Waduh hebat menteri-menteri kita ni. Tapi akal seperti budak-budak tadika, bila berhadapan dengan Mantan Duta AS ke Malaysia, John Mallot. Beliau telah menulis di dalam Wall Street Journal Asia bahawa di sebalik slogan 1Malaysia kerajaan, ketegangan perkauman dan agama hari ini adalah lebih tinggi berbanding ketika Najib dilantik pada 2009.
Menurut Mallot, ia lebih buruk daripada bila-bila masa sejak 1969, ketika sekurang-kurangnya 200 orang dibunuh dalam pergaduhan kaum antara masyarakat majoriti Melayu dan minoriti Cina.
Selain itu, turut dibidas bekas duta itu adalah akhbar Utusan Malaysia, milik Umno yang didakwa mencetuskan kebencian perkauman dengan secara teratur menyerang "ahli politik Malaysia berbangsa Cina dan bahkan mencadangkan seorang daripada mereka, ahli parlimen Teresa Kok, harus dibunuh".
Apa yang ditulis oleh John Mallot rasa-rasanya mengandungi fakta dan kenyataan. Apa yang sepatutnya dilakukan ialah menjawab hujah dan dakwaan beliau. Menteri kepada pengundi Padang Rengas, Nazri Aziz mahu bekas duta AS diharam masuk ke Malaysia. Tindakan kalut Nazri umpama budak-budak tadika bergaduh. "Kamu mengata pak kami, kamu tak boleh datang ke rumah kami...". Sama ada si Nazri tidak mampu nak berhujah balas ataupun dah memang kenyataan Mallot tidak dapat disangkal.
Perkara yang sama diajukan oleh wartawan kepada Muhyiddin Yasin, Timbalan Perdana Menteri. Jawab Muhyiddin "Itu hal dia. Dia bukan ada status apa-apa. Dia bekas duta, tak tahu pun dia tinggal di mana sekarang. Kenapa kita nak besar-besarkan pandangan dia? Pihak media sepatutnya tidak mengendahkan pandangan orang seperti Mallot. Dia bukan presiden atau bekas perdana menteri. "
Adoi... kalau seorang Timbalan perdana Menteri melalut macam itu, selepas ini kita jangan peduli apa yang Muhyiddin cakap dan bagitahu sebab Muhyiddin pun 'bukan presiden atau bekas perdana menteri'. Memalukan!
Berkaitan:
Nazri mahu bekas duta AS diharam masuk M'sia
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz akan mencadangkan kabinet supaya mengharamkan bekas duta Amerika Syarikat ke Malaysia John R Malott daripada memasuki negara ini.
Tindakan itu ekoran kritikan pedas Malott terhadap pentadbiran Najib dalam menangani isu hubungan kaum dalam tulisannya di Wall Street Journal minggu lalu.
Menurut laporan Sin Chew Daily hari ini, Nazri (kiri) melabelkan artikel Malott itu sebagai "pembohongan dan fitnah".
"Malott memfitnah kerajaan kita melalui akhbar asing. Bagaimana dia tahu situasi sebenar jika beliau tidak tinggal di Malaysia?
"Kita tahu dia penyokong setia Ketua Umum PKR (Datuk Seri) Anwar Ibrahim," kata Nazri semalam di Kuala Kangsar.
Katanya, walaupun kerajaan persekutuan tidak boleh mengambil tindakan undang-undang pada Malott, menyekat perjalannya boleh dilaksanakan.
"Ini bukan maknanya kita tidak bersetuju dengan pandangannya atau menekan kebebasan bersuara, tetapi dia berbohong," kata Nazri.
"Dia boleh terus menulis artikel di mana-mana tidak tidak di Malaysia kerana tulisannya semua tidak benar. Dia dakwa situasi semasa lebih teruk daripada apa yang berlaku pada 13 Mei 1969. Ini semua dusta yang jelas."
Muhyiddin: Malott bohong
Ditanya mengenai dakwaan John Malott yang mengecam kemunafikan Najib berhubung slogan 1Malaysia dalam sebuah artikel pedas yang diterbitkan di Asia Wall Street Journal, Muhyiddin berkata ia adalah pendapat peribadi mantan duta besar Amerika Syarikat ke Malaysia itu.
Katanya, tidak perlu diperbesarkan isu berkenaan, kerana Malott bukan lagi seorang duta.
"Itu hal dia. Dia bukan ada status apa-apa. Dia bekas duta, tak tahu pun dia tinggal di mana sekarang. Kenapa kita nak besar-besarkan pandangan dia? Dia bukan presiden atau bekas perdana menteri.
"Dia pernah ada di sini tapi dia buat cerita bohong. Mungkin dia sahabat baik dengan Pakatan Rakyat, dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, jadi dia pusinglah cerita," katanya.
Malott, seorang pengkritik kerajaan sejak menamatkan jawatannya selama tiga tahun sebagai duta besar Amerika pada tahun 1998, dalam artikel tersebut berkata Najib perlu "merenung lama di cermin" jika beliau serius mahu melihat matlamat 1Malaysia tercapai.
Dakwanya, di sebalik slogan itu, ketegangan perkauman dan agama hari ini adalah lebih tinggi hari ini berbanding ketika Najib dilantik pada 2009.
"Malah, ia lebih buruk daripada bila-bila masa sejak 1969, ketika sekurang-kurangnya 200 orang dibunuh dalam pergaduhan kaum antara masyarakat majoriti Melayu dan minoriti Cina," kata Malott.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan