Khamis, 14 Januari 2010

Amerika cuma nasihat, tapi Malaysia naik harga gula kerana takut penyakit
Analisis Isu
"Berita TV semalam melaporkan satu berita dari New York, Amerika Syarikat berkenaan bahaya pengambilan garam berlebihan dalam pemakanan. Pihak berwajib di sana menasihati rakyat agar mengurangkan pengambilan garam yang berlebihan kerana ianya boleh mendatangkan mudarat kepada tubuh badan (penyakit).

Kalau di Malaysia lain pula ceritanya. Kerajaan Malaysia cuba mendidik rakyatnya agar mengurangkan penggunaan gula dalam makanan harian. Kerajaan bukan sahaja menasihati rakyat daripada mengambil gula secara berlebihan kerana boleh mendatangkan penyakit, bahkan kerajaan Malaysia dilihat lebih tegas daripada Amerika.

Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)telah menaikkan harga gula sebanyak 20 sen sekilogram dengan alasan mendidik rakyat mengurangkan penggunaan gula.

Namun sebenarnya adalah kerana kerajaan dilihat sudah kekeringan duit dalam menghadapi kemerosotan ekonomi yang meruncing. Kerajaan tidak bersedia lagi untuk membantu rakyatnya sendiri dalam memberi subsidi gula kepada rakyat walaupun sudah sememangnya menjadi tanggungjawab kerajaan membantu rakyat kerana kerajaan dipilih rakyat dalam pilihanraya dengan harapan, kerajaan akan melindungi mereka.

Bagaimana pula dengan harga garam di Malaysia?Adakah kerajaan juga ingin naikkan harga garam kerana ingin mendidik rakyatnya mengurangkan penggunaan garam yang boleh mendatangkan penyakit?Amerika hanya menasihat tanpa menaikkan harga tetapi Malaysia lagi hebat, mendidik mendidik rakyat dengan membebankan lagi rakyat.

Bagi rakyat, rakyat ingin menasihatkan kerajaan daripada mengurangkan kerenah birokrasi, membendungkan rasuah, menghalang penyalahgunaan kuasa, tidak bertanggungjawab dengan tidak melakukan pembaziran.

Kerajaan kata naikkan harga gula kerana takut penyakit, rakyat pula kata, jatuhkan kerajaan BN kerana takutkan penyakit rasuah yang semakin meruncing. Sdr Mohamad Sabu menyatakan dalam ceramahnya di Lumut Sabtu lepas menyebut, meruncingnya rasuah di Malaysia, tenatnya rasuah di Malaysia setara dengan negara Zimbabwe.

Tiada ulasan: