“Saya membangkitkan dalam soalan tambahan saya tentang Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang sehingga kini hanya mampu ‘menjana kekayaan atas kertas’ dan masih belum menggarap ‘kekangan utama’ atau critical bottle-neck yakni persoalan modal insane atau skilled workforce,” kata Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata, Najib pada 2 hari lalu, mengumumkan 9 inisiatif baru di bawah ETP bernilai pelaburan RM2.77 bilion dengan jangkaan kesan Pendapatan Negara Kasar (GNI) RM18.67 bilion serta bakal mewujudkan 36,595 pekerjaan menjelang 2020. Tambahnya, terdahulu PM telah mengumumkan dalam tempoh yang singkat, iaitu dari Oktober 2010 hinggalah April 2011, 70 projek pelaburan yang berpotensi, didakwa bakal memperolehi jumlah pelaburan RM106.4 bilion, mencipta 298,865 peluang pekerjaan dan jumlah pendapatan penduduk (GNI) sebanyak RM153.83 bilion menjelang tahun 2020. Menurutnya, mutakhir ini berdepan dengan PRU ke-13 yang boleh sahaja beliau umumkan bila-bila masa, Najib semacam terlalu ghairah untuk menyuntik rasa sedap atau feel-good factor di kalangan rakyat Malaysia dan khususnya di kalangan masyarakat bisnes. “Saya ingatkan PM, sementara saya menyanjungi usaha gigih beliau, saya juga ingin mengingatkan PM supaya tidak keterlaluan dalam membuat pengisytiharan propjek-projek EPP-ETP ini kerana ia bakal memberi kesan sebaliknya khususnya pada pasaran saham yang menjana paper wealth atau kekayaan ke atas seperti yang telah hangus dan lesap berjumlah RM52bilion dari pegangan ekuiti saham bumiputera dari jumlah sebelumnya RM54 bilion!” ujarnya. Katanya, lebih khusus lagi dan menjadi lebih malang mutakhir ini ialah apabila pengisytiharan demi pengisytiharan yang dibuat Perdana Menteri, apa yang berlaku hanyalah “kekayaan di atas kertas” khususnya kepada syarikat-syarikat yang disebut-sebut, yang masih dalam pelbagai peringkat komitmen bertaraf pelbagai ‘bintang’. Beliau berkata, harga saham GLC atau syarikat besar swasta telah melonjak seandainya namanya tersenarai dalam EPP-ETP. Malah, ujarnya ada yang dua kali ganda kadar lonjakan harga sahamnya, antara syarikat yang bermodal kecil yang namanya tersenarai dalam ETP, misalnya Tricubes Bhd yang menanggung kerugian sebelum ini, Karambunai CorpBhd, Petaling Tin Bhd dan lain-lain. Sebagai contoh, katanya harga saham Tricubes Bhd melonjak dari 5.5 sen pada 18 April kepada 32.5 sen pada 22 April, setelah diumumkan bahawa syarikat ini menerima projek Emel 1Malaysia, bersamaan kadar lonjakan 491%. Katanya, paling mutakhir saham Tricunes merudum kembali ke paras 10.5 sen. “Umum tahu bahawa syarikat ini tergolong dalam syarikat GN3 atau dengan kata lain, mempunya permasalahan hutang yang perlu di’strukturkan’ pembayarannya,” katanya. |
Rabu, 15 Jun 2011
ETP-EPP hanya jana kekayaan di atas kertas
KUALA LUMPUR, 15 Jun: PAS menganggap Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sehingga kini hanya mampu ‘menjana kekayaan atas kertas’.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan