Khamis, 14 Januari 2010

Hishamuddin: Anwar perlu diberkas
Berita
"KDN menggesa agar Anwar Ibrahim diberkas kerana mendakwa UMNO dalang disebalik pembakaran gereja. Nampaknya, bernafsu benar UMNO nak memenjarakan Anwar. Kata Hishamuddin, kalau Anwar menimbulkan isu gereja ini, beliau mesti diberkas. Ulasan dan cadangan berhubung isu ini dari Ustaz Harun Din, Ustaz Taib Azamuddin dan Ustaz Ghani Abdulrahman disertakan.

Menteri Keris Legenda Keramat, Hishamuddin memang pantang dicabar! Kenyataan Anwar yang mengaitkan UMNO dengan serangan ke atas gereja telah mengguris hatinya dan beliau bertekad mengheret Anwar ke muka pengadilan jika tuduhan tidak berasas.

"PUTRAJAYA 12 Jan. - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengambil tindakan ke atas Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim jika beliau sengaja menggunakan isu agama dan perkauman berhubung insiden serangan ke atas gereja.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, jika terdapat bukti dan laporan bahawa Anwar atau pihak-pihak tertentu sengaja menggunakan isu tersebut, mereka akan dikenakan tindakan tegas."

Eh, eh, apa kono kau jang?! Mula-mula puak-puak UMNO ni timbulka provokasi, lepas tu curah minyak ke api, bila dah marak, dah mula tak terkawal, marah-marah dekat orang yang tegur.

Penulis berkesempatan menghadiri forum yang disertai oleh Ustaz Harun Din, Ustaz Taib dan Ustaz Ghani baru-baRU ini. Ustaz Taib berpesan agar kita janganlah jadi umpama lembu, dan dipermainkan oleh pihak sana. Isu ini direka agar mereka (UMNO) dapat menjadi hero.

Mari lihat buktinya. Dalam isu nama Allah ini, tindakan wajar ialah merujuk kepada Ketua agama Islam iatu majlis raja-raja tetapi tidak dirujuk. Seterusnya, mahkamah syariah patut dirujuk kerana membabitkan Islam tetapi masih tidak dirujuk. Isu nama Allah ini diputuskan oleh seorang hakim kafir Kristian di mahkamah sivil! Tentulah rakyat dan umat Islam akan marah. Kerajaan sengaja menimbulkan isu ini dan tahu dari awal bahawa umat Islam akan marah.

Penulis menambah. Siapa untung bila gereja dibakar? Yang pastinya, isu jualan enjin jet sudah mula dilupakan, isu Teoh pun sama hilang ke mana. LInggam pun dsah happy happy.

UMNO! Siapa yang dulu berkata bahawa BN/kerajaan tidak akan menghalang niat suci sesiapa yang ingin berdemonstrasi dalam isu nama Allah yang sensitif ini? Bukankah Menteri Keris tersebut?

Penulis memberi contoh. Seorang Menteri yang menganut fahaman UMNO membuat kenyataan panas di akhbar Utusan Meloya mencabar umat Islam agar bangkit menentang 'ancaman' bukan Islam. Pada masa sama, judi, arak dan murtad tidak pula dilarang..

Ustaz Taib memberi suatu pandangan jauh yang merentasi ruang dan waktu dalam forum tersebut apabila mencadangkan pendekatan dakwah baru ke atas golongan bukan Islam dengan membuat dialog dan forum bersama. Contohnya, sekiranya sebuah surau mengadakan suatu forum di ruang lamannya berhubung isu kemasyarakatan/kejiranan dan menjemput ulamak untuk memberikan pandangan dan hujah Islam, dan menjemput paderi dan sami untuk memberi pandangan agama mereka, tentulah golongan bukan Islam akan hadir untuk memberi sokongan kepada tokoh mereka. Forum sebegini bukan berbentuk provokasi atau menang-kalah sebaliknya berkongsi titik persamaan. Justeru, kaum bukan Islam akan terdedah kepada ajaran Islam.

Sekiranya ini berlaku, nescaya menggelupur dan menggeletarlah UMNO dan permit pasti tidak akan diberi..

Penuslis menambah, sekiranya Nabi Muhammad SAW menunggu permit dari Abu Jahal sebelum berdakwah, alamat tak jalan la dakwah.

Hishamuddin ni orangnya misteri. Sekejap hunus keris, sekajap tarik balik. Sekejap memuji Anwar melangit tinggi.. bila Anwar hilang kuasa, dikuuk dikeji. Seperti UMNO melayan Mahathir dizaman Pak Lah.

Berbalik kepada isu asal. Bayangkan, akhbar UMNO sentiasa memprovok umat Islam dalam isu nama Allah ini. Kemudian, wujud kenyataan bahawa demo demo tidak akan dihalang. Bila ada yang hilang sabar lalu membakar gereja, tentulah orang yang memprovokasi, iaitu UMNO boleh dipanggil sebagai dalang! Betullah kata Anwar.

Saya tutup dengan serangkap pantun:

Gadisku ayu seperti Tun Teja,

ingin kupinang tak tahu bila,

Usah kita membakar gereja,

dan usah layan penghunus keris gila.

Tiada ulasan: