Rabu, 15 Jun 2011

DUIT ORANG RAMAI KENA TIPU LAGI

BUKAN CUTI-CUTI TAPI CURI-CURI



RM1.8 JUTA RINGGIT UNTUK LAMAN FACEBOOK
- mkini

Kementerian Pelancongan sekali lagi 'panas' apabila ahli-ahli parlimen hari ini membidas tindakan kerajaan yang membelanjakan RM1.8 juta bagi membina dan menyelanggara laman Facebooknya.

Anthony Loke (DAP-Rasah) berkata sebegitu banyak wang dihabiskan sebegitu sahaja untuk laman sosial yang boleh dibuat secara percuma.

“Semakan terakhir saya mendapati ada hanya 20,308 peminat di laman Facebook kementerian. Secara bandingan laman Facebook 'Visit Penang', yang mana kerajaan negeri Pulau Pinang tidak membelanjakan satu sen pun tetapi mendapat 100,000 peminat. Kenapa belanja RM1.8 juta?” soalnya semasa sesi soalan.

Loke berkata adalah sukar untuk mempercayai kononnya tidak ada sesiapun di kementerian itu yang mempunyai pengetahuan untuk mengemas-kinikan akaun Facebook sehingga kerajaan terpaksa memberikan kontrak kepada pihak ketiga.

INI BETUL TIPU ORANG RAMAI…. kah kah kah…

nota:
perhatikan
sekarang ini gerombolan akan merembat apa saje
ini mereka tahu kerana 9 julai ini rakyat akan turun
bila rakyat turun ke jalan raya barulah
kerja merembat harta rakyat ini berhenti

selagi gerombolan berkuasa
selagi itulah
harta orang ramai di sebat

nota:
jangan lupa baru baru ini
anak nak berancok pun pakai duit kerajaan



CUTI CUTI MALAYSIA ATAU CURI CURI WANG MALAYSIA
– merdeka review

Perbelanjaan RM1.8 juta untuk membina dan menyelenggara laman Facebook Kementerian Pelancongan Malaysia cukup membeliakkan - buat mereka yang berlegar dalam dunia internet, sehingga satu laman bertajuk "Curi-Curi Wang Malaysia" ditubuhkan di Facebook sejurus khabar ini didedahkan.

Ahli parlimen Rasah, merangkap Ketua DAPSY Anthony Loke mempersoalkan Menteri Pelancongan Malaysia, Ng Yen Yen - mengapa kontrak RM1.8 juta diberikan kepada Impact Creations Sdn Bhd untuk menyelenggara lamanFacebook kementeriannya, sedangkan ia boleh dilakukan secara percuma?

Curi-Curi Wang Malaysia", sebagai sindiran kepada slogan "Cuti-Cuti Malaysia". Pengasas laman tersebut meninggalkan mesej pertamanya pada jam 6.03 petang tadi, dan telah mempunyai kira-kira 150 peminat pada 7.10 petang.

Antara komen yang ditinggalkan pada laman tersebut adalah desakan agar wang tidak dibazirkan dengan cara sebegitu, dan harus dikembalikan kepada rakyat.

Tiada ulasan: