Tidak pernah ada mana - mana isteri Perdana Menteri Malaysia yang diberi kuasa untuk menentukan siapa yang patut ditahan dan siapa yang patut diugut.
Kita pernah ada Perdana Menteri yang paling kejam iaitu Mahathir Muhammad, namun tidak pula kita dengar Siti Hasmah mengugut mana - mana manusia yang cuba merosakkan peribadi beliau.
Kita pernah ada Perdana Menteri yang paling lemah dalam sejarah Malaysia iaitu Abdullah Ahmad Badawi, namun tidak pernah pula Allahyarhamad Hendon dan Jeanne Abdullah menentukan wartawan ini atau wartawan itu yang boleh ada didalam sesuatu majlis.
TAPI hari ini kita buat pertama kalinya melihat, manusia yang bernama Rosmah mempunyai sedemikian rupa. Kejam, dikatakan terlibat dengan pembunuhan Altantuya dan sebagainya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan