei 2012, naskah Selangor Kita yang
jelas penerbitan BN Umno walaupun tidak memaparkan identiti pihak
pencetak mahupun penerbitnya.
Terpapar dalam muka 2 dalam adalah petikan berikut:
KOMEN LIM KIT SIANG TERHADAP AGONG KITA
“SUMBER DAP: Lim Kit Siang dalam komennya berkata Raja-Raja Melayu
semuanya Lanun. Semuanya Perompak. Kata Lim Kit Siang lagi, buat apa
hormat Agong, buat habis wang ringgit cukai rakyat sahaja beri pada
Raja-Raja Melayu.”
Kenyataan ini merupakan berita fitnah palsu semata-mata yang tidak pernah saya katakan.
Melaui laman sesawang, ‘cybertrooper’ Umno BN menyebarkan tuduhan
berbaur fitnah bahawa saya bertanggungjawab dalam mencetus rusuhan 13
Mei 1969 dan saya telah merayau di Kuala Lumpur selepas keputusan
pilihanraya umum 1969 sambil melemparkan komen-komen ‘anti-Melayu’ yang
juga telah mencetuskan rusuhan 13 Mei.
Hakikatnya, saya tidak berada di Kuala Lumpur pun pada 10, 11, 12 dan
13 Mei 1969, sesuatu yang boleh disemak dengan pihak media pada masa
tersebut dan dengan rujukan rekod polis.
Saya sedang bertanding kerusi parlimen Bandar Melaka pada tahun 1969
dan pada pagi 13 Mei 1969, saya telah menaiki penerbangan ke Kota
Kinabalu untuk memberi pertolongan kepada calon-calon bebas dalam kempen
pilihanraya negeri Sabah kerana pilihanraya umum 1969 di Sabah/Sarawak
dijalankan dua minggu selepas ianya diadakan di Semenanjung Malaysia.
Saya telah dinasihati agar tidak pulang ke Kuala Lumpur selepas saya
diusir keluar dari negeri Sabah oleh Ketua Menteri Sabah pada masa itu,
Tun Mustapha disebabkan oleh ucapan saya dalam perhimpunan awam di Kota
Kinabalu.
Pada pagi 14 Mei 1969, sekumpulan pegawai Imigresen telah datang ke
hotel yang saya menginapi di KK untuk menyerahkan arahan ‘notis
pengusiran’ (eviction order) kepada saya. Tetapi saya tidak tinggalkan
Kota Kinabalu sehingga 15 Mei kerana saya telah lepas penerbangan pada
14 Mei. Oleh kerana pada masa itu, darurat telah diumumkan, tidak ada
penerbangan sambungan (connecting flight) dan sya terpaksa bermalam di
rumah Devan Nair di Singapura untuk dua malam.
Saya telah berhubung dengan pemimpin-pemimpin parti dan keluarga saya
melalui perkhidmatan telefon dan mereka telah menasihati saya untuk
jangan kembali kerana nama saya berada dalam ‘senarai hitam’ Akta
Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan saya pasti akan ditahan.
Saya telah memberitahu pemimpin-pemimpin parti bahawa saya tiada
pilihan samada untuk kembali ke Malaysia atau tidak kerana saya gagal
akan tugas saya sebagai wakil rakyat jika saya bukan bersama rakyat pada
masa kesusahan.
Pada 17 Mei 1969, saya telah menaiki penerbangan dari Singapura dan
telah ditahan di Lapangan Terbang Subang, dan dengan itu mulalah siri
penahanan saya di bawah ISA.
Adakah saya akan pulang ke Malaysia sekiranya saya telah mencetuskan rusuhan 13 Mei?
Bahkan, dalam kedua penahanan pertama dan kedua ISA dalam 1969 dan
1987, saya tidak pernah disoal mengenai lokasi saya pada 10, 11, 12 dan
13 Mei 1969 semasa sesi soaljawab yang serius oleh wakil Cawangan Khas,
kerana pihak polis tahu bahawa saya tidak pernah berada di Kuala Lumpur
pada masa itu.
Tetapi apa yang lebih menghairankan adalah tuduhan melulu
‘cybertrooper’ Umno BN bahawa Lim Guan Eng juga bertanggungjawab dalam
mencetus rusuhan 13 Mei 1969 berdasarkan fakta bahawa Guan Eng pada masa
itu menjawat Ketua Pemuda DAP dan berada dibarisan hadapan dalam
melemparkan tohmahan ‘anti-Melayu’.
Hakikatnya, Guan Eng hanya berumur lapan tahun pada Mei 1969 – yang
menunjukkan betapa tidak berprinsip dan kotor taktik politik yang
digunakan di Malaysia menjelang pilihanraya umum dengan dakwaan melulu
yang liar terhadap seorang kanak-kanak yang berumur lapan tahun.
Saya faham bahawa satu filem kisah 13 Mei yang akan ditayangkan di
pawagam pada 13 Sept. Adakah ini salah satu daripada kempen fitnah untuk
memberi gambaran buruk mengenai DAP dan Pakatan Rakyat untuk menanam
perasaan prasangka buruk, kebencian dan perasaan takut di antara rakyat
Malaysia menjelang Pilihanraya Umum Ke-13?
Saya tidak akan membuat apa-apa keputusan terburu-terburu tetapi saya
ingin tahu jika satu penayangan khas tayangan tersebut sebelum ianya
ditayangkan secara umum supaya kita tahu akan kedudukan kita ini.
Walaubagaimanapun, ujian kritikal rakyat Malaysia dalam pilihanraya
umum yang akan datang samada sistem demokrasi Malaysia dan pembangunan
negara ini telah menjadi lebih matang untuk menangkis semua taktik
politik kotor dan untuk memastikan semua warga Malaysia tidak tunduk
kepada tindakan tidak bertanggungjawab dalam penggunaan politik fitnah
supaya rakyat Malaysia hidup dalam ketakutan.
Rakyat Malaysia, tidak kira kaum dan agama, harus berbangga sebagai
patriot negara tercinta ini yang bersedia untuk membuang undi disebabkan
semangat cintakan negara dan untuk masa depan negara ini dan generasi
anak-anak kita dalam satu usaha nasional dengan menggunakan proses
demokrasi yang sah untuk membawa perubahan politik secara aman tenteram.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan